أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Khamis, 7 Julai 2022

Khutbah Aidil Adha 1443H

KHUTBAH EIDIL ADHA 1443H اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 27سورةالحج : وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ‎﴿٢٧﴾ Maksudnya : "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Setelah 2 tahun berada dalam suasana musibah covid-19 yang turut merencat hasrat sebahagian besar umat Islam untuk menunaikan haji maka pada tahun ini suasana semakin pulih yang membolehkan ramai umat Islam menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadat haji. Bagi kita yang belum berkesempatan untuk menunaikan ibadat haji semoleknya tanamlah niat dan berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah memilih kita untuk menjadi tetamuNya untuk tahun mendatang. Niat untuk berbuat amalan soleh pasti akan mendapat pahala dan dipermudahkan sebagaimana tercatat dalam suatu hadis Qudsi إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً - رواه البخاري Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barangsiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 40 surah :  رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾ Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku Ketika menyoroti proses melahirkan zuriat keturunan yang soleh oleh nabi Ibrahim a.s maka kita lihat bagaimana pentingnya usaha ikatan kita dengan Allah melalui doa dan tarbiah yang berterusan. Zuriat soleh ini merupakan matlamat penting hidup berkeluarga kerana kita manusia memikul amanah kepimpinan yang berat di mana nabi s.a.w bukan hanya berbangga dengan jumlah yang ramai tetapi yang paling penting iaitu kualiti zuriat keturunan dari segi keimanan, akhlak dan amal soleh. Ibubapa jangan hanya meletakkan harapan untuk menumpang tuah anak-anak untuk kesenangan duniawi semata-mata sebaliknya apa yang lebih penting untuk dapat menumpang tuah anak soleh selepas kematian kita nanti. Imam al-Ghazali ada berpesan: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Sebaliknya, jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersiakan seperti haiwan, menderitalah dia dan binasa. Dosa juga akan ditimpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu.” Ibn Khaldun pula mengingatkan: “Al-Quran adalah ilmu pertama yang dipelajari oleh anak-anak kerana mempelajari al-Quran adalah satu syiar agama yang dipelopori oleh orang-orang Islam dan diteruskan oleh semua orang Islam di negeri-negeri mereka kerana al-Quran yang menguatkan iman dan cara untuk mengasah kebolehan-kebolehan lain.” مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا - رواه أحمد Maksudnya : “Tahukah engkau siapakah yang mandul?” Para sahabat menjawab; “Orang yang mandul ialah orangyang tidak mempunyai anak”. Lalu Rasulullah bersabda; Orang mandul yang sebenar ialah orang yang mempunyai ramai anak, tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami Antara amalan terbaik ketika menyambut hari raya korban ini hingga berakhirnya hari tasyriq iaitu hari ke-13 daripada Zulhijjah nanti ialah ibadat korban. Antara hikmat ibadat korban ialah untuk menanam sikap suka membantu orang yang lebih susah disamping membuang sifat bakhil. Untuk mengatasi sifat bakhil ini Imâm al-Ghazâlî memberikan 2 jalan yang saling berkaitan iaitu: [1] Secara ilmiah atau teori di mana kita perlu faham bagaimana Sifat bakhil itu akan membawa kehinaan di dunia dan kebinasaan di akhirat kelak. Harta itu, betapa pun banyaknya, tidak akan menyertai dan tidak pula kita bawa ke dalam lubang kubur. Harta merupakan milik Allah yang dilimpahkan kepada hamba-Nya untuk dipergunakan sesuai dengan petunjuk-Nya. Menahan harta kerana ingin berfoya-foya dengannya, merupakan tabiat binatang dan nilainya hanya sementara. Sedangkan menginfakkan harta di jalan Allah merupakan amalan yang bijak dan pahalanya akan abadi dan berlipat ganda. Harta yang tidak diinfakkan dengan maksud untuk diwariskan kepada anak-cucu, seakan-akan seseorang itu meninggalkan kekayaan kepada anak cucu sedangkan dia sendiri menghadap Allah dengan membawa kejahatan. Ini benar-benar tindakan kurang cerdik. Seandainya anaknya kelak menjadi anak yang soleh, Allah pasti akan mencukupi rezekinya. Namun apabila anaknya fasik, pasti harta itu dipergunakan untuk kemaksiatan. Justeru harta warisan itu menjadi peluang bagi perbuatan maksiatnya. Hal tersebut akan membuat orang tua menderita, sementara yang lain menikmatinya. Manakala cara ke- [2] Secara Amaliah atau praktikal pula iaitu Untuk sementara waktu tidaklah mengapa bila pertama kali membayangkan mendapatkan balasan lebih banyak sehingga dapat memotivasi diri untuk senang berinfak. Lama kelamaan dengan sentiasa mendisiplinkan diri untuk rajin berinfak, sehingga akhirnya menjadi lapang dan terbiasa dengan sifat pemurah sehingga hilang sifat bakhil Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 126 : وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَىٰ عَذَابِ النَّارِ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ ‎﴿١٢٦﴾‏ Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".  Doa nabi Ibrahim a.s banyak dirakamkan di dalam al-Quran untuk kita amalkan dan hayati dalam kehidupan seharian. Antaranya doa berkaitan keamanan negara dan keberkatan dengan rezeki termasuk hasil pertanian. Ketika berdepan dengan krisis ekonomi dan sumber makanan maka kita dapat saksikan kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan tanah yang subur. Oleh itu nikmat ini tidak sepatutnya disia-siakan sehingga kita terus menjadi pengimport kepada hasil pertanian dan penternakan daripada negara luar yang merugikan kita dalam jangka pendek dan panjang. Kerana itulah negara maju pada masa kini berlumba-lumba untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian dan penternakan mereka. Tidaklah pelik sebahagian negara menjadikan hasil pertanian dan penternakan sebagai salah satu daripada hasil utama negara mereka. Sebagai contoh negara yang mengamalkannya ialah New Zealand dan Australia yang begitu giat menghasilkan penternakan kambing biri-biri dan lembu. Taiwan walau pun buminya sempit tetapi mampu menjadi pengeksport kulat terbesar di dunia. Mereka menjadi negara pengeksport utama hasil penternakan dan juga pertanian. Berdasarkan kepada kenyataan ini, dengan penuh keinsafan, maka hendaklah kita memanfaatkan hasil bumi supaya jangan ditinggalkan kosong dan sia-sia tanpa sebarang penghasilan. Berdasarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Ibn Abdullah R.A قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَتْ لَهُ أَرْضٌ فَلْيَزْرَعْهَا فَإِنْ لَمْ يَزْرَعْهَا فَلْيُزْرِعْهَا أَخَاهُ - رواه مسلم Maksudnya: “Barangsiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia bercucuk-tanam padanya ataupun diserahkan tanah itu kepada saudaranya (untuk bercucuk-tanam).” Malah nabi s.a.w menggambarkan kepada kita betapa pentingnya bidang pertanian sehinggakan hampir kiamat pun digalakkan lagi bercucuk tanam . Ini menunjukkan bidang pertanian tidak boleh diabaikan sama sekali kerana ia adalah penyumbang utama kepada kehidupan manusia. Pertanian merupakan satu ibadah. قَالَ الرَّسُوْلُ :إِنْ قامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا - رواه أحمد Maksudnya: “Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 34 سورة النمل : قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ Maksudnya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Ketika merenungi perjalanan hidup nabi Ibrahim a.s dan juga nabi Muhammad s.a.w yang hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang menyembah berhala di mana keadaan sekitar biasanya banyak mempengaruhi kehidupan seseorang. Namun kedua-dua nabi yang mulia sentiasa berada di bawah jagaan dan kawalan Allah sehingga bukan sahaja tidak tergugat iman mereka malah mampu meruntuhkan jahiliah tersebut dan didirikan kehebatan Islam atasnya. Sebagai manusia biasa maka kita perlu mempunyai jati diri yang kuat agar tidak mudah dijajah oleh musuh Islam walau dengan apa cara sekali pun. Kita dapat lihat bagaimana penjajahan melalui media sosial amat membimbangkan sehingga cara kehidupan yang bercanggah dengan Islam mula mulai tumbuh secara perlahan serta perubahan terhadap nilai-nilai dan pemikiran umat Islam yang beralih kepada budaya barat seperti kebendaan, penting diri sendiri, sukakan hiburan melampau dan mabuk untuk mendapat perhatian dengan mempamerkan gambar atau video walau pun bercanggah dengan syarak demi mengejar perhatian orang ramai Ibnu Khaldun menegaskan dalam karyanya, al-Muqaddimah: “Bangsa yang lemah itu mudah terpengaruh dengan bangsa yang kuat (yang menjajahnya), sehingga terikut cara hidupnya dan berfikir. Termasuklah juga budaya dan bahasa, khususnya dalam aspek negatif yang tidak membantu untuk memperkasakan umatnya sendiri.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Keberadaan kita pada hari raya korban yang mulia ini juga jangan kita lupa untuk berkorban samada dengan harta mahu pun doa dalam membantu saudara seagama yang sedang berdepan dengan masalah penjajahan moden dengan peperangan, kebuluran sebagaimana di Palestin, Syria, Iraq, Yaman, Myanmar, Selatan Thailand dan sebagainya.  قَالَ الرَّسُوْلُ :الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ – رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara orang Muslim lainnya. Ia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya diganggu orang lain (bahkan ia wajib menolong dan membelanya) . Sesiapa membantu kesusahan saudaranya, maka Allâh sentiasa akan menolongnya. Sesiapa melapangkan kesulitan orang Muslim, maka Allâh akan melapangkan baginya dari salah satu kesempitan di hari Qiamat dan barangsiapa menutupi (aib) orang Muslim, maka Allâh menutupi (aib)nya pada hari Kiamat Akhir kata selamat menyambut Aidil Adha dan selamat mengerjakan ibadat korban bermula pagi ini hinggalah berakhir hari tasyriq 13 Zulhijjah nanti. Bahagiakan daging korban kepada saudara yang memerlukan agar mereka turut merasai nikmat Allah dan betapa manisnya nikmat persaudaraan Islam. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وَفِى Myanmar وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . للَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيد الأضحى 1443 هـ

KHUTBAH EIDIL ADHA 1443H خطبة فرتام اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله دالم اية 27 سورة الحج : وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ مقصودڽ : "دان سروكنله اومة مأنسي اونتوق مڠرجكن عبادة حاج، نسچاي مريك اكن داتڠ كرومه توهنمو دڠن برجالن كاكي، دان دڠن منوڠڬڠ برجنيس-جنيس اونتا يڠ كوروس يڠ داتڠڽ دري برباڬاي جالن ﴿دان چروق رنتاو﴾ يڠ جأوه سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكوران يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. سمڤنا برادا ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت سام-سام مندعاءكن سموڬ ڤارا جماعة حاج دري سلوروه دنيا يڠ سداڠ مڠرجكن عبادة حاج دكوتا مكة دبريكن كصيحتن دان كسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوڬرهكن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن كچوالي شرڬ. ستله 2 تاهون برادا دالم سواسان مصيبة covid-19 يڠ توروت مرنچت حسرت سباهاڬين بسر اومة اسلام اونتوق منونايكن حاج مك ڤد تاهون اين سواسان سماكين ڤوليه يڠ ممبوليهكن رامي اومة اسلام منجادي تتامو الله باڬي منونايكن عبادة حاج. باڬي كيت يڠ بلوم بركسمڤتن اونتوق منونايكن عبادةحاج سموليكڽ تانمله نية دان بردعاءله برسوڠڬوه-سوڠڬوه اڬر الله مميليه كيت اونتوق منجادي تتاموڽ اونتوق تاهون منداتڠ. نية اونتوق بربوات عمالن صالح ڤاستي اكن منداڤت ڤاهلا دان دڤرمودهكن سباڬايمان ترچاتت دالم سواتو حديث قدسي إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً - رواه البخاري مقصودڽ: “سسوڠڬوهڽ الله تله منتڤكن نيلاي كبأيقكن دان كجاهتن، كمودين دي منجلسكنڽ. مك بارڠسياڤا برنية مڠرجاكن كبأيقكن تتاڤي تيدق دكرجاكنڽ، الله منچاتتڽ سباڬاي ساتو كبايكن يڠ سمڤورنا. جك اي برنية اونتوق بربوات كبأيقكن لالو اي مڠرجاكنڽ، الله منچاتتڽ سباڬاي 10 سمڤأي 700 كالي كبأيقكن اتاو لبيه باڽق لاڬي. جك اي برنية ملاكوكن كجاهتن، تتاڤي اي تيدق مڠرجاكنڽ، الله منچاتتكن ڤدڽ ساتو كبأيقكن يڠ سمڤورنا. جك اي برنية ملاكوكن كجاهتن لالو دكرجاكنڽ، الله منچاتتڽ سباڬاي ساتو كجاهتن.“ مسلمين دان مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم سورة إبراهيم اية 40:  رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾ مقصودڽ : واهاي توهنكو! جاديكنله داكو اورڠ يڠ منديريكن سمبهيڠ دان دمكينله جوڬ ذرية كتوروننكو. واهاي توهن كامي، ڤركننكنله دعاء ڤرموهوننكو كتيك مڽوروتي ڤروسيس ملاهيركن ذورية كتورونن يڠ صالح اوليه نبي إبراهيم عليه السلام مك كيت ليهت باڬايمانا ڤنتيڠڽ اوسها ايكاتن كيت دڠن الله ملالوءي دعاء دان تربية يڠ برتروسن. ذرية صالح اين مروڤاكن متلامت ڤنتيڠ هيدوڤ بركلوارڬ كران كيت مأنسي مميكول أمانة كڤيمڤينن يڠ برات د مان نبي صلى الله عليه وسلم بوكن هاڽ بربڠڬ دڠن جملة يڠ رامي تتاڤي يڠ ڤاليڠ ڤنتيڠ ايأيت كواليتي ذرية كتورونن دري سڬي كإيمانن، أخلاق دان عمل صالح. ايبوباڤ جاڠن هاڽ ملتقكن هارڤن اونتوق منومڤڠ تواه انق-انق اونتوق كسناڠن دنيوي سمات-مات سباليقڽ اڤ يڠ لبيه ڤنتيڠ اونتوق داڤت منومڤڠ تواه انق صالح سلڤس كماتين كيت ننتي. امام الغزالي اد برڤسان: “انق-انق اداله أمانة أتس ايبو باڤ. جك سوده تربياسا دڠن ڤركارا كبأيقكن، انق ايت اكن ممبسر دالم كبأيقكن دان بياسا دڠنڽ. سباليقڽ، جك دبسركن دالم سواسان يڠ تيدق بأيك دان دڤرسياكن سڤرتي حيوان، مندريتاله دي دان بيناسا. دوسا جوڬ اكن دتيمڤاكن كأتس اورڠ يڠ دڤرتڠڬوڠجوابكن ايت.“ ابن خلدون ڤولا مڠيڠتكن: “القرءان اداله علمو ڤرتام يڠ دڤلاجري اوليه انق-انق كران ممڤلاجري القرءان اداله ساتو شعار اڬام يڠ دڤلوڤوري اوليه اورڠ-اورڠ اسلام دان دتروسكن اوليه سموا اورڠ اسلام د نڬري-نڬري مريك كران القرءان يڠ مڠواتكن ايمان دان چارا اونتوق مڠاسه كبوليهن-كبوليهن لأين.“ مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا - رواه أحمد مقصودڽ : “تاهوكه اڠكاو سياڤاكه يڠ مندول؟“ ڤارا صحابة منجواب; “اورڠ يڠ مندول اياله اورڠيڠ تيدق ممڤوڽاءي انق“. لالو رسول الله برسبدا; اورڠ مندول يڠ سبنر اياله اورڠ يڠ ممڤوڽاءي راماي انق، تتاڤي انق-انقڽ تيدق ممبري منفعة كڤداڽ. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽاءي كممڤوان سداڠكن دي تيدق ملاكوكن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندكتي تمڤت صلاة كامي انتارا عمالن ترباءيك كتيك مڽمبوت هاري راي كوربن اين هيڠڬ بيرقهيرڽ هاري تسيريق ايايت هاري ك-13 درڤد ذوالحجه ننتي اياله عبادت كوربن. انتارا حكمة عبادت كوربن اياله اونتوق منانم سيكڤ سوك ممبنتو اورڠ يڠ لبيه سوسه دسمڤيڠ ممبواڠ صفة بخيل. اونتوق مڠاتسي صفة بخيل اين ايمâم الغازâلî ممبريكن 2 جالن يڠ ساليڠ بركأيتن ايأيت:[1] سچارا علميه اتاوteor د مان كيت ڤرلو فهم باڬايمانا صفة بخيل ايت اكن ممباوا كهينأن د دنيا دان كبينسأن د اخرة كلق. هرتا ايت، بتاڤ ڤون باڽقڽ، تيدق اكن مڽرتأي دان تيدق ڤولا كيت باوا كدالم لوبڠ قبور. هرتا مروڤاكن ميليك الله يڠ دليمڤهكن كڤد همباڽ اونتوق دڤرڬوناكن سسواي دڠن ڤتونجوقڽ. مناهن هرتا كران ايڠين برفويا-فويا دڠنڽ، مروڤاكن طبيعة بيناتڠ دان نيلايڽ هاڽ سمنتارا. سداڠكن مڠينفككن هرتا د جالن الله مروڤاكن عمالن يڠ بيجق دان ڤاهلاڽ اكن ابادي دان برليڤت ڬندا. هرتا يڠ تيدق دينفككن دڠن مقصود اونتوق دواريثكن كڤد انق-چوچو، سأكن-اكن سساورڠ ايت منيڠڬلكن ككايأن كڤد انق چوچو سداڠكن دي سنديري مڠهادڤ الله دڠن ممباوا كجاهتن. اين بنر-بنر تيندقكن كورڠ چرديق. سأندايڽ انقڽ كلق منجادي انق يڠ صالح، الله ڤاستي اكن منچوكوڤي رزقيڽ. نامون اڤابيلا انقڽ فاسق، ڤاستي هرتا ايت دڤرڬوناكن اونتوق كمعصيتن. جوسترو هرتا واريثن ايت منجادي ڤلواڠ باڬي ڤربواتن معصيتڽ. حال ترسبوت اكن ممبوات اورڠ توا مندريتا، سمنتارا يڠ لأين منعمتيڽ. مانكالا چارا ك- [2] سچارا عملية اتاو praktikal ڤولا ايأيت اونتوق سمنتارا وقتو تيدقله مڠاڤ بيلا ڤرتام كالي ممبايڠكن منداڤتكن بالسن لبيه باڽق سهيڠڬ داڤت motivasi ديري اونتوق سنڠ برانفاق. لاما كلامأن دڠن سنتياس منديسيڤلينكن ديري اونتوق راجين برانفاق، سهيڠڬ اخيرڽ منجادي لاڤڠ دان تربياسا دڠن صفة ڤموره سهيڠڬ هيلڠ صفة بخيل اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سورة البقرة اية 126 : وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَىٰ عَذَابِ النَّارِ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ ‎﴿١٢٦﴾‏ مقصودڽ : دان ﴿ايڠتله﴾ كتيك نبي إبراهيم بردعاء دڠن بركات: "واهاي توهنكو! جاديكنله ﴿نڬري مكة﴾ اين، نڬري يڠ امان سنتوسا، دان بريكنله رزقي دري برباڬاي جنيس بواه-بواهن كڤد ڤندودوقڽ، ايأيت اورڠ-اورڠ يڠ برايمان كڤد الله دان هاري اخرة د انتارا مريك". الله برفرمان:" ﴿ڤرموهوننمو ايت دتريما﴾ تتاڤي سسياڤا يڠ كفور دان ايڠكر مك اكو اكن بري جوڬ اي برسنڠ-سنڠ منعمتي رزقي ايت باڬي سمنتارا ﴿د دنيا﴾، كمودين اكو ممقساڽ ﴿دڠن مڽيريتڽ﴾ كعذاب نراك، دان ﴿ايتله﴾ سبوروق-بوروق تمڤت كمبالي".  دعاء نبي إبراهيم عليه السلام باڽق درقمكن د دالم القرءان اونتوق كيت عملكن دان حياتي دالم كهيدوڤن سهارين. انتاراڽ دعاء بركأيتن كأمانن نڬارا دان كبركتن دڠن رزقي ترماسوق حاصيل ڤرتانين. كتيك بردڤن دڠن كريسيس ايكونومي دان سومبر ماكنن مك كيت داڤت سقسيكن كباڽقكن نڬارا اومة اسلام دأنوڬرهكن دڠن تانه يڠ سوبور. اوليه ايت نعمة اين تيدق سڤاتوتڽ دسيا-سياكن سهيڠڬ كيت تروس منجادي pengimport كڤد حاصيل ڤرتانين دان ڤنترنقكن درڤد نڬارا لوار يڠ مروڬيكن كيت دالم جڠك ڤينديق دان ڤنجڠ. كران ايتوله نڬارا ماجو ڤد ماس كيني برلومبا-لومبا اونتوق منيڠكتكن حاصيل ڤرتانين دان ڤنترنقكن مريك. تيدقله ڤليق سباهاڬين نڬارا منجاديكن حاصيل ڤرتانين دان ڤنترنقكن سباڬاي ساله ساتو درڤد حاصيل اوتام نڬارا مريك. سباڬاي چونتوه نڬارا يڠ مڠمالكنڽ اياله Newzealand دان Australia يڠ بڬيتو ڬيات مڠحاصيلكن ڤنترنقكن كمبيڠ بيري-بيري دان لمبو. Taiwan والاو ڤون بوميڽ سمڤيت تتاڤي ممڤو منجادي pengeksport كولَت تربسر د دنيا. مريك منجادي نڬارا pengeksport اوتام حاصيل ڤنترنقكن دان جوڬ ڤرتانين. برداسركن كڤد كڽاتأن اين، دڠن ڤنوه كإنصافن، مك هندقله كيت ممنفعتكن حاصيل بومي سوڤاي جاڠن دتيڠڬلكن كوسوڠ دان سيا-سيا تنڤا سبارڠ ڤڠحاصيلن. برداسركن كڤد ساتو حديث يڠ دروايتكن اوليه جابر ابن عبدالله رضي الله عنه قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَتْ لَهُ أَرْضٌ فَلْيَزْرَعْهَا فَإِنْ لَمْ يَزْرَعْهَا فَلْيُزْرِعْهَا أَخَاهُ - رواه مسلم مقصودڽ: “بارڠسياڤا يڠ مميليقكي تانه، هندقله دي برچوچوق-تانم ڤدڽ اتاوڤون دسراهكن تانه ايت كڤد ساوداراڽ ﴿اونتوق برچوچوق-تانم﴾.“ ماله نبي صلى الله عليه وسلم مڠڬمبركن كڤد كيت بتاڤ ڤنتيڠڽ بيدڠ ڤرتانين سهيڠڬاكن همڤير قيامة ڤون دڬالقكن لاڬي برچوچوق تانم . اين منونجوقكن بيدڠ ڤرتانين تيدق بوليه دأبايكن سام سكالي كران اي اداله ڤڽومبڠ اوتام كڤد كهيدوڤن مأنسي. ڤرتانين مروڤاكن ساتو عبادة قَالَ الرَّسُوْلُ :إِنْ قامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا - رواه أحمد مقصودڽ: “جك ترجادي هاري قيامة سمنتارا د تاڠن ساله سأورڠ دري كامو اد سبيجي بنيه تانمن، مك جك دي ممڤو سبلوم ترجادي هاري قيامة اونتوق منانمڽ مك تانمله. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 34 سورة النمل : قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ مقصودڽ : راتو بلقيس بركات: “سسوڠڬوهڽ راج-راج، اڤابيلا ماسوق كسبواه نڬري، مريك مروسقكنڽ، دان مريك منجاديكن ڤندودوقڽ يڠ مليا كڤد هينا-دينا; دان دمكين ايتوله مريك اكن لاكوكن مسلمين/مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى، كتيك مرنوڠي ڤرجالنن هيدوڤ نبي إبراهيم عليه السلام دان جوڬ نبي محمد صلى الله عليه وسلم يڠ هيدوڤ دالم سواسان مشاركة جاهلية يڠ مڽمبه برهالا د مان كادأن سكيتر بياساڽ باڽق ممڤڠاروهي كهيدوڤن سسأورڠ. نامون كدوا-دوا نبي يڠ مليا إين سنتياس برادا د باوه جاڬأن دان كاولن الله سهيڠڬ بوكن سهاج تيدق ترڬوڬت ايمان مريك ماله ممڤو مرونتوهكن جاهلية ترسبوت دان ديديريكن كهيبتن اسلام اتس كرونتوهن جاهلية ترسبوت سباڬاي مأنسي بياسا مك كيت ڤرلو ممڤوڽأي جاتي ديري يڠ قوة اڬر تيدق موده دجاجه اوليه موسوه اسلام والاو دڠن اڤ چارا سكالي ڤون. كيت داڤت ليهت باڬايمانا ڤنجاجاهن ملالوءي ميديا سوسيال امت ممبيمبڠكن سهيڠڬ چارا كهيدوڤن يڠ برچڠڬه دڠن اسلام مولأي تومبوه سچارا ڤرلاهن سرتا ڤروبهن ترهادڤ نيلاي-نيلاي دان ڤميكيرن اومة اسلام يڠ براليه كڤد بوديا بارت سڤرتي كبندأن، ڤنتيڠ ديري سنديري، سوكاكن هيبورن ملمڤاو دان مابوق اونتوق منداڤت ڤرهاتين دڠن ممڤاميركن ڬمبر اتاو video والاو ڤون برچڠڬه دڠن شرع دمي مڠجر ڤرهاتين اورڠ راماي ابن خلدون منڬسكن دالم المقدمة: “بڠسا يڠ لمه ايت موده ترڤڠاروه دڠن بڠسا يڠ فوة ﴿يڠ منجاجهڽ﴾، سهيڠڬ تريكوت چارا هيدوڤڽ دان برفيكير. ترماسوقله جوڬ بودايا دان بهاس، خصوصڽ دالم اسڤيك negatif يڠ تيدق ممبنتو اونتوق ممڤركاسكن اومتڽ سنديري.“ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ كبرادأن كيت ڤد هاري راي قربان يڠ مليا اين جوڬ جاڠن كيت لوڤا اونتوق برقربان سمأدا دڠن هرتا ماهو ڤون دعا ءدالم ممبنتو سودارا سأڬام يڠ سداڠ بردڤن دڠن مسئله ڤنجاجاهن مودين دڠن ڤڤراڠن، كبولورن سباڬايمان د فلسطين، شريا، عراق، يمن Myanmar، سلتن تايلاند دان سباڬايڽ. تيدق كتيڠڬالن ساودارا كيت يڠ بارو دتيمڤا مصيبة كڤالا أير د باليڠ، قدح ميڠڬو لڤس  قَالَ الرَّسُوْلُ :الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ – رواه البخاري ومسلم مقصودڽ : سأورڠ مسلم اداله ساودارا اورڠ مسلم لأينڽ. اي تيدق بوليه منظاليميڽ دان تيدق بوليه ممبياركنڽ دڬڠڬو اورڠ لأين ﴿بهكن اي واجب منولوڠ دان ممبيلاڽ( . سسياڤا ممبنتو كسوسهن ساوداراڽ، مك الله سنتياس اكن منولوڠڽ. سسياڤا ملاڤڠكن كسوليتن اورڠ مسلم، مك الله اكن ملاڤڠكن باڬيڽ دري ساله ساتو كسمڤيتن د هاري قيامة دان بارڠسياڤا منوتوڤي ﴿عيب﴾ مسلم، مك الله منوتوڤي ﴿عيبڽ﴾ ڤد هاري قيامة اخير كات سلامت مڽمبوت عيدالأضحى دان سلامت مڠرجكن عبادةقربان برمولا ڤاڬي اين هيڠڬله براخير هاري تشريق 13 ذوالحجة ننتي. بهاڬياكن داڬيڠ قربان كڤد سودارا يڠ ممرلوكن اڬر مريك توروت مراساي نعمتة الله دان بتاڤ مانيسڽ نعمة ڤرسودارأن اسلام. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى الشام وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Ahad, 1 Mei 2022

Khutbah Aidil Fitri 1443H/2022M

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 152-153 surah al-Baqarah : فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ ‎﴿١٥٢﴾‏ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ‎﴿١٥٣﴾‏ Maksudnya : Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya setelah sebulan kita berpuasa Ramadhan. Apatah lagi sambutan kali ini begitu bermakna setelah 2 tahun kita berdepan dengan kekangan SOP yang ketat akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia sehingga ramai di kalangan kita hanya berkesempatan untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta pada tahun ini. Oleh itu jangan kita kotori nikmat hari raya ini dengan najis dosa maksiat Sambutlah hari raya antara rasa berharap agar Allah menerima segala amalan soleh kita dan mengampuni dosa kita. Disamping rasa bimbang sekiranya amalan kita ditolak dan dosa kita tidak diampuni. Ibnu Athaillah As-Iskandari dalam Kitab Al-Hikam menukilkan : “Sesiapa mendapatkan buah amalnya di dunia, maka itu menjadi petunjuk diterima amalnya di akhirat.” Ia bererti sekiranya seseorang itu setelah puasa bertambah baik maka itu tandanya puasa nya diterima oleh Allah. Imam Ibn Rajab al-Hanbali pula menyebut: Sesiapa yang melakukan ketaatan kepada Allah, dan selesai melaksanakannya, antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu. Manakala antara tanda tertolaknya sesuatu amalan ialah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat. Apa sahaja kebaikan yang dilakukan selepas kejahatan, akan menghapuskan kejahatan tersebut, dan sudah pasti yang terbaik ialah melakukan kebaikan selepas melakukan kebaikan yang lain Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 53 surah az-Zumar : قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ‎﴿٥٣﴾ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Nikmat hari raya adalah anugerah Allah sebagai hari ibadat yang wajib mematuhi garisan syarak bagi meningkatkan rasa kehambaan. Tingkatan ubudiyyah atau kehambaan membawa seseorang itu bebas dan merdeka dari cengkaman perhambaan sesama manusia, hawa nafsu, syaitan dan seterusnya menjadikannya seorang insan yang tinggi dan mulia di sisi Allah. Bagaimana tarbiah Ramadhan mendidik kita untuk bersabar bukan sahaja daripada lapar dahaga malah mengawal mata, telinga, kaki, tangan, lidah dan hati daripada perkara larangan Allah dengan penuh keyakinan bahawa ketataan itu tidak sia-sia malah dijanjikan kegembiraan bukan sahaja nikmat berhari raya di dunia malah apa yang lebih besar nikmat akhirat ketika berjumpa Allah nanti Contohnya betapa ramai di kalangan kita sanggup berdepan dengan keperitan perjalanan jauh dan sesak kerana yakin akan dapat merasakan kegembiraan dapat berhari raya bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Segala kesusahan itu akan hilang bila dapat berhari raya bersama insan tersayang اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Ketika berada di bulan Ramadhan lalu kita ditekankan bagaimana syaitan dibelenggu. Bahayanya tipudaya syaitan menyebabkan ramai umat manusia tercampak ke dalam Neraka. Oleh itu sempena berada pada hari raya yang mulia ini maka kita jangan terpedaya dengan taktik licik syaitan termasuk melakukan perbuatan mujaharah dengan maksiat iaitu melakukan maksiat secara terang-terangan adalah di antara dosa besar yang dicegah dalam agama. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ – رواه البخاري Maksudnya: Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya. Hadis di atas ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang mempublikkan maksiat ataupun melakukannya secara terang-terangan. Golongan al-mujaahiruun ini terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut: Pertama: Seseorang itu melakukan maksiat dan dia melakukannya secara terbuka. Ini adalah mereka yang melakukan maksiat secara terang-terangan di hadapan orang ramai dan mereka melihat ke arahnya, maka dalam kes ini dia dianggap melakukan kezaliman ke atas dirinya sendiri atas maksiat yang dilakukan. Begitu juga dia melakukan dosa ke atas orang lain kerana menjadi faktor orang lain turut mengikut maksiat yang dia lakukan. Kedua: Seseorang yang melakukan dosa secara sembunyi. Kemudian dia pergi menceritakan dosa yang telah dilakukan kepada orang lain. Betapa ramai di kalangan kita yang terperangkap dengan viral dosa di media sosial whatsap, tiktok, facebook. Jangan biarkan dosa kita berjalan akibat penayangan maksiat. Ingatlah bahawa Malaikat Raqib Atid tidak pernah rehat apatah lagi pencen daripada mencatat dosa maksiat yang dilakukan dalam keadaan sembunyi atau terangan. Padamkan maksiat itu dengan segera dan bertaubat sebelum terlambat. Jangan kita menyesal yang tidak berguna dalam kubur nanti ketika dosa viral maksiat kita terus ditonton oleh orang yang hidup. Menjadi virus yang merbahaya juga apabila masyarakat semakin memberi sokongan samada dengan menonton apatah lagi dengan membeli barangan yang diiklan dengan lakonan yang bercanggah dengan syarak. Ini menyebabkan pengeluar bukan sahaja tidak insaf malah semakin besar kepala melanggar syariat agama. Oleh itu kita jangan bersekongkol dengan pelaku maksiat Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, قال الرسىول :مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ – رواه مسلم Maksudnya: “Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya tempat dalam syurga sepertimana pergi dan pulang.” Ramadhan turut mendidik kita semua agar sentiasa jinak dengan masjid di mana ia antara sumber kekuatan umat Islam. Setiap diri kita wajib menjadikan diri kita sebagai kaki masjid serta mendidik anak cucu kita sebagai pemuda Masjid. Kejayaan menarik seramai mungkin anak muda ke masjid pasti menjanjikan kesan yang baik kepada masyarakat. Sebaliknya kegagalan memenuhkan ruangan masjid dengan anak muda bakal membawa bencana dan kerosakan kepada masyarakat. Kita tidak mahu bila datangnya Syawal ramai yang boleh hadir rumah terbuka yang jauh sedangkan masjid yang sentiasa terbuka tidak dapat datang. Usah rasa hebat jika begitu banyak rumah hamba Allah boleh diziarah tetapi rumah Allah dipandang sepi Setelah 2 tahun lebih SOP akibat covid-19 maka ada segelintir umat Islam yang menjadi selesa untuk tidak hadir masjid termasuk solat Jumaat. Semoga virus ini segera diubati terutama bermula sebelum Ramadhan lalu pihak kerajaan telah membenarkan masjid dan surau untuk solat Jemaah dengan rapat sof dengan jumlah Jemaah tanpa had. Semoga semangat berjemaah yang disemai sepanjang Ramadhan lalu dapat disuburkan lagi pada 11 bulan selepas Ramadhan اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 9 surah al- Isra’ : إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ‎﴿٩﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar Ramadhan mendidik diri kita untuk sentiasa rapat dengan al-Quran di mana kita wajib menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam menyelesaikan segala urusan dunia dan akhirat kita. Jika masyarakat merasakan telefon pintar seperti nyawa kehidupan yang tidak boleh dipisahkan untuk mendapat maklumat dan hiburan maka sepatutnya umat Islam meletakkan kepentingan al-Quran lebih daripada itu. Kita bimbang bila membaca suatu laporan kajian mendapati bahawa hanya 10% sahaja yang membaca al-Quran setiap hari dan sebanyak 63.1% yang membaca al-Quran jarang-jarang. Alasan mereka yang jarang-jarang membaca al-Quran adalah kerana malas, tidak ada masa dan alasan tidak pandai membaca al-Quran. Oleh itu jangan tanya Allah sebab apa umat Islam mundur, hina di Negara sendiri, ditindas dan tidak hebat sebagaimana umat kemenangan sebelum ini. Sebaliknya perbetulkan diri kita agar dapat mencontohi umat kemenangan di mana mereka sentiasa membaca al-Quran, memahami dan bersemangat dalam melaksanakan system al-Quran dalam kehidupan samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sempena berada di hari lebaran hari kemenangan ini maka tepuklah dada kita dan tanyalah iman dan hubungan kita dengan al-Quran مَثَلُ المُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ كَالأُتْرُجَّةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ، وَمَثَلُ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ كَالتَّمْرَةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا – رواه البخاري و مسلم Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 26 surah al-Fussilat: وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ ‎﴿٢٦﴾ Maksudnya : Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!” Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Suasana sambutan Ramadhan tahun ini dicemari dengan tindakan melampau seorang pemimpin parti politik berhaluan kanan anti-Islam di Sweden yang membakar senaskhah al-Quran, Khamis lalu. Pemimpin kelahiran Denmark yang berusia 40 tahun itu pernah mencetuskan kemarahan umat Islam sebelum ini apabila membakar al-Quran di Malmo, sebuah kota di selatan Sweden pada 2020. Tindakan biadab tersebut tentunya akan membangkitkan kemarahan umat Islam. Sewajarnya ada sikap toleransi dan saling menghormati terutamanya berkaitan agama di mana isu-isu sensitif berkaitan agama seperti menghina pemimpin agama mahupun kitab suci perlu dielakkan dalam memelihara keharmonian dan perpaduan dalam sesebuah negara. Kebebasan bersuara yang diamalkan ketika ini terutamanya di Barat, dipandang umat Islam sebagai alat diskriminasi dan provokasi terhadap mereka di mana saat ini Islamofobia dilihat amat berleluasa hingga menyebabkan umat Islam di Eropah dan Barat dihina, ditindas dan dizalimi. Terdapat banyak insiden masjid dan sekolah umat Islam diceroboh dan dirosakkan serta berlakunya jenayah akibat kebencian hingga menyebabkan kecederaan mahupun kematian ke atas umat Islam. Sudah sampai masanya penghinaan terhadap Islam, pemimpinnya mahupun al-Quran perlu dihentikan segera kerana ia hanya akan terus meningkatkan ketegangan yang berpanjangan. Hentikan sikap double standard terhadap Islam dan umatnya kerana ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Ramadhan tahun ini juga dicemarkan dengan keganasan gerakan Yahudi Ortodoks yang melakukan keganasan di Palestin. Matlamat mereka membina Kuil Haikal Sulaiman pada tempat Masjid al-Aqsa dan mengembalikan pusat upacara pelaksanaan korban. Mereka terang-terang mengisytiharkan mahu meruntuhkan Masjid al-Aqsa, menghalau semua orang Islam dan Kristian dari ‘bumi Israel’. Justeru, sudah sampai masanya Dunia Islam perlu bertindak dengan lebih tegas dan berani bagi menyekat kezaliman zionis Israel. Dalam masa yang sama bersatu padu dan berkerjasama bagi membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengkaman penjajahan rejim zionis Israel demi untuk kelangsungan rakyat Palestin di samping untuk menguatkan lagi penyatuan seluruh Dunia Islam. Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengurniakan tsabat kepada saudara-saudara kita yang mempertahankan Masjidil Aqsa dan mengurniakan kepada Dunia Islam kepimpinan yang beriman bagi membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa. Saat ini tersangat hampir dengan izin Allah! لا تَقُومُ السَّاعَةُ حتَّى تُقاتِلُوا اليَهُودَ، حتَّى يَقُولَ الحَجَرُ وَرَاءَهُ اليَهُودِيُّ: يا مُسْلِمُ، هَذَا يَهُودِيٌّ وَرَائِي فاقْتُلْهُ. – رواه البخاري و مسلم Maksudnya : Kiamat tidak terjadi hingga kaum muslimin memerangi Yahudi  hingga batu berkata, ‘Hai Muslim, ini orang Yahudi dibelakangku, kemarilah, bunuhlah dia, اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa 6 hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit berjangkit covid 19, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-doa kami, kedua ibu bapa kami,adik beradik kami, anak-anak kami dan seluruh keluarga kami . Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah, Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa, Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti .اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khamis, 14 April 2022

Khutbah Jumaat : Ramadhan DiRai Al-Quran DiHayati Keberkatan DiMiliki

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat  3-6 surah ad-Dukhan : إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣﴾ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا ۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥﴾ رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya) Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat Ramadhan di mana kini telah 2 minggu kita sama-sama diberikan kesempatan untuk beramal pada bulan yang penuh keberkatan ini. Ramadhan dan al-Quran tidak dapat dipisahkan maka begitulah juga dengan diri kita jangan pisahkan daripada al-Quran. Kemuliaan Ramadhan berkait rapat dengan penurunan al-Quran maka begitulah hati kita bila sentiasa disirami dan dipenuhi dengan al-Quran akan membawa kepada kemuliaan diri dunia dan akhirat. Amat rugi apabila kita mampu membaca akhbar, majalah, whatsap, tonton tv, layari internet sedangkan sentiasa memberi seribu alasan untuk tidak membaca al-Quran. Betapa rugi kita mampu berbincang dan belajar ilmu dunia yang lain sedangkan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk tidak belajar al-Quran dan memahami makna isi kandungannya. Betapa rugi manusia yang malu jika mampu menguasai Bahasa dunia yang lain terutama Bahasa Inggeris sedangkan dia tidak pernah malu kerana tidak pandai membaca al-Quran apatah lagi memahami maknanya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’: وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. Contohilah generasi kemenangan dari kalangan para sahabat nabi yang menjadi teladan bagi generasi berikutnya dalam menjadikan al-Quran sebagai jalan hidup mereka. Oleh sebab itu mereka mulia di sisi Allah kerana ketakwaan mereka, kedalaman ilmu mereka, amal soleh mereka, dan kecintaan mereka yang teramat besar terhadap Allah dan Rasul-Nya. Para sahabat hidup di bawah naungan al-Quran. Sehingga ayat-ayat suci itu mewarnai hidup dan kehidupan mereka, mewarnai hati dan tingkah laku mereka. Para sahabat tidak memandang al-Quran sebagai teori dan falsafah. Bahkan, mereka menjadikan al-Quran sebagai undang-undang kehidupan mereka dalam hidup bermasyarakat dan bernegara, dalam hidup individu dan rumah tangga. Bahkan, al- Quran itu sesuai dengan semua keadaan dan suasana. Kita patut merasa bimbang apabila kegunaan al-Quran dalam masyarakat hanya disimpan di dalam rumah, tulisan khat digantung di dinding-dinding rumah sebagai perhiasan semata-mata. Bahkan terdapat kajian menunjukkan tahap kesedaran umat Islam di Malaysia terhadap al-Quran masih berada tahap sederhana. Satu pemantauan telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, mendapati bahawa ada dalam kalangan umat Islam di negara ini tidak mempunyai al-Quran walaupun senaskhah di rumah mereka. Para remaja pada hari ini ramai yang tidak tahu atau kurang mahir dalam membaca al-Quran kerana sikap mereka yang tidak memandang berat akan kepentingan al-Quran serta ketidakprihatinan ibu bapa dan masyarakat sekeliling . Masalah ini juga adalah berpunca dari sikap masyarakat yang terlalu memandang kepada pangkat serta mengambil berat mengenai hal-hal keduniaan Menurut suatu laporan kajian mendapati bahawa hanya 10% sahaja yang membaca al-Quran setiap hari dan sebanyak 63.1% yang membaca al-Quran jarang-jarang. Alasan mereka yang jarang-jarang membaca al-Quran adalah kerana malas, tidak ada masa dan alasan tidak pandai membaca al-Quran. Walaupun kebanyakan pelajar telah khatam al-Quran, namun dari segi tahap kelancaran masih di peringkat sederhana. Sebagaimana dapatan kajian mendapati masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah pelajar kurang lancar membaca al-Quran, lemah dari segi makhraj huruf dan lemah menguasai hukum-hukum tajwid. Mereka tidak dapat menguasai al-Quran sejak di sekolah rendah lagi. Begitu juga kebanyakan umat Islam membaca al-Quran, tetapi mereka tidak memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran yang dibaca sehingga Kejahilan segelintir kita yang tidak memahami maksud di sebalik ayat al-Quran menjadikan matlamat membaca al-Quran itu pincang. Keadaan di mana individu melagukan ayat al-Quran secara mendayu sedangkan ayat menegaskan perintah Allah, sering berlaku dan menimbulkan kekeliruan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat  121 surah al-Baqarah : الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ ‎﴿١٢١﴾ Maksudnya : Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.  Al-Quran dan Ramadhan saling berkait dan menjadi sumber bekalan. Al-Quran merupakan sebuah mukjizat dan Rahmatan Lil a'lamin kepada seluruh makhluknya. Manakala, bulan Ramadhan diturunkan padanya al-Quran serta menjadi sumber bekalan kekuatan kepada setiap orang Muslim. Manusia hanya perlu memanfaatkan keberadaan di Bulan Ramadhan dan berusaha memahami al-Quran dengan berinteraksi menggunakan kaedah yang di gariskan daripada al-Quran dan as-Sunnah bagi memberikan kesan kepada penghayatan al-Quran dalam kehidupan Menurut Imam Ghazali , merujuk ayat “sebagaimana sepatutnya” (haqqa tilawatih) membawa maksud, membaca perlu melibatkan lisan, akal, dan hati. Tugas lisan adalah membaca huruf per huruf secara tepat. Tugas akal adalah memahami makna dan kandungan. Manakala, tugas hati adalah mengambil pelajaran dan nasihat untuk kemudian dipatuhi dan ditaati. Kalimah Haqqa tilawatih menurut at-Tabari , Abdullah ibn Mas’ud menjelaskan dengan memabawa maksud tunduk dan patuh terhadap segala apa yang dihalalkan dan diharamkan oleh-Nya, dan membacanya sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah serta tidak menyimpangkan-Nya, dan tidak mentakwilka-Nnya secara tidak patut. Manakala, Ibnu Abbas menafsirkan haqqa tilawatih, iaitu mengiringi apa yang dibaca dengan iringan yang beramal dengan-Nya Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu : وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ﴿٨٩﴾ Maksudnya : dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam Gunakanlah peluang berada pada bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran untuk kita semakin rapat dengan al-Quran bukan sahaja berlumba untuk membacanya tetapi mesti memahami seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan seharian agar kita berjaya dunia dan akhirat. Kita perlu runsing bila ditanya mengapa umat Islam di negara ini tidak mengamalkan mambaca al-Quran dalam kehidupan seharian lalu mereka akan memberikan alasan sibuk dengan pekerjaan. Manakala pelajar sekolah pula mengatakan bahawasanya mereka terlalu sibuk untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah yang perlu dihantar segera sehinga tidak sempat membaca al-Quran. Ibu bapa juga tidak menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengajar al-Quran ekoran daripada kerja yang terlalu banyak hingga terbawa-bawa ke rumah. Anak-anak akan merasakan bahawa membaca al-Quran itu adalah perkara yang tidak penting dan boleh dipilih sama ada ingin membacanya mahupun tidak. Ibu bapa dalam konteks ini tidak mempamerkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak dalam penghayatan al-Quran di rumah. Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan yang besar dalam isu al-Quran ini. Rakan sebaya yang tidak pernah mengingatkan rakannya untuk membaca al-Quran merupakan rakan sebaya yang teruk dan tidak sepatunya dijadikan rakan ataupun tugas umat Islam sebagai seorang yang bertanggungjawab perlulah membimbing rakan sebaya yang terpesong jauh dari ajaran agama Islam. Jika ketua kumpulan dalam kalangan rakan sebaya itu dapat dipengaruhi untuk berubah dan sentiasa mengamalkan al-Quran, nescaya rakan-rakan mereka yang lain akan turut patuh dan mengikuti apa sahaja yang ketua mereka lakukan. Biarpun pada awalnya setiap individu dalam masyarakat membaca al-Quran secara paksaan, tetapi lama kelamaan paksaan tersebut akan menjadi relahati. Perubahan ini menuntut kepada cara interaksi dengan al-Quran yang baik. Hidupkan al-Quran dalam diri kita, anak isteri kita, masyarakat kita, negeri kita, negara kita nescaya kita akan berjaya dunia akhirat قال النبي : اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ – – رواه مسلم Maksudnya : Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat memohonkan syafa’at bagi orang yang membacanya (di dunia) بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 6 April 2022

Khutbah Jumaat : Ramadhan DiRai Aqidah DiJulang Tinggi

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa Kini kita berada pada hari-hari terakhir bulan Sya’aban 1443H di mana kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan 2 hari lagi. Terdapat 2 sikap orang dalam menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan ini iaitu [1] orang yang bergembira dan suka cita dalam menyambut bulan Ramadhan kerana ia bulan yang anugerahkan oleh Allah untuk menambah pahala dan bertaubat dari semua dosa. Ramadhan adalah bulan bonus dimana Allah melipatgandakan pahala amal kebaikan. Maka segala sesuatu persiapan terutama ilmu, fizikal, rohani, harta dipersiapkan untuk menyambut dan mengisi Ramadhan. Gembira di bulan ini terdapat janji Allah dengan membuka luas pintu Syurga dan dijauhkannya seseorang dari api neraka. Dan itu merupakan kemenangan yang membahagiakan. قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ الله عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ فِيْهِ يُفْتَحُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتَغُلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ، فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ, مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.- رواه أحمد Maksudnya: ” Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berert telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, مَا ملأَ آدمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطنٍ، بِحَسْبِ ابنِ آدمَ أُكُلاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فإِنْ كَانَ لا مَحالَةَ فَثلُثٌ لطَعَامِهِ، وثُلُثٌ لِشرابِهِ، وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ رواه الترمذي وقال: حديثٌ حسنٌ. Maksudnya: Tidaklah memenuhi bekas bagi Anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suapan yang dapat menegakkan tulang belakangnya. Jika ingin lebih dari itu, maka bahagilah satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, dan satu pertiga untuk pernafasan. Manakala golongan ke-[2] menyambut Ramadhan dengan sikap yang dingin. Baginya, Ramadhan tidak ada beza dengan bulan-bulan lain. Orang seperti ini tidak mampu memanfaatkan Ramadhan untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Dosa dan kesalahan tidak membuatnya risau dan gelisah hingga tak ada upaya maksima untuk menghapusnya dan menjadikan Ramadhan sebagai momentum untuk kembali kepada Allah. Bahkan, dia menyambut Ramadhan dengan kebencian kerana pada perasaannya Ramadhan menyekatnya daripada melakukan dosa dan kemaksiatan, sebagaimana yang dilakukannya di bulan-bulan lain. Hatinya tertutup dan penuh benci kepada kebaikan. Menyaksikan kaum Muslimin berlumba-lumba dalam kebaikan, mengisi hari-hari mereka dengan ibadah adalah pemandangan yang tidak disukainya. Syaitan telah menghembuskan kebencian dalam hatinya hingga Ramadhan bagai neraka baginya. Semoga kita dijauhkan dari sikap dan sifat ini. Sepatutnya Ramadhan dijadikan bulan menjaga kesihatan dengan mengurangkan makan tetapi dijadikan bulan pesta makanan. Sepatutnya Ramadhan dijadikan bulan berjimat cermat tetapi dijadikan bulan membazir sehingga sisa makanan yang dibuang pada Ramadhan meningkat berkali ganda Luqman Al-Hakim menasihati anaknya: “Wahai anakku! Apabila perutmu kekenyangan, akalmu akan tidur, hikmah akan bisu, anggota tidak mampu melakukan ibadah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah : شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ ….. Maksudnya : Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Jangan sia-siakan kehadiran Ramadhan agar kelebihan yang dijanjikan oleh Allah dapat kita capai. Antaranya dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran serta tadabbur maknanya seterusnya menghayati dalam kehidupan seharian. Al-Quran dan puasa akan memberi syafaat kepada orang berpuasa dan membaca al-Quran pada hari akhirat kelak الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ رَبِّ، مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ، وَيَقُولُ الْقُرْآنُ: مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ ، قَالَ: «فَيُشَفَّعَانِ». Maksudnya: Puasa dan Al-Quran itu memberi syafaat bagi hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: “Wahai Tuhan! Aku telah mencegahnya daripada makan dan kelazatan pada siang hari, maka syafaatkan aku baginya.” Al-Quran berkata: “Wahai Tuhan! Aku telah menegahnya tidur pada waktu malam, maka syafaatkan aku baginya.” Tuhan berkata: “Kedua-duanya disyafaatkan.” Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Sebagaimana kita berpuasa dari makanan dan minuman yang halal, kita juga wajib berpuasa dengan meninggalkan perkara yang haram. Kita bukan sahaja wajib meningggalkan makan minum bermula dari Subuh hingga Maghrib malah wajib juga menjauhi pancaindera kita iaitu tangan, kaki, mata, telinga, lidah daripada maksiat. Kerana inilah disyariatkan puasa. Sabda Rasulullah SAW: مَن لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ والعَمَلَ به، فليسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ في أنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وشَرَابَهُ. – رواه البخاري Maksudnya: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah : لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ‎﴿٢٥٦﴾‏ Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Ketika kita umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan maka timbul isu panas apabila adanya usaha melalui mahkamah untuk memurtadkan 3 anak Loh Siew Hong yang sebelum ini telah memeluk Islam melalui bekas suaminya. Oleh itu mimbar Jumaat pada hari ini menyeru kepada semua ahli politik, cendekiawan, mufti, pendakwah, badan bukan kerajaan (NGO) serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk bersatu dan senada dalam isu keselamatan aqidah anak-anak Loh Siew Hong. Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyerahkan tiga kanak-kanak itu kepada ibu kandungannya hanyalah melibatkan isu penjagaan dan tidak menyentuh isu agama apatah lagi memerintahkan atau membenarkan anak-anak tersebut untuk meninggalkan agama Islam. Keislaman mereka adalah atas dasar kefahaman, kesedaran dan kerelaan mereka sebagai manusia yang merdeka hasil daripada pengajian serta pendidikan Islam yang mereka lalui. Justeru,Kita sebagai umat yang beriman dan bermaruah pada hari ini ingin memberikan amaran tegas bahawa jangan ada mana-mana pihak yang ingin atau berhasrat menukar agama anak-anak ini. Seluruh umat Islam di negara ini wajib bersatu demi keselamatan aqidah mereka. Agama adalah nikmat paling bernilai yang wajib dijaga dan dipertahankan. Biar bermandi darah namun usaha murtadkan umat tetap disanggah. Biar nyawa melayang namun aqidah tetap dipertahankan. Jangan bermain api dengan umat Islam nanti buruk padahnya Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah : وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ‎﴿١٠٩﴾ Maksudnya: Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 11 Mac 2022

Khutbah Jumaat : Berqiblatkan Islam Julang Kehebatan Umat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 144 surah al-Baqarah : قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٤٤﴾‏ Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Ayat 144 surah al-Baqarah yang dibaca tadi mengingatkan kita bagaimana peristiwa perubahan arah qiblat daripada mengadap ke arah Masjid Aqsa di Palestin kepada Ka’abah di Mekah Mukarramah. Jika pada bulan Rejab lepas kita dingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj di mana disebut secara jelas bagaimana perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjdi al-Aqsa di Palestin maka dalam peristiwa perubahan qiblat daripada mengadap Baitul Maqdis kepada Ka’abah di Masjidil Haram yang berlaku pada bulan Sya’aban yang menunjukkan kepada kita bagaimana kuatnya ikatan antara kedua-dua masjid tersebut. Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda diarahkan agar menghadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai di kalangan penduduk Madinah waktu itu daripada golongan Yahudi di mana sememangnya qiblat mereka adalah Baitul Maqdis. Oleh itu kaum yahudi sentiasa mengejek dan mencerca nabi Muhammad s.a.w dan muslimin kerana mereka menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Cercaan dan ejekan yahudi ini agak memberi kesan mendalam terhadap umat Islam pada masa itu sehingga nabi berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah di Mekah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar baginda menghadap ke Ka’abah. Sidang Jumaat yang dikasihi, Firman Allah antaranya dalam ayat 145 surah al-Baqarah : وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ ۚ وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ ۚ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ الظَّالِمِينَ ‎﴿١٤٥﴾‏ Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. Peristiwa pertukaran Qiblat ini memberi isyarat yang jelas kepada umat Islam agar kita mesti berusaha menjauhi amalan dan budaya hidup yang bercanggah daripada Islam yang sentiasa disogokkan oleh musuh Islam dengan pelbagai cara. Umat Islam mesti mempunyai jatidiri berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi sehingga kita mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada orang bukan Islam bukannya kita menjadi penghalang atau tembok yang mendinding orang bukan Islam daripada melihat keindahan yang ada dalam Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Sejarah mencatatkan bagaimana Islam telah berjaya mengubah dan merevolusi diri dan jiwa orang Melayu sehingga orang Melayu seolah menemukan identiti diri mereka yang serasi dan sesuai dengan jiwa mereka. Walaupun umum mengetahui bahwa Kepulauan Melayu sebelum kedatangan Islam, rata-rata umat Melayu dikatakan menganuti samada ajaran Hindu atau Buddha dan budaya atau kepercayaan anak negeri sendiri. Namun, sepertimana yang dijelaskan oleh seorang tokoh sejarawan Barat Van Leur, ajaran-ajaran itu sebenarnya tidak benar-benar dihayati oleh masyarakat tetapi sekadar oleh golongan raja-raja dan bangsawan. Para sami dari tanah besar India didatangkan ke Nusantara ini untuk mempengaruhi masyarakat agar mendewa-dewakan raja-raja kononnya keturunan dewa atau wakil Tuhan. Ajaran ini sekadar nipis dan tidak benar-benar bertapak dalam jiwa masyarakat umum pada masa itu. Begitu juga dengan ajaran Buddha walaupun kesan Candi Borobudur wujud di Pulau Jawa, namun dari segi pemikiran dan pegangan tiada ditemukan karya-karya Buddha mahupun Hindu yang dikarang oleh bangsa Melayu. Tiada ahli fikir Melayu-Hindu atau Melayu-Buddha yang pernah dicatatkan wujud dalam sejarah Nusantara ini. Tetapi berbeza dengan Islam apabila ramai ulama Melayu-Islam yang lahir dengan karya-karya yang berkualiti tinggi sepeti Sheikh Hamzah Fansuri, Sheikh Nuruddin al-Raniri, Sheikh Shamsuddin al-Sumara’I dan ramai lagi. Ini jelas, betapa ajaran Islam telah berjaya membentuk jatidiri bangsa Melayu dari dulu hingga kini dan tanpa Islam, bangsa Melayu seolah-olahnya tidak memiliki identiti yang jelas dan kukuh. Kalimat bahasa Arab juga ditemui begitu banyak dalam bahasa Melayu sehingga dianggarkan sekitar 3,000 kalimat Arab diterimapakai dalam bahasa Melayu, iaitu sekitar 15 peratus daripada perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kekuatan Islam terhadap bangsa Melayu ini diperkukuhkan lagi apabila Perlembagaan Persekutuan turut memasukkan takrif bagi “orang Melayu” sepertimana yang dirakamkan dalam Perkara 160 (2) yang menyebut orang Melayu “sebagai seorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat Istiadat Melayu…” Kedudukan Islam-Melayu itu adalah hubungan yang berkait rapat yang tidak dapat dipisahkan sepertimana ikan dan air atau irama dan lagu. Adat budaya dan sopan santun yang bangsa Melayu miliki hari ini adalah kerana pengaruh daripada ajaran Islam yang dianuti mereka khususnya daripada aspek tasawuf melalui pendekatan Imam al-Ghazali misalnya Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Firman Allah dalam ayat 110 surah Ali Imran : كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” Hasan al-Banna berkata: “Bangsa yang membangun perlu merasa bangga dengan bangsa mereka dan merasakan bangsa mereka adalah bangsa yang mempunyai kelebihan dan kemuliaan. Mereka perlu merasakan bangsa mereka mempunyai keistimewaan dan sejarah silam yang agung. Rasa bangga ini perlu wujud dalam jiwa anak bangsa ini. Dengan ini, mereka akan bersedia mengorbankan darah dan jiwa raga demi mempertahahankan kegemilangan dan maruah mereka. Dengan ini juga mereka akan berusaha demi kepentingan, kemuliaan dan kesejahteraan negara ini. Nilai ini tidak akan dapat kita lihat dilaksanakan secara adil, bermaruah dan berperikemanusiaan oleh mana-mana sistem yang lain tidak seperti yang dilaksanakan oleh Islam yang suci ini. Sebuah bangsa yang mengetahuinya harga diri dan maruahnya pasti dimuliakan oleh Allah SWT. Sebagaimaan ungkapan Saidina Umar ibn Al-Khattab : “Kita adalah bangsa yang dimuliakan Allah dengan Islam, dan sekiranya kita mencari kemuliaan melalui selain daripada Islam, nescaya Allah akan menghina kita”. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 56 surah al-Zariyat: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada ibadah khusus yang disyariatkan Islam. Kesannya bukan hanya dapat membentuk baik jati diri seorang Muslim, ia juga berkesan dalam memupuk sebuah masyarakat yang harmonis. Sebagai contoh, solat fardu dapat memupuk disiplin dan kepekaan tentang masa dalam seseorang, dan jika dilakukan secara berjamaah ia dapat mengeratkan silaturahim sesama Muslim dan mengajar tentang kesamarataan antara manusia dalam urusan kerohanian. Memberi zakat pula dapat membersihkan jiwa dari sifat tamak dan kedekut, dan mengajar manusia untuk mengambil peduli tentang keadaan sekelilingnya. Ibadah juga bukan hanya terhad pada amalan-amalan kerohanian yang berlaku di atas tikar sembahyang atau di persekitaran masjid. Bahkan setiap perbuatan dan percakapan yang dilakukan seorang Muslim atas tujuan mencari reda Tuhan dan rahmat-Nya serta membawa kebaikan pada semua dapat dikira sebagai ibadah. Mencari rezeki buat keluarga, melaksanakan tanggungjawab pekerjaan, membantu meringankan beban dan menjaminkan keamanan adalah antara perbuatan lazim manusia yang boleh dilihat sebagai ibadah yang umum. Seharusnya identiti Islam seseorang tidak dilucutkan apabila ia melakukan perbuatan luar daripada ibadat khusus kerana ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi, sosial dan lainnya. Hanya dengan cara ini kesan ibadah khusus itu dapat diterapkan dalam jati diri seorang yang bergelar Muslim. Oleh itu bersungguhlah kita dalam membentuk jati diri sehingga kita sahaja akan memberi manfaat pada diri sendiri malah dapat memberi manfaat untuk oran lain خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ Maksudnya : Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (Riwayat Ibn Hibban) بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 3 Mac 2022

Khutbah Jumaat : Isra’ Mikraj Pertahan Aqidah Julang Maruah

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana kita sebagai umat beriman kepada Allah dan rasulnya wajib menerima berita dan mengimani tentang kebenaran tanpa rasa ragu dan was-was walau sedikit pun. Contohilah iman Saidina Abu Bakar tidak mempertikaikan apatah lagi meragui peristiwa luar biasa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW pada saat ada penduduk Makkah ketika itu yang ragu tentang peristiwa tersebut. Hari ini banyak pandangan ilmiah daripada ahli sains yang membuktikan peristiwa Israk Mikraj bukan perkara mustahil berlaku. Misalannya mengambil teori kelajuan cahaya iaitu kaitan perjalanan dan kelajuan perjalanan Israk dan Mikraj ini melalui teori kecepatan kelajuan cahaya. Bagaimanapun, sebagai umat Islam yang beriman, tidak perlu kita untuk mencari bahan bukti bagi mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini. Marilah sama-sama kita menuruti apa yang dilakukan oleh Abu Bakar yang menerima peristiwa tersebut tanpa ragu kerana keimanan yang tinggi kepada Allah Peristiwa Israk Mikraj adalah suatu perjalanan agung yang mengandungi makna tersirat yang perlu digali dan dihayati bagi menumbuhkan rasa ketakwaan terhadap Allah SWT menerusi sebahagian tanda kebesaran-Nya yang telah diperlihatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 94 surah al-Hijr: فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ ﴿٩٤﴾ Maksudnya : Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu Oleh itu kita meliahat bagaimana isu aqidah adalah isu paling penting dalam kehidupan umat Islam. Ketika seminggu dua ini ketika dunia sedang menyaksikan India sedang berlaku penindasan agama oleh pemerintah India. Pelajar Muslim bertudung dilarang masuk ke sekolah. Ia merupakan provokasi dan penindasan hak asasi manusia tiba-tiba di Malaysia dihangatkan dengan isu 3 anak muallaf yang telah memeluk Islam melalui bapanya telah diambil hak penjagaan oleh ibunya yang belum Islam atas keputusan Mahkamah. Kita sebagai rakyat di negara berdaulat memamahi bahawa bagi seseorang bukan Islam yang ingin menukar agama kepada agama Islam, mereka perlu melalui beberapa proses yang telah ditetapkan mengikut negeri-negeri di Malaysia. Begitu juga dalam soal pemelukan agama anak. Mengikut peruntukan undang-undang negeri berhubung dengan pemelukan agama anak, wujud perbezaan syarat, di mana ada negeri yang mensyaratkan persetujuan salah seorang ibu bapa, dan ada negeri yang mensyaratkan persetujuan kedua-duanya. Dalam hal ini, kita menghormati syarat-syarat yang diputuskan oleh negeri-negeri kerana perkara itu di bawah bidang kuasa negeri, dan syarat-syarat yang diputuskan juga adalah berasaskan kepada pandangan ulama dan fatwa yang sah. Merujuk kepada isu di Perlis, tindakan pengislaman tiga kanak-kanak oleh bapanya yang telah memeluk Islam adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Perlis pada masa tersebut seperti yang termaktub dalam Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Negeri Perlis yang membenarkan pengislaman anak-anak dibuat dengan persetujuan salah seorang ibu atau bapa. Oleh itu, hal ini tidak sepatutnya menjadi pertikaian apabila pihak yang telah menukar agamanya kepada Islam telah menukar agama anaknya mengikut prosedur dan undang-undang negeri yang telah ditetapkan secara sah. Apatah lagi sehingga menuduh pihak berkuasa agama Perlis ‘menculik dan menukar agama’ anak-anak tersebut. Tidak sepatutnya kita meniup api perselisihan sehingga mengancam keharmonian hidup berbilang kaum di negara ini. Dalam hal ini, kita menyeru kepada semua pihak agar jangan sesekali cuba memainkan api perkauman apabila undang-undang negeri yang membenarkan pemelukan agama anak-anak itu adalah sah dan terpakai. Kita doakan semoga aqidah 3 anak muallaf terus terjaga walau pun hak penjagaan mereka diserah kepada ibu mereka yang belum Islam Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 50 surah al-Maidah: أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ ‎﴿٥٠﴾‏ Maksudnya :Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Sebagai sebuah negara yang telah merdeka lebih dari 64 tahun dan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan sewajarnya tidak perlu lagi melalui detik-detik pertikaian yang akan mencetuskan perbalahan di antara kaum dan agama. Sudah tiba masanya usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera. Adakah kita perlu menunggu kes yang sama berulang pada masa hadapan untuk kita mengulangi semula skrip dan tindakan yang sama。 Semua pihak perlu menghormati undang-undang tersebut kerana ia digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu badan yang kompeten dan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang di bawah bidang kuasanya. Kita menyeru kepada semua pemimpin politik Melayu dan Islam, merentasi semua latar politik, agar sama-sama berganding bahu untuk memulakan langkah yang besar untuk bergerak ke arah meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengekang kesan yang terhasil dari keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang tersebut. Kita juga menyeru kerajaan-kerajaan negeri dan Pihak-Pihak Berkuasa Agama Negeri untuk menjadikan Agenda Menyelamatkan Aqidah Ummah sebagai Agenda Kerajaan, dimana fokus yang konsisten, bersepadu dan berterusan perlu disegerakan bagi mempertahankan kuasa-kuasa Ketua Agama Islam di Negeri-Negeri, kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri dalam menggubal kesalahan-kesalahan jenayah syariah terhadap Perintah-Perintah Agama, dan mempertahankan bidang kuasa dan peranan Mahkamah-Mahkamah Syariah di seluruh negara. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah : يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩﴾ Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir Ketika menghayati Israk Mikraj dan juga masih berdepan musibah covid 19 maka kita mendesak agar kerajaan membatalkan lesen pusat judi dan hadkan lesen jualan arak. Perjudian secara asasnya tidak diterima oleh mana-mana kaum dan penganut agama sekalipun kalangan non-Muslim jika difikirkan secara pertimbangan rasional kerana terbukti perjudian bukan hanya merosakkan ekonomi malah memberi kesan terhadap sosial kekeluargaan dengan berlakunya pergaduhan, persengketaan dan lebih teruk lagi “menggadai” anak keluarga bagi mereka yang terdesak dan mengalami kekalahan dalam pertaruhan. Walau pun hasil cukai judi begitu tinggi dapat dikutip oleh kerajaan seperti 2019 sebanyak RM2.72 billion namun ia tidak berbaloi berbanding kerosakan dan laknat Allah. Hentikan maksiat supaya kita mendapat rahmat bukan laknat, disirami kasih sayang Allah bukan dihujani bala bencana. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 23 Februari 2022

Khutbah Jumaat : Isra’ dan Mikraj Membina Kekuatan Umat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Renungilah firman Allah dalam ayat 36 surah at-Taubah : إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa Kini kita telah berada pada pertengahan bulan Rejab yang merupakan antara 4 bulan haram selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sesungguhnya ketibaan bulan Rejab sebagai petanda betapa kita semakin menghampiri bulan yang paling mulia iaitu Ramadan al-Mubarak. Rejab ialah bulan yang mulia dan suci. Selain itu, terdapat juga maksud lain bagi Rejab iaitu kebesaran, rahmat, pemurah, kebajikan dan kerohanian. Seorang Ulama iaitu Abu Bakar al-Warraq RH berkata : “Rejab ialah bulan untuk bercucuk tanam, Syaaban pula bulan untuk menyiram tanaman dan Ramadan pula bulan untuk memungut hasil.” Nabi S.A.W bersabda: الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمـُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ Maksudnya : “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah S.W.T menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang Haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban.” Rejab Mudhor ini merujuk kepada kabilah Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut. Selain itu, Ibn Kathir menukilkan pendapat Ibn Abbas R.A yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. Sebab itulah ramai di kalangan ulama salafussoleh yang selalu berpuasa sunat di bulan-bulan Haram seperti Sufyan al-Thauri. Beliau menyebutkan: “Bulan-bulan haram itu lebih aku sukai untuk berpuasa sunat padanya.” Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 42 surah at-Taubah : لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ‎﴿٤٢﴾ Maksudnya : Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). Bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa besar terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj, Peperangan Tabuk tahun 9H serta kembali tertawannya bumi Palestin oleh Yahudi pada 15 Mei 1948 bersamaan 6 Rejab 1367H dengan penubuhan negara haram Israel selepas Palestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 27 Rejab 583 Hijrah bersamaan 2 Oktober 1187 Masihi. Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan iktibar yang mesti diambil dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj khususnya banyak iktibar yang mesti diambil terutama di dalam mengembalikan kemuliaan dan kekuatan umat Islam. Sebelum berlakunya mukjizat Isra’ dan Mikraj yang merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana kita menyaksikan penghinaan dan serangan terhadap batang tubuh nabi Muhammad s.a.w semakin kuat sehingga berlakunya suatu peristiwa yang hebat ini di bawah aturan Allah. Ia menjadi motivasi yang begitu kuat pada diri nabi s.a.w dalam meneruskan kerja dakwah dan mentadbir bumi berasaskan Islam. Kemenangan Islam bukan datang dengan mudah dan senang bahkan terpaksa menumpahkan darah dan nyawa melayang Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali Imran : مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ ‎﴿٧٩﴾‏ Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. Perlu diinsafi bahawa hanya dengan senjata kekuatan sahaja, umat Islam akan muncul sebagai umat yang terbaik, berwibawa, dihormati, bermaruah dan disegani oleh kawan dan lawan sehingga tidak mudah dipermainkan dan dipengaruhi oleh musuh-musuhnya. Kekuatan yang dimaksudkan di sini bukan hanya sekadar kekuatan material atau luaran sahaja seperti kekuatan senjata, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya, malah kekuatan yang perlu ditekankan di sini ialah kekuatan dalaman iaitu kekuatan akidah, ibadah, akhlak, ukhuwah Islam dan seumpamanya. Kedua-dua kekuatan iaitu kekuatan dalaman dan luaran inilah yang telah melahirkan generasi terbaik dan cemerlang pada suatu ketika dahulu. Mereka memanfaatkan segala kekuatan tersebut sehingga mampu mencipta satu tamadun Islam yang tiada tolok bandingnya dalam lipatan sejarah Islam. kekuatan yang harus dijana dan direalisasikan dalam kehidupan umat Islam dewasa ini. Antara kekuatan tersebut ialah: [1] Kekuatan akidah merupakan tonggak yang paling penting dalam proses pembinaan sahsiah Muslim yang sebenar. Ia bermula dengan menanam dan menyuburkan jiwa keimanan yang hanya tunduk dan patuh ke hadrat Allah Yang Maha Berkuasa. Akidah yang mantap adalah benteng yang bertapak kukuh di dalam jiwa Muslim sehingga mampu menepis segala anasir asing yang cuba mengeruhkan kesucian Islam. Akidah yang kukuh adalah penyelamat umat daripada segala gejala sosial dan memelihara mereka daripada terjerumus dalam kancah kesesatan yang dimurkai Allah. [2] Kekuatan ilmu. Ilmu adalah sumber kekuatan dan ejen pemangkin ke arah kegemilangan serta keunggulan Islam dalam pelbagai lapangan hidup sebagaimana yang pernah dirintis oleh generasi Rasulullah SAW dan sahabat satu ketika dahulu. Generasi Rasulullah dan sahabat merupakan contoh generasi yang memahami Islam secara bersepadu dan menyeluruh dari segi teori dan amalinya, duniawi dan ukhrawinya. Justeru, umat Islam dituntut menguasai seluruh ilmu Islam yang memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. Ini sesuai dengan kedudukan Islam itu sendiri sebagai cara hidup cukup sempurna dan lengkap yang merangkumi semua tuntutan keperluan manusia dunia dan akhirat. [3] Kekuatan akhlak. Ini kerana akhlak adalah antara mekanisme terpenting dalam Islam sehingga mendapat kedudukan yang istimewa sebagai nilai pengisi dan penyeri binaan asas iman dan Islam. Malah kualiti manusia yang berpaksikan kekentalan iman dan ketrampilan akhlak yang luhur merupakan aset yang amat penting bagi sesebuah negara dan seterusnya boleh bertindak sebagai agen penentu kepada jatuh bangunnya sesebuah negara. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 60 surah al-Anfal : وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ‎﴿٦٠﴾ Maksudnya : Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. Kekuatan yang seterusnya ialah [4] kekuatan harta. Ini kerana Islam menganggap harta itu sebagai urat nadi kehidupan yang mampu membawa kesejahteraan hidup dunia dan akhirat di samping ia juga merupakan sebahagian daripada kepentingan asasi individu dan masyarakat umum. Harta yang dikurniakan Allah itu sebenarnya adalah satu amanah yang dipinjamkan buat sementara waktu kepada setiap Muslim di dunia ini agar dapat memanfaatkannya untuk kepentingannya dan juga untuk kepentingan masyarakat umum. [5] Kekuatan jihad. Jihad menurut pengertian syarak ialah berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat yang disasarkan dan juga untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Jihad amat memerlukan pengorbanan sebagai bukti kepada keteguhan imannya dan kesungguhannya untuk merealisasikan cita-cita Islam. Perlu diingat, pengorbanan tersebut bukan hanya sekadar mengorbankan nyawanya sahaja, bahkan ia juga merangkumi kesanggupan seseorang Muslim membelanjakan harta bendanya, mengerahkan tenaganya, masanya dan fikirannya ke jalan Allah. [6] Kekuatan ukhuwah. Ukhuwah Islam adalah antara tonggak terpenting yang sama-sama menyumbang ke arah kecemerlangan ummah. Islam amat menganjurkan umat Islam agar mereka membina persaudaraan dan ia merupakan antara intipati dan mesej utama perutusan Islam yang hendak disampaikan kepada umat Islam. Biarpun berlainan bangsa, warna kulit, sempadan tempat dan bahasa, namun ia bukanlah merupakan batu penghalang besar ke arah itu dan Islam tetap menyatukan mereka atas dasar iman dan takwa kepada Allah. Demikianlah enam kekuatan yang perlu dijana dan dibangunkan oleh umat Islam kini agar mereka dapat mengharungi arus globalisasi yang membadai kini dengan jayanya. Tanpa kekuatan tersebut, sukar bagi umat Islam untuk menghadapi persaingan yang hebat tersebut. Malah enam kekuatan inilah senjata utama umat Islam untuk membangunkan kembali era kegemilangan tamadun Islam di persada dunia dalam waktu terdekat ini. Islamlah nescaya kita mulia dan berjaya dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ