أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Khamis, 19 Jun 2025

Khutbah Jumaat : Liberal Agama DiSekat Kemerdekaan Palestin DiDaulat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Ruum: فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Seluruh manusia itu diciptakan oleh Allah dengan sifat sukakan kepada keselamatan, kebenaran, keselesaan, kesejahteraan dan kebahagiaan serta menghindari kesempitan, kecelakaan, kepalsuan dan kegusaran. Sifat tersebut merupakan fitrah. Dalam ertikata yang lain, manusia diciptakan dengan fitrah yang tersendiri, iaitu sukakan kepada perkara yang molek, dan membenci perkara yang jelik, serta sentiasa mencari kebenaran bagi menghindari sebarang kepalsuan. Inilah fitrah kejadian manusia, selaras dengan naluri semula jadi yang telah dianugerahkan kepada mereka. Fitrah adalah sunnatullah, suatu ketetapan dari Allah, yang dicipta bagi mewujudkan kemaslahatan kepada umat manusia dan akan membawa kemajuan dalam kehidupan mereka kerana ia akan memandu mereka ke jalan yang benar menurut landasan syarak. Allah yang telah menjadikan manusia dan seluruh alam ini, dan amat wajar hanya Allah sahaja yang memahami naluri dan fitrah manusia. Selagi mana umat manusia itu menuruti amalan fitrah seperti yang dituntut Islam, selagi itulah mereka terpandu ke arah kebenaran dan kebaikan, kerana Islam adalah agama fitrah. Maka terhindarlah mereka dari kekejian zina dan penyelewengan rasuah, serta jauhlah budaya songsang dari pemikiran dan tingkahlaku mereka. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah: لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾ Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui Serangan pemikiran terhadap dunia Islam bermula dengan proses membaratkan sebuah negara yang dilakukan oleh pihak Barat. Antara dua matlamat gerakan pembaratan adalah memaksakan falsafah-falsafah materialisme yang mengandungi kedengkian, hawa nafsu, angan-angan ateis dan pengingkaran terhadap segala sesuatu yang tidak terjangkau oleh penglihatan dan tuntutan-tuntutan metodologi dalam kajian. Kedua, mengingkari agama dan menganggapnya sebagai tahap perkembangan yang terkebelakang daripada tahap-tahap kemajuan sosial, memisahkan Islam daripada politik dan akhlak masyarakat serta menyerang akidah dan nilai-nilainya. Berasaskan matlamat ini, pelbagai ideologi dan pemikiran baru yang datang dari Barat dibawa masuk ke dunia Islam termasuk fahaman liberalisme agama. Bahaya besar daripada Liberalisme dan Pluralisme Agama ialah Membenarkan murtad atau pertukaran agama dan juga Mempertikaikan hukum syariah dan autoriti fatwa seperti Memperjuangkan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) secara terbuka serta Menolak dan mempertikaikan fatwa-fatwa yang dikatakan mengongkong kebebasan hak asasi manusia dan masyarakat majmuk Kesan bahaya Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama Terhadap Umat Islam antaranya [1] Menyebabkan kelonggaran kepada batas-batas yang menjejaskan iman, [2] Mengubah Islam menjadi agama kepercayaan semata-mata [3] Mengubah persepsi umat Islam terhadap dosa dan azab neraka [4] Menghapuskan keistimewaan kebenaran pada agama Islam dan meletakkan agama Islam seriring dengan kedudukan agama lain Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 29 surah at-Taubah: قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّىٰ يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ ﴿٢٩﴾ Maksudnya : Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri. Menyedari tentang bahayanya fahaman liberelisme ini maka kita menjunjung kasih dan berdiri teguh bersama titah KDYMM Sultan Selangor yang menegaskan bahawa fatwa terhadap fahaman liberalisme dan pluralisme agama kekal sah dan wajib dipatuhi oleh umat Islam. Kita menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dengan penuh tertib, dan memahami bahawa penghakiman tersebut tidak menyentuh soal kandungan fatwa, tetapi hanya menyentuh isu bidang kuasa ke atas organisasi dan agensi persekutuan. Namun demikian, sebagai umat Islam ingin menegaskan bahawa: [1] Fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat, dan ini ditegaskan melalui fatwa sah menurut hukum syarak. [2] Individu Muslim yang berpegang kepada fahaman ini tetap terikat dengan perenggan 1 dan 4 fatwa, dan wajib bertaubat serta kembali ke jalan Islam yang sebenar. [3] Syarikat, pertubuhan atau badan yang menggunakan nama “Islam” tetapi menyebar fahaman bertentangan dengan syariat Islam wajib diteliti semula dan diambil Tindakan termasuk mendesak pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggugurkan perkataan “Islam” daripada nama pertubuhan atau syarikat Sisters in Islam (SIS) kerana ia menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat awam. Perkataan “Islam” tidak seharusnya digunakan oleh mana - mana entiti yang menyanggah fatwa sah atau menyebar fahaman bertentangan dengan syariat Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita juga ingin memperingatkan masyarakat bahawa kebebasan bersuara tidak bermakna kebebasan mencabar hukum Allah, dan hak asasi tidak boleh digunakan sebagai perisai untuk menyebar ajaran yang memesongkan aqidah umat Islam. Kuasa bidang mahkamah syariah wajib diperkasakan Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar Sempena berada di minggu terakhir bulan Zulhijjah tahun 1446H di mana kita bakal menyambut tahun baru 1447H tidak lama lagi maka kita semarakkan semangat dalam terus membantu saudara seagama kita yang terus dibunuh sesuka hati terutama di bumi Palestin. Kita juga mengutuk sikap jahat Zinois Yahudi dan sekutu penjahatnya yang menyerang Iran. Setiap negara ada hak masing-masing dalam menyerang balas sekiranya musuh menyerang negaranya. Zionis Yahudi mesti diambil Tindakan sewajarnya daripada terus melakukan pencerobohan sesuka hati Allah s.w.t melakukan pasang surut, umat Islam kini mengalami zaman surut, tanahair umat Islam dijajah dan ditakluk oleh musuh-musuh Islam sehingga hari ini. Kita menyaksikan dalam perjalanan sehingga hari ini tanahair umat Islam menjadi medan perang dunia yang pertama, perang dunia yang kedua dan akan jadi medan perang dunia yang ketiga yang akan berlaku bila-bila masa sahaja. Di tengah-tengah kuasa besar yang berperang menggunakan senjata pemusnah, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu, tetapi Islam tidak boleh dipadamkan cahayanya sekali-kali. Inilah janji Allah s.w.t. Mereka yang beriman percaya kepada janji ini akan bersama dengan Islam. Manakala mereka yang munafik atau yang lemah imannya dalam keadaan yang kelam-kabut. Marilah kita yakin bahawa hidup dan mati bersama dengan Islam. Firman Allah dalam ayat 200 surah Ali Imran : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ‎﴿٢٠٠﴾‏ Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ( بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 5 Jun 2025

KHUTBAH EIDIL ADHA 1446H

KHUTBAH pertama اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ….فرمان الله تعالى دالم سورةالكوثر : إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ‎﴿١﴾‏ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ‎﴿٢﴾‏ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ‎﴿٣﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Ketika menyambut hari raya korban ini juga marilah kita yang berkemampuan untuk melakukan ibadat korban pada hari ini sehingga berakhirnya hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti bagi mendapat kelebihan dunia dan akhirat. [1] Ibadah korban merupakan bukti sikap ketundukan dan keredaan terhadap perintah Allah . Redha bermakna bertindak dengan melakukan apa sahaja bertujuan mendapat keredhaan Allah dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah [2] Ibadah korban menerapkan dalam jiwa yang luhur agar jangan sesekali terpedaya dan tertipu dengan bisikan syaitan. Jarum halus syaitan terus memperdaya manusia dengan jalan supaya sayang kepada harta benda. Bisikan-bisikan jahat ini menjadikan kita cinta dan bimbang untuk melepaskan harta dunia. Akibatnya, ia menjadikan kita bertangguh dan enggan melaksanakan ibadah korban. Malah, jauh sekali merasa sedih tidak dapat melakukan ibadah korban pada tahun itu walaupun berkemampuan [3] Ibadah korban menjadikan kita sebahagian daripada individu yang cakna dan peduli tentang keberadaan masyarakat sekeliling yang kurang berkemampuan. Ibadah korban dapat membina aura dan impak positif dalam diri dan kehidupan kerana kita dapat meringankan bebanan saudara-saudara kita yang memerlukan قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.- رواه البخاري Maksudnya : Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya disakiti. Barang siapa yang membantu kebutuhan saudaranya maka Allah akan membantu kebutuhannya. Barang siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya dari kesusahan-kesusahan hari kiamat. Barang siapa yang menutupi (aib) seorang muslim maka Allah akan menutupi (aibnya) pada hari kiamat. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 27 : ۞ وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱبْنَىْ ءَادَمَ بِٱلْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًۭا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ ٱلْـَٔاخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ ٢٧ Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; Sempena berada pada hari raya korban maka kita sentiasa ingat tentang kisah 2 orang anak nabi Adam a.s iaitu Habil seorang penternak yang menternak kambing, sedangkan Qabil pula seorang petani yang memiliki tanaman pertanian. Masing-masing melakukan korban dengan mengeluarkan harta yang dimiliki. Habil memilih seekor kambing yang paling baik untuk dijadikan korban, sedangkan Qabil memilih gandum yang terburuk dari hasil pertaniannya untuk berkorban. Akhirnya Allah menerima korban Habil yang melakukan korban dengan Ikhlas. Ikhlas merupakan Syarat sesuatu ibadah diterima, Orang yang memiliki hati ikhlas akan mengerjakan sepenuh hati tanpa ada rasa malas atau bosan ketika melakukan sesuatu amalan. Bahkan dia tidak akan merasa terlalu gembira apabila dipuji atau benci apabila dikeji manusia kerana dia hanya ingin dipandang oleh Allah Sahaja. Manakala orang riya’ atau menunjuk-nunjuk memiliki 3 ciri: malas ketika sendirian, rajin di tengah orang ramai, serta amalnya meningkat kala dipuji dan menurun kala dicaci. Ibn al-Mubarak berkata: “Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar (pahalanya) kerana niat. Dan betapa banyak amalan yang besar menjadi kecil (pahalanya) kerana niat.” Orang yang Ikhlas akan selamat daripada tipu daya syaitan sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Hijr ayat 39-40 : قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ Maksudnya : “Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim. Sambutan hari raya haji atau korban tidak lengkap sekiranya tidak menyoroti perjuangan nabi Ibrahim a.s yang begitu getir dan hebat dalam mempertahan seterusnya mengembangkan Islam maka ia wajib dijadikan contoh teladan dalam mengembalikan izzah kemuliaan umat Islam dan mendaulatkan kembali seluruh sistem Islam meliputi ibadat, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Perjuangan dalam menegakkan Islam bukan melalui jalan senang tetapi penuh halangan dan cabaran. Kita menzahirkan kebimbangan dan membantah keras terhadap suatu dokumen yang dikemukakan oleh gabungan Civil Society Organizations (CSO) ASEAN, yang mengandungi cadangan-cadangan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan nilai-nilai Islam. Antara kandungan yang sangat membimbangkan ialah Dalam Seksyen 3.2 dokumen tersebut, CSO ASEAN mencadangkan: “Memastikan pemisahan agama dan negara…” Ini merupakan satu cadangan yang jelas bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Ini adalah usaha terselindung dan terancang yang mahu menukar identiti negara ke arah menjadi sebuah negara sekular yang menafikan peranan Islam dalam pentadbiran kerajaan dan urusan kenegaraan. Seksyen 3.13 pula menyarankan pelaksanaan undang-undang antidiskriminasi untuk LGBTQIA+. Ini bertentangan secara jelas dengan hukum dan undang-undang Islam serta norma masyarakat Malaysia. Undang-undang syariah di negeri-negeri telah mengharamkan perlakuan liwat dan transgender. قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “‌لَتُنْقَضَنَّ ‌عُرَى ‌الْإِسْلَامِ ‌عُرْوَةً ‌عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.” .- رواه أحمد وابن حبان Maksudnya : “Demi sesungguhnya akan berlaku, dirungkai (dirombak) ikatan ajaran Islam (yang teguh) satu demi satu. Maka, apabila setiap satunya dirombak menjadikan para penganut Islam berpegang dengan simpulan berikutnya (yang masih ada). Simpulan pertama yang dirombak ialah (pelaksanaan) hukum Islam dan simpulan terakhir yang dirombak ialah (pelaksanaan) solat.” Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam Surah as-Sooffat ayat 100 : رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ Maksudnya : " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" Kisah nabi Ibrahim a.s turut mengajar kita peri pentingnya membina keluarga Sakinah yang bukan sahaja untuk dirasai oleh satu keluarga Sahaja malah ke arah membentuk Masyarakat seterusnya negara yang Sejahtera. Ada beberapa panduan yang boleh membentuk keluarga yang bahagia, [1] dengan menjadikan keluarga yang ahli sujud, keluarga yang ahli taat, keluarga yang menghiasi rumah dengan zikrullah, dan keluarga yang selalu rindu untuk meraih kemuliaan hidup di dunia, dan akhirat. [2] Jadikan rumah sebagai pusat ilmu. Memiliki harta tetapi kurang ilmu akan menjadikan kita hamba harta. Jadikan agar keluarga bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu tentang hidup di dunia apatah lagi akhirat. Bekalkan anak-anak sejak kecil dengan ilmu dan jadilah orang tua yang sentiasa menjadi sumber ilmu bagi anak-anaknya. [3] Jadikan rumah tangga sebagai pusat nasihat. Manusia memerlukan orang lain agar boleh melengkapi kekurangan dalam memperbaiki kesalahan yang ada. Bersama kita membina keluarga Sakinah yang Bahagia dunia akhirat قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا رواه أحمد Maksudnya : “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 7 سورة الفتح: وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَ اتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِیزًا حَكِیمًا Maksudnya : “Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Allah swt memiliki bala tentera yang sangat banyak di langit dan di bumi, yang dengan mereka Allah swt menolong hamba-hambaNya dan juga menyeksa orang-orang yang derhaka. Menurut Imam ar-Razi rahimahullah: “Tentera Allah boleh menjadi “tentera rahmat” dan “tentera azab” kepada manusia. Ketika datang membantu orang beriman ia menjadi pengawal peribadi atau perisai rahmat, manakala ketika datang menerjah musuh Allah ia menjadi pembunuh ganas atau senjata tajam. Ingatlah bahawa kerajaan langit dan bumi serta semua tentera yang ada pada keduanya adalah milik Allah swt. Allahlah yang memberi pertolongan dan yang memberi kehinaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ketahuilah bahawa tentera Allah sentiasa beroleh pertolonganNya. Sehebat dan sekuat mana pun manusia, tetap tidak mampu menandingi kuasa Allah swt dan tentera-tenteraNya. Ikutilah segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan jangan sesekali angkuh mencabar kekuasaan Allah. Banyakkan amal ibadat, jauhi dosa dan maksiat agar kita selamat daripada kebinasaan dan bahagia dunia akhirat. Kebakaran besar dikuti rebut pasir dan banjir yang melanda tanah-tanah yang dirampas oleh Zionis Israel baru-baru ini adalah satu peringatan Allah yang tidak boleh kita abaikan. Ketika mereka berdiri megah di sebalik tembok-tembok tinggi yang mereka banggakan, Ketika mereka merasa aman di bawah perlindungan Iron Dome yang diagung-agungkan, Ketika mereka bermegah dengan sokongan kuasa besar dunia dan veto PBB yang sentiasa melindungi mereka, Mereka terlupa satu hakikat paling agung, Kekuatan Allah SWT tidak tertanding oleh sebarang kekuasaan manusia. Teruskan perjuangan menyokong dan membantu saudara seagama yang terus berjihad memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Ketika saudara seagama kita bermandi darah dan kehilangan harta benda maka kita tidak sepatutnya berehat sambil bergelak ketawa. Ketika saudara kita yang tidak penat dalam berjuang memerdekakan Palestin maka jangan pula kita penat untuk membantu dan berdoa kepada mereka. Ketika anak kecil Palestin menjadi mangsa senjata musuh maka jangan biarkan anak kita leka dengan hiburan yang dihidang oleh musuh. Pastikan kita ada saham dalam membantu saudara agama. Bukan hanya berpeluk tubuh apatah lagi memberi saham kepada musuh dalam membunuh saudara seagama Teruskan berdoa dan nyatakan kebersamaan kita bersama rakyat dan mujahidin di Palestin. Teruskan boikot barangan dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel dan perkasakan pembelian barangan dan syarikat umat Islam. Pemimpin negara umat Islam mesti lebih berani dan tegas dalam menghentikan kerakusan dan keganasan zionis yahudi dan sekutu penjenayahnya. Kita dimuliakan kerana memperjuangkan Islam. Kita dihina kerana meninggalkan perjuangan Islam Firman Allah dalam ayat 173 Surah as-Saaffat وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ Maksudnya : “Dan bahawasanya tentera Kami, merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akhirat nanti اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيد الأضحى 1446 هـ

خطبة فرتام اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله تعالى دالم سورةالكوثر : إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ‎﴿١﴾‏ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ‎﴿٢﴾‏ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ‎﴿٣﴾ مقصودڽ : سسوڠڬوهڽ كامي تله مڠورنياكن كڤدمو ﴿واهاي محمد﴾ كبأيقكن يڠ باڽق ﴿د دنيا دان د اخيرة﴾. اوليه ايت، كرجاكنله سمبهيڠ كران توهنمو سمات-مات، دان سمبليهله قربان ﴿سباڬاي برشكور﴾. سسوڠڬوهڽ اورڠ يڠ بنچيكن اڠكاو، ديا له يڠ ترڤوتوس ﴿دري منداڤت سبارڠ ڤركارا يڠ دايڠينيڽ﴾. سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكوران يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. سمڤنا برادا ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت سام-سام مندعاءكن سموڬ ڤارا جماعة حاج دري سلوروه دنيا يڠ سداڠ مڠرجاكن عبادة حاج دكوتامكة دبريكن كصيحتن دان كسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوڬرهكن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن كچوالي شرڬ. كتيك مڽمبوت هاري راي قربان اين جوڬ ماريله كيت يڠ بركممڤوان اونتوق ملاكوكن عبادة قربان ڤد هاري راي اين سهيڠڬ براخيرڽ هاري تشريق إيأيت 13 ذوالحجة ننتي [1] عبادة قربان مروڤاكن بوقتي سيكڤ كتوندوقكن دان كريضأن ترهادڤ ڤرينته الله . ريضا برمعنى برتيندق دڠن ملاكوكن اڤ سهاج برتوجوان منداڤت كريضأن الله دان منيڠڬلكن سموا ڤركارا يڠ دلارڠ اوليه الله [2] عبادة قربان منراڤكن دالم جيوا يڠ لوهور اڬر جاڠن سسكالي ترڤدايا دان ترتيڤو دڠن بيسيقكن شيطان. جاروم هالوس شيطان تروس ممڤرداي مأنسي دڠن جالن سوڤاي سايڠ كڤد هرتا بندا. بيسيقكن-بيسيقكن جاهت اين منجاديكن كيت چينتا دان بيمبڠ اونتوق ملڤسكن هرتا دنيا. عقيبتڽ، اي منجاديكن كيت برتڠڬوه دان اڠڬن ملقساناكن عبادة قربان. ماله، جأوه سكالي مراسا سديه تيدق داڤت ملاكوكن عبادة قربان ڤد تاهون ايت والاوڤون بركممڤوان [3] عبادة قربان منجاديكن كيت سباهاڬين درڤد اينديۏيدو يڠ چقنا دان ڤدولي تنتڠ كبرادأن مشاركة سكليليڠ يڠ كورڠ بركممڤوان. عبادة قربان داڤت ممبينا كسن ڤوسيتيف دالم ديري دان كهيدوڤن كران كيت داڤت مريڠنكن ببنان سودارا-سودارا كيت يڠ ممرلوكن قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.- رواه البخاري مقصودڽ : سأورڠ مسلم اداله ساودارا باڬي مسلم لأينڽ، دي تيدق منظاليميڽ دان تيدق ممبياركنڽ دساكيتي. بارڠ سياڤا يڠ ممبنتو كفرلوان سوداراڽ مك الله اكن ممبنتو كفرلوانڽ. بارڠ سياڤا يڠ مڠهيلڠكن ساتو كسوسهن سأورڠ مسلم، مك الله مڠهيلڠكن ساتو كسوسهن باڬيڽ دري كسوسهن-كسوسهن هاري قيامة. بارڠ سياڤا يڠ منوتوڤي ﴿عيب﴾ سأورڠ مسلم مك الله اكن منوتوڤي ﴿عيبڽ﴾ ڤد هاري قيامة. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سوره المائدة اية 27 : ۞ وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱبْنَىْ ءَادَمَ بِٱلْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًۭا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ ٱلْـَٔاخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ ٢٧ مقصودڽ : دان باچكنله ﴿واهاي محمد﴾ كڤد مريك قصة ﴿مڠنأي﴾ دوا اورڠ انق آدم ﴿حابيل دان قابيل﴾ يڠ برلاكو دڠن سبنرڽ، ايأيت كتيك مريك بردوا ممڤرسمبهكن ساتو ڤرسمباهن قربان ﴿اونتوق مندمڤيڠكن ديري كڤد الله﴾. لالو دتريما قربان ساله سأورڠ د انتاراڽ ﴿حابيل﴾، دان تيدق دتريما ﴿ قربان ﴾ دري يڠ لاين ﴿قابيل﴾. بركات ﴿قابيل﴾:" سسوڠڬوهڽ اكو اكن ممبونوهمو!". ﴿حابيل﴾ منجواب: "هاڽ ساڽ الله منريما ﴿ قربان ﴾ دري اورڠ-اورڠ يڠ برتقوى; سمڤنا برادا ڤد هاري راي كوربن مك كيت سنتياس ايڠت تنتڠ قصة 2 اورڠ انق نبي آدم عليه السلام ايأيت حابيل سأورڠ ڤنترنق يڠ منترنق كمبيڠ، سداڠكن قابيل ڤولا سأورڠ ڤتاني يڠ مميليكي تانمن ڤرتانين. ماسيڠ-ماسيڠ ملاكوكن قربان دڠن مڠلواركن هرتا يڠ دميليكي. حابيل مميليه سأيكور كمبيڠ يڠ ڤاليڠ بأيك اونتوق دجاديكن قربان ، سداڠكن قابيل مميليه ڬندوم يڠ تربوروق دري حاصيل ڤرتانينڽ اونتوق بر قربان. اخيرڽ الله منريما قربان حابيل يڠ ملاكوكن قربان دڠن إخلاص. إخلاص مروڤاكن شرط سسواتو عبادة دتريما، اورڠ يڠ مميليكي هاتي إخلاص اكن مڠرجكن سڤنوه هاتي تنڤا أدا راس مالس اتاو بوسن كتيك ملاكوكن سسواتو عمالن. بهكن دي تيدق اكن مراسا ترلالو ڬمبيرا اڤابيلا دڤوجي اتاو بنچي اڤابيلا دكجي مأنسي كران دي هاڽ ايڠين دڤندڠ اوليه الله سهاج. مانكالا اورڠ رياء اتاو منونجوق-نونجوق مميليكي 3 چيري: مالس كتيك سنديرين، راجين د تڠه اورڠ راماي، سرتا عملڽ منيڠكت كالا دڤوجي دان منورون كالا دچاچي. ابن المُبَارَك بركات: “بتاڤ باڽق عمالن يڠ كچيل منجادي بسر ﴿ڤاهلاڽ﴾ كران نية. دان بتاڤ باڽق عمالن يڠ بسر منجادي كچيل ﴿ڤاهلاڽ﴾ كران نية.“ اورڠ يڠ إخلاص اكن سلامت درڤد تيڤو داي شيطان سباڬايمان فرمان الله دالم سورة الحجر اية39-40 : قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ مقصودڽ : “ابليس بركات: “ واهاي توهنكو! كران اڠكاو تله منجاديكن داكو سست، ﴿مك﴾ دمي سسوڠڬوهڽ اكو اكن ممڤريلوقكن سڬالا جنيس معصية كڤد آدم دان ذوريتڽ د دنيا اين، دان اكو اكن مڽستكن مريك سمواڽ، كچوالي د انتارا ذورية-ذورية آدم ايت همبا-همبامو يڠ دبرسيهكن دري سبارڠ شرك.“ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سورة البقرة اية 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ مقصودڽ : دان ﴿ايڠتله﴾، كتيك نبي إبراهيم داوجي اوليه توهنڽ دڠن ببراڤ كلمة ﴿سوروهن دان لارڠن﴾، مك نبي إبراهيم ڤون مڽمڤورناكنڽ. ﴿ستله ايت﴾ الله برفرمان: "سسوڠڬوهڽ اكو ملنتيقمو منجادي امام ﴿ڤميمڤين ايكوتن﴾ باڬي اومة مأنسي". نبي إبراهيم ڤون مموهون دڠن بركات: "﴿يا توهنكو!﴾ جاديكنله جوڬ ﴿اڤاله جوا كيراڽ﴾ دري كتوروننكو ﴿ڤميمڤين-ڤميمڤين ايكوتن﴾". الله برفرمان: "﴿ڤرموهوننمو دتريما، تتاڤي﴾ جنجيكو اين تيدق اكن دداڤتي اوليه اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم. سمبوتن هاري راي حاج اتاو قربان تيدق لڠكڤ سكيراڽ تيدق مڽوروتي ڤرجواڠن نبي إبراهيم عليه السلام يڠ بڬيتو ڬيتير دان هيبت دالم ممڤرتاهن ستروسڽ مڠمبڠكن اسلام مك اي واجب دجاديكن چونتوه تلادان دالم مڠمباليكن عزةكموليأن اومة اسلام دان مندولتكن كمبالي سلوروه سيستم اسلام مليڤوتي عبادة، سوسيال، ڤوليتيق، ايكونومي دان سباڬايڽ. ڤرجواڠن دالم منڬقكن اسلام بوكن ملالوي جالن سنڠ تتاڤي ڤنوه هالاڠن دان چابرن. كيت منظاهيركن كبيمبڠن دان ممبنته كراس ترهادڤ سواتو دوكومن يڠ دكموكاكن اوليه ڬابوڠن Civil Society Organizations (CSO) ASEAN ، يڠ مڠندوڠي چادڠن-چادڠن يڠ برتنتاڠن دڠن ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان مليسيا دان نيلاي-نيلاي اسلام. انتارا كندوڠن يڠ ساڠت ممبيمبڠكن اياله دالم سيكشن 3.2 دوكومين ترسبوت، چسو أسيان منچادڠكن: “مماستيكن ڤميسهن اڬام دان نڬارا…“ اين مروڤاكن ساتو چادڠن يڠ جلس برتنتاڠن دڠن ڤركارا 3﴿1﴾ ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ منتڤكن اسلام سباڬاي اڬام باڬي ڤرسكوتوان. اين اداله اوسها ترسليندوڠ دان ترانچڠ يڠ ماهو منوكر ايدينتيتي نڬارا كأره منجادي سبواه نڬارا سكولر يڠ منافيكن ڤرانن اسلام دالم ڤنتدبيران كراجأن دان اوروسن كنڬارأن. سيكشن 3.13 ڤولا مڽارنكن ڤلقسانأن اوندڠ-اوندڠ antidiskriminasi اونتوق LGBTQIA+. اين برتنتاڠن سچارا جلس دڠن حكوم دان اوندڠ-اوندڠ اسلام سرتا نورما مشاركة مليسيا. اوندڠ-اوندڠ شريعة د نڬري-نڬري تله مڠحرامكن ڤرلاكوان لواط دان transgender. قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “‌لَتُنْقَضَنَّ ‌عُرَى ‌الْإِسْلَامِ ‌عُرْوَةً ‌عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.“ .- رواه أحمد وابن حبان مقصودڽ : “دمي سسوڠڬوهڽ اكن برلاكو، دروڠكاي ﴿درومبق﴾ ايكاتن اجارن اسلام ﴿يڠ تڬوه﴾ ساتو دمي ساتو. مك، اڤابيلا ستياڤ ساتوڽ درومبق منجاديكن ڤارا ڤڠانوت اسلام برڤڬڠ دڠن سيمڤولن برايكوتڽ ﴿يڠ ماسيه ادا﴾. سيمڤولن ڤرتام يڠ درومبق اياله ﴿ڤلقسانأن﴾ حكوم اسلام دان سيمڤولن تراخير يڠ درومبق اياله ﴿ڤلقسانأن﴾ صلاة.“ مسلمين دان مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم سورة الصافات اية 100 : رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ مقصودڽ : " واهاي توهنكو! كورنياكنله كڤداكو انق يڠ ترهيتوڠ دري اورڠ-اورڠ يڠ صالح!" قصة نبي إبراهيم عليه السلام توروت مڠاجر كيت ڤري ڤنتيڠڽ ممبينا كلوارڬ سكينة يڠ بوكن سهاج اونتوق دراسا اوليه ساتو كلوارڬ سهاج ماله كأره ممبنتوق مشاركة ستروسڽ نڬارا يڠ سجهترا. اد ببراڤ ڤندوان يڠ بوليه ممبنتوق كلوارڬ يڠ بهاڬيا، [1] دڠن منجاديكن كلوارڬ يڠ اهلي سجود، كلوارڬ يڠ اهلي طاعة، كلوارڬ يڠ مڠهياسي رومه دڠن ذكرالله، دان كلوارڬ يڠ سلالو ريندو اونتوق مرأيه كموليأن هيدوڤ د دنيا، دان اخيرة. [2] جاديكن رومه سباڬاي ڤوسة علمو. مميليكي هرتا تتاڤي كورڠ علمو اكن منجاديكن كيت همبا هرتا. بكلكن انق-انق سجق كچيل دڠن علمو دان جاديله اورڠ توا يڠ سنتياس منجادي سومبر علمو باڬي انق-انقڽ. [3] جاديكن رومه تڠڬ سباڬاي ڤوسة نصيحة. مأنسي ممرلوكن اورڠ لأين اڬر بوليه ملڠكڤي ككوراڠن دالم ممڤربأيقكي كسالهن يڠ أدا. برسام كيت ممبينا كلوارڬ سكينة يڠ بهاڬيا دنيا اخيرة يڠ ممڤو ملاهيركن جنراسي صالح يڠ بربقتي كڤد ايبوباڤ سماس دنيا دان تروس داڤت منيتيڤكن دعاء سلڤس كماتين كيت ننتي قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا رواه أحمد مقصودڽ : “اڤ يڠ كامو فهم تنتڠ مندول؟ صحابة لالو منجواب: مندول اداله مريك يڠ تيدق مميليكي انق. لالو رسول الله برسبدا: مندول يڠ سبنر اداله مريك يڠ مميليكي انق، تتاڤي انقڽ تيدق ممبري منفعة بواتڽ.“ بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 7 سورة الفتح: وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَ اتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِیزًا حَكِیمًا مقصودڽ : “دان الله مڠواسأي تنترا لاڠيت دان بومي ﴿اونتوق مڽيقسا اورڠ-اورڠ يڠ درهاك﴾; دان الله اداله مها كواس، لاڬي مها بيجقسان“ مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، الله سبحانه وتعالى مميليكي بالا تنترا يڠ ساڠت باڽق د لاڠيت دان د بومي، يڠ دڠن مريك الله سبحانه وتعالى منولوڠ همبا-همباڽ دان جوڬ مڽيقسا اورڠ-اورڠ يڠ درهاك. منوروت امام الرازي رحمه الله: “تنترا الله بوليه منجادي “تنترا رحمة“ دان “تنترا عذاب“ كڤد مأنسي. كتيك داتڠ ممبنتو اورڠ برايمان اي منجادي ڤڠاول ڤريبادي اتاو ڤريساي رحمة، مانكالا كتيك داتڠ منرجه موسوه الله اي منجادي ڤمبونوه ڬانس اتاو سنجات تاجم. ايڠتله بهاوا كراجأن لاڠيت دان بومي سرتا سموا تنترا يڠ اد ڤد كدواڽ اداله ميليك الله سبحانه وتعالى. الله له يڠ ممبري ڤرتولوڠن دان يڠ ممبري كهينأن كڤد سسياڤا يڠ دكهندقكيڽ. كتاهويله بهاوا تنترا الله سنتياس بروليه ڤرتولوڠنڽ. سيهيبت دان سقوة مان ڤون مأنسي، تتڤ تيدق ممڤو مننديڠي كواس الله سبحانه وتعالى دان تنترا-تنتراڽ. ايكوتيله سڬالا اڤ يڠ تله دتتڤكن اوليه الله دان جاڠن سسكالي اڠكوه منچابر ككواسأن الله. باڽقكن عمل عبادة، جأوهي دوسا دان معصية اڬر كيت سلامت درڤد كبينسأن دان بهاڬيا دنيا اخيرة. كباكرن بسر دإيكوتي ريبوت ڤاسير دان بنجير يڠ ملندا تانه-تانه يڠ درمڤاس اوليه Zinonis Yahudi بارو-بارو اين اداله ساتو ڤريڠاتن الله يڠ تيدق بوليه كيت ابايكن. كتيك مريك برديري مڬه د سباليق تمبوق-تمبوق تيڠڬي يڠ مريك بڠڬاكن، كتيك مريك مراسا امان د باوه ڤرليندوڠن Iron Dome يڠ دأڬوڠ-اڬوڠكن، كتيك مريك برمڬه دڠن سوكوڠن كواس بسر دنيا دان veto PBB يڠ سنتياس مليندوڠي مريك، مريك ترلوڤا ساتو حقيقة ڤاليڠ اڬوڠ، كقواتن الله سبحانه وتعالى تيدق ترتنديڠ اوليه سبارڠ ككواسأن مأنسي. تروسكن ڤرجواڠن مڽوكوڠ دان ممبنتو سودارا ساڬام يڠ تروس برجهاد ممرديكاكن بومي فلسطين دان مسجد اقصى. كتيك سودارا ساڬام كيت برمندي داره دان كهيلڠن هرتا بندا مك كيت تيدق سڤاتوتڽ بريحت سمبيل برڬلق كتاوا. كتيك سودارا كيت يڠ تيدق ڤنت دالم برجواڠ ممرديكاكن فلسطين بومي وقف ميلك سلوروه أومة إسلام مك جاڠن ڤولا كيت ڤنت اونتوق ممبنتو دان بردعاء كڤد مريك. كتيك انق كچيل فلسطين منجادي مڠسا سنجات موسوه مك جاڠن بياركن انق كيت ليكا دڠن هيبورن يڠ دهيداڠ اوليه موسوه. ڤاستيكن كيت ادا ساهم دالم ممبنتو سودارا اڬام. بوكن هاڽ برڤلوق توبوه اڤاته لاڬي ممبري ساهم كڤد موسوه دالم ممبونوه سودارا ساڬام تروسكن بردعاء دان ڽاتكن كبرسمأن كيت برسام رعية دان مجاهدين د فلسطين. تروسكن بويكوت بارڠن دان شريكة يڠ اد كڤنتيڠن دڠن إسرائيل دان ڤركاسكن ڤمبلين بارڠن دان شريكة اومة اسلام. ڤميمڤين نڬارا اومة اسلام مستي لبيه براني دان تڬس دالم مڠهنتيكن كراكوسن دان كڬانسن Zinonis Yahudi دان سكوتو ڤنجنايهڽ. كيت دمولياكن كران ممڤرجواڠكن اسلام. كيت دهينا كران منيڠڬلكن ڤرجواڠن اسلام فرمان الله دالم اية 173 سورة الصافات : وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ مقصودڽ : “دان بهاواسڽ تنترا كامي، مريكله اورڠ-اورڠ يڠ مڠالهكن ﴿ڬولوڠن يڠ مننتڠ كبنرن﴾“ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ برمولا هاري اين هيڠڬ براخيرڽ هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة اين مك باڬي كيت يڠ بركممڤوان دسارنكن اونتوق ملاكوكن عبادة قربان. قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي كممڤوان سداڠكن دي تيدق ملاكوكن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندكتي تمڤت صلاة كامي اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ،اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، يا الله، كامي لتقكن كامو د باتڠ ليهير موسوه-موسوه كامي دان كامي برليندوڠ دڠنمو دري كجاهتن مريك،يا الله هنچوركن كومڤولن مريك،يا الله ڤچهكن ڤاكتن مريك،يا الله لبوركن ڤنديرين مريك،يا الله موسنهكن لڠكه مريك،چڠكمكن انجيڠ-انجيڠمو كڤد مريك،يا الله يڠ مها ممقسا،يا الله يڠ مها ڤركاس،يا الله يڠ مها ممبالس،يا الله، يا الله، يا الله،يڠ منورونكن كتاب،يڠ مغڬرقكن اوان،يڠ تيواسكن تنترا أحزاب،كالهكن مريك، كالهكن مريك، كالهكن مريك دان بريله كمناڠن اونتوق كامي. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ