أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Rabu, 28 Jun 2023

Khutbah Aidil Adha 1444H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ…فرمان الله تعالى دالم أية 27سورةالحج : وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ‎﴿٢٧﴾ Maksudnya : "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Antara hikmah daripada ibadah haji selain menyempurnakan Rukun Islam dan membersihkan diri daripada dosa dan noda, ianya adalah simbol kepada perintah Allah S.W.T kepada umat Islam agar mencari titik penyatuan dan membina persefahaman. Ini kerana Penyatuan Ummah adalah asas dalam membina kekuatan setelah begitu lama umat Islam dipecah perintah oleh penjajah Rasulullah (saw) berkhutbah dalam Khutbah Wada’. Baginda bersabda: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ رَبَّكُمْ وَاحِدٌ، وَإِنَّ أَبَاكُمْ وَاحِدٌ، أَلا لا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى عَجَمِيٍّ، وَلا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ، وَلا لأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ، وَلا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ، إِلا بِالتَّقْوَى، إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكُمْ، رواه أحمد Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kalian adalah satu dan bapa kalian adalah satu (Adam). Ingatlah, tidak ada kelebihan orang Arab atas bukan Arab, tidak ada kelebihan bukan Arab atas orang Arab, tidak ada kelebihan orang kulit putih atas orang kulit hitam dan orang kulit hitam atas orang kulit putih, kecuali dengan taqwa. Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalian di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 37 : لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚكَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾ Maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. Hari raya ini juga dinamakan hari raya korban kerana bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. 2 hikmah ibadah korban. Pertama, hikmah dalam mendekatkan hubungan dengan Allah, dan hubungan sesama manusia lantaran dengan menyembelih haiwan korban, dagingnya dapat dinikmati oleh orang-orang yang memerlukannya. Dan dari sinilah akan terbentuk solidariti dan setiakawan sosial. Kedua, Hikmah Sosial, Moral, dan kerohanian. Hikmah Sosial, kerana korban jelas strategi bagi ikhtiar membangun sikap kebersamaan dan membantu dalam masyarakat. Misalnya, ada dalam masyarakat kita yang belum tentu dapat makan daging sekali dalam setahun. Korban dapat dijadikan suatu cara dalam membangun kebersamaan dan keharmonian hubungan antara yang berpunya dengan yang tidak berpunya Hikmah Moral pula kerana perintah berkorban mengingatkan bahawa pada hakikatnya kekayaan itu hanyalah pinjaman dari Allah. Dari sini, seharusnya manusia menyedari bahawa pada harta yang dimilikinya ada hak orang lain, yang harus ditunaikan dengan cara mengeluarkan zakat, infaq, sedekah, wakaf, termasuk korban. Manakala hikmah kerohanian, korban yang bererti “dekat”, dimaksudkan sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan cara menyembelih haiwan korban ikhlas kerana Allah dengan mengagih pula daging korban kepada golongan yang memerlukan. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah al-Anbiya’ ayat 68-69 :  قَالُوا حَرِّقُوهُ وَانصُرُوا آلِهَتَكُمْ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ ‎﴿٦٨﴾‏ قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ ‎﴿٦٩﴾ Maksudnya : (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!" . Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada nabi Ibrahim! Ketika menyambut hari raya haji atau korban ini tidak lengkap tanpa membicarakan tentang kisah pengorbanan agong nabi Ibrahim a.s sekeluarga yang bukan sahaja berkisar dalam ruang lingkup peribadi dan keluarga malah melibatkan kehidupan bermasyarakat dan seterusnya bernegara. Antara kisah nabi yang banyak dinukilkan dalam al-Quran ialah kisah Nabi Ibrahim AS. Terdapat 69 kalimah Ibrahim dalam al-Quran dalam 25 surah. Malah terdapat satu surah dengan nama Surah Ibrahim. Pelbagai penekanan kisah dibawakan seperti dakwah nabi Ibrahim a.s kepada masyarakat, keimanan kepada Allah SWT, pengorbanan dalam menyebarkan syiar Islam dan pelbagai kisah menarik yang wajar dijadikan panduan oleh masyarakat pada masa kini. Perjuangan nabi Ibrahim a.s begitu panjang dan penuh berliku di mana pada zaman remajanya yang hidup dalam suasana masyarakat yang menyembah berhala di mana dengan kepintaran dan keberanian maka baginda a.s sanggup mati dalam menjalankan kerja dakwah. Baginda a.s telah dijatuhkan hukuman dilempar dalam unggun api yang besar namun diselamatkan oleh Allah. Inilah sunnah perjuangan Islam yang tidak dihampar dengan permaidani merah sebaliknya menuntut tumpahnya darah. Tidak dijanjikan dengan kemenangan yang senang sebaliknya menagih nyawa yang melayang. Usah bercakap tentang perjuangan jika takut untuk berkorban. Pejuang Islam tidak pernah bertanya imbuhan harta dan takhta yang akan diperolehi dari perjuangan Islam sebaliknya sentiasa bertanya apakah lagi yang akan dikorbankan untuk Islam demi mencapai keredhaan Allah dunia dan akhirat Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 40 surah :  رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾ Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku Pembinaan keluarga yang bahagia bertunjangkan agama pada keluarga nabi Ibrahim a.s. yang mesti kita teladani. Suami isteri yang bertaqwa melahirkan pewaris yang bertaqwa. Malah banyak doa nabi Ibrahim a.s yang terakam dalam al-Quran yang menekankan permohonan untuk mendapat zuriat yang soleh Imam Ghazali berkata: “Anak adalah amanah Allah bagi kedua-dua orang tuanya. Hati anak berkilau bagaikan mutiara yang indah, bersih daripada setiap coretan atau lukisan, menerima setiap ukiran, cenderung ke mana saja yang diarahkan. Jika dibiasakan belajar dengan baik, dia akan tumbuh menjadi baik, beruntung di dunia dan di akhirat. Kedua-dua orang tua, semua guru, pengajar dan pendidiknya sama-sama akan mendapat pahala. Dan jika anak itu dibiasakan melakukan keburukan dan diabaikan sebagaimana mengabaikan haiwan, dia akan celaka dan rosak, dosanya menimpa pengasuh dan orang tuanya.” Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ‎﴿١٢٤﴾‏ Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim  Tugas yang paling besar yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim a.s ialah kepemimpinan yang membuktikan bahawa Islam tidak boleh dipisahkan daripada politik kepimpinan. Pemimpin yang berwibawa dianggap paling berkesan kerana mampu membuat perubahan dan pembaharuan kepada rakyat. Dengan demikian, sebahagian besar tanggungjawab pemimpin untuk membawa perubahan dan pembaharuan positif kepada rakyat. Pemimpin juga mampu mendengar, melihat dan merasai denyut hati rakyat. Antara ciri pemimpin berwibawa ialah : [1] Pemimpin yang berupaya menjaga agama Islam dan mampu menegakkan syariat Allah SWT, bukan menjadikan agama sebagai alat untuk dipermainkan seperti sanggup menggadaikan agama untuk mendapatkan kuasa dan menjatuhkan lawannya. [2] Pemimpin yang mempunyai al-Quwwah iaitu kekuatan sama ada dari segi jasmani, spiritual, emosi dan mental. [3] Pemimpin yang memiliki sifat takwa, kerana ciri inilah yang menjamin pemimpin berintegriti dan takutkan Allah SWT dalam melaksanakan tugas-tugasnya. [4] Pemimpin pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada di bawah pimpinannya. [5] Pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya. [6] Pemimpin hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah termasuk mengambil tindakan sewajarnya dalam hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak bersalah, sekalipun membabitkan ahli keluarga, kawan atau lawan. [7] Pemimpin hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya, menjadi teladan baik dalam semua tindak tanduknya dan bebas daripada kerosakan moral. [8] Pemimpin hendaklah menunaikan janji kepada orang bawahannya. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai, bukannya berdusta, berjanji palsu dan menghampakan orang bawahannya. Ingatlah bahawa cara hidup pemimpin banyak mempengaruhi rakyatnya seperti pemimpin suka berhibur maka rakyatnya suka berhibur, pemimpin suka kepada kebendaan maka itulah juga sikap rakyatnya dan bila pemimpin suka pada permainan maka begitulah ragam rakyatnya . Rakyat Cerminan Pemimpin sepertimana yang dinyatakan oleh Saidina Umar: النَاسُ عَلَى دِينِ مُلُوكِهِمْ Maksudnya: “Manusia adalah berdasarkan agama (cara hidup) pemimpinnya.” Contohnya pernah terjadi, rakyat di zaman Umar bin Abdul Aziz begitu kuat taat dan Qiamullail. Ini kerana kesan daripada beliau sendiri yang cintakan Qiamullail. Justeru, sesungguhnya pemimpin benar-benar dapat mempengaruhi rakyat dan mereka begitu gembira melakukan amalan mengikut apa yang dilakukan oleh ketua mereka. Kepimpinan yang kita pilih adalah petunjuk kebahagiaan dunia dan akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 135 سورة البقرة : وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ تَهْتَدُوا ۗ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ‎﴿١٣٥﴾ Maksudnya : Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik". Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Ketika merenungi perjalanan hidup nabi Ibrahim a.s dan juga nabi Muhammad s.a.w yang hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang menyembah berhala di mana keadaan sekitar biasanya banyak mempengaruhi kehidupan seseorang. Namun kedua-dua nabi yang mulia sentiasa berada di bawah jagaan dan kawalan Allah sehingga bukan sahaja tidak tergugat iman mereka malah mampu meruntuhkan jahiliah tersebut dan didirikan kehebatan Islam atasnya. Oleh itu ketika melihat cabaran belia Islam dalam era globalisasi ini boleh dikategorikan kepada 2 iaitu cabaran luaran dan cabaran dalaman. Cabaran Luaran ialah [1] Cabaran Globalisasi yang menyebabkan manusia mendapat maklumat dengan cepat dan pantas sehingga apa yang berlaku di Barat dengan cepat memberi kesan kepada bahagian-bahagian bumi yang lain. Kesejagatan ini menjadi faktor utama merubah kehidupan, rentak dan daya gerakan serantau dan antarabangsa serta tindakan ekonomi, politik dan sosial [2] Kecelaruan Fahaman-fahaman Moden Yang Asing di mana Belia Islam pada masa kini juga menghadapi cabaran besar daripada kelahiran pelbagai aliran seperti pembebasan wanita, Islam liberal, Islam Plurel dan sebagainya [3] Masyarakat Yang Tidak Cakna atau Prihatin di mana Majoriti generasi kini sedang dihinggap penyakit jiwa santai, jiwa hamba, penting diri dan mati rasa sehingga menyebabkan mereka tidak lagi merasa terpanggil untuk mempertahankan agama. Mereka lebih seronok hidup dalam gelombang maksiat daripada memikir tentang nasib umat Manakala cabaran Dalaman pula ialah Lemah dan Malas Befikir serta paling bahaya dihidapi virus Penyakit Wahn iaitu terlalu Cintakan Dunia dan Takutkan Mati قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا  فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِى قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ . فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ قَالَ  حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ – رواه أبو دأود وأحمد Maksudnya : “Hampir saja bangsa-bangsa memangsa kalian sebagaimana orang lapar menghadapi hidangan.” Seseorang bertanya “apa saat itu kita sedikit?” jawab baginda “bahkan saat itu kalian rami, akan tetapi kalian seperti buih di laut. Allah akan cabut rasa takut dari dada musuh kalian, dan Allah sungguh akan mencampakkan penyakit wahn dalam hatimu.” Seseorang bertanya “Ya Rasulullah apa itu wahn?” baginda menjawab “terlalu cinta dunia dan takut mati”  اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Semoga semangat berkorban yang kita ambil daripada kisah nabi Ibrahim a.s dapat kita jadikan titik tolak dalam membuang sifat mazmumah tercela dalam diri sebagaimana Imam Ghazali menegaskan bahawa: Penyembelihan haiwan korban adalah sebagai simbol dari penyembelihan atau menghilangkan sifat-sifat kebinatangan yang ada pada manusia, seperti sifat rakus, tamak dan mementing diri sendiri. Dengan berkorban, diharapkan dapat membuang sifat-sifat kebinatangan yang boleh mendatangkan musibah dan bencana dalam kehidupan Bila diri kita bersih daripada sifat tercela barulah kita bersemangat dalam mengorbankan masa, tenaga, harta benda bahkan nyawa dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Jangan biarkan system Islam di simpan dalam kitab sahaja atas alasan mahu menjaga hati orang bukan Islam. Bahkan membiarkan system Islam disekat dan dihina atas alasan toleransi agama. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وَفِى Myanmar وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . للَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tiada ulasan: