أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Selasa, 14 Disember 2021

Khutbah Jumaat : Cinta Allah DiMiliki Murka Allah DiJauhi

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 11 surah at-Taghabun : مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌ Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang sedang dilanda banjir. Hujan itu adalah suatu rahmat daripada Allah. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah. Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa: اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم . Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”. Nabi s.a.w juga mengajar kita untuk berdoa seperti : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ : وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ – رواه مسلم Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya daku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan daku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.“ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura: وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Ketika diuji dengan apa sahaja bentuk ujian atau musibah maka kita wajib redha dengan qadha dan qadar Allah. Jauhkan daripada melawan atau mempertikai setiap ketentuan Allah samada dengan hati, mulut mahu pun perbuatan. Sebaliknya jadikanlah setiap apa yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran penting untuk menambah kesabaran seterusnya meningkatnya keimanan kita kepada Allah. Laksanakanlah sikap yang diajar oleh nabi s.a.w قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 2 surah al-Hasyru: اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ‎﴿٦﴾‏ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ‎﴿٧﴾ Maksudnya : Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Setiap hari sekurang-kurangnya kita membaca 17 kali surah al-Fatihah dalam setiap rakaat solat kita di mana antara doa yang paling penting dalam surah tersebut ialah agar Allah menyelamatkan kita daripada menjadi manusia yang dimurkai oleh Allah. Antara sikap manusia yang dimurkai oleh Allah ialah [1] Syirik kepada Allah swt [2] Mengengkari perintah Allah [3] Banyak melakukan maksiat dan kemungkaran secara terang-terangan tanpa rasa bersalah atau malu [4] Cinta kepada dunia melebihi cinta kepada Allah dan rasulNya. [5] Memiliki sifat sombong takabbur. [6] Jiwa tidak tenang dan resah gelisah kerana dunia [7] Lupa dan malas berzikir pada Allah [8] Hidup senang-lenang tanpa mendapat ujian berat yang membolehkan seseorang menginsafi diri dan takut pada Allah Firman Allah dalam ayat 44 surah al-An’am : فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ ‎﴿٤٤﴾‏ Maksudnya : Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 56 surah al-A’raf : وَلَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفٗا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ Maksudnya : Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik Setelah memahami dengan tentang sikap dan bahayanya golongan yang dimurkai oleh Allah maka semestinya kita bersungguh-sungguh berusaha untuk menjadi golongan yang dikasihi oleh Allah antaranya dengan melazimi amalan berikut iaitu [1] Sentiasa membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar. [2] Taqarrub atau mendekati kepada Allah melalui ibadat sunat setelah melakukan ibadat fardhu. Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunnah, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. [3] Mengamalkan zikir kepada Allah dalam segala tingkah laku, melalui lisan, hati, amal dan perilaku. Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah tergantung kepada kadar zikir kepadaNya. [4] Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri. Mengutamakan cinta kepada Allah di atas cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ – رواه البخاري ومسلم Maksudnya : “3 hal, Sesiapa memilikinya maka dia akan merasakan manisnya iman. (iaitu) menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, mencintai seseorang semata-mata karena Allah, dan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya ia jika dilempar ke dalam api neraka.” Sidang Jumaat yang berbahagia, Firman Allah dalam ayat 60 surah Ghafir : وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ ‎﴿٦٠﴾‏ Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. Amalan seterusnya untuk menjadi hamba yang dikasihi Allah ialah [5] Kesinambungan musyahadah (menyaksikan) dan ma’rifah (mengenal) Allah dengan ilmu yang benar [6] Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah zahir dan batin akan menghantarkan kepada cinta hakiki kepadaNya. Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. [7] Ketundukan hati secara total di hadapan Allah, inilah yang disebut dengan khusyu’. Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan menghantarkan kepada cinta Allah yang hakiki. [8] Menyendiri untuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah terutama pada saat dikabulkan doa. [9] Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah, maka ia pun akan mendapatkan cinta Allah. [10] Menjauhi sebab-sebab yang menghalangi komunikasi kalbu dengan Al-Khaliq, iaitu Allah. Sempena berada paha hari Jumaat yang mulia maka banyakkan doa agar kita dimasukkan dalam golongan yang dicintai oleh Allah serta dijauhi daripada bersikap dengan sikap buruk golongan yang dimurkai oleh Allah بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Ulama’ DiSanjungi Ujian Allah DiSantuni Kemuliaan DiMiliki

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 155 – 156 surah al-Baqarah : وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَ‌اتِ ۗ وَبَشِّرِ‌ الصَّابِرِ‌ينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَ‌اجِعُونَ ﴿١٥٦﴾ أُولَـٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّ‌بِّهِمْ وَرَ‌حْمَةٌ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ Maksudnya : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh. Malah ada beberapa negeri telah dan sedang diuji dengan banjir seperti Melaka, Kedah dan Selangor. Ujian Allah itu bertujuan untuk mengetahui tingkatan dan kualiti pengorbanan dan kesabaran. Adapun bentuk ujian yang diberikan Allah iaitu : [1] Syaitan Dan Hawa Nafsu yang merupakan 2 musuh utama manusia dalam hidup yang wajib dijauhi dalam kehidupan manusia. [2] Orang Kafir, Musyrik, Munafiq, Zalim, Fasiq, Jahil yang memusuhi kebenaran [3] Penderitaan Dan Kesengsaraan Hidup seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan Covid-19 [4] Kekayaan Dan Kemewahan Hidup bila gagal diurus berasaskan agama hingga tergelincir kepada jalan kesesatan [5] Pangkat Jawatan Dan Kedudukan bila disalahguna untuk melakukan kezaliman dan kerosakan diatas muka bumi ini. [6] Ketakutan Yang Berlebihan sehingga takut kepada makhluk lebih takut daripada takut kepada Allah [7] Anak-Anak, Pasangan Hidup, Ahli Keluarga Dan Teman yang mengajak kepada maksiat kepada Allah Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 11 surah at-Taghabun : مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌ Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu Lafaz ‘ibtilaa’, ‘imtihan’, ‘fitnah’ (bahasa Arab) mempunyai pengertian hampir sama, iaitu dugaan daripada Allah ke atas sebahagian hamba-Nya untuk menilai kadar keimanan mereka. Begitu juga perkataan musibah, bala dan bencana (bahasa Melayu) masih diertikan sebagai ujian dan dugaan Allah ke atas hamba-Nya. Kata lawan bagi ujian Allah ini ialah ‘uquubah’, ‘azab’ dan ‘iqaab’ (bahasa Arab) yang bermakna hukuman dan balasan. Terdapat perbezaan antara ujian dan hukuman, seperti berikut: [1] Ujian itu bersifat sementara dan tidak kekal. Ia wujud hanya untuk menduga keimanan orang yang beriman. Hukuman atau uquubah adalah balasan kepada mereka yang melakukan dosa dan bersifat kekal abadi. Biasanya ujian datang dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan wang atau harta dan makanan dan kematian. Golongan yang paling banyak diuji oleh ialah para nabi عَنْ سعد بن أبي وقاص قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً قَالَ الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الصَّالِحُونَ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِىَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِى عَلَى الأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ – رواه الترمذي والحاكم وابن حبان Dari Sa’ad bin Abi Waqqash beliau berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w : “Ya Rasulallah, siapa manusia yang paling berat cubaannya ?”. Rasulullah menjawab : “Para Nabi lalu orang-orang soleh lalu orang-orang yang semisal dengan mereka lalu yang semisal dengan mereka. Sesungguhnya seseorang akan diuji sesuai dengan tahap agamanya, semakin kuat dia berpegang teguh dengan agamanya, semakin berat cubaan dan ujian yang diterimanya. Sedangkan yang agamanya biasa saja, maka dia diuji mengikut kadar agamanya itu. Dan ujian itu akan terus menimpa seorang hamba sampai dia berjalan di atas bumi tanpa dosa”. Dalam sejarah para nabi, beberapa perkara berlaku Nabi Ibrahim as dicampak ke api oleh Namrud, Nabi Ayub as pernah ditimpa sakit berpanjangan, Nabi Yusuf as dimasukkan ke dalam penjara, Nabi Yunus as dimasukkan ke dalam perut ikan dan Nabi Muhamad saw pernah diboikot oleh kafir Quraisy di Makkah selama tiga tahun. Semua ini adalah ujian Allah bagi para hamba-Nya yang beriman. Ia berlaku dalam beberapa ketika sahaja, bukan hukuman atau balasan pedih daripada Allah selama-lamanya. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura: وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. [2] Ujian samada baik buruk sebagai peringatan atau menyedarkan Mukmin di mana ada juga ujian yang menimpa orang Mukmin berbentuk bencana supaya mereka cepat bertaubat dan sedar daripada kelalaian atau kecuaian yang menghinggapi mereka. Ada kala ujian ini tidak berbentuk bencana tetapi nikmat yang diberi kepada seorang Mukmin untuk menduga sama ada dia tetap bersyukur kepada-Nya seperti sebelumnya atau kalah dengan perasaan baru yang timbul iaitu berasa bangga dengan pencapaiannya hingga lupa diri dan menderhakai Allah [3] Ujian itu menjadi azab jika menimpa ahli maksiat di mana sebahagian ulama menyatakan ujian Allah jika ditimpakan ke atas orang yang banyak dosa dan melakukan maksiat dan jika mereka tidak menyedarinya itu sebagai ujian dan tidak bertaubat dengan segera atau gagal dengan ujian-Nya, maka ia bukan lagi ujian tetapi telah menjadi azab yang menimpa seperti yang menimpa Qarun. Allah menjelaskan bahawa tiada suatu azab menimpa seseorang melainkan kerana pilihan manusia itu sendiri yang gagal dengan ujian Allah, seperti firman Allah dalam ayat 79 surah An-Nisaa: مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ ۚ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا ‎﴿٧٩﴾‏ Maksudnya : Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah daripada Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah daripada (kesalahan) dirimu sendiri.” Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah S.W.T, عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ – رواه البخاري Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya. [4] Ujian Allah menggugurkan dosa supaya manusia bertaubat sedangkan Azab yang menimpa pula adalah kerana banyak dosa dan maksiat. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ Maksudnya : “Ujian akan sentiasa menimpa orang mukmin sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, anak dan hartanya hingga ia bertemu Allah dengan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya.” Al-Quran juga menjelaskan bencana yang menimpa seorang Mukmin itu bukanlah azab kekal atau balasan atas perbuatannya yang salah, tetapi ia seperti penghapus dosa-dosanya dan penyebab dia melakukan [5] Ujian menaikkan darjat dengan kesabaran قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, قال النبي : إِنَّ اللهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتَزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ. وَلَـٰكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ. حَتَّىٰ إِذَا لَمْ يَبْقِ عَالِمًا، اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالًا. فَسُئِلُوْا، فَأَفْتُوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوْا وَأَضَلُّوْا.“ رواه البخارى Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya daripada dada hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang jahil, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan orang lain Sejak akhir-akhir ini semakin ramai ulama Islam yang meninggal dunia yang mengingatkan kita tentang bagaimana dunia ini terlalu hampir dengan Qiamat. Al-Quran dan hadis nabi s.a.w menyatakan bahayanya bila dunia sepi daripada Ulama taqwa yang boleh membimbing manusia kepada jalan kebenaran. Sesuai sebagai pewaris nabi maka peranan Ulama begitu besar dalam memberi tunjuk ajar umat bukan sahaja dalam bab ibadat khusus malah meliputi seluruh apek kehidupan termasuk cara berpolitik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Hilangnya Ulama merupakan suatu kehilangan yang besar yang wajar kita rasa kebimbangan terutama dalam menjaga kesucian agama seterusnya melaksanakan segala system Islam dalam kehidupan agar memperolehi kebahagian hidup dunia dan akhirat. Oleh itu marilah kita berlumba untuk mencari ilmu sebelum Ulama sudah tiada. Jangan selepas kematian seorang demi seorang Ulama barulah kita kalut untuk mencari. Kehilangan Ulama sukar dicari ganti seumpama kebocoran yang tidak mampu lagi ditampung عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ ﷺ أَنَّهُ قَالَ: “خُذُوْا الْعِلْمَ قَبْلَ أَنْ يَذْهَبَ.“ قَالُوْا: “وَكَيْفَ يَذْهَبُ الْعِلْمُ، يَا نَبِيَّ اللهِ، وَفِيْنَا كِتَابُ اللهِ؟“ قَالَ؛ فَغَضِبَ لَا يُغْضِبُهُ اللهُ، ثُمَّ قَالَ: “ثَكِلَتْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ! أَوَلَمْ تَكُنِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيْلُ فِيْ بَنِيْ إِسْرَائِيْلِ فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمْ شَيْئًا؟ إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ. إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ.“ رواه الدارمى Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: “Ambillah ilmu sebelum ia hilang.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana ilmu boleh hilang, wahai Nabi, sedangkan di kalangan kita ada Kitab Allah?” Abu Umamah berkata; maka Nabi marah, yang sebelumnya belum pernah baginda marah, lalu bersabda: “Rosak kalian! Bukankah sudah ada Taurat dan Injil di kalangan Bani Israeil tetapi keduanya tidak mencukupi bagi mereka (tidak mereka jadikan pedoman di zaman mereka)? Sesungguhnya hilangnya ilmu bersama hilangnya pembawa ilmu itu. Sesungguhnya hilangnya ilmu bersama hilangnya pembawa ilmu itu (ulama’).” Oleh itu dampingilah Ulama’, berilah bantuan dan sokongan kepada Ulama pewaris nabi agar kita tidak tersesat jalan. Hidupkan budaya ilmu dalam kehidupan بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ