أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Isnin, 31 Mei 2010

Zionis Yahudi DiPerang Lesen Judi DiTentang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’:
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah
Kini kita berada dipenghujung bulan Mei yang meningatkan kita semua tentang sejarah hitam bagi umat Islam setiap kali tibanya 15 Mei yang digelar dengan NAKBAH- hari malapetaka dalam sejarah umat Islam terutamanya di Palestin, dengan penubuhan negara haram Israel pada 1948. Pada 12 Mei 2010 baru lalu, Perdana Menteri negara haram Israel, Benyamin Netanyahu, di dalam Knesset menegaskan sekali lagi bahawa Yahudi berhak terhadap bandar Quds dengan alasan kononnya Quds dengan nama dalam bahasa Ibrinya dipanggil Sahyun disebut 850 kali dalam Perjanjian Lama (Taurat sedangkan ia tidak disebut dalam kitab-kitab suci lain. Quds juga disebut 142 kali dalam kitab Perjanjian Baru sedangkan al-Quran tidak menyebut walaupun sekali di antara 26 nama Arab untuk Quds sehinggalah dalam tafsiran al-Quran yang berkembang mulai abad ke 12 dikatakan di sana ada ayat yang menunjuk kepada Quds. Para wakil Arab di Knesset membantah kenyataan Netanyahu dengan menyebut bahawa Quds ialah qiblat pertama umat Islam dan tanah haram ke 3, dengan menuduh Netanyahu cuba memutar-belitkan sejarah. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Di tanah inilah saksi kepada jihad yang mengorbankan jutaan umat Islam bagi mengembalikan kemerdekaan Palestin. Bagi Yahudi pula, kononnya bumi tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah kampung halaman nenek moyang mereka berasal dari Bani Israel dan Yahudi percaya di tanah itulah terletaknya Bukit Zion tempat tertanamnya Haikal Sulaiman iaitu kuil suci mereka. Manakala Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci di mana Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi Isa, tempat Nabi Isa menyampaikan ajarannya dan disalib mengikut pegangan mereka. Sejak zaman nabi Ibrahim lagi yang merupakan moyang kepada keturunan Bani Israel dan Bani Ismail telah mendiami bumi Palestin. Meskipun Yahudi mendakwa Palestin sebagai tanah warisan mereka tetapi Allah sendiri menafikannya antaranya ayat 67 surah Ali ‘Imran :
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya : Bukanlah nabi Ibrahim itu Yahudi dan bukannya juga Nasrani tetapi dia adalah orang yang lurus, bersih (dari syirik dan sesat) dan muslim (berserah diri kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menghancur Islam dan umatnya termasuk dengan merenggangkan semangat persaudaraan Islam dengan menyuburkan semula semangat kebangsaan sempit. Isu Palestin yang merupakan isu umat Islam dialihkan kepada isu negara Arab seterusnya dipinggirkan lagi sebagai isu rakyat Palestin sahaja. Contohilah perjuangan Salehudin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdis tetapi bangkit atas dasar Islam membebaskan masjid Aqsa hasil daripada surat banduan Palestin yang terseksa dalam penjara kerajaan Salib Kristian ketika betapa banyak surat lagi yang dihantar kepada raja-raja Arab sekelilingnya tetapi tidak dihiraukan. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Baituil Maqdis yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Sayidina Umar al-Khottab sebaik sahaja membebaskannya daripada cengkaman Empayar Rom. Bersamalah kita membantu umat Palestin yang merupakan penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Jangan tunggu sehingga Masjid Aqsa menyembam tanah baru kita merintih sedih. Jangan kita menjadi umat Islam yang paling lemah iaitu membiarkan sahaja Masjid Aqsa runtuh pada zaman kita hidup. Tirulah apa yang dilakukan oleh umat Islam ketika Majid Aqsa dibakar pada tahun 1969 sehingga mereka bangkit yang menyebabkan hampir seluruh Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin. Kita mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang disertai lebih dari 50 buah negara sehingga ada sukarelawan yang mati ditembak dan ramai lagi yang cedera. Jangan kerana nasihat APCO-pro Zionis menyebabkan pemimpin negara menutup mata atas kekejaman Yahudi ini. Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali
قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ - رواية الترمذي دان النسائي
Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ketika umat Islam bangkit mengecam laman facebook yang menghina nabi Muhammad s.a.w dengan suatu kumpulan menganjur pertandingan melakar wajah nabi, kemudian pengharaman laman youtube oleh Pakistan yang menghina Islam disamping mengutuk tindakan biadap seorang peguam perempuan Perancis yang telah berusia 60 tahun yang sanggup menarik tudung seorang muslimat di khalayak ramai kerana benci pada Islam maka kita begitu sedih apabila pemimpin Melayu tergamak menghalalkan lesen judi sukan yang boleh merosakkan aqidah dan akhlak pemimpin dan masyarakat dengan alasan memualkan. Jika kita memerhati kepada pegangan agama lain terhadap judi seperti Budha Hinayana menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”. Kristian pula memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang termasuk judi yang menyaksikan majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’, Manakala Yahudi menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Amat malang di Negara kita adanya umat Islam sendiri yang tidak takut kepada Allah dalam menjadikan judi sebagai budaya. Hanya orang yang tiada agama dan moral sahaja yang sanggup menghalakan lesen judi. Oleh itu kita jangan menjadi rakyat yang tiada agama dan moral untuk menyokong dan bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermaruah. Bersatu haramkan judi, dunia sentosa akhirat bahagia. Bersama menolak pemimpin judi untuk keamanan negara. Kita juga begitu sedih bila mempunyai pemimpin yang begitu sibuk menakut-nakutkan rakyat tentang negara bakal muflis tahun 2019 jika subsidi terus diberi sedangkan sikap pecah amanah, rasuah, ketirisan dalam pengurusan negara yang melibatkan kerugian yang lebih besar daripada subsidi terus disembunyikan. Inilah kesan buruknya bila memilih pemimpin yang bila untung dirasa seorang bila susah rakyat yang dipaksa tanggung
Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 6 Mei 2010

Islam DiBendung Negara DiLelong

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 12 surah Luqman :
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji
Taqwa dan syukur antara sifat mahmudah atau terpuji yang wajib ada pada diri kita agar menjadi hamba Allah yang berbahagia hidup di dunia dan akhirat. 2 sifat ini mudah dan ringan disebut dilidah namun perlu kepada usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh sehingga ia mampu sebati dan subur dalam jiwa kita. Antara tanda manusia yang taqwa dan syukur pada Allah ialah boleh dilihat pada lidah dengan sibuk berzikir, membaca al-Quran, bermuzakarah, nasihat menasihati, bercakap benar dan sebagainya di samping menjauhi sifat berbohong, mengumpat, mengadu domba, berbual kosong (sia-sia) dan sebagainya. Hati orang bersyukur sentiasa jauh daripada hasad dengki, buruk sangka, dendam dan sebagainya. Mata pula tidak memandang perkara yang diharamkan oleh Allah seperti memandang perempuan yang bukan mahram dengan syahwat, gambar lucah dan sebagainya. Tidak memandang dunia dengan keinginan sebaliknya mengambil segala iktibar daripadanya. Perutnya tidak makan makanan yang haram atau syubhat manakala tangannya tidak digunakan untuk memegang perkara yang haram dan bukan hak. Sementara kakinya tidak digunakan untuk berjalan ke tempat maksiat sebaliknya digunakan untuk pergi ziarah, dakwah, tempat ibadah dan sebagainya. Ketaatan orang bersyukur hanya untuk mencari keredhaan Allah dan sebaliknya khuatir dan bimbang dari berlaku perasaan riak dan kemunafikan. Maksud Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kufur nikmat,” (Hadis Riwayat at-Tabrani).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak mungkin berkumpul iman dan kufur dalam jiwa seseorang dan juga tidak mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tidak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa,” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah an-Nuur :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan
Majunya sesuatu bangsa dan tamadun bergantung kepada sejauh mana kejayaan dalam melahirkan rakyat yang bertaqwa dan bersyukur. Kita pada hari ini sentiasa disajikan dengan laporan pembuangan bayi yang tidak berdosa malah mengikut laporan parlimen berlakunya peningkatan 50 peratus jenayah seks dalam tempoh 5 tahun iaitu iaitu 2 427 kes tahun 2005 kepada 4 238 kes pada 2009 yang melibatkan rogol, liwat dan sumbang mahram. Timbulnya cadangan baru di Dewan Negara supaya bapa kepada bayi yang dibuang di negara ini dikenakan hukuman kasi bagi mengajar golongan lelaki yang terbabit supaya lebih bertanggungjawab. Sebelum ini sudah banyak cadangan seperti lelaki yang mempunyai rekod jenayah seksual dipakaikan cawat besi bagi mengekang hawa nafsu dan naluri lelaki terbabit.
Begitu juga cadangan supaya lelaki yang disabitkan atas jenayah seksual diasingkan di suatu tempat yang jauh daripada wanita. Ada juga cadangan suopaya dipotong telinga perogol dan sebagainya. Semua cadangan di atas dibuat bagi mencari penyelesaian dalam menghadapi gejala sosial dan pembuangan bayi. Hukum yang dicadangkan itu pula tertumpu kepada pesalah yang melakukan kesalahan itu tanpa mengambil kira akar umbi kenapa gejala sedemikian berleluasa. Sepatutnya apa yang berlaku menimbulkan keinsafan kepada pemimpin untuk kembali kepada hukum al-Quran yang telah jelas dan terbukti keadilannya. Kerajaan wajib mengharamkan filem ganas dan seks dikaca tv, penapisan intenet, majalah serta vcd lucah yang semakin subur di pasaran. Kita mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter dan diharapkan dapat diikut oleh pengangkutan awam yang lain sebagaimana negara maju seperti Jepun. Kelantan sendiri telah lama mengasingkan antara jantina di kaunter pembayaran pasasaraya. Cuma perlu kepada kerjasama semua pihak dalam menjayakannya
Ketika negara semakin teruk dilanda krisis akhlak tiba-tiba kerajaan bertindak bacul meluluskan kedatangan kumpulan muzik Pitbull dalam suatu konsert secara terbuka itu yang ditaja oleh sebuah syarikat arak di mana kumpulan ini terkenal dengan imej budaya arak, dadah, seks dan pergaulan bebas. Walau pun ada jaminan daripada kementerian berkenaan supaya ia terkawal tetapi racun tetap racun. Tidak serik lagikah dengan pesta seks di Port Dickson dan pesta arak di Pahang sebelum ini. Tidak serik dengan amaran Allah melalui gempa bumi, tsunami, banjir besar atau memang pemimpin negara sudah terlalu hebat untuk mencabar kekuasaan Allah. Jangan sekali-kali kita redha dengan maksiat yang mengundang balasan Allah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 268 surah al-Baqarah :
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya
Suburnya sumber haram dalam mengaut keuntungan dan membina kekayaan negara adalah suatu yang membimbangkan. Kenyataan terbaru Timbalan Menteri Kewangan yang berbangsa Melayu bahawa Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Kenyataan ini begitu memualkan seolah-olah tiada erti halal haram syurga neraka ketika orang bukan Islam sendiri bangkit menentang penyuburan amalan judi yang merosakkan. Itu belum dikira dengan beberapa badan yang menjaga kebajikan orang ramai seperti laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat arak itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit. Amanah Raya Berhad pula merupakan GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg disamping laporan Tahunan Magnum Corporation 2006 pula menunjukkan Amanah Raya Berhad memiliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi. Bila arak dan judi menguasai negara maka tunggulah saat kehancuran yang dahsyat daripada Allah jika kita tidak bangkit menentangnya. Di depan kita ada dua pilihan samada berjuang agar arak dan judi dibanteras dengan mendapat kemuliaan di sisi Allah atau kita lebih senang berdiam diri apatah lagi turut sama memberi sokongan sehingga kita bakal dihina di dunia dan diseksa di akhirat sana.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Pemimpin negara terus merayu simpati rakyat untuk menghalalkan GST iaitu suatu dasar yang mengenakan cukai kepada semua pihak samada pengusaha atau pengguna. Ia seolah-olah menunjukkan wang negara semakin susut sehingga terpaksa memerah semaksima yang mungkin terutama terhadap golongan miskin sedangkan dalam masa yang sama pemimpin boleh membazirkan RM 77 juta untuk mengupah APCO pro zionis yahudi sehingga rahsia dan maklumat negara tergadai ke tangan musuh Islam. Persahabatan dengan syarikat zionis yahudi ini begitu membimbangkan terutama kepada kedaulatan negara dan nasib umat Islam. Tokoh gerakan Islam sentiasa mengingatkan bahawa setiap sesuatu ada tempat kembalinya. Kapitalis dan sekuler misalnya bila menghadapi masalah berdepan dengan gerakan Islam maka ia akan merujuk kepada tuannya iaitu yahudi dam Kristian. Begitu juga yang terbaru selepas tergadainya Pulau Batu Putih kepada Singapura kini digadai pula 2 telaga minyak secara percuma kepada Brunei tanpa melalui parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ia merupakan suatu pengkhiatan pemimpin terhadap rakyat dan kedaulatan Perlembagaan negara. Pemimpim hanya sibuk menarik balik royalti minyak daripada Terengganu dan menafikan RM 2 bilion royalti kepada Kelantan sedangjkan boleh diberi RM 320 bilion secara percuma kepada negara lain. Ibarat kata pepatah kera dihutan disusukan anak di rumah mati kelaparan
Firman Allah dalam ayat 27-28 surah al-‘Anfal:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ