أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Khamis, 24 Disember 2009

Mesej Nabi DiMartabat Umat Selamat

لسلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1 – 6 surah al-Waqi’ah :
إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا
Maksudnya : Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran
Dunia hari ini tidak pernah lekang dengan bencana seperti gempa bumi, ribut taufan, gunung berapi, tanah runtuh, peperangan dan sebagainya. Kita di Kelantan dan negeri pantai timur sedang berada di musim tengkujuh di mana telah beberapa kali berlakunya banjir yang memusnahkan banyak harta benda. Kita wajib membantu saudara mara kita yang terlibat dengan banjir ini setakat kemampuan yang ada pada kita. Jangan biarkan saudara kita bersedih dan menanggung kesukaran tanpa bantuan dan sokongan yang sepatutnya daripada kita. Begitu juga kita dikejutkan dengan banjir besar
yang mengorbankan banyak nyawa di Jeddah. Kejadian banjir besar di negara yang terkenal dengan padang pasir itu mengingatkan kita tentang amaran nabi yang membayangkan bumi kering kontang akan subur apabila dunia hampir qiamat
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ : ” لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا ” . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ مُسْلِمٍ
Maksudnya :” Sesungguhnya hari kiamat tidak akan berlaku sehingga tanah Arab menjadi padang rumput dan mengalir sungai-sungai”
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 107 surah al-Anbiya’ :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam
Sempena masih berada di bulan Zulhijjah yang juga dipanggil bulan haji maka tidak terlewat untuk kita sama-sama merenungi tentang beberapa isi kandungan penting yang pernah diungkap oleh nabi Muhammad s.a.w dalam Haji Wada’ atau haji perpisahan antara [1] pengharaman riba yang menindas manusia di mana Islam sentiasa menanamkan kasih sayang dalam setiap aspek kehidupan agar tidak wujudnya sikap suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain
[2] Islam sentiasa menjamin perlindungan jiwa manusia daripada diceroboh samada dengan pembunuhan langsung atau tidak langsung seperti keruntuhan bangunan akibat pecah amanah. Tuduhan liar terhadap Islam antara yang terbaru apabila Majlis Ikatan Islam Amerika (Cair) mendesak sebuah rangkaian siaran terbesar Amerika mendesak agar memohon maaf atas keceluparan juruhebahnya yang menuduh Islam sebagai pertubuhan pembunuh serta ganas dengan membangkitkan semangat bencikan agama lain. Al-Quran dituduh mengandungi 150 ayat yang membenarkan pembunuhan dan keganasan. Musuh Islam menutup mata dengan keganasan mereka terhadap umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Malah perancangan jahat Zionis yang bukan sahaja mahu menguasai bumi Palestin malah merancang untuk menakluk Iran, Arab Saudi, Syria dan Turki sebagaimana termaktub dalam kitab mereka sekian lama walau dengan cara keganasan di mana ini semua disembunyikan daripada pengetahuan dunia. Ini semua menjawab persoalan siapakah sebenarnya pengganas dan pembunuh
[3] Rasulullah s.a.w turut menekankan agar menghindari peperangan kerana Islam adalah agama yang sejahtera yang membenci perang kecuali setelah terpaksa bagi mempertahankan agama, negara dan diri. Islam dituduh sebagai agama pencetus keganasan sedangkan pa yang berlaku di depan mata sudah terlalu jelas bagaimana ramai umat Islam yang sebenarnya menjadi mangsa kezaliman dan penindasan. Malah umat Islam Switzerland yang melarang umat Islam daripada membina menara masjid hasil pungutan suara yang merupakan langkah awal ke arah memerangi Islam yang turut disokong oleh beberapa negara Eropah yang lain. Mula-mula larang bina kubah maka tidak mustahil musuh Islam akan melangkah untuk mengharamkan terus pembinaan masjid di bumi Eropah setelah merasa gerun dengan keadaan rakyat Eropah saban hari semakin ramai yang memeluk Islam terutama selepas serangan 11 September
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Renungilah sebuah hadis nabi daripada Abu Hurairah yang berbunyi :
قال االرسول  :صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ البَقَرِ يَضْرِبُوْنَ ِبَها النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاتٌ مَائِلاتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ البُخْتِ المَائِلَةِ لايَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلايَجِدْنَ رِيْْحَهَا وَاِنَّ رِيْْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةٍ كَذَا وَكَذَا – رواه مسلم
Maksudnya : Ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi akau melihat mereka. Pertama, golongan penguasa yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, golongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menghayun-hayunkan bahunya. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga sedangkan bau wangi syurga itu sudah tercium daripada perjalanan yang sangat jauh daripadanya.
[4] Khutbah wada’ turut menyentuh berkaitan kewajipan menjaga hak wanita sehingga Islam meletakkan wanita di tempat yang sewajarnya tetapi malangnya semakin ramai yang menzalimi wanita dan ramai pula wanita sendiri yang suka mendedah aurat dan bergaul bebas sehingga keadaan akhlak semakin parah. Suara pembebasan wanita yang dilaungkan oleh yahudi disahut pula oleh wanita Islam sehingga suasana semakin parah dan merbahaya. Kita bimbang dengan suatu laporan daripada sumber Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008 di mana terdapat seramai 83,701 orang anak-anak yang dilahir tanpa nikah. Dalam tempoh yang sama juga seramai 72,043 orang anak-anak yang lahir itu diragui status perkahwinan ibubapa mereka samada mereka pernah berzina sebelum bernikah atau menikah tanpa wali yang sah
Perkara ke-[5] yang ditekankan dalam Khutbah wada’ ialah Islam menghalang penindasan melalui penyalah gunaan kuasa oleh golongan berkuasa ke atas rakyat jelata seperti hukum rimba ISA dan sebagainya. Pertembungan antara rakyat bawahan yang inginkan cara hidup Islam dengan golongan pemimpin yang lebih cintakan sekulerisme, kapitalisme dan sebagainya di kebanyakan Negara umat Islam telah menyebabkan betapa ramai yang menjadi mangsa kekejaman. Amalan pecah amanah dan rasuah yang semakin membarah di Negara umat Islam lebih teruk daripada Negara bukan Islam menyebabkan keadaan negara semakin tidak stabil dari sudut keselamatan dan keamanan serta menjejaskan system ekonomi.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
[6] Mesej Khutbah wada’ turut menekankan persamaan nilai kemanusiaan tanpa mengira bangsa dengan membuang semangat perkauman sempit sebagaimana yang diterapkan dalam program Biro Tatanegara (BTN). Sepatutnya wang Negara dihabiskan untuk melahirkan pegawai yang amanah dalam tugas, berpegang kepada agama dan sentiasa menjaga solat bukan menanamkan semangat perkauman sempit yang membahayakan perpaduan antara kaum dalam negara
[7] banteras sistem monopoli contohnya, pasar raya besar kini mengambil alih kedai-kedai runcit menyebabkan peniaga kecil sukar mencari makan. Monopoli akan menghakis rasa kasih sayang.
[8] al-Quran dan sunnah sebagai panduan di mana kejayaan umat Islam bergantung kepada sejauh mana mereka berpegang teguh kepada 2 sumber utama ini
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :
ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : ……Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 23 Disember 2009

Hijrah DiHidupkan Islam Terjulang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 90-92 surah Yunus :
وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ
Maksudnya : Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana hendak menganiayai dan menindas mereka sehinggalah ketika Firaun itu telah hampir tenggelam lalu dia berkata : “ Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepada Allah “. Adakah sekarang baru engkau percaya sedangkan engkau telah derhaka sejak dahulu dan engkau termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan. "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (wahai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".
Hari ini kita sama-sama menyambut kedatangan 1 Muharram 1431H sebagai permulaan tahun baru Hijrah. Bulan Muharram mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk sama-sama kita rebut kelebihannya terutama dalam menambah bekalan akhirat. Kedatangan Muharram bukan setakat menandakan sambutan tahun baru tetapi segala amalan soleh dan gerak kerja juga mesti berubah ke arah yang lebih baik dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Antaranya galakan Rasulullah s.a.w agar kita memperbanyakkan puasa sunat dalam bulan Muharram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
قال النبي صلى الله عليه وسلم: "أَفْضَلُ الصِّيَام بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ المُحَرَّم و أَفْضَلُ الصَّلاَة بَعْدَ الفَرِيْضَةِ صَلاةُ اللَّيْلِ".
Maksudnya : Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam
Begitu juga dengan galakan supaya kita berpuasa sunat hari ‘Asyura’ iaitu hari kesepuluh bulan Muharram di mana pada hari tersebut pernah mencatatkan suatu peristiwa besar bagaimana nabi Musa as diselamatkan oleh Allah daripada dikejar oleh Firaun yang mati lemas di tengah laut Merah bersama tenteranya.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَة يُكَفِّر سَنَتَيْنِ: مَاضِيَة وَمُسْتَقْبَلَة، و صَوْمُ يَوْمِ عَاشُوْرَاء يُكَفِّر سَنَة مَاضِيَة".رواه مسلم
Maksudnya : Puasa hari Arafah akan dihapuskan dosa 2 tahun iaitu setahun yang lalu dan setahun akan datang. Manakala puasa hari ‘Asyura’ akan dihapuskan dosa setahun yang lalu

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (quraisy) memifirkan sedaya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau pun mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.
Perjuangan dalam menegakkan Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan yang senang sebaliknya menuntut kepada nyawa yang melayang, Daulah Islamiah yang menjamin keamanan dan kestabilan tidak akan dapat didirikan dengan mudah sebaliknya memerlukan kepada tumpahnya darah merah. Pertembungan antara hak dan batil, kebenaran dan kesesatan, keadilan dan kezaliman, ketaatan dan kesombongan terus berlangsung silih berganti sehinggalah qiamat. Jika nabi Musa as terpaksa berdepan dengan bapa angkatnya sendiri Firaun dalam menyatakan kebenaran sehingga terpaksa berhijrah setelah dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya yang angkuh dalam menolak kebenaran walau pun sudah tidak mampu berhujah. Maka begitulah juga yang berlaku ke atas diri nabi Muhammad s.a.w yang terpaksa berdepan dengan manusia takabbur yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab sehingga datangnya arahan daripada Allah agar berhijrah dari Mekah tanahair sendiri ke bumi Madinah dalam menjayakan pelaksaan seluruh sistem Islam.
Sebelum berlangsungnya hijrah maka nabi berdepan dengan tawaran kesenangan seperti bakal menjadi raja tanpa kuasa, dikahwinkan dengan wanita pilihan, diberi kemewahan harta dan juga khidmat perubatan terbaik asalkan dakwah Islam ditinggalkan. Setelah gagal memujuk dengan cara lembut maka tiga cadangan kuffar Quraisy dalam menyekat perkembangan Islam iaitu buang negeri, penjara tanpa bicara dan akhirnya bunuh terhadap nabi maka inilah juga ujian yang terpaksa dihadapi oleh pejuang Islam dalam menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Golongan yang memusuhi Islam akan menggunakan samada cara lembut untuk melunturkan semangat juang dan jika gagal dengan cara itu maka cara yang lebih keras akan dilakukan termasuk buang kerja, tukar tempat kerja, sekat bantuan, tahan di bawah ISA, bunuh dan sebagainya. Oleh itu istiqamahlah dalam berjuang agar kita mencapai keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Bersusah dahulu di dunia agar kita dapat bersenang di akhirat nanti hasil memperjuangkan Islam dengan penuh ikhlas dan istiqamah.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia
Peristiwa Hijraturrasul bukanlah suatu cerita yang hanya untuk didengar sebaliknya peristiwa yang begitu besar dan mempunyai 1001 pengajaran penting ini wajib dihidupkan dalam kehidupan seharian umat Islam bermula daripada ibadat, ekonomi, sosial sehinggalah dalam memerintah negara berlandaskan hukum Allah. Ketika menyoroti 3 perkara penting yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w ketika menjayakan misi hijrah sehingga berdirinya Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah iaitu pertama mendirikan Masjid Quba’ sebelum mendirikan Masjid Nabawi di mana ia memberi isyarat yang jelas kepada kita betapa pentingnya peranan masjid dalam menghidupkan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Malangnya pada hari ini banyak masjid agak lengang walau pun dibina megah dan dihias indah tetapi sekadar untuk mencari wang hasil projek bina masjid bukannya untuk memakmurkannya. Ketika menyambut tahun baru hijrah tidak melupakan kita kepada umat Islam di Palestin yang terpaksa berdepan dengan peluru yahudi Israel untuk ke masjid disamping usaha jahat yang berterusan dalam meruntuhkan Masjid al-Aqsa. Begitu juga kebiadapan golongan anti Islam di Switzerland yang melarang umat Islam daripada membina menara masjid hasil pungutan suara yang merupakan langkah awal ke arah memerangi Islam yang turut disokong oleh beberapa negara Eropah yang lain. Mula-mula larang bina kubah maka tidak mustahil musuh Islam akan melangkah untuk mengharamkan terus pembinaan masjid. Sama-samalah kita memakmurkan masjid untuk kegemilangan dunia akhirat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tugas kedua semasa hijrah ialah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dan Ansor atas ikatan iman. Ikatan persaudaraan inilah yang masih kurang di kalangan kita sehingga umat Islam dijajah dalam di Negara sendiri. Semangat kebangsaan dan perkauman sempit menyebabkan penderitaan umat Islam gagal ditangani dengan baik ketika musuh Islam bersatu dalam menghalakan senjata mereka kepada umat Islam. Apa yang lebih malang apabila umat Islam sendiri lebih rela bersekongkol dengan musuh untuk meratah tubuh dan memenggal nyawa saudara seagama
Tugas ketiga ialah mewujudkan piagam Madinah bagi mengatur corak pemerintahan Islam yang menjamin keamanan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita pada hari ini wajib menghayati dasar yang ada dalam piagam Madinah yang berjaya mewujudkan sebuah Negara aman, maju dan berkat. Sebenarnya ajaran Islam yang lengkap dan sempurna yang mengatur segala urusan manusia telah pun ditunjukkan Rasulullah s.a.w diikuti oleh Khulafa’ ar-Rasyidin dan khalifah selepas mereka. Apa yang penting sekarang ialah pelaksanaannya kembali dalam kehidupan bukan setakat tertera di dalam lipatan sejarah.
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 1 Disember 2009

Korban DiHayati Islam DiSanjung Tinggi

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban yang juga dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar. Sepatutnya hari raya korban lebih dirasai kemeriahan sambutannya berbanding hari raya puasa yang juga dipanggil Aidil Asghor iaitu hari raya kecil. Sesungguhnya Aidil Adha mengingatkan kita kepada Saiyidina Omar bin Al-Khattab yang memberikan ucapan beliau ; “Sesungguhnya Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, lalu ia disambut dengan Aidil Fitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-Quran pula ialah pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah s.a.w. menunaikan ibadah haji yang terakhir (Haji Wada’), maka ia disambut dengan Aidil Adha ” . Maka jelaslah Aidil Adha adalah hari merayakan kesyumulan Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang mengatur, menyusun segala aspek kehidupan manusia, akidah, syariat, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya. Sempena berada pada hari yang mulia ini marilah kita sama merebut kelebihan yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana yang disebut oleh Allah pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري

Maksudnya : Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, “Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.

Sidang Jumaat yangdirahmati Allah,

Ketika menghayati pengorbanan besar 3 insan mulia iaitu nabi Ibrahim bersama isteri tercinta Siti Hajar dan anak kesayangan nabi Ismail maka kita wajib meghayati pembinaan sebuah keluaga yang taatkan Allah barulah kebahagiaan dunia dan akhirat dapat dicapai. Pastikan kaum lelaki menjadi bapa yang baik kerana bapa terbahagi kepada tiga jenis iaitu [1] bapa yang terlalu garang sehingga hilangnya rasa kasih sayang dalam keluarga.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، وَالأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسٌ عِنْدَهُ ، فَقَالَ الأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ إِنْسَانًا قَطُّ ، قَالَ : فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : إِنَّ مَنْ لا يَرْحَمُ لا يُرْحَمُ ” ، رَوَاهُ مُسْلِمٌ فِي الصَّحِيحِ ، وَأَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ من وجه آخر

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah ra, “bahawa Rasulullah saw telah mencium al-Hasan bin Ali sedangkan al-Aqra’ bin Habis Al-Tamimi duduk bersamanya lalu Aqra’ bin Habis berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh dari anak laki-laki namun aku tidak pernah mencium mereka walau pun seorang. Lalu Rasulullah saw saw, bersabda: Sesiapa yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi “

[2] bapa dayus yang membiarkan anak dan isteri derhaka pada Allah seperti mendedah aurat, bergaul bebas dan sebagainya

عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” ثَلاثَةٌ لا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ أَبَدًا : الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ، وَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ، وَمُدْمِنُ الْخَمْرِ ” . فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَمَّا مُدْمِنُ الْخَمْرِ فَقَدْ عَرَفْنَاهُ ، فَمَا الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ؟ قَالَ : ” الَّذِي لا يُبَالِي مَنْ دَخَلَ عَلَى أَهْلِهِ ” . قُلْنَا : فَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ؟ ، قَالَ : ” الَّتِي تَشَّبَّهُ بِالرِّجَالِ – رواه البيهقي

Maksudnya : Daripada Ammar bin Yasir daripada Rasulullah, saw, bersabda: “Tiga orang tidak akan masuk Syurga selamanya iaitu laki-laki dayus, perempuan bersifat lelaki dan peminum arak.” Mereka berkata: Wahai Rasulullah, peminum arak itu kami tahu, Siapakah laki-laki dayus? Baginda bersabda: “Orang yang tidak peduli siapa yang masuk bergaul bebas dengan ahli keluarganya.” Kami bertanya lagi: Siapa perempuan bersifat lelaki ? Baginda bersabda: “perempuan yang menyerupai lelaki”.

Kita begitu gerun dengan suatu kajian seorang bekas pensyarah UKM yang dibuat 2 dekad yang lalu yang menunjukkan bagaimana 2 daripada 3 pelajar sekolah pernah berzina dan apa yang lebih malang kebanyakan mereka berzina dalam rumah sendiri bukannya di luar. Begitu juga dengan laporan daripada sumber Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008 di mana terdapat seramai 83,701 orang anak-anak yang dilahir tanpa nikah. Dalam tempoh yang sama juga seramai 72,043 orang anak-anak yang lahir itu diragui status perkahwinan ibubapa mereka samada mereka pernah berzina sebelum bernikah atau menikah tanpa wali yang sah

[3] bapa yang penyayang sebagaimana yang disarankan oleh nabi :

قَالَ الرَّسُوْلُ e : خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِيْ – رواه الطبراني

Maksudnya : Sebaik-baik orang diantara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada ahli keluarganya dan aku terbaik antara kamu sentiasa berbuat baik kepada ahli keluargaku

Begitu juga kaum perempuan yang mesti menjadi isteri dan ibu yang taat setia serta membantu suami dalam membina keluarga bahagia. Pada hari ini banyak rumahtangga porak peranda dan anak-anak terbiar tanpa didikan agama akibat ibubapa telalu sibuk mencari harta dunia. Ibarat kata syair arab bahawa bukanlah dikira anak yatim kerana kematian ibubapa sebaliknya anak yatim yang sebenar ialah anak yang mempunyai ibubapa namun mereka lebih sibuk dengan urusan hidup sehingga mengabaikan kasih sayang dan didikan terhadap anak.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

Ketika menyoroti perjuangan dakwah nabi Ibrahim yang bukan sahaja berdepan dengan bapanya Azar pembuat berhala malah masyarakat sekitar dan Raja Namrud yang berkuasa maka ini semua banyak mengajar kita bagaimana cara berdepan dengan suasana sekeliling yang cuba memerangi Islam. Jika kita menyaksikan bagaimana Kristian cuba memurtadkan mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia maka kita di Malaysia pernah digemparkan dengan tindakan biadap sekumpulan pelajar bukan Islam di Betong, Sarawak yang mempermainkan laungan azan dan solat berjemaah di sebuah gereja yang belum diambil tindakan. Sekarang kita berdepan dengan desakan Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa S Banggarma atau nama Islamnya Siti Hasnah dibenarkan menganut Hindu, dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa perlu melalui proses biasa di mahkamah atas alasan pertukaran kepada Islam dibuat semasa Siti Hasnah masih kecil dan tidak pernah menghayati agama barunya ditambah dengan dakwaan bahawa agama Siti Hasnah ditukar sewaktu berada di rumah kebajikan di Kepala Batas kira-kira 20 tahun lalu pada usianya masih 7 tahun sedangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mendakwa agama wanita 27 tahun itu ditukar oleh bapanya sendiri di Rompin, Pahang ketika berusia setahun. Masalah pertukaran agama adalah suatu masalah serius yang mesti dipertahankan. Agama lain sedang bersatu untuk berdepan dengan Islam. Jangan biarkan maruah Islam dihina tanpa tindakan sewajarnya. Hayatilah pengorbanan nabi Ibrahim yang sanggup dibakar demi mempertahankan Islam. Bangkitah ketika maruah Islam sedang dicabar. Bangunlah ketika kesucian Islam sedang disanggah. Biar bermandi darah asalkan Islam terus berdiri gagah. Biar nyawa bercerai dari badan asalkan Islam terus dipertahankan. Lebih baik mati berlapikkan tanah daripada hidup bercerminkan bangkai

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 22 November 2009

خطبة عيد الأضحى 1430 هـ

KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 2 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ....فرمان الله تعالى دالم أية 79-80 سورة الأنعام :
إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَحَاجَّهُ قَوْمُهُ ۚ قَالَ أَتُحَاجُّونِّي فِي اللَّهِ وَقَدْ هَدَانِ ۚ وَلَا أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ رَبِّي شَيْئًا ۗ وَسِعَ رَبِّي كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا ۗ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ
مقصودڽ : "سسوغضوهث اکو هادڤکن موك دان ديريکو کڤد الله يڠ منچيڤتاکن لاڠيت دان بومي، سداڠ اکو تتڤ د اتس داسر توحيد دان بوکنله اکو دري اورڠ-اورڠ يڠ مڽکوتوکن الله ﴿دڠن سسواتو يڠ لاين﴾". دان دي ﴿نبي إبراهيم﴾ دبنته اوليه قومڽ لالو دي ڤون برکات: "ڤاتوتکه کامو ممبنتهکو مڠناءي الله، ڤدحال سسوغضوهث اي تله ممبري هدايه ڤتونجوق کڤداکو؟ دان اکو ڤولا تيدق تاکوت ﴿اکن سبارڠ بهاي دري﴾ اڤ يڠ کامو سکوتوکن دڠن الله، کچوالي توهنکو مڠهندقكي سسواتو دري بهاي ايت. ﴿ سسوغضوهث ﴾ ڤڠتاهوان توهنکو مليڤوتي تياڤ-تياڤ سسواتو، تيدقکه کامو ماهو ﴿انصاف﴾ مڠمبيل ڤلاجرن؟

مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى،
سلامت مڽمبوت هاري راي عيد الأضحى داوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. سموݢ کداتاڠن عيدالأضحى کالي اين لبيه برمعنى تراوتما دالم منچاڤأي کبهاضيأن هيدوڤ د دنيا دان اخيرة براساسکن اسلام. يقينله کيت بهاوا تياد چارا دان سيستم هيدوڤ يڠ ترباءيك دالم منچاڤأي کبهاضيأن ملاءينکن اسلام. ستياڤ کالي مڽمبوت هاري راي قربان مك کيت سنتياس دڤرايڠتکن تنتڠ ڤڠوربانن سوچي نبي إبراهيم سکلوارݢ دالم مڠمبڠکن اسلام برمولا درڤد ڤمبينأن کلوارݢ يڠ طاعة ڤاتوه کڤد الله. القرءان توروت منچريتاکن باضايمانا نبي إبراهيم ترڤقسا بردڤن دڠن باڤاڽ سنديري آزار يڠ بوکن سهاج سأورڠ ڤڽمبه برهالا ماله ڤمبوات ڤاتوڠ برهالا ايت سنديري ستروسڽ مشارکت سکليليڠ سهيغضاله کڤد راج برکواس. د سيني کيت داڤت مليهت تنتڠ کهيبتن نبي إبراهيم دالم برحجه دان بردعوة سهيغض مڠالهکن کسستن. مالڠڽ کقواتن حجه دلاون دڠن کواس سهيغض نبي إبراهيم دباکر د دالم اڤي يڠ مارق ممباکر. تيندقكن منولق حجه کبنران اداله لاهير درڤد سيکڤ تکبور دالم ديري نمرود دان ڤڠيکوتڽ سهيغض تيدق ماهو توندوق کڤد کبنران اسلام. تکبور منجادي ڤونچا اوتام ابليس کفور کڤد الله دان جوݢ بتاڤ راماي اومت مأنسي يڠ دروسقکن اوليه ڤڽاکيت هاتي يڠ ڤاليڠ مربهاي اين. مأنسي بياساڽ منجادي تکبور اڤابيلا مراساي دي لبيه درڤد اورڠ لأين دالم ببراڤ ڤرکارا انتاراڽ اياله : [1] مراساي علمو لبيه تيغضي [2] عمالن صالحڽ لبيه باڽق [3] روڤا ڤارسڽ لبيه چنتيق [4] تناݢ لبيه قوة [5] کتوروننڽ لبيه باءيك [6] هرتاڽ برتيمبون [7] ڤڠکتڽ لبيه هيبت. کادأن لبيه ڤاره سکيراڽ ڤڽاکيت تكبور اين دهيداڤي اوليه ضولوغن ڤميمڤين سهيغض دي سغضوف مغضوناكن کواس يڠ اد دالم مڽکت دان منولق کبنران.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم سوره الکوثر :
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
مقصودڽ : سسوغضوهث کامي تله مڠورنياکن کڤدامو ﴿واهاي محمد﴾ کبايکن يڠ باڽق ﴿د دنيا دان د اخيرة﴾. اوليه ايت، کرجکنله سمبهيڠ کران توهنمو سمات-مات، دان سمبليهله قربان ﴿سباضاي برشکور﴾. سسوغضوهث اورڠ يڠ بنچيکن اڠکاو، دي له يڠ ترڤوتوس ﴿دري منداڤت سبارڠ ڤرکارا يڠ دايڠينيڽ﴾
کتيک مڽمبوت هاري قربان مك کيت توروت ايڠت تنتڠ ڤرينته الله ملالوءي سوره الکوثر أضر کيت مڠهيدوڤکنڽ دڠن صلاة سنة هاري راي دان جوݢ عبادة قربان يڠ بضيتو باڽق کلبيهنڽ. مڽيڠکڤ کڤد ڤڠاجرن ڤنتيڠ سوره يڠ سام ايايت باضايمانا نبي محمد  توروت بردڤن دڠن مأنسي تکبور يڠ منولق دعوة اسلام سباضايمانا نبي إبراهيم عليه السلام ماله نبي ڤرنه دتودوه سباضاي مأنسي يڠ ڤوتوس کتورونن اتس السن سموا ڤوترا نبي ماتي کتيك ماسيه کچيل ڤدحال بڠسا عرب تراوتماڽ مغغضف بهاوا انق للاکيله سباضاي ڤنروس کتورونن سداڠکن انق ڤرمڤوان هاڽ مڠيکوت کتورونن سواميڽ بيلا سوده برکهوين. تودوهن ليار دان جاهت کفار دجواب اوليه الله بهاوا مريکله سبنرڽ ترڤوتوس نعمة د دنيا اڤاته لاضي د اخيرة ننتي کران اسلام تروس برکمبڠ، دعوة نبي تروس برجاي دان دتروسکن سداڠکن عمالن کفار تروس دتيغضل دان دلوڤا سباضايمانا کيت جارڠ مندڠار والاوڤون درڤد مولوت اورڠ کافير سنديري بهاوا مريك مڠيکوت اجارن فرعون، نمرود، ابو لهب دان سباضايث. سداڠکن اسلام والاوڤون نبي محمد صلى الله عليه وسلم تله منيغضل کيت لبيه 1400 تاهون يڠ لالو نامون اي تروس دڤرجواڠکن سهيغض هاري قيامة.
اوليه ايت کيت مستي منجادي اومة يڠ سنتياس منداڤت نعمة درڤد الله د دنيا دان اخيرة دڠن ممهمي دان ملقساناکن اسلام دالم ستياڤ اسڤيق کهيدوڤن برمولا درڤد ديري سنديري دايکوتي کلوارݢ، مشارکة سروسڽ نضارا. ڤستيکن قوم للاکي منجادي باڤ يڠ باءيك کران باڤ تربهاضي کڤد تيض جنيس ايأيت [1] باڤ يڠ ترلالو ضارغ سهيغض هيلڠڽ راس کاسيه سايڠ دالم کلوارݢ. [2] باڤ دَيُّوث يڠ ممبيارکن انق دان استري درهاك ڤد الله سڤرتي مندده عورة، برضاول بيبس سهيغض کيت بضيتو ضرون دڠن سواتو کاجين يڠ دبوات 2 ديکد يڠ لالو يڠ منونجوقکن باضايمانا 2 درڤد 3 ڤلاجر سکوله ڤرنه برزنا دان اڤ يڠ لبيه مالڠ کباڽقكن مريك برزنا درومه سنديري بوکنڽ د لوار. [3] باڤ يڠ ڤڽايڠ سباضايمانا يڠ دسارنکن اوليه نبي ملالوءي سبواه حديث يڠ دروايتکن اوليه طبراني :
قَالَ الرَّسُوْلُ  : خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِيْ
مقصودڽ : سبايك-باءيك اورڠ دانتارا کامو اياله اورڠ يڠ بربوات باءيك کڤد اهلي كلوارضاث دان اکو ترباءيك انتارا کامو سنتياس بربوات باءيك کڤد اهلي كلوارضاكو
ڤاستيکن انق-انق کيت داڤت منجادي مأنسي يڠ برضونا کڤد کلوارݢ، اضام دان نضارا سماس کيت ماسيه هيدوڤ دان بيلا کيت سوده مڠهمبوس نفس تراخير ننتي دڠن ممبري ديديقن اضام يڠ سبايقڽ. ديديقله انق سوڤاي سنتياس بردعا اونتوق کدوا ايبوباڤاڽ تراوتما سلڤس کماتين کدواث. عبارة کات شعير عرب بهاوا بوکنله دکيرا انق يتيم سمات-مات کماتين ايبوباڤ سباليقڽ انق يتيم يڠ سبنر اياله انق يڠ ممڤوڽاءي ايبوباڤ نامون مريك لبيه سيبوق دڠن اوروسن هيدوڤ سهيغض مڠابايکن ڤرهاتين کاسيه سايڠ دان ديديقكن سواجرڽ ترهادڤ انق.

مسلمين/مسلمات يڠ دبرکاتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم ايات 1-4 سوره الغاشية:
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً
مقصودڽ : سودهکه سمڤي کڤدامو ﴿واهاي محمد﴾ ڤريحال هاري قيامة يڠ هورو-هاراڽ مليڤوتي؟ موك ﴿اورڠ-اورڠ يڠ کافير﴾ ڤد هاري ايت توندوق کران مراسا هينا، مريك منجالنکن کرجا يڠ برت لاضي برڤنت لله، مريك تتڤ مندريتا باکرن نراك يڠ امت ڤانس ﴿ممباکر﴾
جک ڤارا جماعة حاج يڠ برکومڤول د ڤادڠ عرفة ڤد 9 ذوالحجه سنتياس دضمبر تنتڠ ڤرهيمڤونن د ڤادڠ محشر ننتي اونتوق دحساب تنتڠ سضالا عمالن کيت د دنيا اين سمأدا باءيك اتاو جاهت مك کيت ڤد هاري اين ماريله سام-سام مڠحياتي ببراڤ ڤوتوڠ ايات درڤد سورة الغاشية يڠ کرڤ دباچ اوليه نبي محمد  دالم صلاة جمعة دان هاريراي. مڠاڤکه سورة برکاءيتن قيامة منجادي ڤيليهن نبي ڤد هاريراي يڠ بياساڽ دکأيتکن دڠن هاري برضمبيرا د مان د سان سڤاستيڽ اد حکمة ترسنديري تراوتما مماستيکن کيت برسياڤ سديا اونتوق برضمبيرا بوکن ستاکت د دنيا ماله يڠ لبيه ڤنتيڠ د اخيرة ننتي دڠن منمبه عمل عبادة سرتا منجأوهي معصية. کتيك برچاکڤ تنتڠ کاءيتن قيامة دڠن چواچا دان کادأن بومي ڤد هاري اين يڠ سماکين بروبه مك باڽق تلاهن دان انداين تله دبوات. بوکن اومة اسلام سهاج يڠ سميمڠڽ واجب ڤرچاي کڤد برلاکوڽ قيامة يڠ برچاکڤ تنتڠ دنيا يڠ سماکين کڤد ساعة کهنچورن ماله اهلي ساءين س توروت مڠاکوي بهاوا بومي اين باکل هنچور عقيبة هنتامن komet اتاو asteroid دان اڤابيلا برلاکوڽ فرلغضارن انتارا galaksi. بضيتو جوݢ اڤابيلا plat-plat بومي برضرق سماکين ڤانتس يڠ مڠاقيبتکن ڤرتمبوڠن سسامڽ د مان plat-plat بومي برضرق سماکين ڤانتس ايکورن تيندقكن مأنسي ايت سنديري سڤرتي ڤموسنهن هوتن، فغضوندولن بوکيت، اوجين nuklear دان ضرودي داسر لأوت. ماله سبواه فيليم بارت يڠ بضيتو لاريس دتايڠکن سكارغ برداسرکن تيوري ‘ڤڠاخيرن کاليندار' قوم Mayan ، Mexico د مان مڠيکوت تيوري اين قيامة اکن برلاکو ڤد 21 دسيمبر 2012. قيامة ڤاستي داتڠ دان اي سماکين هاري سماکين همڤير. تله باڽق تندا-تندا قيامة يڠ سوده برلاکو د دڤن مات کيت. برضنتوغ کڤد کيت سمأدا ماهو مڠمبيل ڤرهاتين دڠن منيڠکت عمل عبادة سرتا منجأوهي معصية اتاوڤون سباليقڽ. جاديله مأنسي يڠ ڤينتر يڠ سنتياس برسديا دڠن بکلن اخيرة.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
بومي ڤد هاري اين باضايكن تيدق مسرا دڠن مأنسي عقيبة کراكوسن مأنسي سنديري يڠ مروسقکن بومي اتاو ملاکوکن ڤندرهکأن معصية ترهادڤ الله. مليسيا سنديري مولا مراسا انچامن ضمفا بومي والاو ڤون برادا د لوار کاوسن ‘ليڠکرن اڤي ڤاسيفيك' سهيغض ترڤقسا داداکن لاتيهن کچماسن مڠهادڤي ضمفا بومي تراوتما کڤد رعية يڠ برادا د باڠونن تيغضي دسمڤيڠ شرط ڤمبينأن باڠونن تيغضي دتمبه اݢر ممڤو تاهن درڤد ضمفا بومي. تيدق چوکوڤ سقدر ڤرسياڤن کسلامتن fizikal دان material سهاج دباءيقكي سداڠکن عمالن رشوة، ڤچه أمانة دسمڤيڠ معصية تروس برتمبه. جيك د إندونيسيا دان ببراڤ نضارا يڠ لأين باڽق باڠونن يڠ رونتوه دان ڽاوا يڠ ترقربان عقيبة ضمفا بومي، ريبوت طوفان، بنجير بسر، ضونوغ براڤي دان سباضايث تتاڤي د نضارا کيت باڽق بينأن ترماسوق ستاديوم، معمل سکوله، جالن برتيڠکت، مسجد ، جمباتن دان سباضايث رونتوه بوکن دسببکن ضمفا بومي سباليقڽ عقيبة عمالن رشوة دان ڤچه أمانه دالم ڤروسيس ڤمبينأنڽ. ميديا massa هاري اين سيبوق برچاکڤ تنتڠ integriti اتاو تلوس أمانه دالم ملقساناکن توضس تراوتما سلڤس لاڤورن Audit نضارا يڠ منددهکن باضايمانا 28 bilion واڠ نضارا هاڠوس عقيبة ڤچه أمانه دان سباضايث. بنرله اماران نبي محمد  ايايت اڤابيلا أمانة دسرهکن بوکن کڤد اهليڽ مك توغضوله ساعة کهنچورن. ماله کدودوقکن دالم indeks رشوة تروس جاتوه أضق تروق د مان مليسيا مندودوقکي تغض ك- 56 درڤد 180 نضارا دالم Indeks Persepsi Rasuah (CPI) دنيا 2009 بربنديغ تغض 47 تاهون لفس. عمالن رشوة يڠ بضيتو ملواس مڽببکن روسقڽ سيستم کحاکيمن، ترضوضتث تاهڤ کسلامتن، ترججسڽ سيستم ايکونومي، ڤارهڽ مسئله سوسيال. بيلا رشوة دجاديکن سومبر رزقي مك کهنچورن يڠ دهادافي. تيدق چوکوڤ ستاکت انق بيليس يڠ دبرکس سداڠکن باڤ جروڠ تروس دبيار بيبس. نبي محمد  تله مڠيڠتکن کيت تنتڠ فتنه اخير زمان ترماسوق عمالن رشوة يڠ دجاديکن بودايا دان سوات کڤرلوان هيدوڤ سباضايمان سبواه حديث يڠ دروايتکن اوليه طبراني دان ابو نُعَيْم درڤد مُعَاذ بن جَبَل:
قال الرسول  : خُذُوْا العَطَاءَ مَادَامَ عَطَاءًا فَإِذَا صَارَ رَشْوَةً فِىْ الدِّيْنِ فَلاَ تَأْخُذُوْهُ وَلَسْتُمْ بِتَارِكِيْهِ يَمْنَعُكُمُ الفَقْرُ وَالحَاجَةُ
مقصودڽ : امبيل له اوليه کامو اکن سواتو ڤمبرين ايت سلاما اي ماسيه سباضاي ڤمبرين. تتاڤي اڤابيلا اي تله منجادي رشوة دالم ڤنداڠن اضام مك جاڠن کامو مڠمبيلڽ. نامون کڽاتأنڽ کامو تيدق اکن داڤت منيغضلكن رشوة ايت کران کامو تاکوت فقير دان کامو ساڠت برحاجة اونتوق مڠمبيلڽ
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ






خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….
فرمان الله دالم ايات 103-107 سورة الصافات:
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
مقصودڽ : ستله کدواڽ برسره بولت-بولت ﴿ منجونجوڠ ڤرينته الله﴾ دان نبي إبراهيم مربهکن انقڽ دڠن ملتقکن ايريڠن موکاڽ اتس تومڤوق تانه ﴿ اونتوق دسمبليه﴾ سرتا کامي مڽروڽ :“واهاي نبي إبراهيم! سسوغضوهث کامو تله ممبنرکن ميمڤي ايت“.سسوغضوهث اين بنر-بنر سوات اوجين يڠ ڽات. دان کامي تبوسکن انق ايت دڠن سمبليهن يڠ بسر.

مسلمين/مت يڠ درحمتي الله،
کتيک مڠيڠاتي ڤڠوربانن هيبت نبي إبراهيم يڠ ترڤقسا مڽمبليه انقڽ نبي اسماعيل ملالوءي سواتو اراهن دالم ميمڤي بنرڽ مک کيت ايڠت ببراڤ حديث نبي انتاراڽ مقصود سبدا رسول الله ، “ميمڤي ايت تيض جنيس، ايايت ميمڤي يڠ بنر بربنتوق خبر ضمبيرا درڤد الله; ميمڤي سديه درڤد شيطان دان ميمڤي يڠ دسببکن ماءينن جيوا سساورڠ.“ ﴿حديث امام مسلم﴾. دان مقصود سبدا نبي  ، “تياد لاضي کنبين ستله اکو کچوالي المُبَشِّرَات ﴿بريتا يڠ مغضمبيراكن﴾.“ صحابة برتاڽ اڤاکه يڠ دمقصودکن المُبَشِّرَات ؟ سبدا نبي، “ميمڤي يڠ بنر يڠ دميمڤيکن اوليه اورڠ صالح“ ﴿حديث امام البخاري﴾.
کيت فهم بهاوا المُبَشِّرَات اتاو ميمڤي بنر اداله بروڤا خبر ضمبيرا درڤد الله باضي همباڽ دڠن ممبري ضمبارن ڤرکارا باءيك يڠ باکل برلاکو. ميمڤي بنر اين اکن منجادي کڽاتأن دالم هيدوڤ سساورڠ ايت. ميمڤي بنر جوݢ بوليه ترجادي دالم بنتوق ڤريڠاتن ترهادڤ همباڽ مڠناءي ڤرکارا بوروق يڠ باکل برلاکو اضر دي بوليه بروسها اونتوق مڠيلقڽ دري ترجادي اتاوڤون بربنتوق اماران سوڤاي جاڠن ملاکوکن سسوات معصية. المُبَشِّرَات بوکن برتوجوان اونتوق مغضوبل حکوم بارو کران سضالا اجارن مڠناءي اسلام اين سوده سمڤورنا سبلوم رسول الله  وفاة. اوليه ايت سبارڠ اجارن سست يڠ مندعوا منريما وحي اتاو حکوم بارو مستيله دجأوهي. دالمي علمو اضام سوڤاي تيدق موده ترکليرو دان ترڤيسوڠ

مسلمين/مت يڠ درحمتي الله،
سمڤنا برادا ڤد هاري راي قربان جوݢ کيت مستي منيڠکتکن تاهڤ ڤڠوربانن دالم ممڤرجواڠکن اسلام دان ممبنتو سودارا سأضام. ڤندريتأن اومة اسلام يڠ سداڠ دبونوه د سلاتن تايلاند، فيليفينا، ڤلسطين، عراق، أفغانستان دان سباضايث منونتوت ڤمبيلأن سواجرڽ درڤد کيت. کيت جوݢ واجب ممبري ڤرهاتين ترهادڤ اوسها کريستيان دالم ممرتدکن مڠسا ضمفا بومي ڤادڠ، إندونيسيا. سماڠت برقربان يڠ دحياتي ملالوءي قيصه نبي إبراهيم سکلوارݢ سڤاتوتڽ دسوبورکن سهيغض اومة اسلام داڤت بڠکيت درڤد تروس منجادي مڠسا کظاليمن دان ککجامن موسوه. کمباليله کڤد سيستيم اسلام بوکنڽ تروس برفضغ کڤد خُرافَات سست بهاوا ايکونومي تيدق ماجو تنڤا ربا، اوندڠ-اوندڠ اسلام ڤمباوا کموندورن، اسلام مڽکت کبيباسن مأنسي دان سباضايث. خرافات اين لبيه مربهاي بربنديڠ اڤ يڠ دهيبوهکن کتيك ببراڤ کجادين سجاده برديري دان سباضايث کران رعية سنديري موده ترڤڠاروه دڠن بندا mistik دان تهيول عقيبة دتانم کڤرچايأن کاروت ملالوءي tv دان مجلة سوڤاي تاکوت کڤد هنتو لبيه درڤد تاکوتکن الله سرتا ڤرچاي بهاوا بندا ڤليق بوليه منداتڠکن منفعة دان مضرة بوکنڽ برفضغ بهاوا هاڽ الله سهاج يڠ برکواس ملاکوکن سسواتو. اسلام تله ملتقکن مأنسي د تمڤت سلايقڽ بيلا سيستيم اسلام دلقسان. سباليقڽ اڤابيلا اسلام دکتڤيکن تله منجاديكن مأنسي برسيکڤ سأومڤام بيناتڠ بواس يڠ ستياڤ هاري برفيکير باضايمانا ماهو ممباهم مڠسا اڤابيلا کڤنتيڠن ديري ددهولوکن والاوڤون ترڤقسا مڠوربنکن اورڠ لأين

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
سلام عيد الأضحى داوچڤکن کڤد سلوروه مسلمين دان مسلمات. باضي يڠ برکممڤوان دسارنکن اضر مڠهيدوڤکن سمبوتن عيد الأضحى اين دڠن عبادة قربان سباضايمان يڠ دانجورکن اوليه اسلام.
قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽاءي کممڤوان سداڠکن دي تيدق ملاکوکن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندکتي تمڤت صلاة کامي
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا، اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ ، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 20 November 2009

Khutbah Aidil Adha 1430H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية 79-80 سورة الأنعام :
إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَحَاجَّهُ قَوْمُهُ ۚ قَالَ أَتُحَاجُّونِّي فِي اللَّهِ وَقَدْ هَدَانِ ۚ وَلَا أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ رَبِّي شَيْئًا ۗ وَسِعَ رَبِّي كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا ۗ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ
Maksudnya : "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". Dan dia (nabi Ibrahim) dibantah oleh kaumnya lalu dia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,
Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga kedatangan Eidil Adha kali ini lebih bermakna terutama dalam mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat berasaskan Islam. Yakinlah kita bahawa tiada cara dan sistem hidup yang terbaik dalam mencapai kebahagian melainkan Islam. Setiap kali menyambut hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan tentang pengorbanan suci nabi Ibrahim sekeluarga dalam mengembangkan Islam bermula daripada pembinaan keluarga yang taat patuh kepada Allah. Al-Quran turut menceritakan bagaimana nabi Ibrahim terpaksa berdepan dengan bapanya sendiri Azar yang bukan sahaja seorang penyembah berhala malah pembuat patung berhala itu sendiri seterusnya masyarakat sekeliling sehinggalah kepada raja berkuasa. Di sini kita dapat melihat tentang kehebatan nabi Ibrahim dalam berhujah dan berdakwah sehingga mengalahkan kesesatan. Malangnya kekuatan hujah dilawan dengan kuasa sehingga nabi Ibrahim dibakar di dalam unggun api yang marak membakar. Tindakan menolak hujah kebenaran adalah lahir daripada sikap takabbur dalam diri Namrud dan pengikutnya sehingga tidak mahu tunduk kepada kebenaran Islam. Takabbur menjadi punca utama Iblis kufur kepada Allah dan juga betapa ramai umat manusia yang dirosakkan oleh penyakit hati yang paling merbahaya ini. Manusia biasanya menjadi takabbur apabila merasai dia lebih daripada orang lain dalam beberapa perkara antaranya ialah : [1] merasai ilmu lebih tinggi [2] amalan solehnya lebih banyak [3] rupa parasnya lebih cantik [4] tenaganya lebih kuat [5] keturunannya lebih baik [6] hartanya bertimbun [7] pangkatnya lebih hebat. Keadaan lebih parah sekiranya penyakit takabbur ini dihidapi oleh golongan pemimpin sehingga dia sanggup menggunakan kuasa yang ada dalam menyekat kebenaran.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah al-Kauthar :
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)
Ketika menyambut hari korban maka kita turut ingat tentang perintah Allah melalui surah al-Kauthar agar kita menghidupkannya dengan solat sunat hari raya dan juga ibadat korban yang begitu banyak kelebihannya. Menyingkap kepada pengajaran penting surah yang sama iaitu bagaimana nabi Muhammad s.a.w turut berdepan dengan manusia takabbur yang menolak dakwah Islam sebagaimana nabi Ibrahim a.s. Malah nabi pernah dituduh sebagai manusia yang putus keturunan atas alasan semua putera baginda mati ketika masih kecil padahal bangsa arab terutamanya menganggap bahawa anak lelakilah sebagai penerus keturunan sedangkan anak perempuan hanya mengikut keturunan suaminya bila sudah berkahwin. Tuduhan liar dan jahat kuffar dijawab oleh Allah bahawa merekalah sebenarnya terputus nikmat di dunia apatah lagi di akhirat nanti kerana Islam terus berkembang, dakwah nabi terus berjaya dan diteruskan sedangkan amalan kuffar terus ditinggal dan dilupa sebagaimana kita jarang mendengar walaupun daripada mulut orang kafir sendiri bahawa mereka mengikut ajaran Firaun, Namrud, Abu Lahab dan sebagainya. Sedangkan Islam walaupun nabi Muhammad s.a.w telah meninggal kita lebih 1400 tahun yang lalu namun ia terus diperjuangkan sehingga hari qiamat.
Oleh itu kita mesti menjadi umat yang sentiasa mendapat nikmat daripada Allah di dunia dan akhirat dengan memahami dan melaksanakan Islam dalam setiap aspek kehidupan bermula daripada diri sendiri diikuti keluarga, masyarakat seterusnya negara. Pastikan kaum lelaki menjadi bapa yang baik kerana bapa terbahagi kepada tiga jenis iaitu [1] bapa yang terlalu garang sehingga hilangnya rasa kasih sayang dalam keluarga. [2] bapa dayus yang membiarkan anak dan isteri derhaka pada Allah seperti mendedah aurat, bergaul bebas sehingga kita begitu gerun dengan suatu kajian yang dibuat 2 dekad yang lalu yang menunjukkan bagaimana 2 daripada 3 pelajar sekolah pernah berzina dan apa yang lebih malang kebanyakan mereka berzina dalam rumah bukannya di luar. [3] bapa yang penyayang sebagaimana yang disarankan oleh nabi melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani :
قَالَ الرَّسُوْلُ  : خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِيْ
Maksudnya : Sebaik-baik orang diantara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada ahli keluarganya dan aku terbaik antara kamu sentiasa berbuat baik kepada ahli keluargaku
Pastikan anak-anak kita dapat menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, agama dan negara semasa kita masih hidup dan bila kita sudah menghembus nafas terakhir nanti dengan memberi didikan agama yang sebaiknya. Didiklah anak supaya sentiasa berdoa untuk kedua ibubapanya terutama selepas kematian keduanya. Ibarat kata syair arab bahawa bukanlah dikira anak yatim semata-mata kematian ibubapa sebaliknya anak yatim yang sebenar ialah anak yang mempunyai ibubapa namun mereka lebih sibuk dengan urusan hidup sehingga mengabaikan perhatian kasih sayang dan didikan sewajarnya terhadap anak.
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 1-4 surah al-Ghasiyah:
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً
Maksudnya : Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar)
Jika para jemaah haji yang berkumpul di padang Arafah pada 9 Zulhijjah sentiasa digambar tentang perhimpunan di padang Mahsyar nanti untuk dihisab tentang segala amalan kita di dunia ini samada baik atau jahat maka kita pada hari ini marilah sama-sama menghayati beberapa potong ayat daripada surah al-Ghasiyah yang kerap dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w dalam solat Jumaat dan hariraya. Mengapakah surah berkaitan qiamat menjadi pilihan nabi pada hariraya yang biasanya dikaitkan dengan hari bergembira di mana di sana sepastinya ada hikmat tersendiri terutama memastikan kita bersiap sedia untuk bergembira bukan setakat di dunia malah yang lebih penting di akhirat nanti dengan menambah amal ibadat serta menjauhi maksiat. Ketika bercakap tentang kaitan qiamat dengan cuaca dan keadaan bumi pada hari ini yang semakin berubah maka banyak telahan dan andaian telah dibuat. Bukan umat Islam sahaja yang sememangnya wajib percaya kepada berlakunya qiamat yang bercakap tentang dunia yang semakin kepada saat kehancuran malah ahli sains turut mengakui bahawa bumi ini bakal hancur akibat hentaman komet atau asteroid dan apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Begitu juga apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas yang mengakibatkan pertembungan sesamanya di mana plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. Malah sebuah filem barat yang begitu laris ditayangkan berdasarkan teori ‘pengakhiran kalendar’ kaum Mayan, Mexico di mana mengikut teori ini kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Qiamat pasti datang dan ia semakin hari semakin hampir. Telah banyak tanda-tanda qiamat yang sudah berlaku di depan mata kita. Bergantung kepada kita samada mahu mengambil perhatian dengan meningkat amal ibadat serta menjauhi maksiat ataupun sebaliknya. Jadilah manusia yang pintar yang sentiasa bersedia dengan bekalan akhirat
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Bumi pada hari ini bagaikan tidak mesra dengan manusia akibat kerakusan manusia sendiri yang merosakkan bumi atau melakukan penderhakaan maksiat terhadap Allah. Malaysia sendiri mula merasa ancaman gempa bumi walau pun berada di luar kawasan ‘Lingkaran Api Pasifik’ sehingga terpaksa diadakan latihan kecemasan menghadapi gempa bumi terutama kepada rakyat yang berada di bangunan tinggi disamping syarat pembinaan bangunan tinggi ditambah agar mampu tahan daripada gempa bumi. Tidak cukup sekadar persiapan keselamatan fizikal dan material sahaja dibaiki sedangkan amalan rasuah, pecah amanah disamping maksiat terus bertambah. Jika di Indonesia dan beberapa negara yang lain banyak bangunan yang runtuh dan nyawa yang terkorban akibat gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, gunung berapi dan sebagainya tetapi di negara kita banyak binaan termasuk stadium, makmal sekolah, jalan bertingkat, masjid , jambatan dan sebagainya runtuh bukan disebabkan gempa bumi sebaliknya akibat amalan rasuah dan pecah amanah dalam proses pembinaannya. Media massa hari ini sibuk bercakap tentang integriti atau telus amanah dalam melaksanakan tugas terutama selepas Laporan Audit negara yang mendedahkan bagaimana 28 bilion wang negara hangus akibat pecah amanah dan sebagainya. Benarlah amaran nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila amanah diserahkan bukan kepada ahlinya maka tunggulah saat kehancuran. Malah kedudukan dalam indeks rasuah terus jatuh di mana Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009 berbanding tangga 47 tahun lepas. Amalan rasuah yang begitu meluas menyebabkan rosaknya sistem kehakiman, tergugatnya tahap keselamatan, terjejasnya sistem ekonomi, parahnya masalah sosial. Bila rasuah dijadikan sumber rezeki maka kehancuran yang diraih. Tidak cukup setakat anak bilis yang diberkas sedangkan bapa jerung terus dibiar bebas. Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan kita tentang fitnah akhir zaman termasuk amalan rasuah yang dijadikan budaya dan keperluan hidup sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani dan Abu Nu’aim daripada Muaz bin Jabal:
قال الرسول  : خُذُوْا العَطَاءَ مَادَامَ عَطَاءًا فَإِذَا صَارَ رَشْوَةً فِىْ الدِّيْنِ فَلاَ تَأْخُذُوْهُ وَلَسْتُمْ بِتَارِكِيْهِ يَمْنَعُكُمُ الفَقْرُ وَالحَاجَةُ
Maksudnya : Ambillah oleh kamu akan suatu pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ





























خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Ketika mengingati pengorbanan hebat nabi Ibrahim yang terpaksa menyembelih anaknya nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya maka kita ingat beberapa hadis nabi antaranya maksud sabda Rasulullah SAW, “Mimpi itu tiga jenis, iaitu mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah; mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” (Hadis Imam Muslim). Maksud sabda Nabi SAW , “Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita yang menggembirakan).” Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi, “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang soleh” (Hadis Imam al-Bukhari).
Kita faham bahawa al-Mubasysyiraat atau mimpi benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-Nya dengan memberi gambaran perkara baik yang bakal berlaku. Mimpi benar ini akan menjadi kenyataan dalam hidup seseorang itu. Mimpi benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hambanya mengenai perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat. Al-Mubasysyiraat bukan bertujuan untuk menggubal hukum baru kerana segala ajaran mengenai Islam ini sudah sempurna sebelum Rasulullah s.a.w wafat. Oleh itu sebarang ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu atau hukum baru mestilah dijauhi. Dalami ilmu agama supaya tidak mudah terkeliru dan terpesong

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Sempena berada pada hari raya korban juga kita mesti meningkatkan tahap pengorbanan dalam memperjuangkan Islam dan membantu saudara seagama. Penderitaan umat Islam yang sedang dibunuh di Selatan Thailand, Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya menuntut pembelaan sewajarnya daripada kita. Kita juga wajib memberi perhatian terhadap usaha Kristian dalam memurtadkan mangsa gempa bumi Padang, Indonesia. Semangat berkorban yang dihayati melalui kisah nabi Ibrahim sekeluarga sepatutnya disuburkan sehingga umat Islam dapat bangkit daripada terus menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman musuh. Kembalilah kepada system Islam bukannya terus berpegang kepada khurafat sesat bahawa ekonomi tidak maju tanpa riba, undang-undang Islam pembawa kemunduran, Islam menyekat kebebasan manusia dan sebagainya. Khurafat ini lebih merbahaya berbanding apa yang dihebohkan ketika beberapa kejadian sejadah berdiri dan sebagainya kerana rakyat sendiri mudah terpengaruh dengan benda mistik dan tahyul akibat ditanam kepercayaan karut melalui tv dan majalah supaya takut kepada hantu lebih daripada takutkan Allah serta percaya bahawa benda pelik boleh mendatangkan manfaat dan mudhorat bukannya berpegang bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa melakukan sesuatu. Islam telah meletakkan manusia di tempat selayaknya bila system Islam dilaksana. Sebaliknya apabila Islam diketepikan telah menjatuhkan manusia bersikap seumpama binatang buas yang setiap hari berfikir bagaimana mahu membaham mangsa apabila kepentingan diri didahulukan walaupun terpaksa mengorbankan orang lain
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khamis, 12 November 2009

Qiamat DiIngat Amalan Soleh DiTingkat

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fathu
لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا
Maksudnya : Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasulNya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya iaitu sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram insya Allah, dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui dan Dia memberikan selain itu kemenangan yang dekat.
Kini kita sudah berada dipenghunjung bulan Zulkaedah yang mengingatkan kita tentang suatu peristiwa besar dan bersejarah iaitu telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila nabi bersama 1400 atau 1500 orang umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisyyang merasa gerun melihat betapa ramainya jumlah umat Islam walau pun bertujuan untuk menunaikan ibadat haji bukannya untuk berperang. Akhirnya Rasulullah s.a.w telah menghantar Sayyidina Uthman bin ‘Affan ke Mekah untuk berbincang dengan pihak Quraisy bagi membolehkan umat Islam mengerjakan haji pada tahun itu. Pemergian Sayyidina Uthman yang agak lama tanpa sebarang berita menyebabkan timbulnya cerita bahawa beliau telah dibunuh. Ini menyebabkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat melakukan Bai’ah ar-Ridhuan di bawah sebatang pokok di Hudaibiah bagi menyatakan kesanggupan mereka untuk membela Islam walau pun terpaksa menumpahkan darah. Ketika mereka sedang berbai’ah, tiba-tiba munculnya Sayyidina Uthman di mana beliau turut sama dalam berbai’ah. Kuffar Quraisy yang mendengar tentang bai’ah yang dilakukan ini mula merasa gerun dan takut lalu mereka segera menghantar wakil bagi mengadakan perdamaian antara mereka dengan umat Islam. Perjanjian Hudaibiah ini walaupun pada pandangan zahirnya begitu merugikan umat Islam tetapi akhirnya terbukti bahawa tindakan yang diambil oleh nabi Muhammad s.a.w yang berlandaskan wahyu telah membuka jalan kepada pembukaan Kota Mekah. Asalnya hanya untuk menunaikan haji tetapi hasilnya dapat membuka Kota Mekah iaitu kejayaan berganda. Perjanjian Hudaibiah sepatutnya diambil pengajaran yang penting terutama dalam memberi petunjuk bagaimana cara terbaik dalam melakukan perjanjian atau kerjasama politik dengan orang kafir agar ia menguntungkan Islam bukan mengorbankan agama. Perjanjian dengan orang kafir memerlukan kepada kepimpinan yang tegas dan strategi yang kemas agar Islam benar-benar didaulatkan bukan bahan yang dipijak-pijak. Contohnya perjanjian damai dengan Israel yang dibuat oleh pemimpin yang telah dibeli oleh yahudi tidak berjaya menyelesaikan masalah bahkan menambah nasib malang yang menimpa Masjid Aqsa dan umat Islam. Begitu juga bagi kita yang berada di negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama maka tindakan berasaskan Islam mesti dilakukan ketika membuat sebarang hubungan kerjasama dengan orang bukan Islam agar ia membantu untuk menguatkan Islam bukannya satu demi satu hak dan keistimewaan Islam tergadai dan dihapuskan

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1 – 8 surah al-Zalzalah :
إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Maksudnya : Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Ketika bercakap tentang cuaca dan keadaan bumi pada hari ini yang semakin berubah maka banyak telahan dan andaian telah dibuat. Bukan umat Islam sahaja yang sememangnya wajib percaya kepada berlakunya qiamat yang bercakap tentang dunia yang semakin kepada saat kehancuran malah agama lain seperti Hindu yang turut mengakui bahawa bumi ini akan hancur apabila sampai kepada pusingan gilirannya. Begitu ahli sains yang mengatakan bahawa bumi ini akan hancur akibat hentaman komet atau asteroid dan apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Bencana yang dahsyat dan besar juga boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya di mana plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. Malah sebuah filem barat yang baru ditayangkan berdasarkan teori ‘pengakhiran kalendar’ kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Qiamat bukan setakat disebut malah diambil sebagai suatu peringatan penting kepada kita semua agar kembali kepada cara hidup Islam dalam semua sistem samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Jangan biarkan kita hanya menjadi orang yang hanya tahu bercakap tentang qiamat tetapi tidak bersedia untuk menemui Allah dengan bekalan akhirat. Manusia yang bijak ialah orang yang sentiasa bersedia dengan saat kematian dan bekalan akhiratnya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 72 surah al-Ahzab :
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
Jika di Indonesia dan beberapa negara yang lain banyak bangunan yang runtuh dan nyawa yang terkorban akibat gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, gunung berapi dan sebagainya tetapi di negara kita banyak binaan termasuk stadium, makmal sekolah, jalan bertingkat, masjid , jambatan dan sebagainya runtuh bukan disebabkan gempa bumi sebaliknya akibat amalan rasuah dan pecah amanah dalam proses pembinaannya. Media massa hari ini sibuk bercakap tentang integriti atau telus amanah dalam melaksanakan tugas terutama selepas Laporan Audit negara yang membongkarkan bagaimana 28 bilion wang negara hangus akibat pecah amanah dan sebagainya. Benarlah amaran nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila amanah diserahkan bukan kepada ahlinya maka tunggulah saat kehancuran. Lahirkanlah dalam negara kita pemimpin yang amanah takutkan Allah bukannya pemimpin yang hanya tahu mengumpul kekayaan dengan menipu rakyat, Ulama’ akhirat yang menjadi penegur dalam memperbetulkan keadaan bukannya pengampu yang menambahkan lagi masalah sedia ada dan juga rakyat bawahan yang sentiasa cintakan cara hidup Islam. Ketika ramai lagi rakyat yang susah memerlukan bantuan tetapi wang negara dibazirkan begitu sahaja termasuk dalam projek mega yang tidak penting dan salah guna kuasa. Lahirlah masyarakat bermula daripada pemimpin hinggalah rakyat jelata yang bencikan rasuah dan jauhi pecah amanah atau kita bakal berdepan dengan kemusnahan yang lebih teruk. Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan kita tentang fitnah akhir zaman termasuk amalan rasuah yang dijadikan budaya dan keperluan hidup sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani dan Abu Nu’aim daripada Muaz b Jabal:
قال الرسول  : خُذُوْا العَطَاءَ مَادَامَ عَطَاءًا فَإِذَا صَارَ رَشْوَةً فِىْ الدِّيْنِ فَلاَ تَأْخُذُوْهُ وَلَسْتُمْ بِتَارِكِيْهِ يَمْنَعُكُمُ الفَقْرُ وَالحَاجَةُ
Maksudnya : Ambillah oleh kamu akan suatu pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 22 Oktober 2009

Maksiat Diburu Bala DiTunggu

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1 – 6 surah al-Waqi’ah :
إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا
Maksudnya : Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran
Kita kini dapat menyaksikan bagaimana umur dunia kini sudah semakin tiba ke penghujungnya. Bukit dan gunung yang dulu teguh berdiri kini mula hancur musnah. Tanah yang tetap terhampar kini bergegar dan runtuh yang menelan bangunan dan manusia. Angin pula bertukar menjadi ribut ganas yang memusnahkan harta dan meragut nyawa manusia. Laut bergelora begitu kuat sehingga memusnahkan daratan. Air hujan melimpahkan air yang begitu banyak sehingga berlakunya banjir yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Api yang dulu jadi kawan kini membakar hutan dan bangunan. Manakala manusia mula merusuh tidak tentu hala sehingga keamanan yang dikecapi selama ini mula hancur dan musnah. Kesemua peristiwa yang berlaku mestilah diambil pengajaran yang sepatutnya terutama dalam mengingatkan kita bagaimana dunia semakin dekat kepada hari qiamat. Keadaan pada hari ini sudah begitu teruk apatah lagi bila berlakunya qiamat nanti. Masa berlalu begitu pantas tanpa menunggu umat manusia samada telah bersedia untuk menuju akhirat atau terus terpedaya dengan tipuan dunia. Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Anas bin Malik katanya :
قال الرسول  : لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ وَتَكُوْنُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ وَالشَّهْرُ كَالجُمْعَةِ وَتَكُوْنُ الجُمْعَةُ كَاليَوْمِ وَيَكُوْنُ اليَوْمُ كَالسَّاعَةِ وَتَكُوْنُ السَّاعَةُ كَالضَّرْمَةِ بِالنَّارِ
Maksudnya : Tidak akan berlaku qiamat sehingga masa menjadi terlalu singkat. Setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seumpama seminggu, seminggu pula dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seolah-olah satu jam sahaja dan satu jam berlalu bagaikan satu percikan api sahaja

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan kepada kita bagaimana keadaan umat akhir zaman dengan qiamat terlalu dekat ibarat dua jari yang bersebelahan sahaja. Bila kita lihat apa yang berlalu disekeliling kita menunjukkan bahawa hampir kesemua alamat atau tanda-tanda qiamat yang diberitahu oleh Allah melalui nabi Muhammad s.a.w telah pun berlaku antaranya sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas:
قال الرسول  : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ
Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki
Akibat buta agama dan lari daripada melaksanakan perintah Allah dalam kehidupan seharian maka pelbagai jenayah dan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita. TV dan akhbar tidak sunyi daripada menyiarkan berita tentang rompakan, pembunuhan dan buang anak akibat penzinaan yang semakin parah. Walau pun sudah terlalu banyak peringatan Allah terutama yang terbaru selsema babi, ribut taufan Filiphina dan gempa bumi Indonesia namun pengajaran yang sepatutnya mengetuk hati manusia tidak digunakan. Manusia sentiasa mencari alasan bahawa itu semua adalah bencana alam contohnya gempa bumi berlaku kerana Indonesia berada dalam kawasan ‘Lingkaran Api Pasifik’ sedangkan Malaysia berada di luar kawasan bahaya itu. Ingatlah bahawa ia tidak mustahil berlaku terutama berdasarkan rekod dari 2000 hingga Mei 2009, sebanyak 69 kali gempa bumi dilaporkan berlaku di Malaysia iaitu masing-masing 31 kali di Semenanjung dan Sabah, manakala tujuh lagi di Sarawak walau pun tidak sekuat dan sedahsyat negara lain. Jangan tunggu bala musibah menimpa atas batang hidung sendiri batu mahu insaf dan bertaubat kepada Allah. Takutlah kepada Allah sepanjang masa dan tempat bukannya takut kepada kepada penyakit dan bencana alam. Kita begitu sedih dan marah dengan kenyataan menghormati Ramadhan dan takut selsema babi menyebabkan sambutan kemerdekaan disambut sederhana tetapi bila konsert kumpulan hip hop Amerika pada 25 September lalu sempena ulangtahun ke 250 jenama arak Guiness Stout maka segalanya halal. Begitu juga halalnya konsert penyanyi kulit hitam yang terkenal dengan imej lucah dan rosak akhlak yang asalnya dijadualkan esok tetapi ditangguhkan bukannya diharamkan terus. Tiada lagi kedengaran suara yang menyatakan takut pada selsema babi dan sebagainya. Jika dibiarkan makhluk perosak ini bermaharajalela mempermainkan Allah maka tunggulah saat kehancuran. Pilihlah samada kita terus membiarkan maksiat dan menunggu bala yang dahsyat atau kita bangkit menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan mendapat keberkatan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 179 surah al-A’araf :
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Mimbar Jumaat pada hari ini tidak ketinggalan untuk mengajak kita untuk merenungi beberapa peristiwa pelik lain yang berlaku sekeliling kita seperti sejadah berdiri seolah-olah sedang solat di beberapa tempat di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang yang terus disiasat samada ia betul-betul terjadi atau pun bahan permainan budak nakal. Jika benar-benar berlaku maka ambillah iktibar bukannya dijadikan bahan khurafat seperti untuk menyedarkan umat Islam agar sentiasa menjaga solat terutama secara berjemaah. Kita mesti menangani masalah meninggal solat yang semakin parah dalam masyarakat kita pada hari ini terutama bila mendengar suatu kajian di mana 95 peratus pelajar sekolah menengah dan sekurangnya 60 peratus pelajar universiti tidak lengkap solat.
Kita juga tertarik dengan komen Majlis Mufti Rusia yang menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia 9 bulan di selatan Rusia merupakan amaran Allah kepada semua penduduk Islam di Rusia dan seluruh dunia agar mengikuti perintah Allah dengan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan membersihkan diri daripada dosa yang membolehkan kita mendapat keampunan dan keredhaan Allah. Jadilah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa hidup hatinya iaitu diberitahu tentang pahala dan syurga maka berebut untuk mendapatkannya manakala bila disebut tentang bahaya dosa dan neraka maka gementar hati memikirkannya. Jangan sekali-kali kita menjadi manusia yang mati hati walau pun telah banyak peringatan yang didatangkan oleh Allah namun dia bukan sahaja tidak mengambil iktibar malah bertambah jahat melawan Allah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Ketika menyoroti gempa bumi di Padang maka ambillah iktibar sewajarnya seperti ada dakwaan bahawa penduduk di sesetengah tempat di sana ada yang membayar nazar dengan menziarahi makam Syeikh Burhanudin setiap bulan Sofar, anak muda hidup cara barat dengan melakukan maksiat terang-terangan, ada sambutan perkahwinan yang dihidang arak sebagai tradisi, pesta Aidilfitri dengan maksiat di tepi pantai dan bulan Ramadhan yang turut dicemari maksiat. Kesemua penderhakaan ini memang mengundang bala Allah. Menyedari tentang betapa pentingnya tugas amar makruf nahi mungkar dalam membentuk sebuah negara yang aman dan diberkati Allah maka marilah kita sama-sama meningkat usaha ke arah memperkasa tugas yang mulia ini. Kita tidak mahu akibat mengabaikan tugas yang penting ini menyebabkan lebih banyak bangunan termasuk stadium, makmal sekolah, jalan bertingkat, masjid dan sebagainya runtuh bukan disebabkan gempa bumi sebaliknya akibat amalan rasuah dan pecah amanah dalam proses pembinaannya. Lahirkanlah dalam negara kita pemimpin yang amanah takutkan Allah bukannya pemimpin yang hanya tahu mengumpul kekayaan dengan menipu rakyat, Ulama’ akhirat yang menjadi penegur dalam memperbetulkan keadaan bukannya pengampu yang menambahkan lagi masalah sedia ada dan juga rakyat bawahan yang sentiasa cintakan cara hidup Islam. Ingatlah kepada amaran Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Huzaifah :
قال الرسول:  لَتَأْمُرَنَّ بِالمَعْرُوْفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ المُنْكَرِ أَوْ لَيُوْشِكَنَّ اللهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ
Maksudnya: Suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah daripada kemungkaran atau jika tidak nescaya siksaan Allah boleh jadi akan menimpa kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah agar siksaan itu dihentikan maka permohonan kamu tidak diterima lagi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 15 Oktober 2009

Maksiat DiSisih Kemenangan DiRaih

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 152 Surah Ali ‘Imran :
وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُمْ بِإِذْنِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَعَصَيْتُمْ مِنْ بَعْدِ مَا أَرَاكُمْ مَا تُحِبُّونَ ۚ مِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۚ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ ۖ وَلَقَدْ عَفَا عَنْكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.
Bulan Syawal buat sekian kalinya bakal meninggalkan kita di mana setiap kali berada dibulan Syawal maka ia mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah diikuti dengan Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah dan juga Peperangan Hunain yang berlaku pada tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Peperangan besar ini menyedarkan kita bagaimana api permusuhan kuffar terhadap Islam tidak pernah padam malah terus membara serta ia tidak mengenal tempat dan masa. Jika Rasulullah s.a.w bersama para pejuang Islam terpaksa berdepan dengan musuh yang nyata pada bulan Syawal sedangkan kita pada hari ini ramai yang kecundang dengan nafsu syahwat dan syaitan pada bulan Syawal yang diisi dengan program maksiat meminggirkan terus hasil tarbiah Ramadhan yang lalu. Betapa ruginya bila diri yang telah bersih kembali kotor dengan dosa. Betapa malangnya jiwa yang suci kembali dicemari oleh jijiknya maksiat

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun. Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah mengingatkan kita : “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”. Perjuangan Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan yang mudah sebaliknya memerlukan kepada kesungguhan dan istiqamah. Kemenangan Islam tidak datang melayang sebaliknya menuntut kepada pengorbanan dan keikhlasan. Janji kejayaan daripada Allah tidak diperolehi dengan jalan yang senang sebaliknya menuntut kepada semangat kental dan kepatuhan. Bolehkah kita berjaya jika musuh Islam berusaha siang dan malam dalam menghancurkan kita sedangkan ramai umat Islam tenggelam dalam maksiat hampir keseluruhan masa. Bolehkan kita menang jika musuh Islam menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk merosakkan kita sedangkan umat Islam lebih senang berehat dan berhibur daripada memperjuangkan Islam. Mampukah kita mengalahkan musuh jika kita pun berperang untuk mengaut keuntungan dunia dan takut pada kematian sebagaimana musuh. Jangan banyak bertanya kepada Allah mengapa kita belum menang sebaliknya perbaikilah kelemahan yang masih ada dalam diri sendiri agar memenuhi syarat kemenangan.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini juga maka kita mengucapkan takziah kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Kita juga wajib mengambil iktibar daripada peristiwa yang dahsyat ini untuk memperbaiki diri agar menjadi hamba yang taat setia kepada Allah bukannya golongan penderhaka. Bila kita mengkaji tentang Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 petang [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 petang [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya 1 Oktober jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi. Apabila kita selaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 bersamaan Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 bersamaan Surah ke 17 ayat ke 58 ] dan [ Jam 8:52 bersamaan Surah ke 8 ayat ke 52 ]. Secara susunan dalam al-Quran maka surah ke 17 ialah surah al Israa' manakala surah ke 8 ialah surah al Anfaal .
Bila direnungi satu persatu ayat-ayat tersebut iaitu bermula dengan firman Allah dalam surah al -Israa’ ayat 16 :
وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
Maksudnya : “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
Diikuti dengan firman Allah dalam surah al -Israa’ ayat 58 :
وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا ۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا
Maksudnya : “Tak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).”
Manakala firman Allah dalam surah al -Anfaal ayat 52 :
كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ ۙ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.
Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Kita juga mesti ingat bahawa musibah yang datang jika ia dilalui dengan penuh kesabaran maka Allah datangkan pahala yang lebih besar serta pengampunan dosa dan kita juga doakan agar saudara yang meninggal dunia dalam musibah ini diberi oleh Allah dengan ganjaran yang baik. Ingatlah bahawa orang yang ditimpa musibah antara orang yang dikasihi oleh Allah jika ia mampu dihadapi dengan tabah kerana golongan yang paling banyak dan teruk dikenakan bala atau ujian oleh Allah ialah para nabi sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Mas’ab bin Sa’ad daripada ayahnya:
قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاءً؟ قَالَ : الأنْبِيَاءُ ثُمَّ الأمْثَلُ فَالأمْثَلُ . يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ فَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ صُلْباً اِشْتَدَّ بَلاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ رِقَّةً اُبْتُلِىَ عَلَى قَدَرِ دِيْنِهِ فَمَا يَبْرَحُ البَلاءُ بِالعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الأرْضِ وَمَاعَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ
Maksudnya : Aku bertanya : wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang paling kuat ujiannya? Sabdanya : Para nabi kemudian seumpamanya maka sepertinya. Diuji seorang lelaki mengikut kadar agamanya, sekiranya agamanya kuat maka semakin kuat ujiannya dan jika agamanya lemah maka diuji mengikut kadar agamanya. Sentiasa berlangsung ujian ini sehingga ia berhenti, berjalan dia di atas muka bumi ini sedangkan tiada lagi dosa di atasnya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 11 Oktober 2009

Jauhi Maksiat Perolehi Berkat

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
Maksudnya : Dan Kami telah turunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas setiap sesuatu sebagai petunjuk, rahmat dan berita gembira bagi orang-orang beriman
Kita masih berada dalam bulan Syawal di mana suasana sambutan hari raya masih terasa bagi sesetengah tempat. Bulan Syawal sewajarnya dijadikan bulan muhasabah dalam menghitung diri kita dari segi kualiti dan kuantiti amal ibadat kita samada semakin bertambah serta cemerlang atau sebaliknya. Kehadiran Syawal yang datang selepas tarbiah Ramadhan biasanya menzahirkan pembahagian manusia samada hanya setakat menjadi hamba Ramadhan iaitu golongan yang hanya rajin beribadat dan berakhlak mulia pada bulan Ramadhan sedangkan setelah berlalunya Ramadhan kembali menjadi manusia yang derhaka kepada Allah. Golongan yang benar-benar berjaya hasil tarbiah Ramadhan ialah yang berjaya menjadi hamba Allah yang meneruskan tarbiah tersebut pada 11 bulan yang lain. Tanyalah diri kita sekiranya pada bulan Ramadhan yang lepas mampu berjemaah di masjid atau surau bagaimana sesudah Ramadhan. Jika Ramadhan yang lepas kita mampu solat sunat berpuluh malah beratus rakaat bagaimana sekarang. Jika Ramadhan yang lepas mampu khatam al-Quran bagaimana hari ini di mana berapa juzu’ atau helai yang telah dibaca. Jika Ramadhan yang lepas kita mampu berpuasa sebulan bagaimana hari ini adakah mampu mengerjakan puasa sunat sekurangya pusat sunat Syawal. Berubahlah ke arah yang terbaik terutama dalam menambah bekalan akhirat
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 46 surah al-A’araf :
وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar
Syawal juga merupakan bulan kemenangan yang mesti kita hayati syarat kemenangan sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutama ketika mencapai kemenangan gemilang dalam peperangan Ahzab yang bermaksud tentera bersekutu kuffar atau Khandak yang bererti parit yang digali dalam menyekat kemaraan musuh Islam. Begitu juga kemenangan dalam peperangan Hunain walaupun menerima kejutan serangan musuh pada peringkat pertama. Perjuangan Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan yang senang sebaliknya menuntut kepada pengorbanan dalam berdepan dengan pelbagai halangan. Perjuangan Islam tidak dihampar dengan permaidani merah sebaliknya menuntut kepada tumpahnya darah merah dalam berdepan dengan musuh yang bernafsu serakah. Oleh itu dalam menghadapi musuh maka kita kena kenal siapa musuh kita yang sebenar melalui ilmu yang bertunjangkan al-Quran dan hadis nabi bukannya berdasarkan hawa nafsu
Kita berasa sedih dan marah apabila ada golongan yang mengaku Islam tetapi bergerak menjadi lidah kepada musuh Islam seperti Isu sebat Kartika Sari Sukarno yang kembali bergolak dan menjadi tumpuan masyarakat selepas Kumpulan Bertindak Bersama Bagi Persamaan Gender (JAG) yang turut disertai Sisters in Islam (SIS) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menghantar memorandum kepada Perdana Menteri pada 25 Ogos lalu, mendesak Kerajaan Persekutuan dan negeri memansuhkan undang-undang jenayah Syariah yang sekian lama berkuatkuasa di negara kita. Tindakan JAG itu mencemarkan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang Islam bukan baru diadakan dan ia wujud sejak empayar Kesultanan Melayu Melaka. Melaka bukan saja berperanan sebagai pusat penyebaran Islam, malah sistem pentadbirannya juga berteraskan Islam dengan melaksanakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berpaksikan Islam. Sekiranya umat Islam menerima cadangan pemansuhan JAG ini bermakna kita bakal kembali ke zaman sebelum kedatangan Islam. Ia juga akan menjadikan Malaysia seperti negara yang walaupun majoriti rakyatnya Islam, tetapi tidak mempunyai undang-undang yang boleh membendung kesalahan syariah, perilaku moral dan akhlak, sehingga masalah sosial semakin berleluasa dan meruncing. Golongan ini mesti dibanteras samada memanggil mereka untuk berbincang atau diambil tindakan sebagaimana ajaran sesat lain dengan dipaksa untuk ditarbiah dan diberi kefahaman tentang Islam
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1 dan 2 surah al-Hajj:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُمْ بِسُكَارَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ
Maksudnya : Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari qiamat itu adalah suatu yang dahsyat. Hari itu kamu dapati goncangan itu menyebabkan lalai semua perempuan yang menyusui anak daripada anak yang disusuinya, gugurlah perempuan yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka sebenarnya bukan mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras
Ketika berseronok menyambut kedatangan Syawal maka kita dapat saksikan bagaimana ribut beserta banjir besar yang melanda Filiphina yang turut dirasai di negeri kita bila banyak kampung yang terkena ribut yang memusnahkan harta benda. Kemudian berlaku pula gempa bumi di Indonesia di mana bila kita mendengar dan membaca pengalaman mangsa maka ini semua mengingatkan kita bagaimana usia dunia semakin uzur dan semakin dekat dengan berlakunya qiamat. Jika peristiwa yang meragut betapa banyak nyawa dan meranap harta benda inipun sudah dirasai dahsyat maka bayangkanlah bila bumi dan langit ini akan digulung dan dihancurkan bila berlakunya qiamat yang sebenar nanti. Ambillah pengajaran yang berguna daripada apa yang berlaku di hadapan mata. Akuilah bahawa ia adalah tanda kekuasaan Allah bukannya berselindung atas nama bencana alam sahaja. Insaflah diri, banyakkan bertaubat dan istighfar, jauhilah maksiat. Jangan tunggu bala ini berlaku atas batang tubuh kita baru mahu insaf maka semuanya sudah terlewat dan tiada guna lagi
Ingatlah bahawa bala Allah bila datang tanpa pengecualian kepada sesiapa pun sama ada yang kufur dan melakukan kemungkaran ataupun golongan beriman dan melaksana suruhan Allah. Manusia ini terbahagi kepada dua iaitu satu yang kufur dan satu lagi beriman. Bagi yang kufur, memang apa yang berlaku merupakan azab Allah SWT di dunia ini dan mereka tidak akan terlepas daripada azab yang lebih dahsyat di akhirat nanti sebagaimana keadaan Firaun yang ditenggelamkan Allah SWT di tengah Laut Merah adalah azab yang Allah SWT turunkan atas kekufuran pemerintah zalim itu dan untuk menghapuskannya dari dunia ini. Bagi golongan beriman pula, ini adalah musibah yang mereka terima di dunia tetapi dijanjikan dengan pelepasan daripada azab di akhirat nanti dimana bagi umat yang beriman serta sabar dengan ujian maka musibah yang didatangkan sebagai kaffarah iaitu penghapusan dosa atas kesalahan yang dilakukan atau untuk menambahkan lagi keimanan kepada Allah. Jauhi maksiat untuk raih berkat, jauhi dosa untuk hindari bala
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah al-Anfal :
وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya
Tiga kategori manusia yang akan dibangkitkan di akhirat iaitu Pertama mereka yang melakukan maksiat, degil serta ingkar perintah Allah SWT yang mendapat dua kali pembalasan azab iaitu di dunia dan di akhirat.
Kedua, orang baik dan membiarkan kejahatan berlaku yang akan dibalas di dunia serta akhirat kerana tidak menjalankan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan, melarang perbuatan mungkar.
Ketiga ialah orang soleh yang melakukan amal ibadat dengan tekun tetapi berdepan musibah di dunia dan mereka ini akan mendapat pelepasan di akhirat atas kesabaran ketika menerima ujian Allah SWT di dunia
Jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang bersyukur atas nikmat yang diberi dan bersabar atas bala musibah yang dihadapi
Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :
وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون
Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ