أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Rabu, 28 September 2016

Islam DiRealisasi Umat Harmoni

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 2-3 surah Faatir : مَّا يَفْتَحِ اللَّـهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٢﴾ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ ۚ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّـهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖفَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ ﴿٣﴾ Maksudnya : Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?” Kini kita di minggu terakhir bulan Zulhijjah 1437H yang merupakan bulan terakhir dalam kiraan taqwim hijrah. Ini bermakna lebih kurang seminggu lagi kita akan sama-sama menyambut kedatangan tahun baru 1438H. Oleh kita marilah kita sama-sama mengambil kesempatan dengan peralihan kepada tahun baru ini untuk bermuhasabah menghitung diri berkenaan amal ibadat, dosa maksiat kerana jika hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun maka begitulah kehidupan kita daripada beralih daripada alam rahim ibu kepada alam dunia seterusnya alam berzakh sebelum menerima pembalasan di alam akhirat nanti. Berbekal sebelum menyesal, bersiap sebelum tempoh beramal soleh tamat, bertaubat sebelum terlambat, tambah ibadat sebelum tibanya Qiamat Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Firman Allah dalam ayat 7 surah Ibrahim : وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ Maksudnya :” Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu berfirman: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. Sempena berada pada saki baki bulan Zulhijjah juga maka tidak terlewat untuk kita terus menghayati 2 badat khusus yang hanya ada pada bulan ini iaitu ibadat haji dan juga ibadat korban di mana kedua-duanya banyak menyentuh tentang perjuangan dan pengorbanan agong nabi Ibrahim a.s. Antara persamaan kepada dua ibadat khusus ialah ialah menanamkan sikap suka bersyukur atas nikmat yang dianugerahkan oleh Allah. Syukur itu dapat direalisasikan melalui 3 aspek iaitu : [1] Syukur dengan hati, dengan menyedari dan menyakini bahawa semua nikmat dan kurnia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya. [2] Syukur dengan lidah dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya. [3] Syukur dengan perbuatan dengan taat beribadat kepada Allah dan menggunakan nikmat kurniaan itu untuk kebaikan. Sesungguhnya mereka yang melakukan maksiat itu telah kufur daripada nikmat Allah walaupun maksiat itu dosa kecil seperti seorang lelaki yang melihat kepada perempuan ajnabi maka dia telah kufur dengan nikmat mata, nikmat cahaya matahari dan dia telah kufur kepada semua nikmat yang tidak sempurna dilihat. Orang yang bersyukur kepada Allah akan sentiasa sedar dan merasa cukup dengan apa yang dia ada, manakala orang yang kufur sentiasa tidak nampak dan tidak terasa puas dengan apa yang dimilikinya. Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada sehingga tidak terlafaz dan terbilang. Dia akan melakukan ketaatan untuk membalas nikmat yang ada. Orang yang kufur pula akan sentiasa mengeluh, kecewa dan tidak berpuas hati dengan segala yang tiada di tangannya, sehingga datang pelbagai penyakit jiwa yang boleh merosakkan iman dan agamanya. Benar sekali bahawa syukur nikmat itu membawa berkat, manakala kufur nikmat itu akan mengundang laknat Sidang Jumaat yang diberkati Allah Firman Allah dalam ayat 29-30 surah Faatir : إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ Maksudnya :” Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. Ketika menyelusuri pengorbanan suci dan hebat nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam meninggikan kalimah Allah atas bumi ini sehingga berdepan dengan pelbagai ujian, cabaran dan halangan samada daripada musuh dalam diri iaitu nafsu syahwat, syaitan dan musuh luaran daripada pembesar dan orang kafir. Semua ujian ini mampu ditangani dengan jayanya apabila memiliki sifat hamba yang dekat dengan rahmat Allah antaranya : [1] Sentiasa mengerjakan amal Ibadat kepada Allah termasuk solat, puasa, zakat malah melalui doa nabi Ibrahim a.s kita dapati bagaimana doa dalam melahirkan zuriat soleh yang sentiasa mendirikan solat adalah teras kejayaan sebuah keluarga [2] Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah [3] Cinta kepada Allah iaitu sentiasa berbaik sangka kepada Allah, patuh lagi taat akan segala perintah-Nya lagi meninggalkan segala apa-apa yang dilarang-Nya. Menjauhkan diri akan sekalian perkara kemaksiatan yang dibenci oleh Allah lagi condong dengan sebenar-benar condong kepada syari’at Allah dan menerima segala apa-apa yang Allah tetapkan ke atas dirinya dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat, sosial, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Firman Allah dalam ayat 165 surah al-Baqarah وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبّاً لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ Maksdnya : Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). [4] Sentiasa menjalin Silaturrahim iaitu menjalin hubungan yang baik dengan saudara seagama, kerana sesungguhnya seluruh muslim itu adalah bersaudara atas dasar iman yang sentiasa nasihat menasihati dalam kebenaran dan saling tolong menolong apabila dalam kesusahan. Antara hak sesama muslim sebagaimana maksud suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim : ''Hak seorang Muslim terhadap sesama Muslim itu ada 6, iaitu [1] apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, [2] apabila dia mengundangmu maka penuhilah, [3] apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, [4] apabila dia bersin dan mengucapkan 'Alhamdulillah' maka doakanlah dengan ucapan 'Yarhamukallah' (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), [5] apabila dia sakit ziarahilah, dan [6] apabila dia meninggal dunia iringilah (jenazahnya).'' Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 19 surah Al-Mujaadilah: اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ Maksudnya :” Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi. Kita juga wajib menjauhi sifat manusia yang dimurkai oleh Allah antaranya : [1] Orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah akibat hanyut dengan dunia sehinga lupa akhirat [2] Menurut kehendak hawa nafsu dan syaitan [3] Berburuk sangka kepada Allah sehingga mengira bahwa Allah telah memberi mereka keburukan dan menjauhkan daripada mereka kebaikan yang mereka kehendaki, dan itulah seburuk–buruk persangkaan kepada Allah [4] Mengada-adakan dusta terhadap Allah seumpama pemimpin yang memiliki kekuasaan yang dengan kekuasaannya maka dia berbuat dengan sekehendaknya sehinga mezalimi rakyatnya dengan mendewa-dewakan undang-undang manusia berbanding hukuman Allah akibat di hatinya tidak ada sifat takut kepada Allah [5] Suka melakukan kezaliman pada diri sendiri dengan melakukan maksiat dosa seperti terlibat dengan riba dan rasuah tanpa rasa takut kepada Allah. Apatah lagi menzalimi orang lain dengan menipu, mencuri, memukul orang sesuka hati dan sebagainya [6] Percaya pada kebatilan dan ingkar kepada Allah termasuk merasakan hukum Islam tidak sesuai untuk menangani masalah kerosakan aqidah, pertambahan jenayah, keruntuhan akhlak. Menganggap bahawa agama hanya untuk amalan individu bukannya untuk dikuatkuasa dalam mencegah orang Islam daripada melanggar hak Allah dan manusia yang lain. Oleh itu jauhi diri kita daripada termasuk perangkap golongan yang meremeh temehkan kewajipan agama. Sebaliknya kita wajib lebih bersungguh dalam memperkasakan undang-undang Islam. Adalah amat malang dengan keadaan yang berlaku hari ini setelah 59 tahun menyambut kemerdekaan tetapi kuasa Mahkamah Syariah jauh lebih rendah daripada mahkamah sivil seperti hukum seludup binatang boleh didenda hingga RM50 ribu sedangkan hukuman terhadap orang yang terlibat dengan ajaran sesat, berzina hanya berapa ribu sahaja. Kita juga wajib yakin bahawa hukum Islam ada jaminan pencegahan daripada Allah sehingga adanya persatuan bukan Islam mengakui antara sebab menentang hukum Islam kerana bimbang orang bukan Islam akan berlumba-lumba mahu dihukumkan mengikut undang-undang Islam kerana lebih adil. Perkara ini pernah berlaku di Acheh apabila seorang bukan Islam memilih untuk dijatuhkan hukuman cara lslam kerana lebih adil dan memudahkan urusan kehidupannya. Ada juga persatuan bukan Islam mengakui undang-undang Islam bukan zalim tetapi bimbang jika ia diperkasakan akan menjejaskan perniagaan arak, judi misalnya kerana orang Islam tidak lagi berani untuk terlibat dengan dosa besar tersebut akibat gerun kepada hukuman Islam tidak sebagaimana undang-undang yang sedia ada. Adakah kita sanggup melihat orang Islam terus rosak akhlak demi menjaga kepentingan perniagaan perkara haram. Oleh itu yakinlah kepada sistem Islam dan bersungguhlah dalam meruntuhkan system jahiliah. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 38 surah al-Maidah : وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: