أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Rabu, 31 Mei 2017

Ramadhan DiRindu Taqwa DiBuru

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa Kini kita berada pada hari terakhir bulan Sya’aban 1438H di mana kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan esok. Terdapat 2 sikap orang dalam menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan ini iaitu [1] orang yang bergembira dan suka cita dalam menyambut bulan Ramadhan kerana ia bulan yang anugerahkan oleh Allah untuk menambah pahala dan bertaubat dari semua dosa. Ramadhan adalah bulan bonus dimana Allah melipatgandakan pahala amal kebaikan. Maka segala sesuatu persiapan terutama ilmu, fizikal, rohani, harta dipersiapkan untuk menyambut dan mengisi Ramadhan. Gembira di bulan ini terdapat janji Allah dengan membuka luas pintu Syurga dan dijauhkannya seseorang dari api neraka. Dan itu merupakan kemenangan yang membahagiakan. Sedangkan golongan ke-[2] menyambut Ramadhan dengan sikap yang dingin. Baginya, Ramadhan tidak ada beza dengan bulan-bulan lain. Orang seperti ini tidak mampu memanfaatkan Ramadhan untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Dosa dan kesalahan tidak membuatnya risau dan gelisah hingga tak ada upaya maksima untuk menghapusnya dan menjadikan Ramadhan sebagai momentum untuk kembali kepada Allah. Bahkan, dia menyambut Ramadhan dengan kebencian kerana pada perasaannya Ramadhan menyekatnya daripada melakukan dosa dan kemaksiatan, sebagaimana yang dilakukannya di bulan-bulan lain. Hatinya tertutup dan penuh benci kepada kebaikan. Menyaksikan kaum Muslimin berlumba-lumba dalam kebaikan, mengisi hari-hari mereka dengan ibadah adalah pemandangan yang tidak disukainya. Syaitan telah menghembuskan kebencian dalam hatinya hingga Ramadhan bagai neraka baginya. Semoga kita dijauhkan dari sikap dan sifat ini. Sebaliknya contohilah Rasulullah s.a.w dan para sahabat RA dalam menyambut Ramadhan penuh perasaan bahagia dan suka-cita. Baginda sentiasa mengingatkan para sahabat agar menyiapkan diri mereka untuk menyambut dan mengisi Ramadhan dengan amal soleh disamping menjauhi dosa maksiat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 100 surah al-Maidah : قُل لَّا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚفَاتَّقُوا اللَّـهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿١٠٠﴾ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. Sesuai dengan matlamat kepada ibadat puasa itu sendiri untuk melahirkan umat yang bertaqwa yang sepastinya menjadi umat pilihan untuk berjaya dunia dan akhirat maka kita mesti menggunakan peluang kehadiran Ramadhan dengan bersungguh-sungguh agar kita menjadi hamba Allah yang berjaya mencapai tingkatan umat bertaqwa dalam segenap aspek kehidupan. Antara cara dalam meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah ialah : [1] dengan al- Mu’ahadah iaitu ingat dengan perjanjian kita kepada Allah swt. Janji itu sering kita ikrarkan, misal ketika kita solat paling sedikit 17 kali kita berjanji kepada Allah untuk menyembah dan minta pertolongan hanya kepada Allah. [2] dengan al- Muraqabah iaitu merasa dekat kepada Allah. Hal ini perlu kerana orang akan merasakan bahwa dia selalu diawasi oleh Allah dan membuatnya selalu berfikir sebelum berbuat dan tidak berani menyimpang dari jalan yang telah diatur-Nya. [3] dengan al- Muhasabah atau menghitung- hitung diri, membetulkan diri yang juga merupakan suatu kehmestian bagi setiap muslim. Apalagi kelak amal manusia akan hitung oleh Allah swt; kerana itu sebelum amalan kita ditimbang atas neraca Allah maka kita mesti menghitung sendiri amalan agar kita tahu apakah selama ini kita lebih banyak amal soleh atau dosa maksiat [4] dengan al- Mu’aqabah iaitu menghukum dirinya sendiri bila tidak melakukan hal-hal yang sepatutnya dilakukan, apalagi jika sampai melakukan maksiat. Perlunya menghukuman diri sendiri ini bagi membatasi supaya tidak mempermudah terlanggarnya kesalahan- kesalahan yang lain. [5] dengan al- Mujahadah iaitu bersungguh sungguh dalam menjalankan ajaran Islam. Tanpa kesungguhan, sangat sukar seseorang itu dapat melakukan ajaran Islam dengan baik dan berkualiti. Solat misalnya memerlukan kesungguhan, begitu juga berinfaq, apalagi berjihad di jalan Allah. Jika seseorang telah memiliki kesungguhan, meskipun nantinya akan menghadapi kesulitan dalam beramal, Allah swt akan memberikan kemudahan baginya dalam mengahdapi kesulitan itu. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 31 surah al-A’araf : يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ﴿٣١﴾ Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Antara keistimewaan atau hikmat ibadat puasa ialah : [1] Melatih Disiplin Waktu — Untuk menghasilkan puasa yang tetap segar dan kuat di siang hari, maka tubuh memerlukan istirahat yang cukup, hal ini membuat kita tidur lebih teratur demi lancarnya puasa. Bangun untuk makan sahur dipagi hari juga melatih kebiasaan untuk bangun lebih pagi untuk mendapatkan rezeki. [2] Keseimbangan dalam Hidup — Pada hakikatnya kita adalah hamba Allah yang diperintahkan untuk beribadah. Namun sayang hanya kerana hal duniawi seperti pekerjaan, hawa nafsu dan lain-lain kita sering melupakan kewajiban kita dan lupa akhirat. Pada bulan puasa ini kita terlatih untuk kembali mengingat dan melaksanakan seluruh kewajiban tersebut dengan balasan pahala yang dilipatgandakan. [3] Mempererat Silaturrahim — Melalui majlis berbuka puasa beramai-ramai, solat berjemaah terutama solat terawih akan mempereratkan lagi kasih sayang. Pada bulan yang lain payah untuk berjumpa dan bersama termasuk sesama ahli keluarga maka dengan kedatangan Ramadhan suasana kasih saying kembali berbunga [4] Lebih Peduli Pada orang lain — Ibadat puasa menanamkan rasa belas kasihan kepada orang yang lebih miskin dan susah. Begitu juga meningkatkan kepedulian kepada penderitaan saudara seagama yang dihimpit kebuluran dan peperangan terutama di Palestin, Syria, Myanmar dan sebagainya [5] Tahu Bahawa Ibadah Memiliki Tujuan — Tujuan puasa adalah melatih diri kita agar dapat menghindari dosa-dosa di hari yang lain di luar bulan Ramadhan. Kalau tujuan tercapai maka puasa berhasil. Tapi jika tujuannya gagal maka puasa tidak ada arti apa-apa. Jadi kita terbiasa berorientasi kepada tujuan dalam melakukan segala macam amal ibadah bukan dilakukan sambal lewa sahaja. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 7 surah Ibrahim : وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧﴾ Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras” Seterusnya hikmat puasa yang ke-[6] Tiap Kegiatan Mulia Merupakan Ibadah — Setiap langkah kaki menuju masjid ibadah, menolong orang ibadah, berbuat adil pada manusia ibadah, tersenyum pada saudara ibadah, membuang duri di jalan ibadah, sampai tidurnya orang puasa ibadah, sehingga segala sesuatu dapat dijadikan ibadah. Sehingga kita terbiasa hidup dalam ibadah. Artinya semua dapat bernilai ibadah. [7] Berhati-hati Dalam melakukan sesuatu — Puasa Ramadhan akan sempurna dan tidak sia-sia apabila selain menahan lapar dan haus juga kita menghindari keharaman mata, telinga, perkataan dan perbuatan. Latihan ini menimbulkan kemajuan positif bagi kita jika di luar bulan Ramadhan agar kita juga dapat menghindari hal-hal yang dapat menimbulkan dosa seperti mengumpat, berbohong, memandang perkara dosa dan sebagainya. [8] Berlatih Lebih Tabah — Dalam Puasa di bulan Ramadhan kita dibiasakan menahan yang tidak baik dilakukan. Misalnya marah-marah, berburuk sangka, dan dianjurkan sifat Sabar atas segala perbuatan orang lain kepada kita. [9] Melatih Hidup Sederhana — Ketika waktu berbuka puasa tiba, saat minum dan makan sedikit saja kita telah merasakan nikmatnya makanan yang sedikit tersebut. Fikiran kita untuk makan banyak dan bermacam-macam sebetulnya hanya hawa nafsu saja. Kita mesti ingat bahawa kita wajib berlaku adil pada tubuh kita kerana akibat tidak mengawal nafsu makan menyebabkan tubuh kita diserang pelbagai penyakit bahaya [10] Melatih Untuk Bersyukur — Dengan memakan hanya ada saat berbuka, kita menjadi lebih mensykuri nikmat yang kita miliki saat tidak berpuasa. Kita akan lebih merasakan bahawa nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita begitu banyak di mana ramai lagi yang lebih susah dan miskin daripada kita. Ini juga akan membuang sifar bakhil dan kedekut serta mementingkan diri sendiri Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَف الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ - رواه مسلم Maksudnya : “Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan, satu kebaikan dibalas sepuluh sampai 700 kali ganda. Allah berfirman, ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya, sebab orang yang berpuasa itu telah meninggalkan syahwatnya dan makanannya karena Aku’. Dan bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan, yaitu kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu Rabb-Nya. Dan sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari aroma kasturi.” Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk sama-sama dapat menemui Ramadhan dan diberikan oleh Allah kekuatan dan semangat dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan soleh kita sepanjang Ramadhan sehingga melahirkan kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Jadikan masjid tempat tumpuan, al-Quran sebagai bacaan, sedekah jadi amalan sepanjang Ramadhan sehingga kita lahir sebagai umat berjaya di dunia dan akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: