أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Khamis, 8 November 2012

Kepimpinan nabi Ibrahim a.s DiContohi Kebahagiaan DiRai

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Mumtahinah : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْ‌جُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ‌ ۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّـهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ Maksudnya : Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim a.s dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Kita baru sahaja menyambut ketibaan hari raya korban di mana pagi tadi kita sama-sama solat sunat hari raya secara berjemaah dan mengambil manfaat daripada khutbah hari raya. Ada antara kita telah pun selesai melakukan ibadat korban sebagaimana yang digalakkan oleh nabi Muhammad s.a.w dan ramai lagi akan turut berbuat amalan sunat ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Kedatangan hari raya korban begitu banyak meninggalkan kesan dalam membentuk diri ke arah yang lebih cemerlang dan hampir kepada Allah. Antaranya melalui kisah nabi Ibrahim a.s yang begitu banyak mendidik kita di mana nabi yang mulia ini bukan sahaja tidak terpengaruh dengan suasana jahiliah pada zaman remajanya malah bangkit mempertahankan iman disamping begitu bersungguh menjalankan kerja-kerja dakwah dalam menghancurkan jahiliah. Kekuatan hujah nabi Ibrahim a.s terpaksa berdepan dengan tindakan menggunakan kekuatan kuasa oleh Raja Namrud sehingga nabi Ibrahim a.s dibakar hidup-hidup sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah dalam ayat 68-69 surah al-Anbiya’ : قَالُوا حَرِّ‌قُوهُ وَانصُرُ‌وا آلِهَتَكُمْ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ ﴿٦٨﴾ قُلْنَا يَا نَارُ‌ كُونِي بَرْ‌دًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَ‌اهِيمَ Maksudnya : (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!" . Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada nabi Ibrahim! ". Kisah ini mengajar kita supaya bersungguh dalam memperkasakan pendidikan agama bagi menjadi benteng daripada mudah ditipu dengan sebarang bentuk pemikiran dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam. Kita begitu kecewa apabila peruntukan untuk sekolah agama rakyat (SAR) tidak dimasukkan dalam belanjawan 2013 dengan alasan tidak berdaftar dengan kementerian terbabit sedangkan dalam masa yang sama boleh menyumbang puluhan juta kepada sekolah jenis kebangsaan dalam suatu majlis yang penuh sarat dengan penghinaan terhadap hukum Islam termasuk Hudud. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 24-25 surah As-Sajadah : وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِ‌نَا لَمَّا صَبَرُ‌وا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ ﴿٢٤﴾ إِنَّ رَ‌بَّكَ هُوَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ Maksudnya : Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya. Pertembungan antara iman dan kufur, perlawanan antara Islam dan jahiliah, pertentangan antara hak dan batil terus berlangsung hingga hari qiamat. Al-Quran membawa banyak kisah pemimpin yang mesti kita contohi untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat seperti kepimpinan nabi Ibrahim, nabi Musa dan nabi Muhammad s.a.w. Kepimpinan yang berteraskan kepada wahyu Allah ini bukan sahaja menunjuk kepada umat manusia bagaimana menguruskan dunia berdasarkan agama malah menitikberatkan tentang kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat agar kepimpinan tidak tergelincir daripada garisan yang telah ditetapkan oleh syarak. Kepimpinan yang adil dan hebat ini memerlukan kepada kesabaran dan keyakinan yang tinggi dalam mencapainya seterusnya mempertahankannya kerana ia dibenci oleh manusia yang dihasut oleh hawa nafsu dan syaitan. Kepimpinan ini bukan sahaja memberi keamanan kepada rakyat jelata di dunia malah sentiasa bersungguh dalam menyelamatkan umat daripada daripada api neraka di akhirat. Kepimpinan ini akan sentiasa dicabar dan dimusuhi oleh manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan syaitan seperti pemerintahan Raja Namrud, Firaun, Abu Lahab dan manusia bongkak yang lain. Kepimpinan jahiliah ini sepastinya hanya menjadi dunia sebagai matlamat utama dengan menolak keimanan terhadap balasan akhirat sehingga tidak mempedulikan lagi masalah sesat, zalim, dosa, khianat dalam kamus pemerintahan mereka. Inilah yang digambarkan oleh Allah dalam ayat 41-42 surah al-Qasas : وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ‌ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُ‌ونَ ﴿٤١﴾ وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَـٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُم مِّنَ الْمَقْبُوحِينَ Maksudnya : Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya. Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Menyedari tentang betapa pentingnya kepimpinan Islam dalam meruntuhkan pemerintahan jahiliah maka menjadi kewajipan kita bersama untuk memilih pemimpin yang benar-benar berjuang dalam menegakkan Islam agar kita bahagia dunia dan tidak menyesal di akhirat sana. Jika pemimpin dalam rumahtangga banyak mencorakkan cara hidup anak isteri samada taat kepada Allah atau lebih banyak menderhakaiNya apatah dalam negara. Kita telah menyaksikan semakin banyak berlakunya pertukaran kepada kepimpinan di beberapa negara terutama di negara arab dan Afrika akibat kebangkitan rakyat di atas kezaliman dan penindasan yang berlaku. Oleh itu kita juga mesti memastikan sebarang pemilihan pemimpin berdasarkan Islam bukan seperti yahudi yang meletakkan matlamat dunia semata-mata dalam menentukan kepimpinan Negara seperti calon Presiden Amerika mesti mesra yahudi barulah mendapat sokongan tertinggi. Melalui ibadat korban juga sepatutnya banyak mengajar para pemimpin untuk berkorban demi kebahagiaan rakyat bukannya mengorbankan rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Akhirnya banyak alasan diberi bila kos sara hidup semakin tinggi seperti kenaikan harga gula supaya rakyat hidup sihat dengan mengurangkan penggunaan gula, bil elektrik dan air naik supaya rakyat lebih jimat dalam penggunaan elektrik dan air sedangkan pembaziran, rasuah dan pecah amanah terus berlaku tanpa sebarang usaha bersungguh dalam mengubatinya. Kini ditambah dengan pelaksanaan saman melalui Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) atas alasan mendidik rakyat ketika di jalanraya sedangkan apa yang kita nampak saman ini akan mencekik rakyat untuk keuntungan berapa kerat pihak yang berkepentingan. Jangan dek habuan ratusan ringgit kita lupa penyelewengan dan pembaziran wang Negara berjuta malah berbilion ringgit. Jadilah mukmin yang sebenar yang tidak mudah dijual beli dan ditipu berkali-kali قال الرسول: لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ – رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Seorang mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama 2 kali Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Tidak lupa pada hari mulia ini untuk sama-sama berdoa kepada para jemaah haji yang sedang berada di Mina pada hari ini untuk sama melontar di Jumratul Aqabah agar mereka dikurniakan dengan haji yang mabrur yang dijanjikan ganjaran yang hebat di sisi Allah sebagaimana yang disebut melalui nabi s.a.w عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga. Melalui amalan melontar ini kita dapat mengambil pengajaran bagaimana bahayanya godaan syaitan dalam menyekat hasrat murni nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail untuk menunaikan pengorbanan suci yang diperintahkan oleh Allah sehingga terpaksa dilontar dengan batu supaya gangguan syaitan itu dapat dipatahkan. Keadaan godaan dan gangguan syaitan ini terus berlaku dalam menghancurkan anak Adam supaya dapat menjadi teman kepada Syaitan dalam neraka Allah di akhirat kelak. Oleh itu kita wajib beriman bahawa syaitan adalah musuh yang nyata yang mesti dilawan dan ditentang sepanjang masa agar dia tidak merosakkan aqidah dan amalan kita. Jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan sebarang seruan sesat yang menyatakan syaitan boleh dijadikan rakan. Jangan biarkan hati kita menjadi mati akibat mudah terpengaruh dengan hasutan hawa nafsu dan syaitan sehingga lupa kepada peringatan Allah sebagaimana kata Syeikh Ibrahim Adham antara tanda hati mati ialah mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya apatah lagi menjadikan syaitan sebagai rakan Firman Allah dalam ayat 5-6 surah al-Faatir : يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّ‌نَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّ‌نَّكُم بِاللَّـهِ الْغَرُ‌ورُ‌ ﴿٥﴾ إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ‌ Maksudnya : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). (5) Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 7 November 2012

Berkorban Julang Islam Hancurkan Jahiliah

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 37 surah al-Hajj : لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَ‌هَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُ‌وا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ‌ الْمُحْسِنِينَ Maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. Kita masih berada pada bulan Zulhijjah di mana ia merupakan bulan terakhir dalam susunan bulan dalam taqwim hijrah. Umat Islam baru sahaja menyambut ketibaan hari raya korban di mana ramai di kalangan kita yang sama-sama menyahut seruan junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w untuk melakukan ibadat korban. Ibadat korban bukan sahaja mengingatkan kita tentang pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail malah menyuburkan rasa taat dan syukur kepada Allah disamping menyemarakkan lagi rasa kasih sayang kepada saudara yang memerlukan bantuan. Ibadat korban dalam Islam begitu berbeza dengan agama lain di mana matlamat ibadat korban dalam Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang kemudian diagihkan kepada insan yang memerlukan. Sedangkan agama lain mengajar penganutnya supaya menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada berhala atau bahan sembahan yang lain atas alasan mempersembahkan korban kepada Tuhan itu sendiri sehingga daging korban dibazirkan tanpa dapat dirasai oleh manusia yang memerlukan. Inilah antara keindahan Islam di mana sentiasa menekankan hubungan manusia dengan Penciptanya iaitu Allah dan hubungan sesama manusia di mana tanpa 2 hubungan utama ini menyebabkan porak perandanya dunia. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Hajj : يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَ‌بَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾ يَوْمَ تَرَ‌وْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْ‌ضِعَةٍ عَمَّا أَرْ‌ضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَ‌ى النَّاسَ سُكَارَ‌ىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَ‌ىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ ﴿٢﴾ Maksudnya : Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan Buat masa ini juga telah ramai saudara mara kita yang baru selesai menunaikan ibadat haji di Kota Mekah mula kembali ke tanahair. Kita sama-sama berdoa kepada Allah agar para jemaah haji dikurniakan dengan haji yang mabrur yang dijanjikan ganjaran yang hebat di sisi Allah sebagaimana yang disebut melalui nabi s.a.w عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga. Ibadat haji sebagaimana permulaan surah al-Hajj yang memperingatkan kita semua tentang kedahsyatan hari qiamat dan gambaran tentang perhimpunan di padang Mahsyar nanti. Perhimpunan agong umat Islam di Kota suci Mekah sepatutnya digunakan sebaik yang mungkin dalam menyatukan umat Islam ke arah memperkasakan lagi dakwah dan gerak-kerja dalam mengembalikan kegemilangan Islam dan kehebatan system Islam di atas muka bumi ini. Para jemaah haji diterapkan tentang tiada bezanya antara warna kulit samada putih atau hitam, bahasa, budaya, bangsa, pangkat, darjat, miskin kaya di mana yang paling mulia adalah golongan yang paling taqwa kepada Allah. Titik kepada kesatuan kita adalah Islam bukannya cara atau system yang bercanggah daripada Islam samada sosialis, komunis, sekulerisme, kapitalisme, nasionalisme dan sebagainya. Selagi umat Islam tidak mahu kembali kepada system Islam yang pernah menjulang umat Islam sebelum ini maka selagi itu kita akan dihina dan dijajah di Negara sendiri dan ramai lagi menjadi mangsa kezaliman dan penindasan musuh Islam tanpa pembelaan sewajarnya sebagaimana yang berlaku di Palestin, Iraq, Syria, bangsa Ronghiya di Myanmar dan sebagainya Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِ‌يحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُ‌وا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Firman Allah dalam ayat 42-45 surah al-Hajj : وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَعَادٌ وَثَمُودُ ﴿٤٢﴾ وَقَوْمُ إِبْرَ‌اهِيمَ وَقَوْمُ لُوطٍ ﴿٤٣﴾ وَأَصْحَابُ مَدْيَنَ ۖ وَكُذِّبَ مُوسَىٰ فَأَمْلَيْتُ لِلْكَافِرِ‌ينَ ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ ۖ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ‌ ﴿٤٤﴾ فَكَأَيِّن مِّن قَرْ‌يَةٍ أَهْلَكْنَاهَا وَهِيَ ظَالِمَةٌ فَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُ‌وشِهَا وَبِئْرٍ‌ مُّعَطَّلَةٍ وَقَصْرٍ‌ مَّشِيدٍ ﴿٤٥﴾ Maksudnya : Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana sesungguhnya sebelum mereka: Kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud (kaum Nabi Soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing; Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut; Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). Keadaan yang berlaku disekeliling kita wajib diambil iktibar sewajarnya dalam melahirkan rasa takut dan gerun kepada Allah. Antara musibah terbaru yang kita dapat saksikan ialah bagaimana beberapa buah negeri terutama NewYork, Amerika Syarikat dilanda taufan Sandy yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban, bangunan musnah malah terancamnya reaktor nukelar di mana nilaian awal kerugian yang ditanggung melebihi 30 bilion. Taufan yang dahsyat ini berlaku selepas 2 bulan tersiarnya filem yang menghina nabi Muhammad s.a.w di Amerika Syarikat. Keangkuhan manusia dan sebuah kerajaan mampu diranapkan sekelip mata oleh Allah Maha Kuasa tanpa ada kuasa lain yang mampu menghalangnya. Oleh itu ia sewajarnya dijadikan pengajaran berharga kepada kita dalam mendesak pemimpin Negara supaya menyekat penghinaan terhadap Islam dan sistemnya samada daripada orang Islam sendiri mahu pun orang bukan Islam agar kita terdedah kepada balasan Allah yang begitu dahsyat. Walau pun telah banyak filem, karikatur dan tulisan yang memberi gambaran serong mengenai Islam namun ia telah membuka mata masyarakat Barat lain untuk mengetahui ajaran Islam sebenar. Mitos yang dicanang Amerika Syarikat sebagai contoh sebenarnya memakan diri kerana pada 1970, terdapat 100,000 Muslim sahaja di negara itu tetapi pada 2008 terdapat 9 juta Muslim dan dijangka terus meningkat. Peningkatan ini berterusan terutama selepas publisiti meluas mengenai Islam rentetan daripada peristiwa 11 September. Fenomena ini dibantu oleh pendakwah Muslim yang komited menjelaskan ajaran sebenar Islam yang sesuai dengan fitrah manusia. Seperti kata seorang Novelis dan ahli politik, George Bernard Shaw yang menegaskan: “Agama yang akan menjadi pilihan golongan terpelajar, bertamadun dan yang sedar pada masa hadapan hanyalah Islam.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada zaman kita jarang berlaku umat Islam yang mengubah atau mereka ayat al-Quran sebagaimana tindakan jahat golongan Kristian dan yahudi yang mengubah isi kandungan Injil dan Taurat tetapi apa yang berlaku ialah semakin ramai umat Islam yang mencipta dan tunduk kepada system yang bercanggah dengan Islam meliputi banyak aspek samada perundangan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat kejahilan sehingga merasakan bahawa akal mereka mengatasi kebijaksaan Allah. Akhirnya mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu yang jahat dan syaitan laknat. Betapa mulia dan bahagia manusia yang taat kepada Allah dan menerima tunjuk ajar daripada Rasulullah s.a.w. Betapa hina dan deritanya manusia yang bangkit menentang system Allah dan bersikap kurang ajar terhadap nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini mengajar kita supaya bersungguh dalam memperkasakan pendidikan agama bagi menjadi benteng daripada mudah ditipu dengan sebarang bentuk pemikiran dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam. Mimbar Jumaat pada hari ini untuk sekian kalinya mendesak pemimpin agar meneruskan peruntukan untuk sekolah agama rakyat (SAR) yang tidak dimasukkan dalam belanjawan 2013 dengan alasan tidak berdaftar dengan kementerian terbabit sedangkan dalam masa yang sama boleh menyumbang puluhan juta kepada sekolah jenis kebangsaan dalam suatu majlis yang penuh sarat dengan penghinaan terhadap hukum Islam termasuk Hudud. Mengapa pemimpin perlu banyak berkira dalam memperkasakan pendidikan Islam sedangkan boleh buat pekak dengan tindakan dan usaha dalam melemahkan umat Islam dan menghina Islam. Oleh itu lahirlah sebagai pejuang Islam bukan penentang Islam. Lahirlah sebagai pembela Islam bukannya penghina Islam. Islamlah nescaya kita bahagia dan mulia dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 5-6 surah al-Faatir : يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّ‌نَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّ‌نَّكُم بِاللَّـهِ الْغَرُ‌ورُ‌ ﴿٥﴾ إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ‌ Maksudnya : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). (5) Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ