أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Jumaat, 20 April 2018

Gelombang Islam Bina Negara Sejahtera

لسلام عليكم الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 58 Surah an-Nisa’: إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Islam begitu menitikberatkan tentang kepemimpinan kerana beberapa sebab antaranya [1] Manusia diciptakan oleh Allah dengan sifat kelebihan dan kekurangan dalam mengawal akal, hati dan nafsu di mana tiap diri kita saling membantu antara sama lain dalam tunduk kepada agama serta tidak menjadi hamba nafsu. [2] Pemimpin pada dasarnya merupakan pengganti dan penerus risalah Nabi Muhammad SAW. Tanpa adanya pemimpin, maka bentuk negara dan sistem pemerintahan Islam yang telah dibuat dan diteladankan oleh Nabi Muhammad saw akan terhenti. Untuk itu, pemimpin juga dituntut agar mengetahui segala yang berkaitan tentang pola pemerintahan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan menjalankannya sesuai dengan konteks masyarakat pada saat ini [3] Islam memandang, tanpa adanya pemimpin, maka umat Islam tidak akan dapat mewujudkan penegakan nilai-nilai syariat secara baik dalam konteks negara serta tidak dapat mendatangkan kebaikan bagi umat Islam dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Tanpa adanya kepemimpinan yang menegakkan syari’at, manusia akan hidup dalam kezaliman system dan hidup bertuhankan nafsu serakah Al-Mawardi dalam kitab Al-Ahkamus Sulthaniyah berkata, : “Kepemimpinan adalah pengganti tugas kenabian dalam menjaga agama dan mengatur urusan dunia dengannya”. Ibnul Khaldun pula mentakrifkan imamah atau kepimpinan adalah mengatur seluruh rakyat agar sesuai dengan aturan syariat demi merealisasikan kemaslahatan mereka dalam urusan akhirat mahu pun urusan dunia yang membawa maslahat bagi akhirat. Al-Baidhawi juga menyebutkan bahwa kepemimpinan adalah sebagai proses seseorang di antara umat Islam dalam menggantikan tugas Rasulullah s.a.w untuk menegakkan syariat dan nilai agama, di mana ada kewajiban bagi seluruh umat Islam untuk mengikuti tunduk kepada-nya. Dengan demikian Imamah atau kepemimpinan bukanlah tujuan atau matlamat, akan tetapi ia hanya wasilah atau cara untuk menjalankan ketaaan kapada Allah. Ketika pemimpin tidak mampu mewujudkan atau memudahkan rakyatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka kepemimpinannya mesti disingkirkan Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 26 Surah Ali ‘Imran: قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ‌ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ‌ Maksudnya :Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu Islam mengajar kita bagaimana hanya Kerajaan Allah sahaja merupakan kerajaan yang sebenar dan berkekalan. Manakala kerajaan lain merupakan suatu amanah yang sementara sahaja yang bakal disoal tentang corak pemerintahannya di akhirat nanti. Semua kerajaan lain berada di bawah genggaman kekuasaan Allah di mana Allah boleh menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan mengikut kehendakNya. Ia mengingatkan kita semua bahawa tidak ada kerajaan yang terus kekal memerintah selama-lamanya agar pemimpin sentiasa bertaqwa dalam memerintah negara dengan menjauhi penyalahgunaankuasa yang menyebabkan kerajaan mereka bukan sahaja dijatuhkan di dunia malah di akhirat kelak akan diseksa dalam api neraka Allah yang dahsyat bakarannya. Allah pernah memberi kerajaan kepada nabi Sulaiman dan nabi Muhammad s.a.w di mana baginda berdua memerintah negara dengan taqwa dan adil sehingga keadilan dan keselamatan dirasai bukan sahaja oleh manusia malah makhluk yang lain. Begitu juga Allah pernah menyerahkan kerajaan kepada Namrud dan Firaun namun mereka melakukan kezaliman dan kerosakan dengan kekuasaan yang ada sehingga kerajaan mereka dijatuhkan dengan penuh kehinaan. Oleh itu kepemimpinan atau jawatan merupakan amanah bukannya suatu anugerah untuk mencapai kepentingan peribadi atau memperkaya diri dan keluarga. Jawatan kepimpinan bukan pula jenis pekerjaan untuk mendatangkan keuntungan bagi pemegangnya. Sebaliknya kepemimpinan apapun akan diminta untuk dipertanggungjawab oleh Allah di akhirat kelak, يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا Maksudnya : “Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau itu lemah. Sesungguhnya jawatan itu merupakan suatu amanah . Jawatan itu nanti pada hari qiamat merupakan suatu kehinaan dan penyesalan kecuali bagi pemimpin yang dapat memanfaatkan haknya dan menunaikan kewajibannya dengan sebaik-baiknya” (HR. Muslim). إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ – رواه البخاري Maksudnya : “Sesungguhnya kamu sekalian akan berebut untuk dapat memegang suatu jawatan, tetapi nanti pada hari qiamat jawatan itu merupakan suatu penyesalan” Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 278-279 surah al-Baqarah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Kepimpinan yang dipilih daripada kalangan yang bersungguh menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Contohnya seperti memerangi riba dengan menyimpan dana negeri atau Negara dalam akaun yang berasaskan bank Islam sehingga pemimpin dan rakyat terselamat daripada riba yang merupakan suatu dosa besar. Begitu juga pinjaman kakitangan kerajaan dipastikan dengan system Islam. Tidak terus membiarkan simpanan pekerja KWSP terus terlibat dengan pelaburan haram jauh melebihi pelaburan patuh syariah. Pelajar sepatutya mendapat pendidikan percuma sehingga ke menara gading dengan pengurusan ekonomi yang cekap dan elak ketirisan yang melampau. Kita begitu bimbang bila Malaysia merosot dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 berada di tangga 62 iaitu jauh lebih teruk dari tahun 2016 pada tangga 55 daripada 176 buah Negara. Oleh itu kita perlu kepada sebuah kerajaan yang telus untuk menyiasat isu penyelewengan 1MDB dan isu kepimpinan yang sebelum itu dalam isu Perwaja, skandal BMF, Forex yang melibatkan billion duit Negara dan juga pembunuhan kejam di Memali. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah : يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩﴾ Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir: Kita pastikan Pilihanraya ke-14 ini adalah gelombang kebangkitan Islam dalam memilih pemimpin yang lebih bersungguh dan Ikhlas dalam memperkasakan system Islam termasuk kuasa mahkamah Syariah agar kes murtad dapat ditangani. Kita haram bersekongkol dengan golongan yang memperjuangkan halal murtad, zina, budaya songsang LGBT. Kita juga mahu kerajaan yang lebih mendidik rakyat bukan sanggup melihat akhlak rakyat rosak asalkan Negara mampu mengutip cukai judi sehingga lebih 2 bilion setahun dan jualan arak tanpa had. Kita juga mahu GST dihapuskan bagi memastikan rakyat miskin terus ditindas sehingga yang kaya semakin kaya yang miskin papa kedana. Pastikan undi kita mendatang manfaat dunia akhirat. Jangan tertipu dengan habuan pilihanraya yang sedikit menyebabkan kita menderita menahan sakit. Jadikan Islam sebagai neraca dalam mengundi bukannya ikut nafsu yang merugikan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Suasana masa kini terutama dalam suasana pilihanraya maka begitu banyak bertebarannya berita dan tuduhan palsu termasuk melalui Facebook, whatsap dan sebagainya. Di dalam Islam, sesuatu dakwaan atau tuduhan terikat dengan kaedah: الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ Bukti perlu dikemukakan oleh pendakwa, dan sumpah bagi yang mengingkari. لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لَادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ وَلَكِنَّ الْيَمِينَ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ . رواه البيهقي Maksudnya : Jika setiap orang diberikan sahaja setiap tuntutan dakwaanya, nescaya akan ramailah orang yang menuntut hak terhadap harta dan darah orang lain. Tetapi, bukti perlu dikemukakan oleh pendakwa, dan sumpah bagi yang mengingkari. Jika terdapat sebarang pendakwaan, maka pendakwa perlu mengemukakan bukti. Sekiranya bukti mencukupi, pemerintah akan mengambil tindakan. Jika bukti tidak kuat, pemerintah boleh meminta yang didakwa atau yang mengingkari sesuatu tuntuntan untuk bersumpah. Jika sesuatu dakwaan atau tuntutan itu tidak disertakan dengan pembuktian, maka ia tidak perlu dilayan. Boleh saja dianggap satu pembohongan. Yang dituduh tanpa bukti boleh memilih untuk menafikan atau berdiam diri sahaja, kecuali jika diminta oleh pemerintah untuk bersumpah. Diam tidak boleh dianggap sebagai membenarkan dakwaan ke atas dirinya. Jika kita berpegang dengan kaedah ini, maka kita perlu menolak sahaja sebarang berita yang tidak disertakan dengan bukti. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah, zaman yang disebutkan oleh Nabi s.a.w sebagai zaman tersebarnya pembohongan ke seluruh ufuk dunia. Perlu disedari, di dalam dunia ini terdapat orang yang kerjanya hanyalah menyebarkan pembohongan. Pada suatu hari Rasulullah SAW bermimpi melihat beberapa keadaan golongan yang diseksa di dalam neraka. Baginda SAW bertanya kepada malaikat yang mengiringinya di dalam mimpi itu, lalu malaikat tersebut menjawab: الرَّجُلُ الَّذِي أتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ ، ومِنْخَرُهُ إِلَى قَفَاهُ ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ ، فإنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الكِذْبَةَ تَبْلُغُ الآفاقَ .(رواه البخاري( Maksudnya: Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disangkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disangkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” Oleh itu kita jangan terjebak dengan golongan yang kewarasannya sudah terbalik iaitu orang yang berpegang bahawa orang yang dituduh yang mesti mengemukakan bukti. Jika tidak, maka tuduhan itu dianggap benar, walau tanpa sebarang bukti sekalipun. Pastikan kita tidak terlibat dengan berita bohong samada penyebar atau yang mudah percaya tanpa selidik. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: