أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Isnin, 8 Oktober 2018

Ibadat DiTingkat Maksiat DiSekat Negara Berkat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 78 surah an-Nisaa’ : أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ ۗ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَـٰذِهِ مِنْ عِندِ اللَّـهِ ۖ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَـٰذِهِ مِنْ عِندِكَ ۚ قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللَّـهِ ۖفَمَالِ هَـٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا ﴿٧٨﴾ ‌ Maksudnya : Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? Kita sebagai umat yang beriman kepada hari akhirat sepastinya meyakini bahawa kita adalah calon jenazah yang sedang menunggu saat kematian. Kita telah menyaksikan kematian orang lain sekeliling kita. Ada yang mati setelah terlantar beberapa hari di hospital, ada yang mati dengan terjatuh dari bangunan yang tinggi, ada yang mati kerana lemas di dalam air, ada yang mati secara tiba-tiba, tanpa disangka-sangka dan banyak pula yang mati akibat terlibat dengan nahas kemalangan jalan raya dan bermacam-macam lagi jenis kematian yang dapat disaksikan. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui nasib seseorang di akhir hayatnya. Sebab itulah, bagi kita orang yang beriman kepada Allah, hendaklah sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah dan dijauhkan daripada dimatikan dalam su’ul khatimah. 2 hari lepas negara dikejutkan dengan kematian 6 anggota Bomba ketika usaha menyelamatkan mangsa lemas berakhir dengan mereka sendiri terkorban mati lemas yang menginsafkan kita semua. Ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa termasuk 2 dari Kelantan dan kita doakan agar dianugerahkan syahid akhirat قال النبي : الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ - رواه البخاري Maksudnya: Orang yang mati syahid 5 golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura: وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Peringatan demi peringatan disampaikan Allah buat manusia menerusi pelbagai kejadian di bumi sepatutnya membuatkan manusia kembali memperkukuhkan keperibadian diri dengan pengisian takwa dan iman. Banyak fenomena dahsyat yang sudah dan sedang berlaku di muka bumi ini seharusnya mendidik manusia memahami dunia ini tidak akan kekal buat selamanya. Selama ini kita mungkin ghairah mengecapi nikmat dunia dengan memperlakukan sumber alam sewenang-wenangnya. Bukan sedikit perilaku ‘mengkhianati’ amanah Allah dilakukan manusia. Sikap ‘mendewakan’ dunia dan melupakan kehidupan akhirat semakin menonjol dalam diri manusia hari ini. Seolah-olah kehadiran manusia untuk mengaut segala nikmat duniawi tanpa memikirkan satu masa yang ditetapkan Allah kelak, manusia akan beralih ke alam barzakh seterusnya alam akhirat. Bencana alam yang berlaku juga boleh kita tafsirkan sebagai ‘teguran’ Allah ke atas sikap manusia yang lupa diri dan tidak mahu kembali mengikut ajaran-Nya yang sebenar. Negara jiran iaitu Indonesia diuji dengan gempa bumi di Lombok awal Ogos yang mengorbankan ratusan nyawa dan minggu ini berlaku pula gempa bumi dan tsunami di Pulau Palu, Sulawesi yang mengorbankan lebih 1500 nyawa setakat ini dan ada kampung yang tenggelam. Antara amalan yang dianjurkan kepada kita bila berlakunya ujian musibah iaitu : [1] Banyak berzikir, do’a, dan istighfar kepada Allah sebagaimana firman Allah dalam ayat 33 surah al-Anfal : وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿٣٣﴾ Maksudnya : Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang engkau (Wahai Muhammad) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengadab mereka, sedang mereka meminta ampun Imam Syafi’e mengatakan,: “Ubat yang paling mujarab untuk mengubati bencana adalah memperbanyak tasbih”. Imam as-Sayuti menjelaskan, “Hal itu kerana zikir dapat mengangkat bencana dan azab [2] Membantu mangsa bencana di mana kita sekarang berada dalam kenikmatan dan kesenangan, kita boleh makan, minum, dan memiliki rumah, maka ingatlah saudara-saudaramu yang terkena bencana. Saat ini mereka sedang kesusahan dan kesulitan. Maka hulurkanlah tanganmu untuk membantu mereka semampu mungkin. قال النبي : مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ – رواه مسلم Maksudnya : Sesiapa yang membantu menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan menghilangkan kesusahan darinya besok di hari kiamat Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, قال النبي : يَكُونُ فِي آخِرِ الأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ قَالَتْ: قُلْتُ، يَا رَسُولَ اللهِ! أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ؟ قَالَ: نَعَمْ، إِذَا ظَهَرَ الْخُبْثُ. – رواه الترمذي Maksudnya : Akan ada pada akhir umatku (orang-orang) yang ditenggelamkan ke dalam bumi, dirubah raut wajahnya dan dilempari (batu).” ‘Aisyah berkata, “Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah kami akan dibinasakan sementara masih ada orang-orang soleh di tengah-tengah kami?’ Baginda s.a.w menjawab, ‘Betul, ketika kemaksiatan telah bermaharajalela. قال النبي : فِي هَذِهِ اْلأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللهِ! وَمَتَى ذَاكَ؟ قَالَ: إِذَا ظَهَرَتِ الْقَيَانِ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتِ الْخُمُورُ. – رواه الترمذي Maksudnya : Di akhir zaman nanti akan ada (peristiwa) di mana orang-orang ditenggelamkan (ke dalam bumi), dilempari batu dan dirubah rupanya,” lalu seorang lelaki dari kalangan kaum muslimin bertanya, “Bilakah hal itu terjadi.” Baginda s.a.w menjawab, “Ketika para penyanyi dan alat-alat muzik telah zahir secara terang-terangan dan telah diminum arak. Amalan ke- [3] Menegakkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar kerana termasuk faktor terjadinya gempa bumi dan benacana alam yang lain adalah dosa umat manusia maka hendaknya hal itu dihilangkan, salah satu caranya dengan menegakkan kerja dakwah, saling menasihati, dan amar ma’ruf nahi munkar sehingga mengecillah kemungkaran. Bila kita acuh tak acuh dan mendiamkan kemungkaran maka bencana tersebut akan kembali menimpa kita. Bermula daripada pemimpin dengan kuasanya, ulama’ dengan ilmu kepakarannya, rakyat jelata dengan kerjasama dan sokongannya Sejarah Islam pernah mencatatkan bagaimana ketika Madinah sebagai pusat pemerintahan kembali bergoncang lalu Sayyidina Umar al-Khattob meletakkan tangannya ke tanah dan berkata kepada bumi, “Ada apa denganmu?” seterusnya beliau menyeru :“Wahai masyarakat, tidaklah gempa ini terjadi kecuali kerana ada sesuatu yang kalian lakukan. Alangkah cepatnya kalian melakukan dosa. Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, jika terjadi gempa susulan, aku tidak lagi mahu tinggal bersama kalian selamanya!” Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 13-16 surah al-Haqqah : فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ ﴿١٣﴾ وَحُمِلَتِ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَاحِدَةً ﴿١٤﴾ فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ ﴿١٥﴾ وَانشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ ﴿١٦﴾ Maksudnya : Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, - Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, - Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, - Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh) Kejadian gempa bumi dan tsunami silih berganti turut mengingatkan kita semua bahawa dunia ini sudah terlalu tua dan hampir kepada saat kehancurannya iaitu qiamat sebagaimana peringatan nabi s.a.w antaranya. قال النبي : لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ - رواه البخاري Maksudnya :‘Tidak akan berlaku Qiamat hingga banyak terjadi gempa bumi.” Sama-sama kita renungi dengan kekuatan gempa bumi dan tsunami pun telah banyak nyawa terkorban, bangunan hancur, kampung tenggelam maka kedahsyatan hari Qiamat jauh lebih dahsyat daripada itu lagi. Semoga kejadian bencana yang berlaku silih berganti akan menambahkan lagi iman seorang mukmin, memperkuat hubungannya dengan Allah. Kita wajib sedar bahawa musibah-musibah ini tidak lain dan tidak bukan antaranya akibat dosa-dosa anak manusia berupa kesyirikan dan kemaksiatan. Bersungguhlah dalam bertaubat, perbanyakkan ibadat, jauhi maksiat. Islamkan kehidupan dalam keluarga, masyarakat seterusnya negara dalam tunduk patuh kepada Allah sehingga terbina negara berkat dan kita semua bahagia dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 2 Oktober 2018

Islam DiJulang Maksiat DiTentang Umat Gemilang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 55 surah an-Nuur : وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (55)‌ Maksudnya : Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa memerintah negara (yang memegang kuasa pemerintahan) di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka sebagai khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka. Dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka Peristiwa Hijraturrasul s.a.w begitu banyak mengajar dan memberi petunjuk secara praktikal kepada umat Islam bagaimana strategi yang rapi dan tersusun ke arah membina sebuah Daulah Islamiah yang hebat dan berkat. Pelaksanaan system Islam yang menyeluruh bukan sahaja dalam membersih aqidah yang benar, ibadat khusus malah ke arah pelaksanaan system dalam negara termasuk politik, sosial, ekonomi dan sebagainya setelah tertegaknya negara yang mendaulatkan Islam. Setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki 1924M yang menyaksikan sebuah daulah yang besar dan luas dipecah belahkan oleh penjajah dalam bentuk negara-negara kecil dengan memastikan kebanyakan system Islam dihancurkan. Kini dalam mengembalikan semula system Islam yang dinafikan oleh penjajah selepas kemerdekaan negara masing-masing masih menjadi suatu perkara yang sukar akibat kefahaman dan keyakinan umat Islam sendiri yang telah sebati dengan system penjajah sehingga rasa ragu-ragu tentang keadilan dan kesempurnaan system Islam. Oleh itu menjadi kewajipan kita bersama bermula daripada kerajaan, alim ulama dan rakyat jelata untuk mengembalikan system Islam dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat serta membangunkan negara yang berkat yang Berjaya membina tamadun sepadu antara rohani dan jasmani, pembangunan fizikal dan kemanusiaan. Usaha ini mesti dilakukan secara berterusan tanpa memberi alasan bahawa ia suatu yang payah dan sukar dicapai. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ ، فَاجْتَنِبُوهُ ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ . - رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ . Maksudnya : Apa yang aku tegahkan daripadanya wajib kamu jahuhi, dan apa-apa yang Aku perintahkan kepadamu maka buatlah sekadar kemampuan kamu. Sesusugguhnya telah dihancurkan banyak kaum sebelum kami akibat mereka menyalahi dan menyanggah nabi-nabi mereka Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali ‘Imran: مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya Kejayaan Islam dalam sejarahnya menguasi 3 benua besar daripada Timur Jauh sehingga Afrika Utara dan Selatan Eropah dalam masa yang cepat kerana 2 prinsip: [1] Beriman kepada Allah dan Beriman kepada Hari Akhirat. Aqidah tauhid mengesakan Allah sahaja, tuhan yang diibadatkan kepada-Nya dengan jasad, roh dan akal. Aqidah ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi tuhan apabila berkuasa memerintah negara, diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta. Dengan tegas, aqidah tauhid menolak kesyirikan secara menyeluruh. Bukan sahaja diharamkan beribadat menyembah berhala atau patung, termasuk juga diharamkan menyembah makhluk yang lain dan sesama manusia serta tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah. Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan pemimpin individu atau bertuhankan kelompok. Islam menolak bertuhankan rakyat tanpa hidayah yang bertopengkan demokrasi yang kononnya suara rakyat adalah suara keramat, seperti tuhan yang diwarisi daripada demokrasi purba tetapi rakyat yang ditipu. Islam juga menolak teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama. Semuanya menjadikan dirinya seperti tuhan atau memilih wakil rakyat secara menipu rakyat dan menjadikan rakyat sebagai hamba. Islam juga menolak ideologi yang bertuhankan harta, tiba-tiba segala khazanah negara menjadi miliknya, boleh diambil dengan apa jua cara sekalipun dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram, sama ada secara liberal kapitalis atau komunis dan sosialis. Aqidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang boleh mengatasi undang-undang termasuk raja-raja atau ketua negara sehingga mengharamkan mereka berlagak menjadi tuhan, walaupun dia seorang rasul. Adapun aqidah beriman kepada Hari Akhirat menjadikan semua tindak tanduk manusia tanpa mengira sesiapa, tetap ada perhitungan dosa dan pahala, yang menentukannya mengikut hisab amalannya. Maka yang terlepas daripada dihukum di dunia kerana kedudukannya yang bijak menipu atau dapat mengatasi undang-undang kerana kuasanya, menjadikan imannya tetap percaya adalah tidak terlepas dari hukuman di Hari Akhirat yang lebih berat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 8 surah Al-Maidah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan Prinsip ke –[2] kejayaan negara Islam : Taqwa, Adil dan Rahmat terhadap semua di mana konsep taqwa menggantikan kebanggaan terhadap asabiyah bangsa, kaum, jantina, warna kulit, pangkat dan harta. Taqwa menjadikan manusia bermasyarakat madani secara istiqamah dan tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kerana perbezaan bangsa, agama, harta, keturunan, pangkat dan jantina. Manakala konsep adil dan rahmat dalam Islam yang lahir daripada konsep taqwa adalah mutlak terhadap semua dan segala aspek kehidupan manusia, termasuk adil terhadap musuh sehingga dikaitkan dengan konsep taqwa. Inilah konsep dan falsafah bernegara yang menjadi idaman untuk kita capai sebagai satu wawasan yang berterusan hingga ke Hari Kiamat Oleh itu amat malang sekiranya ketika masalah aqidah dan akhlak umat Islam masih terumbang ambing tiba-tiba pusat pengajian agama terus menjadi sasaran termasuk cadangan supaya ditutup setiap kali berlaku kebakaran atau guru liwat murid atau tidak berdaftar. Ketika bangsa dan agama lain sibuk membuka sekolah yang baru berteraskan bangsa masing-masing tiba-tiba umat Islam mundur ke belakang untuk menutup pusat pengajian Islam bukannya lebih memperkasa dan memperbanyakkannya serta membantu dalam mengatasi kekurangan yang ada. Mengapa tempat maksiat dan pusat keruntuhan akhlak tidak dibanteras seperti laporan Ketua Penyelaras Benteras Aktiviti Haram Azman Mahmood pada 11 Nov 2017 terdapat 1,086 pusat hiburan tidak berdaftar. Kementerian Wilayah Persekutuan pernah melaporkan pada 2017 terdapat 3 000 premis perjudian online beroperasi di Lembah Kelang. Begitu juga wujud pusat pelacuran Jalan Petaling menawarkan ratusan pelacur warga asing. Malah terbaru kes keracunan arak yang menyebabkan 30 orang mati yang kedengaran hanya straw yang diharamkan sedangkan kilang arak, kedai arak, lesen arak tidak pun ada arahan untuk ditutup atau dikurangkan. Bila negara mementingkan untuk atas kerosakan akhlak rakyat maka tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran Oleh itu marilah kita bersatu dalam mengukuhkan kekuatan umat Islam termasuk memperkasakan pusat pengajian Islam dan membanteras pusat dan aktiviti kemungkaran dalam meraih negara berkat dan selamat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 18 September 2018

Hijrah DiHayati Izzah Umat DiMiliki

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala su ruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 36 surah at-Taubah : إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾‌ Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa Kini kita telah berada di bulan Muharram tahun baru 1440H di mana bulan Muharram merupakan salah satu dari 4 bulan haram yang dimuliakan oleh Allah. Secara khusus Allah melarang berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya. Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan ini menunjukkan bahawa dosanya lebih besar daripada dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalam bulan-bulan haram termasuk Muhharam juga dilebihkan pahalanya. Salah satu amal soleh yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w untuk dikerjakan pada bulan Muharram ini ialah memperbanyakkan puasa sunat. قَالَ الرسول e: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ – رواه مسلم Maksudnya : Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.” Begitu juga galakan khusus untuk berpuasa sunat hari ke-10 Muharram قَالَ رَسُولُ اللَّهِ e: .. وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” – رواه مسلم Maksudnya : … Adapun puasa hari Asyura (iaitu hari ke-10 Muharram), pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya Sebaiknya jika berkemampuan kita gabungkan puasa Asyura’ dengan puasa sunat Tasua’ iaitu hari ke-9 Muharram sebagai bentuk berhati-hati terutama untuk membezakan daripada puasa orang Yahudi dan Nasrani لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ – رواه مسلم Maksudnya : Jika aku masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram. Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal : وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia Ayat ini menjelaskan tentang tujuan dan kelebihan hijrah antaranya : [1] Hijrah mesti dilaksana atas dasar niat ikhlas kerana Allah dan bertujuan mendapat rahmat dan keredhaan Allah. [2] Hijrah yang ikhlas akan memperolehi pengampunan Allah, memperolehi keberkatan rezeki dan kemenangan di sisi Allah. [3] Hijrah dan jihad hanya dapat dilakukan dengan mengorbankan apa yang kita miliki, termasuk hartabenda bahkan jiwa raga [4] Penekanan tentang 3 prinsip hidup, iaitu iman, hijrah dan jihad. Iman bermakna keyakinan, hijrah bermakna perubahan dan jihad bermakna perjuangan dalam menegakkan risalah Allah atas muka bumi ini. Hijrah adalah salah satu prinsip hidup yang sentiasa kita maknai dengan kebenaran berasaskan Islam. Seseorang itu dikatakan hijrah jika dia telah memenuhi 2 syarat iaitu yang pertama ada sesuatu yang ditinggalkan dan kedua ada sesuatu yang dituju. Kedua-duanya mesti dipenuhi oleh seseorang yang berhijrah. Meninggalkan segala hal yang buruk, negatif, maksiat, kondisi yang tidak kondusif menuju keadaan yang lebih yang lebih baik, positif dan kondisi yang kondusif untuk menegakkan ajaran Islam dalam setiap aspek kehidupan samada berkaitan ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. قال الرسول : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَقَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ - رواه مسلم Maksudnya: Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti mulanya maka beruntunglah orang-orang yang terasing Makna ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing itu dijelaskan oleh baginda : الَّذِينَ يُصْلِحُونَ عِنْدَ فَسَادِ النَّاسِ Mereka yang melakukan perbaikan ketika orang-orang telah rosak Dan dalam lafaz yang lain: الذين يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاس Mereka yang memperbaiki apa yang telah dirosak oleh orang-orang yang rosak Dalam lafaz lain: – رواه ابن ماجه النُّزَّاعُ مِنَ الْقَبَائِلِ “Mereka adalah orang-orang yang terasing dari kabilah-kabilah” Apa yang dapat difahami maksud ghuraba’ adalah orang yang tetap melakukan pembaikan dan tetap istiqamah menjalankan ketaatan kepada Allah ketika masyarakat telah rosak dengan istiqamah menyuruh kepada yang ma’ruf dan melarang dari yang munkar. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 115 surah an-Nisaa’ : وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا ﴿١١٥﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Pada hari ini umat Islam seluruh dunia diuji hebat dengan pelbagai bentuk penindasan termasuk di negara kita. Cabaran besar yang datang bukan sahaja kesan perang ketenteraan seperti perang proksi, bahkan serangan pemikiran. Umat Islam mulai meragui Islam adalah penyelesaian kepada konflik kemanusiaan sehingga mengambil ideologi dan akal manusia semata-mata sebagai panduan. Contohnya isu sebat pesalah budaya songsang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu 2 minggu lepas. Hukuman ke atas pesalah yang ringan dengan 6 kali sebatan syarie tidak langsung menyakiti apalagi mencederakan pesalah. Ia sekadar memalukan dan yang lebih penting ialah ia bertaubat dan memohon keampunan Allah di atas kesalahannya. Bukan sahaja itu, hukum syarak juga mempunyai nilai pencegahan ke atas masyarakat di mana penyaksian ke atas hukuman itulah nilai pencegahan kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Ini berbeza dengan sebatan sivil yang ternyata gagal mencegah perbuatan jenayah walau pun keras seperti sebat sivil menggunakan buluh tumpat dalam keadaan pesalah ditelanjangkan dan dilaksana pula secara tertutup. Malah pernah terjadi dalam isu liwat di bawa tilam sebagai bukti kes dan pesalah dipenjara bertahun-tahun sehingga maruah pesalah tercalar lebih teruk. Kegerunan hanya ada kepada yang melakukan jenayah, bukan bersifat mencegah kepada mereka yang belum atau berhasrat melakukan jenayah. Oleh itu kita menyeru kerajaan pusat agar memberikan kesempatan kepada negeri-negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bukan mempertikaikannya. Apa yang dikesalkan ialah yang disensasikan dan difokuskan ialah hukuman sebat itu dan bukannya kebimbangan terhadap perbuatan LGBT yang semakin berleluasa meskipun ia sebagai suatu kesalahan jenayah yang sepatutnya dibanteras. Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah, Firman Allah dalam ayat 87 surah al-Qasas : وَلاَ يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللهِِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu dan (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah. Umat Islam haruslah sedar dan benar-benar menghayati mesej daripada Peristiwa Hijrah nabi s.a.w dan para sahabat dengan pengertian yang sebenar. Matlamatnya untuk membina sebuah masyarakat yang hidup aman dan melaksanakan keadilan dengan menjadikan Islam memimpin bukan dipimpin dan menjadi dasar kepada pembangunan negara bukan sekadar penerapan kepada nilai-nilai ibadat dan peribadi semata-mata. Tanggungjawab mempertahankan Islam adalah salah satu usaha yang menepati matlamat hijrah yang digariskan Islam. Tugas mempertahankan Islam tidak mengira sesiapa, sama ada para pemerintah, raja-raja, ahli politik, para ulama’ serta mufti, kumpulan Islam, NGO-NGO dan umat seluruhnya. Mempertahankan Islam satu kemuliaan terutama adanya suara sumbang yang semakin lantang menghina dan menuntut agar undang-undang syariah dihapuskan. Marilah kita bekerjasama atas semangat ta’awun dan menghayati makna hijrah dalam mempertahankan kesucian agama daripada celaan mereka yang memusuhi Islam, dalam masa yang sama tanpa menafikan hak bukan Islam hidup dalam sebuah masyarakat madani berkonsepkan adil untuk semua. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya di dunia dan akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 12 September 2018

Hijrah DiHayati Keadilan Sistem Islam DiRasai

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 36 surah at-Taubah : إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾‌ Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa Kini kita telah berada di minggu terakhir bulan Zulhijjah dan juga penghujung tahun 1439H di mana tidak lama lagi kita akan sama-sama menyambut bulan Muharram tahun baru 1440H. Oleh itu marilah kita sama-sama menghitung diri tentang keadaan diri kita samada sepanjang tahun ini telah dapat berhijrah ke arah yang lebih baik atau masih di takuk yang lama atau yang lebih malang menjadi lebih teruk dari tahun sebelumnya. Hayatilah semangat hijrah sebagaimana yang diajar oleh nabi s.aw قال الرسول : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya Muharram yang bakal menemui kita merupakan salah satu dari 4 bulan haram yang telah Allah muliakan. Secara khusus Allah melarang berbuat zalim pada bulan tersebut bagi menunjukkan kehormatannya. Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan haram ini menunjukkan bahawa dosanya lebih besar daripada dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalam bulan-bulan haram termasuk Muhharam juga dilebihkan pahalanya. Antaranya dianjurkan oleh Nabi s.a.w untuk memperbanyakkan puasa sunat. قَالَ الرسول: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ – رواه مسلم Maksudnya : Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.” Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal : وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia Setiap kali menyambut kedatangan tahun baru Hijrah maka umat Islam dibentangkan dengan suatu peristiwa besar yang menjadi asas perkiraan taqwim Hijrah. Menyingkap sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah meninggalkan negara dan keluarga tersayang maka ia mengajar kita bagaimana penghijrahan baginda bukan setakat berpindah tempat tetapi menghijrahkan umat yang lemah kepada kuat, tertindas kepada bergerak cergas, melarat kepada berdaulat dan dakwah dalam lingkungan terbatas kepada seluruh masyarakat. Titik permulaan hijrah dan pembinaan negara menjadi tanda aras kebangkitan Islam yang seterusnya tersebar ke seluruh dunia.Hijrah dan pembinaan negara merupakan dua perkara saling berkait rapat antara satu sama lain. Hijrah bukan setakat mengangkat prestasi individu tetapi turut merangkumi hal ehwal kemasyarakatan dan negara. Peristiwa hijrah merakamkan pembinaan sebuah negara. Pembinaan negara Madinah bukan secara kekerasan dan penaklukan. Baginda SAW mendirikan masyarakat baharu dalam negara yang aman, penjenamaan terhadap negeri yang menjadi asas pembentukan negara daripada nama asal Yathrib bererti berpecah kepada al-Madinah al-Munawwarah bererti Bandaraya Bercahaya dengan cahaya iman. Nama yang menunjukkan kedaulatan diiktiraf semua pihak. Rasulullah SAW memerdekakan umat Islam dengan terbentuknya negara Madinah yang menjadi milik semua kaum tanpa memilih apakah bangsa dan agama mereka. Muhajirin, Aus dan Khazraj serta Arab Wathani diiktiraf sebagai warganegara. Semua pihak dilindungi undang-undang di bawah kedaulatan negara Madinah. Setelah itu, kedudukan politik Madinah diperkuat melalui persefahaman semua pemimpin kaum dengan menyetujui butir-butir perjanjian Piagam Madinah. Pembinaan negara Madinah bukan bermakna menumpang hidup dan menyusahkan orang lain, Rasulullah dan para sahabat r.a. memainkan peranan membentuk masyarakat baharu dan membina kematangan politik. Maksud suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukahri, : “Aku diperintahkan untuk berhijrah ke sebuah kota yang akan mengalahkan kota-kota lain. Kota itu disebut Yathrib. Itulah Madinah. Kota itulah yang akan membersihkan manusia (daripada segala keburukan dan kemusyrikan) sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran besi,” Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 100 surah an-Nisaa’ : وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّـهِ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿١٠٠﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani Keadaan penduduk Arab di Madinah tidak sehebat Quraisy Mekah yang memiliki kekayaan, menguasai perdagangan dan mempunyai struktur politik tersusun. Muhammad Ahsan dalam tulisannya Globalization and The Underdeveloped Muslim World : A Case Study Of Pakistan, antara tindakan awal yang dilakukan Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah adalah mengadakan bancian penduduk. Bancian tidak terbatas kepada bilangan penduduk dari segi pecahan jantina, kaum dan usia, bahkan merangkumi guna tenaga kerja, penguasaan ilmu pengetahuan, tahap literasi dan pegangan agama. Maklumat tepat mengenai profil penduduk merupakan komponen penting dalam merangka formula pemerintahan dan memastikan program dirangka menepati keperluan serta bersesuaian dengan budaya, komposisi, taburan penduduk setempat serta semasa. Data-data yang dikumpulkan dijadikan asas dalam perancangan dan pembangunan sistem serta corak pemerintahan negara. Diriwayatkan Rasulullah SAW menggali telaga-telaga baharu di sekitar Madinah sehingga air bersih cukup dibekalkan kepada seluruh penduduk. Baginda membawa gaya hidup baharu sehingga Madinah diriwayatkan menjadi bandar selamat. Realiti baharu ini dikunci mati melalui pengharaman riba yang menjadi antara punca utama berlakunya eksploitasi dalam masyarakat. Walaupun demikian, golongan Muhajirin tidak mengambil kesempatan di atas hubungan ini, sebaliknya berusaha membina ekonomi sendiri melalui sektor perniagaan. Inilah kebijaksanaan strategi pembasmian kemiskinan yang amat signifikan dalam menghayati peristiwa hijrah yang seharusnya menjadi inspirasi dalam melakukan transformasi ummah. Islam membawa umat manusia kepada kemajuan bukan mundur ke belakang, membina masyarakat penyayang menghakis kezaliman, membentuk system yang adil menyisih penindasan Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 100 surah an-Nisaa’ : الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٢﴾ Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman Hijrah bukan sahaja membuka ruang untuk beribadat khusus seperti solat, puasa secara bebas malah membolehkan system politik, ekonomi, sosial berasaskan Islam dapat dilaksanakan. Keindahan Islam yang menyeluruh dapat dilihat dan dirasai Oleh itu kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan hari akhirat sepatutnya merasa gembira dengan hukuman yang dilaksanakan ke atas pesalah budaya songsang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu minggu lepas. Apa yang dikenalkan sebagai hukuman syarak walau belum menepati sepenuhnya apa yang diperintah oleh Allah, seringkali dikritik dan dipertikaikan oleh sebahagian umat Islam dengan pelbagai tuduhan sedangkan hukuman tersebut jauh lebih ringan dari sebatan dalam penjara, yang juga ternyata gagal mencegah jenayah berbanding hukuman syarak yang mahu mencegah jenayah dalam masyarakat. Hukuman ke atas pesalah yang ringan dengan 6 kali sebatan syarie tidak langsung menyakiti apalagi mencederakan pesalah. Ia sekadar memalukan dan yang lebih penting ialah ia bertaubat dan memohon keampunan Allah di atas kesalahannya. Bukan sahaja itu, hukum syarak juga mempunyai nilai pencegahan ke atas masyarakat di mana penyaksian ke atas hukuman itulah nilai pencegahan kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Ini berbeza dengan sebatan sivil yang ternyata gagal mencegah perbuatan jenayah walau pun keras seperti sebat sivil menggunakan buluh tumpat dalam keadaan pesalah ditelanjangkan kerana ia dilakukan secara tertutup. Kegerunan hanya ada kepada yang melakukan jenayah, bukan bersifat mencegah kepada mereka yang belum atau berhasrat melakukan jenayah. Oleh itu kita menyeru kerajaan pusat agar memberikan kesempatan kepada negeri-negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bukan mempertikaikannya. Apa yang dikesalkan ialah yang disensasikan dan difokuskan ialah hukuman sebat itu dan bukannya kebimbangan terhadap perbuatan LGBT yang semakin berleluasa meskipun ia sebagai suatu kesalahan jenayah. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya di dunia dan akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 27 Ogos 2018

Korbankan Dunia Julang Agama Hidup Mulia

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Mumtahinah : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْ‌جُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ‌ ۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّـهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ Maksudnya : Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim a.s dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Alhamdulillah kita baru sahaja menyambut hari raya korban 2 hari lepas dan kini masih berada pada hari-hari Tasyriq yang akan berakhir esok di mana peluang untuk menunaikan ibadat korban masih terbuka bagi yang berkemampuan. Tidak lupa juga untuk sama-sama kita doakan agar para jemaah haji yang sedang berada di Mekah dikurniakan dengan haji yang mabrur yang dijanjikan Syurga oleh Allah. Tanpa sifat berkorban untuk Allah dalam diri menyebabkan umat Islam sendiri gagal menunaikan kewajipan agama di mana ramai yang meninggalkan solat kerana sibuk mengejar dunia, malas. Gagal korban masa maka umat Islam liat untuk hadir dalam majlis ilmu, solat berjemaah sedangkan ramai yang mampu berkumpul di tempat hiburan melalaikan walau pun dengan membayar tiket yang mahal. Ramai tidak mengerjakan haji walau pun berkemampuan atas alasan tiada duit sedangkan sanggup berbelanja habisan-habisan untuk keseronokan yang lain. Begitu juga sayang duit untuk melakukan ibadat korban kerana merasakan ia perkara bukan wajib dan merugikan. Ramai yang sanggup berbelanja untuk membeli pakaian yang mendedah aurat yang mahal sedangkan banyak alasan untuk menutup aurat. Apa yang lebih malang akibat terjerat dengan senjata musuh Islam melalui aplikasi telefon pintar seperti Bigo dan Tik Tok di mana tanpa rasa malu membuat pelbagai aksi seperti menari, melompat, berzumba dan sebagainya mengikut lagu yang disediakan untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Apabila agama diketepikan maka maruah diri dikorbankan menurut hawa nafsu tanpa mengendah lagi halal haram. Jangan biarkan kita sudahlah kekurangan sedekah jariah ditambah pula dengan maksiat jariah atau dosa yang sentiasa berjalan catatan dosanya walau pun sedang tidur, sedang solat apatah lagi sudah ditanam dalam kubur akibat berkongsi gambar mendedah aurat, mengumpat, fitnah melalui whatsap, Facebook Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 120-122 surah al-Nahlu : إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّـهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿١٢٠﴾ شَاكِرًا لِّأَنْعُمِهِ ۚ اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٢١﴾ وَآتَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ Maksudnya : Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun baginda seorang diri); Dia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan dia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. Dia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus. Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh. Ibadat korban dan ibadat haji yang berkait rapat dengan nabi Ibrahim a.s begitu banyak mendidik kita di mana nabi yang mulia ini bukan sahaja tidak terpengaruh dengan suasana jahiliah pada zaman remajanya malah bangkit mempertahankan iman disamping begitu bersungguh menjalankan kerja-kerja dakwah dalam menghancurkan jahiliah. Ciri-ciri kepemimpinan nabi Ibrahim as sebagaimana yang tertera dalam ayat 120-122 surah al-Nahlu , ditafsirkan oleh Ibnu Mas’ud dan Ibnu Umar yang menyebutkan bahawa lafaz ummah mengandungi makna bahwa pemimpin yang dijadikan teladan dan mengajarkan kebaikan kepada manusia. Kepemimpinan nabi Ibrahim a.s berlandas pada 3 kriteria, iaitu: [1] Qanit bererti patuh tunduk kepada Allah [2] Hanif, bermakna lurus dalam jalan kebenaran, Dan [3] Syukur, yang dijelaskan ertinya oleh ar-Raghib sebagai bentuk mengakui nikmat dengan hati dan memperlihatkannya dengan amal perbuatan. Pemimpin hebat hanya akan lahir dari proses tarbiah dan pegangan yang kuat dengan agama. Sebagai contoh kepada kisah nabi Ibrahim a.s, jelas tergambar bahwa Allah telah menguji baginda dengan pelbagai ujian yang begitu hebat. [1] mengorbankan perasaannya sendiri ketika harus berhadapan dengan ahli keluarga terdekat dan kaumnya yang musyrik, bahkan sampai menghadapi hukuman dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud sebagai kesan menentang perkara syirik. [2] mengorbankan kecintaannya pada anak ketika diwahyukan menyembelih nabi Ismail putera kesayangannya [3] mengorbankan harta dan tenaga ketika membangunkan Ka’abah yang menjadi pusat ibadat dan tumpuan dunia hingga ke hari ini Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah S.W.T dalam ayat 55 surah an-Nuur : وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).” 3 bentuk kemenangan di dunia yang dijanjikan itu oleh Allah kepada pejuang Islam yang sanggup berkorban apa sahaja demi mencari redha Allah iaitu : [1] Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendokong-pendokong ke atas negara atau wilayah dan memegang tampuk kepimpinan. [2] Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya kewibawaan untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara. [3] Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan. Dalam mencapai kemenangan banyak perkara yang perlu diharungi termasuk dalam membuang sifat Futur iaitu lambat, malas dan tidak serius setelah bersungguh-sungguh, rajin dan semangat. Futur adalah penyakit yang menyerang para ahli ibadah, pendakwah, pejuang dan para penuntut ilmu. Jika seseorang telah terkena penyakit ini maka menjadi lemah, lambat dan malas. Bahkan boleh jadi akan putus tugas dan amalannya setelah sebelumnya begitu bersungguh-sungguh, punya semangat dan kerajinan. Antara kesan bahaya penyakit malas ini adalah ialah [1] berjangkit sifat munafik yang malas dalam ibadat, benci untuk berjihad dengan harta benda apatah lagi jiwa raga untuk Islam. Sentiasa mencari pelbagai alasan untuk tidak terlibat dengan perjuangan Islam [2] Merasa lali dari membaca Al-Quran dan zikir. Terasa berat untuk melaksanakannya lantas ditinggalkan. Hati terasa gersang dan keras sehingga bacaan Al-Quran dan nasihat yang diberikan tidak berkesan lagi bagi hati. Dosa-dosa dan kemaksiatan telah menutupinya dari mendapatkan faedahnya. Keras hatinya itu sampai keperingkat tidak dapat mengambil pelajaran dari kematian atau adanya orang yang mati. Dia melewati perkuburan, namun dia merasa tidak terjadi apa-apa. Padahal sebenarnya kematian itu sudah cukup menjadi peringatan. [3] Merasa tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang ada di bahunya sehingga mengambil mudah terhadap kewajipan agama yang disuruh. Dia menurut agama pada perkara yang dipersetujui dengan nafsu dan menolak arahan agama yang bercanggah dengan nafsu [4] Manakala malas dan futur yang disebabkan oleh faktor fizikal bukan semata-mata hati maka orang ini sebenarnya senang beribadah dan suka melaksanakannya. Bahkan dia bersedih jika melewatkannya. Namun, dia tetap dalam keadaan malas. Contohnya sepanjang malam berlalu, dia begitu ingin mengisinya dengan qiamulail, tetapi dia tidak juga mengerjakannya, padahal dia berjaga tidak tidur dan sedar. Ada yang berniat akan mengkhatamkan Al-Qur’an sekali setiap bulan. Namun, sekian bulan berlalu, tidak sekalipun dia menghatamkannya. Ada juga senang puasa sunat, namun jarang sekali dia melakukannya. Jadi hatinya sahaja bersemangat sedangkan anggotanya lesu tak bermaya untuk melakukannya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 142 surah Ali ‘Imran : أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّـهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ ﴿١٤٢﴾ Maksudnya : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha dalam menjadikan diri kita dalam golongan yang sanggup berkorban apa saja untuk Islam dalam meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Antaranya dengan menjauhi sifat malas dalam beribadat dan berjuang di mana antara punca atau timbulnya sifat malas itu ialah : [1] berlebihan dalam beragama seperti benci untuk berkahwin atas alasan mengganggu ibadat sedangkan Allah memudahkan Islam kepada kita bukan menyusahkan [2] Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus seperti membazir dalam makan minum . [3] Memisahkan diri dari Jemaah Islam [4] Sedikit mengingat akhirat sedangkan banyak mengingati kehidupan akhirat membuat seseorang rajin beramal [5] masuknya perkara haram ke dalam perut [6] tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi tentangan dan ujian sekeliling termasuk fitnah anak, isteri, harta, pangkat [7] bersahabat dengan orang-orang yang lemah dan malas beribadat juga [8] Jatuh dan lemas dalam kemaksiatan Oleh itu bersungguhlah kita menunaikan kewajipan dan menjauhi larangan Allah. Rajinlah solat Jemaah di belakang imam sebelum jenazah kita disolatkan di hadapan imam, tutuplah aurat kita sebelum jenazah kita dibalut dengan kain kapan putih, banyakkan bersedekah sebelum harta itu hanya menjadi pesaka bagi waris yang hidup. Hiasi hidup kita dengan agama. Jangan kotori hidup kita dengan maksiat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 19 Ogos 2018

حطبة عيد الأضحى 1439 هـ

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله دالم أية 36 سورة الحج : وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّـهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٣٦﴾ مقصودڽ : دان كامي جاديكن اونتا ﴿يڠ دهديهكن كڤد فقير مسكين مكة ايت﴾ سباهاڬين دري شِعار أڬام الله اونتوق كامو; ڤد مڽمبليه اونتا يڠ ترسبوت اد كبأيقكن باڬي كامو; اوليه ايت سبوتله نام الله ﴿سماس مڽمبليهڽ﴾ كتيك اي برديري د اتس تيڬ كاكيڽ مك اڤابيلا اي تومبڠ ﴿سرتا ڤوتوس ڽاواڽ﴾، ماكنله سباهاڬين درڤدڽ، دان بريله ﴿بهاڬين يڠ لاين﴾ كڤد اورڠ-اورڠ يڠ تيدق ممينتا دان يڠ ممينتا. دمكينله كامي مودهكنڽ اونتوق كامو ﴿مڽمبليهڽ﴾ سوڤاي كامو برشكور. سلامت مڽمبوت عيدالاضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكوران يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. سمڤنا برادا ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت سام-سام مندعاءكن سموڬ ڤارا جماعة حاج دري سلوروه دنيا يڠ سداڠ مڠرجكن عبادة حاج د مكة دبريكن كصيحاتن دان كسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوڬرهكن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن كچوالي شرڬ. سمڤنا براداڽ كيت ڤد هاري راي قربان اين سهيڠڬ بيراخيرڽ هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة ننتي مك باڬي كيت يڠ بركممڤوان دسارنكن اونتوق ملاكوكن عبادة قربان. انتارا توجوان بسر عبادة قربان اياله مندكتكن ديري كيت كڤد الله دڠن منظاهيركن راس شكور اتس نعمة يڠ دتريما. شكور اداله صفة اورڠ برايمان، سبب داتڠڽ رضا الله، مڽلامت سسأورڠ دري عذاب الله، برتمبهڽ نعمة يڠ لأين دان دجنجيكن الله اونتوق منداڤت ڬنجارن د دنيا دان اخيرة انتارا تندا همبا الله يڠ برشكور اياله : [1] هاتيڽ يقين سمواڽ ميلك الله د مان كتيك دبري رزقي يڠ لبيه تيدق اكن ممبواتڽ سومبوڠ. بڬيتو جوڬ كتيك رزقي يڠ سديكيت، دي تيدق مروڠوت. كتيك مليهت كلبيهن اورڠ لأين، تيدق ايري هاتي. [2] ليدهڽ سلالو باسه دڠن لفظ شكور دان ذكرالله. [3] برتريما كاسيه كڤد مأنسي يڠ منجادي ڤرانتارا سمڤايڽ نعمة الله كڤد كيت سباڬايمان يڠ دأجر اوليه نبي صلى الله عليه وسلم دالم باڽق حديث انتاراڽ: مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ- رواه أبو دأود مقصودڽ : سسياڤا يڠ تله بربوات سواتو كبأيقكن ڤدمو، مك بالسله دڠن يڠ سروڤا. جيك اڠكاو تيدق بيسا ممبالسڽ دڠن يڠ سروڤا مك دعاءكنڽ هيڠڬ اڠكاو مڠيرا دعاءمو ترسبوت ممڤو ممبالس دڠن سروڤا اتس كبأيقكنڽ [4] ڬوناكن نعمة أونتوق دكت كڤد الله سڤرتي مات دڤاكاي اونتوق مليهت القرءان، ليده دڤاكاي اونتوق برذكر، بڬيتو جوڬ دڠن واڠ يڠ أدا دڬونا اونتوق برصدقة ترماسوق منونايكن عبادة قربان [5]مڽمڤايكن نعمة كڤد اورڠ لأين اڬر اورڠ ايت جادي دكت كڤد الله. سالوركن نعمة يڠ تله الله كورنياكن كڤد اورڠ لأين سوڤاي اورڠ تسبوت منيرو كبأيقكن يڠ تله كيت لاكوكن سهيڠڬ نعمة الله داڤت دراسأي سموا. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سوره البقرة ايات 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ مقصودڽ : دان ﴿ايڠتله﴾، كتيك نبي إبراهيم داوجي اوليه توهنڽ دڠن ببراڤ كلمة ﴿سوروهن دان لارڠن﴾، مك نبي إبراهيم ڤون مڽمڤورناكنڽ. ﴿ستله ايت﴾ الله برفرمان: "سسوڠڬوهڽ اكو ملنتيقمو منجادي امام ﴿ڤميمڤين ايكوتن﴾ باڬي اومة مأنسي". نبي إبراهيم ڤون مموهون دڠن بركات: "﴿يا توهنكو!﴾ جاديكنله جوڬ ﴿اڤله جوا كيراڽ﴾ دري كتوروننكو ﴿ڤميمڤين-ڤميمڤين ايكوتن﴾". الله برفرمان: "﴿ڤرموهوننمو دتريما، تتاڤي﴾ جنجيكو اين تيدق اكن دداڤتي اوليه اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم. دعوة نبي إبراهيم بوكن ستاكت اونتوق مڠوبه اينديۏيدو درڤد مڽمبه برهالا كڤد الله سباليقڽ دعوة يڠ لواس هيڠڬ مليبتكن ڤروبهن ڤوليتيق نڬارا درڤد شِرِك كڤد الله كڤد منتوحيدكن الله. جك كڤيمڤينن دالم سبواه كلوارڬ ماهو ڤون مشاركة بوليه منچورق چارا براڬام اڤاته لاڬي مليبتكن كڤيمڤينن نڬارا. كجايأن كڤيمڤينن اسلام اڤابيلا منڤتي چيري-چيري ترسبوت إيأيت : [1] القرءان سباڬاي ڤميمڤين [2] مميليقكي صفة يڠ اوڠڬول دان تربأيك سباڬاي خليفة د اتس موك بومي اين ايأيت ايمان دان تقوى [3] منونايكن أمانة دان توڬس دڠن سمڤورنا ايأيت ملقساناكن كعاديلن، ممباڠونكن عالم، منونايكن شرعية اسلامية، منجالنكن أمر معروف دان نهي موڠكر دان سباڬايڽ. [4] برڤندوكن ڤرينسيڤ كڤيمڤينن دان ڤڠوروسن يڠ هيبت ملالوءي اورڬانيساسي يڠ منتڤ. انتاراڽ اياله ڤرينسيڤ كدولتن شرعية اسلامية ايأيت اوندڠ-اوندڠ ترتيڠڬي دالم نڬارا اياله اوندڠ اسلام يڠ برسومبر كڤد 2 رجوعكن اوتام ايأيت القرءان دان السنة. ڤرينسيڤ كعاديلن سسام رعية دڠن منجامين حق-حق رعية دالم سموا بيدڠ كهيدوڤن، تيدق مڽكت كبيباسن، تيدق مليندوڠي kroni يڠ ملڠڬر ڤراتورن. ڤرينسيڤ ڤرسامأن دڠن منجامين حق يڠ سام د انتارا ورڬنڬارا يڠ براڬام اسلام دالم سموا اسڤيق كهيدوڤن تنڤا مڠيرا كتورونن، بڠسا دان بهاس. بڬيتو جوڬ دڠن بوكن مسلم كچوالي دالم جاوتن كڤيمڤينن ترتيڠڬي نڬارا. اين برارتي ڤنتدبيران اسلام منولق عمالن ڤيليه كاسيه دالم ڤرجاوتن، ڤيليه بولو دالم ڤرلنتيقكن kroni. ڤرينسيڤ شُوْرَى برمقصود كواجيڤن ملاكوكن مشوارت دان ڤربينچاڠن باڬي منداڤتكن كڤوتوسن دان ڤنداڠن يڠ تربأيك سچارا برسام د كالڠن ڤارا ڤميمڤين اتاو اڠڬوتا مشوارت دان ڤاكر-ڤاكر يڠ دلنتيق. اوليه ايت سسواتو كڤوتوسن دالم ڤنتدبيران تيدق هاروس دبوات اوليه سسأورڠ اينديۏيدو سهاج، سباڬايمان تيدق بوليه ڤنداڠن ساتو اينديۏيدو دڤقسا اونتوق دتريما اتاو دلقسانكن اوليه اورڠ لأين تنڤا كڤوتوسن برسام [5] مڠڬوناكن سيستم دان اوندڠ-اوندڠ يڠ برصفة كتوهانن د مان سيستم ڤوليتيق اسلام دان ڤرونداڠن اسلام بيلا دڬوناكن، اي ممبريكن كقواتن كڤد نڬارا دان رعية كران عنصور-عنصور ڤڽليويڠن سڤرتي رشوة، ڤچه أمانة، ڤنيڤوان، ڤڠخيانتن، كظاليمن لبيه تركاول. [6] كڤاتوهن رعية يڠ تيڠڬي كڤد سيستم ڤوليتيق اسلام دان كڤيمڤيننڽ د مان كرجاسام دان دوكوڠن درڤد رعية اكن منجاديكن نڬارا كوكوه دان ستابيل. [7] منمڤوه اوجين دان چابرن دڠن چكال دان صبر د مان القرءان مماڤركن باڬايمانا كجايأن يڠ دڤراوليهي اوليه ڤارا نبي دان رسول يڠ مروڤاكن كڤيمڤينن اومة اداله ملالوءي ڤروسيس چابرن دان اوجين يڠ ساڠت برت. حاصيل درڤد كصبران يڠ امت تيڠڬي، مك الله مڠانوڬرهكن كمناڠن دان كجايأن [8] ممڤوڽأي ڤڽوكوڠ اتاو ڤندوكوڠ يڠ ستيا يڠ منجادي ساتو شرط ڤنتيڠ كڤد كجايأن كڤيمڤينن كران ڬولوڠن اينيله منجادي تراس اوتام كڤد ڤروڬريم يڠ دأتور دان منجاياكنڽ دڠن بأيك د مان مريك اكن برسديا مڠهاروڠي سڬالا چابرن يڠ برلاكو [9] منولق كڤيمڤينن يڠ ظاليم، ممڤرسنداكن اسلام كران اي مڠونداڠ كموركأن الله اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله تعالى دالم أية 71 سورة التوبة : وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ مقصودڽ : دان اورڠ-اورڠ يڠ برايمان، للاكي دان ڤرمڤوان، سباهاڬينڽ منجادي ڤنولوڠ باڬي سباهاڬين يڠ لاين; مريك برجواڠ منڬقكن يڠ معروف ﴿شريعة﴾ دان منچڬه كموڠكرن; دان مريك منديريكن سمبهيڠ دان ممبري زكاة، سرتا طاعة كڤد الله دان رسول-ڽ. مريك ايت اكن دبري رحمة اوليه الله; سسوڠڬوهڽ الله مها كواس، لاڬي مها بيجقسان د سباليق كجايأن نبي إبراهيم دالم مڠوبه مأنسي يڠ مڽمبه برهالا دان مرونتوه كراجأن ظاليم مك د بلاكڠڽ اد ڤڠوربانن استري دان انقڽ. اين مڠاجر كيت سموا اڬر برسوڠڬوه ملاهيركن كلوارڬ يڠ منجادي ڤندوكوڠ ڤرجواڠن اسلام انتاراڽ منجاديكن رومهتڠڬ كيت سباڬاي “رومهكو شرڬكو“ دڠن ممنوهي چيري-چيريڽ ايايت : [1] منديريكن رومهتڠڬ اتس داسر تقوى دان كسينمبوڠن ڤرجواڠن سرتا دعوة اسلامية. جاڠن بينا اتس كڤنتيڠن لأين سڤرتي هرتا، ڤڠاروه، روڤا ڤارس، نفسو شهوات دان كدودوقكن دنيوي. [2] مڠهياسي رومهتڠڬ دڠن بيئة اتاو ڤرسكيتارن اسلامية. جاڠن إذنكن معصية دان موڠكر برسارڠ دالم رومهتڠڬ يڠ دبينا. [3] مڠيسي رومهتڠڬ دڠن ڤڠيسين روحاني، ڤميكيرن دان شَخْصِيَّة اتاو اخلاق برتراسكن اسلام يڠ شُمُوْل. جاڠن جاديكن رومهتڠڬ سڤرتي قبور يڠ سوڽي تنڤا اكتيۏيتي عمل اسلامي. [4] رومهتڠڬ سباڬاي مركز دعوة يڠ مرنچانا oreantasi دان ڬرق كرجا ملالوءي ڤربينچاڠن دان ڤڠليبتن برسام سإيسي كلوارڬ د ارينا دعوة سكاليڬوس مڠكاديركن انق-انق سوڤاي منجادي ڤجوڠ. جاڠن بنركن سأورڠ ڤون اڠڬوتا كلوارڬ مميسه ديري دري سواسان ڤرجواڠن. [5] موجودكن بوديا نصيحة مناصيحة دان ساليڠ ممهمي دالم مندڤني اڤ جوا situasi رومهتڠڬ. جاڠن ترلالو emosi هيڠڬ مڠڬوناكن ككراسن سڤرتي مموكول استري دان مڠهرديق مڠڬوناكن بهاس يڠ كاسر دان كست. [6] ملقساناكن تڠڬوڠجواب دان منونايكن حق ايسي كلوارڬ سمأدا سوامي، استري دان أنق. جاڠن ابايكن تڠڬوڠجواب سڤرتي نفقة ظاهر دان باطين، حق منداڤت ڤرهاتين، كاسيه سايڠ دان ڤرليندوڠن. [7] مناڠني ڤرمسئلهن رومهتڠڬ يڠ ملندا سچارا ماتڠ دان حرموني. جاڠن بوات كڤوتوسن تربورو-بورو دان emosiسڤرتي چڤت منجاتوهكن طلاق اتاو سوك ممينتا چراي. [8] مڠهيندري 1001 عناصير negatif سڤرتي بوروق سڠك، فتنة دان سباڬايڽ. [9] جاڠن إذنكن عناصير يڠ مروسقكن كداماين رومهتڠڬ سڤرتي هيلڠ كڤرچايأن كڤد ڤاسڠن اڤاته لاڬي مڽيبركن مسئلة رومهتڠڬ دالم whatsap، facebook يڠ ممبوروقكن لاڬي مسئلة [10] ڤڠوروسن ايكونومي يڠ ستابيل دان kreatif منمبه سومبر كواڠن اونتوق كلوارڬ دان دعوة اسلام. جاڠن مالس برديكاري اونتوق منچاري رزقي، مالس برفيكير اونتوق مرنچڠ كبهاڬيأن ماس دڤن كلوارڬ. [11] مليبتكن ديري دڠن اكتيۏيتي برجماعة دان اكتيۏيتي برمشاركة. جاڠن جادي كرا سومبڠ تنڤا ڤڠليبتن aktif دالم مجليس علمو دان ڤروڬريم مشاركة مسلمين/مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم سورة هود اية 76-77 : يَا إِبْرَاهِيمُ أَعْرِضْ عَنْ هَـٰذَا ۖ إِنَّهُ قَدْ جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَإِنَّهُمْ آتِيهِمْ عَذَابٌ غَيْرُ مَرْدُودٍ ﴿٧٦﴾ وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَـٰذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ ﴿٧٧﴾ مقصودڽ : ﴿ملائكة-ملائكة ايت بركات﴾: "واهاي إبراهيم! جاڠنله دهيراوكن حال اين. سسوڠڬوهڽ تله داتڠ ڤرينته توهنمو ﴿مڠحكوم مريك﴾، دان سسوڠڬوهڽ مريك اكن دداتڠي عذاب يڠ تيدق اكن داڤت دتولق ﴿اوليه بنتاهن اتاو دعاء ڤرموهونن﴾". دان اڤابيلا داتڠ اوتوسن-اوتوسن كامي كڤد نبي لوط، دي مراسا دوكچيتا دڠن كداتاڠن مريك، دان مراسا تيدق تردايا اونتوق مڠاول مريك ﴿دري ڬڠڬوان قومڽ﴾، سمبيل بركات: "اين اداله هاري يڠ امت منچمسكن". كتيك مڽوروتي قصة نبي إبراهيم جوڬ مك كيت داڤتي بڬيندا ڤرنه بروسها اڬر اومة نبي لوط يڠ ترليبت دڠن عمالن سوڠسڠ دسلامتكن اوليه الله تتاڤي عقيبة ڤڽاكيت اين سوده ممباره دان سوكر داوباتي لاڬي سهيڠڬ ڬولوڠن ايت دهنچوركن دڠن دهشت سكالي. بڬيتوله بيلا كيت مليهت ڬولوڠن يڠ ممڤرجواڠكن حق اونتوق مڠحلالكن LGBT دالم نڬارا مك سڤاستيڽ كيت يڠ برايمان اكن مننتڠڽ. كيت بڬيتو بيمبڠ بيلا كاجين كمنترين كصيحاتن منونجوقكن 50 ڤراتوس درڤد كيس بارو Hiv يڠ دريكودكن ڤد 2017 اداله برڤونچا دري اكتيۏيتي LGBT دان زنا إيأيت 14 كالي ڬندا لبيه تيڠڬي بربنديڠ اينديۏيدو امبيل داده ملالوءي سونتيقكن. منيڠكت دڠن مندادق ستياڤ تاهون درڤد هاڽ 63 كيس ڤد تاهون 2000 كڤد 1،697 كيس ڤد تاهون 2017 تراوتما منتري اڬام مڽبوت بهاوا 80 ڤراتوس درڤد ڬولوڠن LGBT ترليبت دالم industri seks. حق LGBT اياله منداڤت راوتن بوكن مڽيبار لواس ڤڽاكيت مربهاي ايت. ڤرلو ڬنديڠن برمولاڽ كراجأن، اڬينسي كصيحhتن، اينستيتوسي اڬام، ڤاكر psiokologi دالم مڠوباتي ڤڽاكيت LGBT يڠ بهاي اين. جيك مسئلة داده اداڽ ڤوست راوتن خصوص مك ڤڽاكيت LGBT جوڬ ڤرلو اد ڤوست راوتن دالم مراواتڽ. ڤرلو جوڬ سكت ڤڽاكيت LGBT اين ملالوءي تيندقن اوندڠ-اوندڠ د مان سيكڤ ترلالو برلمبوت مڽببكن اي سماكين مريبق بيلا السن حق اساسي مأنسي مك ڤڽاكيت LGBT مينتا داعتراف. ڤڽاكيت يڠ برچڠڬه دڠن اڬام دان اخلاق نورمل تيدق لايق اونتوق منداڤت ڤڠإعترافن. سباليقڽ كيت مندسق اڬر كراجأن لبيه برسوڠڬوه دالم ممبنركن ڤكرجا وانيتا تراوتما دالم شريكة ڤنربڠن، ڤرهوتيلن دان لأينڽ اونتوق منداڤت حق اونتوق منوتوڤ عورة. لارڠن توتوڤ عورة بوكن سهاج مڽكت حق اڬام ماله حق اساسي مأنسي يڠ دلأوڠكن. مڠاڤ بيلا مليبتكن ڤركار يڠ برجڠڬه دڠن اڬام سڤرت LGBT مك إي دتوده مڽكت حق أساسي مأنسي سداڠكن بيلا أورڠ إسلام إيڠين ملقسانا توتنتوتن أڬام سڤرت توتوڤ عورة كتيك بكرج مك إيت تيدق دكاتاكن مڽكت حق أساسي مأنسي ؟. اسلامله نسچاي كيت مليا دنيا اخيرة. لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ – رواه البخاري مقصودڽ : رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ملعنة للاكي يڠ مڽروڤأي وانيتا دان وانيتا يڠ مڽروڤأي للاكي. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 34 سورة النمل : قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ مقصودڽ : راتو بلقيس بركات: “سسوڠڬوهڽ راج-راج، اڤابيلا ماسوق كسبواه نڬري، مريك مروسقكنڽ، دان مريك منجاديكن ڤندودوقڽ يڠ مليا كڤد هينا-دينا; دان دمكين ايتوله مريك اكن لاكوكن مسلمين/مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى، تاهون اين كيت مڽمبوت هاري راي قربان كتيك كهاڠتن نڬارا مڽمبوت كمرديكأن كالي ك-61. سسبواه نڬارا بوليه دكاتاكن مرديك سچارا حقيقي اڤابيلا كمرديكأن ترسبوت ترجادي سچارا مڽلوروه دالم ستياڤ سڬي. كمرديكأن ترسبوت بوكن هاڽ دالم konteks نڬارا سمات-مات تتاڤي جوڬ individu دان مشاركة يڠ منجادي ڤڠيسي سبواه نڬارا. اومة إسلام مستي ميقيني كبڠكيتن سمولا اسلام، تتاڤي بوكن دڠن منوڠڬو كمناڠن ڤرچوما، سباليقڽ برجواڠ برسام جماعة مڠڬوناكن سڬالا كبيجقسنأن دان كلبيهن ڤد ديري. جاڠن ڤوتوس اسا دان لمه سماڠت سأوله-اوله تياد هارڤن لاڬي اونتوق اورڠ اسلام، سداڠكن اڬام اين دجاڬ دان دڤليهارا الله . ستياڤ ڤجوڠ واجب منجادي همبا الله دان بوكنڽ ممڤرهمباكن الله دڠن دودوق سهاج مراتيب د رومه، منوڠڬو الله منڠكن اسلام تنڤا سبارڠ اوسها. اسلام تيدق بوليه دجوال بلي اتاو دسمبوڽيكن د مان اومة تتڤ برتڠڬوڠجواب منڬقكنڽ، مڽمبوڠ ڤرجواڠن ڤارا نبي دان رسول سچارا برجماعة والاوڤون تيدق دڤرستوجوي قوم مشركين. والاو ڤون اخلاق اومة كيني تيدق سام دڠن ڤارا نبي دان رسول اتاو خلفاء الراشدين دان ڤارا امام مذهب يڠ هيبت، تتاڤي اسلام دڤليهارا سچارا جماعة. كلبيهن يڠ اد ڤد ديري ماسيڠ-ماسيڠ، دچمڤوركن منجادي ساتو كقواتن مڠڬنتي كقواتن نبي دان رسول، كقواتن امام يڠ هيبت د زمان دهولو. اين چارا ممليهارا اسلام. سلاڬي كيت تق ماتي، تونايكن كواجيڤن اين. عبادة حاج د مكة سباڬاي بوقتي كهيبتن اسلام د مان اي دلقسانكن مسلم دري سلوروه دنيا، ترماسوق دري نڬارا يڠ كراجأن اسلام ڤرنه دجاتوهكن سڤرتي Sepanyol، Soviet دان چينا. كتيك مڽوروتي اڬيندا مڠهاڤوسكن اسلام د آسيا تڠه د مان اومة اسلام دبلاسه هابيس-هابيسن، مسجد دتوكر منجادي ڤڠڬوڠ وايڠ دان كندڠ بابي، مانكالا اورڠ مودا تيدق دبنركن صلاة د مسجد كران دتعلوق komunis. تيبا-تيبا komunis يڠ هنچور ليبور، اسلام بڠكيت سمولا. والاوڤون كواس بسر دنيا، الله بوليه جاتوهكن بيلا-بيلا ماس سهاج. فرسي، روم، كراجأن nazi Jerman، جڤون، British ڤرنه جادي كواس بسر دنيا. Soviet Union هنچور ليبور. ترماسوق اميريكا، سداڠ مرودوم. هاري اين كيت مڽقسيكن اومة اسلام يڠ برجملة سوده سمڤأي 1.5 bilion اتاوڤون لبيه لاڬي. ڤلباڬاي بڠسا دري سلوروه ڤلوسوق دنيا. مريك مڠهنتر واكيل د مكة المكرة. كيت مڽقسيكن باڬايمانا چهاي اڬام اسلام تق بوليه دڤادمكن سكالي-كالي. والاوڤون نڬارا اومة اسلام دهنچور لبوركن، دجاتوهكن خلافة، كجاتوهن عُثمانِيَّة 1924. تق اد يڠ ڬنتي. اورڠ اسلام هيدوڤ برسليراق د زمان ڤنجاجاهن، نڬري اومة اسلام دڤچه دان دڤرينته، اورڠ اسلام دلاڬ-لاڬاكن. تتاڤي كڤساتن دالم دعوة اسلام تروس برلاكو، اين كهيبتن اسلام. رنتاو نوسنتارا يڠ دداتڠي Portugis، Belanda، British دان جڤون، سرتا دبهاڬي دان دڤچه-ڤچهكن، جوڬ دڬاڽڠ دڠن كتنترأن، ايكونومي دان ڤوليتيق، تتاڤي چهاي اسلام تيدق بوليه دڤادمكن، سباليقڽ تتڤ بركمبڠ د زمان ڤنجاجه دان سلڤسڽ. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ چمڤورتاڠن كواس بسر تراوتما اميريكا شريكة دان سكوتوڽ دالم مڠهنچوركن نڬارا اومة اسلام تروس برجالن سمأدا دڠن ملاڬاكن اومة اسلام سهيڠڬ برلاكو ڤراڠ سودارا، ڬرقكن اسلام د ببراڤ نڬارا دنافيكن كمناڠن والاو ڤون تله برجاي دالم ڤيليهنراي. تيندقكن باچول تربارو مڽقسيكن مات واڠ ليرا توركي جاتوه دسببكن اوليه كڤوتوسن اميريكا شريكة اونتوق منيڠكت دان مڠڬنداكن تاريف كلولي دان aluminium دري تركي منجاديكن مات واڠ ليرا كهيلڠن لبيه سوكو درڤد نيلايڽ. اين سچارا لڠسوڠ مڽببكن كتيدق ستابيلن ايكونومي domestik تركي يڠ ممبري كسن كڤد رعيm. اين جوڬ مڠڬڠڬو كستابيلن ڤوليتيr تركي يڠ دليهت بڬيتو لنتڠ مننتڠ إسرائيل دان منجادي سواتو كواس بارو يڠ منجادي تومڤوان كباڽقكن نڬارا اسلام. برساماله كيت سباڬاي اومة اسلام برمروة اونتوق بڠكيت برساتو اتس نام ڤرسودارأن اسلام دالم ممبنتو ترماسوق ملالوءي دعاء اڬر ڤرانچڠن موسوه اسلام داڤت دهنتيكن سڬرا. ..........فرمان الله دالم سورة الصفات أية 8 : يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾ مقصودڽ : مريك سنتياس بروسها هندق ممادمكن چهاي الله ﴿اسلام﴾ دڠن مولوت مريك، سداڠ الله تتڤ مڽمڤورناكن چهايڽ، سكاليڤون اورڠ-اورڠ كافير تيدق سوك ﴿اكن يڠ دمكين﴾. مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، سلامت مڽمبوت عيدالأضحى دان سلامت مڠرجكن عبادة قربان برمولا ڤاڬي اين هيڠڬله براخير هاري تشريق 13 ذوالحجه ننتي. بهاڬيكن داڬيڠ قربان كڤد سودارا يڠ ممرلوكن اڬر مريك توروت مراسأي نعمة الله دان بتاڤ مانيسڽ نعمة ڤرسودارأن اسلام. قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي كممڤوان سداڠكن دي تيدق ملاكوكن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندكتي تمڤت صلاة كامي اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى الشام وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidil Adha 1439H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Hajj : وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّـهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkannya untuk kamu (menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Sempena beradanya kita pada hari raya korban ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. Antara tujuan besar ibadat korban ialah mendekatkan diri kita kepada Allah dengan menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang diterima. Syukur adalah sifat orang beriman, sebab datangnya redha Allah, menyelamat seseorang dari azab Allah, bertambahnya Nikmat yang lain dan dijanjikan Allah untuk mendapat ganjaran di dunia dan akhirat Antara tanda hamba Allah yang bersyukur ialah [1] hatinya yakin semuanya milik Allah di mana ketika diberi rezeki yang lebih tidak akan membuatnya sombong. Begitu pun ketika rezeki yang sedikit, ia tidak merungut. Ketika melihat kelebihan orang lain, tidak iri hati. [2] lisannya selalu basah dengan lafaz syukur dan zikrullah. [3] berterima kasih kepada kepada manusia yang menjadi perantara sampainya nikmat Allah kepada kita sebagaimana yang diajar oleh nabi s.a.w dalam banyak hadis antaranya: مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ- رواه أبو دأود Maksudnya : Sesiapa yang telah berbuat suatu kebaikan padamu, maka balaslah dengan yang serupa. Jika engkau tidak bisa membalasnya dengan yang serupa maka doakannya hingga engkau mengira doamu tersebut mampu membalas dengan serupa atas kebaikannya [4] gunakan nikmat untuk dekat kepada Allah seperti mata dipakai untuk melihat al-Quran, lisan dipakai untuk berzikir, begitu juga dengan wang yang ada diguna untuk bersedekah termasuk menunaikan ibadat korban [5] menyampaikan nikmat kepada orang lain agar orang itu jadi dekat kepada Allah. Salurkan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada orang lain supaya orang tesebut meniru kebaikan yang telah kita lakukan sehingga nikmat Allah dapat dirasai semua. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim. Dakwah nabi Ibrahim a.s bukan setakat untuk mengubah individu daripada menyembah berhala kepada Allah sebaliknya dakwah yang luas hingga melibatkan perubahan politik negara daripada syirik kepada Allah kepada mengEsakan Allah. Jika kepimpinan dalam sebuah keluarga mahu pun masyarakat boleh mencorak cara beragama apatah lagi melibatkan kepimpinan negara. Kejayaan kepimpinan Islam apabila menepati ciri-ciri tersebut iaitu : [1] al-Quran Sebagai Pemimpin [2] Memiliki Sifat yang Unggul dan Terbaik sebagai Khalifah di atas muka bumi ini iaitu iman dan taqwa [3] Menunaikan Amanah dan Tugas dengan Sempurna iaitu melaksanakan keadilan, membangunkan alam, menunaikan syariah Islamiyyah, menjalankan amar makruf dan nahi mungkar dan sebagainya. [4] Berpandukan Prinsip Kepimpinan dan Pengurusan Yang Hebat melalui organisasi yang mantap. Antaranya ialah prinsip kedaulatan syariah Islamiyyah iaitu undang-undang tertinggi dalam negara ialah undang Islam yang bersumber kepada 2 rujukan utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Prinsip keadilan sesama rakyat dengan menjamin hak-hak rakyat dalam semua bidang kehidupan, tidak menyekat kebebasan, tidak melindungi kroni yang melanggar peraturan. Prinsip persamaan dengan menjamin hak yang sama di antara warganegara yang beragama Islam dalam semua aspek kehidupan tanpa mengira keturunan, bangsa dan bahasa. Begitu juga dengan non muslim kecuali dalam jawatan kepimpinan tertinggi negara. Ini bererti pentadbiran Islam menolak amalan pilih kasih dalam perjawatan, pilih bulu dalam perlantikan kroni. Prinsip Syura bermaksud kewajipan melakukan mesyuarat dan perbincangan bagi mendapatkan keputusan dan pandangan yang terbaik secara bersama di kalangan para pemimpin atau anggota mesyuarat dan pakar-pakar yang dilantik. Oleh itu sesuatu keputusan dalam pentadbiran tidak harus dibuat oleh seseorang individu sahaja, sebagaimana tidak boleh pandangan satu individu dipaksa untuk diterima atau dilaksanakan oleh orang lain tanpa keputusan bersama [5] Menggunakan Sistem dan Undang-undang yang Bersifat Ketuhanan di mana sistem politik Islam dan perundangan Islam bila digunakan, ia memberikan kekuatan kepada negara dan rakyat kerana unsur-unsur penyelewengan seperti rasuah, pecah amanah, penipuan, pengkhianatan, kezaliman lebih terkawal. [6] Kepatuhan Rakyat Yang Tinggi kepada Sistem politik Islam dan kepimpinannya di mana kerjasama dan dokongan daripada rakyat akan menjadikan negara kukuh dan stabil. [7] Menempuh Ujian dan Cabaran dengan Cekal dan Sabar di mana Al-Quran memaparkan bagaimana kejayaan yang diperolehi oleh para Nabi dan Rasul yang merupakan kepimpinan Ummah adalah melalui proses cabaran dan ujian yang sangat berat. Hasil daripada kesabaran yang amat tinggi, maka Allah menganugerahkan kemenangan dan kejayaan [8] Mempunyai Penyokong atau Pendokong yang Setia yang menjadi satu syarat penting kepada kejayaan kepimpinan kerana golongan inilah menjadi teras utama kepada program yang diatur dan menjayakannya dengan baik di mana mereka akan bersedia mengharungi segala cabaran yang berlaku [9] Menolak Kepimpinan Yang zalim, Mempersendakan Islam kerana ia mengundang kemurkaan Allah اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 71 : وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ Maksudnya : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka berjuang menegakkan yang makruf (syariat) dan mencegah kemungkaran; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana Di sebalik kejayaan nabi Ibrahim a.s dalam mengubah manusia yang menyembah berhala dan meruntuh kerajaan zalim maka di belakangnya ada pengorbanan isteri dan anaknya. Ini mengajar kita semua agar bersungguh melahirkan keluarga yang menjadi pendokong perjuangan Islam antaranya menjadikan rumahtangga kita sebagai “Rumahku Syurgaku” dengan memenuhi ciri-cirinya iaitu : [1] Mendirikan rumahtangga atas dasar taqwa dan kesinambungan perjuangan serta dakwah Islamiyah. Jangan bina atas kepentingan lain seperti harta, pengaruh, rupa paras, nafsu syahwat dan kedudukan duniawi. [2] Menghiasi rumahtangga dengan bi’ah atau persekitaran Islamiyah. Jangan izinkan maksiat dan mungkar bersarang dalam rumahtangga yang dibina. [3] Mengisi rumahtangga dengan pengisian rohani, pemikiran dan syakhsiyah atau akhlak berteraskan Islam yang syumul. Jangan jadikan rumahtangga seperti kubur yang sunyi tanpa aktiviti amal Islami. [4] Rumahtangga sebagai Markaz Dakwah yang merencana orientasi dan gerakkerja melalui perbincangan dan penglibatan bersama seisi keluarga di arena dakwah sekaligus mengkaderkan anak-anak supaya menjadi pejuang. Jangan benarkan seorang pun anggota keluarga memisah diri dari suasana perjuangan. [5] Mewujudkan budaya nasihat menasihat dan saling memahami dalam mendepani apa jua situasi rumahtangga. Jangan terlalu emosi hingga menggunakan kekerasan seperti memukul isteri dan mengherdik menggunakan bahasa yang kasar dan kesat. [6] Melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak isi keluarga samada suami, isteri dan anak. Jangan abaikan tanggungjawab seperti nafkah zahir dan batin, hak mendapat perhatian, kasih sayang dan perlindungan. [7] Menangani permasalahan rumahtangga yang melanda secara matang dan harmoni. Jangan buat keputusan terburu-buru dan emosi seperti cepat menjatuhkan talak atau suka meminta cerai. [8] Menghindari 1001 anasir negatif seperti buruk sangka, fitnah dan sebagainya. [9] Jangan izinkan anasir yang merosakkan kedamaian rumahtangga seperti hilang kepercayaankepada pasangan tumbuh apatah lagi menyebarkan masalah rumahtangga dalam whatsap, facebook yang memburukkan lagi masalah [10] Pengurusan ekonomi yang stabil dan kreatif menambah sumber kewangan untuk keluarga dan dakwah Islam. Jangan malas berdikari untuk mencari rezeki, malas berfikir untuk merancang kebahagiaan masa depan keluarga. [11] Melibatkan diri dengan aktiviti berjamaah dan aktiviti bermasyarakat. Jangan jadi kera sumbang tanpa penglibatan aktif dalam majlis ilmu dan program masyarakat Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam Surah Hud ayat 76-77 : يَا إِبْرَاهِيمُ أَعْرِضْ عَنْ هَـٰذَا ۖ إِنَّهُ قَدْ جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَإِنَّهُمْ آتِيهِمْ عَذَابٌ غَيْرُ مَرْدُودٍ ﴿٧٦﴾ وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَـٰذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ ﴿٧٧﴾ Maksudnya : (Malaikat-malaikat itu berkata): "Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan)". Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Luth, dia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan". Ketika menyoroti kisah nabi Ibrahim a.s juga maka kita dapati baginda pernah berusaha agar umat nabi Luth yang terlibat dengan amalan songsang diselamatkan oleh Allah tetapi akibat penyakit ini sudah membarah dan sukar diubati lagi sehingga golongan itu dihancurkan dengan dahsyat sekali. Begitulah bila kita melihat golongan yang memperjuangkan hak untuk menghalakan LGBT dalam negara maka sepastinya kita yang beriman akan menentangnya. Kita begitu bimbang bila kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan 50 peratus daripada kes baru HIV yang direkodkan pada 2017 adalah berpunca dari aktiviti homoseksual dan biseksual iaitu 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu ambil dadah melalui suntikan. Meningkat dengan mendadak setiap tahun daripada hanya 63 kes pada tahun 2000 kepada 1,697 kes pada tahun 2017 terutama menteri agama menyebut bahawa 80 peratus daripada golongan LGBT terlibat dalam industri seks. Hak LGBT ialah mendapat rawatan bukan menyebar luas penyakit merbahaya itu. Perlu gandingan bermulanya kerajaan, agensi kesihatan, institusi agama, pakar psiokologi dalam mengubati penyakit LGBT yang bahaya ini. Jika masalah dadah adanya pusat rawatan khusus maka penyakit LGBT juga perlu ada pusat rawatan dalam merawatnya. Perlu juga sekat penyakit LGBT ini melalui tindakan undang-undang di mana sikap terlalu berlembut menyebabkan ia semakin merebak Bila alasan hak asasi manusia maka penyakit LGBT minta diiktiraf. Penyakit yang bercanggah dengan agama dan akhlak normal tidak layak untuk mendapat pengiktirafan. Sebaliknya kita mendesak agar kerajaan lebih bersungguh dalam membenarkan pekerja wanita terutama dalam syarikat penerbangan, perhotelan dan lainnya untuk mendapat hak untuk menutup aurat. Larangan tutup aurat bukan sahaja menyekat hak agama malah hak asasi manusia yang dilaungkan. Islamlah nescaya kita mulia dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 34 سورة النمل : قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ Maksudnya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Tahun ini kita menyambut hari raya korban ketika kehangatan negara menyambut kemerdekaan kali ke-61. Sesebuah Negara boleh dikatakan merdeka secara hakiki apabila kemerdekaan tersebut terjadi secara menyeluruh dalam setiap segi. Kemerdekaan tersebut bukan hanya dalam konteks Negara semata tetapi juga individu dan masyarakat yang menjadi pengisi sebuah Negara. Umat mesti meyakini kebangkitan semula Islam, tetapi bukan dengan menunggu kemenangan percuma, sebaliknya berjuang bersama jemaah menggunakan segala kebijaksanaan dan kelebihan pada diri. Jangan putus asa dan lemah semangat seolah-olah tiada harapan lagi untuk orang Islam, sedangkan agama ini dijaga dan dipelihara Allah . Setiap pejuang wajib menjadi hamba Allah dan bukannya memperhambakan Allah dengan duduk sahaja meratib di rumah, menunggu Allah menangkan Islam tanpa sebarang usaha. Islam tidak boleh dijual beli atau disembunyikan di mana umat tetap bertanggungjawab menegakkannya, menyambung perjuangan para Nabi dan Rasul secara berjamaah walaupun tidak dipersetujui kaum Musyrikin. Walau pun akhlak umat kini tidak sama dengan para Nabi dan Rasul atau Khulafa’ ar-Rasyidin dan para Imam Mazhab yang hebat, tetapi Islam dipelihara secara jemaah. Kelebihan yang ada pada diri masing-masing, dicampurkan menjadi satu kekuatan mengganti kekuatan Nabi dan Rasul, kekuatan Imam yang hebat di zaman dahulu. Ini cara memelihara Islam. Selagi kita tak mati, tunaikan kewajipan ini. Ibadah Haji di Makkah sebagai bukti kehebatan Islam di mana ia dilaksanakan Muslim dari seluruh dunia, termasuk dari negara yang Kerajaan Islam pernah dijatuhkan seperti Sepanyol, Soviet dan China. Ketika menyoroti agenda menghapuskan Islam di Asia Tengah di mana umat Islam dibelasah habis-habisan, masjid ditukar menjadi panggung wayang dan kandang babi, manakala orang muda tidak dibenarkan solat di masjid kerana ditakluk Komunis. Tiba-tiba Komunis yang hancur lebur, Islam bangkit semula. Walaupun kuasa besar dunia, Allah boleh jatuhkan bila-bila masa sahaja. Parsi, Rom, Kerajaan Nazi Jerman, Jepun, British pernah jadi kuasa besar dunia. Soviet Union hancur lebur. Termasuk Amerika, sedang merudum. Hari ini kita menyaksikan umat Islam yang berjumlah sudah sampai 1.5 bilion ataupun lebih lagi. Pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia. Mereka menghantar wakil di Makkah al-Mukarramah. Kita menyaksikan bagaimana cahaya agama Islam tak boleh dipadamkan sekali-kali. Walaupun negara umat Islam dihancur leburkan, dijatuhkan khilafah, kejatuhan Uthmaniyah 1924. Tak ada yang ganti. Orang Islam hidup berselerak di zaman penjajahan, negeri umat Islam dipecah dan diperintah, orang Islam dilaga-lagakan. Tetapi kepesatan dalam dakwah Islam terus berlaku, ini kehebatan Islam. Rantau Nusantara yang didatangi Portugis, Belanda, British dan Jepun, serta dibahagi dan dipecah-pecahkan, juga diganyang dengan ketenteraan, ekonomi dan politik, tetapi cahaya Islam tidak boleh dipadamkan, sebaliknya tetap berkembang di zaman penjajah. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Campurtangan kuasa besar terutama Amerika Syarikat dan sekutunya dalam menghancurkan negara umat Islam terus berjalan samada dengan melagakan umat Islam sehingga berlaku perang saudara, gerakan Islam di beberapa negara dinafikan kemenangan walau pun telah berjaya dalam pilihanraya. Tindakan bacul terbaru menyaksikan Matawang Lira Turki jatuh disebabkan oleh keputusan Amerika Syarikat untuk meningkat dan menggandakan tarif keluli dan aluminium dari Turki menjadikan matawang Lira kehilangan lebih suku daripada nilainya. Ini secara langsung menyebabkan ketidakstabilan ekonomi domestik Turki yang memberi kesan kepada rakyat. Ini juga mengganggu kestabilan politik Turki yang dilihat begitu lantang menentang Israel dan menjadi suatu kuasa baru yang menjadi tumpuan kebanyakan negara Islam. Bersamalah kita sebagai umat Islam bermaruah untuk bangkit bersatu atas nama persaudaraan Islam dalam membantu termasuk melalui doa agar perancangan musuh Islam dapat dihentikan segera. Firman Allah dalam Surah as-Soof ayat 8 : يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾ Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Selamat menyambut Aidil Adha dan selamat mengerjakan ibadat korban bermula pagi ini hinggalah berakhir hari tasyriq 13 Zulhijjah nanti. Bahagikan daging korban kepada saudara yang memerlukan agar mereka turut merasai nikmat Allah dan betapa manisnya nikmat persaudaraan Islam. قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى الشام وفي مصر وفي أفْرِيْقِيا وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ