أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Selamat Datang
Khamis, 10 April 2025
Khutbah Jumaat : Ruh Jihad Syawal Pemangkin Kemerdekaan Palestin
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 9-10 surah As-Syamsu :
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9)Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
Hampir 2 minggu kita telah meninggal bulan Ramadhan 1446H yang penuh keberkatan dan fadhilat. Sempena berada bulan Syawal maka marilah kita sama-sama bermuhasah menghitung diri agar tarbiah dan didikan Ramadhan tidak berlalu begitu sahaja. Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA pernah berkata: “Aduhai seandainya aku tahu siapakah yang diterima amalannya pastilah kami akan mengucapkan selamat kepadanya, dan siapa yang ditolak amalannya, kami akan bersedih kepadanya”. Para generasi salaf, 6 bulan pasca Ramadhan mereka gunakan untuk memohon kepada Allah agar seluruh amalan di bulan Ramadhan diterimanya. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, di saat berkhutbah di hadapan rakyatnya pada hari raya : “Wahai rakyat sekalian! Kalian telah berpuasa selama 30 hari, dan telah solat malam selama 30 hari. Sekarang tiba saatnya kalian keluar dari bulan Ramadhan untuk memohon pada Allah agar semuanya diterima”.
Antara usaha kita dalam memastikan tarbiah Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan ialah dengan kita terus bersemangat untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Kita terus jinak dengan solat berjemaah di masjid atau surau. Tidak terlewat lagi bagi yang belum berpuasa sunat 6 hari dibulan Syawal untuk melaksanakannya. Sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ - رواه مسلم
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 104 surah An-Nisaa’ :
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿١٠٤﴾
Maksudnya : Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Kedatangan Syawal mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud, Peperangan Ahzab atau Khandak dan Peperangan Hunain. Malah setiap kali tibanya hari raya, kita sentiasa laungkan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab.
Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun
5 Faktor faktor yang menjadi punca besar kemunduran dan kegagalan umat Islam masa kini iaitu pendidikan, pemakanan, gaya hidup, kekeluargaan dan perpaduan. [1] Terikut-ikut dengan sistem pendidikan yang bersifat sekular dan keduniaan yang mengejar kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. Berbeza dengan sistem pendidikan Islam yang mendidik menjadi hamba Allah yang soleh seterusnya memakmurkan dunia berasaskan agama. [2] Pemakanan di mana umat Islam semakin terikut dengan budaya Barat dan gemar memakan makanan segera dan makanan yang disediakan di luar rumah yang tidak dapat dipastikan kebersihan dan kualitinya walaupun mungkin halal, lebih-lebih lagi apabila disediakan oleh orang bukan Islam
[3] Dari segi pemakaian pula, umat Islam hari ini terikut dengan gaya dan trend masakini dan tidak lagi berpakaian sepertimana anjuran Islam iaitu berpakaian takwa dan berjalan di atas mukabumi dengan penuh merendah diri sepertimana perintah Allah. Seorang sasterawan Amerika Syarikat, Ezra Pound telah menyebut bagaimana beliau merasa hairan kuasa apakah yang membuatkan tiba-tiba dunia Arab Islam bangkit pada kurun ketujuh dan melebar empayarnya hingga membina beribu masjid di Cordova Sepanyol? Beliau mendapat jawapan itu apabil melawat Tangier pada 1913 dan melihat bagaimana umat Islam berpakaian dan berjalan serta gaya hidup mereka yang penuh merendah diri dan memikat setiap mata yang memandang
[4] Dari segi kekeluargaan pula, umat Islam membenarkan teknologi hari ini menggangu dan merosakan kehidupan seharian mereka di rumah. Jika dahulu, rumah-rumah dihiasi dengan bacaan al-Qur’an, Zikir dan majlis-majlis ilmu namun hari ini dipenuhi dengan filem-filem yang melalaikan dan menjauhkan daripada ajaran Islam [5] Akhir sekali umat Islam berpecah-belah dalam serba serbi, samada dari sudut politik, ekonomi, pendidikan mahupun dakwah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :
وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.
Allah telah menukilkan dalam al-Quran bagaimanakah sifat yang sepatutnya dimiliki oleh generasi kemenangan. Antaranya melalui ayat 146 surah Ali ‘Imran di mana 3 sifat utama golongan yang dianugerahkan kemenangan oleh Allah ialah :
[1] Mereka tidak patah dan lemah semangat menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi perjuangan di jalan Allah.
[2] Mereka sentiasa gagah perkasa tidak lemah dari sudut jasad mahu pun jiwa mereka berhadapan dengan musuh.
[3] Mereka sentiasa gagah tidak tunduk kepada musuh.
Semoga kita termasuk dalam golongan ini untuk Berjaya di dunia dan akhirat. Ia bukan hanya disebut tetapi mesti dihayati dalam kehidupan. Ia bukan datang dengan mudah tetapi menuntut kepada usaha yang bersungguh dan istiqamah.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Semangat jihad Syawal membuka mata dan hati kita untuk terus berjuangan dalam menyekat kejahatan musuh Islam terustama di bumi Palestin. Fatwa terkini yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berhubung situasi tragik dan berterusan di bumi Gaza yang kini menyaksikan pencerobohan zalim oleh entiti Zionis serta pelanggaran terhadap gencatan senjata yang sepatutnya dihormati. Fatwa ini bukan sahaja menjunjung tinggi prinsip-prinsip Islam yang menuntut keadilan dan pembelaan terhadap umat yang tertindas, malah ia juga merupakan satu seruan yang tegas dan syar’i kepada seluruh dunia Islam untuk bangkit melaksanakan tanggungjawab mereka.
Antara isi penting fatwa tersebut yang perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak adalah:
1. Kewajipan berjihad dengan senjata bagi setiap Muslim yang berkemampuan demi membebaskan Palestin daripada penjajahan.
2. Kewajipan campur tangan ketenteraan segera oleh negara-negara Arab dan Islam untuk menghentikan pencerobohan serta mempertahankan rakyat Palestin.
3. Kewajipan mengepung entiti Zionis dari segala arah – darat, laut dan udara – termasuk menutup laluan air, selat dan ruang udara yang berada dalam kawalan negara-negara Islam.
4. Sokongan menyeluruh kepada perjuangan Palestin, termasuk dalam aspek ketenteraan, kewangan, politik dan hak asasi manusia, adalah suatu kewajipan agama.
5. Penubuhan pakatan ketenteraan Islam bagi melindungi umat Islam dan menghalang pencerobohan adalah satu tuntutan mendesak syarak.
6. Haram menjalinkan sebarang bentuk normalisasi dengan Zionis yang merampas hak dan maruah umat Islam.
7. Haram membekalkan minyak dan gas kepada pihak penjajah yang menindas rakyat Palestin.
8. Perlunya penilaian semula terhadap perjanjian damai yang dimeterai oleh beberapa negara Arab dengan Zionis.
9. Kewajipan berjihad dengan harta untuk membantu saudara kita di Gaza serta mendesak pembukaan laluan sempadan untuk bantuan kemanusiaan.
10. Seruan kepada masyarakat Muslim di Amerika Syarikat agar mendesak pentadbiran kerajaan untuk menunaikan janji politik dalam menghentikan pencerobohan dan memulihkan keamanan.
Seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia untuk bersama-sama menginsafi dan menghayati isi kandungan fatwa ini, serta memperkasakan usaha membantu saudara kita di Palestin melalui doa, sumbangan, pendidikan dan apa jua cara yang termampu. Kita tidak boleh lagi berdiam diri atau sekadar menjadi pemerhati kepada kezaliman yang berlaku. Ini adalah medan ujian bagi keimanan dan maruah umat Islam seluruhnya. Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:Khutbah Baru
Bulan dan Peristiwa,
Jihad dan Iktibar Perang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan