أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Rabu, 29 April 2009

Bahaya Kejar Kuasa Engkar Agama

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran :
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi
Kita wajib sedar bagaimana peranan besar yang telah dimainkan oleh ulama’ pejuang kemerdekaan negara yang telah membolehkan kedudukan Islam di Malaysia bukan seperti Pancasila di Indonesia. Menurut prinsip Pancasila tiada satu agama pun berhak memonopoli kehidupan rakyat. Ia berbeza dengan Islam di Malaysia yang telah diberikan hak dan kedudukan istimewa oleh perlembagaan. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan pula memperuntukan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya”. Daripada peruntukan ini jelas orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4) menyebut undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa i’tiqad atau kepercayaan agama lain terhadap umat Islam. Dalam pada itu Islam tidak pula menyekat hak kebebasan mengamalkan agama bagi penganut lain. Bagaimanapun itu tidak bermakna kebebasan tersebut adalah mutlak kerana ia masih tertakluk kepada Perkara 11 (4) iaitu supaya tidak menyebarkannya di kalangan umat Islam. Dalam bab lain, kebebasan hak asasi manusia juga dijamin oleh Perlembagaan di bawah Bahagian Dua. Namun ia tertakluk pula kepada syarat-syarat tertentu seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan moral yang merupakan hak ramai.
Akhir-akhbir ini sentiasa ada usaha yang benci kepada Islam yang cuba merobek dan menggugat keistmewaan ini dengan pelbagai usaha disamping ada juga pihak samada sedar atau tidak bertindak bacul dalam menghina Islam seperti kes 7 pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami yang boleh merosakkan aqidah Islam.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 51 surah a--Maidah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim
Umat Islam yang bermaruah tidak sekali-kali akan mengkhianati Islam dan umatnya. Islam membenarkan kita bekerjasama dengan orang bukan Islam termasuk dalam mengurus negara dalam perkara yang tidak melanggar batas syariat Islam. Namun dalam masa yang sama Islam mengharamkan kita memberi wala’ atau ketaatan yang menyebabkan kemuliaan Islam digadaikan satu demi satu kepada orang bukan Islam terutama golongan pelampau agama yang terus berusaha dalam menjadikan negara kita sebagaimana Indonesia di mana Islam sama taraf dengan agama-agama lain sehingga murtad tidak dikira kesalahan. Betapa malangnya apabila kita mempunyai pemimpin yang sanggup menggadai bahasa, bangsa malah agama kerana gilakan kuasa. Demokrasi menjadi agama bukannya salah suatu jalan untuk meninggikan syariat Islam. Kuasa menjadi matlamat utama sehingga perintah Allah dilanggar sedikit demi sedikit bukannya jawatan dijadikan amanah dalam melaksana dan memperkasakan lagi sistem Islam dalam negara. Kita merasa marah dengan keputusan kabinet yang biadap dan menghina Islam yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain. Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.Tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.“Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.
“Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.
“Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.
“Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,”
Melalui mimbar Jumaat yang mulia ini, kita sebagai umat Islam yang bermaruah bangun membantah sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang “membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak”. Sehubungan itu, kita mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ ……...(متفق عليه)
Maksudnya : Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi…….
Apabila menyoroti pendapat para ulama dalam masalah penjagaan anak apabila salah seorang daripada ibubapa memeluk Islam adalah sebagaimana berikut
[1] Menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu/bapa yang tidak Islam kerana hadhonah adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman
Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam .Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti.
[2] Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; hak penjagaan (hadhonah) harus diberikan kepada ibu yang masih belum Islam sehingga anak mencapai tujuh tahun. Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut;
a) Kekufuran ibu itu bukan kerana murtad (yakni ia adalah asal tidak Islam)
b) Tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama anak tersebut ( iaitu islamnya).
c) Tidak dibimbangi ia akan memberi makan makanan yang haram kepada anak
Jika ada kebimbangan tersebut, maka hak penjagaan tidak harus diberikan kepada ibu yang tidak Islam itu atau ditarik balik jika hak itu telah diberikan.
Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah manusia itu sendiri .
Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah:
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 16 April 2009

Kemenangan DiRai Islam DiSanjungi

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’:
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah
Kita masih berada dalam bulan Rabiul Akhir yang turut mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam. Antaranya berlakunya Peperangan Hittin pada bulan Rabiulakhir tahun 583 Hijrah bersamaan Julai tahun 1187 Masihi di mana tentera Islam di bawah pimpinan Solahuddin Al-Ayubi telah berkumpul bagi menyerang secara besar-besaran di persisiran pantai berhampiran dengan Tasik Tiberias, Palestin manakala tentera Salib pula berkumpul di sebelah Barat. Pasukan tentera perisik daripada angkatan tentera Islam telah berjaya mengikuti perjalanan tentera musuh dan tempat-tempat perkhemahan mereka. Lalu angkatan tentera Solahuddin al-Ayyubi membuat kepungan terhadap tentera Salib pada waktu malam sehinggalah terbit cahaya pagi di mana pada pagi tersebut memang ternyata berlaku peperangan yang sangat besar berhampiran dengan kampung Hittin di sebelah barat Tasik Tiberias dan di sebelah timur bandar Akko dan Haifa. Pada masa tersebut tentera Salib yang begitu ramai berjaya ditumpaskan kesemuanya di mana tentera Salib yang tinggal hanyalah seramai 150 orang sahaja yang kemudiannya mereka semua dijadikan tawanan termasuk pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin tentera Salib. Peperangan Hittin adalah merupakan mercu tanda kemenangan Islam yang sangat gemilang dalam sejarah Islam dan ia boleh dijadikan penyuntik semangat kepada pejuang Islam pada hari ini semua dalam membebaskan Masjid Aqsa daripada cengkaman zionis yahudi. Tiada erti perdamaian bagi zionis yahudi kerana mereka hanya mampu diusir daripada bumi wakaf milik umat Islam dengan semangat jihad yang tinggi dan menuntut kepada mengalirnya darah para syuhada’. Umat Islam silam memerdekakan bumi Palestin dengan darah mereka maka kita pada hari ini pun tiada jalan lain untuk mengembalikan semula bumi berkat milik umat Islam kecuali dengan darah jihad. Sahutlah panggilan jihad yang pernah dilaungkan oleh Rasulullah s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim :
قال الرسول  : وَاعْلَمُوْا أِن َّالجَنَّةَ تَحْتَ ظِلاَلِ السُّيُوْفِ
Maksudnya: Ketahuilah bahawa Syurga itu di bawah bayangan libasan mata pedang

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Peristiwa bersejarah kedua yang berlaku pada bulan Rabiul Akhir ialah permulaan kepada terdirinya Kerajaan Islam Umawiyah di Andalusia atau Sepanyol di mana selepas kerajaan Umawi mengalami kekalahan di Syam, pemerintah kerajaan Umawi pada masa itu iaitu Abdul Rahman Ad-Dakhil masih lagi sempat melarikan diri dari Syam menuju ke Mesir kemudian ke Morocco Jauh. Setelah itu beliau menyeberangi laut untuk pergi ke Andalusia di dalam perjalanan yang sangat menakjubkan. Abdul Rahman Ad-Dakhil mempunyai hubungan nasab keturunan yang sampai kepada Muawiyah bin Abi Sufian di mana nasab inilah merupakan sandaran beliau di dalam menentukan bahawa beliau berhak memegang teraju pemerintahan. Beliau dapat membentuk angkatan tentera yang kuat dengan bantuan beberapa kabilah Yaman yang berhijrah ke Andalusia sehinggalah beliau berjaya mengalahkan kabilah Mudhar yang berkuasa di Andalusia pada masa tersebut di dalam peperangan yang besar yang dinamakan Al-Musarrah pada tahun 138 Hijrah. Kejayaan ini membolehkan Abdul Rahman Ad-Dakhil memasuki Cordoba untuk memerintah Andalusia selama 34 hun di mana tahun-tahun ini merupakan tahun-tahun yang sangat agung bagi pemerintahan kerajaan Umawi di Andalusia atau Sepanyol. Hingga hari ini kesan kemajuan tamadun Islam yang pernah dibangunkan oleh kerajaan Islam terus dapat dilihat walau pun pihak kerajaan Sepanyol cuba menghapuskan tanda-tanda yang boleh membangkitkan ruh Islam dalam bangunan-bangunan tinggalan sejarah itu. Berdirinya kerajaan Islam di Andalusia membolehkan Islam tersebar luas di bumi Eropah yang ketika itu masih ketinggalan dalam banyak sudut. Islam menukar wajah Eropah daripada gelap jahiliah kepada cahaya iman, zalimnya sistem manusia kepada adilnya sistem Islam. Peristiwa ini mengajar kita bagaimana umat Islam mesti bersungguh dalam menyebar sistem Islam walau terpaksa merantau meninggalkan tanahair tercinta kerana Islam bukan hanya terbatas kepada negara tertentu malah Islam didatangkan untuk seluruh dunia sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w itu sendiri bukan untuk bangsa arab sahaja tetapi untuk sekalian umat manusia.
Firman Allah dalam ayat 107 surah al-Anbiya’ :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 1-3 surah an-Nasr :
إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللهِ وَالفَتْحُ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Maksudnya : Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia Amat menerima taubat.
Perjuangan Islam menempuhi pelbagai ujian dan keputusan. Ia melalui pasang surut, menang kalah yang menjadi sunnah perjuangan. Umat Islam diajar supaya bersyukur bila menyambut kemenangan dan bersabar bila diuji dengan kekalahan kerana kedua-duanya bagi umat Islam bakal menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Tiada istilah menang jadi arang, kalah jadi abu bagi pejuang yang memperjuangkan Islam kerana perjuangan Islam adalah perjuangan yang suci tuntutan agama bukannya perjuangan yang berlandaskan hawa nafsu. Melalui surah an-Nasr yang dibaca tadi memberi banyak pengajaran penting kepada kita dalam menyambut kemenangan Islam. Kita diajar bahawa sesuatu kemenangan itu adalah anugerah Allah di mana kita hanya mampu berusaha dan mengatur pelbagai strategi tetapi yang menentukan kalah dan menang ialah Allah. Oleh itu jangan takabbur bila dianugerahkan kemenangan sebaliknya kita diminta agar banyakkan bertasbih menyucikan Allah daripada sebarang sifat kekurangan serta banyak memuji Allah di atas bantuan yang diberikan sepanjang memperjuangkan Islam. Semasa berjuang hati kita tidak boleh lalai daripada mengingati Allah, begitulah juga apabila dianugerahkan kemenangan maka jangan sesekali kita lupa kepada Allah. Kita turut diminta agak memperbanyakkan istighfar memohon keampunan Allah bila meraih kemenangan kerana sepanjang berjuang sudah pasti adanya salah silap yang kita lakukan samada kepada Allah seperti perasaan putus asa setelah begitu kuat berjuang tetapi belum diberikan kemenangan atau kesilapan kita sesama manusia melalui kata-kata mahu pun perbuatan. Betapa indahnya ajaran dan adab mulia yang dianjurkan oleh Islam sehingga Islam dilihat sebagai agama perpaduan dan kasih sayang bukannya agama yang menganjurkan perpecahan dan permusuhan

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Tugas yang paling besar apabila dianugerahkan kemenangan ialah mengisi kemenangan dengan Islam. Tunjukkan kepada dunia bagaimana cantik dan adilnya sistem Islam terutama ketika dunia sedang mencari suatu sistem yang terbaik dalam menangani masalah ekonomi, sosial yang semakin parah. Pemimpin mesti menunjukkan bagaimana Islam memerangi rasuah, pecah amanah sehingga kepercayaan orang bukan Islam terhadap pemimpin Islam semakin bertambah. Hidupkanlah al-Quran dalam kehidupan seharian sehingga orang bukan Islam turut terbuka hati mereka untuk mengkaji apa keistimewaan al-Quran. Buangkanlah benteng yang memisahkan Islam daripada orang bukan Islam melalui pengamalan kita terhadap isi al-Quran. Dunia Eropah menyaksikan betapa ramai penduduknya memeluk Islam selepas tragedi 11 September apabila mereka mula mengkaji Islam dan al-Quran. Islam untuk semua bukan untuk sesuatu bangsa tertentu sahaja. Sejarah pernah menyaksikan bagaimana orang Kristian meminta pertolongan daripada tentera Islam daripada penindasan pemimpin mereka sehingga menjadi salah suatu faktor kepada pembukaan Turki. Begitu juga penduduk di suatu negeri hujung negara China pernah meminta Khilafah Islamiah Turki untuk menghantar wakil bagi menjadi pemimpin negara mereka kerana mahu membebaskan diri daripada kezaliman dan yakin dengan keadilan pemimpin serta sistem Islam. Sejarah ini boleh berulang sekiranya kita mampu menunjukkan contoh terbaik kepada orang bukan Islam tentang keadilan Islam. Rasa takut dan gerun orang bukan Islam terhadap Islam akan berkurangan malah hilang bila contoh ini mampu kita sebar luaskan. Inilah indahnya bila ia dilaksana di atas bumi nyata. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soff :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 19 Mac 2009

Hidayah DiTerima Umat Sentosa

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 2 surah al-Jumaat :
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Maksudnya : Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalanganorang-orang arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata.
Islam dan ilmu tidak dapat dipisahkan kerana Islam itu sendiri tertegak di atas keyakinan yang pasti melalui ilmu yang disuluhi cahaya wahyu Allah. Kekuatan Islam yang berkembang dan mampu membina tamadun bersepadu antara kemanusiaan dan kebendaan adalah hasil daripada kekuatan ilmu bukannya berdasar kepada paksaan dan kejahilan. Islam yang merupakan agama fitrah adalah agama yang mampu dipeluk dan diamalkan oleh seluruh umat manusia tanpa mengira keadaan takhta dan harta, bangsa dan negara, usia dan budaya. Keadaan fitrah manusia yang mahukan kebaikan dan begitu benci kepada kejahatan telah menyebabkan hati mereka mudah tertarik kepada seluruh ajaran Islam yang sempurna. Oleh itu manusia perlu kepada hidayah dalam meraih betapa manisnya nikmat iman dan Islam
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ada ulama membahagikan hidayah kepada 5 peringkat iaitu :
Pertama : Hidayah al-Wijdan at-Tabie’i yang bererti petunjuk yang timbul daripada perasaan mengikut tabiat semenjak lahir ke dunia seperti lapar, dahaga, panas, sejuk, sakit dan lainnya. Sebagai contohnya bagaimana seorang anak kecil akan menangis untuk keselamatan dirinya di mana tangisan itu bertujuan meminta si ibu atau pengasuhnya supaya menguruskannya. Setelah mendapat layanan atau pengurusan yang secukupnya maka petunjuk daripada rasa puas dalam diri anak kecil itu menyuruh dia agar berhenti menangis. Hidayah peringkat ini belum membantu manusia daripada mengenal tentang hakikat Allah dan agama
Kedua : Hidayah al-Hawas iaitu petunjuk pancaindera yang lima iaitu mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Petunjuk yang terhasil daripada rangsangan pancaindera ini memang perlu bagi keselamatan diri manusia dalam menjauhi sesuatu yang membahayakan serta menimbulkan perasaan untuk mendekati sesuatu yang memberi manfaat kepada diri. Namun begitu petunjuk pancaindera ini tidak sentiasa benar kerana dalam banyak keadaan mata melihat barang yang lulus jadi bengkok, lidah tersalah merasa di mana sesuatu yang manis dirasanya pahit, hidung tersalah bau di mana sesuatu yang harum dirasa busuk dan selainnya. Kesimpulan daripada sini maka kita dapati bahawa petunjuk pancaindera tidak cukup dalam menjaga keselamatan manusia di mana kita semua memerlukan petunjuk yang lebih tinggi untuk mencapai keselamatan diri di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 190 surah Ali Imran :
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal
Ketiga : Hidayah al-’Aqal iaitu petunjuk berasaskan akal iaitu suatu alat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai penimbang dan memikirkan sesuatu yang disampaikan oleh rangsangan pancaindera dan apa yang timbul daripada perasaan tabi’e. Setelah ditimbang dan difikirkan oleh akal maka manusia dapat bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat yang dirasakan dapat memberi kebahagiaan untuk dirinya. Tetapi setelah melihat apa yang berlaku di hadapan mata kita bagaimana petunjuk berasaskan akal semata-mata turut gagal untuk menggapai kebahagiaan yang sejati kerana tahap penggunaan akal adalah terbatas. Tindakan berasaskan akal semata-mata seringkali tersilap di mana sesuatu yang difikirkan baik tetapi menjadi sebaliknya. Oleh itu Allah telah menganugerahkan petunjuk yang lebih tinggi daripada petunjuk akal kepada mereka yang dikehendakiNya dalam mencapai jalan yang lurus untuk kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.
Keempat : Hidayah ad-Din iaitu petunjuk dari langit yang dinamakan agama yang bererti peraturan yang diturunkan oleh Allah untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia samada yang berbentuk individu atau masyarakat ramai. Melalui petunjuk agama maka seseorang itu dapat menguji dan memperbetulkan pendapat berasaskan akalnya menerusi pertimbangan neraca agama. Seseorang itu dapat tahu tentang kebenaran dan kebahagiaan yang mesti dicapai berasaskan kehendak agama bukannya semata-mata melalui pendapat akal semata-mata. Melalui petunjuk agama juga maka perjalanan hidup seseorang itu lebih terjamin dan terkawal. Namun begitu ramai juga golongan yang cerdik pandai dalam urusan agama yang tersalah langkah dan tersesat daripada petunjuk Allah yang sebenar. Ramai mereka yang faham agama turut tersesat jalan walau pun telah pun dianugerahkan dengan petunjuk agama. Perkara ini tetap berlaku kerana mereka tidak dianugerahkan hidayah yang paling tinggi. Mereka mungkin hanya mengetahui tentang agama melalui pembelajaran dan pembacaan sehingga menyentuh hati tetapi tidak mampu menggunakannya secara betul kerana masih belum diberi hidayah yang lebih tinggi.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Kelima : Taufik yang merupakan hidayah yang paling tinggi iaitu pemberian petunjuk berserta dengan anugerah kemahuan dan kesanggupan dalam diri untuk berbuat segala sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Apabila diri kita diberikan taufik maka bukan sahaja kita mengetahui tentang sesuatu itu yang baik untuk dikerjakan dan sesuatu buruk untuk ditinggalkan tetapi segala anggota kita turut diberi kekuatan untuk melaksanakan segala itu untuk mencapai keredhaan Allah. Taufik hanya terletak pada tangan Allah Yang Berkuasa sahaja tanpa mampu dimiliki oleh sebarang makhluk walau dia seorang rasul sebagaimana nabi kita Muhammad s.a.w sendiri tidak mampu memberi hidayah taufiq kepada bapa saudara kesayangannya Abu Tolib.
Firman Allah dalam ayat 56 surah al-Qosas:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Maksudnya : Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Hidayah taufik yang tertinggi ini mestilah kita raih dengan sentiasa mendalami ilmu agama dan doa kita kepada Allah. Kita juga mesti memperkasakan 3 dasar utama pendidikan berasaskan Islam iaitu dasar pendidikan pertama ialah sesuatu ilmu yang diajar tidak boleh bebas daripada berpegang kepada aqidah Islam iaitu mestilah disertakan dengan ayat al-Quran dan hadis nabi. Dasar pendidikan kedua yang ditekankan oleh Allah ialah pembersihan umat manusia daripada aqidah sesat. Manakala dasar pendidikan ketiga yang mesti diterapkan ialah pengajaran kepada seluruh ajaran Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan. Kita tidak mahu keadaan kerosakan akhlak di kalangan pelajar sekolah terus meningkat akibat sistem pendidikan negara lebih kepada mengejar dunia. Kita bimbang umpan musuh melalui 4S iaitu [1] Song (nyanyian yang melalaikan sehingga terjebak kepada pemujaan syaitan), [2] Seks bebas hingga lahir begitu ramai anak luar nikah, [3] Sport (sukan yang melekakan hingga ramai yang meninggal kewajipan agama), [4] Smooke iaitu amalan merokok yang akhirnya membawa kepada terjebak dengan najis dadah akan ditelan oleh umat Islam sehingga masalah bertambah parah. Aqidah umat Islam hari ini juga semakin parah apabila adanya dakwaan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menghadapi 2 masalah yang paling besar iaitu masalah tidak tahu perkara asas agama dan permintaan untuk murtad daripada Islam. Kita mesti bersatu dan bersungguh serta istiqamah dalam menangani masalah yang begitu kronik ini. Tiada masa untuk kita berehat kerana tugas kita semakin bertambah. Cegah sebelum parah, rawat sebelum terlewat, sekat sebelum merebak
Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soff :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 5 Mac 2009

Rasulullah DiPertahan Umat Gemilang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Ayat surah ar-Rom :
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
Maksudnya : Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata
Setiap kali tibanya bulan Rabiul Awwal maka umat Islam seluruh dunia tanpa mengira muda atau tua, bangsa dan bahasa, budaya dan warna kulit, tempat dan pangkat sama mengingati kelahiran nabi Muhammad s.a.w yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Ketika ada golongan yang anti Islam cuba memburuk-burukkan nabi Muhammad s.a.w supaya baginda dibenci dan Islam dijauhi di mana antara penghinaan yang terbaru apabila tv Israel menyiarkan bagaimana seorang yahudi dengan biadapnya mengatakan bahawa nabi Muhammad s.a.w lebih hina daripada tapak kasutnya. Oleh itu ketika berada dalam bulan Rabiul Awwal ini maka kita mesti menggunakan sebaik mungkin dalam menyatakan kepada dunia bagaimana Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh ikutan yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan manusia. Tiada cara berkeluarga yang lebih bahagia, cara berdakwah yang lebih berkesan, cara bersosial yang lebih baik, cara berpolitik, berekonomi dan memimpin negara yang lebih hebat melainkan apa yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.aw. Kehebatan dan keindahan yang ada pada diri Rasulullah s.a.w dan Islam tidak mampu diterangkan secara tepat dan terangkan melainkan ianya dilaksanakan di atas bumi nyata

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Kejayaan dan kemuliaan umat Islam bergantung kepada sejauh manakah kita mampu mencontohi cara hidup yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhamamd s.a.w dalam setiap aspek kehidupan termasuk berpakaian, berkeluarga, bersosial, berekonomi, memerintah dan sebagainya. Kegagalan umat Islam untuk kembali kepada ajaran dan system yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w menyebabkan kita berada dalam penuh kehinaan yang pelbagai masalah yang terus bertambah parah. Cara berpakaian dan pergaulan bebas umat Islam hari ini yang berqiblatkan barat telah meruntuhkan akhlak umat Islam. Umat Islam menukar ikutan dan idola hidup mereka dengan memuja artis dan manusia yang rosak akhlak daripada menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh teladan yang sebenar. Ramai umat Islam menjadi mangsa kekejaman musuh seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya akibat umat Islam sendiri terperangkap dalam semangat Assobiyyah yang dibencikan oleh Rasulullah s.a.w disamping memiliki pemimpin yang tidak amanah dan bencikan Islam. Rasulullah s.a.w telah menunjuk kepada dunia bagaimana ekonomi yang terbaik ialah ekonomi yang bersih daripada amalan riba dan pada hari ini terbukti bagaimana gagalnya ekonomi kapitalis sehingga banyak negara Asia dan Eropah turut melaksanakan system ekonomi Islam. Malah pakar ekonomi turut mengakui jika Malaysia kembali kepada dinar emas maka rizab negara akan bertambah dan bertahan bukannya sebagaimana hari ini yang semakin menguncup. Rasulullah s.a.w turut mendidik rakyat agar menjauhi perbuatan yang merosakkan rakyat seperti judi tetapi malangnya Malaysia semakin menggalakkan judi apabila Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008 bagi mengutip lebih RM77 juta cukai untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan. Betapa hinanya bila negara ini dibiayai dengan wang judi yang merosakkan kaki judi dan pengguna wang judi termasuk orang Islam. Rasulullah s.a.w telah membawa datang perundangan yang terbaik dalam menangani pelbagai masalah termasuk kes jenayah tetapi malangnya hukum Islam pada hari ini bukan sahaja tidak dilaksana malah dihina oleh segolongan umat Islam sendiri sehingga keadaan jenayah dalam negara terus meningkat tanpa sekatan termasuk kes buli di sekolah kembali meningkat sehingga kepada pembunuhan

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 27-28 surah Az-Zumar :
وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Maksudnya : "Dan sungguh telah Kami buatkan dalam Al-Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran iaitu Al-Quran dalam bahasa Arab, tiada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa."
Rasululllah s.a.w lahir dalam masyarakat arab yang terkenal dengan ketinggian gaya bahasanya lalu wahyu al-Quran pun turun dalam bahasa Arab dalam mengalahkan penyair-penyair arab yang selama ini berbangga dengan kehebatan syair mereka. Turunnya al-Quran menggunakan bahasa arab turut mengajar kita bagaimana dalam menjayakan sesuatu kerja maka kita mesti menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran sebagaimana matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa Arab sebagai pengantar ialah untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab. Bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al-Quran memilih bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun Islam dalam masyarakat Malaysia. Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia. Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam daripada Al-Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu, maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa Inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu Islam di negara ini. Oleh itu melalui mimbar Jumaat pada hari ini kita menyokong penuh usaha yang dijalankan oleh pejuang bahasa termasuk himpunan 100 ribu esok di Kuala Lumpur dalam mendesak agar kerajaan menghapuskan pengajian Inggeris dalam Sains dan Matematik. Tidak cukup lagikah dengan pengkhianatan terhadap tulisan jawi sehingga lahirnya umat Islam yang bukan sahaja buta jawi malah turut buta al-Quran dan agama. Pengurangan kepada penggunaan bahasa Melayu merupakan suatu pengkhianatan terhadap bangsa dan agama. Ingatlah bagaimana usaha gigih ulama’ Nusantara silam yang berjaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk mengembangkan Islam dan menyatukan rakyat terutama di Asia Tenggara. Bahasa melambang kehebatan bangsa. Ibnu Khaldun pernah menyatakan betapa bangsatnya suatu bangsa yang bergantung kepada bahasa penjajahnya untuk mencapai kemajuan

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Ketika menyambut Maulidurrasul ini kita tidak lupa bagaimana adanya pihak yang selama ini sentiasa cuba untuk melunturkan pegangan umat Islam terhadap Islam dengan tuntutan dan tindakan yang melampau. Kita pernah berdepan dengan usaha dalam menghancurkan peranan Mahkamah Syariah, usaha dalam menghalalkan murtad termasuk kes Lina Joy. Pada hari ini isu penggunaan nama Allah dalam majalah Kristian kembali bergema sedangkan adanya penafian paderi sendiri yang menyatakan bahawa tidak pernah ada penggunaan Allah dalam Bible. Kita bimbang kesungguhan dalam meminta penggunaan nama Allah ini oleh Kristian akan mengaburkan lagi pegangan yang sebenar terhadap makna Allah yang sebenar mengikut ajaran Islam sedangkan kita jelas bagaimana makna Tuhan dalam Kristian jauh berbeza dengan Allah yang kita percaya iaitu Tuhan yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Kita tidak mahu akan terjadi beri betis mahu peha kerana sebelum ini banyak lagi permintaan Kristian antaranya dakwaan permintaan untuk memasukkan modul Kristian dalam Program Latihan Khidmat Negara walau pun khusus untuk orang bukan Islam tetapi bimbang terbias kepada pelajar Islam yang hari ini semakin ramai yang tidak faham Islam apatah lagi berpegang kepada ajaran Islam sehingga ada yang memohon untuk murtad secara terbuka. Bersatulah kita dalam mempertahan dan mengembangkan Islam walaupun terpaksa menggadaikan nyawa
Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soff :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 25 Februari 2009

Ulama' Tegas Penderhaka Agama DiBanteras

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 50 surah al-Maidah :
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Maksudnya : Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin
Matlamat utama kepada kejadian jin dan manusia adalah untuk tunduk patuh kepada segala suruhan Allah disamping menjauhi segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan sehingga lahir sebagai hamba yang taat. Kemakmuran sebuah negara tidak mampu dicapai tanpa sikap taat dan patuh bermula daripada pemimpin sehingga rakyat jelata kepada Allah dengan mematuhi segala sistem hidup yang telah diterangkan melalui al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w. Oleh itu sebarang dakwaan samada seseorang itu boleh digelar sebagai perderhaka atau pun pejuang sebaiknya dilihat dari sudut agama yang benar bukannya nafsu yang tersasar. Kita tidak mahu rakyat terus dimomokkan dengan laungan penderhaka akibat penafsiran terhadap perundangan manusia yang lemah dan samar-samar sehingga lupa kepada penderhakaan terhadap Allah yang jauh lebih bahaya kepada keamanan negara. Islam mengajar kita tentang keadilan perundangan tanpa mengira harta dan takhta sehingga Rasulullah s.a.w sendiri dengan tegas menyatakan sekiranya anak perempuan kesayangannya mencuri sekali pun maka hukuman potong tangan tetap dilaksanakan. Begitu juga ketegasan Sayyidina Abu Bakar yang meminta supaya rakyat jelata bangun menegur kesilapannya dalam memimpin negara. Malah Sayyidina Umar berasa gembira apabila ada di kalangan rakyatnya yang bangun menyatakan bahawa dia akan menegur khalifah dengan mata pedangnya jika beliau bersalah. Malah Sayyidina Ali berlapang dada bila mahkamah memutuskan bahawa baju besi yang asal miliknya bertukar menjadi milik yahudi setelah beliau gagal membawa bukti kukuh dalam mendakwa yahudi tersebut sebagai pencuri. Ini semua jelas menunjukkan bagaimana dalam usaha melahirkan pemimpin yang adil dan rakyat yang baik maka Islam mengajar kita supaya tidak mentaati perkara yang derhaka kepada Allah sebaliknya kita perlu bangun di dalam memperbetulkan kesilapan yang berlaku atas nama nasihat dan teguran membina.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali ‘Imran :
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
Maksudnya : Tidak sepatutnya seseorang yang Allah anugerahkan kepadanya Kitab, hikmah dan sifat kenabian lalu dia menyeru kepada manusia : “ Kamu hendaklah menjadi penyembahku bukan penyembah Allah”. Sebaliknya dia mesti menyeru : “ Kamu hendaklah menjadi ulama’ rabbani yang benar-benar faham agama serta mengamalkan apa yang kamu sentiasa ajarkan tentang isi Kitab dan dengan apa yang kamu sentiasa mempelajarinya”.
Rosaknya rakyat kerana rosaknya pemimpin dan rosaknya pemimpin kerana rosaknya ulama'. Penderhakaan terhadap Allah yang berlaku dalam masyarakat biasanya bermula daripada 2 golongan utama iaitu pemimpin dan ulama’ samada disebabkan pemimpin yang tidak mendengar malah menghalang ulama’ daripada menegurnya atau pun golongan agama sendiri tidak berani menegur pemimpin kerana turut terpalit dengan cinta dunia sebagaimana teguran seorang ulama’ sufi Sufian as-Thauri : Orang alim itu merupakan doktor agama dan wang itu merupakan penyakit agama. Apabila doktor sendiri dijangkiti penyakit maka bilakah dia mampu merawat orang lain?. Keberanian ulama’ dalam menegur pemimpin mampu menyelamatlkan pemimpin dan rakyat daripada kerosakan. Kita pernah mendengar kisah bagaimana keberanian Imam Abu Hanifah, Imam Syafie dan Imam Ahmad Hanbal yang sanggup digari dan dipenjara kerana bangun menegur pemimpin. Akhirnya pengorbanan besar mereka mampu menyelamatkan rakyat jelata daripada menjadi manusia yang derhaka kepada Allah.
Peranan ulama’ terus ditagih dan diperlukan sepanjang masa terutama kita baru sahaja dikejutkan dengan suatu perjumpaan selama 5 hari yang dianjurkan oleh Sisters In Islam (SIS) yang menghimpunan golongan yang mempelopori ajaran sesat Islam Liberal bagi membicangkan kesemarataan antara lelaki dan perempuan, poligami, faraid, izin suami terhadap isteri, aurat dan sebagainya yang jelas membahayakan aqidah dan pegangan umat Islam. Golongan ini berpegang bahawa Islam yang sedang dipegang sekarang jelas menganaktirikan golongan wanita terutama dalam masalah poligami, talak, pembahagian pesaka, aurat dan beberapa perkara lain. Sedangkan kita semua yang faham tentang Islam sentiasa mengiktiraf tentang ada beberapa perbezaan antara lelaki dan perempuan bukan bertujuan menghina perempuan sebaliknya untuk memastikan keadilan dapat dilaksanakan. Antara perbezaaan itu ialah [1] Islam membenarkan poligami bagi menangani banyak permasalahan antaranya zina. Masyarakat barat sendiri mengakui bagaimana tiada sistem yang sehebat Islam yang mampu menyekat lelaki daripada memiliki perempuan simpanan melainkan dengan cara poligami. Kita begitu bimbang apabila jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang. [2] Pembahagian pesaka yang melebihkan lelaki kerana suami terpaksa menanggung nafkah anak dan isteri sedangkan isteri tidak wajib walau pun kaya. [3] Masalah penyaksian kes pula di mana nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan bagaimana wanita ada kekurangan pada akalnya iaitu pada ingatan dan agamanya iaitu keuzuran kerana haidh atau nifas yang menyebabkan tidak dapat beribadat penuh. [4] Perempuan juga tidak layak menjadi pemimpin yang tertinggi kerana antara sifat dan kelayakan yang mesti ada pada diri ketua negara atau amir mengikut Islam adalah mampu menjadi imam dalam solat dan panglima dalam peperangan yang mana kelayakan ini hanya mampu dimiliki oleh kaum lelaki. [5] Manakala hak talak hanya pada lelaki kerana suami sahaja yang wajib membayar mahar dan nafkah manakala dari segi fitrahnya lelaki pula lebih stabil, tenang dan sabar sehingga tidak mudah melafazkan talak.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,
Kita dapat lihat dalam agama lain terutama yahudi turut mengambil kira pandangan paderi mereka termasuk apa yang berlaku dalam serangan di Gaza yang mengharuskan pembunuhan syahid terhadap orang tua, wanita, kanak-kanak dengan alasan golongan lemah ini tidak melarang pejuang Islam daripada menyerang Israel di mana Pendeta Sholomo Elyaho menggariskan: "Jika yahudi membunuh 100 daripada umat Islam tetapi mereka enggan menghentikan serangan roket, yahudi perlu membunuh 1,000; dan jika membunuh 1,000 pun pejuang Islam masih tidak berhenti, yahudi perlu membunuh 10,000 dan terus membunuh walaupun sudah mencecah sejuta orang tanpa mengira masa yang diambil untuk membunuh umat Islam."
Malah keganasan yahudi turut dibantu oleh pengkhianatan pemimpin negara arab sendiri seperti Mesir yang sanggup menutup sempadan daripada dimasuki bekalan makanan dan ubatan kepada saudara seagama di Gaza sedangkan dalam masa yang sama lebih rela menghantar berlori-lori makanan untuk askar Israel yang sedang membunuh umat Islam. Rakyat Palestin yang mendapat rawatan di hospital Mesir turut diugut agar tidak lagi membantu HAMAS jika mahu kepada rawatan. Malah adanya ketua tentera negara arab yang menghubungi pihak yahudi Israel supaya menghancur terus pejuang Islam di Gaza. Inilah bahayanya bila amanah kepimpinan diserahkan kepada golongan yang bukan ahlinya sehingga mereka sanggup bersekongkol dengan musuh dalam meratah dan membaham saudara seagama. Jahatnya pemimpin kerana jahatnya majoriti rakyat yang memilihnya. Pemimpin yang akan menggantikan pemimpin zalim biasanya jauh lebih zalim sekiranya dipilih tidak berlandaskan ajaran Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sudah menjadi sunnah perjuangan dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini iaitu terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran. Sejarah membuktikan bagaimana gerakan Islam tidak pernah mencabul demokrasi sebaliknya golongan sekuler sentiasa menjadi pengkhianat kepada demokrasi demi memenuhi nafsu serakah yang tidak boleh menerima kekalahan seperti penafian terhadap kemenangan FIS di Algeria dan Refah di Turki sehingga pemimpin Islam yang menang dipenjara manakala parti sekuler yang kalah menjadi pemerintah. Begitu juga di Palestin apabila kemenangan HAMAS dicabuli sehingga wujudnya 2 Perdana Menteri yang diikuti dengan serangan kejam terhadap pemimpin dan rakyat yang menyokong gerakan Islam. Sebab itu tidak pelik bila berlakunya pengkhianatan terhadap demokrasi di negara kita dengan penafsiran undang-undang berdasarkan kepentingan diri bagi menghalalkan tindakan yang tidak bertamadun. Yakinlah kita bahawa tiada janji kemenangan mudah untuk pejuang Islam sebaliknya kita wajib meredah segala kesusahan. Tiada janji pangkat dan kemewahan sebaliknya janji kemenangan ataupun gugur syahid yang membahagiakan. Tiada kuasa yang lebih kuat selain kuasa Allah, Tiada kerajaan yang kekal melainkan kerajaan Allah, Tiada janji yang lebih benar melainkan janji kemenangan daripada Allah. Carilah kemuliaan dengan Islam. Jangan pilih jahiliah yang penuh kehinaan
Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soff :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 8 Februari 2009

Khutbah Gerhana Bulan

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di dunia dan di akhirat.

Muslimin / muslimat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin:
وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
Maksudnya : Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Kita baru sahaja menyaksikan kejadian gerhana matahari pada bulan lepas dan pada malam ini pula kita dapat sama-sama saksikan bagaimana kejadian gerhana bulan. Kejadian ini mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata'ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.
Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah

Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:
سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
"Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu."

Kejadian gerhana bulan dan matahari menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walau pun hebat tetapi berada arahan dan perintah Allah. Walau bagaimana pun hebat dan kuat sesuatu kejadian Allah namun ia mempunyai kelemahan di mana kehebatan dan kekuatan yang tidak akan kurang walaun sedikit hanya milik Allah. Betapa malangnya sekira ada umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatu selain Allah sebagai tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah. Begitu juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan bulan, matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbitnya tanpa berlakunya perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal menjejaki tentang adanya Allah yang mengatur segala pergerakan tersebut. Inilah antara kelemahan akal manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun terlalu kagum dengan alam ciptaanNya.

Muslimin / muslimat yang dihormati sekalian,
Kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga bukanlan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
"إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta'ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu

Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
[ إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا، وصلوا ، وتصدقوا …… ( البخاري )
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta'ala di mana kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan bersedekahlah……

Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 190 - 191:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka."

Muslimin / mat yang dikasihi sekalian,
Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus melakukan solat sunat apabila berlakunya gerhana dengan bacaan yang panjang dalam kedaan seolah-olah seperti akan berlaku qiamat. Ini semua mengajar kita semua agar sentiasa ingat kepada hari kematian kita serta hari qiamat yang begitu dahsyat dengan kehancuran langit dan bumi termasuk bulan dan matahari. Peringatan ini sewajarnya kita perbanyakkan terutama bila berlakunya gerhana sebagaimana malam ini.
فرمان الله دالم أية 6 – 12 سورة القيامة :
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ كَلَّا لَا وَزَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ
Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?" Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Kedua
الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلَقَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ
Maksudnya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ


Perhatian :

Ada ulama’ seperti Syeikh Ali Syabramallisi yang berpendapat bahawa dibacakan istighfar sebagaimana Khutbah Sunat Istisqa’ (Minta hujan) iaitu :
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ
9 kali pada awal khutbah pertama dan 7 kali pada awal khutbah yang kedua
( Kitab Kasyfu al-Litham jilid 1 )

Khamis, 5 Februari 2009

Yahudi DiPuja Umat Merana

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 28 - 29 surah Ibrahim :
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُوا نِعْمَتَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّوا قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا ۖ وَبِئْسَ الْقَرَارُ
Maksudnya : Tidakkah engkau lihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan. Iaitu neraka jahannam yang mereka akan menderita bakarannya dan ingatlah seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahannam
Kini kita telah berada pada bulan Sofar di mana banyak peristiwa penting yang pernah berlaku pada bulan ini antaranya Peristiwa berdarah ar-Raji’ yang telah berlaku pada bulan Sofar tahun 4 Hijrah di mana beberapa wakil daripada qabilah ‘Adal dan Qarah telah datang menemui Rasulullah s.a.w untuk meminta agar menghantar beberapa orang sahabat bertujuan bagi mengajar al-Quran dan hukum-hakam agama atas dasar di tempat tinggal mereka yang bernama ar-Raji’ terdapat sambutan yang baik kepada ajaran Islam. Lalu Rasulullah sa.w menghantar 6 orang sahabat (menurut riwayat imam Bukhari 10 orang sahabat) di mana Mar’id bin Abi Mar’id dilantik menjadi ketua kepada rombongan pendakwah tersebut. Malangnya apabila sampai di ar-Raji’, rombongan pendakwah ini telah dikepung oleh tentera musuh yang sememangnya memasang perangkap untuk menculik pendakwah Islam bagi diserahkan kepada kafir Quraisy Mekah bagi tukaran termasuk membebaskan tawanan perang. Sebahagian besar rombongan pendakwah ini tidak mahu menyerah diri kepada musuh sehingga gugur syahid. Manakala 3 yang sanggup menerima syarat musuh pula telah dijual kepada kafir Quraisy dan turut gugur syahid dibunuh oleh pembeli mereka yang sememangnya benci terhadap Islam. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada kita semua bagaimana dalam memperjuangkan Islam mesti berdepan dengan pelbagai helah musuh termasuk diculik dan dipaksa untuk belot kepada perjuangan Islam. Hanya golongan yang benar-benar teguh iman dan kesabarannya sahaja yang tidak akan sekali-kali menjual agama dengan dunia, tidak mengkhianati amanah rakyat demi kepentingan diri sendiri

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sejarah Islam turut mencatatkan bagaimana bulan Sofar tahun 656 Hijrah, tentera Tartar Monggol yang berasal dari hujung negara China yang diketuai oleh Halagu telah datang menyerang Kota Baghdad dan menghancurkannya sehingga jatuhnya Kerajaan Abbasiyah setelah 5 kurun memerintah berpusat di Baghdad yang ketika itu diperintah oleh al-Musta’sim. Kejatuhan kerajaan Islam itu akibat perpecahan umat Islam, ajaran Islam yang menyeluruh diabaikan sehingga ramai yang hanyut dengan hiburan yang melalaikan. Malah ada seorang menterinya yang dikenali dengan ’Alqami telah berpaling tadah dengan meminta pertolongan daripada Halagu pemimpin tentera Tartar untuk menyerang Baghdad. Kita dapat melihat bagaimana perbuatan berpaling tadah dan belot daripada perjuangan sentiasa berlaku sekiranya berjuang untuk takhta dan harta tetapi ia jarang berlaku apabila diikat kukuh dengan ikatan aqidah yang kuat. Oleh itu kita mesti berhati-hati dalam memilih wakil atau pemimpin kita supaya tidak diserahkan kepada golongan yang sanggup menggadai maruah apatah agama demi keuntungan dunia dan nafsunya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,
Pertembungan antara iman dan kufur terus berlangsung, pertentangan antara Islam dan jahiliah terus berlaku, percanggahan antara hak dan batil terus terjadi. Oleh itu kita umat Islam tidak mempunyai masa untuk berehat kerana tugas kita lebih banyak daripada masa yang ada. Hadapan kita ada antara 2 pilihan samada berjuang atau hidup sebagai hamba kepada musuh Islam, kembali kepada sistem Islam atau menjadi penyembah kepada sistem musuh Islam. Akhirat pula kita akan mendapat balasan Syurga jika berjuang untuk Islam sebaliknya menjadi bahan bakaran api neraka sekiranya menjadi petualang yang mengkhianati agama.
Kita dapat lihat sendiri bagaimana zionis yahudi telah merancang lebih 100 tahun untuk menguasai dunia iaitu bermula pada tahun 1897 hingga kini di mana mereka telah membahagikan kepada 2 fasa. Fasa pertama bermula tahun 1897 hingga 1947 yahudi mesti mempunyai sebuag negara berdaulat dimana ia telah berjaya dengan terdirinya negara haram Israel di bumi Palestin pada tahun 1948. Cuma fasa kedua iaitu 1947 hingga 1997 untuk menguasai seluruh dunia dengan terdirinya Israel Raya belum lagi berjaya sehingga tersasar hampir 12 tahun. Yahudi antaranya menggunakan formula 5F dalam menghancurkan umat Islam iaitu :
[1] Filem dimana bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem tajaan yahudi.
[2] Famili (keluarga) dengan menanamkan budaya hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendedah aurat dan bergaul bebas tanpa batasan
[3] Fesyen pakaian dengan memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa. Pakaian yang mengikut kehendak syarak dihina malah diperangi habis-habisan sehingga pernah berlaku pekerja yang bertudung dibuang kerja, larangan memakai serban di tempat kerja dan pengajian sehingga ada pelajar sekolah dipecat malah akhir-akhir ini penunggang motosikal yang berserban dipandang seperti penjenayah berbanding mat rempit. Keadaan ini amat membahayakan kerana kita sedia maklum bahawa undang-undang jalanraya membenarkan umat Islam memakai serban semasa menaiki motosikal tetapi akibat tafsiran makna lebai yang kabur menyebabkan sesiapa yang tidak diakui sebagai lebai akan disaman sedangkan sijil atau dokumen untuk lebai belum pernah dikeluarkan oleh mana-mana agensi atau jabatan. Kita doakan semoga tafsiran makna lebai lebih mesra Islam bukannya berada bawah tempurung sekuler yang lebih hormat serban sikh daripada Islam. Begitu juga ketika orang yang tidak menutup aurat dikenakan tindakan seperti saman maka bangkitnya pejuang hak asasi manusia dalam membela mereka sedangkan bila pakaian yang disuruh oleh agama dihina dan disekat pemakaiannya maka tiada siapa yang bangkit secara bersama untuk mempertahankannya. Masyarakat telah diyahudikan pemikiran dan cara berpakaiannya sehingga Islam ditendang jahiliah dijulang. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:
قال الرسول  : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟
Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Senjata yahudi ke-[4] ialah Fun (hiburan) di mana hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan dan program dalam menggerakkan kerja-kerja Islam
[5] Food (makanan) di mana umat Islam kini lebih berselera untuk menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita mesti sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi. Renungilah suatu petikan kitab yahudi : “Angka kelahiran orang bukan Yahudi harus dikurangkan sekecil mungkin.” .........Firman Allah dalam ayat 45 surah al-Anfal:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkan hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh kemenangan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ