أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Selamat Datang
Ahad, 31 Mei 2026
Khutbah Aidil Adha 1447H
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ….
فرمان الله تعالى دالم اية 27 سورةالحج :
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾
Maksudnya : "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Tiap kali Zulhijjah menjelma maka jutaan umat Islam menumpukan hati dan jiwa ke arah 2 ibadah besar yang menjadi lambang penyerahan kepada Allah iaitu haji dan ibadah korban di mana kedua ibadat Istimewa ini tiada pada bulan lain
Kedua-duanya bukan sekadar ibadah fizikal, harta tetapi sarat dengan makna pengorbanan, penghambaan, dan penyatuan umat Islam sejagat. Semasa menunaikan ibadah haji, para Jemaah haji bergerak ke satu titik kosong dengan menanggalkan segala darjat, pangkat, dan identiti duniawi. Di Padang Arafah, jutaan Jemaah haji berkumpul dengan satu pakaian, satu qiblat, dan satu tujuan iaitu mencari reda Allah, selain menjadi simbolik kepada penghambaan dan penyatuan umat Islam dari seluruh dunia. Ketika menunaikan ibadah haji, tiada keistimewaan diberikan kepada sesiapa pun melainkan kepada mereka yang datang dengan hati yang tunduk dan bersih. Justeru, ibadah haji adalah titik mula bagi perubahan dalaman daripada sifat mementingkan diri kepada jiwa yang bersedia berkorban demi orang lain.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 275 :
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٧٥﴾
Maksudnya : Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Ketika Jemaah haji berkumpul di Arafah pada 9 Zulhijjah dan kita pula pada hari ini berkumpul untuk menunaikan solat sunat raya korban maka ia mengetuk hati kita bahawa semua umat manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar di akhirat nanti. Al-Quran dan hadis nabi s.a.w ada menggambarkan tentang keadaan manusia saat dibangkitkan di Padang Mahsyar nanti mengikut jenis dosa yang mereka lakukan, antaranya PEMAKAN RIBA berdiri terhuyung-hayang seperti dirasuk syaitan sebagaimana disebut dalam ayat 275 surah al-Baqarah
Orang MENDAHULUI IMAM DALAM SOLAT diubah rupa menjadi keldai
أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ ـ أَوْ لاَ يَخْشَى أَحَدُكُمْ ـ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ .- رواه البخاري
Maksudnya: "Tidakkah salah seorang daripada kalian takut, apabila dia mengangkat kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan menukarkan kepalanya menjadi kepala keldai, atau Allah akan menukarkan rupa bentuknya menjadi rupa keldai?"
Begitu juga PEMIMPIN MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT ditandakan dengan bendera pengkhianatan
لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرْفَعُ لَهُ بِقَدْرِ غَدْرِهِ أَلاَ وَلاَ غَادِرَ أَعْظَمُ غَدْرًا مِنْ أَمِيرِ عَامَّةٍ- رواه مسلم
Maksudnya: "Bagi setiap pengkhianat akan ada sebuah panji (bendera) pada hari qiyamat yang akan diangkat setinggi kadar pengkhianatannya. Ketahuilah, tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan seorang pemimpin rakyat."
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Ketika huru hara dan kedahsyatan di padang mahsyar nanti maka ada golongan yang mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w antaranya yang sentiasa berdoa lepas azan dan banyak berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w semasa di dunia ini
مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ.- رواه البخاري
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ketika mendengar azan doa yang bermaksud [Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan]. Maka dia berhak mendapatkan syafa’atku pada hari Kiamat”.
أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً- رواه الترمذي
Maksudnya : “Orang yang paling berhak mendapatkan syafa’atku pada hari qiamat adalah, yang paling banyak selawat kepadaku”.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 37 :
لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚكَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾
Maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya
Ketika menghayati ibadah korban pula ia bukan sekadar penyembelihan haiwan, melainkan simbol ketundukan total seorang hamba kepada Allah. Imam Al-Ghazali mengibaratkan seorang hamba meletakkan pisau di leher haiwan korbannya maka dia sepatutnya juga ‘menyembelih’ sifat ego, kesombongan, dan keterikatan pada kebendaan. Bila jiwa berkorban subur dalam diri umat Islam maka kita akan meletakkan arahan Allah dan Rasul ditempat yang tinggi dan tidak mudah terikut dengan rentak musuh Islam.
Kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada agama wajib tahu dan berwaspada dengan agenda Yahudi antaranya menggunakan formula 5F dalam menghancurkan umat Islam iaitu : [1] Filem dimana bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam. [2]Famili (keluarga) dengan menanamkan budaya hidup bebas daripada ikatan agama dalam keluarga. [3]Fesyen pakaian dengan memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan menyalahi syarak di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas. [4] Fun (hiburan) di mana hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan.Ditambah lagi dengan gajet yang disalahguna pada perkara yang tidak bermanfaat, [5] Food (makanan) di mana umat Islam kini lebih berselera untuk menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Malah majoriti pemilik sijil halal dalam negara dimiliki oleh bukan Islam
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam Surah as-Sooffat ayat 100 :
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
Ketika menyentuh pengorbanan hebat nabi Ibrahim sekeluarga maka ia berdasarkan didikan tarbiah yang bersungguh. Cara tarbiah perlu sesuai dengan zaman tanpa mengabaikan nilai agama sebaagimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar ibn al-Khattab, “Didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka, kerana mereka dilahirkan pada zaman yang bukan zaman kamu.”
Kata-kata ini bukan sekadar nasihat biasa, tetapi satu prinsip pendidikan yang sangat mendalam dan relevan sepanjang zaman. Dalam konteks hari ini, anak-anak membesar dalam dunia digital. Mereka terdedah kepada maklumat tanpa sempadan melalui internet, media sosial, dan pelbagai platform teknologi. Jika ibu bapa dan guru masih menggunakan pendekatan lama tanpa penyesuaian, jurang antara generasi akan semakin besar. Anak-anak mungkin tidak lagi merasa difahami, malah boleh hilang minat untuk belajar atau berkongsi perasaan. Anak-anak hari ini hidup dalam tekanan yang berbeza persaingan akademik, pengaruh media sosial, dan cabaran identiti diri. Mereka bukan lemah, tetapi mereka memerlukan bimbingan yang sesuai dengan realiti mereka. Pendidikan yang baik adalah pendidikan yang memahami masa depan anak-anak, bukan sekadar mengulang masa lalu kita.
Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….
فرمان الله تعالى دالم أية 122 سورة التوبة:
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ ﴿١٢٢﴾
Maksudnya : Tidak sepatutnya bagi orang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi sebahagian dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk mendalami agama seterusnya memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepada mereka, moga-moga mereka mendapat peringatan
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya ‘Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan’ telah membahagikan jihad kepada 5 jenis iaitu [1] Jihad dengan lisan [2] Jihad dengan pengajaran (ta’limi) [3] Jihad dengan tangan dan jiwa raga [4] Jihad siasah (politik) [5] Jihad harta
Sesiapa yang mendakwa bahawa dia boleh berkhidmat kepada Islam dan memberi saham untuk membawa panji-panji dakwah, sedangkan dia kedekut dengan roh, harta, waktu dan setiap benda yang dimilikinya, maka dia hendaklah bermuhasabah diri. Dakwah Islam tidak akan hidup melainkan dengan jihad, dan jihad tidak berlaku melainkan dengan pengorbanan.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Kita di sini dapat berhari raya dan mengerjakan ibadat korban Bersama saudara mara dan sahabat handai sedangkan saudara kita di Palestin menjadi mangsa korban pembunuhan kejam musuh durjana. Dunia tidak boleh melupakan hakikat sebenar di Gaza. Lebih 2 juta rakyat Gaza hidup dalam keadaan serba kekurangan sejak perang besar meletus pada Oktober 2023. Infrastruktur musnah, hospital lumpuh, makanan dan ubat-ubatan amat terhad, sementara 72,763 nyawa telah terkorban. Namun rakyat Gaza tetap berdiri. Mereka kehilangan anak-anak, rumah dan keluarga, tetapi mereka tidak kehilangan maruah. Mereka sedang melawan “Firaun moden” abad ini dan regim Zionis yang terus melakukan penjajahan, pembunuhan dan penindasan tanpa peri kemanusiaan. Penduduk Gaza terus cekal mempertahankan Palestin dan Masjid Aqsa milik seluruh umat Islam dengan mencontohi kesabaran Nabi Ayub yang diuji kehilangan harta dan anak-anak tercinta, air mata penduduk Gaza kering ibarat ketabahan Nabi Yaakub bila kehilangan Nabi Yusuf
Sejarah mengajar kita bahawa setiap kezaliman akhirnya akan tumbang sebagaimana Firaun tenggelam walaupun memiliki kuasa besar. Penjajahan akhirnya akan kalah apabila manusia terus mempertahankan kebenaran. Sebab itu masyarakat dunia tidak boleh lemah. Jangan putus asa.Jangan normalisasikan pembunuhan rakyat Palestin.Jangan berhenti bercakap tentang Gaza. Teruskan tekanan ekonomi, diplomatik dan moral terhadap zionis yahudi Israel. Teruskan boikot. Teruskan demonstrasi aman. Teruskan menyebarkan kesedaran. Teruskan membantu NGO kemanusiaan. Teruskan mendidik generasi muda tentang Palestin.Kerana diam terhadap kezaliman adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap kemanusiaan.
Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidakl akan berundur walau selangkah, biar bercerai nyawa dari badan namun Islam terus diperjuangkan
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban.
قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى كُلِّ زَمَانٍ وَ مَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,
Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami.
اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ
Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akhirat nanti
اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)