أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Jumaat, 5 November 2021

Khutbah Jumaat : Syariat Nabi s.a.w DiNobat Maruah Wanita DiMartabat Arak DiSekat

لسلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu : وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِالْأُنثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ ‎﴿٥٨﴾‏ يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ ‎﴿٥٩﴾ Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya Pengutusan nabi Muhammad s.a.w penghulu para nabi dan rasul sebagai rahmat bagi sekalian alam telah mengubah cara hidup umat manusia daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada kegelapan kufur kepada terangnya iman, daripada kerakusan hawa nafsu kepada pedoman wahyu. Antara kesan besar ialah kedatangan Islam telah mengembalikan semula wanita kepada kedudukan mereka yang baik dan dihormati setelah agama dan kefahaman yang lain telah meletakkan kaum wanita ditempat yang hina. Contohnya Bangsa arab jahiliah membunuh atau menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana bimbangkan keaiban dan kepapaan. Jika tidak menanam bayi dalam keadaan hidup, mereka tetap akan letak bayi itu di tempat yang hina sehingga dia besar dengan dipakaikan pakaian jijik sebelum dihantar ke kawasan pedalaman sebagai pengembala unta. Bagi isteri kematian suami pula, seluruh harta peninggalan suami akan diambil termasuk pakaian yang dipakainya. Tiada siapa lagi akan mengahwininya melainkan dia akan beranak-pinak tanpa bersuamikan yang halal. Jika wanita itu kaya, mereka akan membunuh suaminya dan memaksa berkahwin dengan salah seorang daripada mereka. Wanita dan para isteri masyarakat India tidak diberi hak untuk hidup di mana isteri akan turut dibakar hidup-hidup apabila suaminya meninggal dunia. Seorang isteri yang dibakar hidup bersama mayat suaminya ini dianggap sebagai perempuan yang setia. Menurut kaum Tionghoa pula perbuatan menanamkan orang perempuan hidup-hidup bersama mayat suaminya telah menjadi adat kebiasaan . Turut diriwayatkan bagaimana para isteri orang-orang besar bangsa Tionghoa zaman silam akan dipakaikan celana dari besi antara kedua pehanya hingga bawah pusat dan dikunci kukuh oleh suaminya sepanjang peninggalannya. Ini menyebabkan mereka merasa kesusahan dan kerumitan dalam pergerakan sepanjang peninggalan suami mereka. Mengikut agama Yahudi dan Kristian pula mereka menganggap bahawa wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kedurhakaan, pusat segala pelanggaran, asas kepada segala bentuk perbuatan curang, dasar pendustaan atau penipuan dan tidak boleh dipercayai. Wanita dianggap beracun dan berbahaya di mana mesti dimusnahkan daripada alam ini.Kaum wanita dilarang belajar ilmu pengetahuan apa lagi mengajar kaum lelaki. Begitu juga mengikut Yahudi bahawa kaum perempuan tidak boleh mewarisi pusaka. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu : مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿٩٧﴾‏ Maksudnya : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. Islam meletakkan kedudukan wanita di tempat yang mulia dan berperanan sebagai pembantu kepada kaum lelaki. Antaranya Islam memberi hak yang sepatutnya dikecapi oleh kaum wanita iaitu : [1] Hak perempuan untuk beribadah atau beragama bukan hanya dimonopoli kaum laki-laki sahaja. [2] Hak dalam pentadbiran untuk berganding bahu dengan kaum lelaki. [3] Hak-hak kebendaan, mewarisi harta pusaka, memiliki hasil usahanya sendiri dan hak untuk bekerja. [4] Hak memilih dan menentukan pasangan hidup [5] Hak menuntut ilmu Malangnya akibat kejahilan tentang Islam menyebabkan wanita Islam menganggap Islam sebagai penyekat hak dan kebebasan wanita sehingga termakan umpan musuh Islam. Antara umpan musuh yang sedang ditelan oleh umat Islam ialah pergaulan bebas dan cara berpakaian yang menjolok mata di mana kesemua ini merupakan pintu ke arah penzinaan. Atas nama hak asasi manusia serta kebebasan maka umat Islam tanpa segan silu berpakaian mendedahkan bentuk tubuh badan ditambah dengan pergaulan yang melampaui batas yang dibenarkan oleh syarak. Kita masih ingat suatu cadangan yang pernah disyorkan oleh bekas Perdana Menteri Britain Gladstone pada awal penjajahan terhadap bumi umat Islam dengan katanya : “ Untuk menghancurkan kekuatan Islam, mestilah dibuang dahulu hijab daripada muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran dan mestilah membawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan mungkar”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahanah : ﴿لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ﴾ Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Rahmatnya kedatangan nabi Muhammad s.a.w ke muka bumi ini bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah turut dirasai oleh orang bukan Islam. Malah Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan negara yang bertulis pertama di dunia dapat kita saksikan bagaimana digariskan tentang hak orang bukan Islam yang wajib dijaga dan dihormati. Pergaulan orang Islam bersama orang bukan Islam bukanlah perkara yang baharu, malah ia telah berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W dalam pelbagai urusan seperti muamalat, perjanjian, perdamaian, dan sebagainya. Maka, perlunya kepada kita untuk melihat kepada konsep fiqh kewujudan bersama bagi melihat lebih lanjut hukum hakam syarak berkaitan tatacara kehidupan bersama antara golongan Islam dan golongan bukan Islam. Secara asasnya bahawa hukum bagi orang Islam menerima pandangan, idea, buah fikiran ataupun pendapat daripada orang bukan Islam adalah harus dan dibolehkan namun mestilah berdasarkan kepada syarat iaitu: [1] Menerima pandangan, idea, buah fikiran atau pendapat dalam hal-hal yang tidak berkait dengan agama dan tidak pula bercanggah dengan syariat juga ajaran Islam. [2] Menerima pandangan bukan bagi tujuan yang tidak baik seperti idea untuk menjatuhkan atau meruntuhkan agama Islam. [3] Menerima pandangan dalam hal-hal keduniaan bukan dalam hal Akhirat. Maka kesemua syarat ini perlulah dipatuhi sebelum menerima sebarang idea dan juga pandangan orang bukan Islam. Malah jika didapati ada Muslim yang lebih mahir dalam sesuatu hal atau perkara, maka sebaiknya diutamakan pendapat Muslim. Oleh itu kita menyanggah pendapat orang bukan Islam yang mahu halalkan orang Islam bekerja dengan syarikat arak dengan kenyataannya : “Arak adalah haram untuk orang-orang Islam. Tiada persoalan mengenainya. Tetapi ia tidak bermakna orang-orang Islam tidak boleh melihat, mendengar, menyentuh atau menghantar arak. Ia juga tidak bermakna orang-orang Islam tidak boleh bekerja di syarikat atau kilang yang menjual atau menghasilkan arak. Tiap orang ada hak masing-masing.” Sebaliknya kita mendesak kerajaan agar mewujudkan dasar arak iaitu: [1] Melarang umat Islam daripada terlibat dalam semua aktiviti pemprosesan, jual beli, pengangkutan, hidangan dan yang berkaitan, [2] Melarang sama sekali sebarang promosi arak dan kaitannya bagi menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan, dan [3] Memelihara sensitiviti umat Islam dalam semua aktiviti arak di kalangan bukan-Islam termasuk penganjuran majlis, pemilihan jenama dan simbol yang boleh menimbulkan kemarahan kepada umat Islam Nabi S.A.W melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak seperti hadis daripada Anas bin Malik sabda Nabi S.A.W: قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْخَمْرِ عَشَرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِيَ لَهَا وَالْمُشْتَرَاةَ لَهُ ‏ Maksudnya: Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Syariat Nabi s.a.w DiMartabat, Arak Judi DiSekat

السلام عليكمالحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalianFirman Allah dalam ayat 107 surah al-Anbiya’ :وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ‎﴿١٠٧﴾Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.Sesugguhnya kehidupan masyarakat jahiliyyah di zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. berada dalam keadaan huru hara dan penuh dengan keserabutan, kerana masyarakat Makkah khususnya boleh disifatkan sebagai masyarakat yang tidak bertamadun kerana melakukan jenayah-jenayah yang dianggap kecil bagi mereka. Jenayah seperti pembunuhan anak-anak perempuan dengan pelbagai alasan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras, berjudi, berfoya-foya, berzina, meminum arak sudah menjadi budaya biasa bagi masyarakat jahiliyyah tersebut, dan mereka mempertahankan perbuatan jenayah itu dan menganggapnya sebagai perkara yang membawa kepada tamadun mereka. Mana-mana pihak yang cuba menghalang apa yang telah menjadi darah daging mereka termasuk penyembahan berhala, pasti akan ditentang habis-habisan walau dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa menggadai nyawa semata-mata untuk berkorban kepada Tuhan-tuhan mereka.Oleh itu, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang diiringi rahmat daripada Allah amat diperlukan oleh segenap makhluk yang ada di muka bumi ini, sama ada makhluk bernama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain Ini kerana rahmat itu seperti dalam Tafsir Imam Al-Baidhawi menyebutkan bahawa secara bahasa rahmat berarti : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim wanita kerana dia melindungi apa yang ada di dalamnya.Dengan pengertian kata rahmat seperti ini, maka tujuan Rasulullah s.a.w. diutus beserta seluruh isi serta cara penyampaian risalahnya adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada seluruh semesta alam. Misi baginda bukanlah untuk membawa bencana dan keresahan di muka bumi.Dari sini terlihat bahawa misi Nabi Muhammad s.a.w. adalah menjaga dan mengembangkan sifat rahmat yang telah dipersiapkan dalam jiwa kita sejak kita masih dalam kandungan. Dan sampai saat kita meninggalpun kita mengharap untuk masuk dalam lingkaran rahmat itu dengan ungkapan “almarhum” yang bererti memperolehi rahmat, kelembutan dan perlindungan.Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَMaksudnya: “Wahai orang yang beriman! Ketahuilah sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah ialah perbuatan yang keji daripada amalan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.Antara rahmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w yang dapat dirasai ialah dengan pengharaman judi di mana kita semua maklum tentang akibat buruk tabiat berjudi yang bukan sahaja mendatangkan kerosakan kepada kaki judi malah memporak peranda rumahtangga dan memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Malah bila kita membuat kajian di mana didapati bukan Islam sahaja mengharamkan judi malah agama lain turut meletakkan judi sebagai perbuatan buruk. Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”.Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur ‘Ratapan si Penjudi’ (Gambler’s Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya ‘seorang dalam sejuta sahaja’ yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.Di Amerika Syarikat sendiri, walaupun di peringat Pusat membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya di mana kebanyakan negeri masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Oleh itu kita sebagai negara yang Islam adalah tunggak agama rasmi sewajibnya membanteras amalan judi bukan menyuburkannya agar dijauhi daripada laknat dan kemurkaan AllahSidang Jumaat yang dirahmati Allah,Sabda Baginda SAW:‌لَيَشْرَبَنَّ ‌نَاسٌ ‌مِنْ ‌أُمَّتِي ‌الْخَمْرَ، ‌يُسَمُّونَهَا ‌بِغَيْرِ اسْمِهَا. – رواه أبو دأود وابن ماجهMaksudnya : “Demi sesungguhnya ada dalam kalangan umatku yang meminum arak, sehingga menamakannya dengan bukan nama asalnya (menukar namanya bagi mengelirukan).” Rahmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w juga dapat dirasai apabila syariat Islam mengharamkan arak dan bahan sepertinya kerana memabukkan, sehingga menghilangkan dan merosakkan akal manusia. Selain itu, ia menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit lain yang membahayakan jasad, meruntuhkan akhlak, sehingga merosakkan keluarga dan masyarakat, serta memesongkan hikmah manusia itu diciptakan.Bahkan, semua agama pada asalnya juga mengharamkan arak kerana masing-masing berasaskan panduan Islam yang menjadi agama fitrah manusia. Namun, para agamawannya yang terdiri daripada kalangan paderi, pendeta dan sami telah meminda agama asalnya. Sehingga kemudiannya menghalalkan arak, bahkan ada yang memasukkan arak dalam upacara keagamaannya.Mudarat arak sangat besar lebih daripada faedahnya yang sedikit, dan ia sekali-kali tidak mampu menimbus kerugian akibat mudaratnya kepada diri manusia. Maka, menolak perkara yang memudaratkan diri sendiri itu adalah lebih baik. Dalam pada itu, perbelanjaan bagi menghadapi penyakit dan akibat keburukannya juga lebih mahal daripada harga faedahnya termasuklah cukai itu sendiri. Arak sebenarnya merugikan kehidupan manusia sehinggalah keluarga, masyarakat dan negaraSempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia, di bulan kelahiran nabi Muhammad s.a.w yang mulia maka kita mendesak agar kerajaan lebih tegas dalam menangani masalah Penggunaan jenama arak dengan perkataan bahasa Melayu seperti ‘Timah’. Ia mesti ditarik dan diubah serta-merta, di samping gambar yang digunakan juga hendaklah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti, demi keharmonian negara.Adalah dinasihatkan pihak-pihak berkaitan agar lebih sensitif dan peka terhadap isu-isu sebegini yang berpotensi mengancam perpaduan dan keamanan masyarakat berbilang kaum. Memelihara kerukunan masyarakat dan tidak melanggar batas-batas yang boleh mengancam kestabilan hidup dan menggugat keharmonian umat Islam adalah menjadi teras kestabilan negara ini. Ketika kita masih berada suasana musibah wabak covid-19 sepatutnya kita mencari sebanyak mungkin jalan agar Allah mengangkat musibah yang merbahaya ini bukannya mencari nahas dengan menjemput bala Allah yang merugikan kita dunia akhirat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ‎﴿٣٠﴾‏Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Sunnah Nabi s.a.w DiHayati Syafaat DiMiliki

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran : قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Rabiul Awwal datang lagi bersama ingatan yang kuat kepada diri nabi Muhammad s.a.w yang bukan sahaja pembawa rahmat kepada sekalian alam untuk kita rasai di dunia yang sementara malah apa yang paling besar untuk kita meraih syafaat nabi di akhirat nanti. Syafaat bererti memohon atau mengharapkan bantuan di saat memasuki syurga Allah dan umat Nabi Muhammad SAW perlu kepada syafaat itu. Baginda yang turut dikategorikan kepada beberapa jenis agar setiap manusia tidak terlepas daripada mendapat keistimewaan syafaat daripada Rasulullah. Rasulullah SAW juga berpesan, bahawa Baginda adalah syafaat pertama untuk memasuki syurga. Manusia begitu memerlukan syafaat memandangkan perjalanan hidup yang dilalui tidak sempurna, banyak kelompangan dan sia-sia serta menghabiskan masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Apabila berada di Padang Mahsyar kelak, sudah tentu manusia akan membawa bersama banyak dosa dan pada ketika inilah syafaat diperlukan daripada Rasulullah SAW untuk membawa mereka ke dalam syurga. Rasulullah SAW sendiri mendapat syafaat Allah untuk ke syurga dan ini membuktikan perlunya umat Baginda mendekatkan diri kepadanya untuk beroleh syafaat itu Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 23 surah Saba’ : وَلَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ Maksudnya : Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafa’at itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan-mu?” Mereka menjawab: (Perkataan) yang benar”, dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar قال الرسول: لِكُلِّ نَبِىٍّ دَعْـوَةٌ مُسْـتَجَابَةٌ فَتَعَجَّـلَ كُلُّ نَبِىٍّ دَعْوَتَـهُ وَإِنِّى اخْتَبَأْتُ دَعْـوَتِى شَــفَاعَةً لأُمَّـتِى يَوْمَ الْقِيَـامَـةِ فَهِىَ نَائـِلَةٌ إِنْ شَـاءَ اللَّهُ مَنْ مَـاتَ مِنْ أُمَّـتِى لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا – رواه مسلم والترمذي وابن ماجه وأحمد Maksudnya : Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajabah, maka setiap Nabi doanya dikabulkan segera, sedangkan saya menyimpan doaku untuk memberikan syafaat kepada umatku di hari kiamat. Syafaat itu insya Allah diperoleh umatku yang meninggal tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun Tanda cinta Nabi SAW turut dapat dilihat dari sikap prihatinnya terhadap umatnya di padang Mahsyar kelak. Tatkala manusia gementar berhadapan penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka. Qadhi Iyadh menukil dalam kitab “asy Syifa Fii Huquqi al Musthafa” bahwa syafaat itu terbagi menjadi 5 bahagian : Syafaat Pertama: Khusus dengan perantaraan Nabi Muhammad SAW yang bersifat menenangkan situasi dan mempercepat hisab kerana lamanya berdiri di padang Mahsyar pada hari qiamat. Tidak ada yang boleh memberikan syafaat ini kecuali nabi Muhammad SAW, dan ini merupakan “syafaat uzhma (syafaat paling agung)”. Syafaat Kedua: Untuk memasukkan kaum ke Syurga tanpa hisab yang juga khusus pada Nabi kita SAW Syafaat Ketiga: Untuk kaum yang ditetapkan masuk neraka, lalu Nabi SAW memberikan syafaat kepada mereka dan siapa saja yang dikehendaki Allah, sehingga mereka selamat dari dimasukkan ke dalam neraka. Syafaat Keempat: Bagi orang-orang yang penuh dosa yang telah masuk neraka. Telah datang hadis-hadis sohih dengan mengeluarkan mereka dari neraka lantaran syafaat Nabi kita SAW, seluruh para Nabi as., para malaikat, dan orang-orang shalih dari hamba-hamba Allah yang mukmin. Syafaat Kelima: Tentang penambahan darjat kedudukan di dalam surga untuk ahli Syurga yang amal-amalnya tidak cukup untuk mencapainya. Nabi Muhammad SAW pemilik wasilah yang paling tinggi kedudukannya di dalam Syurga. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, قال الرسول: ((أحق الناس بشفاعتي يوم القيامة من قال: لا إله إلا الله خالصة من قلبه) – رواه البخاري Maksudnya:Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” Jika semasa hidup di dunia ini kita perlu kepada pertolongan ibubapa untuk menjalani kehidupan, orang yang berjawatan untuk memberi peluang kepada kita untuk mendapat sesuatu pekerjaan, orang kaya untuk untuk kita menumpang bantuan, pemimpin untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Maka begitulah pada hari akhirat maka bantuan yang dinamakan syafaat ini begitu diperlukan Antara cara untuk kita meraih syafaat nabi pada hari akhirat nanti ialah dengan ikhlas mengucap 2 kalimah syahadah serta melaksanakan segala tuntutannya dengan menjauhi syirik menyutukan Allah dengan sesuatu yang lain serta melaksana segala suruhan dan meninggal segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan Terutama ketika diuji dengan musibah covid-19 maka perbanyakkan amal ibadat disamping menjauhi maksiat. Ketika pintu masjid mula dibuka semula maka datanglah beramai-ramai dengan penuh rasa syukur kepada Allah. Jangan kembali kotori buku catatan amalan kita dengan dosa maksiat. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Amalan yang membolehkan kita mendapat Syafaat nabi s.a.w pada hari akhirat lagi ialah dengan memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah s.a.w terutama pada hari Jumaat kerana Rasulullah pernah menyebutkan, عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة ً Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (HR al-Baihaqi) Jangan jadi manusia yang kedekut iaitu yang begitu berat lidahnya untuk berselawat kepada nabi s.a.w. Biasanya bila kita terlalu kasih dan sayang kepada seseorang maka kita banyak menyebut nama dan kelebihannya. Begiulah apa yang sepatutnya kita lakukan dalam kehidupan seharian dengan memperbanyak selawat kepada nabi, membaca seterusnya mencontohi cara hidup nabi s.a.w untuk berjaya dunia dan akhirat Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Daripada Abdillah bin ‘Amr bin ‘Asr RA, sesungguhnya dia mendengar Nabi SAW bersabda: إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ Maksudnya: “Apabila kamu mendengar muazdin, maka ucapkanlah sepertimana yang sedang diucapkan oleh muadzin. Kemudian berselawatlah kamu ke atasku kerana barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh (10 kali selawat). Setelah itu, mohonlah (doalah) kepada Allah terhadapku sebagai wasilah kerana ia merupakan salah satu tempat (kedudukan di dalam Syurga) di mana dia tidak layak untuk sesiapapun melainkan buat hamba-hamba Allah. Aku mengharapkan agar aku adalah orang tersebut (yang layak di kedudukan tersebut di dalam Syurga kelak). Maka barangsiapa yang memohon kepadaku wasilah maka layaklah baginya untuk mendapatkan syafaat (syafaat Nabi SAW).” [Riwayat Muslim (384)] Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj Syarah Sahih Muslim menukilkan bahawa hadith ini menunjukkan sunat berselawat ke atas Nabi SAW selepas daripada selesai menjawab azan. Di samping itu juga, sunat seseorang itu berdoa atau memohon wasilah kepada Nabi SAW. Tambahan pula, sunat juga bagi orang yang mendengar azan untuk menjawab setiap daripada perkataan-perkataan muadzin itu selepas daripada muadzin selesai menyebutnya dan dengan tidak menunggu lama untuk menjawabnya. Marilah kita sama-sama subukan rasa kasih dan sayang kepada nabi s.a.w dengan meneladani segala tunjuk ajar baginda dalam setiap aspek kehidupan bukan setakat dalam ibadat khusus seperti solat, puasa sahaja malah dalam berpolitik, berekonomi, bersosial dan sebagainya. Dengan mencotohi cara hidup nabi s.a.w maka kita bukan sahaja diberkati dan berjaya di dunia malah akan beroleh syafaat nabi di akhirat seterusnya meraih Syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Rasulullah s.a.w DiTeladani Penyakit DiUbati

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya Hari ini kita mula memasuki bulan Rabiul Awwal 1443H yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu yang pertama memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik menyembah berhala kepada kembali MengEsakan Allah, membersihkan kepercayaan khurafat dan tahyul kepada memandu akal berlandaskan wahyu . Misi kedua membentuk akhlak mulia daripada mengikut hawa nafsu, bersikap kebinatangan seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup dan berbunuhan kepada akhlak yang mulia. Misi dakwah Rasulullah Saw. yang ketiga adalah membawa rahmat kepada sekalian alam. Turunnya wahyu al-Quran. menegakkan hujjah untuk umat manusia dalam menjelaskan kepada kita mana jalan ke Syurga Allah dan mana jalan yang mengheret manusia ke Neraka Allah. Jalannya sudah terang benderang di mana Allah menciptakan kita dan memberikan panduan yang jelas. Sesungguhnya pengutusan Nabi s.a.w merupakan kasih sayang Allah Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran : قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Berapa kitab yang berkaitan Sirah nabi yang kita telah khatam berbanding komik dan novel. Berapa banyak masa kita habiskan untuk membaca atau mendengar kisah nabi s.a.w berbanding membaca dan melayan whatsap dan media sosial berkaitan kisah dunia yang lain. Bagaimana dengan cara pemakaian, pemakanan, sosial, politik dan pelbagai cara hidup nabi s.a.w yang telah kita berjaya tiru dalam kehidupan seharian kita. Orang yang benar-benar cinta nabi s.a.w tidak hanya didengar melalui lidahnya sahaja tetapi mesti melalui pengamalan dan pematuhan dalam kehidupan seharian Hitunglah diri kita banyak mana kita berselawat kepada nabi s.a.w setiap hari berbanding berbual kosong dan mengalun nyanyian. Ini semua sebagai tanda awal untuk mengetahui tahap kasih dan cinta kepada nabi s.a.w Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, قَالَ سَمِعْتُ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ يُحَدِّثُ سَعْدًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا – رواه البخاري Maksudnya: Saidina Usamah bin Zaid RA pernah menceritakan kepada Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu mendengar tentang (penyebaran) wabak di sesuatu tempat, maka janganlah kamu masuk. Dan sekiranya kamu sudah berada dalam kawasan (penularan wabak) tersebut, maka janganlah kamu keluar darinya.” قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : لا يُورَدُ مُمْرِضٌ على مُصِحٍّ – رواه البخاري Maksudnya: Janganlah didatangkan yang sakit kepada yang sihat Rahmat pengutusan nabi s.a.w bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah seluruh makhluk yang lain terutama bila kita berada dalam keadaan diuji dengan wabak covid-19 di mana Islam telah menggariskan beberapa cara pencegahan termasuk pengasingan atau kuarantin orang yang sakit daripada orang yang sihat. Antara hikmah mengapa Rasulullah SAW menyarankan agar kawalan pergerakan ini dilaksanakan iaitu: [1] Menjauhi sebab-sebab yang boleh membinasakan manusia. [2] Mengutamakan kesihatan (kesejahteraan) yang mana ia adalah asas dalam kehidupan manusia. [3] Larangan menjauhi udara yang telah dicemari kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih ramai yang sakit. [4] Menjarakkan diri dari orang yang telah terkena penyakit sekaligus menjadi langkah pencegahan dari penyebaran wabak. [6] Menyelamatkan diri dari kebergantungan kepada kepercayaan yang salah Malah Islam menyuruh kita untuk berubat apabila ditimpa penyakit Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً -رواه البخاري Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا -رواه أحمد Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sabtu, 17 Julai 2021

Khutbah Aidil Adha 1442H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Hajj : Firman Allah SWT: {وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ Maksudnya: Dan telah kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya. Maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah kami telah menundukkan untu-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur. Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini walau pun ini merupakan tahun kedua kita menyambutnya dengan norma baru akibat penularan covid-19 yang belum reda. Antara hikmat ibadat haji dan korban ialah menyerlahkan bagaimana Islam itu membawa nilai-nilai kemasyarakatan yang cukup bererti untuk memberi harapan terciptanya masyarakat yang adil, makmur dan sejahtera. Tujuan para rasul diutus ke dunia ini tidak cuma bersifat kerohanian semata-mata, tetapi juga bersifat kemasyarakatan. Atas sifat Keadilan dan Kasih SayangNya, maka Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w yang membawa ajaran tauhid dan sekaligus membebaskan manusia dari cengkaman cara hidup dan budaya jahiliah yang zalim dan tidak berakhlak. Jika amalan jahiliah melakukan korban untuk dipersembahkan pada berhala, memuja laut, sungai atas kepercayaan bahawa ia boleh mendatangkan rezeki atau menolak bencana tetapi korban dalam Islam matlamatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan ikhlas hingga menjadi hamba Allah yang taqwa. Berkorban kerana Allah kemudian mengagih daging korban kepada ahli masyarakat dalam merapatkan lagi hubungan kasih sayang sesama kita اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah as-Soffat ayat 103-107 : فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar. Ketika menyoroti pengorbanan hebat nabi Ibrahim a.s sekeluarga ketika berdepan pelbagai ujian dan cabaran di mana hasilnya bukan untuk dirasai oleh ahli keluarga baginda sahaja malah untuk umat yang lebih besar. Semangat berkorban atas dasar ketaatan kepada Allah wajib dicontohi terutama ketika berdepan dengan musibah pandemik covid-19. Kikiskan sikap pentingkan diri sendiri dengan melanggar SOP sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain daripada wabak berjangkit ini. Begitu juga tidak menghiraukan adik beradik, sanak saudara, jiran, kawan yang lebih susah daripada kita. Kita sepatutnya menghulurkan bantuan setakat termampu samada dengan harta, tenaga, nasihat dan sokongan agar dapat meringankan bebanan yang dihadapi. Ingatkan amaran nabi s.a.w قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ – رواه الطبراني Maksudnya : Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sedangkan jiran tetangganya kelaparan اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah as-Soffat ayat 101-102 : فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ‎﴿١٠١﴾‏ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ‎﴿١٠٢﴾ Maksudnya : Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan nabi Ismail) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” Setiap orang yang Mukmin yang mengaku beriman pasti akan diuji oleh Allah. Para Nabi dan Rasul adalah orang yang paling kuat menerima ujian daripada Allah walaupun mereka tidak melakukan dosa berbanding kita selaku insan biasa yang banyak melakukan dosa kerana lalai dan alpa. Ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada hambanya adalah berbentuk musibah dan nikmat yang mana kedua-duanya adalah bergantung kepada kemampuan manusia tersebut menerimanya. Baik musibah mahupun nikmat, yang pastinya ujian daripada Allah ini adalah merupakan peringatan, teguran, penghapusan dosa dan juga untuk mengangkat darjat manusia sekiranya manusia tersebut akur, patuh serta kembali bertaqwa kepada Allah sabar bererti menahan diri dari segala sesuatu yang tidak di sukai kerana mengharap redha Allah. Hakikatnya, sama ada secara sedar ataupun tidak, pandemik COVID-19 sedang mendidik kita umat Islam untuk sentiasa bersedia pada tahap kesabaran yang paling optimum dan perlu banyak melakukan pengorbanan terhadap perubahan kepada norma kehidupan yang baharu. Bila bercakap tentang kegagalan mengawal emosi terutama ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 sehingga ada yang bertindak membunuh diri. Antara punca penyakit jiwa termasuklah keturunan, cara didikan oleh ibubapa, faktor personaliti, kelemahan Iman dan kurang beribadat serta bencana hidup. Malah kajian sainstifik sendiri telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyi tahap keagamaan, amalan ibadat dalam Islam serta Iman yang tinggi dapat melindungi seseorang dari mendapat penyakit jiwa. Sebagai contohnya seseorang yang kurang keimanan akan terjebak dengan masalah dadah, alkohol serta gejala sosial yang akan menjurus kepada masalah sosial dan masalah psikologi seperti kemurungan, keretakan institusi keluarga dan minda serabut akibat dadah. Mereka yang kurang keimanan dan sifat sabar akan mendedahkan diri kepada tekanan emosi dan jiwa serta bertindak luar batasan serta memudaratkan diri dan keluarga. Konsep berdoa dan solat dapat mendekatkan diri kita dan mententeramkan jiwa yang kosong. Terdapat beberapa kaedah Islam yang disarankan yang membantu dalam proses pemulihan termasuklah rawatan melalui doa dengan ayat Al Quran, Hadis nabi, zikir dan ilmu penyucian jiwa Imam Al-Ghazali menyatakan; Akal yang sentiasa mengingati Allah akan melahirkan hati yang mempunyai nur dan dapat mengawal nafsu hingga mempamerkan tingkahlaku yang positif. Namun sebaliknya jika akal yang tidak mengingati Allah maka akan melahirkan hati yang gelap dan wujud nafsu yang tidak terkawal hingga mempamerkan tingkahlaku yang negatif Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam Surah Qoff ayat 18 : مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ ‎﴿١٨﴾‏ Maksudnya : Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya) Keberadaan kita dalam keadaan pandemik COVID-19 telah banyak mengubah cara hidup dan cara berfikir. Penggunaan teknologi maklumat yang maksima tanpa mengira umur dan kedudukan jika tidak dikawal sebaik mungkin dan tidak dapat ditapis berdasarkan neraca agama akan menyebabkan budaya negatif lebih mudah dan cepat merebak terutama sebaran berita palsu dan penggunaan kata keji yang melampau tidak terkecuali penghinaan terhadap agama. Dulu lidah yang melakukan perkara ini tetapi kini tangan yang memainkan perkara ini melalui komputer atau telefon. Oleh itu kewajipan menjaga lidah daripada bercakap dan tangan daripada menulis perkara yang tidak harus di sisi syarak. Kebanyakan manusia diheret ke dalam neraka disebabkan oleh lidah-lidah mereka. Adapun kebenaran adalah wajib untuk mengatakannya. Tidak boleh diam pada perkara kebenaran قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ – رواه البخاري Maksudnya : “ Sesiapa yang boleh menjamin kepada aku (untuk menjaga) apa yang ada di antara dua rahangnya (lidah) dan juga di antara dua kakinya (kemaluan) maka aku akan jamin baginya syurga.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 197 سورة البقرة : Firman Allah dalam Surah Ali ’Imran ayat 137 : الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ‎﴿١٧٣﴾‏ Maksudnya : Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”. Dalam Syarah Riyadhus Shalihin, mengatakan dalam Riwayat Imam al-Bukhari, disebutkan bahawa Abdullah bin Abbas R.A berkata: “Kalimat terakhir yang diucapkan Nabi Ibrahim A.S ketika dilemparkan ke dalam api adalah ‘حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ‎’ . Nabi Ibrahim A.S ketika itu berhadapan dengan tekanan yang sangat besar, tapi Baginda memilih untuk meminta pertolongan daripada Allah, kerana Dialah yang menjaga seluruh kehidupan. Oleh itu ketika keadaan wabak yang belum reda ini, marilah kita sama-sama untuk mencontohi Nabi Ibrahim A.S, dengan mendekatkan diri kepada Allah dan meletakkan setinggi-tinggi pergantungan kepada Allah. Mudah-mudahan, penyerahan sepenuh hati yang kita berikan akan mengangkat musibah yang asalnya datang daripada Allah juga. Perbanyakkan amal soleh dan istighfar serta jauhi dosa maksiat قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : منْ لَزِم الاسْتِغْفَار، جَعَلَ اللَّه لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مخْرجًا، ومنْ كُلِّ هَمٍّ فَرجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ – رواه أبو دأود Maksudnya : Sesiapa yang melazimi istighfar, Allah S.W.T menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu ada kelapangan dan Allah juga akan mengurniakan kepadanya rezeki yang tidak disangka-sangka. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Agihkan daging korban sebaik yang mungkin terutama ketika ramai yang begitu terkesan dengan pandemik COVID-19. Bagi kita yang tidak mampu menunaikan ibadat korban maka banyak cara lain untuk turut bersedekah dalam meringankan saudara mara dan jiran yang lebih susah. Sedekah juga merupakan antara cara untuk mengubati penyakit قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : حَصِّنُوْا أَمْوَالَكُمْ بِالزَّكَاةِ وَدَاوُوْا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَة -رواه الطبراني Maksudnya: Lindungilah harta kamu dengan zakat dan ubatilah orang-orang sakit di antara kamu dengan sedekah اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit berjangkit covid 19, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-doa kami, kedua ibu bapa kami,adik beradik kami, anak-anak kami dan seluruh keluarga kami . Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah, Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa, Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk. Anugerahkanlah kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيد الأضحى 1442 هـ

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ…. فرمان الله تعالى دالم أية 36 سورة الحج : وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ مقصودڽ: دان تله كامي جاديكن اونتوق كامو اونتا-اونتا ايت سباهاڬين دري شعار الله، كامو ممڤروليه كبأيقكن يڠ باڽق ڤدڽ. مك سبوتله اوليهمو نام الله كتيك كامو مڽمبليهڽ دالم كادأن برديري ﴿دان تله تريكت﴾. كمودين اڤابيلا تله ربه ﴿ماتي﴾، مك ماكنله سباهاڬينڽ دان بري ماكنله اورڠ يڠ ريلا دڠن اڤ يڠ اد ڤدڽ ﴿يڠ تيدق ممينتا-مينتا﴾ دان اورڠ يڠ ممينتا. دمكينله كامي تله منوندوقكن اونتو-اونتا ايت كڤد كامو، موده-مودهن كامو برشكور. سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه أهلي جماعة يغ درحمتي الله. كشكورن يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين والاو ڤون اين مروڤاكن تاهون كدوا كيت مڽمبوتڽ دڠن نورما بارو عقيبة ڤنولارن covid-19 يڠ بلوم ردا. انتارا حكمة عبادة حاج دان قربان اياله مڽرلهكن باڬايمانا اسلام ايت ممباوا نيلاي-نيلاي كمشاركتن يڠ چوكوڤ برارتي اونتوق ممبري هارڤن ترچيڤتاڽ مشاركة يڠ عاديل، معمور دان سجهترا. توجوان ڤارا رسول داوتوس كدنيا اين تيدق چوما برصفة كروحانيان سمات-مات، تتاڤي جوڬ برصفة كمشاركتن. اتس صفة كعاديلن دان كاسيه سايڠڽ، مك الله مڠوتوس نبي محمد صلى الله عليه وسلم يڠ ممباوا اجارن توحيد دان سكاليڬوس ممبيباسكن مأنسي دري چڠكامن چارا هيدوڤ دان بوديا جاهلية يڠ ظاليم دان تيدق براخلاق. جك عمالن جاهلية ملاكوكن قربان اونتوق دڤرسمبهكن كڤد برهالا، مموجا لأوت، سوڠاي اتس كڤرچايأن بهاوا اي بوليه منداتڠكن رزقي اتاو منولق بنچان تتاڤي قربان دالم اسلام متلامتڽ اونتوق مندكتكن ديري كڤد الله دڠن إخلاص هيڠڬ منجادي همبا الله يڠ تقوى. برقربان كران الله كمودين مڠاڬيه داڬيڠ قربان كڤد اهلي مشاركة دالم مراڤتكن لاڬي هوبوڠن كاسيه سايڠ سسام كيت اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سوره الصافات اية 103-107 : فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ مقصودڽ : ستله كدوانيا برسراه بولت-بولت ﴿ منجونجوڠ ڤرينته الله﴾ دان نبي إبراهيم مربهكن انقڽ دڠن ملتقكن ايريڠن موكاڽ اتس تومڤوق تانه ﴿ اونتوق دسمبليه﴾ سرتا كامي مڽروڽ :“واهاي نبي إبراهيم! سسوڠڬوهڽ كامو تله ممبنركن ميمڤي ايت“. سسوڠڬوهڽ اين بنر-بنر سواتو اوجين يڠ ڽات. دان كامي تبوسكن انق ايت دڠن سمبليهن يڠ بسر. كتيك مڽوروتي ڤڠوربانن هيبت نبي إبراهيم عليه السلام سكلوارڬ كتيك بردڤن ڤلباڬاي اوجين دان چابرن د مان حاصيلڽ بوكن اونتوق دراسا اوليه اهلي كلوارڬ بڬيندا سهاج ماله اونتوق اومة يڠ لبيه بسر. سماڠت بر قربان اتس داسر كطاعتن كڤد الله واجب دچونتوهي تراوتما كتيك بردڤن دڠن مصيبة pandemik covid-19. كيكيسكن سيكڤ ڤنتيڠكن ديري سنديري سهيڠڬ ملڠڬر SOP سسوك هاتي يڠ ممبهاياكن ديري سنديري دان اورڠ لأين درڤد وابق برجڠكيت اين. بڬيتو جوڬ تيدق مڠهيراوكن اديق براديق، سانق ساودارا، جيران، كاون يڠ لبيه سوسه درڤد كيت. كيت سڤاتوتڽ مڠهولوركن بنتوان ستاكت ترممڤو سمادا دڠن هرتا، تناڬ، نصيحة دان سوكوڠن اڬر داڤت مريڠنكن ببانن يڠ دهادڤي. ايڠتكن امران نبي صلى الله عليه وسلم : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ – رواه الطبراني مقصودڽ : تيدق ترماسوق اورڠ مؤمين، اورڠ يڠ كڽڠ سداڠكن جيران تتڠڬاڽ كلاڤرن اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سوره الصافات اية 101-102 : فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ‎﴿١٠١﴾‏ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ‎﴿١٠٢﴾ مقصودڽ : لالو كامي بريكن كڤداڽ بريتا يڠ مڠمبيراكن، بهاوا اي اكن بروليه سأورڠ انق يڠ ڤڽابر. مك كتيك انقڽ ايت سمڤاي ﴿كڤريڠكت عمور يڠ ممبوليهكن نبي اسماعيل﴾ بروسها برسام-سام دڠنڽ، نبي إبراهيم بركات: “واهاي انق كسايڠنكو! سسوڠڬوهڽ اكو مليهت دالم ميمڤي بهاوا اكو اكن مڽمبليهمو; مك فيكيركنله اڤ ڤنداڤتمو؟”. انقڽ منجواب: “واهاي ايه، لقسانكنله اڤ يڠ دڤراينتهكن كڤدامو; ان شاء الله، ايه اكن منداڤتي داكو دري اورڠ-اورڠ يڠ صبر” ستياڤ اورڠ مؤمن يڠ مڠاكو برايمان ڤاستي اكن داوجي اوليه الله. ڤارا نبي دان رسول اداله اورڠ يڠ ڤاليڠ قوة منريما اوجين درڤد الله والاوڤون مريك تيدق ملاكوكن دوسا بربنديڠ كيت سلاكو انسان بياسا يڠ باڽق ملاكوكن دوسا كران لالاي دان الڤا. اوجين يڠ دتيمڤاكن اوليه الله كڤد همباڽ اداله بربنتوق مصيبة دان نعمة دمان كدوا-دواڽ اداله برڬنتوڠ كڤد كممڤوان مأنسي ترسبوت منريماڽ. بأيك مصيبة ماهوڤون نعمة، يڠ ڤاستيڽ اوجين درڤد الله اين اداله مروڤاكن ڤريڠاتن، تڬوران، ڤڠهاڤوسن دوسا دان جوڬ اونتوق مڠڠكت درجة مأنسي سكيراڽ مأنسي ترسبوت أكور، ڤاتوه سرتا كمبالي برتقوى كڤد الله. صبر برارتي مناهن ديري دري سڬالا سسواتو يڠ تيدق د سوكاي كران مڠهارڤ ريضا الله. حقيقتڽ، سام اد سچارا سدر اتاوڤون تيدق، pandemik covid-19 سداڠ منديديق كيت اومة اسلام اونتوق سنتياس برسديا ڤد تاهڤ كصبران يڠ ڤاليڠ تيڠڬي دان ڤرلو باڽق ملاكوكن ڤڠوربانن ترهادڤ ڤروبهن كڤد نورما كهيدوڤن يڠ بهارو. بيلا برچاكڤ تنتڠ كڬاڬالن مڠاول ايموسي تراوتما كتيك بردڤن دڠن pandemik covid-19 سهيڠڬ أدا يڠ برتيندق ممبونوه ديري. انتارا ڤونچا ڤڽاكيت جيوا ترماسوقله كتورونن، چارا ديديقكن اوليه ايبوباڤ، فكتور personaliti ، كلمهن ايمان دان كورڠ برعبادة سرتا بنچان هيدوڤ. ماله كاجين sainstifik سنديري تله ممبوقتيكن بهاوا مريك يڠ ممڤوڽي تاهڤ كأڬامأن، عمالن عبادة دالم اسلام سرتا ايمان يڠ تيڠڬي داڤت مليندوڠي سسأورڠ دري منداڤت ڤڽاكيت جيوا. سباڬاي چونتوهڽ سسأورڠ يڠ كورڠ كإيمانن اكن ترجبق دڠن مسئلة داده، أرق سرتا ڬجالا سوسيال يڠ اكن منجوروس كڤد مسئلة سوسيال دان مسئلة psikologi سڤرتي كموروڠن، كرتقكن اينستيتوسي كلوارڬ دان ميندا سرابوت عقيبة داده. مريك يڠ كورڠ كإيمانن دان صفة صبر اكن منددهكن ديري كڤد تكنن ايموسي دان جيوا سرتا برتيندق لوار باتسن سرتا ممضرتكن ديري دان كلوارڬ. كونسيڤ بردعاء دان صلاة داڤت مندكتكن ديري كيت دان منتنترامكن جيوا يڠ كوسوڠ. ترداڤت ببراڤ قاعدة اسلام يڠ دسارنكن يڠ ممبنتو دالم ڤروسيس ڤموليهن ترماسوقله راوتن ملالوي دعاء دڠن اية القرءان، حديث نبي، ذكر دان علمو ڤڽوچين جيوا. امام الغزالي مڽاتاكن: عقل يڠ سنتياس مڠيڠاتي الله اكن ملاهيركن هاتي يڠ ممڤوڽأي نور دان داڤت مڠاول نفسو هيڠڬ ممڤاميركن تيڠكه لاكو يڠ positif. نامون سباليقڽ جك عقل يڠ تيدق مڠيڠاتي الله مك اكن ملاهيركن هاتي يڠ ڬلڤ دان وجود نفسو يڠ تيدق تركاول هيڠڬ ممڤاميركن تيڠكه لاكو يڠ negatif أهلي جماعة يڠ درحمتي الله، فرمان الله دالم سوره ق اية 18 : مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ ‎﴿١٨﴾‏ مقصودڽ : تيدق اد سبارڠ ڤركاتان يڠ دلفظكنڽ ﴿اتاو ڤربواتن يڠ دلاكوكنڽ﴾ ملاءينكن اد د سيسيڽ ملائكة ڤڠاوس يڠ سنتياس سديا ﴿منريما دان منوليسڽ﴾ كبرادأن كيت دالم كادأن pandemik covid-19 تله باڽق مڠوبه چارا هيدوڤ دان چارا برفيكير. ڤڠڬونأن تيكنولوڬي معلومت يڠ مكسيما تنڤا مڠيرا عمور دان كدودوقكن جك تيدق دكاول سبأيك موڠكين دان تيدق داڤت دتاڤيس برداسركن نراچا أڬام اكن مڽببكن بودايا نيڬاتيف لبيه موده دان چڤت مربق تراوتما سبارن بريتا ڤلسو دان ڤڠڬونأن كات كجي يڠ ملمڤاو تيدق تركچوالي ڤڠهينأن ترهادڤ اڬام. دولو ليده يڠ ملاكوكن ڤركارا اين تتاڤي كيني تاڠن يڠ ممأينكن ڤركارا اين ملالوي كومڤوتر اتاو تاليفون. اوليه ايت كواجيڤن منجاڬ ليده درڤد برچاكڤ دان تاڠن درڤد منوليس ڤركارا يڠ حرام د سيسي شرع. كباڽقكن مأنسي دهيريت كدالم نراك عقيبة دوسا ليده-ليده مريك. ادڤون كبنران اداله واجب اونتوق مڠاتكنڽ. تيدق بوليه ديم ڤد ڤركارا كبنرن قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ – رواه البخاري مقصودڽ : “ سسياڤا يڠ بوليه منجامين كڤد اكو ﴿اونتوق منجاڬ﴾ اڤ يڠ اد د انتارا دوا راهڠڽ ﴿ليده﴾ دان جوڬ د انتارا دوا كاكيڽ ﴿كمالوان﴾ مك اكو اكن جامين باڬيڽ شرڬ.“ بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …..فرمان الله تعالى دالم أية 137 سورة آل عمران : الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ‎﴿١٧٣﴾‏ مقصودڽ : مريك جوڬ اياله يڠ دبريتاهو اوليه اورڠ-اورڠ ﴿ڤمباوا بريتا﴾ كڤد مريك: “بهاوا قوم ﴿كافير مشرك﴾ تله مڠومڤولكن تنترا اونتوق ممرڠي كامو، اوليه ايت هندقله كامو ڬرون كڤداڽ”. مك بريتا ايت ماكين منمبهكن ايمان مريك لالو بركات: “چوكوڤله اونتوق ﴿منولوڠ﴾ كامي، دان اي سبأيك-بأيك ڤڠوروس ﴿يڠ ترسراه كڤداڽ سڬالا اوروسن كامي﴾”. دالم شرح رياض الصالحين، مڠاتكن دالم رواية امام البخاري، دسبوتكن بهاوا عبدالله بن عباس رضي الله عنه بركات: “كلمة تراخير يڠ داوچڤكن نبي إبراهيم عليه السلام كتيك دلمڤركن كدالم اڤي اداله ‘حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ‎’ . نبي إبراهيم عليه السلام كتيك برهادڤن دڠن تكنن يڠ ساڠت بسر، تاڤي بڬيندا مميليه اونتوق ممينتا ڤرتولوڠن درڤد الله، كران دياله يڠ منجاڬ سلوروه كهيدوڤن. اوليه ايت كتيك كادأن وابق يڠ بلوم ردا اين، ماريله كيت سام-سام اونتوق منچونتوهي نبي إبراهيم عليه السلام دڠن مندكتكن ديري كڤد الله دان ملتقكن ستيڠڬي-تيڠڬي ڤرڬنتوڠن كڤد الله. موده-مودهن، ڤڽرهن سڤنوه هاتي يڠ كيت بريكن اكن مڠڠكت مصيبة يڠ اصلڽ داتڠ درڤد الله جوڬ. ڤرباڽقكن عمل صالح دان استغفار سرتا جأوهي دوسا معصية قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : منْ لَزِم الاسْتِغْفَار، جَعَلَ اللَّه لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مخْرجًا، ومنْ كُلِّ هَمٍّ فَرجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ – رواه أبو دأود مقصودڽ : سسياڤا يڠ ملازيمي استغفار، الله سبحانه وتعالى منجاديكن اونتوقڽ باڬي ستياڤ كسمڤيتن ايت جالن كلوار، ستياڤ كبيمبڠن ايت اد كلاڤڠن دان الله جوڬ اكن مڠورنياكن كڤداڽ رزقي يڠ تيدق دسڠك-سڠك. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ برمولا هاري اين هيڠڬ براخير هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة ننتي مك باڬي كيت يڠ بركممڤوان دسارنكن اونتوق ملاكوكن عبادة قربان دڠن مماتوهي SOP يڠ دتتڤكن. اڬيهكن داڬيڠ قربان سبأيك يڠ موڠكين تراوتما كتيك راماي يڠ بڬيتو تركسن دڠن pandemik covid-19. باڬي كيت يڠ تيدق ممڤو منونايكن عبادة قربان مك باڽق چارا لأين اونتوق توروت برصدقة دالم مريڠنكن ساودارا مارا دان جيرن يڠ لبيه سوسه. صدقه جوڬ مروڤاكن انتارا چارا اونتوق مڠوباتي ڤڽاكيت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : حَصِّنُوْا أَمْوَالَكُمْ بِالزَّكَاةِ وَدَاوُوْا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَة -رواه الطبراني مقصودڽ: ليندوڠيله هرتا كامو دڠن زكاة دان اوباتيله اورڠ-اورڠ ساكيت د انتارا كامو دڠن صدقة اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. يا الله! جأوهيله كامي درڤد بلأ بنچان، وابق ڤڽاكيت برجڠكيت Covid 19، ڤلباڬاي ڤرلاكوان كجي دان موڠكر، سڬالا كڤايهن دان دوڬأن يڠ ظاهير دان يڠ ترسمبوڽي. يا الله يا رحمن يا رحيم، اڠكاو امڤونيله دوسا-دسا كامي، كدوا ايبو باڤ كامي،أديق براديق كامي، أنق-أنق كامي دان سلوروه كلوارڬ كامي . اڠكاو رحمتيله ديري كامي، كلوارڬ كامي دان نڬارا كامي. اڠكاو ليندوڠيله همبا-همبا مو يڠ كرديل اين دري سڬالا مصيبة، اڠكاو جأوهيله ديري كامي دري ڤڽاكيت يڠ مربهاي دان وابق يڠ مڠنچم ڽاوا، اڠكاو هيندريله كامي دري بلأ يڠ برات دان تقدير يڠ بوروق، يا الله يا رحمن يا رحيم، اڠكاو بريله كقواتن، كچكالن دان كصبرن كڤد كامي اونتوق مڠهادڤي دوڬأن-مو يڠ برات اين، اڠكاو تيوڤكنله كتناڠن دالم جيوا كامي، سسوڠڬوهڽ ستياڤ دوڬأن يڠ اڠكاو تورونكن كڤد كامي يا الله تيادله اي ملأينكن اونتوق منيڠكتكن كتقوأن دان كإيمانن كامي كڤدمو. تڬوهكن هاتي كامي دالم اڬام اسلام دان جاڠنله إڠكاو تاريق نعمة اسلام د دالم هيدوڤ كامي. سباڬايمان اڠكاو كومڤولكن كامي ڤد هاري راي يڠ مليا اين مك كومڤولكنله كامي اونتوق كبهاڬيأن يڠ برككالن دالم شورڬامو د اخرة ننتي اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khamis, 20 Mei 2021

Khutbah Jumaat : Syawal Semarakkan Jihad Sekat Keganasan Zionis Yahudi

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 8-10 surah al-Syamsu :  قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا Maksudnya :  Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).  Setiap graduan yang telah berjaya dalam pengajiannya wajib membuktikan kejayaannya dengan mencurah khidmat mengikut bidang yang diceburi barulah diiktiraf sebagai graduan yang benar-benar berjaya bukan setakat membawa sijil ke hulu-hilir tanpa menunjukkan hasilnya. Begitulah juga dengan graduan universiti Ramadhan bukan setakat berbangga kerana dapat berpuasa sebulan sebaliknya kesan daripada tarbiah Ramadhan dengan mengekalkan amalan soleh, sifat terpuji dalam diri serta ketaatan kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan pada 11 bulan yang lain dapat dilihat jelas dalam kehidupan seharian. Betapa beruntungnya orang-orang yang telah menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, begitu juga yang sedang menunaikannya. Bagi yang belum memulakannya atau tak pernah menunaikannya sebelum ini maka marilah kita sama-sama membuktikan bahawa tarbiah Ramadhan lepas telah berjaya mengubah kita ke arah menjadi hamba Allah bukan setakat hamba Ramadhan yang hanya baik pada bukan Ramadhan sahaja manakala pada bulan lain kembali menjadi pengikut setia kepada hawa nafsu. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ - رواه مسلم Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. Abu Said Al-Khudri RA berkata: Rasulullah saw bersabda مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا - رواه البخاري. Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 64 surah al-Ma’idah’ : ﴿…وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ٦٤﴾ ’Maksudnya : “…Dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian antara mereka hingga Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula secara terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedangkan Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.”  Ramadhan dan Syawal tahun ini bumi Palestin begitu rakus diserang oleh rejim Zionis Israel. Angka kematian dan kecederaan rakyat Palestin dijangka terus meningkat saban hari apabila rejim Zionis Israel mempergiatkan serangan dari semasa ke semasa. Alhamdulillah kita melihat kesedaran rakyat Malaysia khususnya anak muda bersatu hati menentang kezaliman Zionis Israel melalui media sosial. Isu yang berlaku di Palestin ini adalah isu penting untuk menyatukan hati umat Islam yang beriman dan kasih kepada tanah suci Baitul Maqdis. Seharusnya seluruh umat Islam khususnya negara Arab dan negara Islam lantang menentang tindakan zalim Zionis Israel, namun malangnya ada sebahagian negara-negara ini melaksanakan dasar normalisasi dengan negara haram Israel yang salah dan sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Kita mahu Zionis Israel dan negara-negara Arab bertanggungjawab atas kematian para syuhada, kemusnahan bangunan, dan kecederaan rakyat Palestin yang tidak berdosa. Semua pihak sepatutnya berusaha mencari solusi yang lebih tegas dan konkrit termasuk mengenakan tekanan politik dan pemencilan antarabangsa ke atas rejim Zionis Israel ini. Negara umat Islam yang kaya dengan hasil bumi dan kepakaran tenaga manusia tetapi hilang keizzahan akibat tidak bersatu dan termakan dengan peluru musuh Islam yang memainkan sentimen mazhab dan perkauman. Oleh itu, kita menyeru dan mengajak seluruh umat Islam di Malaysia, negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Zionis Israel dan mengambil tindakan politik yang lebih keras dengan pemencilan terhadap negara haram Israel yang melampaui batas undang-undang dan kemanusiaan. Kita mesti bersatu padu atas dasar keimanan dan kemanusiaan untuk bersama membebaskan bumi Palestin serta membela hak rakyat Palestin. Usaha murni yang disambung daripada generasi terdahulu ini diharapkan dapat diperluaskan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia dengan bersama-sama menggerakkan bantuan kemanusian dan membantu perjuangan suci Palestin ini. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Israel sudah menjadi negara pengganas selama 73 tahun, tempoh yang bermula setelah berlakunya peristiwa al-Nakbah pada 15 Mei 1948. Al-Quran telah menyatakan bahawa keganasan yang paling kejam terhadap manusia dilakukan oleh kaum Yahudi. Sekali gus menyebabkan mereka menjadi kaum yang paling hina, setelah mereka diberikan kemuliaan oleh Allah SWT. Sebagaimana yang telah dijelaskan melalui firman-Nya dalam ayat 61 Surah al-Baqarah: ﴿…وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ٦١﴾ Maksudnya…Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal yang demikian itu, disebabkan mereka kufur (mengingkari) terhadap ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh para nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Oleh yang demikian, perkara itu berlaku kerana mereka menderhakai Allah dan mereka pula sentiasa melampaui batas.”  Kesimpulan yang kita dapati dengan perangai jahat dan tidak berperikemanusiaan Yahudi yang menyerang sesiapa sahaja secara membuta tuli kerana inilah aqidah yang ditanamkan oleh mereka di dalam kitabTalmud sejak mereka kecil lagi sedangkan aqidah yang mereka ajarkan itu aqidah yang batil! Lihatlah bagaimana Yahudi boleh bangkit sekalipun dengan aqidah yang batil dan palsu ini?. Antara aqidah ganas yang ditanamkan ialah 1. Orang lain selain Yahudi adalah seperti anjing-anjing 2. Umat-umat di luar agama Yahudi, bukan hanya anjing-anjing, bahkan juga keldai 3. Rumah-rumah selain Yahudi adalah kadang-kadang haiwan 4. Diharamkan ke atas Yahudi untuk menyelamatkan walaupun seorang ‘orang asing’ (selain Yahudi) 5.Orang yang membunuh selain Yahudi akan diganjarkan dengan kekal dalam syurga al-Firdaus Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Isra’ : ثُمَّ رَ‌دَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّ‌ةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ‌ نَفِيرً‌ا ﴿٦﴾ Maksudnya : Kemudian Kami berikan kepadamu giliran sekali lagi (buat kali kedua) untuk mengalahkan mereka kembali (umat Islam) dan Kami limpahkan kamu dengan harta kekayaan dan anak pinak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Ketika merenung kepada giliran kalah dan menang, memimpin dan terjajahnya umat Islam dari dulu hingga kini maka ia bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melaksanakan kewajipan agama dalam kehidupan dan juga pergantungan kita dengan Allah. Malah ketika melihat kejayaan zionis Yahudi dalam menguasai dunia pada hari ini maka kita renungi suatu tafsiran Ulama’ berkaitan ayat 6 surah al-Isra’ di mana ia merupakan ayat yang sangat jelas menunjukkan kerosakan dan kebinasaan yang akan dilakukan oleh orang-orang Yahudi buat kali kedua malahan ianya disokong dengan 4 perkara sebagaimana yang disebut di dalam ayat ini. [1] Perkataan (الْكَرَّ‌ةَ) di dalam ayat ini membawa makna Negara. Iaitu di akhir zaman nanti orang-orang Yahudi akan mendapat sebuah negara untuk tempat tinggal mereka, walaupun sepanjang sejarah Yahudi, tidak pernah mempunyai sebuah negara, negara di sini sudah tentulah bermaksud Baitulmaqdis sendiri. [2] Yahudi akan mempunyai ekonomi yang kukuh. Sebagaimana dijelaskan di dalam ayat (وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ) yg bermaksud kami limpahkan kamu dengan harta benda. Jelas kepada kita bahawa pada hari ini ekonomi dunia dikuasai oleh oleh Yahudi. [3] Yahudi akan mempunyai keturunan yang ramai. Sebagaimana di dalam ayat ini yang menyebut kalimah (وَبَنِينَ) bermaksud anak pinak. Lihatlah pada hari ini orang-orang Yahudi telah lama mengembangkan keturunannya dengan mengahwinkan anak-anak perempuan mereka dengan berbagai bangsa dan keturunan yang ada di dunia. Bahkan bangsa mereka telah berjaya menguasai banyak orang-orang besar politik dunia hanya dengan mengahwinkan anak-anak perempuan cantik mereka. [4] Yahudi akan mempunyai pasukan tentera yang ramai. Ini jelas di dalam tafsiran ayat (أَكْثَرَ‌ نَفِيرً‌ا) yang ditafsirkan oleh setengah Ulama’ dengan makna pasukan tentera. Pada hari ini kita telah melihat bagaimana kelengkapan persenjataan ketenteraan yang terdapat pada askar-askar Yahudi, ditambah pula dengan sokongan oleh Barat terutamanya Amerika dan selainnya. Semuanya ini menunjukkan bahawa mereka sudah mula mempunyai kekuatan ketenteraan berbeza dengan sejarah kaum Yahudi sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki yang tidak pernah mempunyai sebarang kekuatan dari sudut ketenteraan. Kejayaan yahudi dalam menguasai ekonomi, ketenteraan dan system maklumat kerana bergerak atas dasar organisasi tersusun sedangkan umat Islam dipecahkan sehingga diambil peluang oleh musuh untuk terus menjajah kita Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang mulia, di bulan Syawal yang mulia ini Di Rumah Allah yang mulia ini maka kita mengutuk tindakan kejam zionis yahudi yang terus membedil Gaza, pembantaian skala besar dihadapkan kepada umat Islam Palestin yang berjuang untuk membebaskan al-Quds. Bedilan udara zionis meratah jasad manusia yang tak berdosa terutama orang tua dan kana-kanak. Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah. Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْخَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ: Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ