أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Khamis, 26 Oktober 2023

Khutbah Jumaat : Pejuangan Nabi s.a.w DiContohi Kejahatan Zionis Yahudi DiHenti

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat  14   surah al-Hasyru : لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ ‎﴿١٤﴾ Maksudnya : (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).  Setelah berlalu 3 minggu serangan besar-besaran oleh pengganas dunia zionis Yahudi ke atas bumi wakaf milik umat Islam iaitu Palestin di mana jumlah rakyat Palestin yang terkorban kini meningkat kepada 7,028 orang termasuk 2,913 kanak-kanak, 1,709 wanita dan 397 warga emas. Manakala 18,484 lagi rakyat Palestin cedera yang gagal mendapat bantuan perubatan yang sepatutnya akibat hospital turut dibom manakala bekalan air, elektrik dan minyak dipotong. Inilah lambang kekejaman yang sedang berlaku terhadap saudara seagama kita di bumi Palestin. Rakyat Palestin yang terkepung di Gaza, terpaksa berada dalam keadaan berdagang di dalam tanah air sendiri dan di luar negara, malah dihimpit oleh permainan masyarakat dan pertubuhan antarabangsa yang dipengaruhi oleh Zionis yang paling zalim dan kejam itu. Perkara ini berlaku setelah tanah air rakyat Palestin dirompak, harta mereka dirampas, bahkan mereka dihalau keluar bagi menubuhkan negara haram bernama Israel, atas nama agama Yahudi yang disesatkan dengan sokongan negara-negara kuasa besar dunia. Sebenarnya, Yahudi tidak layak mewarisi Palestin bumi para Anbiya’ kerana mereka telah ditimpa hukum Allah Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat  2   surah al-Hasyru : هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِن دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ ۚ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُوا ۖ وَظَنُّوا أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا ۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ ‎﴿٢﴾ Maksudnya : Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.  Ketika melihat kejahatan Zionis Yahudi yang dibantu oleh kuasa besar dunia maka kita dapat bayangkan bagaimana kejahatan yahudi yang telah mengkhiati nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam di Madinah sehingga berlaku pengusiran terhadap Yahudi dari bumi Madinah. Yahudi pertama yang khianat ialah yahudi bani Qainuqa’ iaitu selepas peperangan Badar. Selepas Islam bertapak di Madinah usaha pertama yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w ialah membuat perjanjian damai dengan kaum yahudi Madinah. Rasulullah s.a.w amat berhati-hati dalam perjanjian ini dan memeterainya secara bertulis. Kaum muslim tidak pernah mengkhianati dan mempertikaikan isi kandungannya. Yahudi yang terkenal dengan sifat asli mereka yang berkait rapat dengan penipuan, pembelotan dan pengkhianatan mulai belot dan khianat, membuat huru-hara untuk menggoyahkan perpaduan umat Islam. Selepas umat Islam menang besar dalam peperangan Badar pada tahun ke-2H , yahudi mulai sakit hati dan membuat kejahatan sehingga terbatal perjanjian dan Rasulullah s.a.w memerangi mereka. Kejahatan yahudi tidak terhenti, ia kemudian disambung oleh bani Nadhir yang juga buat perangai dan khianat tetapi Rasulullah s.a.w masih sabar atas karenah mereka. Sehinggalah berlaku satu peristiwa yang penuh pengajaran sehingga ke hari ini yang digambarkan dalam surah al-Hasyru ketika Rasulullah ﷺ pergi ke perkampungan kaum Yahudi Bani An Nadhir untuk meminta supaya membayar diat berhubung dengan ‘Ammar bin Umaiyah ad-Dhamri yang telah membunuh 2 orang dari kabilah Bani Kilab di mana mereka sebagai rakyat dalam negara Islam yang telah berjanji untuk memberi sumbangan sekiranya berlaku perkara seperti itu. Nabi Muhammd ﷺ pergi ke kampung tersebut bersama dengan beberapa orang sahabat. Setelah diberitahu tujuan kedatangannya maka Bani Nadhir menyatakan kesanggupan mereka untuk menunaikan janji dalam penebusan bayaran itu dan meminta Baginda ﷺ supaya duduk menunggu di tepi sebuah rumah dalam kampung itu bersama-sama dengan Sayyidina Abu Bakar dan para sahabat yang lain. Tiba-tiba orang yahudi itu telah membuat pakatan jahat untuk melakukan pembunuhan ke atas Nabi Muhammd ﷺ dengan dicampakkan seketul batu besar ke atas Muhammd ﷺ dari bahagian atas rumah yang ketika itu Baginda ﷺ sedang berehat di bawahnya. Malaikat Jibril telah diperintahkan oleh Allah supaya memberitahu kepada nabiNya tentang perancangan jahat itu. Setelah mendapat berita tersebut lalu Rasulullah ﷺ terus bangun lalu terus keluar dari tempat tersebut dan pulang dengan segera ke Kota Madinah. Baginda ﷺ kemudian menghantar Muhammad bin Maslamah sebagai utusan untuk memberitahu Bani Nadhir bahawa mereka tidak dibenarkan lagi tinggal di Madinah kerana mereka telah melanggari perjanjian damai bersama Nabi Muhammad ﷺ. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat ayat  11-12   surah al-Hasyru : أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِن قُوتِلْتُمْ لَنَنصُرَنَّكُمْ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ‎﴿١١﴾‏ لَئِنْ أُخْرِجُوا لَا يَخْرُجُونَ مَعَهُمْ وَلَئِن قُوتِلُوا لَا يَنصُرُونَهُمْ وَلَئِن نَّصَرُوهُمْ لَيُوَلُّنَّ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنصَرُونَ ‎﴿١٢﴾‏ Maksudnya : Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!" Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.  Demi sesungguhnya! Jika orang-orang (Yahudi) itu dihalau keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar bersama-samanya; dan demi sesungguhnya, jika orang-orang (Yahudi) itu diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya; dan demi sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (semuanya - Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan,  Yahudi Bani Nadhir diberi tempoh selama 10 hari untuk meninggalkan Madinah di mana jika mereka gagal berbuat demikian maka hukumannya ialah semua akan dibunuh. Tiada lagi jalan lain untuk mereka berdalih dan melepaskan diri lalu mereka pun membuat persediaan untuk meninggalkan Madinah. Tiba-tiba pemimpin munafiq Abdullah bin Ubai menasihatkan mereka supaya jangan keluar dari Madinah dan mereka hendaklah bertahan dan menentang habis-habisan dan kaum munafiq mempunyai 2 ribu orang yang akan bersama Yahudi Bani Nadhir dalam kota bagi menentang Rasulullah ﷺ. Abdullah bin Ubai memberi jaminan bahawa kaum munafiq bersedia untuk mati bersama-sama Yahudi Bani Nadhir. Tetapi apa yang berlaku kaum munafik telah belot dan tidak memberi bantuan kepada Yahudi Bani Nadhir Allah s.w.t mudahkan urusan kaum muslim untuk menghalau Yahudi Bani Nadhir keluar dari Madinah. Sedangkan Yahudi Bani Nadhir mempunyai sebuah kota yang kukuh dan besar dengan persiapan senjata dan tentera yang begitu lengkap. Tetapi Allah s.w.t campakkan dalam hati Yahudi Bani Nadhir perasaan gerun dan takut kepada Rasulullah s.a.w lalu mereka mengundur diri untuk keluar dengan hanya dibenarkan membawa harta kekayaan sekadarnya yang terpikul oleh unta mereka. Mereka pun tidak dibenarkan membawa senjata. Penghalaun Yahudi Bani Nadhir ini berlaku pada bulan Rabiul Awwal tahun 4H Peristiwa ini mendedahkan konspirasi dan permainan jahat yang dibuat oleh golongan munafiq untuk melawan dan khianat kepada Rasulullah s.a.w dan kaum muslim. Mereka bersekongkol dengan kaum yahudi semata-mata mahu melawan orang Islam. Allah s.w.t dedahkan tembelang dan sifat mereka yang licik, penuh tipu-daya, suka bersumpah dusta, untuk kita tadabbur dan ambil pengajaran darinya. Allah s.w.t sifatkan yahudi dan munafiq ini sebagai satu golongan yang penakut dan pengecut dan pemecah belah masyarakat. Allah membuat bandingan cara kelicikan munafiq dan yahudi untuk menjatuhkan umat Islam sama seperti kelicikan tipu-daya syaitan kepada orang kafir dan mereka akan menyesal di akhirat kelak yang tiada faedah lagi. Apa yang menunggu mereka ialah kehinaan di dunia dan azab akhirat Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : لاَتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اليَهُوْدَ فيقتلهم المُسْلِمُوْنَ حَتَّى يَخْتَبِيْءَ اليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ الحَجَرِ وَالشَّجَرِ  فَيَقُوْلُ الحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَاعَبْدَاللهِ هَذَا يَهُوْدِيُّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إَلاَّ الغَرْقَد فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ اليَهُوْدِ. Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi. Orang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat sebatang tubuh. Apabila satu anggota sakit, maka anggota badan lain akan merasai kesakitan tersebut. Kita sebagai umat Islam boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk membantu saudara seakidah di bumi Palestin. Bantuan ini akan meringankan penderitaan ditanggung penduduk Palestin. Semua pihak perlu bertindak dengan memberi bantuan dan desakan supaya peperangan dan keganasan Zionis Israel ini diberhentikan segera. Kita sebagai umat Islam yang bersaudara perlu membantu perjuangan rakyat Palestin. Kita perlu tunjukkan solidariti bersama perjuangan rakyat Palestin. Sebagai umat Islam, kita perlu mengangkat tangan memohon pertolongan daripada Allah SWT. Pada saat ini doa ke hadrat Ilahi oleh seluruh umat Islam dari segenap pelusok dunia sangat ditagih rakyat Palestin. Semua pihak perlu berganding bahu membantu saudara kita di bumi Palestin. Yakinlah, kemenangan yang menjadi milik rakyat Palestin semakin hampir. Mereka berjuang dengan cara bertempur untuk pertahan diri, keluarga dan tanah air tercinta yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Berbahagialah pejuang-pejuang yang mati syahid. Mereka bakal mendapat rezeki yang tidak putus-putus daripada Allah Firman Allah dalam ayat 169 surah Ali Imran : وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ‎﴿١٦٩﴾ Maksudnya : dan janganlah sama sekali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah telah mati. Bahkan mereka hidup dan dikurniakan rezeki di sisi Tuhan mereka.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 4 Oktober 2023

Khutbah Jumaat : Rasulullah s.a.w DiTeladani Mangsa Musibah DiSantuni

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya Kini kita masih berada dalam bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik kepada kembali MengEsakan Allah, daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk kepada suluhan wahyu, daripada sikap kebinatangan kepada akhlak yang mulia. Kita sebagai umat yang beriman begitu yakin bahawa pada diri Rasulullah s.a.w mempunyai contoh teladan yang terbaik dari pelbagai aspek kehidupan samada cara berkeluarga, cara berekonomi, cara bersosial, cara berpolitik, cara bernegara dan sebagainya. Bila kita benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka setiap tindak tanduk kita akan membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah mampu menyebar luaskan kebaikan kepada sekitar. Hanya umat yang meyakini bahawa perlunya kita kepada pengutusan nabi untuk membimbing umat manusia dalam mengurus kehidupan dunia berteraskan agama bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan yang paling penting di akhirat nanti. Islam melarang kita mendewakan nabi sehingga dianggap sebagai Tuhan sebagaimana sesatnya Kristian yang mempertuhankan nabi Isa a.s . Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?” Menurut Ibnu Abbas, Allah mengutus Nabi Muhammad sebagai rahmat bagi seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir. Rahmat bagi orang mukmin yaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah. Baginda penyebab memasukkan orang-orang beriman ke dalam syurga dengan iman dan amal mereka terhadap ajaran Allah. Sedangkan rahmat bagi orang kafir, berupa tidak disegerakannya bencana yang menimpa umat-umat terdahulu yang mengingkari ajaran Allah. Tafsir Imam Al-Baidhawi menyebutkan bahawa secara bahasa rahmat bererti : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim wanita kerana dia melindungi apa yang ada di dalamnya. Dengan pengertian kata rahmat seperti ini, maka tujuan Rasulullah s.a.w. diutus beserta seluruh isi serta cara penyampaian risalahnya adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada seluruh semesta alam. Misi baginda bukanlah untuk membawa bencana dan keresahan di muka bumi. Dari sini terlihat bahawa misi Nabi Muhammad s.a.w. adalah menjaga dan mengembangkan sifat rahmat yang telah dipersiapkan dalam jiwa kita sejak kita masih dalam kandungan. Dan sampai saat kita meninggalpun kita mengharap untuk masuk dalam lingkaran rahmat itu dengan ungkapan “almarhum” iaitu yang memperolehi rahmat, kelembutan dan perlindungan daripada Allah Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Tanda syukur kita atas nikmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w yang membawa rahmat kepada sekalian alam ini maka wajib kasih dan cinta kepada nabi s.a.w lebih daripada segala yang lain. قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia Sabda Nabi SAW dalam riwayat Anas bin Malik: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ Maksudnya: “3 perkara di mana sesiapa memilikinya, maka dia akan merasai kemanisan iman: [1]seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, [2] tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan [3] membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.” Imam an-Nawawi berkata, :“Makna manisnya iman adalah kelazatan dalam melakukan ketaatan dan berani menanggung beban berat ketika menjalankan suruhan agama, serta lebih mengutamakan agama daripada dunia. Cinta hamba kepada Allah dapat terwujud dengan mengerjakan ketaatan dan menjauhi maksiat atau kedurhakaan”. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam surah ad-Dhuha ayat 6-11: أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ ‎﴿٦﴾‏ وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ ‎﴿٧﴾‏ وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ‎﴿٨﴾‏ فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ ‎﴿٩﴾‏ وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ ‎﴿١٠﴾‏ وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ‎﴿١١﴾‏ Maksudnya : Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; ) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. Ketika menyoroti sirah perjalan hidup manusia Agong nabi Muhammad s.a.w maka kita akan dapati bagaimana kehidupan yang susah penuh mencabar dari usia kecil hinggalah wafat di mana ia adalah tarbiah dan didikan Allah bukan sahaja kepada baginda s.a.w tetapi juga kepada kita sebagai umatnya agar kita tidak memandang bahawa perjuangan Islam ini pasti akan diberikan dengan kemenangan yang mudah dan janji kejayaan yang senang. Sebaliknya kejayaan dan kemenangan Islam perlunya pengorbanan dan seribu macam kesusahan. Antara ujian kepada nabi s.a.w ialah [1] lahir sebagai anak yatim Piatu di mana ia ada hikmah tersembunyi. Pengaruhnya terhadap baginda SAW sangat luar biasa. Dia menjadi orang yang lebih kuat, baik secara jiwa dan mental. Hal ini membuat Baginda bersiap untuk misi mulianya sebagai seorang Nabi. [2] Ditinggalkan Orang-Orang tersayang yang banyak membantu misi dakwahnya antaranya isteri tercinta iaitu Khadijah yang banyak berdiri di sisinya, menawarkan tidak hanya dokongan emosi tetapi malah dokongan material kepada suaminya dan komuniti Muslim yang baru. Begitu juga kehilangan Abu Tolib yang turut menjadi pelindung yang kuat kepada nabi dalam menghadapi ancaman kejam dari orang-orang Mekah saat itu. Kesulitan dalam kerja dakwah di Mekah selama 13 tahun pertama di mana baginda dan para pengikutnya menghadapi banyak penganiayaan. Penentangan ini tidak menyebabkan nabi kecewa dan berputus asa malah kesabaran baginda lebih terserlah apabila memilih untuk mendoakan agar penduduk Taif diberi taufiq hidayah daripada Allah berbanding tawaran malaikat untuk menghempap mereka dengan gunung yang besar. عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ قالَ: قِيلَ: يا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ عَلى المُشْرِكِينَ. قالَ: إنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعّانًا، وإنَّما بُعِثْتُ رَحْمَةً- رواه مسلم Maksudnya: “Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w, : Do’akanlah kaum musyrik dengan keburukan! Baginda s.a.w bersabda, ‘Sesungguhnya, aku tidak diutus sebagai pengutuk, namun aku diutus sebagai pembawa rahmat.” [4] Begitulah saat getir ketika berada di Madinah walau pun telah memiliki kuasa pemerintahan namun terpaksa berdepan dengan musuh dalaman dari kalangan munafiq dan yahudi. Begitu juga siri peperangan dengan pihak kafir Quraisy Mekah yang terus memerangi nabi. Namun ketika berlakunya pembukaan Kota Mekah nabi telah memaafkan musuhnya sehingga ramai yang beriman. Manakala yang tetap kafir telah dilepaskan untuk keluar dari bumi Mekah secara aman kecuali beberapa orang dari kalangan mereka yang telah dijatuhkan hukuman Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Hadid : مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّـهِ يَسِيرٌ ﴿٢٢﴾ Maksudnya : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Ketika kita bergembira menyambut Maulidurrasul s.a.w maka kita jangan lupa kepada penderitaan saudara kita yang sedang ditimpa musibah. Antaranya dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang melanda beberapa wilayah di Morocco baru-baru ini. Pusat gempa bumi yang besar di wilayah Al-Haouz dan Taroudant. Angka korban telah mencecah 3000 orang sehingga kini dan dijangka akan mengingkat lagi. Dilaporkan juga lebih 4000 orang cedera dan kritikal. Mangsa-mangsa yang terselamat terpaksa tinggal di dalam khemah selepas rumah mereka musnah setelah menghadapi gempa bumi paling dahsyat di Maghribi dalam tempoh lebih 60 tahun. Kini mereka bergelut mencari makanan, air dan tempal tinggal yang selamat. Manakala di Libya pula dikejutkan dengan bencana banjir besar akibat Ribut Daniel. Pasukan penyelamat dilaporkan telah menemui ratusan mayat dalam serpihan bandar Derna di timur Libya, dan dikhuatiri jumlah korban akan meningkat dengan 10,000 orang dilaporkan masih hilang selepas air banjir dari Ribut Daniel melanda empangan dan menghanyutkan seluruh kawasan kejiranan. Kemusnahan berlaku di Derna dan bahagian lain di timur Libya Ketika kita sekarang boleh makan, minum, dan memiliki rumah, maka ingatlah saudara-saudara kita yang ditimpa pelbagai musibah termasuk banjir, gempa bumi dan sebagainya. Saat ini mereka sedang kesusahan dan kesulitan. Maka hulurkanlah tangan kita untuk membantu mereka semampu mungkin. Sedekah kita di dunia akan membawa kesenangan di akhirat kelak قال النبي :مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ-رواه مسلم Maksudnya: Sesiapa yang membantu menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan menghilangkan kesusahan daripadanya pada hari kiamat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Pemimpin Zalim DiTentang Pemimpin Adil DiJulang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 55 surah an-Nuur : وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ Maksudnya : Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa memerintah negara (yang memegang kuasa pemerintahan) di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka sebagai khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka. Dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna untuk umat manusia. Untuk melaksanakan cara hidup ini, manusia memerlukan satu organisasi masyarakat yang tersusun, kokoh dan berwibawa berdasarkan kepada ajaran yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Lapisan organisasi masyarakat manusia yang tertinggi ialah kerajaan atau pemerintah. Ini kerana pemerintah mempunyai kuasa politik untuk memastikan semua kegiatan sosio-ekonomi dalam masyarakat dapat dilaksanakan dengan teratur berdasarkan kepada prinsip dan dasar yang telah ditentukan. Apabila anggota masyarakat mematuhi dan melaksanakan segala prinsip dan dasar yang ditetapkan oleh pemerintah, maka akan terwujud satu negara yang stabil, maju dan berjaya. Apabila pemerintah itu menentukan prinsip dan dasar yang dikehendaki oleh Islam, maka pemerintah tersebut dinamakan pemerintah atau kerajaan Islam atau dan negara yang dihasilkan adalah negara Islam. Kemuncak kepada kerajaan Islam ini ialah khalifah, Imam atau ketua negara. Dalam Al-Qur’an banyak dijumpai istilah-istilah kepemimpinan antara lain: Amir, Khalifah, Imamah dan lain-lain. Hal ini bererti Islam telah lebih dahulu mengetahui dan menetapkan asas-asas kepemimpinan jauh sebelum para ilmuan-ilmuan Barat membahasnya. Namun, berbagai teori yang digambarkan para ahli mengenai kepemimpinan sehingga membuat orang tidak memahami akan erti sebenarnya tentang kepemimpinan dalam Islam. Sehingga pemimpin masa kini, tak jarang telah lari dari erti kepemimpinan dalam Islam. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali ‘Imran: مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya Islam sangat memeperhatikan seni kepemimpinan. Islam adalah agama yang merangkumi bukan sahaja ibadat khusus, tetapi ia juga suatu sistem hidup yang merangkumi bidang-bidang lain seperti muamalat, sistem sosial dan sistem politik. Lantaran itu, konsep kepimpinan juga menjadi tajuk yang diperbincangkan oleh para ulama’, sejarawan dan ilmuwan-ilmuwan Islam dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbincangkan di bawah tajuk ‘imamah’, ‘khalifah’ dan tajuk-tajuk lain seumpamanya. Islam menganggap setiap seorang Muslim yang mukallaf sebagai pemimpin. Sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka, dan keluarga mereka. Dengan sebab seseorang itu dianggap pemimpin bagi dirinya, beliau tidak boleh mencampakkan dirinya dalam kemusnahan atau dalam bahaya Keperluan kepada ketua atau pemimpin ini adalah jelas, iaitu untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini, terutama suruhan-suruhan yang berkaitan dengan tugas penguasa, juga untuk memberi pengarahan, menjaga kebajikan dan keselamatan mereka,mengatur penggunaan sumber, menjalankan usaha untuk kemuslahatan ramai, dan mengelak dari berlakunya pertelingkahan antara mereka Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 8 surah Al-Maidah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan Kepimpinan saling bertukar ganti di mana ada berjaya menjalankan amanah kepimpinan sehingga membawa kebahagiaan rakyatnya dan ramai pula yang gagal menunaikan tanggungjjawab sehingga membawa penderitaan kepada rakyat dan negara. Antara punca kejatuhan seorang pemimpin ialah [1] Terlalu memuji pemimpin di mana terdapat rakyat dan pengikut yang mendekati, memuji dan memuja pemimpin mereka dengan niat supaya takut dimarah, dijatuhkan pangkat dan kedudukan dek takut periuk nasi mereka hilang begitu sahaja. Bagi pemimpin pula, apabila dipuja dan dipuji sentiasa, akan timbul rasa takjub menyebabkan mereka akan berbuat apa sahaja kerana walau dilakukan salah atau sebaliknya, mereka tetap akan berada dalam zon selesa. Melanggar janji di mana Allah SWT membenci orang yang berjanji dan berkata tetapi tidak mengotakannya. Jangan mudah menabur janji kerana mengimpikan kuasa. Takut nanti kuasa tersebut yang akan menjatuhkan kita. Berpadalah dalam berkata-kata! Ketidakadilan pemimpin di mana apabila memiliki kuasa, pemimpin boleh melakukan apa-apa yang mereka suka. Sukar untuk pemimpin melakukan apa yang mereka tidak suka terutamanya yang tidak digemari oleh para pengikut dan penyokong mereka. Keadaan ini menyebabkan kemungkinan akan berlaku ketidakadilan kepada orang lain. Ketidakadilan berlaku, malah kezaliman yang diperlaku. Dek memuaskan hawa nafsu diri, dek kuasa dan penerusan kekuasaan, mereka melakukan ketidakadilan seperti memberikan kedudukan dan pangkat walau tidak memenuhi syarat, pemberian anugerah dan sumbangan juga dipilih-pilih dengan mengutamakan mereka yang memberikan kepentingan kepadanya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 58 surah an-Nisaa’ : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا ‎﴿٥٨﴾‏ Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Menurut nafsu Punca kejatuhan pemimpin yang ke-[4] menuruti hawa nafsu di mana pemimpin yang menuruti hawa nafsu akan menyebabkan hilang pertimbangan akal dan perbuatan mereka menjadi tidak rasional kerana kemewahan hidup. Pemimpin tidak boleh memperlakukan sesuka hati, bercakap tanpa iman kerana itu akhlak sebagai seorang pemimpin. Banyak mata yang melihat dan banyak hati yang perlu dijaga, nanti tangan-tangan merekalah yang menentukan jatuh bangun seorang pemimpin. Pemimpin perlu menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai qudwah dalam berbicara dan berperilaku di hadapan masyarakat. [5] kejatuhan seseorang pemimpin kerana rakyat tidak menegur kesalahan pemimpin. Saidina Abu Bakar As-Siddiq radiallahuanhu sejurus sahaja dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW mengatakan dalam khutbahnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dipilih untuk memimpin kamu semua, dan aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu semua. Sekiranya aku berbuat baik maka bantulah aku, dan sekiranya aku melakukan kesilapan, maka betulkanlah aku. Kebenaran adalah satu amanah dan dusta itu adalah satu pengkhinatan.” Saidina Abu Bakar telah menunjukkan bahawa sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada kesilapan. Jadi kesilapan tersebut mungkin tidak disedari dilakukan mungkin dalam keadaan sedar atau sebaliknya. Maka, rakyatlah yang menjadi penegur dan pengkritik. Maka pemimpin hendaklah bersedia untuk menerima kritikan dan teguran daripada rakyat. Setiap pemimpin wajib mencari sahabat setia yang tidak menyembunyikan kelemahannya dek menjaga hati dan air muka. Manakala rakyat mesti menjadi pengkritik atau penegur yang menegur pemimpin agar menegur dengan cara yang berhemah supaya cara dan kaedah teguran tidak menjatuhkan kredibiliti dan kewibawaan seseorang pemimpin. Pemimpin mempunyai tugasan besar. Pemimpin yang sedar akan tanggungjawab kepimpinan tidak akan menganggap jawatan dan kedudukan merupakan suatu kemuliaan, tetapi mereka perlu menganggapnya sebagai suatu bebanan besar yang akan disoal di akhirat kelak. Beringatlah wahai pemimpin! Di depan kamu adanya janji nikmat Syurga dan amaran seksaan api Neraka بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 7 September 2023

Khutbah Jumaat : Kepimpinan Islam DiJulang Penyalahgunaan Kuasa DiTentang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat  58   surah an-Nisaa’ :  إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا ‎﴿٥٨﴾‏ Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Kepimpinan di dalam Islam mempunyai pengertian yang amat luas, termasuklah pemimpin dalam institusi keluarga, pemimpin masyarakat dan juga pemimpin negara. Semakin luas bidang kepimpinan kita maka semakin beratlah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Di dalam sejarah kepimpinan Islam, Rasulullah s.a.w adalah merupakan pemimpin umat Islam yang pertama berjaya membentuk sebuah negara Islam di Madinah Al-Munawarah. Sekalipun penduduk Madinah mempunyai berbagai-bagai suku kaum dan bangsa, namun dengan kebijaksanaan dan keadilan Rasulullah s.a.w mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadilan Rasulullah s.a.w sebagai seorang pemimpin amat terserlah dalam banyak perkara. Dalam melaksanakan syariat Islam, baginda Rasulullah s.a.w tidak pernah membezakan di antara sesama manusia samada ahli keluarganya, kaum kerabatnya, sahabat-sahabatnya mahupun golongan yang berpengaruh atau sebaliknya. Baginda senantiasa berlaku adil di dalam semua perkara. Corak kepimpinan Rasulullah s.a.w ini telah diikuti oleh para khalifah selepasnya seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab dan lain-lain lagi sehinggakan kemakmuran di kota Madinah dapat terus dikekalkan. Inilah antara bukti yang nyata di mana apabila seseorang pemimpin itu bersifat adil maka rumahtangga, masyarakat dan rakyat seluruhnya akan hidup aman sejahtera dan negara akan terus makmur dengan mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Seseorang pemimpin itu hanya akan dianggap sebagai pemimpin yang adil apabila ia dapat melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sempurna. Dua amanah utama yang harus dipikul oleh seorang pemimpin di dalam sebuah negara ialah; Pertama : Melaksanakan syariat Allah SWT. Kedua : Menggerakkan dan memimpin ke arah kehidupan yang diredhai Allah SWT. Pemimpin yang adil hendaklah sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepadanya.    Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat  8  surah al-Maidah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ‎﴿٨﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.            Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “separation of powers” merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada 3 cabang utama iaitu pemerintah (eksekutif), perundangan (legislatif), dan kehakiman (judisiari). Islam mendahului beberapa abad dalam pelaksanaan konsep pembahagian kuasa ini dan telah mempengaruhi sistem kehakiman negara Barat yang mengamalkan sistem demokrasi melalui pengkajian golongan orientalis daripada tamadun Islam. Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW terhadap diri Baginda sendiri, apabila Baginda membeli seekor kuda daripada seorang Badwi. Setelah mereka bersetuju dengan harga kuda itu, hanya Baginda belum menjelaskan bayarannya kerana berlaku hal yang lain, tiba-tiba si Badwi itu mempelawa kepada sesiapa sahaja untuk membelinya dengan harga yang lebih mahal dan ada pula yang mahu membelinya. Apabila Rasulullah SAW memanggil untuk membayarnya, tiba-tiba si Badwi itu tegas mahu menjual kepada orang lain dengan tawaran harga yang lebih mahal. Mengikut hukum Islam, bahawa Rasulullah SAW yang berhak menjelaskan bayarannya kerana jual beli itu masih berada dalam majlis yang belum berpisah (khiyar majlis). Namun, si Badwi itu tetap meminta untuk dibicarakan dengan membawa saksi dan Rasulullah SAW perlu menunjukkan saksinya. Khuzaimah bin Thabit RA lalu tampil menjadi saksi di samping ramai lagi saksi daripada kalangan sahabat yang lain. Akhirnya, si Badwi bersetuju menyerahkan kuda itu kepada Rasulullah SAW.  Di sini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sebagai seorang rasul yang dilantik oleh Allah SWT mengatasi jawatan segala raja dan pemimpin negara, tidak menggunakan kedudukan Baginda untuk mempengaruhi sistem kehakiman yang mewajibkan keadilan Islam kepada semua. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 135 surah an-Nisaa’ : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا ‎﴿١٣٥﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan Keadilan Islam dalam memisahkan antara kuasa pemerintah , perundangan , dan kehakiman dapat kita saksikan dalam kisah Khalifah keempat Khulafa’ al-Rasyidin, Khalifah ‘Ali RH di mana pada suatu hari ketika beliau sedang berjalan di pasar pada suatu hari, tiba-tiba beliau melihat baju perisai kepunyaannya yang hilang hendak dijual oleh seorang bukan Islam (Ahli Kitab) di pasar itu. Lalu beliau mengambilnya dan mengaku baju perisai itu ialah kepunyaannya yang hilang, namun si penjual itu menegaskan bahawa baju perisai itu merupakan miliknya. Akhirnya, kes itu dibawa ke hadapan Hakim Syuraih al-Kindi untuk dibicarakan. Syuraih meminta saksi daripada Khalifah ‘Ali RA. Apabila Khalifah ‘Ali RA tidak dapat mengadakan saksi yang diterima, maka Hakim Syuraih menyerahkan baju perisai itu kepada yang dituduh iaitu seorang bukan Islam untuk mengambilnya. Tiba-tiba, si penjual yang dituduh itu berkata: ‌أَمَّا ‌أَنَا ‌فَأَشْهَدُ ‌أنَّ ‌هَذِهِ ‌أَحْكَامُ ‌الأَنْبِيَاءِ، ‌أَمِيْرُ ‌الْمُؤمِنِيْنَ ‌يُدْنيني ‌إِلَى ‌قَاضِيْهِ ‌يَقْضِيْ ‌عَلَيْهِ. ‌أَشْهَدُ ‌أَنْ ‌لَا ‌إلَهَ ‌إلَا ‌اللهُ ‌وَأَشْهَدُ ‌أَنَّ ‌مُحَمَّدًا ‌عَبْدُهُ ‌وَرَسُولُهُ، ‌الدِّرْعُ ‌وَاللهِ ‌دِرْعُكَ ‌يَا ‌أَمِيْرَ ‌الْمُؤْمِنِينَ ‌اتَّبَعْتُ ‌الجَيْشَ ‌وَأَنْتَ ‌مُنْطَلِقٌ ‌إِلَى ‌صِفِينَ. Maksudnya : “Sesungguhnya, aku bersaksi bahawa inilah kehakiman para anbiya’ yang adil kerana seorang Amir al-Mu’minin (ketua negara yang berkuasa) mengadukan masalah ini kepada hakim untuk menghakiminya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Dan demi Allah baju perisai ini sememangnya kepunyaanmu, wahai Amir al-Mu’minin! Aku mengambilnya ketika ia terjatuh dari unta apabila kamu wahai Khalifah mahu berangkat ke Siffin.” Kemudian, si ahli Kitab itu terus menyerahkan baju perisai tersebut kepada Khalifah ‘Ali RA, lalu beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk Islam. Khalifah ‘Ali RA pula menghadiahkan perisai itu kepada Ahli Kitab itu dan beliau menjadi seorang pejuang Islam yang berjihad dengan ikhlas. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Pernah berlaku pula pada zaman Sultan Muhammad al-Fatih yang memerintah Kerajaan ‘Uthmaniyyah di mana Baginda menugaskan seorang arkitek berbangsa Rom (bukan Islam) kerana kemahirannya agar membina sebuah masjid yang besar dan indah bertiangkan marmar mengikut ketinggian yang telah ditetapkan. Tiba-tiba, masjid yang dibina itu tidak mengikut arahan baginda, menyebabkan sultan sangat murka lalu arkitek itu dipotong tangannya. Namun, selepas itu, sultan sangat menyesal atas tindakannya yang zalim itu. Adapun arkitek itu membuat pengaduan kepada hakim Istanbul yang terkenal ketegasannya, Syeikh Sori Khadir Jalabi. Hakim membuat keputusan bahawa sultan hendaklah dijatuhkan hukuman qisas dipotong tangannya atau membayar diat (wang dengan jumlah yang dihadkan) cara hukumannya mengikut pilihan pendakwa. Tiba-tiba, orang yang mendakwa tercengang dengan keputusan hakim lalu memilih hukuman bayaran sara hidup kepadanya. Kemudian, Sultan Muhammad al-Fatih menggandakan bayaran sara hidupnya lebih daripada keputusan hakim.  Semua kisah ini menunjukkan betapa Islam mendahului negara demokrasi Barat dalam melaksanakan konsep pembahagian kuasa dan menegakkan keadilan kepada semua, termasuk terhadap bukan Islam kerana perintah Allah yang mengatasi undang-undang ciptaan manusia. Negara demokrasi Barat yang menjajah dan menakluki negara Islam banyak mengambil kitab karangan para ulama’ Islam dalam segala lapangan ilmu, termasuk dalam lapangan pentadbiran dan kehakiman sehingga ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab itu telah mempengaruhi mereka. Akan tetapi, mereka memisahkan urusan pentadbiran dan kehakiman itu daripada agama. Namun, pengaruhnya tetap membawa pembaharuan kepada mereka. Rasulullah SAW memberikan amaran kepada para hakim dengan sabdanya: القُضَاةُ ثَلَاثَةٌ: قَاضِيَانِ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ فِي الجَنَّةِ، رَجُلٌ قَضَى بِغَيْرِ الحَقِّ فَعَلِمَ ذَاكَ فَذَاكَ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ لَا يَعْلَمُ فَأَهْلَكَ حُقُوقَ النَّاسِ فَهُوَ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ قَضَى بِالحَقِّ فَذَلِكَ فِي الجَنَّةِ. - رواه أبو دأود و الترمذي والنسائي وابن ماجه Maksudnya : “Para hakim itu ada 3 jenis; dua jenis berada di dalam neraka dan satu jenis berada di dalam syurga. Seseorang yang menghukum secara salah walaupun dia mengetahui perkara yang benar, maka dia berada di dalam neraka. Seseorang yang jahil yang merosakkan hak manusia dengan kejahilannya, maka dia berada di dalam neraka juga. Dan seseorang yang menghukum secara benar, maka dia berada di dalam syurga.”  Sangat malang dan memalukan bagi pemimpin dan umat Islam yang ditimpa bencana kehakiman yang tidak mengikut Islam yang merupakan agamanya sendiri. Keadaan ini menunjukkan betapa penjajahan pemikiran dan sistem masih lagi bertapak dan perjuangan kemerdekaan masih belum selesai. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia dan akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 17 Ogos 2023

Khutbah Jumaat : Raikan Kemenangan Perkasakan Undang-undang Islam

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat  1-3   surah al-Fathu : إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ‎﴿١﴾‏ لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ‎﴿٢﴾‏ وَيَنصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا ‎﴿٣﴾‏  Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,  Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).  Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya) Kemenangan adalah suatu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar haq atau batil, pejuang itu Muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain. Islam mempunyai asasnya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al-fawzu, al-nasru dan al-fathu. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza. Kemenangan dengan istilah “al-falah” melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan “al-fawz” pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan “al-nasr” pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya. “Al fath” pula kejayaan yang diperolehi setelah melalui pelbagai jenis ujian seperti kekalahan, kelemahan, kesedihan dan kesengsaraan. Kemenangan pula terbahagai kepada 2 iaitu kemenangan di Dunia dan kemenangan di akhirat nanti. Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang. Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Ulama’ sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. 3 bentuk kemenangan al-nasr di dunia yang dijanjikan itu adalah : [1] Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memegang tampuk pimpinan. [2] Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya kewibawaan untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara. [3] Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.   Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 10-12 surah as-Soff: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ‎﴿١٠﴾‏ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ‎﴿١١﴾‏ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ‎﴿١٢﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).  (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. Kemenangan di akhirat yang disebut al-fawzu pula adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam. Allah menawarkan kemenangan  di akhirat itu meliputi 4 perkara iaitu : [1] Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat. [2] Mendapat keampunan dari Allah Taala di atas segala dosa yang telah dilakukan. [3] Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai yang mengalir. [4] Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di Syurga yang bernama ‘Adni. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 1-3 surah an-Nasru: إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ‎﴿١﴾‏ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا ‎﴿٢﴾‏ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ‎﴿٣﴾ Maksudnya : Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -  Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -  Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.  Surah an-Nasru bukan sahaja memberitahu tentang kemenangan Islam malah ia merupakan penunjuk Rabbani saat datang pertolongan Allah dan kemenangan dari-Nya. Rasulullah diperintahkan untuk bertasbih, bertahmid dan beristighfar. Orang-orang beriman tidak boleh sombong dan angkuh atas kemenangan ini. Tapi mesti menyedari bahqwa kemenangan itu datangnya dari Allah. Oleh itu wajib mendekatkan diri kepada Allah, mensucikan Allah daripada segala sifat kekurangan, bersyukur kepada-Nya dan memohon ampunanNya. Bertasbih dan bertahmid atas kurniaan dan anugerah Allah yang telah menjadikan mereka sebagai pemegang amanah untuk melaksanakan dakwah-Nya dan menjaga agama-Nya. Beristighfar dari rasa bangga dan sombong yang kadang-kadang menyelinap ke dalam jiwa saat kemenangan tiba. Juga beristighfar atas perasaan dan sikap yang boleh jadi menyertai saat perjuangan panjang dan sekian lama menantikan datangnya kemenangan. Ibnu Katsir menjelaskan, Rasulullah s.a.w tidak hanya bertasbih dan beristighfar. Bahkan pada hari pembukkan Kota Makkah, baginda mengerjakan solat dhuha 8 rakaat. Sebahagian ulama berpendapat, disunnahkan mencontohi Rasulullah s.a.w mengerjakan sholat 8 rakaat ketika mendapatkan kemenangan atas suatu negeri. Sa’ad bin Abi Waqash RH ketika menawan kota-kota di Parsi juga melakukan solat itu. Rasulullah mensyukuri nikmat pengampunan Allah ini dengan pengampunan kepada seluruh penduduk Makkah. Baginda memaafkan mereka meskipun dulunya menyakiti dan memerangi Rasulullah s.a.w. Sebelum pembukaan Kota Makkah berlaku, pemimpin Quraisy Abu Sufyan bin Harb telah datang menemui Rasulullah S.A.W meminta perdamaian. Beliau tahu Quraisy tidak dapat lagi menghadapi kemaraan umat Islam. Nabi s.a.w menerima perdamaian itu dengan meletakkan beberapa syarat. Namun semangat berkobar-kobar umat Islam mahu membalas pengkhianatan janji Quraisy menyebabkan Saad bin Ubadah menyatakan kata-kata keras di hadapan Abu Sufyan: الْيَوْمَ يَوْمُ الْمَلْحَمَةِ ، الْيَوْمَ تُسْتَحَلُّ الْكَعْبَةُ Maksdudnya : "Hari ini adalah hari balasc dendam! Hari ini Kaabah akan ditawan!" Apabila Nabi S.A.W mendapat tahu perkara ini, baginda membalas:  الْيَوْمُ يَوْمُ الْمَرْحَمَةِ . Maksudnya : "Sebenarnya hari ini hari kerahmatan kasih sayang.. Keadaan ini telah membuatkan orang berbondong-bondong memeluk Islam. Kemenangan Islam tidak sedikitpun digunakan bagi membalas dendam kejahatan yang selama ini dilakukan Quraisy. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ‎﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Ketika Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan kali ke-66 sepatutnya budaya penjajah yang merosakkan dan pemikiran penjajah samada sekuler, liberal dan sebagainya sudah terhakis namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Masih ada segelintir umat Islam sendiri yang mengaku sudah merdeka namun cara hidup dan berfikir terus berqiblatkan penjajah. Kita begitu bimbang apabila ada usaha halus dan terancang telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 21 kesalahan jenayah Syariah Negeri Kelantan. Antaranya termasuk liwat, persetubuhan dengan mayat dan bukan manusia, musnahkan tempat ibadat, judi, arak dan banyak lagi. Permohonan itu bersandarkan kepada keputusan kes Iki Putra. Bahawa Negeri Kelantan tiada kuasa untuk buat undang-undang tersebut. Pendengaran kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ditetapkan semalam 17 Ogos 2023. Kalau Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan permohonan tersebut, maka 21 kesalahan tersebut akan dibatalkan. Namun yang lebih parah kesannya, saya pasti kesemua Enakmen Jenayah Syariah di semua negeri akan mula dicabar dan terus dicabar. Ia membawa teori domino jika Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibatalkan ia boleh membawa akibat terbatalnya juga Kanun Jenayah Syariah di lain-lain negeri. Oleh itu kita menyeru pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama diseru terlibat dalam kes berkaitan Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Kelantan sama ada sebagai pencelah  atau sahabat mahkamah dalam menentang tindakan jahat ini. Kita juga sebagai umat Islam yang bermaruah mesti terus bermunajat berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati golongan ini dan dihancur serta digagalkan segala perancangan jahat mereka yang tidak bertanggungjawab. Kita juga wajib berdoa dan berusaha agar kuasa Mahkamah Syariah bukan sahaja semakin lemah malah semakin diperkasakan dari masa ke semasa bermula dengan kesungguhan pemimpin negara dan ahli parlimen. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 9 Ogos 2023

Khutbah Jumaat : Hijrah Membentuk Negara Merdeka yang berkat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala su ruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 40 surah at-Taubah : إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّـهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّـهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّـهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّـهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿٤٠﴾ Maksudnya : Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Peristiwa Hijrah dijadikan sebagai asas kepada perkiraan Taqwim umat Islam bagi meniupkan semangat berubah kepada keadaan yang lebih baik. Walau pun peristiwa hijrah telah lama berlaku namun pengajaran dan hasil daripada peristiwa bersejarah ini mesti dihidupkan dalam kehidupan umat Islam untuk mencapai kejayaan umat Islam dunia dan akhirat قال الرسول e : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya Allah memberi suatu peringatan termasuk melalui ayat 40 surah at-Taubah yang telah dibaca pada awal khutbah tadi bahawa perjuangan Islam akan diberi pertolongan oleh Allah walau ada umat Islam sendiri tidak mahu membantu apatah lagi malas untuk berjuang. Antara pertolongan Allah ketika berlangsungnya hijrah nabi s.a.w ialah musuh tidak nampak nabi Muhammad s.a.w bersama Saidina Abu Bakar RH dalam gua yang sempit, dibuang rasa takut dengan ditanam keyakinan dengan bantuan Allah, memberi ketenangan disaat getir dan didatangkan bantuan para malaikat. Oleh itu kita jangan memberi pelbagai dalih dan seeribu alasan dalam memperjuangkan Islam sebaliknya kita wajib mencari pelbagai usaha dan rancangan agar seluruh sistem Islam yang merangkumi ibadah khusus, ekonomi, politik, sosial dan lain-lain dapat dilaksana dalam negara Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal : وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya Ketika merenungi peristiwa hijrah yang agong ini maka kita dapati pelbagai usaha dan perancangan yang disusun dan diatur oleh nabi Muhammad s.a.w yang memberi pengajaran kepada kita walau pun baginda s.a.w sebagai seorang nabi namun mesti berusaha disampung bertawakkal kepada Allah kerana kemenangan Islam tidak dihampar dengan permaidani merah sebaliknya perlu kepada tumpahnya darah, tidak dijanjikan dengan kemenangan yang senang sebalikny menuntut nyawa yang melayang, bukan kejayaan yang mudah sebaliknya perlu kepada pengorbanan yang berterusan. Antara pengajaran besar daripada hijrah nabi s.a.w ialah : Melakukan strategi dan perancangan yang tersusun dan kemas. Nabi SAW telah memberikan contoh melakukan perancangan hijrah antaranya menyediakan pengganti untuk berada di tempat tidur Nabi SAW, kaedah menghantar bekalan makanan, mengatur laluan perjalanan, memilih pemandu jalan, bersembunyi di gua Thur dan sebagainya. Malah telah berlaku 2 kali Baiah Aqabah iaitu janji taat setia daripada penduduk Madinah dari kalangan Aus dan Khazraj yang bukan sahaja terkandung akuan beriman semata-mata malah turut menekankan rasa tanggungjawab dan kesediaan untuk melantik nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin serta sanggup gugur syahid dalam menjaga nabi s.a.w Pengorbanan perlu dilakukan dalam mencapai matlamat dalam kehidupan. Nabi SAW telah mencontohkan penghijrahan dengan melakukan pengorbanan jiwa, harta dan tanah air tercinta menjadi titik tolak perubahan dan pemangkin kejayaan penyebaran syiar Islam ke seluruh alam. Islam bukan sahaja mengurus diri, keluarga malah bernegara Hijrah dan perubahan adalah suatu tuntutan hidup serta memerlukan pengorbanan. Perubahan dari suatu yang buruk kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang terbaik adalah perlu dilaksanakan dalam kehidupan yang menuntut pengorbanan. Melahirkan sifat sabar dan tawakkal berserah diri hanya kepada Allah SWT. Nabi SAW telah mencontohkan kesabaran melalui pelbagai kesukaran ketika berhijrah seperti diancam bunuh, dikejar musuh, perjalanan yang jauh dan sebagainya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal : وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia Pengajaran Hijrah Ke –[5] Keperluan kepada sokongan dan dokongan pelbagai pihak. Nabi SAW memberi teladan bahawa hijrah yang dilakukan memerlukan sokongan dan dokongan pelbagai lapisan usia, jantina, agama dan sebagainya untuk menjayakan misi hijrah. Contohnya Saidini Abu Bakar al-Siddiq dan Uthman bin Affan yang mempunyai pengaruh dan kekuatan melalui kekuasaan dan kewangan. Saidina Ali bin Abi Talib yang masih belia menggantikan tempat tidur Nabi SAW. Asma’ binti Abu Bakar berperanan menghantar bekalan makanan. Abdullah bin ‘Uraiqit walaupun bukan Islam berperanan sebagai pemandu jalan ke Madinah. Kelebihan yang ada digunakan untuk memainkan peranan yang sesuai mengikut potensi masing-masing. Begitulah juga dalam kehidupan, manusia sentiasa perlukan sokongan dan dokongan dari pelbagai pihak supaya dibantu, terus bermotivasi dan berjaya dalam setiap kerja dan misi hijrah yang dilakukan. Mewujudkan semangat persaudaraan dan saling membantu. Nabi SAW mencontohkan mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin serta menggalakkan memberi bantuan. Peristiwa hijrah telah mendidik sifat keperihatinan dan kepedulian masyarakat tanpa mengira latar belakang dan keturunan. Islam menganjurkan kepada setiap Muslim agar selalu peduli dengan nasib masyarakat disekeliling. Firman Allah dalam ayat 4 surah as-Soff : إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ ‎﴿٤﴾ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 26 Surah Ali ‘Imran: قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ‌ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ‌ Maksudnya :Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Hijrah nabi s.a.w menunjukkan bukti yang jelas kepada kita bahawa kepimpinan, bernegara dan politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Islam mengajar kita bagaimana hanya Kerajaan Allah sahaja merupakan kerajaan yang sebenar dan berkekalan. Manakala kerajaan lain merupakan suatu amanah yang sementara sahaja yang bakal disoal tentang corak pemerintahannya di akhirat nanti. Semua kerajaan lain berada di bawah genggaman kekuasaan Allah di mana Allah boleh menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan mengikut kehendakNya. Ia mengingatkan kita semua bahawa tidak ada kerajaan yang terus kekal memerintah selama-lamanya agar pemimpin sentiasa bertaqwa dalam memerintah negara dengan menjauhi penyalahgunaankuasa yang menyebabkan kerajaan mereka bukan sahaja dijatuhkan di dunia malah di akhirat kelak akan diseksa dalam api neraka Allah yang dahsyat bakarannya. Oleh itu pilih pemimpin yang bersungguh mengharamkan judi dan menghadkan jualan arak, membanteras rasuah. Memilih kerajaan yang mampu menjaga etika untuk rakyat berhibur bukannya menjemput kumpulan LGBT yang merosakkan rakyat dan negara. Islam nescaya negara berkat rakyat selamat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 28 Jun 2023

خطبة عيد الأضحى 1444 هـ

خطبة فرتام اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله دالم اية 27 سورة الحج : وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ مقصودڽ : "دان سروكنله اومة مأنسي اونتوق مڠرجكن عبادة حاج، نسچاي مريك اكن داتڠ كرومه توهنمو دڠن برجالن كاكي، دان دڠن منوڠڬڠ برجنيس-جنيس اونتا يڠ كوروس يڠ داتڠڽ دري برباڬاي جالن ﴿دان چروق رنتاو﴾ يڠ جأوه سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكوران يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. سمڤنا برادا ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت سام-سام مندعاءكن سموڬ ڤارا جماعة حاج دري سلوروه دنيا يڠ سداڠ مڠرجكن عبادة حاج دكوتامكة دبريكن كصيحتن دان كسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوڬرهكن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن كچوالي شرڬ. أنتارا حكمة درڤد عبادة حاج سلاين مڽمڤورناكن روكون اسلام دان ممبرسيهكن ديري درڤد دوسا دان نودا، إياڽ اداله سيمبول كڤد ڤرينته الله سبحانه وتعالى كڤد اومة اسلام اڬر منچاري تيتيق ڤڽاتوان دان ممبينا ڤرسفهامن. اين كران ڤڽاتوان اومة اداله اساس دالم ممبينا كقواتن ستله بڬيتو لاما اومة اسلام دڤچه ڤرينته اوليه ڤنجاجه رسول الله ﴿ساو﴾ برخطبة دالم خطبة وَداع. بڬيندا برسبدا: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ رَبَّكُمْ وَاحِدٌ، وَإِنَّ أَبَاكُمْ وَاحِدٌ، أَلا لا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى عَجَمِيٍّ، وَلا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ، وَلا لأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ، وَلا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ، إِلا بِالتَّقْوَى، إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكُمْ، رواه أحمد مقصودڽ : “واهاي مأنسي، سسوڠڬوهڽ توهن كالين اداله ساتو دان باڤ كالين اداله ساتو ﴿آدم﴾. ايڠتله، تيدق اد كلبيهن اورڠ عرب اتس بوكن عرب، تيدق اد كلبيهن بوكن عرب اتس اورڠ عرب، تيدق اد كلبيهن اورڠ كوليت ڤوتيه اتس اورڠ كوليت هيتم دان اورڠ كوليت هيتم اتس اورڠ كوليت ڤوتيه، كچوالي دڠن تقوى. سسوڠڬوهڽ اورڠ يڠ ڤاليڠ مليا دري كالين د سيسي الله اداله يڠ ڤاليڠ برتقوى. مسلمين دان مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم سورة الحج اية 37:  لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚكَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾ مقصودڽ : داڬيڠ دان داره بيناتڠ قربان اتاو هديه ايت تيدق سكالي-كالي اكن سمڤأي كڤد الله، تتاڤي يڠ سمڤي كڤداڽ اياله عمل يڠ إخلاص يڠ برداسركن تقوى دري كامو. دمكينله اي ممودهكن بيناتڠ-بيناتڠ ايت باڬي كامو سوڤاي كامو ممبسركن الله كران منداڤت نعمة ڤتونجوقڽ. دان سمڤايكنله بريتا ڬمبيرا ﴿دڠن بالسن يڠ سبأيك-بأيكڽ﴾ كڤد اورڠ-اورڠ يڠ بروسها سوڤاي بأيك عملڽ. هاري راي اين جوڬ دناماكن هاري راي قربان كران برمولا هاري اين هيڠڬ براخير هاري تشيريق ايأيت 13 ذوالحجة اين مك باڬي كيت يڠ بركممڤوان دسارنكن اونتوق ملاكوكن عبادة قربان. 2 حكمة عبادة قربان. ڤرتام، حكمة دالم مندكتكن هوبوڠن دڠن الله، دان هوبوڠن سسام مأنسي لنترن دڠن مڽمبليه حيوان قربان ، داڬيڠڽ داڤت دنعمتي اوليه اورڠ-اورڠ يڠ ممرلوكنڽ. دان دري سينيله اكن تربنتوق سوليدريتي دان ستياكاوان سوسيال. كدوا، حكمة سوسيال، مورال، دان كروحانين. حكمة سوسيال، كران قربان جلس ستراتيڬي باڬي اختيار ممباڠون سيكڤ كبرسمأن دان ممبنتو دالم مشاركة. ميثالڽ، اد دالم مشاركة كيت يڠ بلوم تنتو داڤت ماكن داڬيڠ سكالي دالم ستاهون. قربان داڤت دجاديكن سواتو چارا دالم ممباڠون كبرسمأن دان كحرمونيان هوبوڠن انتارا يڠ برڤوڽا دڠن يڠ تيدق برڤوڽا حكمة مورال ڤولا كران ڤرينته بر قربان مڠيڠتكن بهاوا ڤد حقيقتڽ ككايأن ايت هاڽله ڤينجامن دري الله. دري سيني، سهاروسڽ مأنسي مڽداري بهاوا ڤد هرتا يڠ دميليكيڽ اد حق اورڠ لأين، يڠ هاروس دتونايكن دڠن چارا مڠلواركن زكاة، انفاق، صدقة، وقف، ترماسوق قربان. مانكالا حكمة كروحانين، قربان يڠ برارتي “دكت“، دمقصودكن سباڬاي جالن اونتوق مندكتكن ديري كڤد الله دڠن چارا مڽمبليه حيوان قربان إخلاص كران الله دڠن مڠاڬيه ڤولا داڬيڠ قربان كڤد ڬولوڠن يڠ ممرلوكن. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سورة الأنبياء اية 68-69 :  قَالُوا حَرِّقُوهُ وَانصُرُوا آلِهَتَكُمْ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ ‎﴿٦٨﴾‏ قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ ‎﴿٦٩﴾ مقصودڽ : ﴿ستله تيدق داڤت برحجة لاڬي، كتوا-كتوا﴾ مريك بركات: "باكرله دي دان بلاله توهن-توهن كامو، جيك بتول كامو ماهو برتيندق ممبيلاڽ!" . كامي برفرمان: "هاي اڤي، جاديله اڠكاو سجوق سرتا سلامت سجهترا كڤد نبي إبراهيم! كتيك مڽمبوت هاري راي حاج اتاو قربان اين تيدق لڠكڤ تنڤا ممبيچاراكن تنتڠ قصة ڤڠوربانن اڬوڠ نبي إبراهيم عليه السلام سكلوارڬ يڠ بوكن سهاج بركيسر دالم رواڠ ليڠكوڤ ڤريبادي دان كلوارڬ ماله مليبتكن كهيدوڤن برمشاركة ستروسڽ برنڬارا. انتارا قصة نبي يڠ باڽق درقم دالم القرءان اياله قصة نبي إبراهيم عليه السلام. ترداڤت 69 كلمة إبراهيم دالم القرءان دالم 25 سورة. ماله ترداڤت ساتو سورة دڠن نام سورة إبراهيم. ڤلباڬاي ڤنكانن قصة دباواكن سڤرتي دعوة نبي إبراهيم اعليه السلام كڤد مشاركة، كايمانن كڤد الله سبحانه وتعالى، ڤڠوربانن دالم مڽيباركن شعار اسلام دان ڤلباڬاي قصة مناريق يڠ واجر دجاديكن ڤندوان اوليه مشاركة ڤد ماس كيني. ڤرجواڠن نبي عليه السلام بڬيتو ڤنجڠ دان ڤنوه برليكو د مان ڤد زمان رماجاڽ يڠ هيدوڤ دالم سواسان مشاركة يڠ مڽمبه برهالا د مان دڠن كڤينترن دان كبرانين مك بڬيندا عليه السلام سڠڬوڤ ماتي دالم منجالنكن كرجا دعوة. بڬيندا عليه السلام تله دجاتوهكن حكومن دلمڤر دالم اوڠڬون اڤي يڠ بسر نامون دسلامتكن اوليه الله. اينيله سنة ڤرجواڠن اسلام يڠ تيدق دهمڤر دڠن ڤرميداني ميره سباليقڽ منونتوت تومڤهڽ داره. تيدق دجنجيكن دڠن كمناڠن يڠ سنڠ سباليقڽ مناڬيه ڽاوا يڠ ملايڠ. اوسه برچاكڤ تنتڠ ڤرجواڠن جك تاكوت اونتوق بر قربان. ڤجوڠ اسلام تيدق ڤرنه برتاڽ ايمبوهن هرتا دان تختا يڠ اكن دڤراوليهي دري ڤرجواڠن اسلام سباليقڽ سنتياس برتاڽ اڤاكه لاڬي يڠ اكن د قربانكن اونتوق اسلام دمي منچاڤأي كريضأن الله دنيا دان اخيرة اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سورة إبراهيم اية 40 : رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾ مقصودڽ : واهاي توهنكو! جاديكنله داكو اورڠ يڠ منديريكن سمبهيڠ دان دمكينله جوڬ ذورية كتوروننكو. واهاي توهن كامي، ڤركننكنله دعا ڤرموهوننكو ڤمبينأن كلوارڬ يڠ بهاڬيا برتونجڠكن اڬام ڤد كلوارڬ نبي إبراهيم عليه السلام يڠ مستي كيت تلاداني. سوامي استري يڠ برتقوى ملاهيركن ڤواريث يڠ برتقوى. ماله باڽق دعاء نبي إبراهيم عليه السلام يڠ تراكم دالم القرءان يڠ منكنكن ڤرموهونن اونتوق منداڤت ذورية يڠ صالح امام غزالي بركات: “انق اداله أمانة الله باڬي كدوا-دوا اورڠ تواڽ. هاتي انق بركيلاو باڬايكن متيارا يڠ اينده، برسيه درڤد ستياڤ چوريتن اتاو لوكيسن، منريما ستياڤ اوكيرن، چندروڠ كمان ساج يڠ دأرهكن. جك دبياساكن بلاجر دڠن باءيك، دي اكن تومبوه منجادي باءيك، برونتوڠ د دنيا دان د اخيرة. كدوا-دوا اورڠ توا، سموا ڬورو، ڤڠاجر دان ڤنديديقڽ سام-سام اكن منداڤت ڤاهلا. دان جك انق ايت دبياساكن ملاكوكن كبوروقكن دان دأبايكن سباڬايمان مڠابايكن حيوان، دي اكن چلاك دان روسق، دوساڽ منيمڤا ڤڠاسوه دان اورڠ تواڽ.“ مسلمين/مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم سورة البقرة ايات 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ‎﴿١٢٤﴾‏ مقصودڽ : دان ﴿ايڠتله﴾، كتيك نبي إبراهيم داوجي اوليه توهنڽ دڠن ببراڤ كلمة ﴿سوروهن دان لارڠن﴾، مك نبي إبراهيم ڤون مڽمڤورناكنڽ. ﴿ستله ايت﴾ الله برفرمان: "سسوڠڬوهڽ اكو ملنتيقمو منجادي امام ﴿ڤميمڤين ايكوتن﴾ باڬي اومة مأنسي". نبي إبراهيم ڤون مموهون دڠن بركات: "﴿يا توهنكو!﴾ جاديكنله جوڬ ﴿اڤله جوا كيراڽ﴾ دري كتوروننكو ﴿ڤميمڤين-ڤميمڤين ايكوتن﴾". الله برفرمان: "﴿ڤرموهوننمو دتريما، تتاڤي﴾ جنجيكو اين تيدق اكن دداڤتي اوليه اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم توڬس يڠ ڤاليڠ بسر يڠ دتونجوقكن اوليه نبي إبراهيم عليه السلام اياله كڤميمڤينن يڠ ممبوقتيكن بهاوا اسلام تيدق بوليه دڤيسهكن درڤد ڤوليتيق كڤيمڤينن. ڤميمڤين يڠ برويبوا دأڠڬڤ ڤاليڠ بركسن كران ممڤو ممبوات ڤروبهن دان ڤمبهاروان كڤد رعية. دڠن دمكين، سباهاڬين بسر تڠڬوڠجواب ڤميمڤين اونتوق ممباوا ڤروبهن دان ڤمبهارون ڤوسيتيف كڤد رعية. ڤميمڤين جوڬ ممڤو مندڠر، مليهت دان مراساي دڽوت هاتي رعية. انتارا چيري ڤميمڤين برويبوا اياله : [1] ڤميمڤين يڠ بروڤايا منجاڬ اڬام اسلام دان ممڤو منڬقكن شريعة الله سبحانه وتعالى، بوكن منجاديكن اڬام سباڬاي الة اونتوق دڤرماءينكن سڤرتي سڠڬوڤ مڠڬادايكن اڬام اونتوق منداڤتكن كواس دان منجاتوهكن لاونڽ. [2] ڤميمڤين يڠ ممڤوڽأي القُوَّة ايأيت كقواتن سام اد دري سڬي جسماني، روحاني، ايموسي دان مينتل. [3] ڤميمڤين يڠ مميليقكي صفة تقوى، كران چيري اينله يڠ منجامين ڤميمڤين berintegriti دان تاكوتكن الله سبحانه وتعالى دالم ملقساناكن توڬس-توڬسڽ. [4] ڤميمڤين ايت مستيله برامانة، عادل دان تيدق ملاكوكن كظاليمن اتاو diskriminasi كڤد د باوه ڤيمڤيننڽ. [5] ڤميمڤين ايت مستيله برتڠڬوڠجواب دان تيدق سومبوڠ كڤد مريك يڠ د باوه ڤيمڤيننڽ .[6]ڤميمڤين هندقله تڬس دان برڤڬڠ تڬوه كڤد ڤرينسيڤ دالم ملقساناكن أمانه ترماسوق مڠمبيل تيندقكن سواجرڽ دالم حال بركأيتن ڤڠواتكواسأن اوندڠ-اوندڠ ترهادڤ ڤيهق برساله، سكاليڤون ممبابيتكن اهلي كلوارڬ، كاون اتاو لاون. [7] ڤميمڤين هندقله براخلاق، باءيك بودي ڤكرتيڽ، منجادي تلادان باءيك دالم سموا تيندق تندوقڽ دان بيبس درڤد كروسقكن مورال. [8] ڤميمڤين هندقله منونايكن جنجي كڤد اورڠ باوهنڽ. ڤميمڤين يڠ مڠوتاكن جنجي اداله ڤميمڤين يڠ دسناڠي دان دڤرچايأي، بوكنڽ بردوستا، برجنجي ڤلسو دان مڠهمڤاكن اورڠ باوهنڽ. ايڠتله بهاوا چارا هيدوڤ ڤميمڤين باڽق ممڤڠاروهي رعيتڽ سڤرتي ڤميمڤين سوك برهيبور مك رعيتڽ سوك برهيبور، ڤميمڤين سوك كڤد كبنداأن مك ايتوله جوڬ سيكڤ رعيتڽ دان بيلا ڤميمڤين سوك ڤد ڤرمأينن مك بڬيتوله راڬم رعيتڽ . رعيت چرمينن ڤميمڤين سڤرتيمان يڠ دڽاتاكن اوليه سيدنا عمر: النَاسُ عَلَى دِينِ مُلُوكِهِمْ مقصودڽ: “مأنسي اداله برداسركن اڬام ﴿چارا هيدوڤ﴾ ڤميمڤينڽ.“ چونتوهڽ ڤرنه ترجادي، رعية د زمان عمر بن عبدالعزيز بڬيتوقوة طاعة دان قيام الليل. اين كران كسن درڤد بلياو سنديري يڠ چينتاكن قيام الليل. جوسترو، سسوڠڬوهڽ ڤميمڤين بنر-بنر داڤت ممڤڠاروهي رعية دان مريك بڬيتو ڬمبيرا ملاكوكن عمالن مڠيكوت اڤ يڠ دلاكوكن اوليه كتوا مريك. كڤيمڤينن يڠ كيت ڤيليه اداله ڤتونجوق كبهاڬيأن دنيا دان اخرة بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 135 سورة البقرة : وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ تَهْتَدُوا ۗ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ‎﴿١٣٥﴾ مقصودڽ : دان مريك ﴿قوم يهودي دان نصراني﴾ بركات: "جاديله كامو ڤملوق أڬام يهودي اتاو ڤملوق أڬام نصراني، نسچاي كامو اكن منداڤت ڤتونجوق". كاتاكنله ﴿واهاي محمد: "كامي اورڠ-اورڠ اسلام تيدق اكن منوروت اڤ يڠ كامو كاتاكن ايت﴾ بهكن كامي مڠيكوت أڬام نبي إبراهيم يڠ تتڤ د اتس داسر توحيد، دان بوكنله دي دري اورڠ-اورڠ مشرك". مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، كتيك مرنوڠي ڤرجالنن هيدوڤ نبي إبراهيم عليه السلام دان جوڬ نبي محمد صلى الله عليه وسلم يڠ هيدوڤ دالم سواسان مشاركة جاهلية يڠ مڽمبه برهالا د مان كادأن سكيتر بياساڽ باڽق ممڤڠاروهي كهيدوڤن سسأورڠ. نامون كدوا-دوا نبي يڠ مليا سنتياس برادا د باوه جاڬأن دان كاولن الله سهيڠڬ بوكن سهاج تيدق ترڬوڬت ايمان مريك ماله ممڤو مرونتوهكن جاهلية ترسبوت دان ديديريكن كهيبتن اسلام اتسڽ. اوليه ايت كتيك مليهت چابرن بليا اسلام دالم ايرا Globalisasi اين بوليه دكاتڬوريكن كڤد 2 ايأيت چابرن لواران دان چابرن دالمن. چابرن لواران اياله [1] چابرن Globalisasi يڠ مڽببكن مأنسي منداڤت معلومة دڠن چڤت دان ڤانتس سهيڠڬ اڤ يڠ برلاكو د بارت دڠن چڤت ممبري كسن كڤد بهاڬين-بهاڬين بومي يڠ لأين. كسجاڬتن اين منجادي فكتور اوتام مروبه كهيدوڤن، رنتق دان داي ڬرقكن سرانتاو دان انتارابڠسا سرتا تيندقكن ايكونومي، ڤوليتيق دان سوسيال[2] كچلاروان فهمن-فهمن مودين يڠ اسيڠ د مان بليا اسلام ڤد ماس كيني جوڬ مڠهادڤي چابرن بسر درڤد كلاهيرن ڤلباڬاي اليرن سڤرتي ڤمبيبسن وانيتا، Islam liberal, Islam Plurel دان سباڬايڽ [3] مشاركة يڠ تيدق چقنا اتاو ڤريهاتين د مان ماجوريتي ڬينراسي كيني سداڠ دهيڠڬڤ ڤڽاكيت جيوا سنتاي، جيوا همبا، ڤنتيڠ ديري دان ماتي راس سهيڠڬ مڽببكن مريك تيدق لاڬي مراسا ترڤڠڬيل اونتوق ممڤرتاهنكن اڬام. مريك لبيه سرونوق هيدوڤ دالم ڬلومبڠ معصية درڤد مميكير تنتڠ نصيب اومة مانكالا چابرن دالمن ڤولا اياله لمه دان مالس برفيكير سرتا ڤاليڠ بهاي دهيدڤي virus ڤڽاكيت وَهْنُ ايايت ترلالو چينتاكن دنيا دان تاكوتكن ماتي قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِى قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ . فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ – رواه أبو دأود وأحمد مقصودڽ : “همڤير ساج بڠسا-بڠسا ممڠسا كالين سباڬايمان اورڠ لاڤر مڠهادڤي هيداڠن.“ سساورڠ برتاڽ “اڤ ساعة ايت كيت سديكيت؟“ جواب بڬيندا “بهكن ساعة ايت كالين رامي، اكن تتاڤي كالين سڤرتي بويه د لأوت. الله اكن چابوت راس تاكوت دري دادا موسوه كالين، دان الله سوڠڬوه اكن منچمڤقكن ڤڽاكيت وَهْنُ دالم هاتيمو.“ سساورڠ برتاڽ “يا رسول الله اڤ ايت وَهْنُ ؟“ بڬيندا منجواب “ترلالو چينتا دنيا دان تاكوت ماتي“ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سموڬ سماڠت بر قربان يڠ كيت امبيل درڤد قصة نبي إبراهيم عليه السلام داڤت كيت جاديكن تيتيق تولق دالم ممبواڠ صفة مذمومةترچلا دالم ديري سباڬايمان امام غزالي منڬسكن بهاوا: ڤڽمبليهن حيوان قربان اداله سباڬاي سيمبول دري ڤڽمبليهن اتاو مڠهيلڠكن صفة-صفة كبيناتڠن يڠ اد ڤد مأنسي، سڤرتي صفة راكوس، طمع دان ممنتيڠ ديري سنديري. دڠن بر قربان ، دهارڤكن داڤت ممبواڠ صفة-صفة كبيناتڠن يڠ بوليه منداتڠكن مصيبة دان بنچان دالم كهيدوڤن بيلا ديري كيت برسيه درڤد صفة ترچلا باروله كيت برسماڠت دالم مڠوربنكن ماس، تناڬ، هرتا بندا بهكن ڽاوا دالم منيڠڬيكن كلمة الله د اتس موك بومي اين. جاڠن بياركن سيستيم اسلام د سيمڤن دالم كتاب سهاج اتس ألسن ماهو منجاڬ هاتي اورڠ بوكن اسلام. بهكن ممبياركن سيستيم اسلام دسكت دان دهينا اتس السن toleransi اڬام. اسلامله نسچاي كيت سلامت دنيا دان اخيرة اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى الشام وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ