أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Isnin, 14 Mac 2016

Khilafah Kembali DiJulang Ummah Gemilang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Beberapa hari yang lepas kita dapat menyaksikan kejadian Gerhana Matahari separa yang melanda Negara kita. Gerhananya matahari telah berlalu dengan meninggalkan pelbagai iktibar yang berguna terutama dalam menghayati kehebatan dan kekuasaan Allah. Pada hari ini marilah kita sama-sama merenung tentang gerhana yang begitu lama yang berlaku kepada dunia umat Islam iaitu pada tanggal 3 Mac 1924M bersamaan 27 Rejab 1342H diisytiharkan sebagai tamatnya Khilafah Uthmaniyyah, Turki yang menaungi umat Islam selama ini sebagai penerus kepada ketuanan Islam di atas muka bumi ini. Tarikh ini terus dilupai oleh masyarakat bahkan semakin hambar semangat umat Islam untuk mengembalikan sistem khilafah ini. Bukan itu sahaja, bahkan sekadar menamakan sesebuah itu sebagai Negara Islam pun umat Islam masih malu dan takut untuk menyebutnya. Apatah lagi dengan usaha musuh Islam yang menggambarkan sikap suatu gerakan atas nama Islamic State (IS) dengan keganasan dalam menakut-nakutkan masyarakat dunia dengan Islam. Sedangkan kita yakin hanya dengan penubuhan Negara dan seterusnya khilafah Islam sahaja , seluruh peraturan kehidupan Islam dapat disempurnakan. Sedihnya umat Islam semakin lupa bahawa perjuangan hidupnya mestilah berakhir dengan cita-cita melihat sistem Islam dapat terlaksana di atas bumi Allah ini. Umat Islam semakin selesa dengan sistem yang ada . Jika kita meneliti sejarah kita dapati usaha menggagalkan pemerintahan Islam adalah usaha yang sangat konsisten sejak zaman Nabi dahulu lagi. Usaha menghalang Islam muncul sebagai sebuah Negara berlaku semenjak sebelum hijrah dan di awal penubuhan Daulah Islam Madinah lagi. Sebelum ini peneraju kepada khilafah Islamiah silih berganti dari suatu bangsa kepada bangsa yang lain dan berakhir dengan Khilafah Uthmaniah Turki . Cuma persoalannya kenapa apabila khilafah jatuh di zaman Uthmaniah umat Islam tidak mampu bangun sampai sekarang iaitu setelah berlalunya 92 tahun tidak seperti sebelum ini? Umat Islam bagaikan sudah hilang kekuatan dan taring yang menggigit dan kuku yang mencengkam akibat penyakit al-Wahnu iaitu terlalu cintakan dunia dan takut kepada kematian. Oleh itu bangkitlah kita dengan mengubati penyakit berbahaya ini sebelum kita dapat mengembalikan semula system Islam yang menjamin kejayaan dunia akhirat Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfaal : إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam. Ketika menyoroti kejatuhan Khilafah Uthamiah, Turki maka dapat dilihat antara factor luarannya ialah sikap Yahudi zionis dari dulu sampai sekarang memainkan peranan sangat konsisten dalam melemahkan umat Islam. Sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniah, Yahudi dan sekutunya telah menjatuh dan menghancurkan satu persatu Negara –negara Islam sejak kurun ke 16 lagi dengan dasar pecah perintah dengan tiupan api assobiyyah perkauman sempit untuk memisahkan diri daripada berada bawah naungan Khilafah Uthmaniah termasuk Revolusi Negara Arab dengan laungan Khilafah Uthmaniah untuk Turki bukan untuk orang Arab. Negara umat Islam telah dirosakkan struktur bernegara mereka dan dirosakkan juga pemikiran umat Islam . Episod ini hampir ke kemuncak apabila berlaku persidangan Yahudi Antarabangsa pada 1897 untuk merampas Palestin namun batu penghalangnya ialah Kerajaan Uthmaniah terutamanya Sultan Abdul Hamid II. Pada mulanya yahudi meminta untuk diberikan secara percuma bumi Palestin untuk menjadi Negara yahudi namun ditolak. Akhirnya setelah ditubuh Kesatuan Zionis Sedunia maka sekali lagi yahudi menemui Sultan Abdul Hamid II dengan cara mahu membayar sebanyak 150 juta pound sterling emas disamping melangsai hutang Khilafah Uthamniah namun tetap ditolak dengan katanya: “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menyerah walau sejengkal bumi Palestin yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam”. Akhirnya yahudi dengan bantuan Mustafa Kamal Atartuk telah berpakat menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II dan menaikkan boneka Sultan Abdul Majid untuk memudahkan laluan penjajahan Palestin. Mustafa Kamal Atartuk sendiri naik menjadi Presiden Turki dan telah melakukan banyak reformasi dan antara yang terbesar ialah mengisytihar Turki sebagai Negara sekuler. Bermula detik hitam ini, dunia Islam bagaikan anak ayam kehilangan ibu dalam mencari-cari suatu pemerintahan yang dapat menyatukan semula seluruh umat Islam di bawah satu payung Khilafah dengan system Islam agar penindasan demi penindasan daripada musuh Islam dapat disekat. Malah penjajahan bumi Palestin sehingga hari ini terus berlaku di mana kebangkitan demi kebangkitan saudara seagama di bumi Palestin berdepan dengan senjata zionis Yahudi di mana yang terkini Intifadhah 3 menyaksikan hampir 200 yang dibunuh kejam manakala ribuan yang lain cedera tanpa bantuan rawatan yang sepatutnya akibat kepungan zinois yahudi. Saudara seagama di Palestin merayu untuk kita mendoakan kejayaan mereka dalam memerdekakan bumi Palestin disamping bantuan material dan yang penting untuk bersatu memboikot barangan dan syarikat yang banyak membantu kezaliman dan kejahatan zionis Yahudi. Sebagai contoh mudah adakah kita sanggup makan McDonald’s, KFC, Pizza Hut, Coca cola jika kita tahu duit belian kita akan digunakan untuk menembak mati anak, ibu, ayah, isteri, adik beradik kita. Sepastinya kita semua akan menjawab kita tidak sanggup menjadi pembunuh tetapi adakah kita mampu laksanakannya dalam kehidupan seharian. Tepuk dada tanyalah iman kita Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu : قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ Maksudnya : Raja perempuan itu ( Ratu Balqis) berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan Mengimbas kembali kejatuhan Khilafah Uthmaniah, Turki maka faktor hutang dengan bank Eropah terutama Perancis dan Britain telah meletakkan sebuah kerajaan yang dulunya hebat akhirnya jatuh sebagaimana istilah Ibnu Khaldun dengan ‘teori kitaran’ di mana sesebuah kerajaan ada jatuh bangunnya, naik dan turunnya, waktu di atas dan di bawah. Oleh itu kita terlalu bimbang dengan dasar hutang Negara kita yang begitu tinggi semakin meletakkan Negara kepada penjajahan baru disamping perjanjian TPPA yang dilihat akan semakin mencengkam kehidupan rakyat. Apa yang paling penting juga ialah tentang usaha musuh melalui serangan pemikiran termasuk fahaman sekuler dan liberal yang menyebabkan umat Islam dijauhkan daripada kehidupan beragama. Masyarakat yang hanya merasakan agama hanya berada di masjid bukan di pejabat apatah lagi dalam mengurus Negara. Tiada dosa pahala syurga neraka dalam urusan harian, tiada halal haram dalam ekonomi dan politik dann sebagainya. Akhirnya rasuah jadi keperluan, pecah amanah jadi biasa, riba jadi amalan. Begitu juga lahirnya masyarakat hari ini yang memaksa agama mengikut pemikiran akal mereka yang lemah bukannya memastikan akal mereka tunduk kepada agama. Kita sendiri dapat melihat bagaimana pihak Kristian meletakkan syarat mahu menjadi paderi mesti ada kelulusan dalam bidang Sains kerana masyarakat hari ini lebih mudah menerima hujah apabila sesuai dengan logiK akal mereka terutama adanya sokongan kajian sains. Oleh itu Sains dan banyak ilmu yang lain perlu diIslamkan agar lahirnya manusia yang hebat mengkaji tentang ciptaan Allah akan semakin dekat kepada Allah bukan semakin jauh daripada meyakini bahawa Allah sebagai pengatur kepada sekalian alam. Perkara ini mesti dipandang serius agar anak cucu kita nanti tidak hanyut menjadi manusia yang memuja akal sehingga mengenepikan kewajipan agama sehingga mereka menolak perkara ghaib seperti adanya malaikat, alam kubur dan balasan akhirat. Kembalikan Khilafah untuk menjulang tinggi system Islam dan mempertahankan nyawa dan maruah umat Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan : فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾ Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: