أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Khamis, 4 April 2019

Isra’ Mikraj DiHayati Zinois Yahudi DiPerangi Al-Quds DiMiliki

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana golongan yang mengguna akal semata-mata seperti Liberal yang tidak beriman kepada peristiwa ini atas alasan ia adalah sesuatu yang mustahil berlaku kerana tidak mungkin seorang manusia dapat melalui perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat tanpa apa-apa kenderaan yang canggih. Manakala kita yang beriman kepada Allah dan rasulNya sepastinya beriman tanpa sangsi kerana Allah sendiri menjelaskan bahawa Isra’ Mikraj bukanlah atas usaha Rasulullah s.a.w tetapi ia adalah atas kekuasaan Allah. Oleh itu mustahil atau tidak peristiwa Isra’ tidak diukur dengan kemampuan Rasulullah s.a.w sebagai seorang manusia tetapi diukur berdasarkan kemampuan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu Kedudukan akal dalam Islam bukanlah mutlak kerana akal juga mempunyai kemampuan dan had tertentu sebagaimana kemampuan mata, telinga yang juga mempunyai had masing-masing. Ada hal-hal tertentu yang tidak mampu difikirkan oleh akal seperti perkara-perkara ghaib antaranya kewujudan Syurga dan Neraka, azab kubur dan lain-lain. Dalam hal ini naqal atau wahyu diperlukan untuk menjelaskannya kepada manusia melalui perantara seorang Rasul atau Nabi. Sebagai orang Islam, kita hendaklah pandai meletakkan kedudukan akal di posisi sepatutnya dan tidak melampau. Jangan kita meletakkan akal sebagai sumber ilmu yang mutlak lalu apa yang boleh difikirkan oleh akal sahaja dan adanya bukti kajian yang nampak sahaja barulah kita beriman. Jika tiada, maka kita tidak beriman, ini pandangan yang salah kerana apa yang tidak mampu dicapai oleh akal akan disokong oleh naqal samada al-Qur’an atau Hadith nabi s.a.w. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 4-6 surah al-Isra’: وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا ﴿٤﴾ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ ۚوَكَانَ وَعْدًا مَّفْعُولًا ﴿٥﴾ ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا ﴿٦﴾ Maksudnya : Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya Peristiwa Isra’ Mikraj yang melibatkan 2 tanah suci ini ada rahsia besar di sebaliknya. Dengan Isra’nya Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Baitul Maqdis dan mengimamkan Solat Jemaah bersama para nabi-nabi di Masjid al-Aqsa mengisyaratkan penganugerahan kepimpinan baru umat manusia kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebelum ini telah berabad-abad lamanya amanah berkenaan dipersia-siakan oleh Bani Israel. Melalui peristiwa Isra’ ini, Allah menghimpunkan kepada umat Islam kedua-dua tanah suci yang terdapat padanya Qiblat, Baitillah di Makkah dan Baitul Maqdis di Palestin Sebagai tanah suci para Anbiyaa’, yang menjadi tanggungjawab umat Islam menjaganya. Pertama kali Bani Israel berhijrah ke Palestin bersama nabi Musa a.s.,dalam misi membebaskan diri daripada perhambaan Fir’aun. Mengenai janji Allah untuk Bani Israel melalui nabi Musa a.s., ke atas Palestin, al-Qur’an menjelaskan bahawa Allah memerintahkan mereka supaya masuk ke tanah suci Baitul Maqdis. Al-Qur’an sebaliknya menceritakan Bani Israel mengengkari perintah itu, malah mereka dengan biadap mencabar nabi Musa a.s. supaya memasuki Baitul Maqdis dengan Tuhannya tanpa membabitkan mereka. Akibat keengkaran itu dan lain-lain keengkaran sesudahnya, Allah telah melaknat mereka sehingga jadilah kaum Yahudi sebagai kaum yang terlaknat. Akhirnya mereka hidup terdampar dan bertaburan terbuang di seluruh muka-bumi. Firman Allah dalam ayat 24-26 surah al-Maidah : قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا أَبَدًا مَّا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ ﴿٢٤﴾ قَالَ رَبِّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي ۖ فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٥﴾ قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٦﴾ Maksudnya : Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu". Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu". Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu" Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Demikian penjelasan Allah melalui al-Qur’an mengenai sikap dan jati-diri kaum Yahudi. Mereka telah dianugerahkan kepimpinan bersama para Rasul dan amanah menegakkan Syari’at Allah, namun mereka telah mensia-siakannya.Apabila tiba masanya, Allah menarik kembali anugerah dan amanah tersebut daripada mereka dan diserahkan kepada umat Islam. Hal ini nampak jelas dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj terutama ketika di Masjid al-Aqsa nabi Muhammad s.a.w mengimami Jemaah para Anbiyaa’. Sememangnya, mesej utama daripada peristiwa Isra’ dan Mi’raj ialah persoalan hak dan amanah ke atas kota suci Bait al-Maqdis dan bumi Palestin . Ianya adalah berasaskan Aqidah-Syari’at Rabbaniyyah, bukannya berasaskan hak keturunan-bangsa. Allah memerintahkan Bani Israel di zaman nabi Musa a.s. memasuki Baitul Maqdis kerana mereka adalah pemegang amanah Aqidah-Syari’at Allah pada masa itu. Apabila mereka engkar dan enggan menjunjung Syari’at Allah, hak dan amanah mereka ke atas al-Quds telah dilucutkan. Mereka bukan sahaja dinafikan daripada pertolongan Allah, malah terhina di mata umat manusia. Demikianlah mana-mana pihak di sepanjang masa, yang berjuang untuk mendapatkan hak dan amanah ke atas Baitul Maqdis dan Palestin amnya. mesti menerima hakikat bahawa Baitul Maqdis adalah Tanah Suci kepunyaan Allah bukan milik mutlak mana-mana bangsa samada Yahudi, Arab ataupun Palestin. Firman Allah dalam ayat 105 surah al-Anbiya’ وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ ﴿١٠٥﴾ Maksudnya: ”Sesungguhnya kami telah tuliskan dalam Kitab Zabur sesudah al-Zikr (Taurah) bahawa bumi ini diwariskan kepada hamba-hambaku yang Soleh”. Oleh itu mana-mana kaum yang berjuang untuk mendapatkan hak penguasaan ke atas Baitul Maqdis kerana Allah demi untuk menegakkan Aqidah dan Syari’ahNya akan ditolong oleh Allah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang mulia, di bulan Rejab yang mulia ini maka kita mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Bukit Golan di Syria sebagai sebahagian wilayah Israel. Tindakan bacul ini jelas sekali melanggar resolusi 497 yang dicapai dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1967. Kita juga mengutuk tindakan kejam zionis yahudi yang terus membedil kota Gaza, pembantaian skala besar dihadapkan kepada umat Islam Palestin yang berjuang untuk membebaskan al-Quds. Bedilan udara zionis meratah jasad manusia yang tak berdosa serta melanggar konvensyen Geneva. Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah. Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْخَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ: Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 29 Mac 2019

Islam DiJulang Liberal DiTentang Keberkatan DiUndang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana golongan yang mengguna akal semata-mata seperti Liberal yang tidak beriman kepada peristiwa ini atas alasan ia adalah sesuatu yang mustahil berlaku kerana tidak mungkin seorang manusia dapat melalui perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat tanpa apa-apa kenderaan yang canggih. Manakala kita yang beriman kepada Allah dan rasulNya sepastinya beriman tanpa sangsi kerana Allah sendiri menjelaskan bahawa Isra’ Mikraj bukanlah atas usaha Rasulullah s.a.w tetapi ia adalah atas kekuasaan Allah. Oleh itu mustahil atau tidak peristiwa Isra’ tidak diukur dengan kemampuan Rasulullah s.a.w sebagai seorang manusia tetapi diukur berdasarkan kemampuan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu Kedudukan akal dalam Islam bukanlah mutlak kerana akal juga mempunyai kemampuan dan had tertentu sebagaimana kemampuan mata, telinga yang juga mempunyai had masing-masing. Ada hal-hal tertentu yang tidak mampu difikirkan oleh akal seperti perkara-perkara ghaib antaranya kewujudan Syurga dan Neraka, azab kubur dan lain-lain. Dalam hal ini naqal atau wahyu diperlukan untuk menjelaskannya kepada manusia melalui perantara seorang Rasul atau Nabi. Sebagai orang Islam, kita hendaklah pandai meletakkan kedudukan akal di posisi sepatutnya dan tidak melampau. Jangan kita meletakkan akal sebagai sumber ilmu yang mutlak lalu apa yang boleh difikirkan oleh akal sahaja dan adanya bukti kajian yang nampak sahaja barulah kita beriman. Jika tiada, maka kita tidak beriman, ini pandangan yang salah kerana apa yang tidak mampu dicapai oleh akal akan disokong oleh naqal samada al-Qur’an atau Hadith nabi s.a.w. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 4-6 surah al-Isra’: وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا ﴿٤﴾ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ ۚوَكَانَ وَعْدًا مَّفْعُولًا ﴿٥﴾ ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا ﴿٦﴾ Maksudnya : Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya Peristiwa Isra’ Mikraj yang melibatkan 2 tanah suci ini ada rahsia besar di sebaliknya. Dengan Isra’nya Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Baitul Maqdis dan mengimamkan Solat Jemaah bersama para nabi-nabi di Masjid al-Aqsa mengisyaratkan penganugerahan kepimpinan baru umat manusia kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebelum ini telah berabad-abad lamanya amanah berkenaan dipersia-siakan oleh Bani Israel. Melalui peristiwa Isra’ ini, Allah menghimpunkan kepada umat Islam kedua-dua tanah suci yang terdapat padanya Qiblat, Baitillah di Makkah dan Baitul Maqdis di Palestin Sebagai tanah suci para Anbiyaa’, yang menjadi tanggungjawab umat Islam menjaganya. Pertama kali Bani Israel berhijrah ke Palestin bersama nabi Musa a.s.,dalam misi membebaskan diri daripada perhambaan Fir’aun. Mengenai janji Allah untuk Bani Israel melalui nabi Musa a.s., ke atas Palestin, al-Qur’an menjelaskan bahawa Allah memerintahkan mereka supaya masuk ke tanah suci Baitul Maqdis. Al-Qur’an sebaliknya menceritakan Bani Israel mengengkari perintah itu, malah mereka dengan biadap mencabar nabi Musa a.s. supaya memasuki Baitul Maqdis dengan Tuhannya tanpa membabitkan mereka. Akibat keengkaran itu dan lain-lain keengkaran sesudahnya, Allah telah melaknat mereka sehingga jadilah kaum Yahudi sebagai kaum yang terlaknat. Akhirnya mereka hidup terdampar dan bertaburan terbuang di seluruh muka-bumi. Firman Allah dalam ayat 24-26 surah al-Maidah : قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا أَبَدًا مَّا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ ﴿٢٤﴾ قَالَ رَبِّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي ۖ فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٥﴾ قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٦﴾ Maksudnya : Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu". Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu". Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu" Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Demikian penjelasan Allah melalui al-Qur’an mengenai sikap dan jati-diri kaum Yahudi. Mereka telah dianugerahkan kepimpinan bersama para Rasul dan amanah menegakkan Syari’at Allah, namun mereka telah mensia-siakannya.Apabila tiba masanya, Allah menarik kembali anugerah dan amanah tersebut daripada mereka dan diserahkan kepada umat Islam. Hal ini nampak jelas dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj terutama ketika di Masjid al-Aqsa nabi Muhammad s.a.w mengimami Jemaah para Anbiyaa’. Sememangnya, mesej utama daripada peristiwa Isra’ dan Mi’raj ialah persoalan hak dan amanah ke atas kota suci Bait al-Maqdis dan bumi Palestin . Ianya adalah berasaskan Aqidah-Syari’at Rabbaniyyah, bukannya berasaskan hak keturunan-bangsa. Allah memerintahkan Bani Israel di zaman nabi Musa a.s. memasuki Baitul Maqdis kerana mereka adalah pemegang amanah Aqidah-Syari’at Allah pada masa itu. Apabila mereka engkar dan enggan menjunjung Syari’at Allah, hak dan amanah mereka ke atas al-Quds telah dilucutkan. Mereka bukan sahaja dinafikan daripada pertolongan Allah, malah terhina di mata umat manusia. Demikianlah mana-mana pihak di sepanjang masa, yang berjuang untuk mendapatkan hak dan amanah ke atas Baitul Maqdis dan Palestin amnya. mesti menerima hakikat bahawa Baitul Maqdis adalah Tanah Suci kepunyaan Allah bukan milik mutlak mana-mana bangsa samada Yahudi, Arab ataupun Palestin. Firman Allah dalam ayat 105 surah al-Anbiya’ وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ ﴿١٠٥﴾ Maksudnya: ”Sesungguhnya kami telah tuliskan dalam Kitab Zabur sesudah al-Zikr (Taurah) bahawa bumi ini diwariskan kepada hamba-hambaku yang Soleh”. Oleh itu mana-mana kaum yang berjuang untuk mendapatkan hak penguasaan ke atas Baitul Maqdis kerana Allah demi untuk menegakkan Aqidah dan Syari’ahNya akan ditolong oleh Allah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang mulia, di bulan Rejab yang mulia ini maka kita mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Bukit Golan di Syria sebagai sebahagian wilayah Israel. Tindakan bacul ini jelas sekali melanggar resolusi 497 yang dicapai dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1967. Kita juga mengutuk tindakan kejam zionis yahudi yang terus membedil kota Gaza, pembantaian skala besar dihadapkan kepada umat Islam Palestin yang berjuang untuk membebaskan al-Quds. Bedilan udara zionis meratah jasad manusia yang tak berdosa serta melanggar konvensyen Geneva. Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah. Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْخَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ: Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 21 Mac 2019

Islamfobia DiSekat Umat Selamat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu: “Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah”. Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit. Kini kita berada bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa besar terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj, Peperangan Tabuk tahun 9H serta kembali tertawannya bumi Palestin oleh Yahudi pada 15 Mei 1948 bersamaan 6 Rejab 1367H dengan penubuhan negara haram Israel selepas Palestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 27 Rejab 583 Hijrah bersamaan 2 Oktober 1187 Masihi. Begitu keberadaan kita pada bulan Mac maka mengingatkan kita suatu peristiwa hitam yang terkesan hingga kini kepada dunia Islam iaitu pada tanggal 3 Mac 1924M bersamaan 27 Rejab 1342H merupakan tarikh hitam dalam sejarah Islam dengan berakhirnya Khilafah Uthmaniyyah, Turki yang menaungi umat Islam selama ini. Kini 95 tahun ia berlalu samada kita ambil peduli atau pun tidak menghiraukannya. Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan iktibar yang mesti diambil dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah : انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui Ketika menyoroti tentang Peperangan Tabuk di mana sebelum keluar ke Tabuk Rasulullah s.a.w terpaksa berhadapan dengan beberapa golongan iaitu [1] golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan untuk turut sama ke sana. Golongan ke-[2] ialah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah kerana mereka cukup dengan kelengkapan tetapi takut dan malas untuk berbuat demikian demi kepentingan peribadi. Manakala golongan yang ke-[3] yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Golongan ini terus ada pada setiap zaman yang mesti kita jauhi daripada bersifat dengan sifat munafiq antaranya bila berjanji tidak ditepati, bila bercakap suka berdusta dan bila diberi amanah sentiasa dikhianati. Musuh dalam selimut ini lebih bahaya daripada kafir yang jelas menentang Islam kerana mereka bergerak atas nama Islam tetapi memesongkan ajaran Islam. Ketika berdepan dengan musuh Islam yang menyerang kita dengan pelbagai cara samada dengan senjata atau serangan pemikiran maka kita wajib bersiap sedia sepanjang masa dengan aqidah yang kukuh melalui proses mendalami ilmu agama yang berterusan tanpa terhad di pusat pengajian khusus dan umur tertentu sahaja bahkan berlangsung sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. Seterusnya bersihkan hati kita daripada sifat mazmumah atau tercela dengan mengisinya dengan sifat mahmudah atau terpuji sehingga hubungan kita dengan Allah semakin dekat yang menghampirkan kita dengan janji kemenangan dunia dan akhirat. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfaal : إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam. Ketika menyoroti kesan Kejatuhan Khilafah Islamiyyah pula, secara keseluruhan memberi kesan yang besar bagi umat Islam dari pelbagai aspek antaranya : [1] Hilangnya Identiti Umat Islam akibat hilangnya sistem khilafah. Umat islam menjadi lemah sehingga mudah dijajah satu persatu dan diperkotak-kotikkan serta ditindas kerana tiada ada suatu pemerintah yang adil lagi bijak yang menaunginya. Umat Islam lebih mementingkan bangsa dan Negara masing-masing berbanding agama sehingga penderitaan saudara seagama di Palestin, Syria dan selainnya bagaikan tiada pembela [2] Undang-undang di mana Al-Quran tidak lagi dijadikan dasar utama dalam penyelenggaraan negara dan pembentukan undang-undang. Undang-undang Allah SWT dianggap kuno dan ketinggalan zaman. Undang-undang Syariah digantikan dengan undang-undang Sivil yang berdasarkan sekularisme [3] Pendidikan di mana kebanyakan sekolah agama diganti dengan sekolah sekuler, yang menerapkan sistem pendidikan sekular sebagai dasar sistem pendidikan negara. Sistem yang bertujuan memisahkan Islam dari kehidupan dunia. Memperbanyakkan program hiburan dan pelbagai bentuk maksiat yang meninggalkan syariat Islam [4] Ekonomi di mana Ekonomi Islam dihapus dan diganti dengan sistem ekonomi barat seperti Kapitalis, Sosialis, atau globalisasi ekonomi dan sebagainya. Bank-bank riba bebas bergerak dalam negara negara Islam. Arak dan judi dijual secara bebas dan dijadikan sumber utama negara tanpa melihat kesan negatifnya dalam masyarakat. [5] Pemikiran Umat Islam mulai ditanamkan pemikiran sekulerisme yang meyakini bahwa kemajuan hanya dapat dicapai dengan mengikut cara barat dengan meninggalkan agama. Menghilangkan keyakinan bahawa Kekuatan umat Islam yang sebenarnya adalah Khilafah Islamiyyah yang dianggap oleh Barat sebagai kekuatan ancaman yang dapat menyatukan umat Islam di bawah pemerintahan yang satu Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Pertembungan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, hak dan batil terus berlangsung. Selepas serangan 11 September 2001I musuh Islam memainkan senjata Islamofobia yang merujuk kepada prasangka buruk dan diskriminasi terhadap Islam, penganutnya dan organisasi Muslim, khususnya yang berjuang untuk menegakkan semula politik Islam. Islamofobia sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam, lalu membawa kepada permusuhan terhadap orang Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya terkandung dalam sumber yang sebenar, iaitu Al-Quran, As-Sunnah, dan ijtihad kalangan ulama’ muktabar yang diyakini ilmu dan kefahamannya serta melaksanakan Islam yang sebenarnya bersifat keadilan sejagat. Islamofobia kini bersifat ideologi sesat terhadap Islam, sehinggalah mencetuskan kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka daripada kegiatan politik, ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi yang dipengaruhi oleh media Barat yang tidak adil kepada Islam dengan mencetuskan kefahaman bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai Barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas sehingga Islam tidak lagi dikenali sebagai satu agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Media yang dikuasai oleh politik musuh Islam digunakan habis-habisan untuk menyebarkan fahaman yang salah terhadap hakikat yang sebenarnya terkandung dalam ajaran Islam dan sejarah keemasannya yang mencipta tamadun dunia yang diciplak sebahagiannya oleh tamadun moden Barat kini tetapi berkonsepkan sekularisme Kristian yang tidak sama dengan Islam sebagai Ad-Din. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 190 surah al-Baqarah : وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ Maksudnya : “Dan perangilah kerana (menegak dan mempertahankan) agama Allah (Islam) akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampau kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau” Pada hari Jumaat yang mulia, di bulan Rejab yang mulia ini maka kita mengecam sebarang bentuk keganasan termasuk tragedy tembakan oleh pengganas di 2 masjid di New Zeland pada Jumaat lepas yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang warga Malaysia iaitu al-Marhum Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17 tahun. Kita ucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. Semoga Allah menganugerahkan syahid kepada mereka dan memberikan kesembuhan segera kepada yang tercedera. Kita bimbang tragedi ganas ini susulan daripada rasukan Islamofobia. Sudah sampai masanya masyarakat di negara-negara Barat mengambil satu langkah lebih proaktif serta berkesan untuk menyingkirkan sebarang sikap yang menjerumus kepada Islamfobia. Walaupun rata-rata masyarakat Barat masih mengamalkan sikap toleransi antara agama dan budaya, namun masih terdapat segelintir individu serta pertubuhan Barat yang suka melemparkan pelbagai kata-kata kesat serta negatif terhadap agama Islam itu sendiri serta umat Islam secara keseluruhannya. Ini seperti tuduhan pengganas selain tuduhan terhadap tatacara kehidupan serta pemakaian menutup aurat yang dilabelkan sebagai ketinggalan zaman serta dilihat sebagai satu bentuk penindasan khususnya terhadap kaum wanita. Tindakan proaktif perlu diambil bagi membendung sikap Islamophobia ini. Sesi penerangan dan pendidikan sama ada menerusi dialog atau perdebatan perlu dilakukan oleh umat Islam kepada masyarakat bukan Islam yang berada di dunia Barat mengenai ajaran sebenar yang dibawa oleh Islam. Umat Islam sendiri harus tampil berani menerangkan dengan jelas bahawa Islam ialah agama yang sentiasa mementingkan kedamaian bukannya pergaduhan, peperangan dan keganasan. Masyarakat Barat harus diberitahu untuk menghentikan sebarang kaitan dengan aktiviti keganasan. Umat Islam juga harus memberi pemahaman secara terperinci mengenai segala penetapan tatacara kehidupan yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam untuk umatnya. Masyarakat Barat juga perlu ketahui bahawa segala masalah yang sedang dialami negara-negara Islam pada masa kini bukan disebabkan ajaran agama itu. Ia hanya berlaku kerana faktor-faktor lain seperti penjajahan berpuluh tahun negara-negara Barat yang telah melemahkan serta memecah-belah kebanyakan negara-negara Islam. Usaha boleh digerakkan di peringkat antarabangsa bagi mewujudkan satu bentuk konvensyen atau peruntukan undang-undang khas yang melarang sebarang perkara yang boleh menjerumus kepada Islamfobia. Hal ini penting agar umat Islam dapat dilindungi daripada sikap Islamfobia yang jelas bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia yang sering dilaungkan dan diperjuangkan oleh masyarakat Barat sendiri. Umat Islam sendiri mesti memulakan dari diri kita sendiri dengan ilmu dan pengamalan terhadap tuntutan agama sehingga orang bukan Islam akan lebih mudah faham berkenaan Islam dan membuang sikap salah faham terhadap ajaran Islam yang menyeluruh. Islamlah nescaya kita bahagia dan mulia dunia dan akhirat Firman Allah dalam ayat 61 surah al-Anfal : وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦١﴾ Maksudnya : Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 20 Mac 2019

Islam DiJulang Liberal DiTentang Keberkatan DiUndang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 31-32 surah Muhammad : وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ ﴿٣١﴾ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَشَاقُّوا الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَىٰ لَن يَضُرُّوا اللَّـهَ شَيْئًا وَسَيُحْبِطُ أَعْمَالَهُمْ ﴿٣٢﴾ Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka Islam merupakan cara hidup yang disyariatkan Allah dalam menjaga 2 hubungan utama manusia iaitu : [1] Hablun Minallah iaitu Hubungan dengan Allah dan [2] Hablun Minannas iaitu Hubungan sesama manusia Oleh itu ketika menjalani kehidupan seharian, dugaan pasti akan datang. Manusia tidak seharusnya hilang pedoman dalam hidup bagi memastikan diri mereka lulus ujian kerana ujian tidak mengenal kedudukan atau memilih antara seorang dengan seorang yang lain. Orang baik diuji, orang jahat juga diuji, begitu juga Mukmin dan kafir juga diuji. Keadilan pemimpin diuji, kesetiaan rakyat juga diuji. Hidup dan mati itu juga adalah ujian daripada Allah SWT. Hidup di dunia tidak pernah mencatatkan adanya orang terselamat daripada ujian. Ada yang diuji dengan penderitaan sakit dan tekanan perasaan. Ada kala diuji kehilangan orang disayangi, dihimpit dengan keperitan kewangan, berhadapan kebencian orang dan pelbagai ujian lagi. Manusia berasa resah kerana tidak dapat berpaut kepada dahan yang kukuh. Orang beriman akan menyerahkan dirinya kepada Allah, mengharapkan Allah melindunginya ketika ditimpa bala, tidak bakhil untuk menolong orang lain kerana rezekinya telah ditakdirkan lebih awal. Orang Mukmin tidak akan berasa kecewa dengan sesuatu yang luput dan hilang daripada sisinya, dia tidak berasa resah dengan ujian yang menimpanya kerana semua terjadi dengan izin dan takdir Allah. Segala keputusan qada’ dan qadar Allah adalah baik sekalipun manusia melihat sebaliknya. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 155-156 surah al-Baqarah : وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿١٥٦﴾ Maksudnya : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Ujian Allah bertujuan untuk mengetahui tingkatan dan kualiti pengorbanan dan kesabaran diri kita. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk antaranya bencana seperti banjir besar, kemarau, kebakaran, tsunami, gempa bumi dan sebagainya. Minggu ini rakyat Malaysia merasa bersedih di atas tragedi yang sedang menimpa penduduk Pasir Gudang, Johor yang berpunca daripada pencemaran bahan kimia toksik di Sungai Kim Kim. Kita doakan agar Allah menyelamatkan saudara kita di sana serta diberi kesabaran dalam menghadapi musibah. Kita juga mendesak agar penyiasatan yang menyeluruh dan cepat agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dengan segera. Banyak juga bencana alam yang berlaku akibat tangan manusia itu sendiri Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 142 surah Ali ‘Imran : أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّـهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ ﴿١٤٢﴾ Maksudnya : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? Ujian yang paling besar ialah ujian terhadap agama dan iman kita. Oleh itu perlu usaha berterusan dalam menambah ilmu agama dan amal soleh sehingga hubungan kita dengan Allah semakin dekat dan tidak tergelincir daripada landasan agama. Sempena berada dalam bulan Rejab yang sentiasa dikaitkan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj yang begitu menguji iman terutama golongan yang banyak menggunakan akal dalam setiap keputusan yang dibuat. Umat perlu dibina jatidiri supaya aqidah kukuh, amalan utuh, akhlak hebat sehingga mampu berdepan dengan kewujudan banyak aliran-aliran yang merebak dalam masyarakat Islam hari ini. Di zaman Imam al-Ghazali lagi, beliau sudah menyebut bahawa umat Islam pada zamannya itu sedang berada dalam lautan yang luas dan cabarannya berenang dalam lautan yang luas dengan gelombang ombak yang besar dan jika tidak dengan pertolongan Allah SWT pasti kita akan tenggelam dan lemas dalam lautan tersebut. Seorang cendikiawan Islam pernah menyebut bahawa budaya Barat merupakan antara penyebab kepada terhakisnya jati diri bangsa dan umat Islam di tanahair kita. Pendokong liberalis yang berpaksikan kepada ajaran para orientalis Barat yang telah membuat rumusan dan dapatan yang salah terhadap ajaran agama Islam. Orientalis Barat ini adalah musuh Islam dan berniat jahat dengan menyemaikan bibit-bibit kekeliruan dan keraguan terhadap ajaran Islam. Mereka cuba menanam rasa sangsi tentang keaslian al-Qur’an dan al-Hadith dan mempertikaikan autoriti para ulama. Mereka juga turut mendakwa kononnya sistem pemerintahan Islam ialah sistem yang bersifat teokrasi dan mirip fasisme yang bersifat kuku besi dan menindas. Mereka turut menuduh pemerintahan Islam itu menentang hak-hak asasi manusia kononnya mendakwa bahawa Islam itu bertentangan dengan hak-hak asasi manusia. Inilah yang kita bimbang meresap dalam diri umat Islam sendiri yang mempertikaikan hukuman berat termasuk penjara kepada penghina nabi Muhammad s.a.w yang semakin menjadi akhir-akhir ini. Kita dapat saksikan bagaimana suatu deklarasi Mahkamah Eropah 2018 yang berlangsung di Austria mengambil suatu ketetapan bahawa sesiapa sahaja yang menghina nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk perkataan atau media maka ia bukan lagi menjadi kebebasan sebaliknya menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum termasuk penjara. Kita tidak menolak hak asasi, tetapi yang kita tolak ialah hak-hak asasi versi Barat yang memberi kebebasan mutlak kepada manusia tanpa batas. Sedangkan Islam telah lama dan terlebih dahulu memberikan hak –hak asasi kepada manusia tetapi hak tersebut perlu ada hadnya. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Minggu lepas Negara dikejutkan dengan 2 lagi berkaitan dengan golongan Liberal ini iaitu golongan LGBT mengambil kesempatan daripada perhimpunan sempena Hari Wanita Sedunia pada 9 Mac lalu untuk berarak yang bermula berhampiran kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Masjid Jamek. Kita mendesak kerajaan untuk mengambil pendekatan yang berkesan dalam menangani masalah golongan LGBT untuk mengembalikan semula golongan itu kepada fitrah semulajadi. Isu kedua yang agak panas apabila Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjanjikan bantuan RM20,000 kepada Sisters in Islam (SIS) sedangkan badan itu difatwakan sesat dan menyeleweng oleh pihak berkuasa agama Islam di Selangor yang bukan sahaja mencabar fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetapi turut mencabar institusi agama Islam di bawah Sultan Selangor. Kita terlalu bimbang tindakan bacul ini akan melahirkan lebih banyak ajaran sesat untuk merosakkan umat Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Antara tuduhan jahat Golongan liberal lagi ialah kononnya umat yang tidak anti-rasional dan menolak akal. Konon kata mereka agama dan akal itu saling bertentangan dan tidak selari dan jika umat Islam berpegang teguh kepada agama dan ajaran Islam, maka mereka kononnya telah menolak akal. Tanggapan ini sudah pasti palsu kerana ajaran Islam tidak pernah memusuhi akal namun akal dalam Islam perlu dibatasi oleh ajaran al-Qur’an dan al-Hadith. Islam meletakkan akal itu pada tempatnya kerana akal itu mempunyai had dan batas yang tidak mampu sampai memikirkan perkara-perkara yang di luar kemampuannya dan di sinilah peranan al-Qur’an dan al-Hadith menerangkannya seperti perkara-perkara yang bersifat ghaib, wujudnya syurga dan neraka dan lain-lain yang tidak mampu ditanggapi oleh akal manusia. Begitu liberal menuduh hukuman Islam itu kejam. Mereka membataskan syariat Islam itu kepada hukum hakam seperti Hudud dan Qisas semata dan mereka menuduh ianya tidak sesuai dan tidak relevan lagi di zaman ini. Malah cadangan untuk menghapuskan hukuman mati sedangkan hukuman mati dalam Islam adalah menjamin keadilan dan mengekang jenayah. Pada kita, hukum hakam yang dianggap kejam oleh golongan liberalis itu sebenarnya diakui berat namun ianya mempunyai asas-asas dan sebab kenapa ianya sebegitu. Bahkan dalam undang-undang sivil hari ini pun banyak undang-undang yang boleh ditafsirkan sebagai “kejam” sebagai contoh hukuman terhadap mereka yang mengedar dadah, hukuman terhadap mereka yang memiliki senjata api tanpa lesen dan banyak lagi. Untuk dadah dikenakan hukuman berat, tetapi untuk zina tidak dikenakan hukuman berat. Bagi kita dadah dan zina kedua-duanya kesalahan yang besar dan justeru itu seks bebas, perzinaan dan pelacuran bukan suatu yang boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan zuriat yang bakal dilahirkan yang perlu dijaga supaya warisan keturunan itu terpelihara dan itulah salah satu daripada Maqasid Shariah Islam iaitu memelihara keturunan. Namun hari ini perzinaan menjadi suatu yang biasa dan normal dalam masyarakat kini. Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 21 Februari 2019

Sayangi Pencinta nabi Muhammad s.a.w Perangi Penghina nabi

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran : قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Cinta adalah ungkapan yang sering diucapkan. Kalimah cinta menggambarkan perasaan sangat sayang terhadap sesuatu atau seseorang sama ada antara suami dan isteri; ibu dan anak; sesama kaum keluarga serta kaum kerabat. Cinta itu bukan sekadar tumbuh subur di dalam jiwa bahkan suatu tindak tanduk yang dapat diukur melalui tingkah laku seseorang. Sebagai Muslim, kita tidak dapat lari daripada membicarakan perasaan kasih dan sayang kepada Allah SWT dan juga rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. Baginda diutuskan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar melalui tunjuk ajar dan tindak tanduknya. Mari kita renungkan sifat cinta Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda dikurniakan Allah SWT sebagai seorang insan yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Kasih sayang Rasulullah s.a.w kepada umatnya begitu tinggi sehingga baginda memperjuangkan Islam hingga sampai kepada kita walau pun banyak sekali ujian, ancaman, kesulitan hingga ancaman kematian terhadap baginda. Namun begitu baginda tetap memperjuangkan Islam hingga kita mampu merasai kemanisan Islam ini. Tanda cinta Nabi SAW turut dapat dilihat dari sikap prihatinnya terhadap umatnya di padang Mahsyar kelak. Tatkala manusia gementar berhadapan penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka. Baginda bukan risaukan isteri, keluarga, kaum kerabat, sahabat baginda sebaliknya amat risaukan umatnya. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia Persoalannya, apakah bentuk cinta yang perlu kita buktikan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian? Antara syarat yang perlu ada untuk menjadi umat Muhammad SAW yang sempurna ialah tanamkan perasaan cinta dan kasih yang begitu ikhlas dan tinggi kepada Nabi SAW. Perasaan ini perlu dipupuk dan disuburkan dalam jiwa kita serta ahli keluarga sepanjang masa melebihi segala-galanya. Jika rasa cinta pada Nabi SAW tidak subur dalam jiwa, maka ini menyebabkan kita tiada usaha dan semangat menghayati dan mencontohi cara hidup baginda dalam kehidupan seharian. Sanggup mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad SAW daripada difitnah sama ada secara fizikal atau kata-kata. Umat yang cintakan Nabi SAW akan sanggup mempertahankan kemuliaan Nabinya daripada difitnah. Contohilah Zaid bin Harithah yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan Nabi SAW daripada dicederakan oleh penduduk Thaif semasa melaksanakan seruan dakwah terhadap masyarakat di bandar itu. Hayatilah cintanya sahabat seperti Talhah bin Ubaidillah dan Abu Dujanah yang sanggup menjadikan tubuh mereka sebagai perisai untuk melindungi Nabi SAW daripada terkena anak panah musuh dalam peperangan Uhud. Sanggupkah kita mempertahankan kemuliaan Nabi SAW dan ajarannya dengan fizikal dan lidah seperti mana dilakukan oleh sahabat Baginda. Mempertahankan sunah Nabi Muhammad SAW. Umat yang cintakan Nabi SAW sanggup mempertahankan sunah nabinya. Mereka menjadikan cara kehidupan seharian Baginda sebagai ikutan dan cara hidup. Para sahabat dan pejuang Islam sanggup memperjuangkan semua bentuk ajaran rasulnya bahkan berusaha keras membanteras segala larangan rasul-Nya. Mereka bukan sahaja sanggup mengorbankan harta malah sanggup mempertaruhkan nyawa dalam mempertahankan nabi s.a.w dan Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Ahzab : إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina Minggu ini negara dipanaskan dengan suatu isu seorang lelaki bukan Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah, menerusi laman sosial Facebook di mana dia kini ditahan polis setelah ratusan laporan polis dibuat di seluruh negara bagi membantah tindakan bacul dan jijik tersebut. Kita begitu mengharapkan agar suatu tindakan tegas diambil bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi pada masa akan datang. Jangan hanya tahan kemudian bebas seperti isu muballigh Kristian sebelum ini. Ini bukan suatu tuntutan yang berat sebelah dan kejam sebaliknya negara Malaysia di mana Islam adalah agama negara sepatutnya lebih berani daripada Eropah dalam bertindak terhadap pelampau yang menghina nabi s.a.w. Kita dapat saksikan bagaimana suatu deklarasi Mahkamah Eropah 2018 yang berlangsung di Austria mengambil suatu ketetapan bahawa sesiapa sahaja yang menghina nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk perkataan atau media maka ia bukan lagi menjadi kebebasan sebaliknya menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum termasuk penjara. Al-Quran menjelaskan kepada kita bagaimana betapa beratnya azab bagi merka yang menghina nabi s.a.w. Imam Ibn Katsir menyebut dalam tafsir: “Allah menjauhkan golongan yang menghina Allah dan rasulNya daripada Rahmat-Nya di dunia dan di akhirat dan menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan kekal di dalam azab itu selama-lamanya.” Syeikh al-Maraghi: “Terdapat sesetengah manusia menyakiti Rasul-Nya seperti orang yang mengatakan Rasulullah SAW itu seorang penyair, ahli nujum, orang gila, dan banyak lagi kata-kata yang menyakitkan Baginda. Sesiapa yang menyakiti Rasul bererti dia menyakiti Allah SWT; dan sesiapa yang mentaati Rasul bererti dia mentaati Allah SWT. Allah SWT menjauhkan mereka daripada rahmat dan nikmat-Nya ketika di dunia lagi. Maksudnya, Allah SWT menjadikan mereka terus berada dalam kesesatan dan menjadikan mereka gembira melakukan kesesatannya itu. Kesesatan ini bakal menyeret mereka ke dalam neraka, sebagai tempat yang amat buruk; kemudian mereka akan dilaknat ketika ketika di akhirat nanti dengan memasukkan mereka ke dalam neraka yang membakar tubuhnya.” Syeikh al-Maraghi turut menjelaskan: “Menyakiti Rasulullah SAW selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Daripada Ibn Abbas RA, dia menceritakan: أنَّ أَعْمَى كَانَتْ لَهُ أمُّ وَلَدٍ تَشْتُمُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ وَتَقَعُ فِيهِ فَيَنْهَاهَا فَلَا تَنْتَهِي وَيَزْجُرُهَا فَلَا تَنْزَجِرُ قَالَ فَلَمَّا كَانَتْ ذَاتَ لَيْلَةٍ جَعَلَت تَقَعُ في النَّبيِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَشْتُمُهُ فَأَخَذَ المِغْولَ سَيْفٌ قَصِيرٌ فَوَضَعَهُ فِي بَطْنِهَا وَاتَّكَأ عَلَيْهَا فَقَتَلَهَا فَوَقَعَ بَيْنَ رِجْلَيْهَا طِفْلٌ فَلَطَّخَتْ مَا هُنَاكَ بِالدَّمِ فَلَمَّا أَصْبَحَ ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَمَعَ النَّاسَ فَقَالَ أَنْشُدُ اللّهَ رَجُلًا فَعَل مَا فَعَل لِي عَلَيْه حَقٌّ إِلَّا قَامَ فَقَامَ الأَعْمَى يَتَخَطَّى رقَابَ النَّاسِ وَهُوَ يَتَزَلْزلُ حَتَّى قَعَدَ بَيْنَ يَدَي النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُوْلَ اللّهِ أَنَا صَاحِبُهَا كَانَتْ تَشْتُمُكَ وَتَقَع فِيْكَ فَأَنْهَاهَا فَلَا تَنْتَهِي وَأَزجرُهَا فَلَا تَنْزَجِرُ وَلي مِنْهَا ابْنَان مثلُ الُّلؤْلُؤَتَينِ وَكَانَت بِي رَفِيْقَة فَلَمَّا كَانَتْ الْبَارِحَةُ جَعَلَت تَشْتُمُكَ وَتَقَعُ فِيْكَ فَأَخَذْتُ المِغْولَ فَوَضَعْتُهُ فِي بَطْنِهَا وَاتَّكأْتُ عَلَيْهَا حَتَّى قَتَلْتُهَا فَقَالَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ألا اشهَدوا أنَّ دمَها هَدَرٌ - رواه أبو دأود Maksudnya: “Seorang lelaki buta mempunyai Ummu Walad yang menghina Nabi SAW dan ia benar-benar telah melakukannya (penghinaan). Lelaki tersebut telah melarang dan mengancamnya namun ia tidak berhenti dan lelaki tersebut terus melarangnya namun wanita tersebut tidak mengendahkan larangan tersebut. Ibn Abbas meneruskan lagi: Pada suatu malam, wanita itu kembali mencela Nabi SAW, maka lelaki tersebut mengambil sebilah pisau yang tajam dan meletakkanya di perut wanita tersebut lantas menikamnya. Lelaki tersebut telah membunuhnya sementara antara dua kaki wanita tersebut lahir seorang bayi dalam keadaan wanita tersebut berlumuran darah. Apabila tiba waktu pagi, kejadian tersebut diceritakan kepada Nabi SAW, lalu baginda SAW mengumpul orang ramai dan bersabda: “Aku bersumpah kepada Allah SWT atas seorang lelaki, dia telah melakukan sesuatu perbuatan kerana aku dan dia adalah benar (perbuatannya)”. Kemudian lelaki buta itu melangkah di antara manusia hingga dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku adalah suaminya akan tetapi dia (wanita ini) telah mencela dan menghinamu. Aku telah melarangnya dan mengancamnya tetapi dia tetap tidak berhenti atau mengendahkannya. Daripadanya aku telah dikurniakan 2 orang anak yang merupakan permata, isteriku sangat sayang kepadaku. Namun, semalam dia telah mencelamu dan menghinamu, lalu aku mengambil pisau dan aku letakkan di perutnya lantas aku menikamnya sehingga meninggal. Nabi SAW bersabda : “Ketahuilah bahawa darah wanita ini adalah sia-sia (halal untuk dibunuh).” Betapa beratnya hukuman dan balasan kepada mereka yang menghina, mencaci dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW termasuk Nabi-Nabi yang lain termasuk bunuh. Oleh itu, amat perlu kita berhati-hati daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan dan pendapat yang menunjukkan betapa hinanya Rasulullah SAW kerana itu boleh membawa kepada kekufuran dan kemurkaan Allah SWT. Menghina nabi s.a.w lebih teruk daripada menghina pemimpin negara sebagaimana yang digambar oleh tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz Terdapat sebuah atsar daripada Abd al-Hamid bin Abd al-Rahman bin Zaid bin al-Khattab, sesungguhnya beliau berada di Kufah mewakili Umar bin Abdul Aziz. Maka beliau telah menulis kepada Umar bin Abdul Aziz: “Aku mendapati seorang lelaki telah mencelamu di Kufah dan telah terbukti bahawa dia benar-benar telah mencelamu, maka aku ingin membunuhnya atau memotong kedua tangannya atau memotong lidahnya atau menyebatnya, akan tetapi aku terfikir untuk merujuk kepadamu terlebih dahulu berkenaan perkara ini.” Maka Umar bin Abdul Aziz menulis kembali kepada beliau: “Salam sejahtera ke atasmu, Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika engkau membunuhnya maka aku akan membunuhmu disebabkan olehnya, jika engkau memotongnya maka aku akan memotongmu disebabkan olehnya, jika engkau menyebatnya maka aku akan menariknya daripada engkau. Apabila engkau menerima perutusanku ini maka keluarlah engkau dengannya ke al-Kunasah (tempat pembuangan sampah) maka engkau celalah dia sebagaimana dia mencelaku atau engkau memaafkannya kerana itu lebih aku suka. Ini kerana, tidak halal membunuh seorang muslim yang mencela salah seorang daripada manusia melainkan seseorang itu mencela Rasulullah SAW.” Penghinaan terhadap nabi Muhammad s.a.w adalah suatu jenayah yang berat. Umat yang beriman pasti berasa sensitif bila ia berlaku dengan segera bangkit bertindak dengan sedaya upaya termasuk berkorban nyawa. Hanya umat yang lemah iman yang memandang isu ini adalah remeh temeh. Sayangi nabi Muhammad s.a.w, Hayati sunnahnya, kasihi pencinta nabi s.a.w dan perangi penghina nabi بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 14 Februari 2019

Murabbi Memimpin Ummah Sejahtera

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ القَائِلِ فِى كِتَابِهِ الكَرِيْمِ : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّـهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ﴿١١﴾ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 9 surah Az-Zumar: أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٩﴾ Maksudnya : "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Islam mewajibkan atas umatnya untuk belajar ilmu agama dan melaksanakannya dalam seluruh aspek kehidupan seterusnya menyebar luaskannya kepada anggota masyarakat agar keindahan Islam dapat dilihat dan dirasai. Kelangsungan dakwah Islam tertegak atas ilmu, kejayaan pembinaan tamadun sepadu antara kerohanian dan kebendaan juga tertegak atas ilmu. Maju dan mundurnya sesuatu bangsa dan negara bergantung kepada kekuatan ilmu. Penerusan budaya ilmu dan pengamalan kepada ilmu perlu kepada murabbi sebagai pembimbing yang bukan sahaja mengajar malah menunjuk teladan yang terbaik. Ibarat suatu syair Arab yang berbunyi : لَوْ لَا المُرَبِّي مَاعَرَفْتُ رَبِّيْ Maksudnya : Tanpa murabbi nescaya daku tidak mengenali Tuhanku Mimbar hari ini akan mengupas khutbah bertajuk : Murabbi Memimpin Ummah Sejahtera Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 2 surah al-Jumuat: هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٢﴾ Maksudnya : Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbi berlegar di “hati”. Bila berbicara berkenaan murabbi maka kita sebagai umat beriman kepada Allah dan rasulNya sudah pasti meyakini bahawa Murabbi Agong ialah nabi Muhammad s.a.w itu sendiri. Antara tugas nabi Muhammad s.a.w sebagai murabbi yang mesti dicontohi dan diikuti oleh umat Islam ialah menggerakkan 3 tugas utama sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam ayat 2 surah al-Jumaat iaitu: PERTAMA - Membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Matlamat dalam melahirkan masyarakat yang boleh membaca al-Quran tidak akan tercapai tanpa usaha yang bersungguh dan berterusan daripada setiap lapisan masyarakat bermula daripada ibubapa sehinggalah pemimpin negara. Al-Quran menjadi ubat mujarrab dalam menyembuh penyakit rohani dan jasmani. Jauhnya umat daripada al-Quran akan membawa kepada merebaknya pelbagai masalah termasuk aqidah, akhlak dan jiwa Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ Maksudnya: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”. [Riwayat Muslim (2699)] Sidang Jumaat yang diberkati Allah Firman Allah dalam ayat 13 surah Luqman: وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّـهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ﴿١٣﴾ Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". Tugas nabi Muhammad s.a.w sebagai Murabbi Agong yang KEDUA pula membersihkan manusia daripada aqidah yang sesat. Kemiskinan ilmu menyebabkan umat Islam mudah terkeliru dan dipesongkan oleh pelbagai ideologi atau fahaman yang menyeleweng seperti Liberal, Plurel dan sebagainya. Peranan ibubapa menjadi asas kepada kefahaman anak-anak berkaitan aqidah yang benar sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Kecuaian ibu bapa dalam memandu dan mendidik anak-anak mereka dengan pendidikan yang baik, atas alasan kesibukan ibu bapa dan menyerahkan sepenuhnya kepada guru telah menyebabkan kerugian masa yang sangat berharga bersama anak-anak. Oleh itu, institusi kekeluargaan perlu dibangunkan dan dijadikan utama dalam komuniti agar ibubapa merasai kepentingan dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang bertanggugjawab meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 4805] Tugas murabbi yang KETIGA iaitu mengajarkan umat dengan kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat agama. Kefahaman mendalam berkenaan syariat Islam yang menyeluruh akan melahirkan umat yang begitu cinta dalam mengamalkan sistem ekonomi, sosial, politik dan sebagainya berteraskan Islam. Akhirnya lahir umat Islam yang Aqidah kukuh, pengamal syariat yang amanah dan disempurnakan lagi dengan memiliki sifat mahmudah terpuji seperti ikhlas, menunaikan hak kepada ahlinya, menunai janji disamping menghindari segala sifat mazmumah tercela seperti riak, takabbur, suka menipu, menyebar fitnah, mengkhianati amanah dan sebagainya قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ، وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ، حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ، وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ، حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. Maksudnya : Hendaklah kalian selalu berlaku jujur, karena kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan seseorang ke Surga. Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta, karena dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan mengantarkan seseorang ke Neraka. Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai pendusta [Riwayat al-Bukhâri (no. 6094) ; Muslim (no. 2607)] Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali Imran: مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّـهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّـهِ وَلَـٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ ﴿٧٩﴾ Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya Tugas sebagai murabbi yang ditinggalkan oleh nabi Muhammad s.a.w tidak terhenti dengan kewafatan baginda sebaliknya ia diteruskan sehingga qiamat. Kita mesti menjadikan manhaj rabbani dalam mendidik umat manusia untuk melakukan suatu amal dengan niat yang benar dan mengharapkan keredhaan Allah. Pendidikan yang menghubungkan kehidupan seorang hamba dengan Allah, misalnya dalam masalah keimanan, peribadatan, cinta kepada Allah, berakhlak yang baik. Imam Al-Tabari menafsirkan “rabbaniyyin” sebagai mereka yang menghimpunkan ilmu yang lahir dari mata hati dengan politik serta pembangunan masyarakat di samping mengislah urusan dunia dan akhirat mereka. Imam Al-Tabari turut menambah bahawa golongan rabbani juga bukan hanya dalam kalangan mereka yang berilmu, bahkan mereka memainkan peranan mengelola kehidupan manusia, seperti pemimpin yang mentadbir urusan manusia secara adil dan tidak berlaku zalim Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 110 surah Ali ‘Imran : كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿١١٠﴾ Maksudnya : Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin menyeru sidang Jumaat sekalian untuk sama-sama menghayati intipati khutbah yang telah disampaikan iaitu: Pertama: Nabi Muhammad s.a.w adalah Murabbi Agong yang wajib dijadikan contoh teladan yang bukan terhenti dalam bidang pendidikan dan dakwah sahaja malah meliputi pentadbiran negara dengan menegakkan keadilan sistem Islam yang menyeluruh Kedua: Setiap diri kita mesti memiliki sifat murabbi yang memainkan peranan dan fungsi yang sangat penting dalam membangunkan peradaban dan kemajuan sesebuah negara dan bangsa. Ketiga: Semua pihak bermula daripada pemimpin di atas hingga rakyat biasa di bawah perlu berganding bahu dalam memartabatkan kerja dakwah dan amar makruf nahi mungkar untuk lahir sebagai umat yang terbaik sebagaimana yang pernah dicapai oleh umat berjaya sebelum kita بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 7 Februari 2019

Jati Diri Ummah DiMiliki Islam DiJulang Tinggi

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 30 surah Fussilat : إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu Sifat Istiqamah membawa maksud tetap atau berpendirian teguh atas kebenaran. Secara umumnya, berpegang pada aqidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah atau berpaling tadah walau apa jua keadaan. Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Segala amalan samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah. Ibnu ‘Abbâs RA dan Qatâdah RH berkata, “Maksud Istiqmah, berlaku luruslah dalam melaksanakan hal-hal yang diwajibkan.” Abu Bakar RA menafsirkan firman Allah( ثُمَّ اسْتَقَامُوْا) “dengan mengatakan, ”Mereka adalah orang-orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun.” Qâdhi ‘Iyâdh RH mengatakan, “Mereka mentauhidkan Allah dan beriman kepada-Nya kemudian berlaku lurus, tidak menyimpang dari tauhid, dan selalu iltizâm atau konsisten dalam melakukan ketaatan kepada-Nya sehingga mereka meninggal dunia Imam al-Qusyairi RH berkata, “Istiqâmah adalah sebuah darjat, dengannya berbagai urusan menjadi sempurna dan berbagai kebaikan dan keteraturan mampu diraih. Sesiapa yang tidak istiqâmah dalam keperibadiannya maka dia akan sia-sia dan gagal. Istiqâmah tidak akan mampu dilakukan kecuali oleh orang-orang yang berjiwa besar, kerana dia keluar dari hal-hal yang dianggap lumrah, meninggalkan adat kebiasaan, dan berdiri di hadapan Allah dengan jujur.” Imam an-Nawawi RH pula mengatakan, ”Para ulama menafsirkan istiqâmah dengan ” لُزُوْمُ طَاعَةِ اللهِِ ” ertinya tetap konsisten dalam ketaatan kepada Allah.” Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 16 surah al-Jin : وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا ﴿١٦﴾ Maksudnya : (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka Perjuangan dalam hidup manusia amat luas dan berbeza-beza. Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa. Istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan oleh seseorang itu,tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian. Terdapat 3 syarat dalam Istiqamah iaitu [1] adalah Niat dengan memasukkan dalam hati untuk beristiqamah. Teguhkan dan ajarkan hati untuk berniat melakukan perkara-perkara baik setiap hari. Ini kerana setiap amalan itu bermula dengan niat dan kita akan diberi ganjaran bersandarkan niat kita. Syarat ke-[2] adalah mengurangkan pilihan dalam membuat amalan. Memang lumrah manusia sekiranya berhadapan dengan banyak pilihan tugasan, dia akan membuat pilihan yang paling ringan atau mudah sahaja. Maka utamakanlah perkara-perkara yang ‘utama’ dalam membuat amalan. Elakkanlah memilih benda yang ringan sahaja, tetapi pilihlah yang paling utama. Jangan tunggu ikhlas baru hendak beramal sebaliknya beramallah sehingga ikhlas. Jangan tunggu tua baru hendak beramal sebaliknya beramallah sampai tua. Jangan tunggu pencen baru nak datang masjid atau belajar ilmu agama sebaliknya datanglah masjid dan belajar hingga terus istiqamah sampai mati. Jangan banyak beri alasan untuk menjadi makmum belakang imam waktu hidup agar tidak menyesal setelah tubuh terbujur kaku depan imam sebagai jenazah. Jangan malu tutup aurat agar bila dibalut kain kafan baru nak menyesal yang tiada guna. Jangan beri alasan tiada masa untuk membaca al-Quran agar kita tidak menyesal bila Quran tidak mahu memberi syafaat bila berada di akhirat kelak Seterusnya syarat ke-[3] adalah memperbanyakkan Doa. Doa itu senjata bagi orang-orang beriman, ia adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon didengar oleh Allah SWT. Allah SWT tidak suka kepada hambaNya yang tidak pernah memanjatkan doa. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 139 surah Ali ‘Imran : وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾ Maksudnya : Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Kita wajib lahir sebagai umat yang istiqamah dalam amal ibadat, pelaksana tuntutan agama dalam keluarga, masyarakat dan Negara untuk Berjaya dunia seterusnya akhirat. Betapa sedih rasanya jika menatap realiti umat Islam dewasa ini. Mereka diselimuti oleh kemiskinan agama, akhlak dan kebendaan. Ramai telah dijangkiti virus kecintaan secara berlebih-lebihan terhadap dunia dan takut mati. Mereka berbuat zalim kerana miskin iman. Mereka sering melakukan tindakan bertentangan dengan Islam akibat miskin ilmu. Umat Islam yang sepatutnya menjadi khairu ummah iaitu umat terbaik akhirnya menjadi mainan di tangan kaum kafir dan musyrik. Keberadaan kaum Muslimin belum berhasil menjadikan diri mereka gambaran Al-Quran yang berjalan secara kukuh yang boleh disaksikan orang lain. Bahkan, mereka adalah manusia-manusia yang memiliki kelayakan untuk dijajah. Jadi, bukanlah musuh yang terlalu kuat untuk dihadapi, tetapi umat Islam sendiri yang kehilangan jati diri Islam dan ruh jihad. Umat Islam hari ini bukanlah pahlawan ilmu pengetahuan, sekalipun al-Quran memberikan perintah pertama kali, iqra’ (bacalah). Umat Islam hilang rasa sensetif berkaitan aqidah sehingga memandang kecil isu murtad dan ramai yang tenggelam dengan fahaman liberal, menyamaratakan agama, Umat Islam tidak menjadi orang yang berlapang dada dan bersungguh dalam menyelesai masalah, sekalipun kita sentiasa membaca surah Asy-Syura. Akhirnya umat Islam hanya banyak bermesyuarat tetapi tindakannya kosong malah apa yang lebih malang timbulnya slogan kita bersatu untuk tidak bersatu seperti kezaliman terhadap umat Islam di Palestin, Syria tidak mampu dihentikan walau pun Negara sekelilingnya adalah milik umat Islam. Umat Islam hilang kekuatan dalam aspek persiapan ketenteraan, sekalipun al-Quran dan hadis nabi memerintahkan untuk mempersiapkan kekuatan sehingga bukan sahaja aurat umat Islam ditelanjang, maruah dihina malah nyawa dibunuh sesuka hati tanpa pembelaan. Umat Islam bagaikan hilang kekuatan dalam menguasai ekonomi, sekalipun surah al-Jumuaah menekankan agar umat Islam bertebaran di muka bumi dalam membina kekuatan ekonomi. Umat islam terus menjadi pengguna dan pembeli setia kepada barangan bukan Islam. Oleh itu sama-sama kita contohi sikap yang pernah ditunjuk oleh Sayyidina Uthman bin Affan RH yang berusaha bersungguh-sungguh membeli telaga milik seorang Yahudi yang menjadi antara sumber air utama sehingga umat Islam di Madinah terpaksa membeli air dengan harga yang mahal daripada Yahudi tersebut. Akhirnya Yahudi itu sanggup menjual separuh telaganya iaitu dengan cara bergilir sehari telaga itu bawah Sayydina Uthman dan hari yang lain bawah kawalan Yahudi itu. Pada hari telaga itu di bawah jagaan Sayydina Uthman maka umat Islam akan mengambil air secara percuma dengan kadar kegunaan untuk 2 hari yang menyebabkan pada hari telaga itu di bawah kawalan Yahudi tidak ada yang datang membeli airnya. Akhirnya Yahudi itu bertindak menjual seluruh telaga itu kepada Sayyidina Uthman sehingga umat Islam tidak lagi bergantung kepada Yahudi itu untuk mendapat air. Oleh itu usaha dalam melahirkan lebih ramai usahawan, barangan dan pasaraya milik umat Islam wajib digandakan agar umat Islam tidak lagi terlalu bergantung kepada orang bukan Islam disamping sikap sesetengah pengusaha bukan Islam yang mempermainkan isu halal haram dapat dibanteras Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahanah : لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Islam menerima hakikat hubungan kemanusiaan bermasyarakat majmuk dan madani, bersempadankan akidah dan syariat yang memelihara hubungan kemanusiaan, bersikap positif terhadap semua kebaikan dan kebijaksanaan daripada semua pihak tanpa meninggalkan Islam diutamakan dan memimpin serta menjadi petunjuk yang wajib ditegakkan mengatasi yang lain daripadanya dan disampaikan mesejnya kepada seluruh manusia. Islam adalah penyelesaian yang wajib ditegaskan menjadi akidah perjuangan berkonsepkan Rabbani dan berwawasan dunia akhirat. Umat Islam wajib istiqamah atau konsisten menegakkan Islam yang sempurna tanpa paksaan terhadap pihak yang lain. Wala’ untuk tunduk kepada Islam memimpin dan bersatu di bawahnya adalah wajib dan haram berwala' kepada bukan Islam. Namun diizinkan bertahaluf dan berkerjasama dengan bukan Islam dalam titik persamaan yang tidak terkeluar daripada kewajipan menegakkan Islam sehingga berdaulat, bertujuan menyampaikan Islam kepada semua pihak dengan pelaksanaannya yang menyeluruh. Jangan atas alasan kerjasama menyebabkan hak umat Islam dan umatnya dilanggar dan dirobek atas nama kebebasan beragama dan asasi. Sebaliknya kuatkan pelaksanaan Islam sehingga orang Islam dan bukan Islam dapat merasai keadilan dan kehebatan system Islam. Manusia biasanya memusuhi apa yang mereka tidak faham berkenaannya. Oleh itu perjelaskan Islam bukan menyembunyikannya atas alasan bimbang orang bukan Islam takut dan membencinya. Umat Islam sendiri wajib yakin dengan Islam dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya bukannya kita sendiri yang menghina agama sendiri dan mempertahan orang yang menentang Islam. Islamlah nescaya kita mulia dan Berjaya dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ