أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Sabtu, 17 Mei 2025

Khutbah Jumaat : Guru DiJulang, Kemerdekaan Palestin DiPerjuang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 11 surah al-Mujadilah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ‎﴿١١﴾‏ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan GURU adalah insan yang sangat dimuliakan di dalam Islam dan diberi kedudukan yang tinggi sesuai dengan peranannya yang sangat memberi kesan kepada masa hadapan anak murid juga umat keseluruhannya. Rasulullah SAW adalah guru utama kepada umat manusia. Jasa guru-guru ini tidak sekadar dikenang semasa sambutan Hari Guru sahaja bahkan ia mesti dihargai sepanjang masa. Semua tokoh hebat di dunia ini adalah hasil dari didikan golongan yang mulia ini. Pada masa kini, memegang status sebagai seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah. Realiti pada hari ini, menjadi seorang guru bermaksud individu tersebut perlu berhadapan dengan karenah serta perangai pelbagai pihak terutamanya ibubapa dan pelajar-pelajar. Ianya bukanlah satu perkara yang mudah, namun memerlukan kepada kesabaran dan kesungguhan dalam mendidik generasi yang terbaik. Sebenarnya manusia ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan ragamnya, tetapi secara khusus dapatlah dibahagikan kepada tiga. Yang berilmu, yang belajar dan yang tidak berilmu dan tidak belajar. Justeru itu, Saidina Ali R.A berkata: النَّاسُ ثَلَاثَةٌ: فَعَالِمٌ رَبَّانِيٌّ، وَمُتَعَلِّمٌ عَلَى سَبِيلِ نَجَاةٍ، وَهَمَجٌ رَعَاعٌ أَتْبَاعُ كُلِّ نَاعِقٍ، يَمِيلُونَ مَعَ كُلِّ رِيحٍ Maksudnya: “Manusia ada tiga jenis: Seorang alim rabbani (yang takut kepada Allah SWT) dan seorang murid (pelajar) yang ingin selamat, dan selain itu rakyat jelata pengikut tiap suara seruan, condong mengikut arah angin. Beliau juga berkata: Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan kamu menjaga harta, dan ilmu bertambah jika disiarkan sedangkan harta berkurangan jika dibelanjakan…Dan ulama’ itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada, dan ajaran mereka selalu diingati dalam hati.” Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Dengan menekuni nas-nas jelas menunjukkan betapa mulianya guru kerana dia telah membawa bersamanya ilmu. Begitu juga dengannya dia dapat menunjukkan pelajarnya erti kehidupan dan kemanusiaan yang mana wajib mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Antara yang menunjukkan kemuliaan guru atau mu’allim ialah: [1] Kebaikan yang Allah SWT kurniakan kepadanya. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda: مَنْ يُرِدِ اَللَّهُ بِهِ خَيْرًا, يُفَقِّهْهُ فِي اَلدِّينِ – رواه البخاري ومسلم Maksudnya: “Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya.” Riwayat al-Bukhari (71) dan Muslim (1037) [2] Guru sebagai khazanah harta yang tiada ternilai. Benarlah sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A: وَالنَّاسُ مَعَادِنُ، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ إِذَا فَقِهُوا – رواه البخاري ومسلم Maksudnya: “Manusia itu adalah umpama barang-barang galian seperti barang galian emas dan perak. Sebaik-baik mereka di zaman kejahilan dulu juga akan menjadi sebaik-baik manusia setelah mengikut Islam jika mereka memahami Islam itu.” [3] Guru menjadi penunjuk jalan kebaikan. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah R.Ahuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ – – رواه البخاري ومسلم- رواه ومسلم Maksudnya: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun.” [4] Guru selamat daripada celaan. Hal ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda: الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ، مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرَ اللهِ أَوْ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا – – رواه ابن ماجه والترمذي Maksudnya: “Dunia ini dan seisinya adalah laknat kecuali mengingati Allah, yang membawa kepada taat kepada-Nya, orang alim (guru) dan pelajar.” Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 269 surah al-Baqarah : يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ ‎﴿٢٦٩﴾‏ Maksudnya : Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya Sebagai pelajar maka kita wajib memuliakan guru kita dan antara tanggungjawab yang sepatutnya kita tunaikan ialah: Menghormati dan memuliakannya, walaupun sudah selesai dari bangku sekolah. Imam Nawawi berkata: “Seorang murid hendaklah melihat gurunya dengan pandangan penghormatan. Hendaklah dia meyakini keahlian gurunya berbanding yang lain. Kerana perkara itu akan menjadikan seorang murid dapat mengambil banyak manfaat darinya, dan lebih dapat memberi kesan dalam hati terhadap apa yang dia dengar dari gurunya tersebut.” Berdoa untuk kepada guru. Menjaga adab ketika berada dalam majlis guru seperti memberi sepenuh perhatian dan fokus. Menolong dan membantu serta menyelesaikan hajat gurunya apabila gurunya perlu kepada bantuannya dengan ini sudah pasti unsur keberkatan akan menyelubungi kehidupan murid tersebut. Tidak berasa hati apatah lagi berdendam kepada gurunya, Menziarahi gurunya apabila sakit atau mati. Begitu juga jika perlu pada masa hayat gurunya dengan menzahirkan sifat tawaduk sekalipun muridnya sudah menjadi tokoh yang terbilang. Tidak sombong serta takabbur kepada gurunya. Sentiasa bersikap rendah diri kepada guru Mencontohi dan meneladani akhlak guru Tidak membenci guru, tidak memaki guru, tidak menyakiti guru, tidak menyakiti hatinya, tidak meninggikan suara dengan guru, tidak bermasam muka dengan guru dan tidak menghina guru Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا ‎﴿٧٤﴾‏ Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar Tanggal 15 Mei setiap tahun semenjak 1948 adalah tarikh yang menikam hati dan perasaan umat Islam, nakbah Palestin atau pun bencana Palestin yang hilang daripada peta digantikan dengan negara haram Israel. Pengusiran dan pembantaian kepada umat Palestin tidak berhujung, seolah dunia Islam sudah pekak dan tuli terhadap jeritan mangsa penindasan. Hilang sensitiviti dengan kemuliaan masjidil Aqsa yang diceroboh serta pembantaian lebih setahun di Gaza yang menikam sukma orang beriman Namun, dalam kesombongan dan kekejaman yang berpanjangan, kita mula menyaksikan tanda-tanda kehancuran yang Allah telah janjikan. Tujuh bukti nyata ini adalah manifestasi bagaimana regim Zionis sedang runtuh dari dalam. [ 1 ] Kejatuhan ekonomi yang parah di mana Israel sedang menghadapi kemerosotan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Bank Israel melaporkan ekonomi negara itu menguncup sebanyak 19.4 peratus pada suku terakhir 2023, didorong oleh konflik berterusan dan ketidakstabilan politik¹. Kos peperangan yang meningkat menelan lebih USD 55 bilion setakat awal 2024, meletakkan beban berat kepada fizikal negara² . [ 2 ] Kejatuhan teknologi tinggi dan kehilangan pelabur asing di mana Jumlah pelaburan menyusut kepada $7.3 bilion, sementara 42% firma modal teroka asing memilih untuk tidak melabur dalam syarikat permulaan Israel⁷.Hampir 70 peratus syarikat permulaan Israel mengambil langkah memindahkan dana dan operasi mereka ke luar negara. [ 3 ] Perpecahan dalaman, ancaman eksistensi dan gelombang penghijrahan di mana Pada tahun 2024 sahaja, sebanyak 82,700 penduduk Israel meninggalkan negara itu, menurut Biro Statistik Pusat Israel [ 4 ] Reformasi kehakiman yang memporak-perandakan politik di mana Cadangan reformasi kehakiman oleh kerajaan Netanyahu mencetuskan krisis politik terbesar dalam sejarah moden Israel. Hampir 500,000 rakyat Israel turun ke jalanan menuntut keadilan dan demokrasi. [ 5 ] Kebangkitan Muqawamah dan Taufan Aqsa di mana Serangan tersebut meruntuhkan ego “sistem keselamatan terbaik dunia” dalam sekelip mata, menunjukkan bahawa tembok keangkuhan itu tidak lagi kebal daripada serangan balas. [ 6 ] Kebakaran hutan terbesar dalam sejarah Israel di mana lebih 450,000 hektar hutan musnah; bersamaan dengan 20% daripada kawasan hutan negara itu¹, merosakkan infrastruktur dan menelan kos sebanyak USD 12.7 bilion. Diikuti dengan rebut pasir dan banjir secara serentak [ 7 ] Kehilangan sokongan global dan pengasingan diplomatic termasuk Presiden Amerika Syarikat Trump menolak permintaan Netanyahu untuk bertemu, dan sebaliknya menandatangani perjanjian pertahanan bernilai $142 bilion dengan Arab Saudi. Lebih mengejutkan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara terbuka menyatakan sokongan kepada penyelesaian dua negara dan menolak polisi perluasan tanah Israel di Tebing Barat. Percayalah, sebagaimana malam paling kelam sekalipun akan berakhir dengan terbitnya fajar, derita Palestin juga pasti berakhir dengan sinar kemerdekaan. Teruskan berdoa! Teruskan bersuara! Teruskan boikot! Dari sungai ke sanggara, Palestin akan Merdeka! Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran : إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠﴾ Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri .بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Qiamat DiIngat, Jihad Palestin DiTingkat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 18 surah al-Hasyru: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ‎﴿١٨﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Allah memerintahkan setiap individu memelihara diri daripada perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah, sentiasa menyedari kehadiran Allah dalam kehidupannya. Seterusnya hendaklah memastikan keseluruhan diri berada dalam syariat Allah, dan tidak mencerobohnya denga perlakuan maksiat. Dengan demikian seseorang yang mahukan dirinya sentiasa dalam ketakwaan, perlu bermuhasabah. Jika terbukti dia melakukan pelanggaran, hendaklah segera bertaubat dan menyempurnakan ketaatan penuh istiqamah, dengan memastikan terus berada di atas landasan syarak serta meningkatkan kualiti amalan penuh kesetiaan. Justeru, bermuhasabahlah dengan langkah-langkah berikut :- Pertama : mulakan dengan menyemak perkara yang wajib dan yang sepatutnya dilakukan. Jika didapati ketinggalan atau kekurangan maka pastikan diqada, dilengkapkan atau disempurnakan serta bertaubat. Kedua : periksa diri, jika terdapat larangan atau perkara yang tidak disukai Allah ada dalam senarai, maka jangan diulangi, berjanjilah bahawa kita tidak akan mengulanginya dan bertaubatlah. Ketiga : mengingati semula jika kita terlalu banyak membuang masa dalam perkara yang harus atau melalaikan, maka bersegeralah mengingati Allah dan pastikan penglibatan dalam perkara yang harus itu membawa kepada kebaikan dan memberi pahala. Keempat : membayangkan semula segala apa yang terlibat dengan perasaan, pemikiran, sikap dan pergerakan kita. Jika lebih kepada perkara yang negatif, berazamlah untuk tidak akan mengulanginya lagi. Sebaliknya, berubahlah dengan memastikan penglibatan semua itu dalam perkara yang positif, bersih dan menepati syarak. Kelima : tidak membiarkan diri kita dengan sikap tidak perlu bermuhasabah dan bertaubat kerana berpendapat kita orang yang soleh tidak berbuat dosa, atau sebaliknya berputus-asa disebabkan terlalu banyak maksiat dilakukan, menunggu mendapat hidayah, menyangka belum tiba ajal lantaran masih muda, atau terpengaruh dengan rakan yang tiada kecenderungan bermuhasabah dan bertaubat. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Kita tidak sepatutnya hanya perlu menunggu suatu yang pelik berlaku untuk berubah menjadi baik atau baru mahu insaf untuk bertaubat. Telah banyak perkara besar yang disebutkan oleh nabi s.a.w termasuk tentang alamat atau tanda Qiamat yang berlaku depan mata kita sendiri yang mengingatkan kita tentang betapa hampirnya dunia ini kepada saat kehancuran. Antaranya melalui suatu hadis عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ Maksudya: Rasulullah s.a.w menghampiri kami saat kami sedang membicarakan sesuatu, baginda s.a.w bertanya: “Apa yang kalian bicarakan?” Kami menjawab: Kami membicarakan berkenaan Qiamat. Baginda s.a.w bersabda: “Qiamat tidaklah terjadi hingga kalian melihat 10 tanda-tanda sebelumnya.” Baginda s.a.w menyebut iaitu [1] Asap, [2] Dajjal, [3] binatang yang akan bercakap kepada manusia, [4] terbitnya matahari dari barat, [5] turunnya nabi Isa bin Maryam a.s, [6] ya’juj dan ma’juj, [7] 3 gempa bumi; gempa bumi di timur, [8] gempa bumi di barat dan [9] gempa bumi di jazirah arab dan [10] yang terakhir adalah api muncul dari Yaman menghalau manusia menuju tempat perkumpulan mereka (HR imam Muslim) Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49: وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٨﴾ مَا يَنظُرُ‌ونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ Maksudnya : Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”, Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). Kita jangan menjadi umat yang sibuk mencari tarikh Qiamat dan hanya melihat sahaja tanda-tanda Qiamat berlaku di depan mata tanpa mengambil iktibar apatah lagi berlumba-lumba untuk menambah bekalan akhirat disamping menjauhi larangan Allah. Gempa bumi silih berganti serta peperangan yang tidak berkesudahan sepatutnya mengetuk hati kita untuk semakin mengingati tentang qiamat قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ – رواه البخاري Maksudnya : “Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah hilangnya ilmu, banyak terjadi gempa bumi, waktu berjalan dengan cepat, timbul berbagai macam fitnah, banyaknya Al haraj -iaitu pembunuhan- dan harta melimpah ruah kepada kalian” Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Dunia terkini menyaksikan bagaimana konflik yang memuncak antara India dan Pakistan susulan serangan pihak tertentu di Pahalgam pada 22 April lalu yang membunuh puluhan mangsa dan terkini Operasi Sindoor yang dilancarkan India terhadap Pakistan telah menimbulkan kebimbangan global, khususnya terhadap kesannya terhadap keselamatan makanan. India dan Pakistan, dua negara bersenjata nuklear, juga merupakan pengeluar utama hasil pertanian. Kedua negara ini menyokong kehidupan lebih 1.7 bilion penduduk dan menyumbang secara signifikan kepada pasaran makanan global. Sebarang gangguan terhadap pengeluaran pertanian mereka boleh memberi kesan besar di peringkat antarabangsa. Kita doakan semoga konflik ini dapat diredakan dengan kadar segera Konflik ini juga mengingatkan kita tentang hadis bahawa di akhir zaman akan berlakunya peperangan terhadap Hind antaranya : عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنْ النَّارِ : عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ ، وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى بْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام Maksudnya : “Ada 2 golongan dari umatku yang Allah akan menjaga mereka dari api neraka : Golongan pertama ialah orang-orang yang memerangi Hind dan golongan kedua ialah orang-orang yang bersama Nabi Isa Ibni Maryam Alaihissalam (memerangi Dajjal dan tenteranya). ” [HR Nasai, Ahmad dan lain-lain] عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : وَعَدَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزْوَةَ الْهِنْدِ ، فَإِنِ اسْتُشْهِدْتُ كُنْتُ مِنْ خَيْرِ الشُّهَدَاءِ ، وَإِنْ رَجَعْتُ فَأَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ الْمُحَرَّرُ Diriwayatkan dari Abu Hurairah RH beliau berkata : Rasulullah s.a.w telah menjanjikan kita peperangan Hind. Jika aku mati syahid maka aku termasuk sebaik-baik syuhada’. Jika aku kembali, maka aku ialah Abu Hurairah yang terbebas (dari api neraka). [HR Ahmad] Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ“ Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam Wahai hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi. Umat Islam yang bermaruah pasti terus memberi pertolongan dan perhatian semaksima yang mungkin kepada saudara seagama di Palestin yang terus dibunuh tanpa belas kasihan oleh musuh Islam. Jangan rasa penat dan putus asa dalam membantu saudara kita ke arah memerdekakan bumi Palsetin yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam dan Masjid Aqsa. Kita yakin dengan janji kemenangan daripada Allah Palestin membuka ruang bagi umat islam yang mengejar mati Syahid dan juga menguji siapakah dari kalangan umat Islam yang benar-benar bersungguh dalam membantu perjuangan jihad suci dalam memerdekakan bumi Palestin Ribut pasir, banjir dan kebakaran besar yang melanda tanah-tanah yang dirampas oleh Zionis Israel adalah satu peringatan ilahi yang tidak boleh kita abaikan. Ketika musuh berdiri megah di sebalik tembok-tembok tinggi yang mereka banggakan, Ketika mereka merasa aman di bawah perlindungan Iron Dome yang diagung-agungkan, Ketika mereka bermegah dengan sokongan kuasa besar dunia dan veto PBB yang sentiasa melindungi mereka, Mereka terlupa satu hakikat paling agung, Kekuatan Allah SWT tidak tertanding oleh sebarang kekuasaan manusia. Di tengah-tengah kebakaran yang membakar tanah yang mereka rampas secara haram, Hari ini, mereka sepatutnya merayakan ulang tahun ke-77 penubuhan negara haram mereka. Tetapi lihatlah bagaimana Allah membalikkan perayaan itu. Daripada hari sorak menjadi hari tangis, daripada kegembiraan menjadi hari darurat nasional. Lebih menakjubkan lagi, api itu hanya menjilat kawasan pendatang Zionis. Tanah yang diduduki oleh warga Palestin yang mereka rampas hampir tidak disentuh langsung. Teruskan perjuangan menyokong dan membantu saudara seagama yang terus berjihad memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Tiada erti kalah dan menyerah kalah dalam kamus pejuang Islam. Firman Allah dalam ayat 173 Surah as-Saaffat وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ Maksudnya : “Dan bahawasanya tentera Kami, merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 1 Mei 2025

Khutbah Jumaat : Pekerjaan Halal DiJaga, Tentera Allah Bantu Palestin Merdeka

Khutbah Jumaat : Pekerjaan Halal DiJaga, Tentera Allah Bantu Palestin Merdeka السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 88 surah al-Maidah: وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ ‎﴿٨٨﴾‏ Maksudnya : Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. Setiap 1 Mei kita menyambut Hari Pekerja. Islam menyuruh umat Islam supaya bekerja dan mencari rezeki halal bagi meneruskan kelangsungan hidup. Setiap individu yang mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi fizikal dan mental adalah dituntut agar bekerja. Islam amat memuji pekerja yang mahir lagi profesional sebaliknya menegah manusia daripada sifat malas dan meminta-minta. Bekerja boleh menjadi ibadah yang terbaik kerana ia juga merupakan sunnah Nabi. Islam menyukai orang yang kepenatan di dalam mencari rezeki yang halal kerana ia juga dikira sebagai ibadah sebaliknya mengecam mereka yang menganggur dan menjadi beban kepada masyarakat. قَالَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ فَيَأْتِيَ بِحُزْمَةِ الْحَطَبِ عَلَى ظَهْرِهِ فَيَبِيعَهَا فَيَكُفَّ اللَّهُ بِهَا وَجْهَهُ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ النَّاسَ أَعْطَوْهُ أَوْ مَنَعُوهُ - رواه البخاري Maksudnya : “Seseorang itu mengambil tali lalu mambawa pulang seberkas kayu api di atas bahunya lalu dia menjualnya dengan itu Allah s.w.t. menjaga air mukanya, maka itu adalah lebih baik kepadanya daripada dia meminta daripada manusia sama ada mereka memberikan kepadanya atau tidak”. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Walaupun Islam menyarankan agar bertawakal kepada Allah SWT di dalam setiap urusan kehidupan, namun ia perlu dilaksanakan setelah berusaha melakukan pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil. Rezeki yang ditentukan oleh Allah di dalam kehidupan seseorang amat berkait rapat dengan kerja dan usaha yang berterusan seperti kata pepatah 'Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.' Islam memuji dan memberi galakan kepada sesiapa yang Ikhlas mencari rezeki halal untuk menampung kehidupan keluarga ‎ قَالَ النَّبِيِّ : إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ - رواه البخاري Maksudnya : Sesungguhnya kamu tidaklah membelanjakan nafkah yang kamu harapkan redha Allah dengannya (nafkah tersebut) melainkan kamu akan diberikan ganjaran ke atasnya, sekalipun jua nafkah yang kamu jadikannya di dalam mulut isteri kamu. Islam turut menekankan agar kita bekerja dengan bersungguh dan tekun قَالَ النَّبِيِّ : إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ - رواه الطبراني والبيهقي Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.” Al-Munawi berkata makna Itqan apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang, yakni dia menyempurnakannya. Pepatah menyebut: Orang yang hebat hanya memiliki sedikit masa namun banyak hasil dan kerjanya. Sedangkan orang yang malang memiliki banyak masa, namun hanya sedikit sahaja yang dapat dilakukannya Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 81surah Toha : كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَلَا تَطْغَوْا فِيهِ فَيَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبِي ۖ وَمَن يَحْلِلْ عَلَيْهِ غَضَبِي فَقَدْ هَوَىٰ﴿٨١﴾ Maksudnya : Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia. Islam memerintah umatnya agar menjauhi sumber dan makanan yang haram. Antara pekerjaan yang jelas diharamkan oleh Allah ialah perkara yang berkaitan arak Hadis daripada Anas bin Malik sabda Nabi S.A.W: قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْخَمْرِ عَشَرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِيَ لَهَا وَالْمُشْتَرَاةَ لَهُ ‏ - رواه الترمذي Maksudnya: Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya. Allah juga memberi ancaman yang keras daripada terlibat dengan riba Firman Allah dalam ayat 278-279 surah al-Baqarah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ‎﴿٢٧٨﴾‏ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ‎﴿٢٧٩﴾‏ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Begitu juga haramnya Rasuah dan pekerjaan yang menggadai maruah seperti bekerja di tempat-tempat yang boleh menggadaikan maruah diri sebagai seorang Muslim atas nama teman sosial di kelab malam, penari, penyanyi dan pemain alat muzik di kelab malam terdapat hidangan arak dan pergaulan bebas lelaki perempuan, pengawal keselamatan untuk tempat maksiat, tukang urut untuk berlainan , menjadi model pakaian atau iklan yang mendedahkan aurat dan menjadi tontonan orang ramai dan sebagainya Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 7 Surah al-Fath وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِیزًا حَكِیمًا Maksudnya : "Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" Allah swt memiliki bala tentera yang sangat banyak di langit dan di bumi, yang dengan mereka Allah swt menolong hamba-hambaNya dan juga menyeksa orang-orang yang derhaka. Menurut Imam ar-Razi rahimahullah: "Tentera Allah boleh menjadi “tentera rahmat” dan “tentera azab” kepada manusia. Ketika datang membantu orang beriman ia menjadi pengawal peribadi atau perisai rahmat, manakala ketika datang menerjah musuh Allah ia menjadi pembunuh ganas atau senjata tajam. Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Anfal: إِذۡ یُوحِی رَبُّكَ إِلَى ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ أَنِّی مَعَكُمۡ فَثَبِّتُوا۟ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۚ سَأُلۡقِی فِی قُلُوبِ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ ٱلرُّعۡبَ فَٱضۡرِبُوا۟ فَوۡقَ ٱلۡأَعۡنَاقِ وَٱضۡرِبُوا۟ مِنۡهُمۡ كُلَّ بَنَانࣲ Maksudnya : "(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka". Kesemua tentera Allah ini melaksanakan tugasan mengikut aturan dan arahan Allah swt. Antara tentera Allah ialah: 1. Para Malaikat. 2. Matahari, di mana ia pernah berhenti seketika (lambat terbenam) ketika membantu perjuangan seorang nabi (bani Israel). 3. Api pernah bertukar sejuk, nyaman dan menyelamatkan nabi Ibrahim Alaishissalam. 4. Laut pernah membantu nabi Musa Alaihissalam dan Bani Israel ketika mereka melarikan diri daripada buruan Firaun. 5. Burung Ababil daripada berbagai kelompok dan arah pernah merejam batu kepada tentera bergajah ketika mereka mahu musnahkan Kaabah. 6. Belalang, kutu, katak, darah pernah menyerang Firaun dan para pengikutnya. 7. Air, yang memusnahkan dan melenyapkan penentang Nabi Nuh Alaihissalam. 8. Angin, yang dahsyat beserta guruh dan halilintar menghancurkan kaum 'Aad dan Tsamud. 9. Angin taufan dan hujan batu yang menjahanamkan kaum Luth yang terlibat dengan liwat. 10. Hujan penghilang dahaga, pembersih jasad dan membuatkan mengantuk menjadi tentera penenang umat Islam sebelum perang Badar. 11. Rasa gerun dan gentar turut menjadi tentera Allah. Dengar sahaja kemaraan tentera Muslimin, musuh terus kecut perut. 12. Pejuang-pejuang Islam dari kalangan kaum muslimin. 13. Virus yang menghuru-harakan kehidupan manusia. Memahami ayat-ayat Allah swt berkaitan tentera-tenteraNya ini sangat penting bagi mengenal Tuhan sekalian alam yang berkuasa Mutlak mengarahkan semua tenteraNya samada untuk membantu pejuang-pejuangNya atau membinasakan penderhaka-penderhaka yang menentangNya. Jika satu tenteraNya pun kita tidak mampu hadapi maka usahlah berangan hendak melawan Allah, Pemilik segala kuasa dan tentera. Usahlah melawan Allah atau barisan tenteranya, sebaliknya kita wajib mendaftar diri menjadi tentera Allah dan hambaNya dengan patuh melaksana segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Ingatlah bahawa kerajaan langit dan bumi serta semua tentera yang ada pada keduanya adalah milik Allah swt. Allahlah yang memberi pertolongan dan yang memberi kehinaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ketahuilah bahawa tentera Allah sentiasa beroleh pertolonganNya. Sehebat dan sekuat mana pun manusia, tetap tidak mampu menandingi kuasa Allah swt dan tentera-tenteraNya. Ikutilah segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan jangan sesekali angkuh mencabar kekuasaan Allah. Banyakkan amal ibadat, jauhi dosa dan maksiat agar kita selamat daripada kebinasaan dan bahagia dunia akhirat. Kebakaran besar yang melanda tanah-tanah yang dirampas oleh Zionis Israel adalah satu peringatan ilahi yang tidak boleh kita abaikan. Ketika mereka berdiri megah di sebalik tembok-tembok tinggi yang mereka banggakan, Ketika mereka merasa aman di bawah perlindungan Iron Dome yang diagung-agungkan, Ketika mereka bermegah dengan sokongan kuasa besar dunia dan veto PBB yang sentiasa melindungi mereka, Mereka terlupa satu hakikat paling agung, Kekuatan Allah SWT tidak tertanding oleh sebarang kekuasaan manusia. Di tengah-tengah kebakaran yang membakar tanah yang mereka rampas secara haram, Hari ini, mereka sepatutnya merayakan ulang tahun ke-77 penubuhan negara haram mereka. Tetapi lihatlah bagaimana Allah membalikkan perayaan itu. Daripada hari sorak menjadi hari tangis, daripada kegembiraan menjadi hari darurat nasional. Lebih menakjubkan lagi, api itu hanya menjilat kawasan pendatang Zionis. Tanah yang diduduki oleh warga Palestin yang mereka rampas hampir tidak disentuh langsung. Teruskan perjuangan menyokong dan membantu saudara seagama yang terus berjihad memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Tiada erti kalah dan menyerah kalah dalam kamus pejuang Islam. Firman Allah dalam ayat 173 Surah as-Saaffat وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ "Dan bahawasanya tentera Kami, merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)" بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 10 April 2025

Khutbah Jumaat : Ruh Jihad Syawal Pemangkin Kemerdekaan Palestin

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 9-10 surah As-Syamsu : قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾ Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9)Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) Hampir 2 minggu kita telah meninggal bulan Ramadhan 1446H yang penuh keberkatan dan fadhilat. Sempena berada bulan Syawal maka marilah kita sama-sama bermuhasah menghitung diri agar tarbiah dan didikan Ramadhan tidak berlalu begitu sahaja. Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA pernah berkata: “Aduhai seandainya aku tahu siapakah yang diterima amalannya pastilah kami akan mengucapkan selamat kepadanya, dan siapa yang ditolak amalannya, kami akan bersedih kepadanya”. Para generasi salaf, 6 bulan pasca Ramadhan mereka gunakan untuk memohon kepada Allah agar seluruh amalan di bulan Ramadhan diterimanya. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, di saat berkhutbah di hadapan rakyatnya pada hari raya : “Wahai rakyat sekalian! Kalian telah berpuasa selama 30 hari, dan telah solat malam selama 30 hari. Sekarang tiba saatnya kalian keluar dari bulan Ramadhan untuk memohon pada Allah agar semuanya diterima”. Antara usaha kita dalam memastikan tarbiah Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan ialah dengan kita terus bersemangat untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Kita terus jinak dengan solat berjemaah di masjid atau surau. Tidak terlewat lagi bagi yang belum berpuasa sunat 6 hari dibulan Syawal untuk melaksanakannya. Sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ - رواه مسلم Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 104 surah An-Nisaa’ : وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿١٠٤﴾ Maksudnya : Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Kedatangan Syawal mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud, Peperangan Ahzab atau Khandak dan Peperangan Hunain. Malah setiap kali tibanya hari raya, kita sentiasa laungkan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab. Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun 5 Faktor faktor yang menjadi punca besar kemunduran dan kegagalan umat Islam masa kini iaitu pendidikan, pemakanan, gaya hidup, kekeluargaan dan perpaduan. [1] Terikut-ikut dengan sistem pendidikan yang bersifat sekular dan keduniaan yang mengejar kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. Berbeza dengan sistem pendidikan Islam yang mendidik menjadi hamba Allah yang soleh seterusnya memakmurkan dunia berasaskan agama. [2] Pemakanan di mana umat Islam semakin terikut dengan budaya Barat dan gemar memakan makanan segera dan makanan yang disediakan di luar rumah yang tidak dapat dipastikan kebersihan dan kualitinya walaupun mungkin halal, lebih-lebih lagi apabila disediakan oleh orang bukan Islam [3] Dari segi pemakaian pula, umat Islam hari ini terikut dengan gaya dan trend masakini dan tidak lagi berpakaian sepertimana anjuran Islam iaitu berpakaian takwa dan berjalan di atas mukabumi dengan penuh merendah diri sepertimana perintah Allah. Seorang sasterawan Amerika Syarikat, Ezra Pound telah menyebut bagaimana beliau merasa hairan kuasa apakah yang membuatkan tiba-tiba dunia Arab Islam bangkit pada kurun ketujuh dan melebar empayarnya hingga membina beribu masjid di Cordova Sepanyol? Beliau mendapat jawapan itu apabil melawat Tangier pada 1913 dan melihat bagaimana umat Islam berpakaian dan berjalan serta gaya hidup mereka yang penuh merendah diri dan memikat setiap mata yang memandang [4] Dari segi kekeluargaan pula, umat Islam membenarkan teknologi hari ini menggangu dan merosakan kehidupan seharian mereka di rumah. Jika dahulu, rumah-rumah dihiasi dengan bacaan al-Qur’an, Zikir dan majlis-majlis ilmu namun hari ini dipenuhi dengan filem-filem yang melalaikan dan menjauhkan daripada ajaran Islam [5] Akhir sekali umat Islam berpecah-belah dalam serba serbi, samada dari sudut politik, ekonomi, pendidikan mahupun dakwah Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran : وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِ‌بِّيُّونَ كَثِيرٌ‌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِ‌ينَ Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar. Allah telah menukilkan dalam al-Quran bagaimanakah sifat yang sepatutnya dimiliki oleh generasi kemenangan. Antaranya melalui ayat 146 surah Ali ‘Imran di mana 3 sifat utama golongan yang dianugerahkan kemenangan oleh Allah ialah : [1] Mereka tidak patah dan lemah semangat menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi perjuangan di jalan Allah. [2] Mereka sentiasa gagah perkasa tidak lemah dari sudut jasad mahu pun jiwa mereka berhadapan dengan musuh. [3] Mereka sentiasa gagah tidak tunduk kepada musuh. Semoga kita termasuk dalam golongan ini untuk Berjaya di dunia dan akhirat. Ia bukan hanya disebut tetapi mesti dihayati dalam kehidupan. Ia bukan datang dengan mudah tetapi menuntut kepada usaha yang bersungguh dan istiqamah. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar Semangat jihad Syawal membuka mata dan hati kita untuk terus berjuangan dalam menyekat kejahatan musuh Islam terustama di bumi Palestin. Fatwa terkini yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berhubung situasi tragik dan berterusan di bumi Gaza yang kini menyaksikan pencerobohan zalim oleh entiti Zionis serta pelanggaran terhadap gencatan senjata yang sepatutnya dihormati. Fatwa ini bukan sahaja menjunjung tinggi prinsip-prinsip Islam yang menuntut keadilan dan pembelaan terhadap umat yang tertindas, malah ia juga merupakan satu seruan yang tegas dan syar’i kepada seluruh dunia Islam untuk bangkit melaksanakan tanggungjawab mereka. Antara isi penting fatwa tersebut yang perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak adalah: 1. Kewajipan berjihad dengan senjata bagi setiap Muslim yang berkemampuan demi membebaskan Palestin daripada penjajahan. 2. ⁠Kewajipan campur tangan ketenteraan segera oleh negara-negara Arab dan Islam untuk menghentikan pencerobohan serta mempertahankan rakyat Palestin. 3. Kewajipan mengepung entiti Zionis dari segala arah – darat, laut dan udara – termasuk menutup laluan air, selat dan ruang udara yang berada dalam kawalan negara-negara Islam. 4. ⁠Sokongan menyeluruh kepada perjuangan Palestin, termasuk dalam aspek ketenteraan, kewangan, politik dan hak asasi manusia, adalah suatu kewajipan agama. 5. Penubuhan pakatan ketenteraan Islam bagi melindungi umat Islam dan menghalang pencerobohan adalah satu tuntutan mendesak syarak. 6. ⁠Haram menjalinkan sebarang bentuk normalisasi dengan Zionis yang merampas hak dan maruah umat Islam. 7. Haram membekalkan minyak dan gas kepada pihak penjajah yang menindas rakyat Palestin. 8. Perlunya penilaian semula terhadap perjanjian damai yang dimeterai oleh beberapa negara Arab dengan Zionis. 9. Kewajipan berjihad dengan harta untuk membantu saudara kita di Gaza serta mendesak pembukaan laluan sempadan untuk bantuan kemanusiaan. 10. ⁠Seruan kepada masyarakat Muslim di Amerika Syarikat agar mendesak pentadbiran kerajaan untuk menunaikan janji politik dalam menghentikan pencerobohan dan memulihkan keamanan. Seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia untuk bersama-sama menginsafi dan menghayati isi kandungan fatwa ini, serta memperkasakan usaha membantu saudara kita di Palestin melalui doa, sumbangan, pendidikan dan apa jua cara yang termampu. Kita tidak boleh lagi berdiam diri atau sekadar menjadi pemerhati kepada kezaliman yang berlaku. Ini adalah medan ujian bagi keimanan dan maruah umat Islam seluruhnya. Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 28 Mac 2025

KHUTBAH AIDIL FITRI 1446H/2025M

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 82-83 surah Shood : قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ‎﴿٨٢﴾‏ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ Maksudnya : Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,. " Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan " اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya selepas berjaya menjalani tarbiah puasa Ramadhan. Sebagaimana di bulan Ramadhan kita diminta mengawal diri daripada menurut hawa nafsu dan syaitan maka begitulah juga ketika menyambut hari raya mestilah mengikut panduan syarak agar raya kita berpahala bukan menjadi hari melonggok najis dosa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالحَقِّ ، وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالحَقِّ ، فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنَ اللهِ فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ الأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ، ثُمَّ قَرَأَ {الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالفَحْشَاءِ} الآيَةَ. Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan memiliki bisikan pada manusia, dan malaikat juga memiliki bisikan. Bisikan syaitan menjanjikan keburukan dan mendustakan kebenaran. Sedangkan bisikan malaikat menjanjikan kebaikan dan mempercayai kebenaran. Barangsiapa mendapatkannya, maka ketahuilah bahawa itu daripada Allah SWT, justeru hendaklah dia memuji Allah. Dan barangsiapa mendapatkan yang lain, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan yang dilaknat.” Kemudian Nabi SAW membaca ayat 258 Surah al-Baqarah: الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ Maksudnya: Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut) Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, Ketika menyambut hari kemenangan ini marilah kita sama-sama bertanya diri masing-masing tentang sambutan kemenangan ini adakah kerana dosa kita telah terampun bersama berlalunya Ramadhan. Adakah tarbiah Ramadhan yang baru berlalu telah mengukuhkan lagi sikap istiqamah dalam mengekalkan amalan soleh antaranya solat berjemaah, membaca al-Quran, bersedekah serta benci kepada maksiat seperti mendedah aurat, menghabiskan masa pada perkara sia-sia. Adakah kita telah menang dalam mengawal seluruh pancaindera kita iaitu mata, telinga, lidah, kaki, tangan daripada mengikut hawa nafsu dan syaitan. Adakah kita telah berjaya memiliki sifat taqwa dengan mengekal kebersihan diri dari kotoran maksiat sehingga gerun dari maksiat yang merupakan perkara ketagih di mana sekali melakukannya menyebabkan sukar untuk meninggalkannya. Maksiat juga ada racun di mana walaupun dosa kecil tetapi berbisa dan merbahaya yang akan mematikan hati kita sehingga hilang rasa takut kepada Allah serta menghilang rasa lazat dalam beribadat Khalifah Umar bin ‘Abdul ‘Aziz rahimahullah berkata, لَيْسَ تَقْوَى اللهِ بِصِيَامِ النَّهَارِ ، وَلاَ بِقِيَامِ اللَّيْلِ ، وَالتَّخْلِيْطِ فِيْمَا بَيْنَ ذَلِكَ ، وَلَكِنْ تَقْوَى اللهِ تَرْكُ مَا حَرَّمَ اللهُ ، وَأَدَاءُ مَا افْتَرَضَ اللهُ ،فَمَنْ رُزِقَ بَعْدَ ذَلِكَ خَيْراً ، فَهُوَ خَيْرٌ إِلَى خَيْرٍ- رواه البيهقي Maksudnya : “Takwa bukanlah hanya dengan puasa di siang hari atau mendirikan salat malam atau melakukan kedua-duanya. Namun, takwa adalah meninggalkan yang Allah haramkan dan menunaikan yang Allah wajibkan. Siapa saja yang setelah itu dianugerahkan kebaikan, maka itu adalah kebaikan pada kebaikan.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Falaq : قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ‎﴿١﴾‏ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ‎﴿٢﴾‏ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ‎﴿٣﴾‏ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ‎﴿٤﴾‏ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ‎﴿٥﴾‏ Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". Ketika bergembira menyambut hari raya terutama dalam berkongsi kegembiraan melalui media sosial samada facebook, tiktok dan sebagainya maka kita mesti berhati-hati agar tidak diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga berlakunya buli siber dan jenayah. Ramai yang berkongsi kemewahan rumah dan wang sehingga membuka ruang kepada perompak untuk merompaknya. Apa yang membimbangkan sekiranya ada yang dengki melihat kegembiraan kita dengan bertindak jahat melalui sihir. Begitu juga dengan penyakit ‘ain iaitu penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.” “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا -رواه مسلم Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah. Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda: أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ -رواه النسائي وأبو دأود وابن ماجه والترمذي Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 57 sura al-Ahzab: إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا ‎﴿٥٧﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. Islam begitu menitikberatkan ilmu termasuk dalam menyambut raya agar ikut panduan wahyu bukan ikut nafsu. Apatah lagi dalam membicarakan perihal Nabi SAW misalnya, ada garisan merah yang perlu diperhati. Antaranya ialah kewajipan meyakini kemaksuman baginda SAW yang bersih dari dosa kecil apatah lagi dosa besar. Maka, sebarang dakwaan yang cuba merobek kemaksuman tersebut boleh dikira sebagai satu penghinaan. Justeru, berhati-hatilah menggunakan akal dalam berfikir perihal yang membabitkan Nabi SAW Tuduhan jahat mendakwa Nabi mengamalkan nepotisme dan kronisme yang membawa konotasi negatif dan membayangkan ketidakadilan. Lebih dahsyat lagi, Nabi pula dibandingkan dengan sistem demokrasi barat seolah-olah kepimpinan Nabi itu lebih teruk dari mereka. Nepotisme ialah memilih keluarga bermaksud melebihkan atau mengutamakan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan, bukannya penilaian secara objektif keupayaan seseorang yang hendak dipilih. Manakala kronisme pula bermaksud amalan yang mengutamakan atau mementingkan teman rapat atau kawan-kawan rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya untuk keuntungan pihak mereka. Pada hakikatnya Rasulullah sangat membenci kronisme dan nepotisme dengan ancaman dari Baginda Nabi. Sabda Rasulullah: مَنِ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا مِنْ عِصَابَةٍ وَفِي تِلْكَ الْعِصَابَةِ مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللَّهَ وخانَ رَسُولَهُ وخانَ الْمُؤْمِنِينَ - رواه الحاكم Maksudnya : “Sesiapa yang melantik lelaki dari kaumya sedangkan ada yang lebih diredhai Allah (yang lebih layak dari lelaki tadi), maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin. Malah prinsip menolak nepotisme ini sangat difahami oleh para sahabat sehingga Saidina Umar menegaskan: “Sesiapa yang melantik seorang lelaki menjadi pemimpin disebabkan kerana dia suka kepada lelaki tersebut atau kerana lelaki tersebut adalah ahli kerabatnya, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah: لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾ Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui Islam adalah agama yang sangat menjunjung tinggi keadilan. Keadilan bagi siapa sahaja, iaitu menempatkan sesuatu sesuai tempatnya dan memberikan hak sesuai dengan haknya. Begitu juga dengan toleransi dalam beragama. Islam melarang keras berbuat zalim dengan agama selain Islam dengan merampas hak-hak mereka. Namun toleransi ada batasnya terutama dalam menjaga 2 perkara utama iaitu: [1] Tidak melampaui batas aqidah sehingga terjerumus dalam kekufuran, seperti ikut ritual agama lain dengan tujuan mensyi'arkan kekufuran. [2] Tidak melampaui batas syariat sehingga terjerumus dalam keharaman, seperti memakai simbol-simbol yang melambang identiti bagi agama lain dengan tujuan meraikan upacara keagamaan Umat Islam wajib memiliki izzah kemuliaan jati diri yang tinggi dengan kukuh aqidahnya, baik akhlaknya serta menjaga hukum agama. Kita wajib menjaga agama dari dihina dan dijadikan mainan samada oleh orang Islam sendiri atau orang kafir. Kita yakin tiada agama yang benar kecuali Islam. Jangan biarkan diri kita terkena virus penyakit Wahnu iaitu terlalu cinta dunia dan benci pada mati sehingga hilang rasa sensitif kepada agama dengan menganggap penghinaan agama adalah hak kebebasan bersuara. Kita juga jangan terpedaya dengan ajaran sesat yang melaungkan agama adalah hak individu contohnya seseorang itu mahu solat atau tidak adalah pilihannya di mana orang lain tidak boleh masuk campur apatah lagi undang-undang untuk menghukumnya dianggap menyekat kebebasan hak asasi manusia. Mulianya kita dengan mengamalkan Islam dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Hinanya kita bila kita mengenepikan cara hidup berlandaskan Islam dalam kehidupan. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 21 surah Ali Imran: إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ‎﴿٢١﴾‏ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Sempena berada di bulan Syawal ini juga marilah kita sama-sama terus membantu saudara kita di Palestin dalam berdepan dengan kekejaman zionis Yahudi dan sekutu pengganasnya dalam membunuh rakyat yang tidak berdosa yang kini hampir 50 ribu terkorban dari kalangan kanak-kanak dan orang awam. Kaum Yahudi Zionis berpegang kepada kepercayaan sesat bahawa bangsa Yahudi adalah manusia paling mulia bersumberkan kitab Taurat yang telah diselewengkan. Adapun bangsa lain ialah binatang berwajah manusia yang boleh diperhambakan dan halal darahnya. Mereka berjuang bagi menegakkan Negara Agung Israel di bumi Palestin, tanah suci para anbiya’ yang pernah dipimpin oleh Nabi Daud AS sebagai khalifah dan Nabi Sulaiman AS sebagai raja yang menegakkan petunjuk Allah. Negara yang diizinkan kepada para rasul dan orang-orang yang beriman sahaja. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Zionis Yahudi menguasai ekonomi dunia dengan kekayaan yang melampau secara haram melalui penjajahan, penindasan dan penipuan. Dengan pengaruh wang, mereka menguasai kepimpinan negara-negara besar, khususnya terkini Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Sehingga turut mempengaruhi negara Islam dan Arab, serta pertubuhan antarabangsa, media dan perdagangan. Presiden Amerika Syarikat yang baru sahaja memenangi pilihan raya dengan sokongan mereka telah membuat kenyataan terbuka untuk membantu Zionis melalui pembekalan segala bentuk persenjataan. Ini termasuklah senjata yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa kerana kesan pemusnahannya yang melampau. Pihak Zionis dan sekutunya melancarkan serangan, termasuklah terhadap sasaran awam sehingga membunuh semua penduduk, bukan sahaja sasaran tentera. Mereka juga melancarkan serangan ganas yang melampau tanpa sempadan kemanusiaan dan alam sekitar atas nama keamanan. Sedangkan, ia merupakan bahasa bohong yang nyata tanpa moral kemanusiaan Teruskan berdoa keselamatan dan kemenangan buat umat Islam dan kehancuran buat pengganas. Jadikah ruh Ramadhan dan Syawal sebagai semangat dalam mencapai kemenangan. Tiada erti kekalahan dalam memperjuangkan Islam. Kemenangan atau syahid menunggu perjuangan mulia ini اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Tidak lupa untuk berpuasa sunat 6 hari dibulan Syawal مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti .اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khamis, 13 Februari 2025

Khutbah Jumaat : Kekuatan Jihad DiBina Palestin Merdeka

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Renungilah firman Allah dalam ayat 144 surah al-Baqarah: قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٤٤﴾ Maksudnya : Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. Kini kita berada pada minggu pertama bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa. Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, sedekah, membaca al-Quran dan memohon keampunan kepada Allah Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Renungilah firman Allah dalam ayat 150 surah al-Baqarah: وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar) Kita baru sahaja meninggal bulan Rejab yang mencatatkan peristiwa Isra’ Mikraj dan perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin ketika mula-mula nabi Muhamamd s.a.w sampai di Madinah kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat Islam agar kita mesti memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah musuh Islam terutama yahudi dalam setiap aspek kehidupan samada dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Akibat dipasak dan ditanam dengan system penjajah begitu lama telah melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah yang mengagungkan segala system kuffar serta memandang hina system Islam. 2 peristiwa yang besar ini membuktikan bagaimana Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah ibarat 2 saudara yang tidak boleh dipisahkan. Jika terabai salah satunya, maka yang satu lagi juga turut akan terjejas. David Ben-Gurion, Perdana Menteri pertama Israel pernah mengerahkan tentera Yahudi untuk mengepung Masjidil Aqsa sambil beliau menyampaikan ucapan kepada hadirin dalam penuh rasa kebencian (ke atas ummat Islam dan rakyat Palestin) serta mengakhiri teks ucapannya dengan mengatakan: “Kami dah pun menakluk Al Quds (Al-Aqsa) dan sekarang kami dalam perjalanan ke Yathrib(Madinah).” Begitu juga Golda Meir Bekas Perdana Menteri keempat zionis Israel pernah berkata dengan bongkaknya selepas mereka berjaya merampas Al-Quds: “Aku dapat mencium bau nenek moyangku di (Madinah dan Hijaz) dan itu adalah negara kami yang kami bakal merampasnya kembali.” Kenyataan biadap pemimpin zionis ini sepatutnya membangkitkan rasa perhambaan diri kita kepada Allah dan semangat berjihad dijalan Allah adalah satu jalan untuk membebaskan Masjidil Aqsa. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran : إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠﴾ Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri Kita sebagai umat beriman yang wajib mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama terutama di bumi Palestin di mana pembunuhan beramai-ramai zionis Yahudi dan sekutu penjahatnya sejak Oktober 2023 telah mengorbankan 47,583 nyawa dan mencederakan 111,633 orang sebagaimana laporan Kementerian Kesihatan Akhirnya beberapa minggu lepas setelah semua pelbagai keganasan dan tndakan tidak bertamadun maka Zinois Yahudi menerima gencatan sejata dalam keadaan terus dibekalkan senjata oleh negara sekutunya, kerana desakan di dalam negaranya sendiri supaya boleh membebaskan tawanan perang mereka dengan pertukaran, tidak sama menerima kematian dan penawanan tenteranya. Akhirnya, Israel bertindak menerima gencatan senjata laksana menyerah diri kerana gagal menghapuskan pejuang Islam dan menguasai Gaza yang juga menghakiskan tentera dan semangatnya. Adapun pihak pejuang Islam dan sekutunya bertahan menerima gencatan senjata kerana prinsip Islam mendahulukan perdamaian, walaupun mencapai kejayaan menyerang dan bertahan, bukan menyerah kalah tanpa melawan. Malah tawanan perang mujahidin telah dibebaskan dalam keadaan sihat dan selamat sedangkan tawanan Islam dizalimi dan diseksa dengan dahsyatnya oleh musuh Allah. Keadaan yang berbeza ini telah membuka mata dunia tentang keadilan Islam sehingga ramai yang memeluk Islam Mati syahid terus menjadi idaman para pejuang Islam. Tiada perasaan takut dalam memerdekakan bumi Aqsa yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 186 surah Ali ‘Imran: لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٨٦﴾ Maksudnya : Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya) Kita mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mencadangkan agar Amerika Syarikat mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin ke negara jiran. Cadangan ini bukan sahaja tidak masuk akal, malah ia merupakan satu pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan sesebuah negara, mencabuli undang-undang antarabangsa, dan menunjukkan kejahilan yang jelas terhadap realiti konflik di Palestin. Tindakan sedemikian jelas melanggar prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Konvensyen Geneva, serta resolusi-resolusi antarabangsa yang menegaskan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri. Cadangan ini juga mencerminkan sikap angkuh dan jahil terhadap penderitaan berjuta-juta rakyat Palestin yang telah sekian lama ditindas oleh rejim Zionis Israel. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajib mengambil pendirian yang tegas terhadap Amerika Syarikat dalam menolak sebarang tindakan yang mencabuli hak asasi rakyat Palestin dan menjejaskan kestabilan rantau tersebut. Kami berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan akan terus memperjuangkan hak mereka untuk bebas dari kezaliman dan penjajahan. Akibat dijangkiti virus yang merbahaya iaitu bimbang hilang kuasa dan kekayaan menyebabkan kebanyakan pemimpin umat Islam sendiri hanya memandang kecil tentang kebiadapan musuh Islam ini. Ketamakan Amerika ini bukan Sahaja untuk menjayakan perluasaan Israel Raya malah untuk membolot hasil mahsul Gaza di mana Penemuan baharu gas asli di Lembangan Levant berada dalam julat 122 trilion kaki padu manakala minyak yang boleh diperoleh semula dianggarkan sebanyak 1.7 bilion tong, menurut kajian yang bertajuk “Kos Ekonomi Pendudukan untuk Rakyat Palestin: Minyak Yang Tidak Disedari dan Potensi Gas Asli.” Menurut kajian UNCTAD, rizab minyak dan gas asli itu mampu memberi keuntungan sehingga AS$524 bilion (RM2.45 trilion) kepada Palestin. Yakinlah kemenangan dan pertolongan daripada Allah dengan syarat kita memenuhi syarat kemenangan. Islamlah nescaya kita Berjaya dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soff : يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ‎﴿٨﴾ Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 30 Januari 2025

Khutbah Jumaat : Isra’ Mikraj DiIngat, Arak DiSekat, Umat Selamat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Kita baru sahaja meninggal bulan Rejab yang telah menyaksikan pernah berlakunya suatu peristiwa besar pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana kita sebagai umat beriman kepada Allah dan rasulnya wajib menerima berita dan mengimani tentang kebenaran tanpa rasa ragu dan was-was walau sedikit pun. Contohilah iman Saidina Abu Bakar tidak mempertikaikan apatah lagi meragui peristiwa luar biasa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW pada saat ada penduduk Makkah ketika itu yang ragu tentang peristiwa tersebut. Peristiwa yang menakjubkan ini mengajar kepada kita bagaimana cekalnya jiwa nabi Muhammad s.a.w yang mulia dalam menunaikan amanah dakwah Islam sehingga berdepan dengan onak duri ujian yang bukan sahaja berbentuk cercaan manusia malah meliputi serangan fizikal. Kesabaran nabi s.a.w dalam berdepan penentangan dakwah Islam begitu terserlah terutama setelah nabi s.a.w dilontar batu oleh penduduk Taif sehingga membawa diri ke padang pasir yang kontang dalam keadaan kepala baginda tertunduk ke bawah kerana dibimbangi umatnya yang degil dan keras ini bakal berdepan dengan laknat Allah yang dahsyat termasuk kehancuran sebagaimana yang pernah menimpa umat sebelum ini. Nabi Muhammad s.a.w juga menolak tawaran untuk dihancurkan umat yang degil ini sebaliknya memandang bahawa kedegilan mereka akibat dakwah Islam yang dibawa belum dapat diterima oleh generasi yang telah lama hidup dalam kepekatan jahiliah di mana baginda berharap zuriat yang bakal lahir nanti akan menerima kemanisan Islam Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 88 surah al-Maidah: وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ ﴿٨٨﴾ Maksudnya : Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. Sebelum berlangsungnya perjalanan yang hebat ke atas diri nabi s.a.w maka diriwayatkan bagaimana dada nabi s.a.w telah dibelah dan hatinya telah disuci oleh malaikat. Sebagaimana yang ditulis pengarang Simthut Durrar, Habib Ali Al Habsyi: وَمَا أَخْرَجَ الْلأَمْلَاكُ مِنْ قَلْبِهِ أَذَى وَلَكِنَّهُمْ زَادُوْهُ طُهْرًا عَلَى طُهْرٍ Maksudnya : “Malaikat tidak menghilangkan kotoran dari hati Nabi, tetapi agar hati yang suci semakin menjadi suci” Ini juga sebagai peringatan penting agar kita sentiasa menjaga hati daripada kotoran penyakit hati seperti riya’, takabbur, dengki dan sebagainya disamping memperbanyakkan ibadat, zikrullah, doa dan menjauhi maksiat. Begitu juga hati kita menjadi kotor dan punca doa ditolak antaranya akibat terlibat dengan perkara yang haram samada sumber dapatan atau makanan itu sendiri yang haram . Dalam kitab Minhajul Abidin, Imam al-Ghazali menjelaskan ada 3 sebab utama mengapa kita wajib menjauhkan diri dari memakan makanan yang haram dan syubhat: [1] Takut pada neraka Jahannam قال النبي : لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ ، النَّارُ أَوْلَى بِهِ – رواه أحمد Maksudnya : Tidak masuk syurga daging yang tumbuh dari yang haram, neraka lebih baik untuknya. [2] orang yang memakan makanan haram dan syubhat tidak pantas beribadah, sebab ibadah yang dikerjakannya ditolak Allah SWT. Hanya orang-orang yang bersih dan suci yang berhak beribadah kepada-Nya. [3] orang yang makan barang haram dan syubhat, maka ia terhalang untuk melakukan kebaikan, meskipun ia melakukan kebaikan, namun perbuatannya ditolak Allah SWT. Semua yang dilakukannya hanyalah kepayahan, kesedihan, dan mengisi waktu luang belaka saja, tidak lebih daripada itu. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 114 surah an-Nahlu: فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿١١٤﴾ Maksudnya : Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. Dewasa ini industri halal negara banyak dipelopori oleh mereka yang bukan Islam. Kebanyakan syarikat pembuatan makanan khususnya syarikat bertaraf “multinational” yang dikuasai mereka yang bukan beragama Islam menguasai sebahagian besar daripada pasaran industri halal negara. Berdasarkan perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 80 peratus pemegang sijil halal JAKIM adalah syarikat-syarikat asing. Manakala selebihnya dikuasai oleh usahawan Muslim yang mempunyai kemampuan kewangan dan ilmu pengetahuan yang terhad yang menyebabkan usaha mereka untuk pergi lebih jauh dalam industri pengeluaran barangan halal negara ini tersekat. Orang bukan Islam begitu giat menceburi industri halal disebabkan unsur ekonomi. Mereka mengetahui pasaran umat Islam negara ini begitu luas selaras dengan pengumuman kerajaaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub halal. Itu belum lagi membincangkan pasaran ke negara-negara dunia Islam yang lain. Namun bagi syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam, tidak boleh memandang remeh soal sijil halal kerana masyarakat Islam tidak boleh dipermain-mainkan dalam hal ini. Mereka perlu lebih berusaha menjaga keperluan pengguna Muslim khasnya dalam menggunakan status halal. Kepentingan makan makanan halal antaranya [1] Menyihatkan tubuh badan dari aspek fizikal, mental dan rohani. Pemakanan yang baik dapat mempengaruhi pemikiran seseorang. Ianya menjadikan seseorang itu lebih cergas, sihat dan kehidupannya lebih terjamin. [2] Terhindar dari kemungkaran [3] Terhindar daripada penyakit yang merbahaya seperti haramnya daging babi kerana kajian sains membuktikan bahawa terdapat cacing pita dan virus JE (Japanes Enceplytis) dalam babi. Kedua-duanya dikatakan sukar untuk dibunuh Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah : يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩﴾ Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir Ketika menghayati Israk Mikraj dan juga diriwayatkan bagaimana nabi s.a.w memilih susu yang merupakan fitrah Islam yang terbaik sebagai cara hidup. Nabi s.a.w tidak memilih arak yang merupakan perosak. Arak membawa ancaman dan bahaya kepada ketenteraman ruang awam serta memberi kesan negatif kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini sudah lama dipraktikkan di negara bukan Islam lain terutama di Barat seperti New Zealand, Australia dan United Kingdom malah Singapura sendiri yang mengambil langkah proaktif mengawal penjualan minuman keras seperti mengehadkan lesen penjualan, mengkhususkan premis tertentu sahaja serta menetapkan masa terhad bagi penjualannya. Ini semua dilakukan atas dasar kesedaran bagi membendung gejala sosial dan melindungi masyarakat umum daripada bahaya yang timbul daripada arak. peningkatan berterusan statistik kes pemandu mabuk, keganasan domestik dan gangguan awam dilakukan pemabuk. Kita sebagai umat beriman wajib menyokong sebarang usaha dalam menghadkan penjualan arak apatah lagi di Kawasan majoriti Islam. Peringatan daripada Rasulullah SAW: اجْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّ – رواه الحاكم Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.” Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 114 surah an-Nahlu: يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ Maksudnya : “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir membenci. Ketika membicarakan tentang Isra’ dan Mikraj maka tidak lengkap tanpa menyentuh tentang perjuangan umat Islam di bumi Palestin tempat terletak Masjid Aqsa yang menjadi tempat persinggahan nabi s.a.w dalam perjalanan menakjubkan ini. Perkembangan terkini di mana perjuangan memerdekakan bumi Palsetin dan Masjid Aqsa terus berlangsung di mana zionis Yahudi gagal menghapuskan pejuang Islam yang diumumkan kononnya boleh dilaksanakan dalam masa beberapa hari, tetapi sebaliknya berpanjangan memakan masa bulan dan tahun. Ramai bala tentera Zionis dan sekutunya dibunuh dan ditawan. Adapun Palestin, Gaza, Lubnan, Yaman, Iraq, dan negara yang bersama mereka, ramai orang awam yang dibunuh dan dicederakan, khususnya kanak-kanak, warga tua, dan pesakit. Akhirnya, setelah semua itu, Zinois Yahudi menerima gencatan sejata dalam keadaan terus dibekalkan senjata oleh negara sekutunya, kerana desakan di dalam negaranya supaya boleh membebaskan tawanan perang mereka dengan pertukaran, tidak sama menerima kematian dan penawanan tenteranya. Akhirnya, Israel bertindak menerima gencatan senjata laksana menyerah diri kerana gagal menghapuskan pejuang Islam dan menguasai Gaza yang juga menghakiskan tentera dan semangatnya. Adapun pihak pejuang Islam dan sekutunya bertahan menerima gencatan senjata kerana prinsip Islam mendahulukan perdamaian, walaupun mencapai kejayaan menyerang dan bertahan, bukan menyerah kalah tanpa melawan Yakinlah kita tentang janji pertolongan dan kemenangan daripada Allah walau berdepan dengan tentera bersekutu kuffar dan munafik. Pejuang Islam sentiasa yakin di depan kita adanya 2 keadaan samada kemenangan atau syahid yang menjadi idaman. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ