أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Khamis, 3 September 2015

Fitnah DiHindari, Merdeka DiHayati, Keberkatan DiDakapi

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Isra’ : وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. Islam begitu menitikberatkan hubungan manusia sesama manusia termasuk mewajibkan kita supaya menjaga seluruh pancaindera kita daripada menceroboh dan mengkhianati manusia yang lain. Ledakan kepesatan teknologi komunikasi makin me¬nam¬bah ruang penyebaran fitnah yang merosakkan hubungan baik antara kita. Dengan kewujudan media so¬sial atas pelbagai nama dengan pelbagai peranti canggih, manusia semakin senang mencipta dan menebar fitnah. Banyak kes membuktikan media sosial menjahanamkan akhlak manusia kerana menyebarkan sesuatu berita tanpa etika dan adab. Sekiranya zaman dahulu fitnah hanya disampaikan dari mulut ke mulut secara bisikan, namun sekarang ma¬nu¬sia tidak segan silu menjaja fitnah melalui kemudahan teknologi samada komputer mahupun telefon. Apatah lagi ia sangat mudah dilakukan. Dengan hanya menaip di papan kekunci, semua orang boleh membaca se¬baran fitnah yang disasarkan. Dan mereka yang menjadi ba¬han fitnah akan menanggung akibat yang mungkin me¬ranapkan sebuah kehidupan. Fitnah juga merupakan tanda-tanda akhir zaman, di ma¬na pada zaman ini amat sukar untuk membezakan antara hak dan batil, sebagaimana ingatan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Majah : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خُدَّاعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ , وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ , وَيُخَوَّنُ فِيهَا الأَمِينُ , وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ " . قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ : " الرَّجُلُ التَّافِهُ يَنْطِقُ فِي أَمْرِ الْعَامَةِ " Maksudnya : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Islam mengajar kita supaya umatnya mengutamakan perkara akhirat ketika menghadapi fitnah, kerana ia akan menambah darjat seseorang yang difitnah dan mendapat kemenangan dalam erti kata yang sebenar. Kebijaksanan menguruskan fitnah berkait rapat dengan iman seseorang kerana bagi orang yang beriman dan bertakwa, mereka mempercayai hanya Allah yang boleh memberi mudarat kepada hamba-Nya. Tidak dinafikan ramai yang kecundang dalam menghadapi serangan fitnah, tidak kira kecil atau besar seseorang itu, berpendidikan tinggi, berpangkat atau marhaen. Kemampuan menghadapi fitnah ini bergantung kepada kekuatan iman dan akhlak seseorang hamba. Setinggi manapun ilmunya, jika dia tidak dapat mengurus emosi, fitnah boleh sahaja menjadi bahan pembakar dirinya. Ini kerana ilmu hanya untuk menutup kebodohan diri, ma¬nakala akhlak pula untuk seseorang itu mengawal emo¬si. Orang berilmu tanpa akhlak akan carik maruah dan kewarasannya tatkala dicakar fitnah. Oleh itu, kita disarankan supaya membalas kebaikan pada setiap kejahatan, sambil berdoa supaya orang yang zalim dan menzalimi itu berubah kepada kebaikan. Kita juga dapat lihat bagaimana kemudahan tekonolgi maklumat menyebabkan seseorang mudah menyebarkan berita palsu termasuk mendakwa orang yang masih hidup dikatakan sudah mati dan yang paling menyedihkan dengan menyebar berita bohong untuk menakutkan orang lain seperti amaran Tsunami di Sabah, banjir besar 2 kali ganda bakal melanda Kelantan hujung tahun ini dan sebagainya. Bahayanya orang yang hatinya berpenyakit yang suka melihat orang tertipu dengan cerita bohongnya. Ibarat kata imam Hasan al-Basri bagaimana ada seorang penipu pada zamannya bila membawa cerita bohong ke Istana Khalifah dengan harapan ceritanya tersebar luas di mana bila dia kembali pulang ke rumahnya didapati isterinya telah menerima cerita bohongnya untuk diberitahu kepada dia sendiri yang mula-mula mereka cerita bohong tersebut Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Beradanya kita pada bulan Zulkaedah juga mengingatkan kita kepada suatu catatan Sejarah Islam bagaimana surat layang yang menyebarkan fitnah telah membawa kepada syahidnya Sayyidina Uthman bin Affan iaitu khalifah yang ke-3 di mana beliau memerintah selama kurang 12 hari untuk mencukupi 12 tahun. Pemerintahannya berlangsung dengan aman sehinggalah apabila memasuki tahun ketujuh iaitu tahun 30 Hijrah maka bermulanya zaman fitnah. Kebanyakan fitnah ini dimainkan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’ iaitu seorang yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam melawan Islam dari dalam. Antara usaha jahat pihak Ibnu Saba’ dan Khawarij dengan menggunakan khadam dan cop mohor Sayyidina Uthman dalam menyebarkan surat layang bahawa beliau memerintahkan supaya Gabenor Mesir membunuh anak Sayyidina Abu Bakar yang baru sahaja mendapat mandat daripada Sayyidina Uthman sendiri supaya menggantikan tempat sebagai Gabenor Mesir yang baru. Fitnah ini membuka ruang kepada pemberontak untuk mengepung Sayyidina Uthman di Madinah bermula 8 Zulkaedah tahun 35 Hijrah. Akhirnya tibalah hari Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah yang merupakan hari terakhir bagi kehidupan dunia Sayyidina Uthman iaitu hari ke 40 daripada kepungan itu. Beliau yakin telah tibanya hari ajalnya lalu berpuasa dan banyak membaca al-Quran agar beliau mati syahid dalam keadaan berpuasa dan membaca al-Quran. 3 pimpinan Khawarij memasuki bilik beliau di mana Ghafiqi telah memukul Sayyidina Uthman dengan besi dan menyepak al-Quran yang dibaca olehnya. Al-Quran itu terus terbuka dan tetap berada di tangan Sayyidina Uthman sehingga darah yang mengalir dari muka Sayyidina Uthman terkena ayat 137 surah al-Baqarah yang berbunyi: …………. فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّـهُ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿١٣٧﴾ Maksudnya : Maka cukuplah Allah bagi kamu daripada kejahatan mereka dan Dialah Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui Selepas syahidnya Sayyidina Uthman maka orang memeriksa almarinya lalu menemui sebuah kotak yang terkunci yang terdapat sebuah bungkusan yang di dalamnya ada sehelai kertas yang tertulis : :”Ini adalah wasiat Uthman. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Uthman bin Affan bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah semata, yang tiada sekutu bagiNya dan bahawa nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Sesungguhnya Syurga itu benar, Neraka itu benar dan Allah membangkitkan siapa yang ada di dalam kubur untuk menghadapi hari yang tiada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak mengengkari janji. Di atas janji ini, kita hidup dan mati serta dibangkitkan, in sya Allah”. Sayyidina Uthman walau pun asal merupakan jutawan tetapi tidak meninggalkan kekayaan yang mewah apatah lagi untuk merompak harta rakyat dengan pelbagai cara untuk membina kekayaan berganda, jauh daripada memiliki wang derma berbilion ringgit yang meragukan yang boleh menggadaikan negara Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu : قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ Maksudnya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan Api fitnah ini terus berlangsung dan ia merupakan antara senjata utama musuh Islam dalam menjajah bumi umat Islam dari dulu hingga kini. Kita dapat baca dalam catatan sejarah bagaimana penjajah tidak mampu menawan Kerajaan Islam melainkan adanya pengkhianat dari dalam yang sanggup bersekongkol dengan penjajah asalkan hasrat mereka dalam medapatkan pangkat tercapai walau menggadai Negara sendiri. Malah peperangan saudara terutama di Negara arab pada hari ini, begitu juga kegasanasan termasuk di Thailand adalah hasil di bawah perancangan licik musuh Islam di mana akhirnya Islam dan umatnya menjadi mangsa Sempena berada pada bulan merdeka di mana beberapa hari lagi kita bakal menyambut hari kemerdekaan Negara kali ke-58. Angka 58 tahun kemerdekaan adalah tempoh singkat berbanding dengan tempoh 446 tahun negara dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Tentulah di dalam tempoh yang begitu lama kesan penjajahan itu agak sukar untuk dihapuskan walaupun setelah merdeka. Namun itu bukanlah alasan untuk tidak membebaskan diri kita daripada minda penjajah. Ketika menikmati kemerdekaan ini ada beberapa aspek yang mana kita masih terus ‘dijajah’ khususnya dalam aspek perundangan. Umpamanya kebergantungan mahkamah sivil di Malaysia terhadap undang-undang lazim (common law) Inggeris masih lagi merupakan aspek penting di dalam penghakiman di mahkamah walaupun kita telah merdeka. Benarlah kata al-Marhum Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pondok Sungai Durian bahawa harimau mati tinggalkan belang, penjajah pergi tinggalkan undang-undang. Malah usaha dalam memperkasakan undang-undang Islam terus dihalang dengan pelbagai cara walau pun sejarah telah membuktikan bagaimana undang-undang Islam adalah system yang diguna pakai di Negara ini. Ibarat kata pemimpin gerakan Islam semasa mahu mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah bahawa kita melakukan kesefahaman politik pada hari ini dengan golongan pelbagai fahaman dan agama di mana kita berada di atas kapal masing-masing dengan tempat berlabuh masing-masing. Ada golongan yang telah lama berlabuh hanya sekadar boleh menukar pemerintah daripada kulit putih kepada sawo matang. Tetapi kita gerakan Islam terus berlayar sehinggalah kita Berjaya mengubah system penjajah kepada system Islam dalam Negara. Oleh itu perlu kepada usaha bersungguh dalam menyebar luas kefahaman terhadap keindahan dan keadilan system Islam serta umat Islam wajib memakai akhlak Islam agar dakwah Islam lebih mudah dilihat bukannya terdinding daripada perangai buruk umat Islam sendiri. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Merdekanya kita bukan kerana berjaya menghalau penjajah yang berbangsa lain sebaliknya merdekanya kita apabila Berjaya membuang system ciptaan penjajah yang sesat seterusnya mendirikan di atasnya system Islam. Merdekakan system Islam nescaya membentuk Negara berkat, rakyat selamat Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan : فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾ Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: