أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Sabtu, 11 Julai 2015

Khutbah Aidil Fitri 1436H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 14-17 surah al-A’ala : قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾ وَذَكَرَ‌ اسْمَ رَ‌بِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُ‌ونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾ وَالْآخِرَ‌ةُ خَيْرٌ‌ وَأَبْقَىٰ Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa yang berjaya memerdekakan diri kita daripada 2 penjahan besar iaitu penjajahan Syaitan penggoda dan penjajahan hawa nafsu. Anugerah hari raya ini akan lebih bermakna bila kita berjaya suburkannya dengan amalan soleh yang telah dijinakkan dengan diri kita sepanjang Ramadhan lalu antaranya solat berjemaah di masjid atau surau, membaca dan tadabbur al-Quran, zikrullah, istighfar, taubat, iktikaf, bersedekah dan sebagainya. Kita tidak mahu hanya setakat menjadi hamba Ramadhan iaitu yang begitu rajin beribadat sepanjang Ramadhan namun bila berlalunya Ramadhan maka kembali menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan. Kita boleh kenal dengan jelas beza antara sambutan raya hamba Allah dengan sambutan raya hamba hawa nafsu di mana hamba Allah menyambut raya mengikut adab Islam manakala hamba hawa nafsu memenuhi program hari raya ikut kehendak syaitan antaranya pergaulan bebas, mendedah aurat, hiburan melampau, pembaziran dan perkara yang melanggar syarak yang lain. Ingatlah amaran nabi s.a.w agar jangan biarkan diri kita lalai daripada mengingati Allah الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ ( أخرجه البخاري مُعَلَّقًا( Maksudnya : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Zukhruf : وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ‌ الرَّ‌حْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِ‌ينٌ ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Aidilfitri dipanggil hari kejayaan atas kembalinya kita kepada fitrah dengan didikan Ramadan di mana ia menghasilkan 3 kesan utama iaitu selalu berbuat yang indah, benar dan baik mengikut panduan syarak. Malangnya jika berlalunya Ramadhan, kita kembali mengotorkan diri kita dengan noda dosa yang mengundang kemurkaan Allah dunia akhirat pada 11 bulan selepasnya. Ia akibat gagal mengawal hawa nafsu di mana Imam al-Ghazali menukilkan bagaimana berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh 4 faktor iaitu: [1] Sifat Rububiyyah (sifat ketuhanan) iaitu apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan sedangkan sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah di mana orang jenis ini susah menerima teguran dan nasihat sehingga lemas dalam dosanya [2] Sifat Syaitaniyyah (sifat syaitan) iaitu apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat yang membahayakan dirinya dan orang lain jika gagal diubati dengan segera. [3] Sifat Bahimiyyah (sifat kehaiwanan) seperti tamak haloba, menurut hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata tanpa mengira halal haram. [4] Sifat-sifat Subu’iyyah (sifat kebuasan) seperti sifat marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya. Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera. Dosa juga adalah benda ketagih di mana bila sudah melakukannya sekali maka ia akan diulang buat sekian kalinya. Jika masalah ketagihan dadah pun susah untuk diubati di mana untuk tahun lepas sahaja Kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM312.27 juta bagi usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini apatah lagi manusia yang ketagih dengan dosa jika tidak diubati segera boleh membawa kerosakan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya Negara. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 21 surah ar-Ruum : وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَ‌حْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُ‌ونَ ﴿٢١﴾ Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir Kedatangan Syawal juga tidak dapat dipisahkan dengan majlis perkahwinan yang berlangsung di sana sini. Perkahwinan bukan setakat lafaz “aku terima nikahnya” oleh pengantin lelaki sebaliknya ia merupakan ikatan untuk hidup bersama dalam menunaikan kewajipan suami isteri. Ikatan perkahwinan dibaratkan beberapa tempat penting dalam kehidupan kita seharian. [1] Rumahtangga ibarat masjid yang merupakan lambang hubungan dengan Allah di mana pasangan yang berjaya ialah yang saling memberi peringatan dan semangat dalam menunaikan ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya. Kerana itu perkahwinan atas dasar agama lebih penting daripada yang lain. Ia juga mengukuhkan ikatan sesama manusia di mana perkahwinan menjalin ikatan kekeluargaan yang lebih besar antara kedua pihak. [2] Rumahtangga ibarat sekolah atau universiti yang menjadi tempat mengenal dan belajar hati budi masing-masing sehingga masing-masing dapat menerima kekurangan dan saling lengkap melengkapi. Bila setiap diri tahu tanggungjawab masing-masing dan ditunaikan dengan penuh amanah maka ia melahirkan pasangan yang bahagia. [3] Rumahtangga ibarat kedai di mana suami bukan sahaja meminta kepada isteri untuk melaksana permintaannya tetapi suami wajib menunaikan hak isteri termasuk nafkah manakala isteri jangan meminta suatu yang luar kemampuan suami. Bila proses saling bertukar menunaikan kewajipan berjalan lancar maka menghasilkan pasangan yang harmoni. [4] Rumahtangga ibarat klinik atau hospital di mana dijadikan tempat untuk mengubati masalah suami isteri bila berlakunya salah faham. Suami yang hebat ibarat doktor pakar yang mampu mengetahui penyakit dan ubat secara tepat. Isteri yang bijak pula ialah ibarat pesakit yang makan ubat ikut jadualnya sehingga sembuh penyakit. Bila suami tidak pandai mengubat dan isteri pula tidak mahu berubat maka sakitlah rumahtangga. Begitu juga jika keduanya berkeras menjadi api tiada yang mahu jadi air maka akan terbakarlah rumahtangga. [5] Rumahtangga juga ibarat balai polis tempat untuk mengadu dan menjaga keselamatan. Bila suami dapat menjaga keselamatan isteri dan anak-anak maka rumahtangga jadi aman. Tapi bila suami sendiri bersikap panas maka kita dapat lihat kes penderaan terhadap anak isteri terus meningkat. Rumahtangga sudah menjadi medan perang atau gelanggang tinju yang merbahaya fizikal dan mental anak isteri. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 1-6 surah al-Ghaasyiah : هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ ﴿١﴾ وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ ﴿٢﴾ عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ ﴿٣﴾ تَصْلَىٰ نَارً‌ا حَامِيَةً ﴿٤﴾ تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ ﴿٥﴾ لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِ‌يعٍ ﴿٦﴾ Maksudnya : Sudahkah sampai kepadamu (wahai nabi Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), - Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri, Antara surah yang biasa nabi s.a.w baca dalam solat hari raya ialah surah al-Ghaasyiah yang mengingatkan kita tentang kedahsyatan hari Qiamat dan keadaan seksaan Neraka. Pada hari ini kita wajar merenung semula tentang beberapa bencana alam yang berlaku sekeliling kita. Pada Disember lepas kita dikejutkan dengan banjir besar yang melanda hampir seluruh Negara Kelantan dan negeri Pantai Timur yang banyak memusnahkan harta dan rumah. 3 bulan yang lalu kita menyaksikan bagaimana gempa bumi yang besar di Nepal yang mengorbankan puluhan ribu manusia disamping kemusnahan harta benda. 2 bulan lepas, berlaku gempa bumi di Sabah yang turut mengakibatkan runtuhan besar di Gunung Kinabalu yang turut memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa manusia. Malah gempa kecil terus berlaku hampir sebulan. Jika gempa bumi Nepal dikaitkan dengan upacara pembunuhan ribuan lembu dan binatang ternakan sebagai korban kepada upacara pemujaan maka gempa bumi di Sabah berlaku beberapa hari selepas satu kumpulan pelancong asing yang berbogel sebaik sahaja berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Oleh itu dalam setiap kejadian yang berlaku maka kita wajib percaya kepada kekuasaan Allah yang Maha Perkasa yang berkuasa melakukan segalanya. Jangan asyik meratib ungkapan bahawa Negara kita selamat, tiada gempa bumi, jauh daripada lingkaran gunung berapi dan sebagainya sebaliknya banyak ingatkan Allah Bila bercakap tentang gempa bumi maka ia tidak boleh dipisahkan dengan kedahsyatan Qiamat di mana ia antara tanda betapa dekatnya kita dengan Qiamat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ (ص) : لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ ، وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ Maksudnya : Tidak berlakunya kiamat sehingga ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan yang melimpah ruah Malah suatu hadis nabi s.a.w menjelaskan bagaimana kejadian gempa bumi turut berlaku akibat maksiat kepada Allah قَالَ النَّبِيُّ (ص): فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَتَى ذَاكَ ؟ قَالَ : إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ – رواه الترمذي Maksudnya: Berlaku pada umat ini, gempa bumi, diubah menjadi rupa makhluk lain dan fitnah. “Lalu seorang laki-laki bertanya:” Wahai Rasulullah Allah bila berlaku perkara itu? Sabda nabi: “Apabila semakin banyak nyanyian dan alat-alat muzik dan minum arak اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ قَالَ النَّبِيُّ (ص) : اتَّقُوا الظُّلْمَ ، فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ…… - رواه مسلم Maksudnya : Takutlah kamu kepada kezaliman, kerana kezaliman adalah kegelapan pada Hari Qiamat. Tarbiah puasa Ramadhan dan zakat fitrah banyak mendidik diri kita untuk merasai penderitaan orang yang susah dan membantu mereka. Jika tarbiah ini dapat dihayati oleh pemimpin maka bebanan terhadap rakyat tidak akan berlaku dengan tekanan GST, kenaikan harga minyak setiap awal bulan ketika harga minyak dunia jatuh menjunam diikuti dengan kenaikan harga barangan yang lain serta kos sara hidup yang memeritkan. Malah nilai ringgit menjadi matawang paling rendah nilainya di Asia. Ini kerana kegagalan dalam mengurus hasil mahsul Negara serta pembaziran dan pecah amanah yang ketara menyebabkan rakyat yang susah semakin susah, yang miskin papa kedana. Isu hutang 1MDB yang melibatkan puluhan billion terus hangat diperkatakan kerana pernah melibatkan wang Tabung Haji dan banyak kes penyelewengan lain yang meletakkan Negara dalam keadaan bahaya. Ketika isu pengangguran masih belum selesai ditambah dengan kebanjiran pendatang tanpa izin kini ada cadangan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh. Jika cadangan ini dilaksanakan akan menyaksikan jumlah pekerja asing mencecah 8.2 juta atau 26 peratus daripada penduduk di Malaysia. Ia melibatkan banyak perkara terutama keselamatan Negara. Oleh itu pada hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa agar Negara ini diperintah oleh pemimpin yang adil dan amanah untuk mendapat Negara aman dan berkat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab : وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾ Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan dan juga sebagai motivasi untuk mengulangi kemenangan tentera Islam dalam mengalahkan tentera bersekutu kuffar. Semoga tarbiah Ramadhan menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria, Yaman, bangsa Rohingya yang dilanda peperangan. Kita wajib sedar tentang begitu banyak perancangan kuffar dalam memerangi umat Islam antaranya melenyapkan sistem pemerintahan Islam. Di saat kerajaan Uthmaniah tamat pada 1924 maka umat kehilangan asas kepimpinan. Tiada lagi institusi yang mampu melindungi umat secara kolektif dan global. Syariah tidak lagi dijadikan asas negara dan ideologi sekular dan kapitalisme ditanam ke dalam jiwa umat dengan penjajahan terancang. Kerajaan besar Uthmaniah dipecahkan kepada lebih 40 negara kecil dengan berpaksikan kaum, wilayah dan semangat kebangsaan yang merosakkan. Akibatnya, umat Islam terus berkelahi, merebut wilayah dan kekuasaan dan dipisahkan antara negara kaya dan miskin. 3 kekuatan utama yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat Islam gagal digunakan sebaiknya iaitu kekuatan Aqidah, jumlah umat yang ramai dan bumi yang subur. Kuffar berusaha melenyapkan kesatuan kaum Muslimin di mana dengan dasar pecah perintah maka umat Islam saling memandang bahawa isu umat Islam di Negara lain adalah masalah Negara dan bangsa masing-masing tiada kaitan dengan diri mereka seperti penderitaan umat Islam di Palestin, Iraq, Syria, Myanmar dan sebagainya. Tiada lagi ruh persaudaraan Islam akibat rasukan semangat assobiyah atau kebangsaan sempit. Sedangkan kita sentiasa diajar tentang persaudaraan Islam yang melangkaui bangsa, Negara, budaya, bahasa. Kita dapat saksikan bagaimana Sami Budha sendiri di Myanmar menjadi dalang dalam pembunuhan kejam ini dengan laungan jangan ulangi kesilapan Budha dan Hindu yang pernah menguasai Indonesia akhirnya hilang dengan datangnya Islam. Oleh itu Islam wajib dihapuskan di Myanmar. Semoga laungan jahat ini mampu kita padamkan dalam membantu umat Islam yang sedang ditindas dan dibunuh saban hari dengan mengembalikan kekuatan Islam. Pada hari ini juga kita dapat melihat bagaimana liciknya musuh Islam dalam melagakan Negara umat Islam untuk berperang atas alasan peperangan Mazhab seperti yang terbaru di Yaman. Sedangkan kita wajib sedar ianya hanya menambah satu lagi perancangan jahat musuh Islam untuk menjaga keselamatan Israel dan kepentingan kuasa besar. Berperang dengan duit umat Islam untuk membunuh dan mencederakan diri kita sendiri dengan senjata orang lain yang mengambil kesempatan menjual senjata dengan bayaran yang musuh pula menentukan harganya. Inilah akibat daripada kebodohan kita sendiri. Ibarat kata pepatah Melayu: “Lesung dan alu yang bertumbuk ayam pula yang kenyang” Kuffar memastikan berdirinya negara diktator di dunia Islam di mana kerajaan boneka ini bertindak menyingkirkan tokoh-tokoh Islam dan menamatkan Gerakannya di mana telah ramai pemimpin gerakan Islam dipenjara, dibunuh dan parti Islam diharamkan seperti di Algeria, Mesir dan sebagainya. Malah hukuman mati kepada pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin ditambah lagi dengan tindakan mencemari kemuliaan Ramadhan dengan pembunuhan kejam dengan cara serbuan rumah terhadap 13 pimpinan dan ahli Ikhwanul Muslimin di Mesir menambah penderitaan yang sedia ada. Oleh itu marilah kita sama-sama menggunakan ruh Syawal sebagai titik tolak dalam mencari sinar kemenangan Islam dengan kembali bersatu atas dasar Islam. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tiada ulasan: