أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Selamat Datang
Isnin, 10 Mei 2021
Khutbah Aidil Fitri 1442H
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 39-40 surah an-Hijr :
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩﴾ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ ﴿٤٠﴾
Maksudnya : “Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Oleh kerana Engkau telah menghukum daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan menghias dan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Hakikat Aidil Fitri adalah perayaan kemenangan iman dan ilmu atas nafsu di medan jihad Ramadhan. Setelah berhasill menundukkan nafsu, kita dapat kembali ke fitrah kejadian kita ialah sebagai hamba bertaqwa yang tunduk patuh kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan. Jika ketika menunakan ibadat puasa Ramadhan kita mesti berilmu bagi memastikan puasa kita diterima oleh Allah maka begitulah ketika menyambut Aidilfitri maka mesti berdasarkan ilmu agar pematuhan adab dan batasan yang telah ditetapkan oleh Allah dan ditunjuk oleh nabi s.a.w dalam berhari raya dijaga serta tidak menurut hawa nafsu seperti berpakaian mendedah aurat, pergaulan bebas, pembaziran, hiburan yang melalaikan.
Kita merayakan Aidil Fitri dalam keadaan merdeka atau bebas daripada 2 penjajahan besar iaitu [1] Penjajah Syaitan di mana sebagai seteru terbesar manusia, kerjanya sentiasa mengajak manusia kepada mendurhakai Allah sebagaimana janjinya kepada Tuhan dalam ayat 39-40 surah al-Hijr yang dibaca awal khutbah tadi
Pada 1 Syawal ini, tanyalah kepada diri kita, sudahkah diri ini berjaya melepaskan diri dari menjadi hamba kepada Syaitan? Sudahkah kita berjaya mempertahankan kemuliaan diri sebagai manusia daripada dijajah oleh Syaitan,? Perhatikanlah perbuatan seharian kita, berapakah yang menurut seruan Allah, berapakah yang menurut seruan Syaitan? Jika Syaitan bukan lagi pemegang remote control kehidupan kita, maka layaklah untuk kita bergembira di Syawal ini. Berbahagialah hamba Allah yang sudah tidak lagi dijajah oleh syaitan.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 23 surah al-Jaathiyah :
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ﴿٢٣﴾
Maksudnya : Apakah engkau tidak melihat keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: sebagai Tuhan yang diutamakan dan dipatuhinya, lalu dia disesatkan oleh Allah biar pun dalam keadaan dirinya berilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf?
Syukur atas hari raya juga akan lebih bermakna bila kita mampu memerdekakan diri daripada penjahan kedua iaitu hawa nafsu. Cara kita menyambut perayaan ini sebenarnya adalah satu lambang terhadap siapakah diri kita yang sebenarnya. Samada seorang yang benar-benar menjadi hamba Allah atau sekadar menjadi hamba kepada Ramadan sebagaimana ungkapan Hukama’ :
Tidaklah seseorang itu bergembira tanpa mengingati Allah melainkan dia sebenarnya telah dilupakan oleh Allah swt. Seorang yang lalai akan bergembira dengan hawa nafsu mereka sedangkan seorang yang berakal akan gembira ketika mana dia semakin dekat kepada Allah.
5 Tips dalam mengawal nafsu sebagaimana yang dinukil oleh Imam a-Ghazali :
[1] Tazkiyyah al-Nafs iaitu suatu usaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan diri seseorang dari sifat-sifat buruk dan keji (mazmumah) yang menjadi satu rintangan kepada penyuburan akhlak mulia (mahmudah)
[2] Mujahadah iaitu bersungguh dalam melawan hawa nafsu dengan menggunakan ilmu pengetahuan dan mengendalikan secara berhikmah dengan ditambah dengan tahap kesabaran yang tinggi. Ibnu Ata’illah menegaskan dalam kalam hikmahnya, : “Apabila Allah berkehendak memenangkan seseorang hamba-Nya maka Allah akan membantunya dengan diberi-Nya bantuan tentera yang terdiri daripada berbagai-bagai cahaya hidayah yang langsung masuk ke dalam hati dan Allah juga akan melemahkan nafsu dan syaitan dengan menjauhkan daripada ruang hatinya berbagai-bagai kegelapan dan berbagai-bagai pengaruh makhluk”.
[3] Melazimi atau membiasakan amalan kebaikan secara istiqamah dan berterusan supaya menjadi kebiasaan dalam kehidupan termasuk amalan baik yang kita buat pada bulan Ramadhan lalu dapat diteruskan dalam 11 bulan selepasnya
[4] Melakukan sesuatu bertentangan dengan sifat mazmumah iaitu dengan cara sentiasa bersabar daripada terjerumus untuk melakukan perkara mazmumah seperti marah, khianat, sombong dengan melakukan sifat mahmudah seperti sabar, amanah dan rendah diri
[5] Muraqabatullah iaitu yakin bahawa pengawasan diri terhadap Allah dengan merasakan diri diawasi oleh Allah dan menumpukan perhatian yang bersungguh-sungguh kepada-Nya
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 33 surah Al-Anfal:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ ﴿٤٥﴾
Maksudnya : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
Ini merupakan tahun kedua kita menyambut hari raya dalam suasana berdepan dengan musibah covid -19. Musibah yang menimpa memerlukan jiwa yang kental agar tidak menjadikan kita sebagai umat yang putus asa dan malas berusaha untuk keluar daripada masalah yang dihadapi. Ramai yang tertekan jiwanya termasuk menyambut hari raya tidak sebagaimana kebiasaan jauh daripada ibubapa atau anak-anak serta sanak saudara. Jangan berhenti dalam memohon kepada Allah agar dihilangkan wabak merbahaya ini dengan memperbanyakkan solat dan doa kepada Allah serta istighfar dan taubat. Kita juga mendesak agar kerajaan mengawal selia rancangan TV, radio dan media massa agar lebih patuhi syariah supaya rakyat tidak terus hanyut dengan maksiat ketika gelombang musibah sedang melanda.
Suatu pesanan indah daripada Sheikh Sya’rawi tentang bala ujian
“Sungguh, seseorang hamba itu akan sentiasa lupa kepada Allah sehingga Allah hantar bala kepadanya supaya dia kembali ingat dan cinta kepada Allah, lalu Allah pun mencintainya. Maka ketika itu, bala yang ditimpanya akan diangkat kembali dan Allah akan mengurniakan kepadanya rezeki yang melimpah”
Firman Allah dalam ayat 33 surah Al-Anfal:
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿٣٣﴾
Maksudnya : Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).
Hanya golongan yang selalu membiasakan diri dengan zikrullah akan terselamat dan mampu berhadapan dengan cabaran getir itu. Sememangnya dengan melazimi zikir, ia secara langsung dapat menjadikan badan kita kuat dan cergas. Hal ini dibuktikan melalui sebuah riwayat hadis daripada Sayyidina Ali bin Abi Thalib R.A apabila Fatimah R.Anha mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa tangannya alami kecederaan dan beliau menginginkan seorang hamba untuk membantu. Lalu Nabi SAW mengajar zikir yang dapat memberi kekuatan kepada mereka dengan bersabda:
أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ
Maksudnya: “Tidakkah kamu berdua mahu aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang hamba? Maka apabila kamu berdua mendatangi tilam atau dalam keadaan kamu berdua berbaring untuk tidur, bertakbirlah sebanyak 33 kali, bertasbihlah sebanyak 33 kali dan bertahmidlah sebanyak 33 kali. Hal ini adalah lebih baik untuk kamu berdua berbanding bantuan seorang hamba”. (Riwayat Al-Bukhari)
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
قَالَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلَاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنْ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوا لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا – رواه البخاري
Maksudnya : “Perumpamaan orang yang mematuhi dan melanggar batas-batas hukum Allah adalah seperti suatu kaum yang mengundi untuk menentukan kedudukan masing-masing yang belayar di dalam sebuah kapal. Sebahagian mereka mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah. Apabila mereka yang berada di bahagian bawah ingin mendapatkan air, mereka melalui tempat orang yang berada di bahagian atas. Lalu mereka berkata sesama mereka: “Jika kita menebuk lubang tempat kita ini, nescaya kita tidak akan mengganggu orang yang berada di atas. Sekiranya orang yang berada di atas membiarkan saja apa yang dilakukan orang yang di bawah itu maka mereka semua akan binasa. Namun jika mereka mencegah dengan tangan mereka maka mereka akan selamat semuanya”.
Ketika berdepan dengan musibah covid-19 ini kita wajib memperkasakan kerja menyuruh umat kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran kerana ini antara usaha dalam menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Nabi s.a.w mengibaratkan kita seperti penumpang sebuah kapal di mana jika dibiarkan penumpang sebelah bawah menebuk lubang lantai kapal maka semua penumpang samada yang di atas atau yang di bawah bakal karam bersama. Begitulah juga dalam menangani masalah covid-19 di mana jika hanya setengah pihak seperti barisan hadapan sahaja yang bersungguh menyekat penularan wabak berjangkit ini sedangkan ramai pihak lain tidak mahu mematuhi SOP yang ditetapkan maka penyakit ini semakin merebak
Apa yang lebih malang apabila virus berita palsu lebih banyak tersebar sehingga meracuni masyarakat yang menyebabkan suasana semakin bercelaru. Zaman kini, posting dan penulisan dalam media sosial juga termasuk dalam kategori ‘perkataan’ yang jika baik posting tersebut, maka akan beroleh pahala. Sebaliknya jika posting yang berniat jahat maka ia sama seperti ucapan khianat yang mendapat dosa dan seksa. Ingatlah kita bahawa malaikat Raqib dan Atid tidak pernah pencen dan rehat daripada menulis pahala dan dosa kita. Nabi SAW telah memberi peringatan agar tidak bercakap dalam perkara yang tidak diketahui kebenarannya melalui sabdanya:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِق– رواه البخاري
Maksudnya : “Seorang hamba itu apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur.”
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman dalam ayat 46 Surah al-Anfal:
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾
Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat dalam menyemarakkan semangat jihad dan menambah keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi sebagaimana kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam dalam peperangan Ahzab atau Khandak. Laungan kemenangan ini bukan slogan kosong malah wajib dihayati dalam mengembalikan semula kehebatan dan kemuliaan umat Islam. Oleh itu wajib diubati virus hilangnya kepercayaan dalam diri umat Islam sendiri terhadap keunggulan syariat Islam. Kejayaan umat Isllam silam dianggap nostalgia indah yang menjadi dongeng turun temurun. Seolah ia tak punya hubungan dengan kehidupan sekarang. Akhirnya muncul golongan mengaku beriman dengan al-Quran tetapi masih ragu-ragu dengan kelengkapan ajarannya. Syariat Islam menjadi asing di tengah masyarakat Muslim. Sebahagian kita menjadi silau dengan segala budaya dan ilmu pengetahuan yang datang dari Barat dan di luar Islam. Parahnya lagi ada yang sampai membenci agama sendiri yang dianggap ajaran kolot, menyekat kebebasan dan punca kemunduran. Memahami dengan bahayanya virus ini maka kita wajib mengubatinya segera secara bersungguh-sungguh dalam mengembalikan semula kegemilangan umat Islam antaranya dengan menyuntik 3 vaksin utama:
[1] Pemerkasaan ilmu kerana dengan ilmu, adab seorang Muslim juga mampu terjaga. Seseorang berilmu makin mengenal siapa dirinya dan mengetahui hak dan kewajibannya sebagai hamba Allah dan menjadi khalifah yang bertugas mengurus kemaslahatan di muka bumi.
[2] Membangun iman yang mendalam di mana Memahami syariat Islam dengan baik menjadi tidak bermakna tanpa adanya iman. Iman adalah bekal untuk menggapai keredhaan dan pengakuan Allah serta jaminan keselamatan dunia dan akhirat
[3] Membangun ukhuwah tali persaudaraan atas dasar iman yang kukuh. Kelonggaran ukhuwah di kalangan umat Islam telah membuka ruang besar bagi musuh-musuh Islam untuk memecahbelahkan umat Islam. Sebahagian kita terus sibuk berbalah sesama sendiri sedangkan di luar sana musuh-musuh Islam bertepuk riuh dengan keadaan ini
Semoga tarbiah Ramadhan dan semangat Syawal mampu menyatukan kita atas dasar iman seterusnya bergerak seiring sekata sehati sejiwa dalam mengembalikan semula kehebatan Islam Islam serta menjulang kegemilangan umat. Islamlah nescaya kita selamat dan Berjaya dunia dan akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 78 Surah al-Maidah :
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿٧٨﴾
Maksudnya : Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Ibadat solat berjemaah, puasa dan zakat banyak mengajar kita tentang kepentingan hidup secara berjemaah dan mengambil berat tentang penderitaan umat Islam yang lain. Islam agama sejagat yang tidak terbatas kepada bangsa atau Negara tertentu sahaja. Ruh kesejagatan Islam ini wajib dihayati agar penderitaan umat Islam seperti di Myanmar, Syria dan Negara lain dapat diberi perhatian dan bantuan sewajarnya. Kita mengutuk tentera rejim zionis Israel yang bertindak biadab dengan melemparkan bom tangan dan bom asap, malah melakukan serangan dengan menembak para jemaah di dalam Masjid al-Aqsa menggunakan peluru getah sehingga mencederakan lebih 178 orang rakyat Palestin. Tindakan tidak berperikemanusiaan dan menambah luka umat Islam tatkala sedang menunaikan solat dan beribadat di penghujung Ramadhan baru lalu.
Ketika mengkaji bagaimana sebuah negara penjajah bernama Israel yang penduduknya datang dari 150 negara lain diikat untuk cinta dan setia kepada negara mereka serta mempertahankannya dengan jiwa raga mereka walaupun mereka adalah bukan penduduk asal tempat itu. Ada 4 ikatan yang disemat kemas dalam jiwa zionis Yahudi ini iaitu : [1] Ikatan agama di mana tiada ikatan yang dapat mewujudkan kasih sayang dan kesetiaan yang lebih kuat daripada agama. Perkataan Zion didakwa disebut dalam Taurat sebanyak 809 kali dan apabila negara itu dibentuk pada 1948, seluruh penduduk Yahudi digesa kembali ke Israel atau Judea dan Samaria untuk menjadi pusat agama dan bangsa Yahudi semula selepas mereka hilang kekuasaan ribuan tahun dahulu akibat dijajah Rom. [2] Kewajipan berkhidmat dalam tentera di mana anak menteri sehinggalah anak petugas kebersihan, lelaki dan perempuan diwajibkan berkhidmat dalam tentera selama 2 hingga 2 tahun setengah.
Yang dapat lari dari khidmat wajib tentera ini hanya golongan ortodoks Yahudi yang belajar di sekolah agama mereka. [3] Media di mana majoriti penduduk hanya mendengar berita dari dalam negara. Ini bermakna penduduk Israel adalah penduduk yang tertutup dan media mampu memainkan peranannya membentuk pemikiran masyarakat. Walaupun media di Israel jauh lebih bebas dan telus berbanding kebanyakan negara Islam, tetapi ia memainkan peranan cukup penting dalam memastikan penduduk sentiasa berada dalam keadaan waspada dan sensitif kepada keselamatan Israel. [4] penduduk Israel diikat dengan institusi pendidikan di mana Bahasa Hebrew menjadi bahasa asas.
Jika Israel dengan ikutan agama dan negara palsu yang dicipta pun mampu menyatukan anak bangsanya, sepatutnya umat Islam yang diikat dengan agama yang lurus serta kesatuan ummah perlu berasa insaf dan tidak berpecah belah kerana kepentingan kuasa dan tipu daya dunia.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira terutama yang terkesan teruk sepanjang musibah wabak covid-19. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.
Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit berjangkit covid 19, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-doa kami, kedua ibu bapa kami,adik beradik kami, anak-anak kami dan seluruh keluarga kami . Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah, Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa, Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini, Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami, Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Angkatkan musibah ini dari kami dan pulihkan kembali keadaan ekonomi, sosial, pengajian, keselamatan dan permudahkan untuk kami menyuburkan masjid dan surau sebagaimana biasa. Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti
اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Khamis, 6 Mei 2021
Lailatul Qadar DiDamba Al-Quran DiLaksana Umat Berjaya
الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar :
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?. ( Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Kini kita telah berada pada hari Jumaat terakhir bagi bulan Ramadhan 1442H yang memberi isyarat jelas supaya kita semakin bersemangat dalam menambahkan bekalan akhirat pada saat yang begitu berharga ini terutama salah suatu malamnya akan ada Lailatul Qadar yang beribadat padanya lebih baik daripada 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan. Walau pun masih berada dalam keadaan wabak Covid-19 yang belum reda sepenuhnya lagi namun ia bukan penghalang dalam melipat ganda amalan soleh terutama dalam mendapat kelebihan Lailatul Qadar. Kita jangan hilang fokus dan tumpuan bila berada di akhir Ramadhan sebaliknya amalan soleh kita termasuk solat berjemaah, iktikaf di masjid, membaca al-Quran, bersedekah terus dijaga dan ditambah. Jangan biarkan persiapan menyambut hari raya mengganggu tumpuan kita dalam mengejar Lailatul qadar bagi menjamin hari raya yang lebih hebat dalam Syurga Allah di akhirat nanti
قال الرسول : “تحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فيِ الوِتْرِ مِنَ العَشِر الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ” – رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar pada bilangan ganjil pada 10 malam terakhir daripada Ramadhan
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قال الرسول : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ -– رواه البخاري ومسلم.
Maksudnya : Sesiapa yang bangun beribadat pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu
Antara hikmat disembunyikan Lailatul Qadar menurut Imam al-Razi seorang ahli tafsir terkenal ialah yang Pertama : Agar umat Islam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja. Kedua : Bimbang umat Islam tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat walau pun telah ditetapkan malam tertentu atau pun dia melakukan maksiat pada malam itu sehingga mendapat kemurkaan Allah kerana berbuat maksiat dalam keadaan tahu lebih besar dosanya. Ketiga : Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu. Keempat : Melahirkan umat yang menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan Lailatul Qadar sehingga meningkat amal solehnya.
Antara tanda Lailatul Qadar sebagaimana yang dijelaskan oleh nabi s.a.w
. صَبِيْحَةُ لَيْلَةِ الْقَدْرِ تَطْلُعُ الشَمسُ لاَ شعاع لَهَا، كَاَنَهَا طَشْتٌ حَتَّى تَرْتَفَعُ “
Maksudnya : Pagi hari Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan cahayanya seperti mendung hingga meninggi
. أَيُكُم يَذْكُرُ حِيْنَ طَلَعَ الْقَمَرُ، وَهُوَ مِشْلُ شِقِّ جَفْنَةٍ “
Maksudnya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah (setengah bekas)
فِيْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ: لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلْقَةٌ لاَ حَارَّةَ وَلاَ بَارِدَةَ, تُصْبِحُ شَمْسُهَا صَبِيْحَتُهَا صَفِيْقَةً حَمْرَاءَ
Maksudnya : “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan”
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 9-10 surah as-Syamsu :
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dalam menghidupkan saki baki Ramadhan yang masih ada dengan pelbagai amalan soleh. Jangan biarkan hanya pada awal Ramadhan sahaja kita bersemangat tetapi akhir Ramadhan kita bagaikan hilang tenaga dan lemah semangat untuk meneruskan kebaikan. Ingatlah kita bahawa selagi kita masih bernafas maka usaha dalam beramal ibadat serta menjauhi maksiat terus berjalan tanpa mengenal erti penat lelah, usia, masa dan tempat
وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ - رواه البخاري
Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.”
Az-Zarqoni di dalam Syarah Al-Muwaththo’ menerangkan makna hadits tersebut dengan mengatakan, “Bahwasanya nasib seseorang sangat ditentukan oleh amalan terakhirnya, dan dengan amalan terakhirnya itu ia akan diberi balasan oleh Allah. Sesiapa yg berpindah dari perbuatan buruk kepada perbuatan baik, maka dia dianggap sebagai orang yg bertaubat kepada Allah. Manakala sesiapa yg berubah dari keimanan menuju kekufuran, maka dia dianggap sebagai orang yg murtad sehingga segala pahala amalan solehnya menjadi debu.
Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqolani pula membawa makna hadits tersebut kepada siapa saja yang beramal soleh namun dengan niat riya’ dan atas dasar kemunafikan, maka dia akan mengakhiri hidupnya dengan keburukan. Ini dapat difahami melalui suatu hadis yang lain pula
لَا عَلَيْكُمْ أَنْ لَا تَعْجَبُوا بِأَحَدٍ حَتَّى تَنْظُرُوا بِمَ يُخْتَمُ لَهُ فَإِنَّ الْعَامِلَ يَعْمَلُ زَمَانًا مِنْ عُمْرِهِ أَوْ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ صَالِحٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلًا سَيِّئًا وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ الْبُرْهَةَ مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ سَيِّئٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ النَّارَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلًا صَالِحًا وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَبْلَ مَوْتِهِ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ
Maksudnya : Janganlah kalian merasa kagum dengan seseorang hingga kalian dapat melihat akhir dari amalnya,. Sesungguhnya ada seseorang selama beberapa waktu dari umurnya beramal dengan amal kebaikan, yang sekiranya ia meninggal pada saat itu, ia akan masuk ke dalam surga, namun ia berubah dan beramal dengan amal keburukan. Dan sungguh, ada seorang hamba selama beberapa waktu dari umurnya beramal dengan amal keburukan, yang sekiranya ia meninggal pada saat itu, ia akan masuk neraka, namun ia berubah dan beramal dengan amal kebaikan. Jika Allah menginginkan kebaikan atas seorang hamba maka Ia akan membuatnya beramal sebelum kematiannya, ” para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, bagaimana Allah membuatnya beramal?” baginda bersabda: “Memberinya taufik untuk beramal kebaikan, setelah itu Ia mewafatkannya.” (HR. Ahmad, Tirmidziy, Hakim)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”
Ramadhan dan al-Quran suatu yang berkait rapat terutama kewajipan berpuasa Ramadhan itu sendiri datang melalui al-Quran. Al-Quran merupakan pedoman yang berharga yang berkait dengan individu, masyarakat, negara, pemimpin, rakyat. Sistem Al-Quran merangkumi seluruh aspek kehidupan samada ibadat khusus, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Sempena berada pada bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran marilah kita sama-sama bersatu ke arah memartabatkan semula seluruh system Islam dalam kehidupan agar lahirnya masyarakat bertaqwa.
Secara umumnya al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya: [1] Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan pembalasan. [2] Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang da’if dan tertindas. [3] Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia. [4] Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita. [5] Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan. [6] Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan bekerjasama.
Malah keistimewaan Al-Quran juga ialah ia kitab merentasi zaman semuanya. Ia bermaksud kitab yang kekal yang bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi. Tetapi ia sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.
Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ia menjadi asas kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga usul tasyriq dan hukum hakam.
Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat
Sama-samalah kita membaca, memahami seterusnya menghayati isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian untuk berjaya dan mulia dunia akhirat
Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:
إِنَّ هٰذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ فَتَعَلَّمُوْا مَأْدُبَةَ اللهِ مَااسْتَطَعْـتُمْ. إِنَّ هٰذَاالْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنِ وَنُوْرٌ مُبِيْنٌ وَشِفَاءٌ نَافِعٌ وَعِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَمَنْجَاةٌ لِمَنِ اتَّبَعَهُ لاَيَعْوَجُ فَيُقَوَّمُ وَلاَيَزِيْغُ فَيَسْتَعْـتِبَ وَلاَتَنْقَضِى عَجَائِـبُهُ وَلَمْ يَخْلَقْ عَنْ كَثْرَةِ التِّرْدَادِ أُتْلُوْهُ فَإِنَّ اللهَ تَعَالىَ يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلاَوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَـنَاتٍ أَمَا إِنِّيْ لاَأَقُوْلُ آلمۤ عَشَرَةٌ وَلـٰـكِنَّ اْلأَلِفَ عَشَرَةٌ وَاللاَّمَ عَشَرَةٌ وَالْمِيْمَ عَشَرَةٌ
Maksudnya: “Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:Khutbah Baru
Bulan dan Peristiwa,
Ramadhan dan al-Quran
Khamis, 15 April 2021
Khutbah Jumaat : Ramadhan DiRai Islam DiIkuti Umat DiBerkati
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Alhamdulillah rasa syukur kita sama-sama panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat Ramadhan di mana kini telah masuk hari ke-4 kita berpuasa Ramadhan bagi tahun 1442H. Ketibaan Ramadhan kali ini dalam suasana wabak covid-19 yang masih belum pulih malah berlakunya peningkatan kes harian merupakan suatu peringatan agar kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mematuhi SOP yang ditetapkan disamping menggunakan sebaik mungkin ketibaan Ramadhan sebagai bulan maqbulnya doa untuk sama-sama memohon kepada Allah agar musibah ini dihilangkan segera
Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Antaranya : [1] Saiyidus Syuhur iaitu Penghulu sekalian bulan yang terhimpun di dalamnya beberapa ibadah utama seperti ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih serta anugerah malam Lailatul Qadar. [2] Syahrul Syiam iaitu Bulan Puasa [3] Syahrul Quran iaitu Bulan diturunkan Quran yang merupakan mukjizat terbesar kepada nabi Muhammad s.a.w [4] Syahrul Sabr iaitu Bulan Kesabaran di mana Ibadah puasa dan sifat sabar punya hubungan yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar [5] Syahrul Rahmah iaitu Bulan Kerahmatan [6] Syahrul Magfirah iaitu Bulan Keampunan [7] Syahrul Najah iaitu Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka [8]. Syahrul Jud iaitu Bulan Murah hati [9] Syahrul Barakah - Bulan Keberkatan
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 40-41 surah an-Nazi’at :
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾
Maksudnya : Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ ، وَمَرَدَةُ الْجِنِّ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ ، وَفُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجِنَانِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ ، وَنَادَى مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ – رواه الترمذي
Maksudnya : Apabila tiba malam pertama di Bulan Ramadhan, maka akan diikatlah sekalian syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka tanpa dibukakan satupun, dan dibuka pintu-pintu syurga tanpa ditutup satupun, dan akan ada penyeru yang menyeru pada setiap malam: “Wahai orang yang inginkan kebaikan, marilah, dan wahai orang yang ingin melakukan keburukan, hentikanlah”, dan bagi Allah akan ada golongan yang dimerdekakan dari api neraka,
Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang mukmin dari kalangan umat ini berpuasa, iaitu menahan diri dari makan, minum dan sebarang perkara yang membatalkan puasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Kewajipan puasa bukan hanya diwajibkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w sahaja malah Umat-umat sebelum kita juga telah diwajibkan berpuasa. Puasa termasuk syari'at yang tidak dimansukh atau dibatalkan kerana maslahatnya yang begitu besar bagi manusia. Ia masih terus berlangsung sejak zaman Nabi Nuh a.s., sehinggalah ke zaman umat nabi Muhammad s.a.w
Dengan demikian, kita mempunyai teladan dalam melaksanakan kewajipan berpuasa. Hal ini memberikan semangat kepadakita dalam menunaikan kewajiban ini dengan lebih sempurna berbanding orang-orang sebelum kita. Puasa dapat membersihkan, menyucikan dan membebaskan jiwa dan tubuh dari unsur yang buruk dan akhlak-akhlak yang rendah. Puasa merupakan sebab terbesar untuk memperoleh ketakwaan. Di dalam puasa seseorang meninggalkan hal-hal yang disukainya seperti makan, minum dan sebagainya. Apabila dia dihadapkan perbuatan maksiat yang disukai hawa nafsunya, maka dia mampu menahan dirinya. Puasa merupakan perisai bagi seseorang dari perbuatan maksiat. Puasa dapat melemahkan syahwat yang menjadi sumber maksiat.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 9-10 surah as-Syamsu :
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Orang yang berpuasa biasanya banyak menjalankan ketaatan dan maksiatnya berkurang. Orang yang berpuasa melatih dirinya agar merasa diawasi Allah s.w.t. Ketika puasa, ia meninggalkan apa yang diinginkan oleh hawa nafsunya padahal dia mampu kerana mengetahui bahawa dirinya diawasi Allah s.w.t. Orang yang kaya ketika merasakan pedihnya rasa lapar, membuat dirinya merasakan derita orang-orang fakir dan miskin. Hal ini akan membuatnya ingin bersedekah kerana telah merasakan derita orang-orang fakir dan miskin. Ibadat puasa mampu melahirkan sifat kasih sayang dan perihatin
Kelebihan Puasa juga mempersempitkan jalan-jalan atau ruang gerak syaitan, iaitu tempat peredaran darah. Daripada Sofiyyah binti Huyay R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ - رواه البخاري
Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melaui saluran darah.”
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
الشَّيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ ، فَإِذَا ذَكَرَ اللهَ خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ- رواه البخاري
Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’ :
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا ﴿٨٢﴾
Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua
Ramadhan dan al-Quran tidak boleh dipisahkan. Begitulah tanggungjawab kita kepada al-Quran bukan sahaja untuk membaca malah memahami seterusnya melaksanakan segala kandungan isinya. Kita yakin hanya dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan utama termasuk dalam ibadat, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya sahaja yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat. Oleh itu kita memberi nasihat kepada kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 agar menelusuri sejarah kejayaan negara Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Islam. Kita minta supaya dia baca sejarah tamadun Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Banyak bukti di negara-negara dunia Islam bagaimana kehebatan tamadun Islam yang begitu hebat zaman dahulu. Kita kena tengok Islam bangkit pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri yang pada ketika itu zaman jahiliah. Pada masa itu, manusia sangat mengagumi dengan kerajaan Rom dan Parsi sehingga mengatakan tidak ada zaman yang boleh menandingi kehebatan kedua-dua negara tersebut. Tetapi ternyata tanggapan itu meleset apabila Islam berjaya membuktikan kejayaan negara Islam yang jauh lebih bertamadun melalui agenda dan pembangunan Islam yang dibina oleh Rasulullah dan para sahabat ketika zaman kerajaan jahiliah di Semenanjung Tanah Arab
Kenyataan kumpulan G25 sesuatu yang dangkal serta tidak berilmiah apabila mendakwa pemerkasaan undang-undang Islam akan memberi impak negatif terhadap kelangsungan ekonomi negara, khususnya sentimen pelabur. Kita yakin pemerkasaan undang-undang Islam mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih baik bahkan menjadi negara tumpuan para pelabur asing berikutan nama baik negara yang tiada rekod ‘jenayah’ apabila RUU ini dilaksanakan. Apabila dasar-dasar kebaikan yang ada di dalam Islam termasuk pengagihan ekonomi akan berlaku dengan baik. Tidak akan berlaku isu kebocoran, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa sekiranya ia dilakukan. Bila negara ini baik maka ia pasti menarik lebih ramai pelabur untuk masuk melabur.
Ismlah nescaya kita berjaya dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 49 surah al-Maidah’ :
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾
Maksudnya : Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:Khutbah Baru
Bulan dan Peristiwa,
Kepimpinan Islam,
Ramadhan dan al-Quran
Khutbah Jumaat : Ibadat DiGandai Maksiat DiHindari Ramadhan DiRai
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Kini kita berada pada hari Jumaat terakhir bulan Sya’aban 1442H di mana kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan beberapa hari lGI. Terdapat 2 sikap orang dalam menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan ini iaitu [1] orang yang bergembira dan suka cita dalam menyambut bulan Ramadhan kerana ia bulan yang anugerahkan oleh Allah untuk menambah pahala dan bertaubat dari semua dosa. Ramadhan adalah bulan bonus dimana Allah melipatgandakan pahala amal kebaikan. Maka segala sesuatu persiapan terutama ilmu, fizikal, rohani, harta dipersiapkan untuk menyambut dan mengisi Ramadhan. Begitu juga dikatakan ramai dikalangan salaf al-soleh berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”
Diriwayatkan oleh al-Tabarani
Sedangkan golongan ke-[2] menyambut Ramadhan dengan sikap yang dingin. Baginya, Ramadhan tidak ada beza dengan bulan-bulan lain. Orang seperti ini tidak mampu memanfaatkan Ramadhan untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Dosa dan kesalahan tidak membuatnya risau dan gelisah hingga tak ada upaya maksima untuk menghapusnya dan menjadikan Ramadhan sebagai momentum untuk kembali kepada Allah. Bahkan, dia menyambut Ramadhan dengan kebencian kerana pada perasaannya Ramadhan menyekatnya daripada melakukan dosa dan kemaksiatan, sebagaimana yang dilakukannya di bulan-bulan lain. Hatinya tertutup dan penuh benci kepada kebaikan.
Nabi s.a.w membayangkan bagaimana golongan munafiq merasa gelisah, buntu dengan Ramadhan. Maka benarlah sabda Nabi ﷺ :
أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللهِ، مَا مَرَّ بِالْمُؤْمِنِينَ شَهْرٌ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَلَا بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ شَرٌّ لَهُمْ مِنْهُ، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ
Maksudnya: “Allah SWT naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah ﷺ bersumpah: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah ﷻ menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan.”
Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya & Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 100 surah al-Maidah :
قُل لَّا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚفَاتَّقُوا اللَّـهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿١٠٠﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
Kita akan memasuki bulan Ramadan. Bulan yang penuh barakah, rahmat dan keampunan. Bagi memasuki bulan ini, terdapat tiga bekalan sebagai persiapan menyambut kedatangan bulan ini.
Pertama: Bekalan ilmu di mana dalam melaksanakan ibadat, setiap Muslim perlu memiliki ilmu agar ibadah yang dilaksanakan, betul, benar dan diterima. Dengan ilmu kita mengetahui syarat dan rukun, sah atau batal, sempurna juga makruh sesuatu amal perbuatan. Khalifah bin Abdul Aziz berkata,
مَنْ عَبَدَ اللهَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ مَا يُفْسِدُ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلِحُ
Barang siapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerusakan daripada mendatangkan kebaikan.
Dengan berilmu, ibadah kita menjadi lebih baik dan di terima oleh Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 31 surah al-Nuur :
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)
“Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung
Bagian dari kesadaran bahwa kita semua adalah pendosa, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ
كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُون
“Setiap keturunan Adam itu banyak melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat.” (Hasan. HR. Tirmidzi: 2499)
Kedua: Memperbanyakkan Taubat di mana Sebelum memasuki bulan ramadan, perbanyakanlah taubat dan istighfar. Semoga di bulan ramadan kita boleh menjadi lebih baik. Keburukan dan perbuatan dosa terdahulu hendaklah kita tinggalkan dan diganti dengan amal kebaikan di bulan Ramadan. Untuk itu:
a. Hindari segala perbuatan dosa
b. Menyesali perbuatan dosa yang telah lalu.
c. Bertekad tidak melakukannya lagi pada masa akan datang.
Jika dosa tersebut berkaitan dengan hak sesama manusia, maka ia perlu menyelesaikannya. Jika berkaitan dengan harta, maka ia perlu mengembalikannya, jika berkaitan dengan maruah diri, ia perlu memohon maaf kepadanya.
Imam Hasan Basri menyatakan antara bala kepada pelaku maksiat ialah hilangnya semangat untuk beribadat, hilang gerun kepada Allah Ketika melakukan maksiat
Perbanyakkan doa untuk meminta segala ampunan dari Allah antaranya:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى خَطِيئَتِى وَجَهْلِى وَإِسْرَافِى فِى أَمْرِى وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّى اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى جِدِّى وَهَزْلِى وَخَطَئِى وَعَمْدِى وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِى
Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku. Ya Allah, ampunilah aku, kesalahan yang ku perbuat sama ada yang bersungguh-sungguh mahupun tidak, dan ampunilah kesalahanku yang tidak sengaja mahu pun sengaja, dan ampunilah segala kesalahan yang aku lakukan. (HR. Bukhari no. 6398)
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 7 surah Ibrahim :
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”
Ketiga: Perbanyak Memohon Kemudahan Dari Allah di mana Sebagai makhluk yang lemah, kita hendaklah membanyakkan munajat kepada Allah agar dipermudahkan untuk menjalani ibadah di bulan Ramadan. Sama ada ibadat berpuasa di siang hari, mahupun melipat gandakan segala amalan lain sepanjang bulan Ramadan seperti solat-solat sunat siang dan malam hari, tilawah al-Quran, bersedekah dan sebagainya.
Antara doa yang boleh kita panjatkan untuk memohon kemudahan dari Allah adalah sebagai berikut:
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan. (HR Ibn Hibban No: 974)
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ
Ya Allah, aku memohon pada-Mu agar mudah melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. (HR. Tirmidzi no. 3233).
Semoga Allah menjadikan Ramadan kita pada tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَف الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ – رواه مسلم
Maksudnya : “Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan, satu kebaikan dibalas sepuluh sampai 700 kali ganda. Allah berfirman, ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya, sebab orang yang berpuasa itu telah meninggalkan syahwatnya dan makanannya karena Aku’. Dan bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan, yaitu kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu Rabb-Nya. Dan sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari aroma kasturi.”
Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk sama-sama dapat menemui Ramadhan dan diberikan oleh Allah kekuatan dan semangat dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan soleh kita sepanjang Ramadhan sehingga melahirkan kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Jadikan masjid tempat tumpuan, al-Quran sebagai bacaan, sedekah jadi amalan sepanjang Ramadhan sehingga kita lahir sebagai umat berjaya di dunia dan akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:Khutbah Baru
Bulan dan Peristiwa,
Kepimpinan Islam,
Ramadhan dan al-Quran
Selasa, 23 Mac 2021
Khutbah Jumaat : Nama Allah DiJaga Syariat DiPerkasa Umat Berjaya
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 7-8 surah al-Bayyinah:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ ﴿٧﴾جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ ﴿٨﴾
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
Kini kita berada pada minggu pertama bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Makna Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.
Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, membaca al-Quran, bersedekah dan memohon keampunan kepada Allah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-13 surah as-Syura :
وَلَوْ بَسَطَ اللَّـهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَـٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ ﴿٢٧﴾ وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُ ۚ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ ﴿٢٨﴾
Maksudnya: Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.
Kehidupan dunia ini pastinya dipenuhi dengan pelbagai ujian bagi menguji tahap keimanan kita. Ketika masih berdepan dengan ujian wabak covid 19 maka kebanyakan negeri pada hari ini sedang diuji dengan kemarau. Ini semua mengetuk hati kita supaya ingat bahawa setiap anugerah nikmat ini mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakannya dalam memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T paada setiap masa dan tempat. Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadap Allah S.W.T. Begitu juga dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit disebabkan umat manusia berusaha menjauhkan diri daripada jalan-jalan kesesatan yang memesongkan mereka daripada landasan Islam yang sebenar. Kita sentiasa berdoa agar rezeki yang diperolehi adalah suatu nikmat yang datang bersama dengan keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T sehingga kita mampu meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Disamping itu, kita juga sentiasa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T agar jangan jadikan rezeki yang diterima sebagai suatu pemberian yang tiada bersamanya keberkatan apatah lagi ia bertujuan untuk melalaikan kita daripada mendapatkan keredhaan Allah S.W.T sehingga menjadikan kita umat yang rugi di dunia dan akhirat
Sidang Jumaat yang dirberkati Allah S.W.T,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 surah al-Jin :
وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا ﴿١٦﴾
Maksudnya: Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka
Melihat kepada arahan dan amaran daripada Allah S.W.T dan rasulNya agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah dan menjauhi segala apa yang ditegah maka sepatutnya kita lebih sedar tentang kesalahan kita yang menyebabkan turunnya sesuatu bala’ daripada Allah S.W.T. Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan.
Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya kemenangan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Kita jangan takut untuk menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal mengundang bala’ dan bala’ apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan tertentu kepada pelakunya sahaja. Kita menyokong penuh tindakan tegas terhadap pemilik dan pengunjung kelab malam yang terus berdegil melanggar SOP Covid 19 dengan denda lebih berat bagi individu yang telah melakukan kesalahan memasuki pub atau kelab malam yang mana tidak dibenarkan oleh undang-undang akan dikenakan kompaun maksimum RM10,000. Manakala, bagi peniaga yang ingkar perintah membuka pub atau kelab malam akan dikenakan kompaun maksimum RM50,000 dianggap kesalahan kategori tinggi. Semoga antara hikmat Covid 19 yang menyebabkan 70 peratus kelab malam gulung tikar akan membuka jalan untuk menutup terus tempat maksiat yang merosakkan akhlak dan membawa pelbagai penyakit sosial dalam negara
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Kehangatan suhu dalam negara semakin bertambah dengan isu Keputusan terbaru yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain iaitu solat, Kaabah dan Baitullah dalam penerbitan agama mereka, untuk pendidikan dalam komuniti mereka mendapatkan reaksi hebat dari penganut Islam khususnya.
Secara asasnya, penggunaan kalimah Allah sejak dahulu di Tanah Arab sudah pun digunapakai oleh masyarakat Arab sebelum kebangkitan Rasulullah S.A.W. Malah kalimah Allah secara umumnya merujuk kepada nama Tuhan yang disembah. Namun pihak Musyrikin Makkah menggunakannya secara menyeleweng dengan mempersekutukan Allah dan mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak perempuan iaitu Malaikat.
Firman Allah S.W.T:dalam ayat 40 surah al-Isra’ :
(أَفَأَصۡفَىٰكُمۡ رَبُّكُم بِٱلۡبَنِینَ وَٱتَّخَذَ مِنَ الْمَلآئِكَةِ إِنَـٰثًاۚ إِنَّكُمۡ لَتَقُولُونَ قَوۡلًا عَظِیمࣰا
Maksudnya : Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.”
Begitu juga, dakwaan kalangan Yahudi dan Nasrani yang menetapkan kepercayaan dalam agama mereka bahawa Tuhan mempunyai anak. Dakwaan sebegini adalah menyeleweng ke atas penggunaan kalimah Allah dari maksudnya yang sebenarnya.
Firman Allah S.W.T: dalam ayat 30 surat at-Taubah :
(وَقَالَتِ ٱلۡیَهُودُ عُزَیۡرٌ ٱبۡنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَى ٱلۡمَسِیحُ ٱبۡنُ ٱللَّهِۖ ذَ ٰلِكَ قَوۡلُهُم بِأَفۡوَ ٰهِهِمۡۖ یُضَـٰهِـُٔونَ قَوۡلَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِن قَبۡلُۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۖ أَنَّىٰ یُؤۡفَكُونَ)
Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?”
Meletakkan maksud yang salah bagi kalimah Allah adalah satu kesalahan di sisi Islam kerana mencemarkan kemuliaan pada lafaz dan makna bagi kalimah Allah itu sendiri. Penyelewengan bagi kalimah Allah bukanlah satu perkara yang kecil malah ia merupakan kesalahan yang besar sehingga digambarkan oleh Allah akan kemarahan makhluk lain ke atas mereka yang menyeleweng tersebut.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Sehubungan itu, penggunaan kalimah Allah dalam buku penerbitan agama Kristian pastinya mamberikan maksud yang berbeza dengan tafsiran Islam berikutan dasar kepercayaan yang berbeza lagi bertentangan. Sedangkan kalimah Allah adalah bersifat eksklusif yang membezakan tafsiran kalimah Allah dari sudut kepercayaan musyrikin, Kristian dan selainnya.
Firman Allah S.W.T dalam 1-4 surah al-Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”
Kita memandang serius isu penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim berhubung keputusan oleh Mahkamah Tinggi tersebut. Secara asasnya, penggunaan kalimah Allah tanpa diseleweng maksudnya adalah dibenarkan. Dalam masa yang sama, perlunya tindakan tegas agar tidak ada sebarang usaha yang boleh membawa kecenderungan bagi menyeleweng kalimah Allah.
Sekalipun, kelulusan penggunaan tersebut secara khusus kepada penganut Kristian dan untuk kalangan mereka sahaja namun tiada jaminan perkara ini boleh terkawal apatah lagi asasnya penggunaan kalimah Allah dalam kitab penerbitan agama mereka sudah tidak menepati maksud sebenar bagi kalimah Allah tersebut.
Justeru, perlunya satu tindakan serius untuk menilai kembali keputusan ini agar dibawa ke peringkat yang lebih tinggi bagi memastikan kesucian kalimah Allah terpelihara dan tidak mengguris sensitiviti umat Islam di Malaysia ini. Kita menyokong penuh usaha kerajaan membuat rayuan bagi kes tersebut dan tidak sama sekali menarik balik Pekeliling KDN KKDN/S59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986 yang melarang penggunaan empat perkataan eksklusif untuk orang Islam iaitu kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat, untuk dilarang penggunaannya kepada bukan Islam. Sekalipun Mahkamah Tinggi memutuskan ianya tidak berperlembagaan, Kerajaan boleh memohon penangguhan pelaksanaan (stay of execution) bagi memastikan larangan dalam Pekeliling tersebut dikekalkan. Ini bagi memastikan ianya tidak diambil kesempatan oleh para Evangelis untuk menggerakkan dakyah mereka. Kita tidak sekali berundur yang menyebabkan bukan sahaja kalimah Allah disalahguna malah Islam akan dihina. Bersama kita Pertahan dan perjuangkan Isllam untuk Berjaya dunia akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:Khutbah Baru
Aqidah,
Bulan dan Peristiwa,
Kepimpinan Islam
Selasa, 16 Mac 2021
Khutbah Jumaat : Hayati Isra’ Mikraj Perkuat Syariat Sekat Murtad
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 60 surah al-Isra’ :
وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ ۚ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرًا ﴿٦٠﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.
Ketika membicarakan tentang mukjizat agong yang berlaku ke atas batang tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu Isra’ dan Mikraj maka di sana kita dapat lihat bagaimana kedudukan akal dalam Islam bukanlah mutlak kerana akal juga mempunyai kemampuan dan had tertentu sepertimana kemampuan mata, telinga yang juga mempunyai had masing-masing. Ada hal-hal tertentu yang tidak mampu difikirkan oleh akal seperti perkara-perkara ghaib , antaranya kewujudan syurga dan neraka, azab kubur dan peristiwa Isra’ Mikraj itu sendiri. Kita jangan terpengaruh dengan golongan Liberalisme yang tidak mahu akal terkongkong dengan panduan agama. Bagi puak Liberal, kongkongan agama ke atas pemikiran manusia menjadikan manusia itu umat yang mundur terkebelakang.
Kita yakinIslam tidak mengongkong akal berfikir sebaliknya Islam memimpin akal dengan menunjukkan cara berfikir yang selamat dan membawa kebaikan. Liberalisme hanya mahukan akal bebas daripada agama hingga dikongkong oleh nafsu dan emosi. Menjadikan kewarasan pertimbangan oleh akal tanpa memikirkan nasib keberuntungan di akhirat kelak. Sehubungan itu, Rasulullah S.A.W mendidik agar sesuatu bicara sekalipun pastikan ada nilai hubung kait dengan keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat42 surah at-Taubah:
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّـهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ﴿٤٢﴾
Maksudnya : Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
Antara perkara hebat yang dilalui oleh nabi Muhammad s.a.w semasa Isra Mikraj ialah bau harum daripada keluarga Masyitah penyikat puteri Firaun yang sanggup mati demi mempertahankan iman. Inilah lumrah perjuangan Islam yang pasti berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Islam tidak menjanjikan kemenangan mudah dan cepat malah perlu mengorbankan nyawa dan menumpahkan darah. Kenapa Allah jadikan perjuangan Islam ini lambat untuk mencapai kemenangan?, kerana didunia adalah tempat ujian, dunia adalah tempat cubaan, Allah hendak jadikan manusia beriman yang diuji , martabatnya tinggi pada hari kiamat kelak dengan balasan Syurga, berbeza dengan malaikat dan binatang yang tidak diuji . Tujuannya Allah hendak memberi pahala yang banyak kepada manusia. Dengan sebab itulah Allah tidak menjadikan kerja menegakkan Islam ini mudah iaitu hari ini buat esok terus dapat kemenangan yang segera.
Allah jadikan perjuangan Islam memakan masa yang lama, mengguna tenaga yang banyak, mengorban jiwa yang ramai serta harta benda yang banyak. Allah hendak tapis di kalangan kita siapakah yang benar-benar beriman, orang munafik dan orang kafir. Akan tiba masanya Allah beri kemenangan yang pasti mendapat pahala kepada kita. Maka kita terima apa jua keputusan yang dikurnia oleh Allah kepada kita
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Firman Allah dalam ayat 35 surah ar-Ra’du:
مَّثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۖ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ أُكُلُهَا دَائِمٌ وَظِلُّهَا ۚ تِلْكَ عُقْبَى الَّذِينَ اتَّقَوا ۖ وَّعُقْبَى الْكَافِرِينَ النَّارُ ﴿٣٥﴾
Maksudnya : Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah neraka.
Kisah Isra Mikraj yang mempelihatkan kepada nabi Muhammad s.a.w tentang Syurga dengan segala nikmatnya dan Neraka dengan segala azabnya menambahkan lagi keimanan kita bahawa kehidupan kita tidak berakhir dengan kematian. Bahkan kita bakal dihisab atas segala amalan kita di akhirat nanti bagi menentukan antara Syurga atau Neraka. Oleh itu kita merasa bimbang dengan beberapa isu yang melibatkan segelintir anggota masyarakat yang berbangga dan mempromosi maksiat di media sosial dan ada yang mengugut untuk murtad.
Kita wajib menangani virus merbahaya ini secara bersama antaranya : [1] Setiap individu hendaklah memberhentikan penyebaran klip video orang rosak akhlak dan masalah aqidah daripada ditularkan kepada orang lain kerana ianya membawa kepada tindakan mempromosikan beliau secara tidak langsung. [2] Membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menunjukkan kebencian terhadap perbuatan keji ini seperti laporan polis dan sebagainya yang difikirkan munasabah. [3] Bersama menyedarkan pemerintah, pihak berkuasa dan seluruh lapisan masyarakat bahawa memelihara agama (hifz ad-din) berada di carta terpenting berbanding dengan maqasid yang lain. [4] Tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat, para ibu bapa terhadap anak-anak, para guru terhadap anak didiknya, majikan terhadap pekerjanya perlu disedarkan dan dirasakan bahawa nilai Iman dan Islam adalah anugerah Allah SWT yang paling bernilai berbanding nilaian harta benda di dunia ini. [5] Menegaskan bahawa isu murtad bukanlah hak individu seperti yang difahami sesetengah pihak atas prinsip kebebasan beragama, malah isu murtad merupakan isu keselamatan di bawah tanggungjawab kerajaan.
Oleh yang demikian, diseru kepada segenap lapisan masyarakat Islam agar kecemburuan kita terhadap sesuatu yang merosakkan nilai agama dan kepercayaan hendaklah didahulukan tanpa menunggu angka yang banyak untuk bertindak. Marilah kita menyedari bahawa dewasa ini kita bukan sekadar menghadapi krisis keruntuhan akhlak, konflik politik dan perpecahan umat, kecuaian dalam beribadah, kelemahan meninggikan syiar Islam dan pembudayaan songsang tetapi kekhuatiran utama yang perlu disedari adalah permasalahan Iman dan kufur. Kealpaan, kecuaian dan sikap sambil lewa kita dalam memelihara agama menyebabkan umat dan negara bakal menuju kepada kehancuran
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 81 surah al-Isra’ :
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا ﴿٨١﴾
Maksudnya : Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Pada tarikh 3 Mac yang baru lalu kita mengingati ke-97 umat Islam hilang sebuah institusi yang memegang hegemoni dan kuasa politik dunia secara berpusat, iaitu sistem khalifah dengan jatuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pada 1924. Hilangnya sistem khilafah tersebut menjadi permulaan kepada siri-siri cengkaman kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Amerika dan sebagainya terhadap umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, Afrika dan sebahagian besar wilayah Asia. Negara kita tidak terkecuali terasa dengan penjajahan ini termasuk dari segi perundangan. Minggu lepas kita dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyebabkan satu kuasa Mahkamah Syariah dilucutkan. Disusuli pula dengan satu lagi enakmen lain yang dicabar iaitu enakmen tentang menghina mahkamah. Umat Islam marhaen seolah-olah tidak boleh berbuat apa-apa walaupun ada rakan-rakan peguam kita bermati-matian berlawan di mahkamah.
Kita seringkali lemah di mahkamah walaupun sistem perundangan kita sudah cantik, walaupun tidak sempurna. Apa yang diperuntukkan dalam sistem atas kertas pastinya rapuh jika mereka yang mengisinya tidak punyai ruh Islam kerana apa sahaja boleh diubah mengikut neraca sekular dan liberalisme agama. Itulah penting secara asasnya untuk setiap Muslim di Malaysia berpegang dan mempertahan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, maka semuanya perlu ke arah itu dan tiada ruang untuk elemen-elemen sekularisme dan liberalisme agama masuk dan menguasai negara. Jika tidak, mereka akan sentiasa gunakan hujah bahawa negara ini adalah sekular, maka segalanya terutamanya perundangan mesti ditafsir secara sekular.
Oleh itu ruh Islam dalam arus perdana, institusi-institusi Islam, pegangan ekonomi umat Islam dan sebagainya wajib dikuatkan kerana elemen-elemen inilah yang menguat dan menjadi ‘pendokong system’ secara langsung atau tidak langsung kepada kekuasaan politik Islam di Malaysia. Kecuaian terhadap elemen-elemen inilah yang menjatuhkan sistem khalifah, kerana ianya bukan jatuh begitu sahaja atau tiba-tiba. Ianya berpunca dari siri-siri perpecahan, kelemahan ekonomi umat, keruntuhan akhlak dan integriti, institusi-institusi Islam yang sudah rosak dan sebagainya.
Usaha secara segera dan bersungguh mesti dilakukan oleh pihak Kerajaan dalam memastikan kedudukan dan kedaulatan perundangan syariah, yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan tidak dicabar dan diperlekeh oleh pihak-pihak yang membawa ideologi Liberalisme dan Sekularisme dalam negara ini. Kita wajib bersatu dan bersungguh dalam memperkukuhkan sistem Islam dalam negara. Kesannya mungkin bukan hari ini, mungkin 100 tahun lagi. Kita semua sebagai umat Islam perlu bekerja untuk membina rangkaian tugas ini mengikut kapasiti dan bidang masing-masing. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khamis, 25 Februari 2021
Khutbah Jumaat : Israk Mikraj DiHayati, Riba dan LGBT DiTangani
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 36 surah at-Taubah :
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾
Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa
HARI ini kita sudah 14 hari berada dalam bulan Rejab yang merupakan antara 4 bulan haram selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sesungguhnya ketibaan bulan Rejab sebagai petanda betapa kita semakin menghampiri bulan yang paling mulia iaitu Ramadan al-Mubarak. Rejab ialah bulan yang mulia dan suci. Selain itu, terdapat juga maksud lain bagi Rejab iaitu kebesaran, rahmat, pemurah, kebajikan dan kerohanian. Seorang Ulama iaitu Abu Bakar al-Warraq RH berkata : “Rejab ialah bulan untuk bercucuk tanam, Syaaban pula bulan untuk menyiram tanaman dan Ramadan pula bulan untuk memungut hasil.”
Bulan haram bermaksud bulan yang mulia lagi dihormati. Pada bulan ini, mereka akan menangguhkan peperangan, perjalanan dan perniagaan lantaran bulan ini perlu diberi fokus untuk membanyakkan amalan yang mulia.
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan dalam kitab Fathul Bari bahawa pengharaman atau kemuliaan bulan Rejab berlaku disebabkan perselisihan masyarakat Arab dalam penentuan waktu peperangan. Apabila mereka ingin menangguhkan peperangan maka mereka akan mengharamkan bulan berkenaan sebagai tanda penghormatan.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui
Bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa besar terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj, Peperangan Tabuk tahun 9H serta kembali tertawannya bumi Palestin oleh Yahudi pada 15 Mei 1948 bersamaan 6 Rejab 1367H dengan penubuhan negara haram Israel selepas Palestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 27 Rejab 583 Hijrah bersamaan 2 Oktober 1187 Masihi. Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan iktibar yang mesti diambil dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun. Sayyidina Ali pernah mengingatkan kita : “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 50 surah at-Taubah :
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ ائْذَن لِّي وَلَا تَفْتِنِّي ۚ أَلَا فِي الْفِتْنَةِ سَقَطُوا ۗ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ ﴿٤٩﴾ إِن تُصِبْكَ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ ۖ وَإِن تُصِبْكَ مُصِيبَةٌ يَقُولُوا قَدْ أَخَذْنَا أَمْرَنَا مِن قَبْلُ وَيَتَوَلَّوا وَّهُمْ فَرِحُونَ ﴿٥٠﴾
Maksudnya : Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: "Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir. Jika engkau (wahai Muhammad) beroleh sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu", dan mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira
Antara iktibar daripada Perang Tabuk di mana sebelum keluar ke Tabuk Rasulullah s.a.w terpaksa berhadapan dengan beberapa golongan iaitu [1] golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan untuk turut sama ke sana. Manakala golongan ke-[2] ialah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah kerana mereka cukup dengan kelengkapan tetapi takut dan malas untuk berbuat demikian demi kepentingan peribadi. Alasan-alasan ini mengingatkan kita tentang apa yang pernah digariskan oleh Imam Ghazali tentang 4 perkara besar yang selalu menjadi penghalang kepada seseorang mukmin untuk melakukan ibadat dan berjuang pada jalan Allah SWT iaitu dunia, makhluk, hawa nafsu dan syaitan.
Ketika Perang Tabuk juga Rasulullah s.a.w terpaksa berdepan dengan golongan yang ke-[3] yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Golongan munafik ini terus ada pada setiap zaman di mana mereka lebih bahaya daripada kafir yang jelas menentang Islam kerana bergerak atas nama Islam tetapi memesongkan ajaran Islam.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
قَالَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَأَيْتُ اللَّيْلَةَ رَجُلَيْنِ أَتَيَانِى ، فَأَخْرَجَانِى إِلَى أَرْضٍ مُقَدَّسَةٍ ، فَانْطَلَقْنَا حَتَّى أَتَيْنَا عَلَى نَهَرٍ مِنْ دَمٍ فِيهِ رَجُلٌ قَائِمٌ ، وَعَلَى وَسَطِ النَّهْرِ رَجُلٌ بَيْنَ يَدَيْهِ حِجَارَةٌ ، فَأَقْبَلَ الرَّجُلُ الَّذِى فِى النَّهَرِ فَإِذَا أَرَادَ الرَّجُلُ أَنْ يَخْرُجَ رَمَى الرَّجُلُ بِحَجَرٍ فِى فِيهِ فَرَدَّهُ حَيْثُ كَانَ ، فَجَعَلَ كُلَّمَا جَاءَ لِيَخْرُجَ رَمَى فِى فِيهِ بِحَجَرٍ ، فَيَرْجِعُ كَمَا كَانَ ، فَقُلْتُ مَا هَذَا فَقَالَ الَّذِى رَأَيْتَهُ فِى النَّهَرِ آكِلُ الرِّبَا - رواه البخاري
Maksudnya : “Malam tadi aku telah melihat ada 2 orang lelaki yang mendatangiku, keduanya membawaku ke kota yang disucikan. Kami berangkat sehingga kami mendatangi sungai darah. Di dalam sungai itu ada seorang laki-laki yang berdiri. Dan di pinggir sungai ada seorang lelaki yang di depannya terdapat batu-batu. Lelaki yang berada dalam sungai itu cuba mendekati, jika dia hendak keluar, lelaki yang di pinggir sungai itu melemparkan batu ke dalam mulutnya sehingga dia kembali ke tempat asalnya semula. Setiap kali lelaki yang di sungai itu datang hendak keluar, lelaki yang di pinggir sungai itu melemparkan batu ke dalam mulutnya sehingga dia kembali ke tempatnya semula. Aku bertanya, “Apa ini?” Dia menjawab, “Orang yang engkau lihat di dalam sungai itu adalah pemakan riba’”
Ketika menyentuh tentang antara pengajaran peristwa Israk Mikraj pula ialah antaranya tentang seksaan kepada pemakan riba yang berenang dalam sungai darah dan dilempar dengan batu sehingga dia tidak mampu untuk sampai ke tepian. Al-Quran dan hadis nabi banyak menyebut tentang seksaan dan balasan dahsyat yang menimpa pemakan riba di dunia dan akhirat antaranya dilaknat dan disisytihar perang oleh Allah, bangkit daripada kubur dalam keadaan dirasuk serta berdepan seksaan api Neraka yang dahsyat. Oleh itu jauhilah amalan riba terutama ketika berdepan dengan pendamik Covid 19 perlu ada usaha yang bersungguh dalam menghapuskan sistem riba dalam negara yang sememangnya zalim dan menindas. Hanya dengan garis panduan dan nilai Islam, masyarakat akan dapat dilindungi daripada tipu daya industri riba perbankan yang sentiasa akan cuba membuat mereka berbelanja di luar kemampuan. Wawasan masyarakat juga perlu diubah supaya mereka mempunyai kesedaran sebenar tentang tujuan kehidupan mereka di dunia serta peranan mereka sebagai Khalifah yang mempunyai kaedah pengukuran kejayaan yang sebenar iaitu 'ketaqwaan' kepada Allah dan bukannya berdasarkan ukuran material dan ekonomi semata-mata.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 10 surah as-Syuura :
وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّـهُ رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ ﴿١٠﴾
Maksudnya : Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali
RAMAI yang sedih dengan keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan yang menetapkan bahawa peruntukan undang-undang berkaitan seks luar tabii dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor sebagai tidak sah. Alasannya adalah kerana undang-undang berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan. Rasa dukacita ini adalah, antaranya kerana skop Mahkamah Syari’ah dan bidang kuasa perundangan Islam seperti yang termaktub dalam Senarai Negeri, Jadual Kesembilan ditafsirkan secara sempit dan terhad. Ia mengecilkan skop kuasa Mahkamah Syariah. Apa yang berlaku ini sebagai satu cabaran yang menggugat Mahkamah Syariah, tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh dianggap sebagai pembuka peluang ke arah usaha pelaksanaan Undang-undang Islam dalam perspektif lebih menyeluruh. Selama ini apabila bercakap soal pelaksanaan Undang-undang Islam, kita terlalu terikat kepada Undang-undang Islam di bawah bidang kuasa negeri, khususnya berkaitan Mahkamah Syari’ah. Hakikatnya Undang-undang Islam adalah undang-undang yang perlu dilaksanakan oleh negeri, bahkan juga oleh Persekutuan. Islam bukan sahaja perlu didukung oleh Mahkamah Syariah, bahkan juga perlu didukung oleh mahkamah arus perdana dalam negara ini.
Misalnya dalam menangani kesalahan liwat, Undang-undang Persekutuan melalui Kanun Keseksaan memang memperuntukkan kesalahan liwat sebagai satu jenayah. Kewujudan peruntukan ini menunjukkan bahawa telah terlaksana kehendak Syariah. Cuma aspek yang mungkin perlu ditambahbaik ialah dari sudut hukuman dan prosedurnya. Begitu juga aspek perundangan lain seperti kewangan, kontrak, rasuah, peraturan tanah dan sebagainya sudah mempunyai unsur Islamik, cuma memerlukan kepada penambahbaikan agar ia benar-benar menepati kehendak Islam atau dalam istilah popular hari ini, ia perlu ‘patuh Syariah’.
Oleh yang demikian, ketika bidang kuasa Mahkamah Syariah ditafsirkan secara sempit begini, para pencinta undang-undang Islam tidak perlu rasa tersisih atau lemah semangat. Bahkan inilah masanya untuk membuka dimensi yang lebih luas dalam usaha memartabatkan Undang-undang Islam. Kerajaan Persekutuan wajib bersungguh untuk melaksanakan Undang-undang Islam dengan lebih menyeluruh dalam semua aspek termasuklah dalam aspek jenayah. Tanggungjawab untuk mendukung Islam yang merupakan ‘agama Persekutuan’ sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan adalah sebahagian dari tanggungjawab penting Kerajaan Persekutuan. Islam adalah agama yang syumul atau menyeluruh iaitu meliputi aspek ekonomi, politik, keselamatan, pendidikan, jenayah, urusniaga dan lain-lain. Semoga usaha dan dokongan kita bersama dapat memudahkan lagi kedaulatan Islam dalam sistem negara. Islamlah nescaya kita selamat dan maju jaya dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:Khutbah Baru
Aqidah,
Bulan dan Peristiwa,
Isra' Mikraj,
Kepimpinan Islam
Langgan:
Catatan (Atom)