أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Khamis, 4 Januari 2024

Khutbah Jumaat : Ulama DiJulang, Liberal DiLawan, Zionis Yahudi DiPerang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat  1-2  surah al-Kahfi: الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ﴿١﴾ قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا ﴿٢﴾ Maksudnya : Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. Keberadaan kita pada hari Jumaat yang merupakan Penghulu segala hari yang memiliki kelebihan yang besar di mana kita mesti menggunakan sebaik mungkin kehadiran hari Jumaat untuk menambahkan amal ibadat disamping memohon keampunan daripada Allah atas ketelanjuran. Antara amalan terbaik pada hari Jumaat yang mulia ini ialah memperbanyakkan selawat ke atas nabi s.a.w, istighfar, berdoa dan membaca al-Quran terutama surah al-Kahfi قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ في يَوْمِ الجُمُعَةِ، أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ – رواه الحاكم والبيهقي Maksudnya : Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi baginya dengan cahaya di antara dua Jumaat. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat  65-67  surah al-Kahfi: فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا ‎﴿٦٥﴾‏ قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا ‎﴿٦٦﴾‏ قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا ‎﴿٦٧﴾ Maksudnya : Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.  Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" Dia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. Surah al-kahfi banyak menceritakan kisah teladan untuk sama-sama kita ambil pengajaran termasuk kisah kembari ilmu Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir a.s. Antara pengajaran dari kisah ini ialah : [1] Adab sabar dalam menuntut ilmu di mana pelajar perlu berlapang dada  ketika berdepan cabaran dalam mencari ilmu pengetahuan tanpa mengenal erti putus asa. [2] Adab rendah diri  di mana Nabi Musa berbicara sopan jelas memaparkan sikap rendah hati terhadap gurunya, Nabi Khidir. Pelajar tidak boleh sombong dengan guru-guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan, walaupun berlatarbelakangkan keluarga yang dikenali dalam masyarakat [3] Adab mematuhi peraturan  di mana kepatuhan Nabi Musa terhadap peraturan ketat yang dikenakan oleh Nabi Khidir ketika dalam perjalanan mencari ilmu pengetahuan. Nabi Musa meyakinkan Nabi Khidir bahawa baginda tidak akan menentang gurunya itu dalam apa jua hal sekalipun. Pelajar perlu mengikut peraturan yang ditetapkan guru-guru tanpa banyak soal apatah lagi mudah memperlecehkan guru. [4] Adab menghormati guru sebagaimana keperibadian unggul Nabi Musa dalam menghormati Nabi Khidir. Nabi Musa meminta Nabi Khidir agar tidak menghukumnya yang terlupa peraturan menuntut ilmu yang dikenakan. Pelajar hendaklah menghormati guru yang membetulkan kesalahan kerana ingin mendidik malah perlu berterima kasih        Sidang Jumaat yang berkati Allah, DARIPADA Abi Ad-Darda’ R.A berkata, aku mendengar Nabi S.A.W bersabda: وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ. Maksudnya : “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian (keuntungan) yang banyak.” (HR Abu Daud)             Ulama adalah orang yang paling berjasa dalam menjaga, membela dan menyampaikan kepada kita syariat Islam secara suci murni sehingga hari ini. Oleh itu, kita wajib menghormati mereka dan mengakui keahlian mereka. Mengkritik dan memperlekehkan ulama adalah dua perkara yang berbeza. Mengkritik ulama tidak boleh dilakukan oleh semua orang. Hanya ulama yang berkelayakan dari segi ilmu dan adabnya sahaja yang boleh mengkritik melalui kaedah dan perbahasan ilmiah. Selain mereka, tidak layak untuk mengkritik ulama melainkan orang jahil yang tertipu dengan dirinya sendiri. Memperlekehkan ulama pula tidak dilakukan kecuali oleh orang yang hina dan rendah akhlaknya sahaja Kata Imam Ibn al-Mubarak: "Sesiapa yang mempersendakan ulama, akan hilanglah akhiratnya."Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie diriwayatkan berkata: "Jika ulama fiqah itu bukan wali Allah, maka tiada lagi seorang wali pun bagi Allah SWT." Jelas al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih: "Maksudnya mereka adalah ulama yang beramal dengan ilmu mereka." Orang yang memperlekehkan ulama bererti dia hendak menjatuhkan kredibiliti penjaga syariat Islam ini. Jika penjaga syariat Islam ini berjaya dijatuhkan, akan mudahlah baginya jalan untuk meruntuhkan seluruh ajaran Islam itu sendiri. Awasi halus orientalisme, liberalisme dan sekulerisme yang sanggup mengkritik hukum-hakam Islam yang jelas mempunyai nas-nas yang qatie serta sudah disepakati jumhur ulama. Golongan terbabit berpandangan perkara agama bukan hak mutlak ulama atau institusi mufti, tetapi orang biasa pun berhak bercakap walaupun tanpa mengikut piawaian intelektual atau uslub ilmu yang betul. Pun begitu golongan merbahaya ini tetap mendakwa bahawa mereka adalah pejuang 'maqasid syariah' dalam kerangka wasatiyah sebenar. Anak didik Barat ini berlaku biadab dalam penulisan mereka dengan menyerang dan memfitnah ulama Islam, institusi Islam dan menulis mengenai Islam tanpa sifat integriti intelektual, rohani dan moral, melainkan menurut kejahilan, kebencian dan nafsu semata-mata. Jangan terpengaruh dan terikut dengan mereka Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 216 surah al-Baqarah : كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ‎﴿٢١٦﴾ Maksudnya: Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Al-Imam Ibnu Kathir RA menjelaskan dalam kitab tafsirnya tentang jihad dalam ayat ini, (maksudnya): “Allah mewajibkan jihad kepada kaum muslimin demi mempertahankan agama Islam dari kejahatan musuh-musuhnya”. Al-Imam Az-Zuhri RA berkata bahawa jihad itu wajib atas setiap orang, sama ada dia ahli dalam berperang ataupun tidak. Bagi orang yang tidak biasa berperang, apabila diminta bantuannya untuk keperluan jihad, maka dia harus membantu. Dan apabila diminta pertolongannya, maka ia harus menolong. Apabila diminta untuk berangkat berjihad, maka dia harus berangkat; tetapi jika tidak diperlukan, dia boleh tinggal (tidak berjihad). Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ، وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ، مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ - رواه مسلم Maksudnya: Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang, dan tidak pernah berniat dalam hatinya untuk berperang, maka dia mati dalam satu cabang daripada kemunafikan. Ingatlah ucapan pertama Sayyidina Abu Bakar RH ketika dilantik menjadi khalifah لا يَدَعُ قومٌ الجِهادَ في سبيل اللّه إلا خَذَلَهم اللَّهُ بالذُلِّ Maksudnya :“Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah melainkan Allah menimpakan kehinaan kepada mereka”. Jihad mempunyai maksud yang luas. Tujuan utama jihad ialah menjadikan kalimat Allah yang paling tinggi mengatasi kalimat atau slogan para penentang. Jihad juga bermaksud berusaha bersungguh-sungguh dan mengerahkan tenaga sedaya upaya dalam memerangi puak kafir yang memerangi umat Islam dan menahan serangan mereka dengan nyawa, harta dan lidah atau apa sahaja ikhtiar demi meninggikan kalimah Allah dan menegakkan Islam. Kita semua tahu, jihad yang paling mencabar ialah jihad qitali atau jihad berperang dengan senjata untuk menghapuskan musuh Islam di medan peperangan. Perintah perang jihad menentang musuh Allah adalah merupakan suatu kewajipan ke atas umat Islam apabila keadaan memaksa maka jihad itu dilancarkan. Perintah berjihad ini akan tetap berterusan hingga ke hari kiamat apabila ada umat Islam yang diserang atau bumi Islam dicerobohi Inilah kewajipan kita bersama untuk terus bersemangat dan menyatakan sokongan kita kepada saudara seagama di bumi Palestin yang telah dan sedang menunaikan kewajipan jihad yang telah diwajibkan oleh Allah SWT. Mereka berada di barisan hadapan, walaupun menjadi golongan yang paling terdedah kepada serangan musuh yang dilancarkan secara bertubi-tubi. Israel menggunakan segala senjata termasuklah mendapatkan sokongan politik, ekonomi, media dan lain-lain dari negara Barat khususnya kuasa Amerika dan Eropah. Walaupun umat Islam di Palestin sekian lama ditindas, dirampas, disekat hak-hak mereka, dibunuh dan dizalimi oleh tentera negara haram Israel, namun semangat mereka tidak pernah luntur dengan terus berjuang. Mereka menghadapi kezaliman dengan gagah berani, memberikan sumbangan dengan pengorbanan nyawa para syuhada’ yang bertali arus tidak henti-henti. Mereka itulah golongan yang sedang menunggu giliran untuk syahid yang tidak pernah terhenti. Umat Islam Palestin mengorbankan nyawa mempertahankan bumi wakaf milik seluruh umat Islam Palestin dan Masjid Aqsa tanpa rasa jemu dan gentar. Jihad kita berbentuk harta, doa dan boikot adakah sudah berhenti dan senyap setelah hampir 22 000 terkorban dibunuh kejam oleh zionis Yahudi yang majoriti terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang awam. Bolehkah kita terus bergembira disaat saudara seagama berkorban nyawa, bolehkah kita bergurau senda ketika saudara kita dibunuh tanpa kira masa, adakah kita boleh terus berseronok ketika saudara kita dibom tanpa belas kasihan. Teruskan jihad kita jika kita ada iman dan ada perasaan belas kasihan pada saudara seagama. Islamlah nescata kita selamat dunia akhirat للشهيدِ عندَ اللهِ ستُّ خصالٍ : يُغفرُ لهُ في أولِ دفعةٍ، ويَرى مقعدَهُ منَ الجنةِ، ويُجارُ منْ عذابِ القبرِ، ويأمنُ منَ الفزعِ الأكبرِ، ويُوضعُ على رأسِهِ تاجُ الوقارِ، الياقوتةُ منها خيرٌ منَ الدنيا وما فيها، ويُزوَّجُ اثنتينِ وسبعينَ زوجةً من الحورِ العينِ، ويُشفَّعُ في سبعينَ منْ أقاربِهِ - رواه الترمذي Maksudnya : “Orang yang mati syahid di sisi Allah mempunyai enam kelebihan: dosanya akan diampuni sejak darahnya tertumpah di awal kali pertempuran, diperlihatkan tempat duduknya di surga, dijaga dari siksa kubur, diberi keamanan dari ketakutan yang besar saat dibangkitkan dari kubur, diberi mahkota kemuliaan yang satu permata darinya lebih baik dari dunia seisinya, dinikahkan dengan tujuh puluh dua bidadari dan diberi hak untuk memberi syafaat kepada tujuh puluh orang dari keluarganya". بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: