أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat Datang

Khamis, 10 Julai 2008

Islam DiSanggah Fitnah Bercambah

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Bulan Rejab, peristiwa Isra’ dan Mikraj serta kewajipan solat 5 waktu sehari semalam berkait antara satu sama lain. Peristiwa yang menguji keimanan ini begitu banyak memberi peringatan dan pengajaran berharga kepada kita terutama dalam meyakini kehebatan dan kekuasaan Allah. Begitu juga dengan kewajipan solat yang merupakan tiang agama yang mampu melahirkan umat yang takut kepada Allah sehingga menjauhi kejahatan, berdisiplin dalam menjaga masa, hormat kepada pemimpin dan berkasih sayang melalui solat berjemaah, bertanggungjawab terhadap tugas, menjaga kesihatan melalui pergerakan dalam solat dan pelbagai lagi kelebihan solat. Sebab itulah kita menyokong cadangan kerajaan Kelantan untuk menjadikan solat 5 waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam kerana jika seseorang itu tidak solat bererti dia tidak lagi takut kepada Allah yang Maha Kuasa apatah lagi untuk malu kepada sesama manusia yang serba lemah sehingga meluasnya pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Begitu juga cadangan untuk digubalkan undang-undang bagi membolehkan orang Islam yang tidak menunaikan solat 5 waktu boleh diambil tindakan tegas. Ini adalah suatu yang penting kerana menurut suatu kajian bahawa hanya 25 peratus sahaja umat Islam di negara ini yang betul-betul menjaga solat 5 waktu. Benarlah amaran nabi Muhammad s.a.w bahawa simpulan Islam ini akan dirombak satu demi satu oleh umat Islam sendiri bermula dengan mengenepikan sistem Islam dalam kehidupan dan diakhiri dengan meninggalkan solat 5 waktu disebabkan kejahilan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Setiap kali membicarakan peristiwa Isra’ Mikraj maka sejak dari zaman nabi lagi wujudnya umat yang terus yakin bahawa ia benar-benar berlaku terhadap tubuh dan ruh nabi secara serentak kerana ia adalah salah suatu daripada kuasa Allah. Tidak kurang yang mengengkarinya akibat melihat kepada kelemahan diri manusia yang tidak mampu berbuat demikian sehingga tidak nampak lagi tentang kuasa Allah yang melakukan segala perjalanan nabi itu. Begitulah apa yang berlaku pada hari ini terutama kepada pelaksanaan sistem dan cara hidup Islam yang diyakini sebagai yang terbaik bagi golongan yang tunduk dan patuh pada arahan dan larangan Allah. Manakala lahirnya begitu ramai dari kalangan umat Islam sendiri yang mempertikaikan sistem dan cara hidup Islam kerana mereka seolah-seolah nampak bahawa itu hanya saranan manusia bukannya datang daripada kehendak Allah. Mereka meletakkan arahan dan larangan Allah sama taraf atau lebih hina daripada sistem ciptaan manusia. Oleh itu kita dapat saksikan bagaimana sistem Islam sentiasa menjadi korban kepada kehendak hawa nafsu umat Islam sendiri seperti sukatan dan masa untuk pengajian agama dikurangkan, pusat pengajian agama ditarik bantuan dan sentiasa ditekan, program agama dikawal ketat ketika program maksiat diperluaskan, pemakaian cara Islam dipertikaikan ketika pakaian bertelanjang digalakkan, ulama’ dibataskan peranannya dan sebagainya. Kita kecewa bila media massa menabur fitnah berkaitan saranan tidak eloknya bergincu dan memakai kasut bertumit tinggi di Kota Bharu yang merupakan suatu risalah dakwah sahaja bukannya undang-undang sehingga ada yang faham agama turut menghina saranan ini dengan mengatakan bahawa perempuan di Kelantan hanya layak memakai kasut getah sahaja agar tidak mengeluarkan bunyi. Sepatutnya orang faham agama memandang bahawa saranan ini adalah tuntutan agama yang mesti disokong terutama pada zaman orang yang tidak lagi pandai menutup aurat tetapi hanya pandai menutup tubuh sahaja.
Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,
Kita masih ingat lagi tentang masalah pemakaian serban dua tahun lepas yang menyaksikan 2 pelajar dibuang sekolah dan bila dibicarakan di mahkamah mereka bukan sahaja kalah malah hakim bukan Islam diberikan kebenaran dalam menjatuhkan hukuman yang berkaitan dengan ajaran Islam iaitu masalah serban yang dituduh sebagai pakaian padang pasir dengan alasan bahawa Abu Jahal pun pakai serban. Kini masalah ini timbul kembali bila pelajar pondok ini terpaksa dihadap ke mahkamah kerana mempertahankan pemakaian serban semasa memandu motosikal memandangkan ianya dibenarkan oleh perundangan negara. Tindakan anggota polis ini telah membuka ruang kepada ketua pengarang akhbar Inggeris The Star dengan biadapnya menulis dalam blognya bahawa kaum Sikh mengenakan serban atas alasan agama. Untuk umat Islam, adakah ianya tuntutan agama untuk berserban atau adakah semata-mata kerana mahu dilihat alim atau dilihat bagaikan Arab. Sepatutnya jika umat Islam sayang kepada ulama’ dan pengajian agama maka dia tidak akan tergamak untuk menyusahkan sesama Islam apatah lagi tindakannya ini akan menyebabkan orang bukan Islam akan turut menghina pakaian cara Islam. Malah tindakan ini bakal menyusahkan lebih ramai lagi umat Islam untuk pergi solat dan mengaji di masjid-masjid dan pusat pengajian agama dengan hanya perlu memakai serban sahaja. Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah melembutkan hati pihak yang berkenaan sebagaimana Dia melembutkan besi kepada nabi Daud sehingga saman ini ditarik balik dan permohonan maaf dilakukan. Ingatlah kita bahawa berpegang dan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di akhir zaman ini bagaikan menggenggam bara api malah ganjaran bagi mereka yang memperjuangkan dan mempertahankan sunnah nabi ini ganjarannya begitu besar sebagaimana yang tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi :
مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِيْ عِنْدَ فَسَادِ أُمَّتِيْ فَلَهُ أَجْرُ مِائَة شَهِيْدٍ
Maksudnya : Sesiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku ketika kerosakan umatku maka baginya pahala seratus orang mati syahid

Sidang jumaat yang dikasihi Allah ,
فرمان الله تعالى دالم أية 224-226 سورة الشعراء :
وَالشُّعَرَاء يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لاَ يَفْعَلُونَ

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tentu hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak tentu hala dalam setiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka sendiri tidak melakukannya?
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan dalam masyarakat arab yang terkenal dengan ketinggian gaya bahasa. Kita dapat saksikan bagaimana peranan besar yang dimainkan oleh tukang syair yang mampu menaikkan seseorang yang jahat dan dalam masa yang sama boleh menjatuhkan seseorang yang baik melalui syair mereka yang kebanyakannya digantung di kelambu Ka’abah. Pada hari ini kita boleh katakan bagaimana golongan wartawan mengambil alih kerja tukang syair itu sehingga jika tidak menjaga batas agama maka pelbagai fitnah ditabur melalui media massa sehingga seorang yang jahat dipuja dan seorang yang baik dihina malah Islam turut nampak zalim akibat penulisan wartawan yang bencikan Islam. Wartawan boleh memburukkan lagi suasana bila tidak menjadikan Islam sebagai dasar penulisan sehingga masalah melibatkan maruah seperti zina dan liwat dijadikan bahan pelaris jualan. Ditambah lagi dengan sikap sebahagian umat Islam yang hanya setakat mahu menjunjung al-Quran untuk bersumpah sedangkan system dan jalan penyelesaian yang terkandung dalam al-Quran ditolak. Masalah tuduhan zina atau liwat sebagai contohnya di mana al-Quran telah pun menunjukkan bagaimana cara untuk menyelesaikannya sebagaimana firman Allah dalam ayat 4 dan 5 surah an-Nur :
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلاَ تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ إِلاَّّ الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Bebaskan Bumi Isra'

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Setiap kali tibanya bulan Rejab maka umat Islam sentiasa diperingatkan berkenaan suatu peristiwa penting yang telah berlaku terhadap diri Rasulullah s.a.w iaitu Isra’ dan Mikraj di mana melalui peristiwa inilah maka umat Islam diwajibkan agar mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Isra’ yang merupakan perjalanan nabi pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa manakala Mikraj pula merupakan perjalanan nabi dari Masjidil al-Aqsa ke langit tertinggi di mana peristiwa ini yang merupakan antara mukjizat nabi Muhammad s.a.w telah berlaku terhadap tubuh dan ruh Rasulullah s.a.w secara serentak. Peristiwa ini telah menguji keimanan umat yang telah pun beriman dan juga kepercayaan mereka yang terus memusuhi baginda dari dulu hingga kini. Peristiwa ini begitu penting untuk diambil pengajaran sewajarnya terutama dalam memikirkan kekuasaan Allah yang berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya termasuk memperjalankan nabi Muhammad s.a.w dalam masa yang suatu masa yang singkat ke tempat yang begitu jauh
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
فرمان الله تعالى دالم أية 82 سورة المائدة :
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya kamu dapati mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang mukmin ialah orang yahudi dan orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang beriman ialah orang yang berkata : “ Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Demikian itu disebabkan ada di antara mereka itu, terdapat pendeta dan rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombong diri.
Setiap kali membicarakan peristiwa Isra’ Mikraj maka tidak terlepas untuk menyentuh berkenaan kedudukan bumi Isra’ itu sendiri iaitu Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa yang kini dijajah oleh yahudi laknatullah. Pada tahun ini umat Islam memperingati Nakbah atau malapetaka yang menimpa umat Islam Palestin yang sehingga kini terus menderita sejak 60 tahun yang lalu. Pada 31 Ogos 1897 merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini di mana pada 15 Mei 1948 negara Israel diisytiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Tepat 15 hb Mei 2008 ini maka genaplah 60 tahun berlaku peristiwa Nakbah iaitu peristiwa malapetaka ke atas rakyat Palestin. Pada 15 hb Mei 1948 itu tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik iaitu sejumlah 750,000 orang atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka. Mereka telah dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan negara-negara jiran yang kini telah mencecah lebih 4.5 juta orang. Kini sudah 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.
Mereka terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi , tanpa tempat tinggal , tiada pekerjaan , pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh Amerika Syarikat. Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.
Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,
قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ - رواية الترمذي دان النسائي
Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid
Perpecahan di kalangan pemimpin dan umat Islam telah membuka ruang yang luas kepada zionis yahudi untuk terus mengganas di bumi Palestin. Kebanyakan umat Islam di negara arab sekeliling bumi Palestin lebih seronok berbicara berkenaan hiburan, sukan dan perkara yang melalaikan daripada membincangkan isu Palestin. Perasaan persaudaraan yang semakin longgar akibat semangat kebangsaan yang kuat disamping tidak merasakan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam bukannya isu rakyat Palestin sahaja. Perasaan tidak menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam turut menjadi punca utama kepada penerusan tindakan zalim dan ganas yahudi terhadap saudara seagama kita di Palestin. Penyakit takut kepada mati dan tamak kepada habuan dunia yang membarah dalam diri umat Islam juga membuka luas ruang kepada musuh Islam untuk membunuh umat Islam tanpa rasa takut dan bimbang. Perasaan inilah yang merebak hingga ke negara kita sehingga pemimpin tidak berasa malu menggadaikan Pulau Batu Putih kepada Singapura tanpa kesungguhan yang secukupnya dalam mempertahankannya. Jika pulau yang dalam laut telah digadai maka kita bimbang sebahagian bumi Johor turut digadai tanpa rasa bersalah demi mengejar keuntungan.

Sidang jumaat yang dikasihi Allah ,
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : لاَتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اليَهُوْدَ فيقتلهم المُسْلِمُوْنَ حَتَّى يَخْتَبِيْءَ اليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ الحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُوْلُ الحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَاعَبْدَاللهِ هَذَا يَهُوْدِيُّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إَلاَّ الغَرْقَد فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ اليَهُوْدِ.
Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.
Kita juga perlu mengambil berat berkenaan 3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11 000 rakyat Palestin dipenjarakan di Israel sehingga ada yang dipenjara sehingga 30 tahun. Penjara Israel ini menyaksikan pelbagai tindakan kejam yang dilakukan terhadap banduan sehingga ramai yang mati. Bila mengingati kekejaman penjara Israel ini maka tidak lupa untuk kita mengutuk kekejaman terhadap tahanan ISA yang diperlakukan seperti binatang. Malah ada tahanan yang terpaksa bercerai dengan isteri akibat tekanan yang dahsyat ini. Apa yang terbaru ialah seorang mangsa ISA tidak dapat melihat anaknya yang koma akibat terjatuh tangga pada saat-saat akhir kehidupannya. Sempena hari Jumaat yang mulia ini maka untuk sekian kalinya kita mendesak pemimpin agak membebaskan semua tahanan ISA atau bicarakannya di mahkamah jika mereka benar-benar bersalah. Kita juga mendesak agar pemimpin menarik balik kebenaran kepada 2 warga Israel yang bakal datang bersama pasukan bolasepak Chealse untuk mengotori bumi Malaysia. Sayangilah bumi dan umat Islam Palestin dan pulaukanlah penjenayah zionis yahudi.
Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 7 Julai 2008

Islam DiSisih Umat Merintih

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 155-157سورة البقرة :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أولئك عليهم صلوتٌ من ربهم ورحمةٌ وأولئك هم المهتدون
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan : إنا لله وإنا إليه رجعون . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ujian dan bala yang datang daripada Allah kepada umat manusia adalah bertujuan untuk membezakan antara hamba Allah yang benar-benar bersyukur kepadaNya dengan mereka yang kufur. Ramai di kalangan umat manusia apabila dilimpahi dengan pelbagai nikmat dunia maka mereka lupa kepada Allah. Sebaliknya apabila diuji dengan hilangnya nikmat yang dikecapi selama ini barulah mereka ingat kepada Allah. Begitu ramai lagi umat yang tidak ingat kepada Allah ketika mendapat rezeki yang banyak dan meluahkan kemarahan kepada Allah apabila nikmat itu ditarik daripadanya. Amat kurang hamba Allah yang begitu rapat dengan Allah ketika dianugerahkan dengan nikmat yang melimpah dan semakin rapat kepadaNya bila diuji dengan bala ujian yang menguji keimanannya. Islam memuji umatnya yang bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim :
قال الرسول  : عَجَبًا ِلأَمْرِ المُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Maksudnya: Begitu beruntung nasib orang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tiada habuan yang baik kecuali bagi orang yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka dia bersyukur maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa sesuatu kesusahan maka dia bersabar maka sabar itu baik baginya

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah al-Anfal :
وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya
Al-Quran telah menjelaskan kepada kita bagaimana beberapa bentuk ujian yang biasanya dihadapi oleh umat manusia dari dulu hingga kini. Antaranya ialah perasaan takut akibat suasana yang tidak aman seperti peperangan atau kadar jenayah yang meningkat. Manusia juga diuji dengan kelaparan akibat kemarau yang kekurangan bekalan makanan atau harga barangan yang agak mahal yang menyebabkan tidak mampu dibeli oleh golongan yang susah. Ujian juga berbentuk kekurangan harta akibat pengangguran yang tinggi atau nilai wang yang merosot yang mengurangkan kadar kemampuan untuk membeli. Sesetengah keadaan manusia diuji dengan kematian orang tersayang akibat peperangan, ribut, gempa bumi dan sebagainya. Cubaan Allah juga datang dalam bentuk kekurangan bekalan makanan dan buah-buahan akibat kurangnya hasil tanaman atau harganya naik sehingga gagal dibeli oleh golongan miskin.
Ketika menyoroti kenaikan harga barang selepas kenaikan harga minyak yang berlaku dalam negara kita maka didapati adanya salahguna kuasa yang menyebabkan rakyat terus menderita. Pembaziran yang berlaku dalam mengurus hasil negara antara punca yang menyebabkan rakyat yang menanggung beban. Sistem Islam yang diabaikan juga menjadi punca kawalan terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan rakyat tidak terkawal.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :
.....ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم فى الدنيا والآخرة وأولئك أصحاب النار هم فيها خـلدون
Maksudnya : …….Dan sesiapa daripada kamu yang murtad daripada agamanya lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir maka gugurlah amalan-amalan mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka menjadi ahli neraka yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya
Kesibukan dalam membicarakan masalah kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan barangan keperluan yang lain jangan pula melupakan kita kepada isu-isu besar yang lain terutama yang bersangkutan dengan agama secara langsung seperti masalah murtadnya seorang muallaf yang dibenarkan oleh sebuah mahkamah bulan lalu. Kes ini dibimbangi akan digunakan oleh berapa ramai lagi orang yang ingin murtad untuk mengistihar secara rasmi keluarnya mereka daripada Islam. Begitu juga usaha sebuah majalah berbahasa Inggeris yang menuntut melalui mahkamah agar dapat menggunakan nama Allah di mana kes ini kita dapati seperti ada agenda tertentu dalam memesongkan kefahaman terhadap makna Allah yang sebenar yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Kristian dengan Islam. Mengapa sebelum ini istilah yang berbeza mengikut agama dapat diterima pakai seperti ulama’, paderi dan sami bagi melambangkan ahli agama dan masjid, gereja dan kuil bagi melambangkan tempat ibadat sedangkan nama Allah mahu disamakan sedangkan peganagan antara Islam dan Kristian adalah berbeza dan bercanggah. Begitu juga pihak Kristian sedang memohon kebenaran dalam mendaftar 3 gerbang elektronik (web) dalam menyebar luaskan lagi ajaran Kristian di negara ini melalui internet.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Tindakan yang bersungguh oleh agama lain agak berbeza dengan tindakan pemimpin kita yang mengaku beragama Islam terhadap penyebaran Islam di mana mereka terus menekan pusat pengajian agama di mana antara tindakan jahat yang terbaru ialah mahu membatalkan kerjasama antara kolej Islam dalam negara ini untuk menyambung pengajian lanjutan ke Universiti Azhar, Mesir atas alasan pengajian agama tidak mendatangkan keuntungan kepada negara dan punca pengangguran yang ramai. Ini agak selari dengan istilah modal insan yang dilaungkan selama ini yang mengikut ajaran kapitalis yang memandang semua perkara termasuk manusia itu sendiri adalah modal untuk diperniagakan demi mencapai keuntungan sebanyak mungkin. Apa lagi yang diharapkan daripada pemimpin yang jahil ini dalam menjaga agama di mana pendidikan Islam mahu dikuburkan dan kebajikan rakyat diabaikan dengan kenaikan harga barangan tidak diendahkan. Benarlah kata Tuan Guru Hj Abdul Rahman pengasas Pondok Sungai Durian bahawa Harimau mati tinggalkan belang, Penjajah Inggeris pergi tingalkan undang-undang. Sistem pendidikan boleh menggambarkan keadaan umat Islam pada masa akan datang. Sekiranya sistem pendidikan Islam diperkasakan maka impian untuk melihat seluruh sistem Islam dapat dilaksanakan dalam negara semakin cerah. Sedangkan jika sistem pendidikan Islam bukan sahaja diabaikan malah diperangi secara terancang maka negara ini semakin rosak dan hancur diracuni oleh sistem kuffar yang menyesatkan. Umat Islam dulu dipandang tinggi sama dengan Islam yang merupakan kalimah Allah yang paling tinggi kerana mereka melaksanakan Islam. Sebaliknya umat Islam hari ini menjadi hina kerana mereka merentap turun Islam agar sama rendah dengan mereka akibat menyembah sistem yang bercanggah dengan Islam.
فرمان الله تعالى دالم أية 42-43 سورة الأنعام :
وَلَقَدْ أَرْسَلنَآ إِلَى أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ فَلَوْلا إِذْ جَاءهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُواْ وَلَكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum kamu. Kemudian Kami siksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan agar mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendah diri. Maka mengapa mereka tidak memohon dengan tunduk merendah diri ketika datangnya siksaan Kami kepada mereka. Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan mereka keelokan apa yang selalu mereka kerjakan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sabtu, 5 Julai 2008

Nikmat Meningkat Nikmat DiSekat

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 155-157سورة البقرة :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أولئك عليهم صلوتٌ من ربهم ورحمةٌ وأولئك هم المهتدون
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan : إنا لله وإنا إليه رجعون . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Kehidupan di dunia yang sementara ini perlu kepada kesabaran dalam menempuh segala pancaroba dan ujian daripada Allah. Setiap bala dan ujian ada hikmahnya yang tersendiri dalam menyedarkan hakikat diri betapa lemahnya kita sebagai hamba Allah yang sentiasa bergantung harap kepada Allah dalam semua perkara. Kadang-kadang ujian yang datang akibat daripada perbuatan kita sendiri yang bertindak menderhaka kepada Allah walau pun nikmat yang dianugerahkan begitu banyak tidak terkira. Ketika kita masih merenungi nasib yang menimpa mangsa ribut Nargis di Myanmar diikuti dengan gempa bumi di China yang mengorbankan puluhan ribu nyawa maka kita di negara ini selepas terkejut dengan perubahan besar politik selepas pilihanraya umum lalu kini rakyat dikejutkan pula dengan kenaikan harga minyak yang begitu tinggi semalam disamping tarif elektrik yang turut naik mendadak. Kita sebagai rakyat sebuah negara yang kaya minyak terpaksa membeli minyak dengan harga yang paling mahal berbanding negara pengeluar minyak yang lain di dunia. Kita berasa hairan apabila setiap kali negara mendapat keuntungan dengan kenaikan harga minyak dunia yang membolehkan Petronas dan negara mengaut keuntungan yang berganda tetapi rakyat pula dipaksa untuk bertambah derita sedangkan negara pengeluar minyak yang lain bertindak menambahkan lagi kebajikan kepada rakyat termasuk mengawal kenaikan harga minyak. Kita seolah-olah diajar cara untuk menurunkan harga minyak ialah Petronas mesti untung kecil barulah harga minyak boleh dikurangkan. Selagi Petronas untung banyak maka harga minyak terus naik. Oleh itu jangan kita menjadi pak turut yang menerima apa sahaja alasan yang memperbodohkan kita. Jadilah manusia yang bijak dan tidak mudah ditipu

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 1 - 3 surah al-Mutaffifin :
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُواْ عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
Maksudnya : Kecelakaan ke atas mereka yang curang terhadap sukatan atau timbangan. Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan bagi pihak mereka maka mereka minta disempurnakan. Dan apabila menyukat atau menimbang bagi pihak orang lain lalu mereka menguranginya.
Penderitaan rakyat semakin teruk dan bertambah buruk akibat kenaikan ini selepas tahun lepas kita kekurangan bekalan gula dan minyak masak walau pun negara kita merupakan antara negara pengeluar utama tanaman tersebut. Begitu juga dari awal tahun ini, negara menghadapi kekurangan bekalan beras yang merupakan antara hasil utama negara. Apa yang peliknya ialah sebaik sahaja harga kepada barangan keperluan ini naik maka ia dengan secara tiba-tiba begitu banyak dipasaran. Negara seolah-olah dikawal oleh pihak tertentu sehingga harga barang tidak mampu dikawal dengan begitu berkesan sebaliknya terlalu banyak mengikut telunjuk para peniaga besar.
Islam sentiasa menyuruh umatnya agar jujur dan amanah dalam perniagaan sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah :
قال الرسول  : التاجرُ الصَّدُوْقُ الأمِيْنُ مع النبيين والصديقين والشهداءِ
Maksudnya : Peniaga yang jujur dan amanah itu akan dihimpunkan bersama para nabi, syiddiqin dan pejuang yang gugur syahid pada hari kiamat nanti
Pada masa yang sama, Islam melarang berlakunya ihtikar atau penipuan dalam menaikkan harga barangan di mana secara umumnya penipuan ini terbahagi kepada 2 cara iaitu pertamanya penguasaan penuh seseorang atau sesebuah syarikat ke atas keperluan rakyat samada makanan atau barang keperluan lain sehingga harga dinaikkan sesuka hati termasuk mengurangkan bekalan sebagai paksaan kenaikan harga barang. Keduanya menyorok barang sehingga tidak mencukupi dalam pasaran bagi mendesak kenaikan harga. Apabila harga sudah naik maka barang yang disorok sebelum ini mula dijual dengan harga yang tinggi.
Maksud hadis riwayat imam Muslim : Sesiapa yang melakukan ihtikar atau penipuan dalam menaikkan harga barangan maka dia adalah berdosa.
Maksud hadis riwayat Shawkani pula : Sesiapa yang terlibat dalam harga orang-orang Islam hingga menyebabkan ia mahal maka Allah akan memasukannya ke dalam neraka pada hari qiamat.
Maksud hadis riwayat Sayyidina Abu Bakar : 3 golongan yang tidak akan masuk syurga iaitu golongan penipu, golongan yang bakhil dan golongan yang suka mengungkit pemberian

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Selain kesilapan dalam memilih pemimpin yang lebih menjaga kepentingan diri sendiri daripada kebajikan rakyat jelata maka tindakan melakukan maksiat kepada Allah turut menjadi antara penyebab kepada kekurangan bekalan makanan dan juga kenaikan harga minyak yang bakal diteruskan dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain. Sesetengah maksiat telah dijanjikan oleh Allah dengan balasannya yang tertentu sebagaimana yang tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:
يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ
Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah: [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri
فرمان الله تعالى دالم أية 42-43 سورة الأنعام :
وَلَقَدْ أَرْسَلنَآ إِلَى أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ فَلَوْلا إِذْ جَاءهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُواْ وَلَكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum kamu. Kemudian Kami siksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan agar mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendah diri. Maka mengapa mereka tidak memohon dengan tunduk merendah diri ketika datangnya siksaan Kami kepada mereka. Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan mereka keelokan apa yang selalu mereka kerjakan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 3 Julai 2008

Pertanian Subur Negara Makmur

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah S.W.T dalam ayat 46 – 49 surah Yusuf :
يُوسُفُ أَيُّهَا الصِّدِّيقُ أَفْتِنَا فِي سَبْعِ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعِ سُنبُلاَتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ لَّعَلِّي أَرْجِعُ إِلَى النَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَعْلَمُونَ قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تُحْصِنُونَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ
Maksudnya : Maksudnya : Setelah dia berjumpa dengan nabi Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): 7 ekor lembu yang gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu yang kurus; dan 7 tangkai (biji-bijian) yang hijau serta 7 tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya". Nabi Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh 7 tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, 7 tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
Al-Quranul Karim merupakan mukjizat yang terbesar yang dianugerahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Antara isi kandungan al-Quran ialah berkenaan kisah para nabi bagi dijadikan teladan terbaik dalam melahirkan diri kita sebagai umat terbaik. Bila kita membaca surah Yusuf umpamanya maka kita dapat mengambil begitu banyak pengajaran yang penting antaranya berkaitan tafsiran mimpi nabi Yusuf berkaitan bumi Mesir yang mesti menggunakan peluang dalam menanam gandum pada musim subur selama 7 tahun sebelum datangnya musim kemarau selama 7 tahun selepas itu. Pelaksanaan terhadap tasiran mimpi Nabi Yusuf itu bukan sahaja dapat menyelamatkan rakyat Mesir daripada mati kebuluran malah dapat membantu rakyat daripada negara jiran yang lain. Kisah ini memberi pengajaran besar kepada kita yang sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan yang berasaskan pertanian terutama beras.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 1 - 3 surah al-Mutaffifin :
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُواْ عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
Maksudnya : Kecelakaan ke atas mereka yang curang terhadap sukatan atau timbangan. Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan bagi pihak mereka maka mereka minta disempurnakan. Dan apabila menyukat atau menimbang bagi pihak orang lain lalu mereka menguranginya
Kita dicanangkan bagaimana masalah makanan bukan setakat masalah negara tetapi global kerana pertambahan penduduk dunia dan kekerapan makan yang turut bertambah. Kita jangan menelan mentah-mentah segala alasan ini kerana kita bimbang ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan terutama golongan yang berkuasa dan golongan peniaga besar yang sentiasa mencari peluang dalam mengaut keuntungan atas penderitaan rakyat jelata. Kita pernah membaca bagaimana Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah telah bertindak memusnahkan hasil tanaman yang lebih bagi memastikan harga terus tinggi daripada menghulurkan lebihan tanaman itu kepada negara lain yang memerlukan. Malah Sudan pernah diberi amaran keras agar tidak memelihara kambing melebihi keperluan rakyat negaranya apatah lagi mengeksport ke luar negara. Namun selepas kemenangan gerakan Islam di Sudan membolehkan kerajaannya bukan sahaja tidak lagi mematuhi arahan Amerika agar tidak memelihara kambing melebihi had yang telah ditetapkan malah bertindak mengeksport kambing ke negara luar. Jordan pula pernah ditipu apabila gandumnya yang berkualiti tinggi dibeli dengan begitu murah oleh Amerika Syarikat dan kemudiannya rakyat mereka terpaksa membeli gandum Amerika yang kurang mutunya dengan harga yang begitu mahal. Ini menyebabkan rakyat Jordan bagun menentang dengan membuat beberapa siri demontrasi dalam menegur kezaliman kerajaan mereka. Catatan ini menunjukkan kepada kita bagaimana masalah bekalan makanan dapat ditangani sekiranya tiada pakatan jahat dalam menindas dan mengaut keuntungan berganda melalui sorok dan monopoli barang serta tindakan lain yang bercanggah dengan Islam yang semestinya zalim. Masalah penindasan ini dapat ditangani dengan baik dengan cara melaksanakan kembali sistem Islam. Yakinilah kita bahawa Islam bukan agama yang hanya berkaitan dengan ibadat khusus sahaja malah terlibat dalam semua sistem kehidupan manusia termasuk masalah perniagaan, sosial dan sebagainya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Kita juga perlu sedar bagaimana pertanian adalah antara benteng kedaulatan dan keselamatan sesebuah negara. Kesatuan Negara Eropah sebagai contohnya begitu terkehadapan dalam memastikan sumber makanan mereka sentiasa mencukupi dengan membuat perjanjian agar setiap negara anggota mesti menyediakan keluasan tertentu bagi tujuan pertanian. Negara haram yahudi Israel bermula daripada perampasan tanah bumi umat Islam Palestin sehingga kini sentiasa memastikan kawasan pertanian mereka terjamin dan mencukupi. Negara Jepun memberi subsidi sehingga 90 peratus kepada para petani dalam memastikan hasil tanaman mencukupi untuk rakyat. Betapa malangnya kebanyakan negara umat Islam yang hampir semuanya mempunyai tanah yang subur telah mengabaikan masalah ini sehingga kadang-kadang makanan rutin kita sendiri seperti gandum dan beras terpaksa bergantung kepada negara bukan Islam. Kita sepatutnya bimbang bila negara terpaksa terus mengimport sayuran dan makanan dari luar akibat kealpaan kita sendiri sedangkan nabi Muhammad s.a.w sentiasa menggalakkan umat Islam agar bercucuk tanam menyuburkan bumi sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah:
قال الرسول  : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرَسًا إِلا كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَمَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَلا يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلا كَانَ لَهُ صَدَقَةً - رواه مسلم
Maksudnya: Tidak ada daripada seorang muslim yang menanam satu tanaman kecuali apa saja yang dimakan daripadanya itu melainkan menjadi sedekah. Apa saja yang dicuri orang daripadanya juga menjadi sedekah. Dan tidak diambil daripadanya oleh seseorang kecuali semuanya itu menjadi sedekah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah al-Anfal :
وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya
Tindakan melakukan maksiat kepada Allah turut menjadi penyebab utama kepada kekurangan bekalan makanan yang berlaku dalam negara. Ketika kita masih bersedih dengan penderitaan rakyat Myanmar yang ditimpa ribut Nargis yang mengorbankan puluhan ribu nyawa diikuti dengan gempa bumi di China yang turut meragut puluhan ribu nyawa sedangkan ada rakyat kita masih boleh membuat pesta arak dan seks di Port Dickson, Negeri Sembilan. Begitu juga program maksiat terus subur bersama dengan meningkatnya kes jenayah seperti dadah, rogol, bunuh, rompakan dan sebagainya. Betapa malangnya menjadi manusia yang dihina dengan sebab tidak bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Kita jangan menjadi golongan yang menambah maksiat atas nikmat, menggunakan rezeki Allah untuk menentangNya semula.
Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :
وَضَرَبَ اللهُ مَثَلاً قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللهِ فَأَذَاقَهَا اللهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُواْ يَصْنَعُونَ
Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 1 Julai 2008

3. TAQWA CEMERLANG UMAT GEMILANG

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah S.W.T dalam ayat 18-19 surah al-Hasyru :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amalannya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka
Umat Islam sentiasa disuruh supaya takut Allah pada setiap masa dan tempat agar setiap perbuatan, perkataan malah niat kita tidak terpesong daripada syariat Islam. Kejayaan umat Islam bergantung kepada ketaqwaan yang ada dalam diri di mana yang paling bertaqwa dimuliakan oleh Allah manakala yang hilang rasa taqwa akan dihina oleh Allah di dunia dan akhirat. Antara makna taqwa sebagaimana yang diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu. Begitulah yang dilakukan oleh orang yang bertaqwa di mana setiap kali mahu melakukan sesuatu maka diperhatikan terlebih dahulu samada ia dibenarkan oleh Allah atau sebaliknya. 4 ciri utama taqwa pula sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah iaitu : [1] sentiasa takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 2 - 3 surah at-Talak :
…وَمَن يَتَّقِ اللهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ …….
Maksudnya : ….sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…….
Ketika kita merenungi 5 ayat pertama surah at-Talak maka kita dapati bagaimana kelebihan dan balasan kepada orang bertaqwa begitu banyak antaranya 5 kelebihan utama iaitu : [1] Allah akan mengadakan baginya jalan keluar daripada segala perkara yang menyusahkannya [2] Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya [3] Allah memudahkan baginya segala urusannya [4] Allah menghapuskan segala kesalahannya [5] Allah akan menggandakan pahala balasan amalannya. Memandangkan kepada peri pentingnya ketaqwaan kepada Allah yang boleh membawa kepada penyelesaian dalam semua perkara yang berlaku dalam diri seorang individu, sebuah keluarga, suatu masyarakat, suatu negeri seterusnya negara malah dunia sejagat maka Islam sentiasa menyuruh umatnya agar bertaqwa kepada Allah. Cara yang utama dalam melahirkan diri sebagai orang bertaqwa kepada Allah ialah dengan kembali mengamalkan cara hidup berasaskan al-Quran. Ingatlah kepada suatu pesanan daripada Abu Musa al-Asy’ari dengan katanya : Sesunggunya al-Quran ini adalah pahala bagi kamu dan dosa atas kamu. Maka ikutilah al-Quran dan janganlah al-Quran mengikuti kamu. Kerana sesiapa mengikut al-Quran maka ia meletakkan dia ke dalam taman Syurga manakala sesiapa yang diikuti oleh al-Quran maka dia dicampakkan ke dalam Neraka. Khalifah Umar bin bin Abdul Aziz pula pernah berwasiat : ”Aku berpesan dengan ketaqwaan kepada Allah di mana Dia tidak menerima selain taqwa, Allah tidak kasih melainkan kepada ahli taqwa, Allah tidak memberi ganjaran pahala melainkan atas taqwa. Sesungguhnya mereka yang berpesan dengan taqwa begitu ramai sedangkan mereka yang beramal dengan taqwa begitu sedikit”.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Negeri yang penuh dengan keberkatan mesti berdiri atas dasar taqwa bermula daripada pemimpin, ulama’ dan seluruh rakyat jelatanya. Taqwa mampu menangani masalah pemimpin yang zalim, ulama’ yang menjual agama, peniaga yang menipu, majikan yang menindas, pekerja yang pecah amanah, anak yang derhaka, pelajar yang melawan guru dan sebagainya. Taqwa lahir daripada ilmu yang diamalkan dengan penuh keikhlasan kepada Allah. Semua ini mesti bermula daripada pemimpin kerana rakyat jelata terikut dengan gaya hidup pemimpin. Sajak yang sering dilaungkan oleh pemimpin negara kita misalnya sering mengingatkan kita tentang peranan ulama’ seperti imam al-Ghazali dan as-Syafie dalam memastikan para pemimpin sentiasa bertaqwa dalam memimpin negara. Imam Syafie contohnya banyak memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada pemimpin melalui nasihatnya yang begitu bernilai seperti katanya : Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu. Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima perkara iaitu [1] benar dalam percakapan, [2] menjaga rahsia, [3] menunaikan segala janji, [4] sentiasa memberi nasihat dan [5] menunaikan kewajipan yang diamanahkan

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Imam al-Ghazali sendiri selain melalui kita-kitabnya maka beliau sentiasa berani dalam menegur melalui banyak suratnya yang dihantar kepada pemimpin, ulama’, menteri, pegawai, hakim agar sentiasa selari dengan kehendak Allah. Antara suratnya ialah yang berbunyi : Bertafakkurlah selama satu atau dua jam dan berfikirlah secara mendalam mengenai golongan miskin yang darah dan keringatnya dihisap oleh pegawai kerajaan. Berapa saat setelah itu maka anda akan melihat betapa rahsia Allah semuanya akan terbuka bagi anda dan doa rakyat didengar dan dimakbul oleh Allah. Janganlah lupa bahawa orang yang tidak adil bererti dia tidak taqwa. Berfikirlah seperti mukmin sejati dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan keluhuran sempurna dan sederhana serta kasih sayang dan keadilan. Kasihanilah rakyat dan berbuat baik kepada mereka kerana saya benar-benar belajar daripada pengalaman bahawa kezaliman yang dilakukan oleh yang kuat ke atas yang lemah tanpa batas. Tahanlah diri daripada menyiksa rakyat yang tidak berdosa kerana ia dimurkai Allah kepadamu. Jika tidak mahu murka Allah maka perangilah kekejaman dan ketidakadilan. Oleh itu kita mahu pemimpin negara bukan hanya mahu mencari imam al-Ghazali dan as-Syafie tetapi mencontohi segala yang pernah ditunjuk ajar oleh mereka. Jangan biarkan kezaliman seperti terus menzalimi mangsa ISA yang setengahnya telah 6 tahun merengkok dalam penjara dan kini disambung lagi penahanan mereka. Melalui mimbar Jumaat yang mulia ini untuk buat sekian kalinya kita mendesak agar pemimpin membebaskan mangsa ISA atau dakwa mereka di mahkamah jika benar-benar mereka bersalah. Kasihanilah mangsa dan anak isteri mangsa ISA yang begitu banyak menderita. Kita juga meminta agar pemimpin negara bertegas dalam masalah kedaulatan negara. Jangan biarkan negara tunduk kepada kehendak Amerika Syarikat dan sekutunya seperti yang terbaru tindakan menamatkan secara mengejut penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur. Kita juga mendesak agar pemimpin sensitif terhadap penderitaan umat Islam di Palestin dan kejahatan zionis yahudi dengan melarang 2 warga Israel daripada turut serta bersama pasukan bolasepak Chelsea ke negara kita nanti. Sukan dan politik ada kaitannya sebagaimana yang sedang hangat dibincangkan berkenaan beberapa pertubuhan menyeru agar diboikotsukan Olimpik di Beijing atas alasan negara China melakukan penindasan terhadap warga Tibet. Jika sukan dan politik tidak bersatu maka seruan ini pasti tidak berbangkit. Bersama kita bangkit menentang kezaliman zionis yahudi tanpa memberi muka kepada kejahatan mereka walau atas nama sukan sekali pun. Jangan kita berseronok atas penderitaan saudara seagama kita di bumi Palestin. Bantulah mereka dengan apa yang termampu
Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ