أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Rabu, 17 Januari 2018

Islam DiLaksana Keberkatan DiRasa

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Asr : وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾ Maksudnya : Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Masa yang kita miliki amat berharga sekali. Nilaian masa bukan sekadar emas, tetapi masa itu nyawa, sebahagian daripada diri kita. Setiap kali menghembuskan nafas, maka sebahagian daripada umur telah berlalu dan semakin pendek usia kita, semakin dekat dengan kubur. Imam Hassan al-Basri berpesan: “Sesungguhnya kamu adalah himpunan hari-hari, apabila berlalunya hari, maka berlalulah sebahagian darimu.” Namun ramai manusia sering leka dan lalai dengan membuang masa Sekiranya kita menghargai masa, sudah pasti kita akan menjadi orang yang tidak mensia-siakan waktu dan mengisinya dengan perkara bermanfaat yang memberi keuntungan untuk kehidupan dunia serta akhirat. Kita sering menyalahkan masa, tidak cukup masa sedangkan jika diatur dan disusun mengikut keutamaannya, nescaya masa akan memberi barakah kepada hidup kita. Apabila kita tidak menjaga, suka membuang masa, maka hilangkah berkatnya. Malangnya, kita sering menyalahkan masa walhal kesalahan itu akibat kesalahan diri sendiri. Imam Shafie mengungkapkan, “Tidaklah masa itu bersalah, tetapi kita yang bersalah bukan yang lain.” Justeru, untuk mendapatkan manfaat masa sepenuhnya, Imam al-Ghazali menyarankan masa itu perlu diatur, disusun dan dijadualkan, bukan membiarkannya berlalu begitu sahaja. Tetapkan masa, jadualkan diri dengan amalan soleh akan menambah barakah masa. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 34 surah al-A’araf : وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ﴿٣٤﴾ Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. Antara punca manusia mensia-siakan masa ialah kerana jahil tentang tujuan hidup iaitu untuk mencari reda Allah dan mati dalam husnul khatimah. Konsep hidup kita yang [1] menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab menjalankan suruhan-Nya. [2] mendapat reda Allah bukan penghargaan manusia. Jika kita menjaga hubungan dengan Allah maka Allah akan menjaga seluruh urusan kita. [3] untuk memberikan manfaat kepada semua makhluk Allah SWT. Oleh itu, peruntukan masa untuk Allah dan utamakan urusan dengan-Nya terlebih dahulu, bukan mendahulukan urusan sesama manusia sehingga mengenepikan kewajipan kepada Allah. Malu dan takutlah dengan Allah yang dalam genggaman-Nya terletak takdir kita. Ingatlah bahawa untung nasib kita bukan ditentukan oleh manusia. Namun, malangnya kini manusia lebih patuh kepada undang-undang ciptaan manusia. Contohnya, sebagai pekerja kita sering menjaga rekod kedatangan dan jika boleh tidak mahu lewat walaupun seminit. Tetapi kita tidak pula berkejar untuk mengerjakan solat sebaik mendengar seruan azan demi menjaga rekod kepatuhan kepada Allah. Itulah diri kita yang sering alpa meniatkan hati untuk menjaga kesejahteraan hidup di akhirat yang bakal dihadapi kelak. Ingatlah, jika kita menjaga akhirat, dunia akan mengekori kita. Sebaliknya jika kita mengejar dunia, akhirat akan tercicir. Di dunia ini, kita tidak berpeluang untuk berehat dengan pengertian rehat sebenar sehinggalah tiba hari kematian. Kita akan benar-benar berehat, jika di dunia kita tidak kenal erti berehat kerana sibuk mengerjakan amal soleh untuk bekalan di alam kubur nanti. Cuba fikirkan, semua orang diberi Allah SWT 24 jam masa sehari tetapi mengapakah ada yang dapat solat tepat atau seawal waktu dan mengapakah ada yang melengah-lengahkan atau terus tidak sempat bersolat dengan alasan terlalu banyak kerja. Tepuklah dada tanyalan iman Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 6-8 surah al-Zalzalah : يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ﴿٦﴾فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿٧﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ ﴿٨﴾ Maksudnya : Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Tiada seorang manusia pun yang mengetahui jangka hayat umur kecuali Allah. Namun, yang mustahaknya ialah bagaimana tempoh hayat yang diberikan Allah itu dapat dimanfaatkan agar memperoleh keberkatan. 4 perkara yang seharusnya kita jadikan budaya hidup dalam usaha mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. [1] Suka bersedekah di mana semua orang mampu bersedekah kerana pengertian sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta benda pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan kekayaan sudah pasti lebih mudah untuk bersedekah [2] Sentiasa menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. [3] Berbakti kepada kedua ibu bapa kerana ia elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak. [4] Memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf : وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾ Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Keberkatan yang mesti dicari ialah keberkatan dalam bernegara. Kekuatan negara berdiri atas 4 perkara: Pertamanya, de¬ngan ilmu para ulama; kedua, dengan keadilan para umarak atau pemimpin; ketiga, dengan kemurahan para hartawan, dan; keempat, dengan doa orang fakir. Kepemimpinan dari perspektif Islam adalah amanah Allah SWT, juga kontrak sosial dan psikologi di antara pemimpin dan pengikut. Pemimpin berkewajipan memandu pengikutnya, melin¬du¬ngi, dan menguruskan mereka dengan adil saksama menurut lunas-lunas yang diredai Allah SWT. Antara ciri kepemimpinan tersebut ialah : [1] Pemimpin haruslah mendidik dirinya terlebih dahulu, sebelum mendidik para pengikutnya, mempraktikkan segala sesuatu yang didakwahkannya kepada pengikutnya, meningkatkan moral dan akhlaknya terlebih dahulu sebelum memperbetulkan orang lain. Sebagaimana nukilan Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin : “Rakyat menjadi rosak akibat rosaknya pemerintah, dan pemerintah menjadi rosak akibat kehadiran ulama yang buruk (al-suu’). [2] Pemimpin mestilah mempunyai sifat-sifat berikut antaranya Kuat dalam akidah, Adil dan jujur, Berpandangan luas dan tidak fanatik golongan tertentu sahaja, Mengutamakan kepenting¬an rakyat daripada kepentingan golongan, Mampu mewujudkan kesa¬tuan dan kerjasama rakyat, Berpandangan luas dan tidak fanatik golongan, Mengutamakan kepenting¬an rakyat daripada kepentingan golongan, Mampu mewujudkan kesa¬tuan dan kerjasama rakyat, Bersikap terbuka dalam menerima idea, saranan dan kritikan, Pemaaf dan memiliki sikap toleransi yang besar, Berpengetahuan dan memiliki kemampuan dalam bidang yang dipimpinnya dan Bertanggungjawab, ama¬nah, telus dan tidak mementingkan diri sendiri Oleh itu dalam memilih pemimpin bukan setakat untuk menumpang tuah di dunia malah untuk mendapat kebahagian di akhirat. Kepimpinan bukan suatu mainan tetapi merupakan tanggungjawab besar yang bakal meletakkan manusia samada beroleh Syurga atau menderita dalam Neraka Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran : إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠﴾ Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri Sempena kita berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka marilah kita sama-sama tanam azam dan tekad dalam membela nasib saudara seagama yang sedang ditindas di Myanmar, Filiphina, Iraq, Syria, Yaman dan selainnya. Kita juga wajib mempertahankan bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang terus diceroboh. Walau pun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa Baitul Maqdis milik Palestin namun zionis Yahudi dengan restu Amerika sedang meruntuh rumah-rumah milik umat Islam untuk dibina penempatan baru Yahudi. Buktikan kebersamaan kita dengan pejuang Palestin. Hulurkan bantuan kewangan dan yang paling penting ialah doakan keselamatan dan kejayaan pejuang Islam. Boikot barangan zionis yahudi dan sekutunya semampu yang mungkin terutama kaki rokok. Kalau tidak mampu membantu saudara seagama jangan pula membantu musuh dalam membunuh saudara seagama. Pemimpin Negara umat Islam mesti lebih berani bertindak bukan setakat bercakap kosong. Penuhi masjid dengan solat Jemaah dan majlis ilmu agar kekuatan Islam dapat dikobarkan. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walaupun selangkah. Biar nyawa melayang namun Al-Aqsa tetap dipertahankan. Berambus wahai Yahudi atau kamu bakal ditimbus. Berundur wahai Yahudi atau kamu bakal dikuburkan. Jatuhkan bendera kezaliman zinois Yahudi dan sekutu kuffar, Kibarkan bendera kemenangan Islam بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: